Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anak Ikan kata Anwar boleh naik haji ke Jepun?

Posted: 25 Jan 2014 08:00 PM PST

Nurul pembohong sama semangkuk kangkung

Posted: 25 Jan 2014 05:00 PM PST

Nik Aziz bbaru bertaubat kesalahannya ke?

Posted: 25 Jan 2014 07:27 AM PST

Tun Mahathir ziarah Dato Harun Din

Posted: 25 Jan 2014 04:30 AM PST

Kematian Harun Taib satu kehilangan besarr

Posted: 25 Jan 2014 01:21 AM PST

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Kemelot rebutan kuasa MB dalam PKR Selangor : Rakyat perlu buka mata?

Posted: 24 Jan 2014 11:55 PM PST


'Perbalahan' antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung isu jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemimpin pembangkang sebenarnya hanya berjuang untuk mengejar kuasa dan kedudukan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai situasi tersebut iaitu pemimpin PKR sudah berbalah kerana isu jawatan walaupun mereka belum mendapat kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat.

Katanya, perebutan kuasa sesama sendiri di dalam PKR serta antara Pas dan DAP pasti lebih hebat jika pembangkang menguasai Kerajaan Pusat.

"Ini baru jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Pas tidak dapat jawatan Exco di Pulau Pinang dan di Selangor pun Exco Pas tidak diberi fungsi portfolio Islam, jadi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan dan sebagainya pasti menjadi perebutan.

"Ini belum masuk lagi hal-hal dasar dan ideologi masing-masing. Kemelut seumpama ini tidak akan dapat menjamin kestabilan politik dan keamanan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid semakin ketara selepas pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini.

Difahamkan pengguguran Azmin menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli PKR yang menyokong beliau sehingga mereka mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Menurut Ibrahim, punca sebenar perbalahan itu ialah kerana Abdul Khalid curiga dengan Azmin yang bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

"Azmin ialah Timbalan Presiden PKR. Besar cita-citanya, bukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana jawatan itu untuk pemimpin PKR peringkat bawah sahaja tetapi itu pun mereka berebut," katanya.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Belajar daripada kisah 'Bangau oh bangau'?

Posted: 25 Jan 2014 10:55 PM PST


Tidaklah mengejutkan apabila pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari meluahkan perasaannya baru-baru ini. Beliau musykil tentang kesungguhan Pas melaksanakan hudud apabila peluang itu berulang kali ada di depan mata.

Dalam luahannya kepada sebuah portal berita awal bulan ini, pensyarah undang-undang yang bertukar kerjaya menjadi ahli politik itu seperti kecewa kerana hujahnya bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan sudah tidak diendahkan. Pendapatnya tentang hudud tidak lagi popular sedangkan sebelum ini beliau diangkat sebagai wira hudud Pas.

Kini tiada siapa lagi yang mahu memperkatakan tentang hudud. Keadaan sudah terbalik 180 darjah, Sudah lama tidak kedengaran soal hudud daripada mulut orang Pas bahkan pimpinan mereka seperti mengunci mulut apabila berhadapan dengan soal ini.

Pas seperti terpukul apabila mufti, ulama dan pakar undang-undang menyatakan hudud boleh dilaksanakan tanpa perlu kuasa Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Pas seperti tidak bermaya apabila parti sekutunya menentang pelaksanaan hukum hudud. Pas jadi kerdil apabila berhadapan dengan tuntutan melaksanakan hudud. Pas tiba-tiba seperti tidak tahu apa-apa tentang hudud.



Setelah Kerajaan Persekutuan tidak boleh lagi dipersalahkan, mereka kini menggunakan bermacam helah. Selepas satu jawatankuasa, satu jawatankuasa lain ditubuhkan untuk 'membeli masa' daripada melaksanakan hudud.

Rupa-rupanya mereka hanya pandai bercakap dan berhujah. Tiada satu pun yang bermanfaat besar kepada rakyat boleh dibanggakan telah dilaksanakan. Apabila gagal membangun negeri, mereka salahkan Kerajaan Pusat. Apabila gagal bina lebuh raya, sekali lagi orang lain juga yang disalahkan.

