Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


INI BARULAH NAMANYA KETUA PEMUDA, TAHNIAH YB KJ !

Posted: 26 Jan 2014 09:21 PM PST



TAHNIAH YB KHAIRY JAMALUDIN atas ketegasan di tweeter yang menulis "Cikgu Lembu" patut ditamatkan perkhidmatannya, bukan dipindahkan sahaja. Ini barulah namanya Ketua Pemuda UMNO. 


Mari Layan, Bukan "Launch" tetapi "Lunch". (Tagline Mahpuz Launch)

ANWAR MENENTANG KEMERDEKAAN NEGARA KRISTIAN TIMOR TIMUR

Posted: 26 Jan 2014 07:16 PM PST

Siapa Itu Anwar Ibrahim?



Tulisan ini dibuat semata-mata ingin membetulkan kesimpang-siuran informasi mengenai tokoh politik Malaysia yang satu ini. Pendekatan yang penulis ambil dalam memperkenalkan beliau mungkin sedikit berbeda. Penulis akan lebih mengekspos sisi beliau yang masih belum banyak diketahui masyarakat Indonesia.

Bagi yang belum terlalu kenal dengan beliau, ada baiknya layari laman ini dulu: http://id.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau keturunan campuran India Muslim (Mamak) dengan Melayu. Ayah, istri dan anak beliau juga pernah aktif di parlemen. Bisa dikatakan keluarga beliau ini termasuk dinasti politik lah.

2. Beliau lulusan Universiti Malaya jurusan Peradaban Melayu. Jadi desas-desus kalau beliau itu lulusan Indonesia tidak benar.

3. Beliau termasuk angkatan terakhir aktivis pergerakan mahasiswa di Malaysia. Malaysia telah melarang secara mutlak semua kegiatan yang berbau pergerakan setelah perjuangan beliau berakhir.

4. Beliau lebih dikenal sebagai cendekiawan muslim dulunya. FYI, pemerintahan Malaysia dipenuhi golongan sekuler berpendidikan British. Beliau inilah yang dulunya banyak memperkenalkan program-program bernafaskan Islam sewaktu menjadi menteri.

5.  Sewaktu beliau disingkirkan dari kekuasaan dan dipenjara, ada kabar burung menyebutkan bahwa Presiden Habibie mengirim Menlu Ali Alatas untuk membujuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar kesamatan beliau dijaga.

6. Solidaritas beliau kepada Indonesia ditunjukkan dengan inisiatifnya pasang badan menolak kemerdekaan Timor Timur. Tidak banyak orang Malaysia atau Indonesia yang tahu perihal solidaritas beliau ini.

7. Kalau di Indonesia, mungkin anda bisa bayangkan beliau ini merupakan manifestasi gabungan dari sejumlah tokoh. Beliau orator handal seperti Bung Karno, tabah dan sabar seperti Pak SBY, cerdas seperti Pak JK, moderat seperti Gus Dur.

8. Beliau rajin berkunjung ke Indonesia bukan untuk mencari dukungan pemerintah Indonesia. Secara jelas & nyata tidak mungkin Pemerintah Indonesia mengintervensi pemerintah Malaysia. Hanya orang kurang berpendidikan saja yang akan berpendapat seperti itu.

Sekian saja yang bisa saya share. Moga-moga cukup membantah semua tuduhan terhadap beliau.

