Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN , SATU LAGI PEMBAZIRAN WANG RAKYAT !! @NajibRazak

Posted: 27 Jan 2014 09:37 AM PST



Drama menjatuhkan MB Selangor, Khalid Ibrahim oleh ahli PKR sendiri membuatkan politk di negeri itu semakin terus bergolak. Hari ini Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tanpa memberikan sebarang sebab .

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini. Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.



Menurut sumber PKR, Anwar Ibrahim disebut-sebut akan bertanding mewakili PKR di DUN Kajang dalam Pilihanraya Kecil ini sekaligus membolehkan beliau dinobatkan MB Selangor yang baru menyingkirkan Khalid Ibrahim?

Ternyata PKR a.k.a Parti Kangkung/Kangkang Rakyat hanya mementingkan diri mereka dan bukannya rakyat. Tatkala rakyat terpaksa mengharungi sara hidup rakyat yg semakin meningkat.

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat sewenang wenangnya meletakkan jawatan untuk diadakan Pilihanraya Kecil sekali lagi. Sepertimana yang kita kethui, setiap kali PRK diadakan, bukannya sedikit belanja yang perlu digunakan SPR . Ini jelas membuktikan PAKATAN telah membazir wang rakyat.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Di Mana Letaknya Maruah Kita?

Posted: 27 Jan 2014 06:00 PM PST

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.


Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia". Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana "makan di tandas" semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Pakatan Akan Boikot KFC Kerana Iklan Ini...

Posted: 27 Jan 2014 05:53 AM PST


Ada ke patut, musim-musim anwar meroyan nie, kfc buat promosi doremon, tak patut betul kfc buat macam tu, kesian kat anwar tau...

Jangan ada pulak set-set pakatan yang buat demo guling-guling depan kfc sambil bakar dan koyak poster doremon sudah la...

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


SUDAH TERSERLAH KEHEBATAN "WINNABLE CANDIDATE" YANG DIPILIH NAJIB

Posted: 27 Jan 2014 03:07 AM PST

Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.
 
Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.

"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Patutkah Hanya Lelaki Yang Disalahkan Jika Berlaku Situasi Sebegini

Posted: 27 Jan 2014 03:00 PM PST

Situasi sebegini seringkali dihadapi oleh lelaki-lelaki di zaman moden 

Seorang lelaki duduk dalam bas sebelah seorang perempuan yang walaupun bertudung tapi berpakaian ketat .Oleh sebab baju dia tu ketat, maka kelihatanlah dua bukit yang menonjol dari baju perempuan itu.


Adakah ini dianggap menutup aurat?
Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?"Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?



Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub dalam Al-quran 

surah An-nur ayat 30
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya 

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

 atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
-Sumber-



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAMMY VELLU: SAYA TIADA CAKAP ANWAR ORANG GILA, DIA PERASANKAH?

Posted: 27 Jan 2014 10:46 PM PST

Saya Tiada Cakap Anwar Gila, Dia Perasan Kah? Saya Hanya Cakap Orang Gila Saja, Itu Macam Orang Hisap Dada(h) Pun Orang Gila Juga, Dadah Musuh Nombor Satu Negara

AKHIRNYA Usaha Azmin Ali menggagalkan sandiwara MB Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim menemui kegagalan yang menyayat hati. Amaran Azmin Ali kepada Sam Ketot supaya tidak campur tangan urusan PKR Selangor tidak berjaya, sebaliknya Sam Ketot potong jalan dan berjaya mencuri hati Anwar Ibrahim. 

Semuanya berlaku kurang 24 jam. Kasihan Azmin Ali, dia ingat dia dah kuat sebagai Pengerusi PKR negeri, rupanya Anwar ada team luar yang boleh potong sepantas kilat.

Persoalan kini, adakah BN akan meletakkan calon?  Letak Calon dikata gila, tak letak calon dikata gila, orang gila sahaja yang suka-suka bubar dewan, kerana tiada pun kematian dan tiada pun keputusan mahkamah. Yang ada hanyalah perebutan hawa nafsu ingin menjadi MB dan seterusnya mengaut jutaan ringgit wang rakyat untuk simpanan diri sendiri.

