Followers

Nuffnang

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


ANAK KHAIRIAH TAMAN RIA JAYA MENENTANG KONSERT PLANET EUPE

Posted: 24 Jan 2014 12:24 AM PST


oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Usah beri harapan palsu kepada rakyat Selangor?

Posted: 24 Jan 2014 03:51 AM PST


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak terus memberi harapan palsu kepada rakyat dalam soal mengatasi masalah krisis bekalan air meruncing yang melanda Lembah Klang pada masa ini.

Pengerusi Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan), Aldric Loong Kim Yew berkata, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mengetepikan aspek politik dalam menyelesaikan isu berkenaan sudah berlarutan hampir enam tahun.

"Apa yang pasti masalah bekalan air tidak terawat (NRW) sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi semakin meruncing dan kita berpegang teguh kepada jalan penyelesaian bahawa krisis air hanya boleh diselesaikan dengan terbinanya Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Tindakan kerajaan negeri mahu memulakan projek bekalan air bersih HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) misalnya bukan akan menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada mewujudkan kekeliruan dan kebimbangan tentang keberkesanan projek tersebut dalam kalangan pengguna," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat bertajuk Betapa Kritikalnya Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George dan Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn. Bhd., Datuk Syed Daniel Syed Ariffin.

Kim Yew menambah, kerajaan negeri juga harus komited untuk memuktamadkan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dan segera mengeluarkan arahan pembangunan (DO) pembinaan Langat 2, bukannya terus mempolitikkan isu yang membelenggu rakyat pada masa ini.

Sementara itu menurut Jacob, semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dalam industri air perlu memberi fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menimbulkan perkara baharu sehingga isu pokok tidak diatasi.


"Semua pihak terutama kerajaan negeri , selesaikan dulu masalah pembinaan Langat 2 dengan mengeluarkan DO untuk projek tersebut, bukannya membangkitkan isu baharu seperti penstrukturan air hingga isu pokok untuk menyelesaikan krisis air tertangguh begitu lama.

"Jangan jadikan isu air seperti permainan bola sepak hingga mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara dengan 725 projek pembangunan terjejas kerana pihak Syabas tidak dapat memberi jaminan bekalan air mencukupi. Itu belum lagi banyak pelaburan terus asing (FDI) yang tidak dapat diteruskan di Lembah Klang," ujarnya.

Pada 13 Januari lalu, Abdul Khalid dilaporkan menerusi sebuah portal berita mengarahkan Pengawal Selia Air Selangor, Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk memulakan projek HORAS di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih 600 hingga 700 juta liter sehari.

Menurut Abdul Khalid, dengan adanya projek itu, rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek Langat 2 sebagai jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Pemergian Harun Taib kehilangan besar untuk umat Islam walau ...

Posted: 24 Jan 2014 07:19 PM PST

Panglima - Siapa yang gembira kematian beliau sudah tentu pihak yang terasa dengan kenyataannya di bawah.

Berikut kenyataan beliau yang sering tidak disukai Karpal Singh dan Anwar Ibrahim serta konco-konconya.

10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

1) ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,"

2) ISU KALIMAH ALLAH: "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,"

3) ISU KALIMAH ALLAH: "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,"

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,"

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,"

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,"

8) HIMPUNAN BLACK505: "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,"

9) HIMPUNAN BLACK505: "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),"

10) HIMPUNAN BLACK505: "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,"

- KLXPRESS

Sent from my iPhone

Kurang Ajar - Cikgu Cina di Perak Arah Murid Melayu Jadi Lembu Makan Rumput Sangat Biadap !!! Cc @MuhyiddinYassin

Posted: 24 Jan 2014 04:00 AM PST

Baca laporan blog Belia bangkit di bawah :



CIKGU CHEN YAN YAN

SERTA

SEMUA CIKGU CINA DI MALAYSIA

APA LAGI YANG KORANG MAHU?


BANGSAT!!!! Lagi kejadian penghinaan Cikgu Cina Kepada murid Melayu. Diperbodoh dan "DILEMBUKAN" di sekolah kononnya sebagai pengajaran!!! Sebab apa mereka berani? Korang tentu boleh jawab sendiri kan. INI BUKAN PERLU TOLAK ANSUR LAGI. TETAPI SEBAB KITA YANG "BERKUASA" ibarat "lembu yang dicucuk hidung dgn tali" serta "tiada telur" lagi.




