Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Aurat kartun,Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Jan 2014 09:44 PM PST

Kisah Tiga Orang Pemuda Terperangkap Di Dalam Gua

Posted: 22 Jan 2014 06:28 PM PST


Hadis Abdullah bin Umar r.a: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, 


lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. 

Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anakyang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. 

Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. 

Aku juga tidak sanggup memberianak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. 

Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. 

Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. 

Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. 

Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. 

Seandainya apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.
-Penawar bagi hati(Imam al-ghazali)

Balasan Bagi Peminum Arak

Posted: 22 Jan 2014 08:12 AM PST

Sumber gambar Disini

Balasa bagi orang yang meminum arak. Nabi S.A.W pernah  bersabda ertinya:
"Allah S.W.T telah melaknat pembuat arak, penjual, peminum dan pembelinya."

"Akan datang pada hari kiamat orang yang meminum arak dalam keadaan hitam mukanya, merah kedua matanya, lidahnya terjelir sampai ke dada, lalu keluar daripada mulutnya nanah,maka seluruh manusia amat membencinya. 

Oleh itu jagan sesekali memberi salam kepadany dan jangan menziarahinya ketika diasakit serta jagan disolatkan apabila dia mati kelak.

 Sesungguhnya Allah S.W.T menyeksanya seperti orang yang menyumpah ibu bapanya dan baragsiapa yang minum arak di dunia diharamkan oleh Allah S.W.T ke atasnya di dalam syurga."

Nabi S.W.T juga telah bersabda:
 "Peminum arak akan kuluar dari kuburnya dalam keadaan terlebih busuk daripada bangkai dengan satu pelita tergantung di lehernya, satu bekas pada tangannya dan apa yang ada antara kulit dan dagingnya  dipenuhi beberapa ekor ular dan jengking, dipakai kedua-dua kakinya dengan kasut daripada api lalu menjadi panas kedua-dua kasut itu hingga mendidihkan otaknya yang mana ia tinggal bersama dengan Firaun, Haman dan Qarun."

"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang meminum arak satu suapan sekalipun akan dibinasakan tubuhnya dengan beberapa ekor ular dan kala yang mana patukan dan gigtannya berterusan hinggalah hari kiamat. Dan baragsiapa menunaikan hajatnya seolah-olah ia menolong meruntuhkan agama islam. 

Barangsiapa yang meminjamkan walaupun satu dirham maka seolah-olah dia menolong membunuh seorag mukmin yang soleh dan baragsiapa yang menghalalkan arak maka sesungguhnya orang itu lepas daripadaKU dan AKU juga lepas daripadanya."

"Barangsiapa yang meminum arak tidak akan diterima oleh Allah S.W.T amalannya selama tujuh hari. Maka dihilangkan oleh Allah S.W.T akalnya dan tidak diterima daripadanya segala amalan kebajikan selama empat puluh hari."

"Apabila mati orang yang minum arak seorag  daripada hamba Allah sebanyak empat kali minumia akan diseksa oleh Allah S.W.T dengan beberapa jenis seksaan, ditulis namanya di neraka sijin dan tidak diterima daripada mereka solat , puasa dan sedekahnya melainkan juka mereka bertaubat."

"Telah dihalau oleh malaikat Zabaniah orang yang meminum arak ke neraka. Apabila hampir dengan neraka, ia dibukakan dan dihumbankan mereka itu kebawah neraka serta diseksa dengan tongkat besi selama-lamanya."
"Setiap kali hancur binasa kulit-kulit mereka, Kami gantikan dengan yang lain pula supaya mereka merasai kepedihan azab." (Surah Al- Nisaa':56)

 Selain itu, ia juga merasa amat dahaga lalu meminta kepada malaikat Zabaniyah air. Maka malaikat itu Zabaniyah membawa kepadanya minuman tembaga cair dan apabila ia minum bergugurlah gigi-giginya. 

Apabila sampai minuman itu kedalam perutnya terus ia keluar melalui duburnya seterusnya ia kembali seperti mulanya.Begitulah seksaan orang meminum arak, kita berlindung kepada Allah daripadanya.
Sabdanya lagi bermaksud:

Diriwayatkan dari pada Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda ertinya:
Diriwayatkan daripada Salma r.a pula ia berkata: Aku mendengar daripada Rasulullah sabdanya:

 Maka apabila ia mati dalam masa empat puluh hari itu dalam keadaan demikian, Ibn Mas'ud r.a telah berkata: Aku mendengar daripada Nabi S.A.W sabdanya:

 Diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa bahawa baginda bersabda ertinya:
 Gambaran tentang seksaan ini turut dinyatakan dalam Al-Quran sebagai firman Allah:

Rasullullah S.A.W. bersabda ertinya:"Barangsiapa yang ada di dalam hatinya seratus ayat Al-Quran padahal ia meminum  arak, tiap-tiap huruf daripadanya datang kepada kepadanya pada hari kiamat menyumpahnya dihadapan Tuhan sekalian alam sedangkan baragsiapa yang disumpah oleh Al-Quran ia akan binasa."