BN tidak perlu meletak calon kerana lebih baik BN tumpukan perhatian memajukan negara dan mensejahterakan rakyat menjelang 2020. Cukuplah PRU13 penuh dengan politik, marilah kita fokus kepada usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi dunia kusam telah memberi kesan kepada rakyat negara kita, eloklah kerajaan BN tumpu kepada usaha mengurangkan beban rakyat.

Lagipun PRK Kajang bukannya terpaksa diadakan atas sebab kematian atau faktor munasabah melainkan semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu sarakah PKR yang berebut-rebut sekarang ini. 

Adakah Lee Chee Leong sudah mati ?
Adakah Lee Chee Leong sudah mati? Adakah Lee Chee Leong diisytihar Bankrap atau dipenjara atau didenda RM2001.00?

Semua orang tahu, kini PKR dalam krisis dalaman paling terokk di dunia, malangnya untuk lari dari krisis itu sanggup pula menjadikan PRK Kajang sebagai jalan penyelesaian kemelut mereka walaupun selama ini menuduh SPR tidak telus.

Siapa Gila tuan-tuan? Mari dengar apa Sammy Vellu punya cakap. Klik play video di atas.

GAME KHALID-ANWAR UNTUK TIPU RAKYAT SELANGOR SELEPAS BERJAYA KOWTIM PROJECT MEGA INI

Posted: 27 Jan 2014 08:31 PM PST

Kowtim 1

Kowtim 2

Rakyat Selangor terperanjat besar apabila Menteri Besar (MB) Selangor membuat 'U-Turn' memberi kelulusan bagi pembinaan Loji Langat 2.

MB memberi alasan ianya disebabkan Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 yang lalu. 

Sambung bacaan anda di laman internet Ulasan oleh DR XAVIER JAYAKUMAR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas.

Kesimpulannya, MB Khalid sudah kaya raya selepas 2 penggal menjadi MB. Kini giliran Anwar pula untuk mengumpul dana dari kerajaan Selangor untuk persediaan PRU14. Ramai rakyat Selangor tidak sedar permainan mereka.



PERBINCANGAN MB BARU SELANGOR TERBANTUT, ARAHAN TUTUP MULUT

Posted: 27 Jan 2014 05:57 AM PST

Aku nak jadi MB

Mesej yang tersebar ketika ini:

Kepada Semua Ahli - Ahli MPN,
Ahli Ahli Dewan Negeri
Ahli Ahli Parlimen
Ketua Cabang Ketua Wanita
Ketua AMK

Adalah dengan ini diarahkan Saudara / Saudari diarahkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan media berkenaan isu Selangor sehingga selesai perbincangan YB Mohamed Azmin bersama YB Dato' Seri Anwar esok.

Amirudin Shari
SU MPN Selangor

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SURAT LETAK JAWATAN LEE

Posted: 27 Jan 2014 05:19 AM PST

klik SINI

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Oilve… oil or branch?

Posted: 27 Jan 2014 05:12 AM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar Setuju Tiada Bukti Wan Azri 'Papa Gomo'?

Posted: 27 Jan 2014 07:23 AM PST


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.

Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com

"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.

"Saya setuju," jawab Anwar.

Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com

Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.

Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.

"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya

Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog termasuk laman web PapaGomo.

Saman difailkan Anwar pada 21 Mac 2013.

Sementara itu, 'Saya Tiada Masalah Dengan Anwar' - Wan Azri!

Ketua Pegawai Eksekutif portal media Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan mempunyai masalah dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.


Menurut Wan Azri, beliau selaku pengamal media mempunyai hubungan erat dengan ahli politik samaada dari pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tiada masalah dengan plaintif (Anwar). Tapi sekarang marah sedikit sebab kena saman," katanya ketika menjawab pertanyaan dari N Surendran di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

Wan Azri diwakili Peguam Jasbeer Singh merekodkan kenyataannya dihadapan Hakim Rosilah Yob.

N. Surendran yang mewakili Anwar kemudiannya mempertikaikan hubungan rapat Wan Azri dengan pemimpin UMNO dan cuba memainkan isu gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jasbeer dalam hujah balasnya menjelaskan kepada mahkamah bahawa bergambar bersama pemimpin negara bukanlah suatu kesalahan mengikut undang-undang.