Bapa kepada salah seorang murid tersebut telah membuat laporan polis setelah anaknya mengadu selalu diejek oleh rakan rakan di sekolah akibat dari kejadian tersebut.

Nampak tak betapa kurang ajarnya cikgu berbangsa cina ni? Sampai kata nak masukkan gambar yang dia ambil dalam facebook dan guru ini juga telah menunjukkan gambar yang beliau rakam kepada murid murid lain sambil mengatakan LEMBU KENA MAKAN RUMPUT.

Rasanya guru tersebut mesti terpelajarkan? Takkan lembu dan manusia tak dapat dibezakan oleh guru berkenaan.

Tapi atas sebab rasis terhadap Melayu maka guru tersebut yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada murid tergamak untuk melakukan penghinaan keoada anak anak murid beliau.

Kementerian pendidikan perlu mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berulang dan jangan ada mana mana guru yang berani menghina anak anak kurid sesuka hati mereka.





Adakah episod duka kali ini akan berakhir dengan "hanya permohonan maaf" sahaja seperti yang kita tahu penyelesaian kes di Kota Tinggi, Johor? 

Apa yang lebih dikesali, kejadian dan kebiadaban kali ini juga berlaku di SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA yang seperti mana kita tahu dibiayai dan dibawah pengurusan Kerajaan Malaysia.


Sent from my iPhone

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


The 'Proxy Dictator'

Posted: 24 Jan 2014 03:30 AM PST

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kenapa Rasulullah Makan Limau Tak Bagi Sahabat Makan

Posted: 24 Jan 2014 11:00 PM PST


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan:"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Akhlak Hancur,Jenayah Bermaharajalela.Apakah Kita Bakal Kembali Ke Zaman Jahiliah

Posted: 24 Jan 2014 09:44 PM PST

sekadar hiasan
PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

"Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

"Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

"Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol  kumpulan lelaki terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

"Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter," katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

"Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.sinarharian.com.my


-ijoks2009-
Adakah masih ada yang berani mengatakan "malaysia masih aman" sambil bersandar diatas keruri empuk.adakah belum sampai masanya untuk kita melaksanakan hukum Allah?
sama-sama kita renungkan ayat allah ini.

"Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka kerana mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan-Nya. 
Dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum ini, kemudian mereka melalui masa yang panjang (bertangguh) sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi fasiq" 
Al-Hadid:16

18SG,Awas Ini Bukan Akhlak Pendakwah Islam,Mencaci Sesama Muslim

Posted: 24 Jan 2014 09:28 AM PST

Lihat video di bawah,Anjing anjing anjing itulah perkataan yang keluar dari mulut pendakwah ini.Yang menyedihkan pula perbuatan menghina tenaga pengajar itu di lakukan di hadapan pelajar-pelajar sekolah.

Tidak kiralah samaada benda ini berlaku di Malaysia atau indonesia,perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam komuniti muslim.Islam mengharamkan penganutnya menjatuhkan maruah sesama islam dalam apa keadaan sekalipun
Maki hamun bukan kaedah dakwah yang bijak



Walau apapun gelaran yang diberikan kepada nya,Ustaz,habib,atau syeikh sekalipun ,cara beliau berdakwah akan lebih mendatangkan fitnah kepada islam.

43 Perkara Yang Menyekat Rezeki

Posted: 24 Jan 2014 07:00 AM PST

Perlu di ingatkan bahawa tidak semua pernyataan ini  dinyatakan dalam Al-quran atau hadis Rasulullah s.a.w tetapi merupakan kajian ulamak terdahulu.wallahualam..
-dipetik dari blog; 
blablasesawang.blogspot.com


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. 