"Jauhknlah oleh mu daripada arak, sesungguhnya terdapat pada ummat nabi dahulu seorag lelaki yang terlalu kuat beribadat kepada Allah S.W.T. Maka seorag perempuan yang amat jahat perangainya telah datang kepadanya dengan berkata: " Aku datag memaggilmu kerana aku dijadikan untukmu", lalu dataglah lelaki itu bersama perempuan itu dan kedua-duanya pun masuk kedalam rumah. 

Kemudian pintu rumah ditutup  dan  dibawa kepada lelaki itu seorag hamba lelaki dan satu bekas arak. Perempuan itu berkata lagi: " Aku memaggilmu untuk mengajak kamu berzinar dengan ku atau membunuh hamba ini atau pun enkau meminum arak ini. 

Selagi engkau tidak lakukan salah satu daripada tiga perkara ini sudah tentu aku tidak bukakan pintu ini." Maka berfikir si lelaki: 'Jika aku membunuh hamba adalah terlalu besar dosanya dan apabila fikirkan zinar itu pown dosa besar'. 

Akhirnya dia mengambil bekas arak lalu meminumnya, setelah habis diminumnya ia menjadi mabuk dan telah membunuh seorag hamba itu, kemudiannya berzinar pula dengan perempuan itu dalam keadaan mabuknya"


Uthman bin Affan r.a telah berkata:
Oleh itu jauhkan olehmu daripada arak kerana sesungguhnya segala jenis kejahatan tidak akan berhimpun sekali bersama dengan iman.. 

-Petikan dari:Penawar bagi hati" Imam Al-ghazali

Ini Mungkin Trafik Jem Paling Teruk Dalam Sejarah Dunia

Posted: 22 Jan 2014 07:33 AM PST

The world's longest traffic jam took place in Beijing, China. It was over 60 miles long and lasted 11 days!

Anak Bertanya,Ayah Menjawab

Posted: 22 Jan 2014 01:30 AM PST

Seorang ayah sanggup berkorban apa saja untuk anaknya

Satu hari Luqman Al-Hakim ditanya oleh anaknya:


"Ayah, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia?".
Jawab Luqman : Agama.
 

 bertanya lagi si anak : "Kalau perangai itu 2?"
Jawab Luqman : Agama dan Harata


 tanya si anak lagi : "Kalau tiga?".
Jawab Lukman : Agama, Harta dan Malu


 celah si anak : "Kalau empat?".
Jawab Luqman : Agama, Harta, Malu dan Budi Perkerti yang Baik


  si anak terus bertanya lagi : "Kalau perangai itu Lima?".
Jawablukman : "Agama, Harta, Malu, Budi pekerti yang Baik, dan Permurah"


"Bagai mana kalau perangai itu 6?". Tanya si anak itu lagi.
"Wahai anak kesayagan ku, kalau 5 perangai itu terkumpul kepada seseorang, maka dia adalah orang yang suci, terpelihara  (Takwa Kepada ALLAH), dilindungi  ALLAH S.W.T dan bebas dari syaitan".


-ijoks2009-
kalau kita berhadapan dengan soalan bertalu-talu dari anak agaknya bagaimana?
Teringat cerita ustaz kat sekolah dulu,apabila seorang ustaz tak dapat jawab persoalan muridnya yang banyak bertanya.

kata ustaz itu dengan tegas : Sesungguhnya orang yang banyak bertanya itu lemahlah imannya..

Antara lagu kegemaran saya..

Adakah Situasi Ini Boleh Berlaku Di Malaysia?

Posted: 21 Jan 2014 11:51 PM PST


Sultan Brunei Sanggup Berhujan bersama rakyat di Majlis Sambutan Maulidur Rasul



Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Nak tau anak beranak melayu terhebat?hah ni la dianya.....

Posted: 22 Jan 2014 08:19 AM PST


Riza Shahriz Abdul Aziz (gambar atas, kiri sekali), anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.
Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

selanjutnya di sini....