Pas sekali lagi menunjukkan kelemahan melakukan perubahan dan pembaharuan. Kelebihan mereka rupa-rupanya hanya mahir mengikut arus, menurut sahaja telunjuk DAP dan PKR. Bagaimanakah mereka mampu mentadbir negara yang masalahnya lebih kompleks jika hal-hal asas seperti ini pun gagal dilaksanakan?

Pas nampaknya tidak lebih seperti kisah 'Bangau oh bangau'. Pas menjadi reaktif apabila berhadapan dengan masalah dan kerumitan. Bangau yang kurus menyalahkan ikan kerana tak timbul dan ikan pula menyalahkan rumput yang panjang.

Begitulah Pas yang terus menyalahkan Kerajaan Pusat. Pas terbukti gagal menggunakan pengaruh dan kuasanya. Yang mereka hebohkan kuasa Pusat yang bukan dalam lingkungannya sedangkan pengaruh dan kuasa di tangan sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Pas dilihat parti yang dicorakkan bukan mencorakkan.

Kisah 'Bangau oh bangau' juga berlaku di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat cepat-cepat menyalahkan penjawat awam dalam kes penyingkiran Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Azmin Ali.


Belum pun hujung dan pangkal masalah diketahui, Pengurus Besar PKNS , Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja, Norita Mohd.Sidek ditukarkan serta-merta. Mengapakah beliau tidak mengambil tanggungjawab kolektif dengan meminta maaf jika berlaku kesilapan teknikal atau berlaku salah faham dalam kes penyingkiran Azmin itu?

Tindakan terburu-buru Abdul Khalid itu seperti mahu memberi gambaran seolah-olah pemimpin PKR begitu kemaruk jawatan dalam kerajaan. Kedudukan Azmin yang memegang jawatan kanan dalam parti seperti tidak boleh diusik. Sesiapa yang berani mengganggu pemimpin ini walaupun tidak disengajakan bakal menerima padah.

Sebagai ketua eksekutif, Abdul Khalid sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab untuk menanggung apa jua kelemahan pentadbiran beliau, bukan mengambil langkah mudah menuding kesilapan kepada pihak lain.

Tambah pelik apabila Abdul Khalid sanggup menggunakan kuasanya mendedahkan dokumen sulit untuk memberikan gambaran beliau tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Tetapi mungkin sudah begitu resam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang. Mereka lebih suka bermain mengikut rentak 'Bangau oh bangau'.

Masalah yang selalu dihadapi ialah kita sering gagal menggunakan kuasa dan pengaruh yang berada dalam kawalan kita. Kuasa dan pengaruh walaupun dianggap kecil tetapi jika digunakan dengan bijaksana boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Seperti kata-kata orang bijak pandai, yakini apa yang dilakukan. Ada kuasa, gunalah kuasa itu dengan bijaksana. Ada kekuatan, gunalah dengan penuh berhemah. Ada pengaruh dan wibawa, gunalah dengan penuh waspada. - UMO

Suara Politik
Belantan

Benarkah MB Khalid terpaksa bergayut di dahan DAP, Pas untuk survival politik?

Posted: 25 Jan 2014 08:59 AM PST


Di atas kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.

Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.

Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.

Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sememangnya mempunyai sejarah 'tidak sebulu' dengan Azmin, namun kekuatan mereka tidak mampu menahan penolakan oleh pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap Abdul Khalid.

Secara dasarnya, Abdul Khalid sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kekuatan untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor dengan mengharapkan kepada PKR.

Sebaliknya, sejak konflik politik antara beliau dengan Azmin tercetus, ramai pemerhati politik sudah menjangkakan Abdul Khalid tidak akan mampu bertahan. Ia kerana 'serangan' dan tekanan bukannya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri.

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Abdul Khalid apabila beliau dilihat sering sahaja membuat keputusan yang menyusahkan PKR dan meletakkan pentadbiran kerajaan negeri dalam kontroversi.

Abdul Khalid mungkin boleh bertahan jika di Selangor, wakil rakyat PKR memberi sokongan padu kepada beliau tetapi ini tidak berlaku sebaliknya beliau dikatakan hanya mendapat sokongan terlalu sedikit.

