Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SEPATUTNYA KANGKONG DITUKAR PADA MINYAK BARU KITA NAMPAK CERDIK

Posted: 13 Jan 2014 07:46 AM PST

Melayu mudah lupa.....
Kita sedar atau tidak..?..
PM kita memperbodohkan kita...
Dulu buat belanjawan antara barangan yg tak kena cukai pewarna rambut....
Belanjawan selepas itu antaranya belacan tak kena cukai...
Hari ini buat kenyataan harga kangkung sudah turun dan menyeru rakyat agar bersyukur...

Saya berpendapat PM kita tak ada isu atau tidak ada modal nak tepis masaalah kenaikan harga barang,rakyat 52% memberontak atas kenaikan harga barang secara serentak kebetulan atau memang dirancang selepas pilihanraya.

Kangkung turun harga atau naik harga ia tidak ada nilai sebenarnya kenaikanya tidak ada hubung kait barangan lain kalau dibandingkan dengan harga minyak atau letrik
Minyak turun rakyat makmur ...minyak naik semua barangan akan naik ,rakyat sensara...

Tidak patut sama sekali  PM orang No.1 berucap atas pentas yang kos pentas itu sendiri ratusan ribu ringgit ...didepan ribuan manusia .. depan  puluhan  media...kangkong menjadi contoh atau hujah naik turunnya harga barang....

Kalau pakcik-pakcik Felda...Makcik-makcik Felda bersembang di warong kopi atau diberanda jiran itu ada logiknya dan memang itu tarafnya...

Kita sebenarnya masih lagi mencari-cari  kepimpinan Negara yang cerdik,telus,amanah dan tidak memperbodohkan rakyatnya.....

Tapi bila masanya ???

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIADA LAGI KEMAMPUAN HALANG GERAKAN KRISTIAN

Posted: 13 Jan 2014 09:00 AM PST

Satu rakaman video bertajuk "GEMPAR !! Gerakan Kristian di Malaysia Terbongkar !!!," berdurasi 38 minit 24 saat itu dimuat naik oleh saluran youtube wayangkulitmoden sejak semalam (12 Januari) kini sedang tersebar di internet.
Setakat ini, dilaporkan hampir 2,332 telah menonton rakaman video tersebut dengan 39 orang menyukainya berbanding dengan satu orang yang tidak suka.
Sila tonton video tersebut :

KANGKUNG ANWAR

Posted: 13 Jan 2014 07:15 AM PST

Kangkung Masak Belacan
Suatu hari Anuwar dan Naj bertembung di sebuah Kofi House. Sebagai kawan lama, mereka berborak sambil ketawa. Mari kita dengar,

Anuwar : Apa ler hang ne Naj bawa cerita Kangkung tak dak skill betullah u...

Naj : Keren pak, kamu si jadi tak keruan!. Kangkung tu besar maknanya tau!

Anuwar : Besar kata kau, barang aku lagi besar u, hang tak caya ker?

Naj : Ngko ne Anuwar dari dulu tak berubah-ubah, kita dok citer pasal Kangkung, hang pi cerita pasal barang hang. Bawak la bertaubat Nuarr...

Anuwar : Ok ok hang ne macam tak tau jer minat i tau...(auuuuwww). So now kita serius, apa makna Kangkung, aku nak dengar?

Naj : Ish hang ne Nuar, gelojoh betullah, bawak lah bersabar. K tu bawa makna Kamu ler hehe, A tu dah tentulah nama kamu Anuwar, N pula mestilah bermaksud Ngobrol kan ko suka ngobrol-ngobrol di Jakartus, G tu gedebe ler mcm hang, K yang kedua tu Kesukaanmu ler, U pula hobi u ler suka Umpil orang, N kedua tu biasalah Nenen kesukaanmu, G pula Girls ker ko kan suka pi Virginia..Nak senang ingat mari kita tulis kat bawah ne

Kamu
Anuwar
Ngobrol
Gedebe
Kesukaanmu
Umpil
Nenen
Girls

Anuwar merah padam, dan tersembul dimulutnya, 
"Ko ne Naj, pecah rahsia aku jer".
Kangkung Anuwar
Nota : cerpen di atas tiada kena mengena dengan sesiapa. Harap Maklum.