Suara Politik
Belantan

Pembangkang amalkan politik alih isu?

Posted: 26 Jan 2014 11:21 PM PST


Salah satu kepakaran politik yang ada pada pakatan pembangkang ialah mengalihkan sesuatu isu yang melumuri mereka. Sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP mahupun Pas, masing-masing mempunyai seni politik tersebut dalam usaha menutupi segala kepincangan yang berlaku.

Oleh itu, kita tidak perlu terkejut apabila tahun 2014 dianggap tahun untuk mereka mengatur pelbagai demonstrasi bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam masa yang sama berusaha menutupi pekung politik mereka yang semakin terdedah dan 'menanah'.

Difahamkan, pada Ahad ini, 'ayam sabung' PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan turun ke Bukit Mertajam untuk mengetuai 'perbuatan melolong' di tepi jalan kononnya bagi membantah harga barangan naik, menolak GST dan menuduh UMNO rasis.

Sememangnya, inilah taktik politik alih isu yang cuba dilakukan oleh Rafizi yang dijulang oleh penyokong-penyokong pembangkang sebagai pakar strategik politik pakatan tersebut bagi menutupi kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok daripada PKR, Lee Khai Loon yang menyumbat kangkung ke mulut patung wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perbuatan itu dikatakan bukan sahaja dikecam oleh orang ramai malah dalam kalangan pemimpin sekutu PKR pun tidak bersetuju dengan demonstrasi biadab itu.

Menyedari keadaan itulah, Rafizi cuba menunjukkan 'jaguhnya' dengan turun ke Bukit Mertajam. Mungkin impian beliau ialah mengalihkan isu Khai Loon.

Tetapi Rafizi terlupa dalam masa yang sama, PKR bukan sahaja berhadapan dengan isu kebiadapan wakil rakyat tersebut, malah parti itu juga sedang berada 'di ambang perang saudara' berikutan isu pengguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menegaskan pengguguran itu bukan keputusan kerajaan negeri yang diterajui oleh beliau tetapi ini tidak bermakna perbalahan politik antara beliau dan Azmin sudah berakhir.

'Pertembungan' antara kedua-dua pemimpin kanan PKR ini di Selangor bukan lagi rahsia, malah pengguguran Azmin dikaitkan pula dengan mainan politik berikutan pemilihan PKR yang bakal diadakan pada Mei nanti. Sekali lagi Abdul Khalid menafikan dakwaan itu tetapi dalam masa yang sama semakin tertekan apabila desakan semakin kuat di dalam PKR agar beliau dipecat.

Perkara ini diakui oleh Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution semalam yang mengesahkan terdapat 'desakan keras bukan usul' daripada empat hingga lima anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) parti itu supaya Abdul Khalid dipecat.

Walaupun menegaskan desakan itu tidak menjadi keputusan mesyuarat tetapi Saifudin mengakui ini kali pertama berlaku 'satu cadangan keras' dikemukakan. Apa pun seperti biasa PKR tidak akan mengaku wujudnya masalah dalaman sebaliknya akan cuba mencari jalan bagi menutupi kepincangan tersebut bagi menggambarkan seolah-olah merekalah parti terbaik di muka bumi Allah ini.

Tindakan yang dilakukan oleh PKR untuk mengadakan demonstrasi bagi mengalih isu ini juga sekali gus akan membantu DAP yang masih lagi terpalit dengan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Sehingga hari ini DAP masih belum meminta Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menjawab desakan supaya beliau mendedahkan 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.

Politik alih isu ini kemudiannya diikuti pula oleh Pas yang difahamkan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan ia 'pak turut' setia dalam pakatan pembangkang apabila merancang menggerakkan ahli-ahli turun ke jalanan pada 1 Mei ini.

Difahamkan, seorang pemimpin kanan parti itu sudah mengarahkan setiap Pas negeri melaksanakan dua strategi bagi membangkitkan momentum untuk memastikan sokongan rakyat pada perhimpunan tersebut.

Dua strategi itu adalah mengadakan majlis ceramah isu kenaikan harga barang, sara hidup dan GST, manakala strategi kedua pula mengadakan flash mob atau perhimpunan kecil setiap minggu sehingga perhimpunan 1 Mei berlangsung.