Namun begitu, Abdul Khalid masih boleh menaruh harapan untuk kekal sebagai Menteri Besar memandangkan PKR hanya memiliki 14 kerusi sedangkan DAP dan Pas masing-masing 15 kerusi.

Oleh itu, Abdul Khalid kini menaruh harapan sepenuhnya kepada DAP dan Pas untuk menyelamatkan beliau daripada 'terkorban' dalam pertempuran politik dengan PKR.


Abdul Khalid sememangnya mempunyai hubungan akrab dengan wakil rakyat kedua-dua parti itu di peringkat negeri.

Tambahan pula, dalam beberapa keputusan sejak menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan lebih memihak kepada pendirian kedua-dua parti itu khususnya DAP.

Justeru DAP dan Pas boleh menjadi tembok penghalang yang akan mampu memintas 'gelombang' PKR untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Jika kedua-dua parti itu mahu Abdul Khalid kekal, ia sudah pastilah memusnahkan impian penyokong-penyokong kuat Azmin yang sudah teruja ingin melihat Menteri Besar Selangor itu berundur atau dipecat daripada jawatan berkenaan.

Selain itu PKR sudah tentu tidak mahu 'mencari fasal' dengan Pas yang dikatakan akan terus memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pas tidak mahu individu lain termasuklah Azmin menggantikan Abdul Khalid. Jika PKR berdegil dengan pendiriannya, Pas dikatakan akan menuntut kerusi Menteri Besar yang sememangnya sejak awal lagi hak mereka berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai.

Senario ini memperkukuhkan lagi usaha Abdul Khalid untuk bertahan dengan sokongan Pas dan DAP.

Namun begitu ia bukanlah bermakna usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid sudah berakhir sebaliknya, beliau mungkin akan berhadapan dengan gangguan demi gangguan dari dalam parti sendiri dengan tujuan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah seperti mana diramalkan banyak pihak, pemilihan PKR pada Mei ini bukan sahaja akan menyaksikan pertembungan antara beliau dan Azmin tetapi platform untuk memburuk-burukan Abdul Khalid.

Oleh itu, Abdul Khalid mungkin boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan sokongan DAP dan Pas, tetapi perjuangan politik beliau sentiasa akan dihempas 'gelombang' akibat 'serangan' kawan-kawan sendiri - begitulah politik.

Suara Politik
Belantan

Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya di Myanmar berterusan?

Posted: 25 Jan 2014 03:42 AM PST


The Massacre of Muslims in Burma continues, with over 1000 killed in cold blood yesterday, without any media interest! Please share to awaken the conscience of Humanity!
الإبادة الجماعية لمسلمي بورما على أيدي البوذيين متواصلة ، مجزرة الأمس ذهب ضحيتها ١٠٠٠ مسلم في ظل تعتيم إعلامي كامل .. انشروا هذا الخبر ! أيقظوا الضمائر النائمة !

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Answers to the BIG question

Posted: 25 Jan 2014 10:14 PM PST

If Sungkai was near Stockholm and the teacher a Malay

Posted: 25 Jan 2014 01:14 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RINTIHAN PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN ANGKARA ANWAR

Posted: 25 Jan 2014 09:04 PM PST

Bernama melaporkan, "Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

"Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

"Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

"Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu," katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini, hari ini.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.

"Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka," katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

"Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

"Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu," katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian".

SEJARAH PETANG INI ANWAR DIJANGKA MOHON MAAF

Posted: 25 Jan 2014 04:29 AM PST

PERASAN MACAMLAH DIA PERDANA MENTERI NAK BAGI PERUTUSAN KHAS !
Anwar Ibrahim, anugerah Tuhan yang tidak pernah rasa malu. Berangan dirinya Perdana Menteri nak masuk negara Jepun pun kena halau. Sudah tentu negara lain pun mempunyai undang-undang baharu tidak membenarkan bekas Banduan memasuki negara mereka. Khabarnya selain Jepun, beberapa negara di Eropah turut menguatkuasakan undang-undang baharu melarang bekas Banduan memasuki negara mereka.