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai pagi ini...Al kisah pasal Jepun lagi!

Posted: 22 Jan 2014 05:35 PM PST


Semalam Anwar buat sidang akhbar untuk menutup segala aibnya berhubung kesilapan dirinya tak memohon visa khas untuk memasuki Jepun.

Meskipun menerima undangan dari anak ketua Yakuza; Yohei Sasakawa, namun ia bukan jaminan untuk Anwar mendapat apajua keistimewaan di Jepun. 

Sebagai seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah, beliau seharusnya tahu prosedur imigresen Jepun yang menetapkan setiap pelawat yang ada kes jenayah lampau jika ingin memasuki Jepun hatta untuk tujuan meliwat sekalipun perlu ada visa dan kebenaran khas.

Sebelum inipun Anwar telah mengikuti prosedur-prosedur tersebut. Namun mengapa tidak dilakukannya untuk lawatan ke Jepun baru-baru ini. Adakah Setpol atau Penasihat ataupun pembancuh kopi Anwar sengaja mahu aniaya Anwar?

Mungkin juga di kepala Anwar ketika itu ligat berdenyut merasakan dirinya seorang bakal 'Perdana Menteri' yang akan dapat keistimewaan kerana dijemput oleh Nippon Foundation sebuah Yayasan Yakuza yang mendanai kempen hayat politiknya selama ini? 

Mau dibilang goblok atau bagero Pak Anwar ini?

Apa Pak Anwar mikir aparat imigrasi Jepang begitu bodoh dengan prosedur mereka? 

Kesian mau lihat Miyabi beraksi sambil makan sushi kok nggak kesampaian...

Ujung-ujungnya pemerintah dan UMNO juga dipersalahkan oleh mantan narapidana sodomi ini....keterlaluan!

Jadi nggak usah stress mikirin dan pusing-pusing dong, ayo dengarin lagu ini... 


BAKAR BENDERA JEPUN & PEMULANGAN KERETA RASMI BUATAN JEPUN

Posted: 22 Jan 2014 06:10 AM PST

Dicadangkan Kepada PKR Kembalikan Toyota Camry Pada 27 Januari 2014
Ketua Pemuda PKR, Sam Ketot mengetuai perarakan berdemo di tepi longkang bahu jalan di Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur (gambar kat atas tu)

Peserta demo itu bakar bendera Jepun dan pijak bendera Jepun (tu kat atas tu buta kah tak nampak)

Mereka ahli PKR,  lambang Parti Keadilan Rakyat tu kat atas tu.

Mereka juga suruh boikot barangan Jepun seperti kereta Toyota, tapi si Sam Ketot pakai kereta Toyota (tu sepanduk Boikot Barangan Jepun sebelah Sam Ketot)

Khabarnya, Sam Ketot terlalu malu dengan insiden Boikot Barangan Jepun tapi sendiri pakai kereta Jepun. Oleh itu, pada 27 Januari 2014 dicadangkan semua kereta Toyota Camry yang digunakan oleh wakil rakyat PKR dan DAP di seluruh negara supaya pulangkan di hadapan Kedutaan Jepun.

Kepada rakyat Malaysia yang mahukan kereta Camry Free yang dipulangkan oleh Sam Ketot dan lain-lainnya, datanglah pada 27 Januari 2014, itupun kalau Sam Ketot ada maruah lah...

Sam Ketot tak perlu keluar modal buat poster besar-besaran, ada pembaca sanggup buatkan poster di atas secara percuma dan kami tolong uar-uarkan ajer...

ORANG ANWAR KUTUK LIM KIT SIANG

Posted: 22 Jan 2014 04:57 AM PST


Sekumpulan - maksudnya sebahagian sahaja
mereka terhadap wakil rakyat Machang Bubuk - maknanya penyokong PKR (Lee) yang diarah kutuk Lim Kit Siang

Semalam Lim Guan Eng menegur Anwar supaya menjawab isu Lee(Adun PKR) kerana dia bukan Adun DAP.

Anwar sudah menjawab tetapi sekumpulan anak muda Cina di atas masih tidak berpuashati kerana Anwar tidak berani menekan Lim Kit Siang.


Persengketaan Anwar-Lim Kit Siang akan bertambah parah sebagaimana ramalan di sini http://helenang.wordpress.com/2014/01/22/cina-dap-yakin-ulangan-13-mei-akan-membabitkan-melayu-lawan-melayu/ 

Santai Petang : Lawak Nujum Pak Belalang Pergi Jepun

Posted: 22 Jan 2014 01:46 AM PST

Agak menarik kisah Belalang menipu Sultan Shahrul Nizam.