Pas terpaksa berbuat demikian ketika imej politik mereka semakin merudum apabila dilihat tidak tegas sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor.

Walaupun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersuara mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mempunyai kalimah Allah di premis Persatuan Bible Malaysia tetapi secara organisasi, Pas terus membisu demi menjaga hati sekutunya, PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin Pas amat memahami isu kalimah Allah ini ibarat meletakkan parti itu 'ditelan mati emak diluah mati bapa', kalau mereka bertegas senada dengan Harun atau organisasi Islam lain, Pas bimbang PKR dan DAP akan 'berkecil hati'. Bagi Pas, menjaga hubungan politik dengan kedua-dua parti itu lebih penting bagi memastikan mereka tidak 'dicicirkan' dalam usaha memburu impian menawan Putrajaya.

Demikianlah amalan politik alih isu dalam pembangkang. Mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi menutupi kepincangan sendiri kerana dari semasa ke semasa tembelang mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan BN semakin menemui jalan buntu atau dalam istilah lebih tepat semakin tidak dipedulikan oleh rakyat.

Ia memandangkan dalam isu kenaikan harga barang contohnya, rakyat bukannya pekak atau buta untuk menilai bagaimana kesungguhan kerajaan dalam menangani perkara tersebut. Hanya penyokong-penyokong tegar mereka sahaja yang sengaja membuta mata dan hati bagi menolak kesungguhan kerajaan dalam soal itu.

Sememangnya politik pembangkang terus tidak menampakkan kematangan dalam usaha bersama-sama membangunkan negara, sebaliknya mereka kekal dengan politik memburu kekuasaan melalui cara memainkan sentimen rakyat supaya membenci kerajaan yang memerintah.

Atas sebab itulah, pelawaan pembangkang kononnya, mereka ingin berbincang dengan kerajaan BN berhubung isu perkauman tidak perlu dilayan dan hanya membuang masa kerana kerajaan mempunyai banyak lagi isu rakyat yang perlu ditangani.

Tambahan pula selama ini, apa juga usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan mensejahterakan negara tidak pernah mendapat sokongan apatah lagi pujian pembangkang, sebaliknya kerja pembangkang hanya membangkang sepanjang masa.

Apa pun percayalah politik alih isu pembangkang ini tidak perlu diharapkan dan tidak akan mungkin berubah kerana itu sahaja caranya untuk mereka terus bertahan dalam arena politik negara.

Sebab itulah sebelum ini biarpun pelbagai isu melumuri pemimpin mereka termasuk dari segi moral, pakatan pembangkang tetap dilihat 'ampuh'. Bukan kerana kewibawaan sebuah pakatan yang mantap dari segi semua segi tetapi gara-gara kebijaksanaan mereka mengalih isu dan memanipulasikan fakta sehingga ada rakyat terpedaya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Lawatan ke Artartika - Mat Said kantoi dengan Istana

