Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Surat terbuka kepada Najib, dari Nurul Izzah

Posted: 21 Jan 2014 11:09 PM PST

  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
 1 / 1 
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, "jika harga ayam mahal, jangan makan ayam".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. "Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut."

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Al Fatihah ... Komposer Kassim Masdor meninggal dunia

Posted: 21 Jan 2014 08:03 AM PST


Kassim Masdor
PETALING JAYA: Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.
Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.
Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.
"Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya," kata Muhammad Kazhendra.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.
Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.
Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu - mStar 

Ling Leong Sik kata peguam negara bodoh

Posted: 21 Jan 2014 04:09 AM PST

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
JANUARY 21, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 21, 2014 05:50 PM
Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.
"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ.
Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan.
"Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya.
Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang bagaimana ia berjaya sekarang.
Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang Abdul Gani selepas minggu lepas.
Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu. – 21 Januari, 2014.- TMI

Penyanyi Bertudung Dakwa Dipaksa Tanggalkan Tudung

Posted: 21 Jan 2014 02:35 AM PST

Sekadar gambar hiasan.Sekadar gambar hiasan.
Seorang penyanyi bertudung mendakwa dirinya telah didiskriminasi oleh satu pihak penganjur konsert, baru-baru ini.
Penyanyi tersebut telah membuat laporan kepada Persatuan Karyawan bahawa dia diarahkan berhenti menyanyi dan turun dari pentas di sebuah acara.
MD juga difahamkan penyanyi berkenaan pada mulanya dipaksa untuk menanggalkan tudung dan kemudian barulah dia dibenarkan membuat persembahan.
Ekoran hal itu, satu sidang media tergempar akan diadakan oleh penyanyi tersebut dan pihak karyawan pada hari ini bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku sebenarnya.
Nantikan laporan selanjutnya dari kami mengenai isu ini.
- mD

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Nazir Razak Tujukan Artikel Ini Kepada Siapa...??? (Artikel Panjang)

Posted: 21 Jan 2014 06:00 PM PST

HARI ini, 14 Januari 38 tahun yang lalu, pada tanggal 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London disebabkan komplikasi daripada leukemia.

Malaysia kehilangan seorang Perdana Menteri. Saya kehilangan seorang ayah. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya, sembilan tahun.

Hari-hari berikutnya kami berada dalam kesedihan, seakan-akan diselimuti kabur sementara seluruh Malaysia 'meratap' atas pemergiannya.

Saya perlu akui, pada usia saya yang terlalu muda ketika itu, saya kadang kala merasakan bahawa beliau terlalu mengutamakan urusan negara dan meninggalkan sedikit sahaja kenangan untuk kami sekeluarga.

Bagaimanapun, saya tidak pernah sekali pun berasa ragu akan sikap dedikasi beliau dan tidak mementingkan diri dalam memikul tanggungjawab dan perhatian terhadap negara kita yang sedang baru membangun. Ia tetap tersemat di hati ini.


Saya tidak berkesempatan untuk 'mengenal' beliau. Tetapi, kesan mendalam yang terpahat dalam diri ini adalah nilai-nilai yang beliau sampaikan dan integriti diri yang beliau tekankan yang mengatasi segala-galanya.

Ya, ini juga termasuklah ke atas keluarganya. Saya teringat kepada satu peristiwa di mana kami adik-beradik telah meminta beliau membina sebuah kolam renang di kawasan rumah kami, di Seri Taman, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau adalah seorang peguam yang terlatih, beliau telah mengarahkan kami supaya membentangkan kes bagi permintaan ini dan bersedia dengan hujah-hujah yang lojik dan rasional.

Kami benar-benar fikirkan bahawa kami telah mengutarakan cadangan yang bernas dengan hujah-hujah yang mantap, sehinggalah kami terlihat air mukanya yang semakin berubah dan diiringi dengan tenungan yang tajam.

Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami, ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat.

Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang. "Apa akan rakyat fikir nanti?" tengking beliau.

Ketika usia saya semakin meningkat, saya berusaha untuk mencari maklumat daripada mereka yang mengenali beliau, termasuk mereka yang pernah bekerja dengannya di dalam kerajaan, ahli politik, mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan lain-lain, termasuklah daripada kalangan teman-teman beliau.

Ini adalah satu-satunya cara untuk saya mengenalinya. Dalam hampir kesemua perbualan saya, saya dapati, perkara yang paling ketara dan terkesan sekali ialah nilai-nilai yang dipegang teguh oleh beliau.

