Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Kebimbangan Mukhriz Tentang Nasib Umno/BN Berasas...

Posted: 23 Jan 2014 11:00 PM PST

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar "betul tapi tak popular" terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.


"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.

Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.

Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.

"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014.

Lepas Giat Mara, Kini Tadika Kemas Pula Jadi Mangsa Rejim Pakatan...

Posted: 23 Jan 2014 06:00 PM PST


Lepas giat mara, kini tadika kemas pula menjadi mangsa keganasan rejim pakatan rakyat di selangor, tabika yang menjadi pesaing kuat tadika pasti di arahkan tutup oleh rejim pakatan...

Nampaknya rejim pakatan akan menutup satu persatu tempat anak-anak melayu menimba ilmu, dari pendidikan pra-sekolah hinggalah ke pendidikan teknikal, selaras dengan hasrat mereka untuk "MEMBODOHKAN ORANG MELAYU".


Lepas ini aku yakin, rejim pakatan di selangor akan menutup pula, kolej-kolej komuniti, institut kemahiran mara, institiut kemahiran belia dan apa-apa lagi institusi pendidikan yang memberi ilmu pengetahuan kepada orang melayu...

Tak percaya...??? korang tengoklah nanti...

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Zul Raidy @ Eddy Gordo, pembuat T-Shirt TURUN 31 Dis. ditahan polis

Posted: 23 Jan 2014 05:47 AM PST


Seorang pembuat kemeja-t himpunan untuk protes anti kenaikan kos hidup 31 Disember hari ini ditahan polis ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang untuk memberikan keterangan.

Rakannya Wong Kar Fai berkata, Mohd Zul Raidy Ahmad Tarmizi (kanan) atau dikenali sebagai Eddy Gordo ditahan bawah Seksyen 124(D) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan tindakan mencetak dan menjual bahan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Ia juga memperuntukan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Beliau memasuki IPD berkenaan pada kira-kira jam 7 petang tadi sebelum dimaklumkan ditahan kira-kira 30 minit kemudian.

"Jumpa sahaja terus tangkap," kata Wong.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 31 Disember lalu mengecam pemburuan polis terhadap Zul Raidy yang dikaitkan dengan himpunan membantah kenaikan kos sara hidup.

Menganggapnya sebagai satu penindasan, kumpulan hak asasi itu memaklumkan Zul Raidy disiasat bawah Kanun Keseksaan yang dibaca sekali dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Memetik abang kepada Zul Raidy, Suaram menjelaskan, sepasukan polis datang ke rumah keluarganya di Taiping pada malam 30 Disember untuk menahan adiknya itu.

Bagaimanapun, aktivis berkenaan tidak ada di rumah ketika itu, menurut Suaram lagi.

Polis juga dilapor menggeledah rumah sewanya di Seri Kembangan dan merampas baju-baju miliknya.

Difahamkan antara kemeja-t yang dirampas bertemakan perjuangan gerakan radikal kiri Angkatan Pemuda Insaf (API).- Malaysiakini