KOMENTAR PEMBACA DI SINI :
Rofans,
Terimakasih atas penerangan saudara. Namun agak kurang tepat.
Yang banyak mermperkenalkan dasar Islam ialah Dr Mahathir. Saya masih ingat Dr mahathir selepas menjadi Perdana menteri meminta seorang tokoh Islam terkenal di Malaysia( sudah meninggal dunia) untuk membuat kertas kerja berkenaan penubuhan Bank islam.
Orang ramai ketawa dan persendakan Dr Mahathir. namun akhirnya Bank islam ditubuhkan pada 1984. Dan diikuti oleh Insuran berdasarkan Syariah. Kini sesiapa di Malaysia yang mahu jual insuran lebih baik ada lesen Takaful kerana pasaran masa depan adalah Insuran islam( di malaysia).
Menyedari bahawa Malaysia boleh jadi peneraju perbankan Islam, Dr Mahathir giat galakkan perbankan Islam sehingga kini Malaysia adalah negara Islam terkedepan dalam khidmat nasihat Bank berdasarkan Syariah .
DAN NO 7
"…Sabar seperti SBY". Saya tidak fikir begitu. BELIAU TIDAK SABAR. Anwar menjatuhkan Abdullah Badawi dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Beliau tidak hargai jasa Abdullah Badawi yang banyak membantu beliau diawal kariernya. Orang Melayu menolaknya sebagai calon pilihanraya 1982. Namun kerana hormatkan Abdullah Badawi sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, mereka menerimanya.
Anwar juga tidak sabar dengan jatuhkan Tun Ghaffar Baba pada 1993. Beliau tidak mahu bersabar dan menunggu giliran /.walhal Tun Ghaffar tidak gila kuasa. Beliau dilantik sebagai timbalan Perdana menteri pada 1986.
Anwar juga tidak sabar untuik jadi perdana menteri. Dia mengkhianati perdana menteri walaupun diberi layanan "anak emas" oleh Dr Mahathir.
Dan Anwar juga tidak sabar dan enggan terima qada dan qadar bahawa pilihanraya 2008 dimenangi BN. beliau cuba merasuah ahli parlimen BN untuk berpaling tadah. Beliau enggan terima ketentuan illahi.
"CERDAS " seperti Pak JK
Betulkah? Jika benar, kenapa begitu bodoh enggan terima tawaran Dr mahathir untuk letak jawatan.
"ORATOR HANDAL SEPERTI BUNG KARNO".
Tetapi tidak dipercyai oleh Umat islam( majoriti) . Lebih dilihat sebagai "tin kosong". Hanya pandai cakap saja.
ROFAN
Sudah banyak kali beliau menghina Malaysia di Indonesia. Sudah ada di Youtube.
TIMUR TIMOR
Mendengar saja Habibie buat salah besar benarkan referendum terhadap Timur timor, Kerajaan Malaysia dan rakyatnya sudah tahu Indonersia akan kehilangan Timor timur. Sepatutnya Habibie boleh beri apa saja kecuali MERDEKA. Keputusan referendum sudah boleh dijangka.
"..Moga moga membantah setiap tuduhan…"
Tuduhan terhadap beliau ( saya yakin 150%) benar. Pada mulanya orang ramai tidak percaya Dr mahathir .
Namun akhirnya setelah beberapa lama, orang sudah sedar betapa Anwar seorang pembohong. Dia gagal bersumpah setelah dicabar. Orang yang tidak bersalah tidak akan takut untuk bersumpah.
Namun beliau amat "disayangi" oleh Barat dan media barat. Dr Mahathir pula enggan menerima "bantuan" IMF lalu dihina kerana berani kata tidak pada ramuan dari IMF.
Saya fikir anda tidak "kenal" Anwar Ibrahim. seperti yang saya kata, apa pun dosa umat Nabi Muhammad SAW di Malaysia, kami bermohon Allah SWT tidak menurunkan bala pada Umatnya DENGAN mermberi kuasa pada Anwar. Akan tergadailah negara ini jika Anwar berkuasa.
Sumber : Kompasiana

KINI, APA PERASAAN KAMU?

Posted: 26 Jan 2014 05:59 AM PST

Tokong Melayu? Tertera Nama Datok Haji Samsudin Di Selangor
Bukalah Matamu

Apakah Perasaanmu

Di mana-mana

Siang & Malam, Bagaimana Nasib Generasi Islam 

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang khusus untuk Islam. Kalimah ini memberikan kita makna yang amat tersendiri dan merujuk juga kepada hakikat. Hakikat makna ALLAH itu mendukung konsep keesaan. Inilah landasan tauhid yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.

Orang Kristian menghubungkan Tuhannya dengan Yahweh, Elohim atau Adonai dan tidak boleh disamakan dengan ALLAH.

Keimanan kita kepada Kitab Injil yang mendukung maksud hunafa' atau hanif adalah berbeza dengan maksud Trinity yang mengungkapkan Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.

Oleh itu menyamakan kalimah ALLAH dan segala macam implikasinya dengan konsep Trinity amat bercanggah kerana dalam Surah al Ikhlas dan Surah al Kafirun memberi asas yang jelas bagi penganut Islam. Jesus atau Nabi Isa dalam Islam adalah Nabi dan Rasul bukannya anak Tuhan.

Implikasi kalimah ALLAH dengan persoalan tauhid, ibadah, syariah dan akhlak adalah berkaitan. ALLAH, yang memberikan landasan tauhid tidak hanya pada nama tetapi terhubung dengan tasawwur bahawa ALLAH itu SATU dan terhubung dengan makna dan hakikat kesatuan.