Sebagai pemegang amanah kepada tabung negara, sikap berhemat beliau dalam berbelanja adalah legenda. "Kamu mesti bertanggungjawab terhadap setiap sen yang dibelanjakan, jika tidak beliau akan meminta penjelasan yang terperinci," kata seorang bekas menteri kepada saya.

Sebenarnya saya memang sudah sedia maklum akan perkara ini. Bukan kerana episod kolam renang itu sahaja, malah daripada peristiwa-peristiwa lain. Abang-abang  saya sering bercakap tentang pengalaman mengiringi beliau ke Switzerland dalam satu lawatan rasmi - iaitu peluang yang jarang-jarang sekali mereka perolehi.

Saya diberitahu bahawa beliau memastikan segala kos penginapan ditanggungnya sendiri dan oleh kerana beliau seorang yang amat prihatin tentang pembiayaan yang dikeluarkan oleh negara, beliau menempatkan rombongannya di penginapan yang lebih murah daripada yang telah dirancang dan selama abang-abang saya berada di sana mereka hanya makan di restoran yang paling murah yang berdekatan dengan hotel.

Dan kemudian, pada Oktober 1975, iaitu ketika perjalanan terakhir beliau ke Eropah untuk rawatan perubatan, mungkin beliau telah merasakan bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir, tetapi oleh kerana beliau ingin berjimat cermat, beliau tidak membenarkan ibu saya mengiringinya, mungkin juga kerana beliau mahukan supaya ibu mempunyai simpanan yang cukup dan  berada di dalam kemampuan bagi meneruskan kehidupan apabila ketiadaan beliau kelak.

Ibu, bagaimanapun, dapat bersama beliau beberapa minggu, kemudiannya atas desakan Kabinet, yang mengeluarkan kebenaran untuk menggunakan wang negara bagi keperluan perjalanan ke sana.

Satu lagi sifat istimewa yang dikaitkan dengan perwatakannya ialah  integriti beliau. Beliau sentiasa berpandukan kepada prinsip yang sekarang mungkin dilihat sebagai kolot atau gaya lama dalam melaksanakan tanggungjawab, iaitu penjawat awam adalah terlebih dahulu merupakan 'hamba' kepada rakyat yang mana kepercayaan tersebut tidak seharusnya dikhianati.

Juga beliau sentiasa dikaitkan dengan stamina yang kuat. Ramai yang terperanjat apabila mengetahui yang beliau menghidap penyakit leukemia. Ini kerana semasa memegang jawatan, beliau sentiasa aktif; memberi perhatian terhadap urusan rasmi, meneliti semua dasar terperinci dan tentu sekali lawatan mengejut yang sering beliau lakukan ke kawasan-kawasan di seluruh negara.

Lawatan-lawatan ini mengeratkan lagi perhubungan beliau dengan rakyat dan membantu beliau secara peribadi untuk memahami apa yang berlaku di bawah.

Tentu sekali orang terlupa akan dedikasi yang ditunjukkan beliau ke atas pembangunan kawasan luar bandar. Dari mula lagi Tun Razak sentiasa berpegang kepada prinsip "Rakyat Diutamakan", satu pegangan yang beliau pertahankan, dari dulu lagi sebelum konsep ini menjadi sebutan ramai.

Tetapi, yang paling dipersetujui oleh mereka yang mengenalinya ialah komitmen Tun Razak kepada keharmonian dan penyatuan negara – ke arah membina sebuah negara yang memberi peluang dan tempat kepada setiap rakyat di bumi Malaysia ini.

Visi ini diserapkan di dalam dua inisiatif yang beliau terajui semasa tragedi 13 Mei – penggubalan Rukun Negara pada 1970 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.

Rukun Ngara berperanan untuk menyatukan rakyat dengan pelbagai latar belakang dan budaya menerusi sebuah negara yang sekular.

DEB pula adalah dasar yang menegakkan perpaduan negara melalui percubaan secara besar-besaran di dalam pembangunan sosio-ekonomi dengan serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira bangsa dan membangunkan semula ekonomi dengan tujuan untuk menghapuskan sebarang kaitan ekonomi dengan sesuatu kaum.

Perdebatan mengenai DEB masih berterusan. Saya sendiri secara terbuka telah menyatakan bahawa terdapat kesilapan di dalam pelaksanaannya. Pelaksanaan sistem kuota yang ditetapkan yang membuka laluan mudah yang menguntungkan segelintir pihak sahaja telah melahirkan jurang kelas dan status yang besar di kalangan kaum itu sendiri dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat di luar kaum itu sendiri. Tentu sekali ini mengakibatkan ketegangan di antara kaum.