Posted: 27 Jan 2014 07:32 PM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
JANUARY 28, 2014
Usaha Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) menggunakan nama istana bagi lawatan ke Antartika terbocor apabila Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menafikan penglibatan mereka dalam ekspedisi berkenaan.
Yayasan berkenaan sebaliknya menuntut Ahmad Said segera membuat permohonan maaf kepada Tuanku Sultan Mizan atas tindakan berkenaan.
"Kita menuntut Ahmad Said memohon maaf kepada YDSM dan menyebutkan siapakah sebenarnya yang menganjurkan lawatan beliau itu dan berapa kos sebenar lawatan itu," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
YDSM pada Ahad menafikan mereka menjadi penganjur kepada lawatan Ahmad Said ke Antartika.
"Lawatan itu bukan anjuran YDSM dan ia tiada kaitan dengan program yayasan," kata Setiausaha Kerja YDSM, Mohd Azrul Ismail dalam satu kenyataan.
Pejabat Menteri Besar Terengganu mengumumkan lawatan 15 hari pada 16 Januari lalu, atas anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama YDSM.
Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.
"Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.
"Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana," kata kenyataan itu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahaya Ali, berkata isu penganjur bukan perkara pokok kerana lawatan ke Antartika itu tidak membawa pulangan.
"Ketika kita ajak rakyat berjimat, menteri besar pula dilihat mahu menghabiskan duit tanpa faedah. Apa faedah rakyat Terengganu terima daripada lawatan ke Artartika. Kita bukan hadapi salji, yang kita hadapi adalah banjir," kata Yahaya kepada The Malaysia Insider.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata dua perkara memerlukan penjelasan daripada kerajaan negeri Terenganu khususnya menteri besar iaitu amanah dan  bercakap benar yang sepatutnya menjadi etika setiap pentadbir dan pemerintah.
"Penggunaan dana milik rakyat untuk suatu aktiviti yang dipertikaikan keperluan dan kemunasabahannya mengundang persoalan amanah kerajaan negeri dalam menguruskan harta milik awam," katanya.
Sebelum ini, DAP turut mempertikaikan lawatan kerja Ahmad Said dengan menyifatkan ia sebagai satu "pembaziran besar" yang tidak bertepatan dengan keadaan rakyat yang sering diingatkan untuk "mengikat perut".
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari yang akan diketuai oleh Ahmad Said itu.
"Bagaimana lawatan 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah memberi faedah kepada Malaysia? Jika saintis Malaysia terlibat dalam kajian perubahan iklim, mereka boleh mengkaji kesan pembalakan yang berlaku di Malaysia.
"Mengapa kita perlu membelanjakan wang pembayar cukai kepada kajian yang tidak membawa cabaran kompetitif," katanya.
Syed Azman berkata, bukan sekadar lawatan kerja ke Antartika itu mengejutkan, penafian penglibatan YDSN ini lagi mengejutkan rakyat.
"Ini satu pembohongan kepada seluruh rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, katanya, beliau yakin rakyat Terengganu tidak akan membiarkan pembohongan sebegini didiamkan begitu saja.
"Saya yakin rakyat, tanpa mengira latar belakang politik, tidak akan membiarkan perkara ini begitu saja," kata Syed Azman yang juga AJK PAS Pusat itu.
Kedudukan Ahmad Said sentiasa tidak stabil sejak mula dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
Ini kerana, kepimpinan Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh untuk meneruskan jawatannya sebagai menteri besar namun pihak istana tidak mahukannya.
Selepas beberapa sesi rundingan, akhirnya Ahmad Said yang bersetuju dilantik menjadi menteri besar dalam keadaan menerima bantahan daripada Umno sendiri sehingga pihak istana digelar sebagai "natang" iaitu istilah untuk binatang mengikut loghat Terengganu.
Apabila Tuanku Sultan Mizan dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung, satu Dewan Pangkuan Di Raja Terengganu (DPDRT) dibentuk bagi menggantikan baginda kerana anakanda baginda masih terlalu muda untuk menjadi pemangku sultan.
Sehubungan itu, Ahmad Said terpaksa bertanggungjawab bukan kepada seorang raja bahkan sembilan anggota DPDRT dalam mentadbir Terengganu.
Ia menimbulkan pelbagai persepsi kerana banyak projek dan kawasan balak serta lombong  terlepas daripada tangan rakyat biasa kepada pihak tertentu.
Selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, kedudukan Ahmad Said semakin tidak stabil berikutan PR hanya kurang dua kerusi untuk menyamai kerusi BN.
Dalam pilihan raya itu, PAS mendapat 14 kerusi manakala PKR mendapat satu kerusi manakala BN pula menguasai majoriti 17 kerusi. - 28 Januari, 2014.- TMI

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Polemik kalimah Allah?

Posted: 27 Jan 2014 08:28 AM PST


1. Isu rampasan Bible oleh JAIS

Isu rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula berkait rapat dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 yang menghalang penggunaan nama Allah dalam penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan kenyataan. Walaupun serbuan JAIS sah dari segi undang-undang, namun ia telah menimbulkan polemik kerana melibatkan hal yang agak sensitif dan mungkin kaedah lain boleh digunakan.

Akta yang digunakan dalam rampasan terbaharu JAIS adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya Kerajaan Pusat. Pakatan pembangkang selaku ketua pentadbir negeri yang telah diberi mandat oleh rakyat Selangor tidak seharusnya lepas tangan dan cuba melontarkan tanggungjawab ini kepada Kerajaan Pusat, KDN, Jakim dan pelbagai pihak lain.