Tolong Tunjukkan Video Ini Kepada Pemimpin dan Penyokong PAS. Sebarkan.

Posted: 13 Jan 2014 05:00 AM PST


Mohon rakan-rakan sebarkan video ini.....



........supaya lebih ramai faham mengenai isu ini. Jangan lupa sebarkan kepada pendokong Islam Liberal.

Paling sedih, di bahagian akhir video ini dengar penceremah  ni mendedahkan bahawa beliau dituduh mengada-adakan cerita kononnya ada pendakyah Kristian sedang menyebarkan ajaran agama mereka di kawasan mereka oleh Nazir dan AJK masjid. Rasanya pembaca boleh tahu ajk masjid tu dari parti mana.

*Salam Maulidur Rasul dari MyMassa.

KALIMAH ALLAH: PENYALAHGUNAAN ISTILAH UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM

Posted: 13 Jan 2014 02:17 AM PST


Sebar-sebarkanlah poster ini agar kita tahu muslihat sebenar kristianisasi untuk melemah, mengeliru, menghuru-hara dan memurtadkan umat islam di Malaysia.

Salam Maulidur Rasul 1435H kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga syiar Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w tetap menyalakan semangat perjuangan kita mempertahankan kalimah Allah hingga ke akhir hayat dari dicemari oleh fahaman dan dakyah songsang kristianisasi.

Insya Allah.  

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Harga Kangkung Dah Turun! Memang Ada La Dalam Manifesto BN Hari Tu Janji Penurunan Harga Kangkung!

Posted: 13 Jan 2014 12:35 AM PST


Rupa-rupanya, menurunkan harga kangkung adalah salah satu
intipati penting dalam manifesto BN tempohari.

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 10:09 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Berita pagi cuti - Memang Menteri Umno ini Pundek!

Posted: 13 Jan 2014 05:29 PM PST

Kalau sebelum ini kelmarin dulu PM meminta jangan menyalahkan kerajaan bila harga barang naik kecuali kangkong.... aku kata ini berita pundek... 


Ni ada sekoq lagi menteri kabinet pundek...

Isu kalimah ALLAH: Jangan salahkan kerajaan


Jamil Khir

MELAKA - Semua pihak diingat agar tidak menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan berhubung isu penguatkuasaan larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam di Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata segala penguatkuasaan serta tindakan berkaitan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

"Saya harap mereka yang cuba tuduh macam-macam kepada kerajaan (Persekutuan) mengenai isu kalimah ALLAH di Selangor, kena faham betul-betul... untuk tujuan ambil tindakan undang-undang syariah, peringkat negeri punya kuasa, seperti ajaran sesat atau syiah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Muamalah Islam di Masjid Al-Azim hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak menghentikan tohmahan yang mengatakan kerajaan Persekutuan cuba memainkan isu kalimah ALLAH di Selangor untuk kepentingan politik.

"Memperguna isu untuk salahkan orang lain bukan pegangan dan ajaran Islam sebenar, sebagai orang Islam, sepatutnya kita bersama bukan saling menyalahi antara satu sama lain," katanya sambil menambah umat Islam di negara ini, tanpa mengira fahaman politik, perlu bersatu menghadapi musuh yang mengancam kesucian Islam itu sendiri. - Bernama

Kenapa mamat ni mimpi beragan juga ni,,, apakah kerana kena pukolan maut dengan Mat Bughah....


Yang cabar tu pun kuali,, pungkok dah hitam pun,, duk kata periok pungkok hitam,, wakaka....last-last kedua-dua pundekkkk..


Peringatan untuk program besok hari...

Posted: 13 Jan 2014 06:21 AM PST

Terpulang kepada semua yng dah melihat dan mendengarnya,, aku sekadar menyampaikan kerana ini sahaja peluang aku ada.. moga-moga ada keberkatannya..

Lagi sekali aku paparkan ucapan dari Maulana Asri Yusof pula, semalam aku paparkan Tok Syeikh Arab Mesir,, beliau menyebutkan maulid tu berasal dari mazhab syiah,, 

Maulana Asri pun sebut lebih kurang macam tu juga,, jagi terpulanglah kepada sesiapa yang dah mendengarnya...