Penganjur 'flashmob' Kangkung disoal siasat polis

Posted: 23 Jan 2014 04:35 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN
JANUARY 23, 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (gambar) kini disoal siasat atas dakwaan fitnah berhubung tarian parodi flash mob 'I Love Kangkung'.
Lee dikatakan memberi kenyataannya kepada polis tengahari tadi di pusat perkhidmatan rakyat, Alma berhampiran Bukit Mertajam.
Beliau berkata sesi soal siasat telah dijalankan hampir 40 minit oleh seorang pegawai penguatkuasa, Hassan Mohd Salleh.
"Saya mengaitkan dengan apa terjadi dan menjelaskan kepada polis tujuan sebenar flash mob tersebut.
"Ia diadakan bertujuan untuk menegaskan isu kenaikan harga yang membebankan rakyat," katanya kepada pemberita.
Seksyen 500 Kanun keseksaan yang menggariskan hukuman untuk fitnah menyatakan "sesiapa yang mefitnah individu lain hendaklah dihukum dengan dipenjarakan dalam tempoh dua tahun atau lebih disertakan dengan denda atau kedua-duanya".
Lee turut berkata, beliau kesal dengan tindakan laporan polis yang dibuat oleh 10 pengikut Umno, iaitu lapan dari Jitra, Kedah, seorang dari Bukit Mertajam dan seorang lagi daripada Raub, Pahang biarpun ia diadakan dengan aman.
"Tidak ada unsur perhinaan dan perkauman dilakukan dalam program tersebut.
"Ia dilakukan untuk menutup mulut saya dan mengekang kebebasan hak bersuara," katanya.
Ditanya adakah beliau akan membuat pemohanan maaf secara terbuka kerana menganjurkan flash mob, Lee tetap dengan pendiriannya.
Beliau pada masa berharap, polis akan menyiasat isu ini secara adil selain turut membuat laporan atas perhimpunan bantahan di depan pusat khidmat rakyatnya yang menyaksikan seorang lelaki dikasari.
Protes tersebut juga menyaksikan peserta himpunan mengecam dan mengeluarkan kata-kata ugutan perkauman termasuk membakar gambarnya.
Awal Januari lalu, Lee telah menganjurkan flashmob dan menyumbat sayur kangkung pada replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tindak balas terhadap isu peningkatan sara hidup.
Susulan dari itu dua demonstrasi telah dilakukan sebagai bantahan keatas tindakan Lee itu bagaimanapun selain menggasari seorang lelaki peserta perhimpunan turut mengecam mencetuskan tragedi 13 Mei. – 23 Januari, 2014.- TMI

Bersih mahu jumpa PM, serah surat hari ini

Posted: 23 Jan 2014 12:10 AM PST

bersihKUALA LUMPUR 23JAN: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menyerahkan surat ke Jabatan Perdana Menteri hari ini bagi mencadangkan pertemuan dua hala antara gabungan 83 NGO itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut wakil sekretariat Bersih, Mandeep Karpall, surat turut dialamatkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Putrajaya jam 1 tengah hari ini.
"Surat diserah melalui wakil Bersih, Adam Adli tengah hari ini," kata Mandeep.
Antara kandungan surat mendesak pertemuan dua hala itu ialah tuntutan mengadakan reformasi sistem pilihan raya, perbincangan mengenai cara pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan isu persempadanan semula.
Dalam temubual eksklusif Suara Keadilan bersama Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, NGO itu akan turun ke jalan raya sekiranya SPR meneruskan cadangan persempadanan semula dan menambah kerusi parlimen tanpa mengikut perlembagaan.
Kata Maria, SPR tidak mematuhi perkara 46 perlembagaan Malaysia dalam proses persempadanan semula dengan menambah kerusi tanpa memindanya pada 2003 dan 2005
Pada tahun 2003 berlaku penambahan kerusi Parlimen di Dewan Rakyat dari 199 kerusi kepada 219 kerusi, manakala pada tahun 2005, dari 219 kerusi kepada 222 kerusi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58500

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


MPPP dan DAP mengganas seperti balas dendam Bt Mertajam

Posted: 23 Jan 2014 07:26 PM PST

Sanggup Nurul tuntut cerai yang hadith kata tak bau syurga?

Posted: 23 Jan 2014 04:30 PM PST

Dah ada mohon fasakh, Nurul masih nak berbohong?

Posted: 23 Jan 2014 05:30 AM PST

Anwar cuba konar tapi kantoi lagi

Posted: 23 Jan 2014 02:27 AM PST

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Isu PKNS: MB Khalid terdesak dedah dokumen sulit Azmin?