Kedua-dua keadaan ini hanya melemahkan, malah menidakkan matlamat rangkuman DEB yang dicetuskan oleh Tun Razak, iaitu sebenarnya untuk mengukuhkan perpaduan negara.

Di manakah silapnya? Ada yang berpendapat bahawa kesilapan itu adalah hasil daripada langkah-langkah afirmatif itu sendiri. Bagi saya ia disebabkan perlaksanaan yang terlalu tertumpu kepada pendekatan taktikal sedangkan sepatutnya tumpuan dan komitmen harus diarahkan kepada matlamat yang strategik.

DEB tentu sekali telah membantu membanteras kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi apabila terbentuknya kelas pertengahan untuk kaum Melayu. Bagaimanapun, boleh dikatakan pada keseluruhannya DEB terbukti berjaya mengurangkan konflik antara kaum selepas tragedi 13 Mei.

Bertuah juga kerana nasib Malaysia tidak seperti Sri Lanka, di mana pergolakan dan perbalahan berterusan berdekad lamanya di antara pendatang Tamil dan kaum asal Sinhalese.

Pencapaian DEB bukanlah kecil tetapi matlamat DEB masih belum lagi tercapai kerana DEB sebenarnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan negara. Hakikatnya, ada tanda-tanda sekarang ini yang menunjukkan ketegangan di antara kaum semakin menjurus ke arah titik yang membimbangkan.

Apa yang boleh dilakukan? Ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan," yang bermaksud "apabila kita tersesat, pulanglah ke tempat asal".

Dan pada hemat saya, perkataan 'asal' di sini bererti 'nilai-nilai', 'kesungguhan', 'visi' dan 'pendekatan inklusif'; yakni sifat-sifat yang terkandung di dalam diri Tun Razak.

Saya telah pun menyebut tadi tentang komen-komen mengenai integriti diri beliau, komitmennya terhadap perkhidmatan awam dan visinya ke arah sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, makmur dan bersatu padu. Izinkan saya mengakhiri dengan menekankan dua lagi kemuncak legasi beliau.

Pertama, Tun Razak adalah seorang demokrat yang sejati. Selepas dua tahun mengepalai Majlis Gerakan Negara (Mageran), ekoran insiden 13 Mei 1969, beliau telah membubarkan jawatankuasanya dan mengembalikan peraturan demokratik.

Walaupun beliau memegang kuasa sebagai Ketua Mageran, pandangan dan nilai-nilai yang diterapkan adalah berasaskan peraturan demokratik dan bukan pemerintahan diktator atau 'kuku besi'.

Cara beliau membuat keputusan membuktikannya: beliau akan mendengar pendapat dari semua yang terlibat dan berunding secara berhemat sebelum mengambil keputusan muktamad.

Beliau tidak pernah mengetepikan pandangan daripada mereka yang mungkin bercanggah pendapat dengannya, malah beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat supaya peluang membuat pilihan yang paling tepat terlaksana.

Yang kedua, sementara beliau berlaku komited untuk membantu kehidupan Bumiputera agar menjadi lebih baik dan tidak berulangnya lagi tragedi 13 Mei, beliau beranggapan bahawa ini adalah tanggungjawab negara dan bukan  dilakukan kerana sesebuah bangsa.

Ini, bagi saya, menunjukkan kesungguhan beliau kerana beliau melibatkan tokoh-tokoh yang terbaik dan pintar dalam mengusahakan perkara ini, tidak mengira bangsa atau keturunan. Buatlah semakan dengan mereka yang bertugas sewaktu pentadbiran beliau.

Kesemua mereka adalah rakyat Malaysia, bersatu padu di dalam keazaman untuk membina semula sebuah negara, membersihkan 'debu-debu' selepas tragedi 13 Mei.

Itulah legasi Tun Razak untuk Malaysia. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada legasi ini dengan kembali ke "pangkal jalan".


Penulis adalah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kisah Nafsu Yang Degil

Posted: 21 Jan 2014 06:13 PM PST

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

 "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa bagi tujuan mengawal nafsu.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita. Kita hendaklah menggunakan akal kita bagi menandingi setiap godaan nafsu, sebab kalau tewas dengan godaan, akan menjadi musnah.
-Dipetik dari blog detikislam.blogspot.com

Antara kesan dan akibat yang dialami oleh mangsa fitnah.