Sedap kata maulana ASri tu,, kalau kita sayang nabi, tegakkan syariat yang nabi tegakkan, iaitu hukum Islam,, bujan buat program maulid setahun sekali...perabih duit rakyat..


Kesian - Najib terkena lagi dengan MB Terengganu pula..

Posted: 12 Jan 2014 10:55 PM PST

Nasib malang Najib semakin menjadi-jadi,, bertingket-tingket... kalau sebelum ini diperdajal oleh kumpulan PEMANDU,, tetapi yang ini oleh Mat Said MB Terengganu..




Ha ha ha,, hangpa nampak ke dak budaya atau mentality perangai orang umno... baca sendiri dan faham kekata Zaharin Mat Yassin tu.... 

Itu sikap orang umno,,, menipu orang kampong hidup-hidup,,, akhirnya sesama sendiri bakal mula terlingkup... percayalah dengan kejadian banjir baru-baru ini akan membuka mata hati rakyat marhaen tentang kedajalan yang ada dalam umno...

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Cerita Kangkung, Kertas Putih & Titik Hitam

Posted: 13 Jan 2014 08:00 PM PST




 Dalam sebuah kampung, tinggalah seorang ayah dan anak perempuan bernama Anjana. Akibat selalu dimanjakan daripada kecil maka anak perempuan ini merasa apa sahaja yang dia mahu pasti dia akan dapat. Dia sentiasa perasan dirinya persis Neelofa.

Bila besar, dan masuk di sebuah kolej swasta, Anjana selalu menyalahi kawan kawannya yang lain. Semuanya tidak kena pada pandangan gadis berusia 19 tahun itu. Dia sahaja yang cantik, orang lain semua buruk dan hodoh. Ada sahaja kesalahan yang dicari untuk "menyakat" kawan kawannya yang lain. 

Ada suatu ketika, Anjana merendah rendahkan kebolehan seorang senior di kolejnya kerana seniornya itu bergigi "jongang". Dia terus menggelarkan seniornya itu sebagai "minah jongang" hingga menjadi trending di kolej dan penuh timeline twitter senior itu dipenuhi dengan #jongang

Satu hari Anjana berjalan jalan di kaki lima kolej dengan tumit tingginya yang berwarna merah. Tup tup, Anjana terpijak chewing gum buangan, dan terus terperosok jatuh dalam longkang.  Habis basah terkena air "acar longkang" yang busuk umpama najis dot dot. Sekuat hati Anjana menjerit "Hoi !!!! celake mane yang makan chewing gum ini.... haram xyz@%#dah betui !!!!" 

Begitulah jeritan Anjana, hingga kuatnya mengalahkan loceng jam sekolah. Kemudian, sambil menghentak hentak kakinya yang penuh berselut hanyir air longkang, Anjana mengadu pada pensyarah di situ "Encik lain kali pastikan dalam peraturan kat kolej ni jangan ada orang makan chewing gum. 

Kalau tidak ada chewing gum... saya tak akan jatuh dalam longkang tadi. Ini semua salah peraturan kolej ini. Peraturan korup dan tidak adil!!!" luahnya sambil membuat muka macam tidak boleh blah.  

Mulut muncung sepanjang hari ala ala duck face. Walaupun diam, tetapi Encik Mus, pensyarah muda kolej itu mengetap kuat kuat bibirnya sambil tangannya menggengam kemas sebuah kerusi kayu. Berdengus nafasnya sambil perlahan lahan membisik ke telinga sendiri "Budak ni kang aku sepit kat kerusi ni baru tau langit ni tinggi atau rendah"

Beberapa hari kemudian, Anjana telefon ayahnya dan menyatakan ingin pulang ke kampungnya di Kedah. Sepanjang perjalanan dalam bas dari Pudu ke Alor Setar, Anjana asyik memaki dalam hati peraturan di sekolah yang difikirnya macam siot je. Sesampai di kampungnya, Anjana berjalan jalan di kebun ayahnya yang terletak di belakang rumah. 