Posted: 23 Jan 2014 08:16 AM PST

Amirudin Shari (tengah) menyerahkan bunga dan nota sokongan penjawat awam menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim (kanan), sambil diperhatikan Abdullah Sani Abdul Hamid (kiri) di Bangunan PKNS di Shah Alam, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan beberapa dokumen sulit berhubung isu penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pendedahan tersebut bagi menafikan penglibatan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengeluarkan arahan supaya jawatan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam PKNS ditamatkan.

Dokumen-dokumen yang didedahkan itu termasuk surat-menyurat rasmi dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai arahan Abdul Khalid kepada Ketua Setiausaha Sulitnya, Mohd. Yasit Bidin.

"Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan MMKN dan surat-menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.


"Dokumen-dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Antara dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ialah surat rasmi yang dikemukakan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 yang menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden PKR itu di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah.

Penghargaan itu dinyatakan oleh Othman selaras dengan keputusan kerajaan negeri menerusi cabutan kertas MMKN bertarikh 13 November 2013 yang mana beliau menyatakan perkhidmatan Azmin sebagai ahli perbadanan itu ditamatkan mulai 4 Disember 2013.

Bagaimanapun, penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak disebut secara jelas dalam MMKN pada 13 November 2013.

Berdasarkan keputusan MMKN, kerajaan negeri telah menimbang dan meluluskan pelantikan dua anggota Exco iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS manakala seorang lagi calon untuk mengisi jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

Wasabi Oyabun..

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Of swords and charades

Posted: 23 Jan 2014 04:13 PM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ISU PENGERANG BELUM BERAKHIR LAGI

Posted: 23 Jan 2014 05:36 PM PST

 
ISU PENGERANG KEMBALI PANAS....

Belum pun reda insiden simbah asid ke atas bas yang membawa 30 orang penduduk Pengerang di depan Menara cyberport JB jam 11 pagi tadi, berlaku pula kekecohan di di tapak Perkuburan Cina Sg Kapal sekitar jam 1.30 tengahari tadi.

Ia ekoran kehadiran beberapa wakil pemaju yang ada kaitan dengan projek RAPID Pengerang membuat aktiviti menanda dan menyemak jumlah kubur di situ. Hampir 100 orang penduduk dipercayai mengepung wakil pemaju dan mengusir mereka keluar. Mujur ada anggota polis yang mententeramkan keadaan.

Tindakan wakil pemaju yang menceroboh kawasan perkuburan ada kaitan dengan notis memindah kubur oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi yang dibantah oleh penduduk.

Isu pemindahan kubur, pengambilan tanah penduduk, masadepan persekolahan anak2 dan penempatan baru menjadi panas mutakhir ini. Ia harus diredakan dengan semua pihak terbabit seperti kerajaan negeri, dialog group, petronas, ngo dan penduduk pengerang kembali ke meja rundingan.

Dari awal lagi pendirian PAS, projek RAPID mestilah dibuat atas tanah kerajaan. Kedegilan kerajaan yang bertegas mahu meneruskan projek di kawasan penempatan penduduk telah membawa padah.

P/s mengiringi penduduk membuat laporan polis di Balai polis Pengerang. Turut hadir Cik Anis Afida Azli, beberapa aktivis Ngo Pengerang seperti Sdr Ah Cye dan Zakba. Kebetulan, OCPD Kota Tinggi dan beberapa pegawai kanan polis Kota Tinggi hadir sama membuat pemantauan. Usaha pihak Polis mengawal keadaan sangat dihargai
 
.
Premis simpanan boat di bakar?

Sekitar jam 1.30 tengahari semalam, premis simpanan boat berhampiran Kg Sg Kapal Pengerang pula dipercayai di bakar. Penyelia premis, sdr Ah Hock menceritakan kepada saya bagaimana ada usaha khianat terhadapnya. Beliau yang juga aktivis Pengerang menyerahkan kepada pihak Polis untuk buat siasatan.

7 buah boat dan 15 acuan musnah sama sekali. Kerugian hampir sejuta ringgit.