Lebih menarik bila dialog ini diparodikan dengan isu semasa.


Sumber : http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/sempena-memperingati-hari-anwaribrahim.html#axzz2r5xRyrv3

*Layanzzz...

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Nurul Izzah mohon fasakh

Posted: 22 Jan 2014 10:40 PM PST

JANUARY 23, 2014
Nurul Izzah Anwar enggan mengulas lanjut berhubung tuntutan fasakh yang dipohon terhadap suaminya. Gambar fail.Nurul Izzah Anwar enggan mengulas lanjut berhubung tuntutan fasakh yang dipohon terhadap suaminya. Gambar fail.Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.
Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah.
Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.
Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir masih lagi suami isteri yang sah. - 23 Januari, 2014.- TMI

2 anggota polis mengaku salah berkhalwat

Posted: 22 Jan 2014 07:44 PM PST

  • Anggota polis mengaku berkhalwatZainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. - Foto Sinar Harian
 1 / 1 
KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam.

 Tertuduh, Mohd Che' Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.

 Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.

Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.

 "Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana," katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC

Posted: 22 Jan 2014 08:23 AM PST


Kekecohan termasuk tarik menarik antara berlaku pihak keselamatan di KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana akan berlangsungnya sambutan Hari Australia malam ini.

Himpunan Hijau, diketuai Wong Tack hadir menuntut kilang nadir bumi Lynas ditutup dan mendesak bahan itu dibawa pulang ke Australia.

Kira-kira 30 aktivis mulanya berhimpun di kawasan air pancut KLCC kira-kira 6 petang sebelum berarak ke pusat konvensyen itu 15 minit kemudian.


Sewaktu Wong Tack memasuki pusat tersebut, beliau dihalang oleh pegawai keselamatan menaiki tangga tetapi beliau berkeras menaikinya menyebabkan beliau ditarik.

Pergelutan itu menyebabkan halangan yang dibuat pihak keselamatan sedikit terburai dan membolehkan peserta lain menaiki tangga menuju ke dewan tersebut.

Bahkan, terdapat beberapa peserta itu turut ditarik bagi mengelakkan mereka menuju dewan sambutan kemerdekaan yang menurut mereka ditaja oleh syarikat Lynas.

Malah, kain rentang yang memberi tempoh sehingga 22 Jun depan supaya Lynas menutup operasinya di Malaysia, terkoyak akibat direntap oleh pihak berkuasa tempat itu.

Apabila sampai di tingkat tiga, Wong Tack sekali lagi dihalang beberapa pihak keselamatan dengan menutup pintu.

Tetamu panik

Namun, Wong Tack dan beberapa peserta berjaya menerobos dengan masuki pintu lain yang tidak dikawal.

Dalam kekecohan itu, kedengaran beberapa peserta lain melaung supaya Lynas ditutup. Mereka juga menaikkan poster menolak sisa nadir bumi itu.

Beberapa peserta bantahan itu turut duduk - berdekatan meja pendaftaran majlis - sebagai bantahan mereka terhadap sambutan itu malam ini.

Hal demikian menyebabkan Pengurus Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia Llyod Laughlin masuk campur dan cuba menenangkan Wong Tack sekali gus cuba mendengar mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan tersebut.

Hasil perbincangan akhirnya, peserta dibenarkan berada berhimpun di luar dewan tanpa melakukan sebarang gangguan sekalipun sebelum itu mereka duduk dan mengibarkan kain rentang serta poster membantah operasi kilang nadir bumi itu.

Pintu masuk ke dewan tersebut berjaya dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

Tetamu yang telah pun tiba di situ kelihatan terkejut dan panik dengan kekecohan yang berlaku, sekalipun pihak keselamatan berkawal di situ.

Jarak antara peserta yang duduk dengan meja pendaftaran adalah sejauh 15 meter sahaja.

Demo besar 22 Jun

Wong Tack dalam perbincangannya menjelaskan kedatangan mereka tidak bermaksud melakukan kekecohan sebaliknya pihaknya ingin menyampaikan mesej kepada bantahan terhadap Lynas.

Beliau berkata, Himpunan Hijau menuntut supaya kerajaan Australia atau pihak suruhanjaya menghormati pendirian rakyat Malaysia yang membantah operasi Lynas.