Anwar Ibrahim, anugerah Tuhan tidak tahu malu. Esok dia hendak membuat Perutusan Khas. Pada 17 Ogos 2012, di dalam blog rasminya sendiri, beliau telah memohon maaf kepada DS Najib Razak kerana sering memfitnah dan menyusahkan beliau.

Khabarnya, Anwar Ibrahim akan membuat Perutusan Khas Memohon Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia akibat insiden dia diusir dari Jepun khususnya insiden susulan kumpulan Sam Ketot membakar Bendera Jepun yang mengakibatkan rakyat Malaysia di Jepun ketakutan dan berkurung di dalam rumah masing-masing.

Khabarnya juga, Anwar Ibrahim akan membuat Perutusan Khas tentang kedudukan rumahtangga anaknya Nurul Izzah dan penjelasan mengenai insiden pertengkaran yang hampir mengakibatkan peristiwa tumbuk-menumbuk di antara wakil rakyat Melayu PKR dengan wakil rakyat Cina PKR di Kuantan minggu lalu.

Imbas semula Perutusan KHas Memohon Maaf Kepada Najib di bawah (2012),


PERUTUSAN KHAS ANWAR 2012
PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.

"SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
17 Ogos 2012.

YANG ADA KEPADA TUN DR. MAHATHIR YANG TIADA KEPADA ANWAR

Posted: 24 Jan 2014 11:48 PM PST

Tun Dr. Mahathir Melawat Tuan Guru Haron Din

Datuk Jamil Khir Mengunjungi Allahyarham TG Harun Taib
1) Arwah TG Harun Taib merupakan rakan karib sealiran kepada TG Haron Din yang turut sama menentang penggunaan kalimah Allah yang disokong oleh DAP.

2) Arwah TG Harun Taib merupakan individu yang menolak campurtangan DAP dalam parti PAS

3) Pada PRK Sg Limau arwah TG Harun Taib telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP pada kempen PAS di Sg limau.

4) Arwah TG Harun Taib pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan PAS

5) Arwah TG Harun Taib merupakan rakan UMNO dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) Selepas PRU13 arwah TG Harun Taib pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Cina DAP yang mahukan kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti pas mengadakan hubungan dengan UMNO bagi menyelamatkan Islam.

7) DAP lebih selesa dengan kematian arwah TG Harun Taib kerana semakin kurang golongan ulamak dalam PAS maka lebih mudah untuk mereka menguasai dan menjadikan PAS barua mereka.

8) Sahabat sealiran iaitu TG Haron Din kini juga sakit dan pastinya DAP akan mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan PAS. 

Marilah Kita Berdoa Bersama-sama Supaya Allahyarham TG Harun Taib Diampunkan Oleh Allah SWT & Mendapat Keredhaan Dari Allah SWT. Al-Fatihah.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kisah Unta Menjadi Saksi,Rasululllah Menjadi Hakim

Posted: 25 Jan 2014 10:54 PM PST

Ini namanya basikal "unta"

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."


Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
-Sumber-

Peringatan Untuk Bloger,Bahaya Penggunaan Komputer Terlalu Lama

Posted: 25 Jan 2014 10:50 PM PST

Ni baru betul bloger tegar
Kajian mendapati, perbuatan menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan seseorang mengalami kemurungan.

Dalam kajian ke atas 25,000 orang pekerja, ramai antara mereka mengeluh kerana berasa tertekan, cemas dan sukar bangun tidur pada keesokan paginya.

Mereka juga mendapati, kualiti tidur terganggu dan sukar berkomunikasi dengan rakan sepejabat.Kajian oleh para penyelidik di Universiti Chiba, Jepun itu menyimpulkan bahawa pihak atasan perlu mengehadkan waktu untuk kakitangan mereka bekerja di depan komputer.

"Hasil kajian ini menunjukkan gangguan mental dan tidur yang berpunca daripada penggunaan komputer. Waktu maksimum untuk tujuan itu disarankan tidak lebih lima jam sehari," ujar salah seorang penyelidik, Dr. Tetsuya Nakazawa.kosmo.com.my

-ijoks2009-Biasanya yang banyak meluangkan masa depan komputer ni bloger kan,berapa lama korang habiskan masa depan komputer?