Saya bersama Anis Afida Azli dan rakan2 Ngo Pengerang melawat premis tersebut jam 6.30 petang semalam. Kebetulan Unit Forensik Bomba sedang membuat pemeriksaan kawasan.

Apa pun, kita serah kepada kewibawaan pihak polis untuk buat siasatan dan tindakan selanjutnya. Sepertimana kata OCPD Kota Tinggi, semua pihak bertanggungjawab memelihara keamanan. Cari jalan penyelesaian untuk kebaikan semua


Tambah kapsyen
 Bas yang bawa 30 orang penduduk Pengerang disimbah asid sekitar jam 11.10 pagi tadi di kawasan parkir dekat Menara MSC Cyberport JB. Suspek seramai 4 orang menaiki Hilux membaling asid dan disaksikan beberapa penumpang. Seorang penumpang, Ah Seng dan driver bas telah buat laporan polis di Balai Polis Central JB.

Ia dipercayai ada kena mengena dengan tindakan 15 orang penduduk cina Pengerang yang memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh Pihak Pentadbir Tanah. Mereka mewakili keluarga yang telah meninggal dunia, dimana kubur tersebut mahu dipindahkan dalam tempoh selewat2nya mac ini.

Saya bagi pihak Jawatankuasa mempertahankan tanah Pengerang(MANTAP) berasa amat kesal dengan insiden yang cuba menakut2kan penduduk. Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat dijamin di bawah fasal 10 Perlembagaan atas nama kebebasan bersuara, berkumpul dan berpesatuan. Hak mereka ke mahkamah tidak seharusnya di sabotaj dengan tujuan jahat dan menimbulkan kebimbangan kepada rakyat.

MANTAP kekal berpendirian samada Tanah Perkuburan Islam atau bukan Islam tidak harus dipindahkan. Ia sepatutnya kekal di tempat asal. Ia selari dengan pandangan sebelum ini bahawa pembangunan projek RAPID Pengerang hendaklah dibuat atas tanah kerajaan tanpa mengorbankan penempatan penduduk.

MANTAP mendesak polis membuat siasatan segera dan tindakan yang sewajarnya.

MAZLAN ALIMAN
Timbalan Pengerusi MANTAP

DELIMA RAJA URAT TIDAK BERDAFTAR

Posted: 23 Jan 2014 03:17 AM PST


1. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama DELIMA RAJA URAT.

PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN

2. Sampel produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK dan hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa produk tersebut digunakan untuk sakit urat, sakit pinggang, lenguh sendi tulang, sakit lutut, kebas kaki tangan, gout, lemah tenaga dan letih lesu.

3. BPFK telah menerima sebanyak dua (2) laporan kesan advers yang melibatkan produk Delima Raja Urat. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah urticaria, vasculitic rash dan Addisonian crisis.

PERIHAL BAHAN RACUN

4. Dexamethasone adalah agen anti radang yang poten dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

5. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. Pesakit juga boleh mengalami 'Cushing's syndrome' yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7. Orang awam yang sedang menggunakan produk Delima Raja Urat adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

8. Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) adalah berisiko tinggi dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk tidak berdaftar seperti ini yang berkemungkinan dicampurpalsu dengan bahan terlarang kortikosteroid kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.

9. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.





Dato' Eisah A. Rahman
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=348#sthash.54kG0xv5.dpuf

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Many People Converted To Islam After Watching This!

Posted: 23 Jan 2014 09:00 PM PST

Perkembangan Terbaru Kes Ibu Bapa Di Tahan Di Sweden

Posted: 23 Jan 2014 06:00 PM PST

Kuala Lumpur: "Kami semua sihat, tidak sakit. Saya baca Yasin dan dengar surah lain menerusi YouTube," kata Aisyah, 14, anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember lalu.
Menerusi perbualan media sosial bersama saudara terdekatnya, di sini, awal pagi semalam, anak sulung daripada empat beradik itu turut memaklumkan mereka masih menunaikan solat lima waktu biarpun berjauhan dengan ibu bapanya.
Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, Aisyah memaklumkan, adik lelakinya itu turut menyatakan rasa menyesal atas apa yang berlaku selepas ibu dan bapa mereka ditahan atas tuduhan mendera.
"Walaupun tidak menunjukkan reaksi rasa kesal di hadapan rakannya, tetapi dari perbualan kami dia memang menyesal apa yang berlaku," katanya dalam perbualan itu.