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat. ------>>>>YANG NIE KES BERAT BUKAN RINGAN)<<<---------

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.(malaikat rahmat tak suka kepada tempat kotor)
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.(yang ni saya tak faham apa maknanya)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.(makruh)
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.(Rasulullah makan kurma guna 3 jari)
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.(kalau antara isteri-isteri bagaimana pula?)
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.(yang ni pun x faham,mcmana nak rukuk dlm solat?)
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

BN Bakal Tumbang Kata Mahathir

Posted: 24 Jan 2014 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.
sinarharian.com.my

RM 748,000 Untuk No Plat W1N,Rakyat Akan Mendapat Manfaat Kata Sultan Johor

Posted: 24 Jan 2014 03:24 AM PST

  • Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
 1 / 1 
SHAH ALAM - Berita yang tersebar mengenai nombor plat W1N bernilai RM748,000.00 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ternyata benar.

Memetik laporan News Straits Time, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak keberatan membayar sejumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Menurut Sultan Ibrahim, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," katanya.

Semalam, Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan sultan Johor telah membelanjakan RM174,000.00 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim telah sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," tulisnya.
sinarharian.com.my

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Krisis rebutan kuasa MB Selangor - Desakan kuat agar Khalid digantikan?

Posted: 24 Jan 2014 11:25 PM PST


Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.

Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.

"Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.

Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.


Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.

Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

"Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri," ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.

Suara Politik
Belantan

Kedudukan MB Khalid bagai 'telur dihujung tanduk'?

Posted: 24 Jan 2014 02:06 AM PST


Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan dokumen sulit bagi membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun Menteri Besar Selangor itu terus menerima tekanan dari parti sendiri termasuk berundur.

Difahamkan, Abdul Khalid kini bukan sahaja menerima tekanan untuk meletakkan jawatan malah sudah ada desakan kuat dalam PKR supaya beliau dipecat berikutan kemelut yang berlaku.

Desakan kuat untuk memecat Abdul Khalid disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini dengan menggunakan istilah desakan 'keras' yang dilakukan oleh empat hingga lima orang anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP).

Saifuddin menyatakan, desakan itu bukanlah satu usul dan MPP tidak membuat keputusan memecat Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Beliau menganggap pandangan seperti itu lumrah dalam parti tetapi menyatakan ia pertama kali desakan seumpama itu dilakukan.

Difahamkan penegasan Saifuddin masih belum mampu memastikan kedudukan Abdul Khalid tidak terancam atau tidak tergugat memandangkan Menteri Besar Selangor itu berhadapan dengan tekanan cukup kuat yang memungkinkan beliau tersingkir.

Tambahan pula, perbalahan politik antara beliau dengan Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dikatakan sudah sampai ke kemuncaknya.

Biar pun penyingkiran Azmin dari PKNS bukan dilakukan oleh Abdul Khalid namun ia tetap memberi kesan hubungan politik kedua-dua pemimpin itu.


Apatah lagi, sejak Jun 2010, Azmin dilihat pemimpin paling lantang mengkritik cara Abdul Khalid mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri.

Terbaharu pada November lalu, apabila Azmin mengkritik keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 peratus hingga 373 peratus.

Berikutan keadaan itu dalam kalangan pemimpin dan ahli PKR khususnya di Selangor, mereka tertanya-tanya sejauh manakah Abdul Khalid mampu bertahan, tambahan pula di negeri itu, kepimpinan beliau kurang disenangi oleh pemimpin parti berkenaan termasuklah dalam kalangan wakil rakyat PKR.

Difahamkan juga kepimpinan kanan PKR tidak berpuas hati dengan Abdul Khalid yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan berhubung sesuatu isu melibatkan pengurusan kerajaan negeri sehingga ada banyak tindakan beliau dilihat 'menyusahkan' parti.

Walau bagaimanapun, satu sumber memberitahu, Abdul Khalid akan terus bertahan memimpin Selangor dengan sokongan padu wakil rakyat DAP dan Pas.

''Atas sebab itulah dalam satu mesyuarat baru-baru ini pemimpin kanan PKR tidak mahu desakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid bocor kepada mana-mana pihak kerana kedudukan beliau harus dibincangkan secara bersama dengan rakan sekutu PKR," kata sumber itu.