Pakatan pembangkang senantiasa mengambil kesempatan atas isu yang memberi keuntungan kepada mereka. Mereka ialah orang pertama yang akan mendakwa apa yang baik adalah daripada mereka tetapi yang buruk adalah kerana kesilapan Kerajaan Pusat.

Selain itu, Lim Guan Eng pula jangan cuba untuk menjadi paderi masyarakat Kristian dengan mempolitikkan isu ini dan menyalahkan UMNO dalam kenyataan terbaharu beliau. Paderi Lawrence sendiri juga tidak pernah sesekali melibatkan UMNO dalam isu ini.

2.  Dari sudut perundangan

Sekiranya sebelum ini Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald, maka secara akademiknya kita perlu menyokong penggunaannya. Apatah lagi dalam hal ini pihak gereja sendiri yang membawa kes ini ke mahkamah.


Keputusan terbaharu Mahkamah Rayuan bahawa penganut Kristian di Semenanjung tidak boleh menggunakan kalimah Allah tetapi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakannya.

Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh memetik Article 11 (3) berkaitan dengan frasa: to manage its own religious affairs. Namun begitu, Karpal Singh lupa untuk menyebut tentang Article 11 (1) iaitu: every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

Fasal (4) memperuntukkan: Federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Oleh itu, sekiranya pihak gereja sendiri meletakkan bidang kuasa: to manage its own religious affairs to the court, maka segala keputusan mahkamah perlu dihormati berlandaskan kedaulatan undang-undang negara.

Sehubungan itu, isu ini memerlukan toleransi antara dua pihak iaitu satu pihak perlu menghormati penggunaan Allah di Sabah dan Sarawak, dan satu lagi perlu menghormati bahawa pengunaan kalimah Allah adalah tidak dibenarkan di Semenanjung Malaysia.

3.  Pakatan pembangkang tidak bersatu

Seperti yang kita sedia maklum pendirian pakatan pembangkang sering berubah-ubah. Sebelum ini Anwar Ibrahim mewakili suara pakatan pembangkang bahawa penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Namun begitu, pendirian terbaharu Pas dan Anwar sendiri bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini.

Dalam isu ini jelas menunjukkan wajah sebenar pakatan pembangkang yang tidak pernah bersatu. Pihak DAP mencadangkan penggubalan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988. Tetapi Anwar dan Pas pula tidak bersetuju dengan cadangan DAP. Oleh itu, apa sebenarnya pendirian pakatan pembangkang dalam isu ini? Bagaimana rakyat Malaysia masih boleh terus mempercayai individu yang sering tidak konsisten dengan perjuangan mereka selama ini?

4.  Menyelesaikan isu ini dengan nilai keagamaan

Masyarakat tidak seharusnya menggunakan sentimen dan ideologi politik dalam menyelesaikan masalah ini. Tambahan pula, penglibatan parti politik hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Kita perlu kembali kepada nilai keagamaan masing-masing demi mencapai keharmonian dan perpaduan yang sebenar.

Untuk masyarakat Kristian pula mereka perlu mengikut jejak langkah pemimpin tertinggi mereka pada 29 Jun 2008 . Pope Benedict menyarankan supaya tidak menggunakan perkataan tetragrammaton dalam Catholic Liturgy kerana dipercayai bercanggah dengan nilai tradisi masyarakat Yahudi.

Nilai agama Kristian juga amat mementingkan tentang melupakan dan memaafkan (forget and forgive). Masyarakat Islam pula seharusnya menggunakan cara dan nilai kesederhanaan, kesabaran dan kesejahteraan dalam menangani isu ini.

Oleh itu, diharapkan perkongsian persamaan nilai antara agama akan merapatkan rakyat pelbagai kaum di negara kita dan bukan berpecah belah disebabkan kewujudan sentimen politik yang dimainkan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, kita juga tidak mengharapkan isu ini sengaja dicetuskan untuk mengalih pandangan masyarakat berkaitan isu Mercedes yang melibatkan seorang ahli politik.

Penang Wasabi..