Kenyataan itu menjawab persoalan banyak pihak yang bimbang jika keempat-empat mereka tidak dapat menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam selepas dijaga keluarga angkat bukan Islam di negara itu.
Kisah pasangan suami isteri dan empat anak berkenaan mendapat perhatian banyak pihak di negara ini yang meminta agar inisiatif tertentu diambil untuk membawa pulang mereka ke negara ini atau dibenarkan untuk tinggal bersama keluarga Muslim di sana.
Kelmarin, Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman menerusi perbualan bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk membela nasib keluarga itu, namun pada masa sama berharap semua pihak di Malaysia bertenang.
Ia susulan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Gabungan NGO Melayu/Islam yang menghantar memorandum kepada Kedutaan Sweden di ibu negara meminta mereka dijaga keluarga Muslim.
Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, pihaknya akan memantau perkembangan kes berkenaan secara dekat dan memaklumkan kepada masyarakat sekiranya ada perkembangan terbaru.
"Kami mahu ia ditangani tanpa implikasi perundangan.
Setakat ini, kita yakin ia boleh diselesaikan kerana ia bukan kes jenayah," katanya.
Akhbar ini melaporkan ahli keluarga terdekat menyerahkan kes berkenaan kepada kerajaan untuk membantu biarpun mendapat pelawaan pelbagai pihak yang ingin membantu termasuk daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).-hmetro.com.my-

Suhu Terendah Di Kelantan 17 Darjah Celcius

Posted: 23 Jan 2014 03:00 PM PST


JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.
Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu.

Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.


Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.

Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.

"Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.

"Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.

Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.

Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.

Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.

"Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.

Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998

Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam

Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

"Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

"Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan," katanya

Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.

"Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.

"Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari," katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang," katanya.

Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.

Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam.
--Hmetro

Kisah Ustaz Abdullah Khairi menerajang pelajarnya.

Posted: 23 Jan 2014 11:01 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Diterbitkan pada 20 Ogos 2013
Kisah benar seorang ustaz menerajang flying fox kepada pelajarnya. Moga menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=h-IJGuwUw9U
12:4
Sahih International
[Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me."
Malay
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Sumber: 
http://quran.com/12
s3v3n
s3v3n

RON 95 Akan Naik Harga Lagi Untuk Masa Depan Negara

Posted: 23 Jan 2014 09:00 AM PST

Tengku Adnan
PETALING JAYA: Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."
Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya.
Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
"Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.
"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katany.-mstar.com.my

China Buda pun Minat Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2014 07:19 AM PST

Assalamualaikum dan salam bloger,
Pagi tadi aku (takkan n3 santaipun nak berbahasa standart juga)
,aku pergi servis keta , sebabnya tayar ferari
(sebenarnya kancil660 je huhu)aku tu asyik lari sebelah je.

Aku gi servis  kat satu  kedai tu sebab kebetulan kedai dia je yang kosong tak ada pelanggan masa tu .
Sambil-sambil tu aku berbual la dengan dia,kemudian dia tertarik dengan stiker Ustaz azhar yang aku tempek kat cermin Ferari aku tu.

Dia cakap diapun minat giler dengan UAI.
Start dari situ dia mula cerit a pasal ceramah-ceramah UAI.
Yang menariknya cina budha ni dia minat dengar kuliah UAI berkenaan dengan akidah Islam.
Dia punya minat kat UAI dia boleh cerita sebijik macam kuliah UAI kat youtube tu.
Tak pasal-pasal aku kena dengar kuliah  tokey china budha  pagi tadi,pasal akidah pula tu wakaka..