ALLAH dan penciptaan, ALLAH dan rahmah serta nikmah, ALLAH dengan ilmu dan kebenaran, ALLAH dengan planet dan galaksi berada dalam satu kesatuan. Ia memberi asas epistemologi (teori ilmu dan asal-usul ilmu) yang terhubung langsung dengan ALLAH.

Oleh itu kalimah ALLAH tidak boleh disamakan makna dan hakikatnya dengan istilah-istilah lain yang memberikan konotasi atau pengertian berbeza.

Al-Quran memberikan pedoman "Laqum Deenukum walyadeen- Kamu agama kamu, kami agama kami". Malah Rasulullah SAW menegah umatnya daripada menghina agama lain, dibimbangi orang lain akan menghina Islam.

Soal perbezaan dalam agama adalah sesuatu yang wujud terutama dalam bidang aqidah dan ibadah. Penganut agama-agama harus ada etika untuk berbeza (ethics of differences) supaya perbezaan tidak tercetus menjadi hal yang sensitif dan menyebabkan keresahan.

Pihak yang ingin memaksa penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu harus sensitif dengan perasaan orang Islam. Ia membawa implikasi dalam aqidah mereka. Malah undang-undang atau enakmen Islam negeri-negeri bagi banyak negeri sejak sekian lama memaktubkan perkara ini.

Memaksa penggunaan kalimah ALLAH itu bagi orang bukan Islam nantinya akan ditanggapi ada maksud yang tersurat dan tersirat. Ia menjadi tidak baik bagi masyarakat beragama di Malaysia.

Sifat saling memahami dan toleransi perlu ada di kalangan pihak lain supaya perkara yang diterima sekian lama sebagai sesuatu yang sah bagi Islam menimbulkan salah faham dan curiga.

Bagi tokoh-tokoh politik yang bukan Islam, apa hak mereka ini memaksakan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pertama mereka harus belajar menghormati kuasa mufti, majlis fatwa, kuasa Raja-Sultan terhadap ehwal agama Islam dan enakmen atau undang-undang mengenainya yang sudah diputuskan oleh banyak negeri.

Kedua, mereka harus menghormati keputusan syarak yang dinyatakan oleh individu berwibawa mengenainya atau majlis syura Islami yang membuat keputusan mengenainya.

Seperti juga penganut agama lain berhak membuat keputusan mengenai agama mereka tetapi tidak memandai-mandai memaksa agama lain supaya menerima apa yang mereka putuskan.

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang unik dan khusus bagi penganut Islam. Ia tidak boleh disamakan dengan patung bagi orang Kristian dan berhala bagi orang Hindu kerana ia membawa implikasi lain. Justeru menghormati hak orang Islam seharusnya menjadi amalan.

Kalimah ALLAH membawa konsep tersendiri mengenai Tuhan. Ia sebagai tunjang akidah tauhid yang membentuk suatu tasawwur atau pandangan semesta terhadap Pencipta dan hasil ciptaannya.

Tasawwur yang Islami menjadikan aqidah tauhid sebagai landasan dalam beragama. Konsep ALLAH tidak boleh disyarikatkan dengan perkara-perkara lain yang mendorong kepada faktor syirik. Dosa syirik tidak ada keampunan daripada ALLAH.

Oleh itu umat Islam amat menjaga kalimah-kalimah penting yang ada dalam al-Quran termasuk wahyu, kitab, nabi, rasul, imam, makmum dan seumpamanya kerana kalimah-kalimah itu terhubung langsung dengan Islam.

Menyalahgunakan kalimah-kalimah ini akan membawa konotasi dan kesan yang berbeza dan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kekacauan terhadap makna yang lari dari maksud Islami. Hal ini patut dihormati oleh pihak lain supaya Islam tidak dipersendakan.(Profesor DSB, UIA)



APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Eloquent silence?

Posted: 26 Jan 2014 09:11 PM PST

Racists choked by racism?

Posted: 26 Jan 2014 04:30 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Alhamdulilah Nik Aziz Akhirnya Dapat Hidayah...

Posted: 26 Jan 2014 11:00 PM PST


Setelah membuat kenyataan yang tidak berapa konsistan selama dia menjadi menteri besar kelantan mengenai kalimah Allah, kini kenyataan terbaru nik aziz setalah pencen dari menjadi menteri besar agak mengejutkan, kenyataan terbaru nik ajis ini dilihat seolah-olah dia macam baru mendapat hidayah dari Allah Taala...

Baca kenyataan terbaru dari nik ajis ini, mungkinkah pemimpin-pemimpin pas pro evangalist akan mengatakan nik ajis bodoh, bangang dan tidak moderate...???

KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

"Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya," ujarnya.

Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. Sumber

Wajarkah CIMB Upgrade Sistemnya Di Waktu Cuti Panjang Ini...???

Posted: 26 Jan 2014 09:00 PM PST


Pihak cimb bank telah mengeluarkan notis, bahawa bermula dari 11.45 malam 31 januari sehingga 3 February, semua sistem mereka akan terganggu akibat proses menaik taraf (upgrade).

Ini bermakna semua transaksi keluar dan masuk wang melalui mesen atm dan cash deposit tak boleh di jalankan dan perkhidmatan cheque deposit juga mengalami gangguan, senang cerita pengguna dan pelanggan cimb tidak boleh keluar dan masuk duit selama 3 hari...

Persoalannya ialah, adakah wajar cimb menyusahkan para pelanggan mereka di waktu musim cuti panjang ini...? aku tak pasti sama ada perkhidmatan 'meps cash' terjejas sekali atau tidak...

Bayangkan sekiranya korang pelanggan cimb, dalam perjalanan korang balik ke kampung, tiba-tiba kereta korang rosak, mana korang nak cekau duit untuk repair kereta? cimb tengah upgrade sistem... hahah 3 hari la korang berkhemah tepi highway...

Tidakah pihak cimb fikir ini bukan masa yang sesuai untuk upgrade sistem...

Dari Kastam DiRaja Malaysia Akan Jadi Kastam Malaysia Berhad...

Posted: 26 Jan 2014 06:00 PM PST


Kata najib "Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.

"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.



Kastam kemungkinan akan di korporatkan, agaknya ini nasihat roti jala dan PEMANDU kepada najib, dengan menkorporatkan kastam, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih lumayan berbanding sekarang...

Kalau pengkorporatan kastam menjadi kenyataan, agak-agak lepas nie apa pulak agensi kerajaan yang akan di korporatkan...? Polis DiRaja Malaysia akan jadi Polis Malaysia Berhad, Tentera Udara DiRaja Malaysia akan jadi Tentera Udara Malaysia Berhad...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


JANGAN BISING-BISING

Posted: 26 Jan 2014 02:42 AM PST

"The producers of the hit movie "Dumb and Dumber" say Red Granite Pictures is using money from the Malaysian prime minister's family to squeeze them out of producing the upcoming sequel".

ANUGERAH KEPADA YANG KALAH PUN DAPAT

Posted: 26 Jan 2014 02:14 AM PST

MI Maran kalah dalam pru13 yang lepas di kawasan DUN Bukit Selambau. 

Tetapi masih dianugerah darjah yang tertinggi. Reward kepada yang gagal mengembalikan sokongan kepada BN. Tahniah!

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


VIP Guna Nama Anak Yatim Kaut Keuntungan Berjuta,Anak Yatim Di Biar Kelaparan

Posted: 26 Jan 2014 11:05 PM PST

Asalamualaikum dan salam bloger,saya ingin mengajak anda luangkan sedikit masa membaca kisah nyata yang berlaku di "negara islam" yang tercinta ini.

Kisah yang saya petik dari  web PPIM(Persatuan pengguna islam malaysia)
>>
sekadar hiasan
KENYATAAN RUMAH ANAK YATIM WPRP
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.
Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato', wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato' Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan.
Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato' ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.
Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato' janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.
Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato' yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu "Minta Sedeqah" yang bertajuk "Tolong Kami" dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee.
Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.
Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir Dato' ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato' Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.
Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG SEBELUM MAJLIS
Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu "Ampuni kami" yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu "Tema Yayasan" bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan.
Yang diminta ialah lagu "Minta sedekah". Itu pun di'trimmed' menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India.
Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri.
Si Dato' menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato' juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.
Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!
Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato' yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.
Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato' masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.
Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan 'orang-orang tertentu'. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam "sial" lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?
Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi "co-founder" yang lainnya.
Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.
Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato' penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak.
Dalam menunggu makanan dibeli, Dato' dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu.
Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput 'makan tengahari'. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.
Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang 'perutnya' sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.
KONFLIK REHEARSAL
Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba.
Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura.
Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.
MALAM MAJLIS
Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan "VVIP" kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak "VVIP" majlis hanyalah "makanan gorengan mudah" dan tidak ditambah apabila habis.
Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.
Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..>
"Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?"… Kenapa tinggalkan solat?
Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah.
Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain.
Di dalam ucapan Dato' Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)
Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di"lajak"kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.
Dalam ucapan Dato' Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa.
Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami.
Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato' Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu.
Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.
Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu "minta sedekah" dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang "Kononnya VVIP" itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi.
Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.
Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma. INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.
Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.
JANGAN CEMARI INSTITUSI BERAJA
Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain.
Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini setelah si Dato' yang berjanji untuk datang sendiri itu gagal menemui kami memberikan penjelasan hingga saat ini.
Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya.
Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Jauh sekali dengan sebarang niat untuk merendahkan Institusi Raja yang kami sendiri doakan dalam majlis itu dan dalam banyak artikel kami sebelum ini.
Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Kerajaan Saudi Tumpaskan Sindiket Air Zam-zam Palsu