"Kami memberi masa tujuh hari kepada kedutaan untuk memberi respon terhadap tuntutan kami. Kami mahu Lynas keluar dari Malaysia," kata Wong Tack kepada Llyod.

Beliau juga bertanyakan kepada Llyod sama ada pihaknya sedia menerima nadir bumi di bawa pulang ke negara itu.

Llyod tidak menjawabnya dan berjanji akan membawa semua tuntutan mereka ke pihak kerajaan Australia atau suruhanjaya.

Dalam perbincangan itu juga, Wong Tack turut berkata, lautan manusia akan berhimpun di Gebeng, Kuantan pada 22 Jun depan bagi menutup kilang tersebut.

"Sehubungan itu, kita mahu Australia, sebagai negara maju bertindak sesuai dengan mendengar suara rakyat dan berperikemanusiaan," katanya yang kemudiannya mengakhiri perbincangan dan kemudiannya bersalaman.

Dalam sidang media kemudiannya, Wong berharap kerajaan Australia memberi jawapan positif terhadap tuntutan mereka.- Malaysiakini

Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!!!

Posted: 22 Jan 2014 05:35 AM PST

Rabu, 22 Januari 2014


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri 'kangkung'.

"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?



"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?

"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

"Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri 'kangkung', lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi.

Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini.

"Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor).


"Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya.

Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya.

"Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz.

Rogol kekasih bawah umur

Posted: 22 Jan 2014 12:45 AM PST

  • Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah 
  • Rogol kekasih bawah umur
  • untuk ditahan di penjara jika gagal jelas wang jaminan.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sebulan itu di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012.

Pada prosiding semalam, peguam, Ilyas Mohd Noor memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh berikutan anak guamnya itu sudah insaf dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kes dibicarakan.


Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat, mengambil kira kepentingan awam melebihi diri tertuduh.

"Jarak umur tertuduh dengan mangsa juga terlalu jauh. Tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan di atas kedaifannya," katanya.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, Mohd Yusoff membenarkan penguatkuasaannya ditangguhkan seperti dimohon tertuduh melalui Ilyas dengan syarat rayuan difailkan semalam dan jamin berjumlah RM20,000 dijelaskan. -sinar harian

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pijak bendera Jepun : Anwar kata dia dihina dan enggan minta maaf?

Posted: 22 Jan 2014 07:14 PM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.

Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan. Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.



"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penahanan beliau dari memasuki Jepun Ahad lalu.

Anwar menafikan beliau menuduh Wisma Putra sebagai "tangan ghaib" yang menghalang kemasukannya ke negara itu.

"Saya tak sebut Wisma Putra, saya cuma cakap ada "tangan ghaib', sebab pegawai imigresen (Jepun ) merujuk laporan terbaru.

"Jadi sekarang ini saya inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak autoriti (Menteri Luar) dan Jepun apakah sebenar disebalik laporan tersembunyi itu sehingga mereka kata mereka ada kuasa untuk berbuat demikian. Sebab saya ada hak sebagai rakyat Malaysia, jadi saya minta penjelasan," katanya.


Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

"Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," katanya.

Suara Politik
Belantan

Anwar kena kemuka bukti sebelum tuduh?

Posted: 22 Jan 2014 09:38 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan Wisma Putra dalang di sebalik larangan memasuki Jepun.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Anwar perlu berhenti membuat tuduhan jika gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya.

Katanya, bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum bertindak menuding jari dan menuduh pihak lain.

"Kerajaan sudah menjelaskan dengan terperinci punca dan alasan larangan itu, begitu juga penjelasan daripada kerajaan Jepun berhubung larangan itu," katanya.

Hamzah berkata, pemergian Anwar ke Jepun sebelum ini diuruskan khas Kedutaan Jepun di Malaysia.

"Bagaimanapun, pada kali ini beliau pergi ke negara itu tanpa membuat permohonan terlebih dahulu, kerana itu beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab yang dinyatakan sebelum ini," katanya.

Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang.

Beliau dimaklumkan pihak berkuasa Jepun, larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999.


Tak mohon visa

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Takaharu Suegami semalam dilaporkan berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana tidak membuat permohonan mendapatkan visa.

Beliau turut memaklumkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melawat Jepun dua kali, masing-masing pada April dan Jun 2012.

"Untuk kedua-dua lawatan itu, Anwar ada membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan 'kebenaran khas' untuk beliau memasuki Jepun.

"Kerajaan Jepun berhak melarang sesiapa saja memasuki negara itu mengikut Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian," katanya.

Suara Politik
Belantan