Posted: 21 Jan 2014 01:08 PM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

http://peceq.blogspot.com/2014/01/3187-antara-kesan-dan-akibat-yang.html

Menanggung malu sudah tentu punya. Kadang-kadang kena herdik, sergah, jerkah dan provokasi dengan perkara yang tidak terduga. Perkara yang langsung kalian tidak tahu "Apa halnya" Hendaknya yang punya angkara itu orang yang langsung kalian tidak duga orangnya. Yang selama ini kalian sangkakan dia cukup baik hati.

Waspadalah dengan Musuh dalam selimut, Gunting dalam lipatan, Api dalam sekam, Talam dua muka, "Harapkan pagar, pagar makan padi" dan pelbagai lagi kata bidalan termasuklah "Berbuat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali"

Fitnah boleh sahaja berlaku. "Kalau orang dalam tidak beritahu, macam mana orang luar boleh tahu?' Dari ayat di atas fitnah boleh dilakukan oleh orang yang serumah dengan anda. Sama ada rakan serumah, kaum keluarga, anak-anak dan sebagainya.

Setelah difitnah akan terjadilah malang bertimpa-timpa kepada si mangsa. Jiran tetangga juga berperanan melakukan onar fitnah ini. Tengoklah jenis tetangga kalian. Tidak kira lelaki atau perempuan. Zaman sekarang mulut lelaki mengumpat lagi hebat dari umpatan si perempuan, agaknyalah. Dunia semakin dekat terbalik. Kiamat semakin hampir. Yang jantan jadi betina, yang betina jadi jantan?

Biasanya Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Bila terbalik agaknya jadi macam inilah Yang pipih datang bergolek, yang bulat datang melayang. Maklumlah bola sepak atau bola tampar kah. Bukan aksi lempar cakra sahaja tahu, bab-bab fitnah ini. Macam-macam sipenjahat berupaya melakukannya selagi kalian belum boleh ketara ketewasannya.

Kerana fitnah kaum keluarga kalian yang tinggal jauh dan berjam-jam berkenderaan untuk sampai ke rumah kalian, pun boleh sampai ke rumah kalian, setelah mengetahui perkara fitnah ini. Malang bagi kalian kalau ada kaum keluarga, kawan-kawan serta kenalan yang turut terperangkap dengan bersubahat dengan perkara fitnah tersebut. Alamatnya kalian akan kehilangan kemesraan kaum keluarga, kehilangan kawan-kawan dan kenalan.

Kalian jika tersilap langkah, boleh kehilangan segala-galanya yang ada dalam jiwa. Hilang semangat, hilang kerajianan timbul kemalasan, hidup yang selama ini bebas, jadi terbelenggu dengan perasaan, waktu itulah kalian akan rasa sukar berhadapan dengan manusia, janganlah cari simpati, lebih baik berdiam diri kerana diam itu sejahtera. Allah SWT kan kah ada. Situkan hala tuju kalian.

Kaum keluarga yang jujur dan begitu juga dengan kawan-kawan atau kenalan kalian, tentu akan bertanya duduk perkara sebenar dengan bertanya kepada kalian. Hmmm jangan terjerat pula dengan si hipokrit. Pura-pura tidak tahu tetapi tahu dirinya bersubahat dengan perkara dusta dan fitnah. "Aku ambil masa hendak tanya engkau" itu antara kata-katanya atau boleh juga orang yang satu lagi akan beri kenyataan begini "Orang takut hendak tanya dengan engkau" Sedangkan Berani kerana benar, takut kerana salah.

Apa-apa pun kesabaran itu penting, redha dengan ketentuan Allah S.W.T.. sentiasa bermunajat, bermuhasabah diri, berzikir, beristigfar, Solat Istiharah dan juga Solat Hajat. Baik buruk semua datangnya dari Allah SWT. Hujan datang dari Allah banjir pun datangnya dari Allah SWT juga. Kita sebagai hambaNya sentiasalah mengadu kepadaNya, merintih kepadaNya dan mohon perlindungan kepadaNya.

In Syaa Allah bermanfaat.
s3v3n

7tcmv.

Kisah Tangisan Rasulullah Kerana Wanita

Posted: 21 Jan 2014 07:49 AM PST

Gambar sekadar hiasan

Daripada Saidina Ali, berkata ia: "Saya dan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. 


Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.


" Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa kebenaran suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. 


"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.


" Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."
(Hadis riwayat Bukhari)

Zikir Sambil Menari?

Posted: 21 Jan 2014 05:21 AM PST

PANDANGAN PROF DATO' DR HARUN DIN AL-HAFIDZ BERKENAAN "ZIKIR SAMBIL MENARI"






Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut 'rasa', seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): 

"Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).


Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau 'body language' beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta'ala a'lam.

-sumber-

-bagaimana pula kalau zikir macam ni??
macam best je.. hee..

Apabila Loghat Kelate DiGabungkan Dengan Bahasa Standart

Posted: 21 Jan 2014 02:15 AM PST

Sekadar hiasan,kepada ore Johor: Sory la boh..

kisah -kisah dibawah hanyalah rekaan semata-mata 
mari sama-sama  baca sambil bersantai untuk hilangkan penat seharian bekerja.

Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini
"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2
Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini
"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3
Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4
kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

"pulut LEMPA satu"...

sepatutnya pulut panggang

Kantoi 5
cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumi
murid : dua, cikgu
cikgu : nama dua jenis kutub tersebut
murid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)

1. Kantoi 6
cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?
murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7
ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

"mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS....."

Kantoi 9
"saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG....."


-Ado lagi bawah tu boh>>

Kantoi 10
Aku pernah dengar statement ni kat bank...

"hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS....."


yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

Kantoi 11
kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..
smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..
pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12
peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....
'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha

Kantoi 14
masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "s***" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 15
member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....

Kantoi 16
ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"
awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"

Kantoi 17
Dalam sebuah komuter...

"abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP."

Kantoi 18
Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? '
Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19
haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20
aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe
gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21
tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22
aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.
mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"
terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23
membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24
budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...
budak johor:- nk berapa?.....
budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25
Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..

Kantoi 26
Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi 27
Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...

"bang, nak tukar duit HALUS ada ?..."

Kantoi 28
dj radio: assalamualaikum
pendengar: wa'salam...
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
pendengar: hujan berek-berek.....

Kantoi 29
ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..
comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,
serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi 30
didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Kantoi 31
ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU"....

Kantoi 32
ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..

Kantoi 33
mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "

Kantoi 34
Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 35
pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta



ijoks2009 say; 
Hok aloh ..Punoh.
Pernah tak anda mengalami atau melihat situasi sebegini?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JOURNALIST INDONESIA & PEKERJA INDONESIA PUJI LANGKAH NAJIB DAN KERAJAAN

Posted: 21 Jan 2014 09:30 PM PST

Isu Harga Barang Naik : Journalist Indonesia Dan Pekerja Indonesia Puji Najib Dan Kerajaan Malaysia



Meski jadi bulan-bulanan di sosial media karena mengomentari turunya harga kangkung, namun apa yang dilakukan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak patut diapresiasi tinggi. Seorang Perdana Menteri rela mengomentari harga yang oleh pemerintah Indonesia tidak akan pernah dipikirkan.

Perdana Menteri mengatakan bahwa harga kangkung turun dan saatnya masyarakat Malaysia memuji pemerintah, karena waktu harga kangkung naik pemerintah yang disalahkan.

Rakyat Malaysia memang tengah mengeluhkan mahalnya harga-harga kebutuhan pokok. Dan pemerintah langsung merespon.

Bandingkan dengan pemerintah kita. Passca kenaikan BBM, rakyat menderita, bahan kebutuhan pokok melambung tinggi, tarif dasar listrik menyusul naik, rakyat tercekik tapi pemerintah tidak mau tahu.

Rakyat Indonesia berjibaku sendirian , bertahan hidup dengan sebisa-bisanya. Pemerintah cuma bisa menghimbau, tidak pernah seorang menteri pun yang mengomentari tentang bagaimana upaya pemerintah menekan harga. Harga dipasar naik gila-gilaan tanpa bisa dikontrol oleh pemerintah.

Ketika rakyat Malaysia mengeluhkan tingginya harga kebutuhan pokok, apa yang dialakukan pemerintah? mereka bertindak cepat . Rabu kemarin wakil perdana Menteri Malaysia Tan Muhadin Yasin langsung membentuk komisi khusus yang menangani kenaikan harga barang -barang.

Mereka tidak langsung membuat peryataan bahwa pemerintah tidak bisa mengontol harga. Mereka juga tidak lepas tangan dan saling menuding siapa yang bertanggung jawab. Mereka sadar, bahwa kenaikan harga barang harus di intervensi oleh pemerintah.

Untuk satu hal ini, pemerintah kita harus berkaca dan studi banding ke sana. Luar bisa keberpihakan pemerintah kepada rakyat. Mereka tidak lepas tangan dan membiarkan rakyatnya seperti yatim piatu.