Namun sumber itu menegaskan, beliau percaya tekanan kepada Abdul Khalid dijangka memuncak menjelang pemilihan PKR pada Mei nanti memandangkan beliau dilihat pencabar terdekat kepada Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

''Walaupun Azmin tidak pernah membuat sebarang desakan bagi memastikan Abdul Khalid tersingkir daripada kedudukan sekarang namun penyokong beliau didakwa akan terus memainkan peranan bagi tujuan itu," kata sumber tersebut ketika dihubungi.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Tuan Guru Haji Harun Taib telah kembali ke rahmatullah

Posted: 24 Jan 2014 08:54 AM PST

MAKLUMAT RASMI :
Tuan Guru Haji Harun Taib telah kembali ke rahmatullah jam 12.00 am tadi..Perginya seorang Murabbi perjuangan Islam.
Inalillah..semoga Aruah mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt. Amin
 Innalillahiwainnailaihiroji'un..
Al-Fatihah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيْم ۞ أَلحَمدُ لِلّه رَبِّ العَالَمِين ۞ ألرَّحمَنِ الرَّحِيم ۞ ملِكِ يَوْمِ الدِين ۞ إيّاكَ نَعبُدُ وَ إيّاكَ نَستعِين ۞ إهدِنَا الصِّرَاط المُستَقِيم ۞ صِرَاطَ الَذِينَ أنعَمتَ عَليْهِمَ، غَيْرِالمَغضُوبِ عَليْهِم وَلاَالضَّالِّين ۞ أمِين

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Kepada Bakal Jantan Yang Nak Pinang Nurul Izah, Ini Syarat-Syaratnya...

Posted: 24 Jan 2014 11:00 PM PST

Barang Rare Nie, Tak Ramai Yang Pernah Tengok Pass Nie.

40ribu dulang hati bangla..
Jambatan emas dr travoli vila ke airport narita
7 dulang airmata anak dare chinadoll..
1 utas jam tangan omega

hidangan utama pada hari kenduri nanti agak save bajet sikit...

karipap dan kopi spesel dari masterchef anwar fujimori bagero..

namun kalau anda loya dan nak pening lepas makan karipap, harap insiden selepas itu anda maafkanlah perbuatan bapa penganti perempuan tu ya..

maklumkan pada hadirin, pada waktu pinangan kelak kad jemputan tak perlu dibawa..

hanya dengan menyebut pasword MOKHTAR, anda boleh masuk ke khemah utama..

Sekiranya Cerita Ini Benar, Perbuatan JAIS Ini Memalukan Umat Islam...

Posted: 24 Jan 2014 06:00 PM PST


Seperti yang di emailkan oleh seorang hamba Allah kepada aku, aku tergerak nak siarkan cerita ini untuk bacaan kita semua umat Islam, sekiranya cerita ini benar, maka nayalah saudara baru kita itu...

Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..


" buat apa sini bro? "

" saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa "

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi.
Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

" awak buat apa di situ tadi ? "

" saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa " sambil menunjukkan surat dari Jais 

" sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ " 

" eh kenapa? " 

" itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa "

" tadi awak ke Jais mereka kata apa "

" saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah "

" saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur "
" sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat.

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang "

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

" then awak makan hari-hari makan apa? "

" saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada "

" itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar "

"Itu ustaz tiada datang tolong ke? "

" itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, " ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong " "

" saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua "

" saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua "

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

" saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah "

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! Allah AllahT_T" 

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!
Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?

Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara. 

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

" bersabar dan usaha lagi " ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang? 

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

Tak Habis-Habis Lagi CINA Menghina Bangsa Melayu...

Posted: 24 Jan 2014 05:00 AM PST


Lepas guru besar sekolah cina di kota tinggi johor menghina umat Islam dengan meyuruh seorang guru membuka tudung sekiranya mahu mengajar di sekolah itu, hari ini sekali lagi kita di gemparkan dengan perangai seorang guru sekolah cina menyuruh dua orang anak muridnya memakan rumput dan menyifatkan dua murid melayu tersebut sebagai seekor LEMBU...

Sebelum itu, dua pelajar melayu itu telah di pakaikan loceng di leher mereka sebelum waktu rehat dan guru itu telah mengambil gambar dua pelajar itu untuk di masukan kedalam facebook guru itu...

Laporan polis telah dibuat oleh bapa salah seorang murid yang dianaya oleh guru cina itu...

Soalan aku: kenapa makin sekarang ini makin menggila umat Islam dan orang melayu di hina oleh orang cina??