Penyakit Pelik,Kulit Tanggal Bila Di Sentuh

Posted: 25 Jan 2014 08:00 PM PST



WAKTU mandi merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupan harian seorang budak lelaki di England, Rhys Williams. Ia bagaikan satu penyeksaan yang amat berat, malah, turut meninggalkan kesan emosi kepada ibunya, Tanya Moores.
Apa tidaknya, jeritan suara Williams, 8, sebaik sahaja air mengenai badannya sukar untuk digambarkan hinggakan si ibu berasa trauma untuk memandikannya.
"Saya takut untuk memandikannya. Saya tidak sanggup mendengar rintihannya menahan sakit," ujar Moores seperti yang dilaporkan portal berita Dailymail.
Ekoran daripada itu, Moores terpaksa mengambil masa yang lama iaitu sehingga tiga jam untuk memandikan anak lelakinya itu.
Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada penyakit kulit epidermolisis bulosa (EB) yang dihidap Williams.

EB membuatkan kulit Williams melepuh dan melecet.
Lebih menyedihkan tatkala kanak-kanak lain gembira mendapat pelukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Williams sebaliknya tidak mampu menikmatinya.
Setiap sentuhan hanyalah satu penyeksaan kepadanya. Sentuhan akan membuatkan kulit Williams tertanggal dan luka.
Keadaan itu menyebabkan ibunya lebih rela tidak memeluk dan menciumnya biarpun jauh di sudut hatinya dia mengimpikan momen indah seperti itu.
"Saya tidak boleh memeluknya kerana ia akan mengakibatkan kulit badannya tertanggal. Saya tidak sanggup melihatnya menangis menahan kesakitan," ujar Moores yang berusia 30 tahun.
Malah, menurut Moores, keadaan Williams dianggap kritikal sehinggakan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit jenis morfin.
Darah
"Bagaimanapun, sekarang dia tidak mahu lagi mengambil ubat tahan sakit itu. Dia mengambil paracetamol sahaja," katanya.
Moores memberitahu, anaknya itu sebenarnya menderita penyakit kulit tersebut sejak lahir.
Keadaan itu menyebabkan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain pembalut bagi memastikan kulitnya tidak tertanggal.


Ini kerana jika terdedah, kulit Williams senang berdarah apabila tersentuh sesuatu.
Keadaan itu menyebabkan pakaian Williams kerap terkena darah. Ini kerana jika terdedah, kulitnya cenderung untuk tersentuh dengan objek lain yang akan mencetuskan luka.
Ekoran daripada itu juga, Williams tidak mampu untuk bermain di luar seperti kanak-kanak lain.
Malah, kebanyakan masanya dihabiskan di dalam rumahnya yang terletak di Bolton, Greater Manchester, England.
"Pernah suatu ketika, dia tidak mahu keluar berjalan langsung kerana terlalu malu akibat menjadi tumpuan orang ramai yang selalu melihat keadaannya.
"Williams turut meminta saya menutup dirinya daripada pandangan wanita lain yang sering membuat aksi tergamam apabila melihatnya," ujar Moores yang terpaksa meredah perjalanan kira-kira 300 kilometer apabila ingin mendapatkan rawatan untuk anaknya itu di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.
Cerita Moores, perkara paling melukakan hatinya ialah apabila ada individu yang memberikan komen negatif dengan menganggapnya sebagai seorang ibu yang cuai kerana membiarkan anaknya bermain berdekatan cerek panas.
"Mereka ingat anak saya terkena air panas," katanya yang memberitahu, masih ramai yang tidak terdedah dengan pengetahuan berkaitan penyakit tersebut.
Ujar Moores, lebih menyedihkan apabila anaknya itu juga terpaksa diberi makan menggunakan tiub khas pada badan.
Ini kerana jika Williams mengambil makanan pejal secara oral, ia akan mengakibatkan lepuhan pada kerongkongnya.
Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Colin Tidy, EB merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kulit mudah melepuh dan tertanggal.
Bagi individu yang mengalami EB, sentuhan secara lembut pada kulit sahaja sudah dapat meninggalkan kesan lepuhan yang teruk.
Antara simptom yang dialami pesakit termasuklah lepuhan di dalam mulut, susah untuk mengunyah dan menelan makanan, serta mengalami masalah penglihatan.
"Sehingga kini belum ada penawar khusus bagi penyakit EB. Rawatan yang diberikan hanyalah untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit," katanya.
Tambah Tidy, statistik menunjukkan penyakit yang jarang dijumpai ini menyerang satu daripada 17,000 kelahiran di Britain.