Untuk rakyat Malaysia, banggalah anda masih punya pemerintah yang peka terhadap penderitaan kalian,dan meskipun untuk sekelas perdana menteri " tidak pantas " mengomentari harga kangkung menurut sebagaian besar rakyat Malaysia percayalah itu jauh lebih baik ketimbang memiliki pemerintah yang sama sekali tidak sensitif terhadap kenaikan harga-harga yang mencekik leher masyarakat.



Ulasan pendek : Kadang-kadang kita tidak merasai kebajikan dan kebaikan yang ada di tanah air kita, sebaliknya orang lain dapat merasai kebajikan dan kebaikan pemerintah di tanah air kita.

Sumber : http://luar-negeri.kompasiana.com/2014/01/17/yang-dilakukan-pemerintah-malaysia-ketika-harga-barang-naik-627042.html

GEMPAR! Toyota Vios Bakal Dijual Dengan Harga RM 51,240 di Malaysia? @NajibRazak @PMOMalaysia

Posted: 21 Jan 2014 07:17 PM PST

Grafik dari akhbar Sinar hari ini.


Jika perancangan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) berjalan lancar, tidak mustahil harga kereta akan turun serendah itu.

Kerajaan Barisan Nasional melalui DAN menggalakkan pengeluar kenderaan melabur dan membuka kilang yang mengeluarkan kenderaan unit terurai (CKD) di Malaysia. Dengan cara ini, harga kereta yang ditawarkan akan lebih murah kerana ianya dikeluarkan dalam negara.

Semalam, Mitsubishi telah melancarkan kenderaan CKD model ASX dengan harga RM128,879 (berbanding hampir RM140 ribu sebelum ini). Untuk mengeluarkan model CKD, Mitsubishi melabur sebanyak RM30juta untuk membuka kilang dan tenaga kerja.

Gambar dari Paultan
Dengan menggalakkan pengeluar kereta membuka kilang di Malaysia, ianya akan dapat mengurangkan jumlah import kenderaan termasuk dari negara ASEAN. Sehingga kini, Malaysia masih mengimport sejumlah besar kenderaan seperti mana yang dinyatakan dalam grafik di bawah.

Grafik dari Utusan Malaysia

Mungkin ada yang mempersoalkan DAN. Kenapa perlu tunggu sehingga 2017 baru harga turun, mengapa tidak sekarang? Terdapat beberapa sebab antaranya:
  1. Pengeluar kenderaan memerlukan masa untuk membina kilang bagi mengeluarkan model CKD. Selain daripada Mitsubishi, HONDA juga telah membuka kilangnya yang keduanya di Melaka.
  2. Sekiranya Kerajaan menurunkan harga kenderaan secara mendadak, maka pemilik kenderaan ketika ini yang masih mempunyai hutang dengan pihak bank akan mengalami kesukaran kerana susut nilai yang terlalu tinggi.
  3. Kerajaan masih cuba melindungi peniaga kenderaan terpakai dengan menurunkan harga secara berperingkat. Jika penurunan harga kenderaan dibuat secara mendadak, maka peniaga kenderaan terpakai akan gulung tikar.
Cuma dalam usaha Kerajaan menarik pelabur automotif ke negara ini untuk membina kilang, ada anasir 'nakal' yang melancarkan kempen boikot barangan Jepun. Rasanya tidak perlulah buat kempen sebegitu sebab orang yang melancarkan pun pakai kereta TOYATA CAMRY! Kalau betul nak boikot, apa kata jual kereta tu dulu sebelum hasut orang lain memboikot barangan Jepun.


*Tolong sebarkan maklumat mengenai Dasar Automotif Nasional (DAN) kepada rakan-rakan anda.
Sumber : http://says.com/my/news/malaysia-national-automotive-policy-2014-highlights

LIM KIT SIANG MAHU ORANG CINA MOHON MAAF, TAKUT BERULANG 13 MEI

Posted: 21 Jan 2014 05:16 AM PST

DAP merujuk kepada Lim Kit Siang
Lee  merujuk kepada orang Cina
Wajar bermaksud mahu
Pertimbang bererti lebih baik mohon maaf
Melampau, menyakitkan hati dan tidak sensitif merujuk kepada Ketakutan Lim Kit Siang Berulang 13 Mei.

Bagaimana pandangan anda, sudikah memaafkan mereka yang Kurang Ajar itu? Tidakkah kamu merasai Ketakutan Lim Kit Siang yang mewakili Cina (Lee) yang Kurang Ajar itu?