Posted: 26 Jan 2014 05:00 PM PST


SEPULUH orang termasuk seorang warga Arab Saudi, telah ditangkap kerana mengedar dan menjual air minuman palsu Zamzam.

Kementerian Perdagangan dan Industri Arab Saudi menyerbu sebuah rumah di kejiranan Al-Rusaifah Makkah, yang telah digunakan untuk mengisi botol Zamzam dengan air minuman biasa. 

Pihak berkuasa berkata sendikit kumpulan ini telah dikendalikan oleh seorang lelaki Arab Saudi. Mereka di tangap semasa sedang mereka mengisi botol dengan air biasa dan bersiap sedia untuk mengagihkan nya.
Mereka telah diserahkan kepada balai polis Al-Mansour untuk tindakan selanjutnya. (www.saudigazette.com.sa)

Jutawan Brunei Ini Malukam Najib

Posted: 26 Jan 2014 03:00 PM PST








Bukan niat untuk memperkecilkan pemimpin negara sendiri tapi inilah realiti sebenar. Sultan Brunei walau kita tahu mempunyai jet mewah sendiri, merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia tetapi hanya menaiki boat cabuk je untuk melawat mangsa banjir. Tiada payung yang memayunginya.

Lain pula halnya dengar PM Malaysia kita yang melawat mangsa banjir pakai kapal terbang macam manalah nak merasai keperitan rakyat dalam menghadapi suasana banjir.

Orang selalu berkata kalau kita nak lihat ciri pemimpin yang baik kita kenalah lihat pada perwatakan luarannya dahulu kerana ia mencerminkan pribadi diri seseorang itu.

Subahanallah,Apabila Laut Membeku

Posted: 26 Jan 2014 08:42 AM PST

Terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. 









cincinbelahrotanku.blogspot.com

Demi Ayah,Pemuda Ini Membawa Ayah Lumpuh Masuk Universiti

Posted: 26 Jan 2014 06:59 AM PST

Beijing : Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.

Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. 

Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari struktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. 

GUO terpaksa menjaga ibunya sejak masih kecil dan kini perlu menjaga bapanya yang lumpuh
Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya.
 
GUO turut memasak untuk bapanya di asrama universiti.
Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. Kos ini, berjumlah £2000 setahun untuk tuisyen sahaja, tidak termasuk makanan, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu bapanya. Meskipun tidak berkemampuan untuk membiayai kos pelajaran, beliau berjaya mendapat biasiswa dengan usahanya sendiri.
Bercakap mengenai pengalaman beliau, Shijun berkata: 'Saya tidak boleh berkata bahawa hidup ini mudah tetapi satu-satunya jalan keluar dari masalah ini ialah melalui kerja keras, jadi saya tidak merungut. "Saya rasa selepas menamatkan pengajian keadaan akan menjadi lebih baik. 

-ijoks2009-
Berapa ramai di kalangan anak melayu kita yang boleh dibanggakan seperti pemuda cina ini.Bila bertembung kehendak sendiri dengan tanggungjawab sebagai anak mana yang lebih dipentingkan.Andamasing-masing boleh jawab sendiri.Berapa kalikah dalam sebulan kita sebagai anak bertanya khabar@menelefon ibu bapa di kampong.Apabila bertembung antara keperluan diri,Isteri atau anak anak dengan ibu bapa mana yang lebih kita utamakan? Kita sepatutnya rasa malu dengan pemuda ini.

Kisah Sepotong Roti Penebus Dosa

Posted: 26 Jan 2014 02:45 AM PST


SABDA RASULULLAH SAW: Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.







Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. 

Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. 

Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. 

Setelah ia sedar..
maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. 

Rupanya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta yang setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu, masing-masingnya mendapat sepotong roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.


Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."
Orang yang membahagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari sepotong roti."

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding dengan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!"
-kisahteladan.info-