Mahathir Melawat Tuan Guru Harun Din Di IJN

Posted: 25 Jan 2014 06:30 PM PST



MAHATHIR (kanan) melawat Haron Din di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur semalam.

ZIARAH. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas Pusat, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam.Mahathir membuat kunjungan itu untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan kesihatan Haron selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Komprehensif IJN pada Khamis lalu berikutan komplikasi jantung.Keadaan Haron, 73, yang sebelum ini kritikal, kini dilaporkan semakin stabil.

Baju Sejuk Laris Di Kuala Krai

Posted: 25 Jan 2014 04:30 PM PST


MOHD. RIZWANI menunjukkan sebahagian daripada baju sejuk yang dijual di gerainya di bandar Kuala Krai, Kelantan semalam.


KUALA KRAI - Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai sehingga 17 darjah Celsius persis di London, United Kingdom minggu ini menyebabkan baju sejuk menjadi pakaian popular dan mendapat permintaan yang agak tinggi di jajahan itu berbanding sebelum ini.
Tinjauan Kosmo! semalam di bandar Kuala Krai semalam mendapati ramai antara penduduknya yang mengenakan baju sejuk, jaket atau sekurang-kurangnya berbaju dua lapis walaupun selepas pukul 10 pagi.
Seorang penjual pakaian di Pasar Besar Kuala Krai, Mohd. Rizwani Abdul Halim, 34, mengakui dia yang sebelum ini hanya 'memerap' baju-baju sejuk jualannya terpanggil untuk mempamer dan menjual pakaian itu sejak kelmarin.
"Cuaca sejuk ini memaksa ramai orang mencari pakaian sejuk dan secara tak langsung permintaan terhadapnya lebih banyak daripada kebiasaannya.
"Pada hari ini (semalam) saya telah menjual 20 helai baju sejuk yang dijual dengan harga antara RM10 hingga RM30 sehelai," katanya yang berniaga pakaian terpakai di sini semalam.

Kuala Krai Dah Jadi Macam London

Posted: 25 Jan 2014 03:00 PM PST

TAK TAHAN SEJUK... Abdul Razak Yunos (kanan) dan anggota keluarganya menikmati minuman petang di Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan dengan memakai baju sejuk.


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan.
Keadaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu.
Di Kelantan pula, Jajahan Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum.
Ketika diminta mengulas fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'.
Menurutnya, kali terakhir matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001.kosmo.com.my

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


BN boleh tumbang disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera - Tun Mahathir

Posted: 25 Jan 2014 04:51 PM PST

Pandangan negarawan ini memang wajar diperhalusi dengan persepsi positif atas komen beliau.

Teguran ini demi masa depan BN dan jika diabaikan tidak mustahil hancur musnah masa depan kita semua.

Menegur kerana kepentingan tidak sama menegur kerana keikhlasan.

Kadangkala pahit berkata benar walau pahit itu memang menjadi ubat. Banyak kesan dari kebenaran kita perkatakan dan kadangkala menimbulkan kemarahan kawan dan lawan.

Baca teguran Mantan PM kepada Kerajaan seperti di bawah.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/dr-m-bn-tumbang-jika-gagal-tangani-harga-barang-1.243971


Sent from my iPhone

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Malaysian Insider Kecam Arwah Harun Taib?

Posted: 25 Jan 2014 09:31 PM PST



Takziah Untuk Keluarga Datuk Harun Taib. Al Fatihah

Posted: 25 Jan 2014 12:52 AM PST