-Gambar kat bawah ni pun menarik juga ni ape cerita sebenarnya wallahualam.. 




Sumber gambar: ammboi.com
Siapa tahu cerita sebenar boleh kongsi dalam ruangan komen

Dalam diam aku mencintaimu.

Posted: 23 Jan 2014 04:49 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Dalam diam ada berani menyukaimu. Didalam diam juga ada berani mencintaimu. Di alam nyata tidak upaya mengeluarkan kata untuk menyerlahkan apa yang terbuku di hati. Akhirnya bunga pujaan, kumbang idaman jadi milik orang.

Itulah kenapa "late" sangat. Hehehe usah risau, hakikatnya dia bukanlah jodoh kamu. Itulah segumpal wajah-wajah kehidupan yang terlerai dipertengahan jalan. Mana tahu, tanpa terduga tanpa disangka jodoh kamu tetap ada dengan dia, setelah masing-masing menduda atau menjanda/balu. Itu semua kuasa dan ketentuan Illahi.

Kadang masa itulah perasaan. Kalau dibiar itu yang orang call "perasan" Lebih malang kalau orang lain tahu, mahu kena label "SS" ---> syok sendiri. Jadi jahanamnya hati jadi kaulu. Sudahlah tidak berupaya menyatakan hasrat hati, sudah kena kebas, mulalah berdendam dan berdengki. Lebih dahsyat lagi guna ilmu iblis syaitan jin laknatullah.

bersambung.
http://peceq.blogspot.com/2014/01/3218-dalam-diam-aku-mencintaimu.html

STINGS - Dalam Diam Aku Mencitaimu. 

Diterbitkan pada 24 Sep 2013
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu.............................
  • Kategori

  • Lesen

    Lesen YouTube Standard

Karok: 

Stings - Dalam Diam Aku Mencintaimu (Karaoke Version)

Dimuat naik pada 2 Mei 2008
A song from Stings...enjoy~~
Stings (Dalam Diam Aku Mencintaimu)

Dimuat naik pada 8 Jun 2007
malaaaayyyyyyyyyyy nih.......
  • Kategori

  • Lesen

    Lesen YouTube Standard



s3v3n

Fuyo Banyaknya Susuk Dalam Lutut Nenek

Posted: 23 Jan 2014 03:27 AM PST

Ratusan jarum di jumpai dalam lutut seorang nenek berusia 65 tahun ini.

Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 TahunMisteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun | Seperti disiarkarkan dari dailymail.co.uk , seorang doktor terkejut apabila memeriksa lutut seorang wanita 65 tahun yang berasal dari Korea Selatan dijumpai ratusan jarum .
Ternyata ketika diperiksa lebih lanjut , jarum tersebut adalah jarum akupunktur yang tertinggal di lututnya .
Lebih lanjut lagi dikatakan bahawa wanita ini didiagnosis menderita osteoartritis . Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan sendi dan sakit sendi . Kesakitan ini berasal dari kerosakan tulang rawan yang melapisi tulang dan membuat sendi bergerak tanpa adanya pelincir .
Untuk merawat penyakit ini , maka wanita tersebut melakukan rawatan tradisional iaitu akupunktur yang dilakukannya seminggu sekali . Selain bermanfaat untuk merawat penyakit ini , akupunktur juga membantu untuk menghilangkan rasa sakit .
Dianggarkan jarum yang tertinggal didalam di lutut wanita ini adalah jarum yang berfungsi untuk memberikan rangsangan selepas rawatan akupunktur berakhir .
Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun2 Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun
" Benda yang asing yang ada di dalam tubuh manusia boleh menjadi suatu perkara yang sangat berbahaya dan mengancam kesihatan tubuh . Benda ini mampu menyebabkan jangkitan , abses , dan bengkak , " jelas Dr Ali Guermazu , seorang profesor radiologi di Boston university dalam mengulas mengenai kes ini .sumber