Sambil menghenjak henjak tumit merahnya di atas tanah, Anjana terhenti seketika bila terlihat ada lebah sedang bersarang di atas sebatang pokok. Lama juga Anjana memerhatikan sarang lebah itu. Anjana mulai terbayang muka "minah jongang" kat sarang lebah tu. Entah bagaimana tiba tiba, kasut merah itu "dihawinkan" terus ke sarang lebah itu. Tepat mengenai sasaran gigi Suarez. 

Apa lagi, lebah pun melakukan counter attack terhadap serangan Anjana. Diserbu dan dihurungnya Anjana. Lari tidak cukup tanah Anjana dikejar lebah. Sambil berlari, sempat dia menjeling dan  ternampak sungai. Anjana terus terjun ke dalam sungai di situ untuk selamatkan diri. 

Sempat kena lima sengatan. Ayah Anjana mendapatkan Anjana dan membawanya pulang ke rumah. Sampai di rumah, Anjana memarahi ayahnya "Pasai apa ayah tak tolong chek tadi?, yang ayah dok perembang dari jauh buat apa? Ni salah ayah lah ni chek kena sengat lebah". Ayah Anjana tidak menjawab, diam dan terus berlalu membiarkan anaknya itu mengomel sorang sorang dalam dunianya.


Malamnya, ayahnya datang dan membawa sekeping kertas putih. Lalu ayah itu bertanya kepada Anjana "Hang nampak apa?", Anjana jawab "Kertas putih, merapu apa bawak kertas malam malam ni?" Kemudian ayahnya ambil pen maker dan menandakan satu titik hitam di tengah kertas. "La ni hang nampak apa?" tanya si ayah. 

Anjana jawab "Kertas putih lah ayah, ishkk merapu sungguh lah orang tua ni" . Dengan geram si ayah jawab sambil meninggikan sikit suara "hang tau pun tengok kertas putih, awat kali ni hang tak nampak titik hitam tu?". 

Fikiran Anjana jammed seketika, terhenti sekejap. Dalam cloud pemikirannya terbayang ayat ini "Ayah aku ni buat soklan macam Nujum Pak Belalang ni pasai apa? Aku ni rabun ayam ka?"

Selang 10 saat,  dijawabnya "Ya, tak ya jugak, pasai apa la aku tak nampak titik hitam tu..ishk ishk" kata Anjana. "Lain kali, dalam hidup ini, kita jangan perembang dan lihat pada satu titik hitam sahaja. Macam hang duk nampak pada kesalahan orang lain di kolej. Macam hang duk punggai kasut hang kat sarang lebah buat apa" leter si ayah. 

Tambah ayah Anjana lagi "Saja cari penyakit... ha boleh lah penyakit. Cuba perbetui sikit cara hang perati dunia ni" .  Terdiam dan tidak berkata kata apa apa Anjana. Barangkali sudah keliru dan merasa insaf dengan ceramah ayahnya itu. Terbayang muka Dr Fadzilah Kamsah pada muka ayahnya itu.

"Ketahuilah Anjana, kertas ini adalah cara macam mana hang tengok dunia ni, jangan duk sibuk cari salah orang sangat" si ayah sambung lagi ceramah meniru gaya Pencetus Ummah. "Minta maaf ayah" balas Anjana perlahan.  

"Sudah sudah lah tu, jangan buat lagi, tu nasi ada lagi kat dapur, pi la makan, ada sayur kangkung belacan atas meja tu" balas Pak Berahim. 



"Hang jangan duk kutip makan belacan dalam kangkung tu pulak?" balas Pak Berahim lagi. Mulai dari hari itu Anjana mulai perlahan lahan merubah dirinya selepas makan nasi kosong dan sayur kangkung belacan. Apa yang dia dapat dari makan kangkung belacan itu?


Tutup Giat Mara Selayang, Satu Lagi Pengkhianatan Kerajaan PKR-DAP Selangor Terhadap Orang Melayu

Posted: 13 Jan 2014 06:00 PM PST


Salam Maulidur Rasul

Posted: 13 Jan 2014 02:30 PM PST


Video Gerakan Halus Murtadkan Umat Islam Di Malaysia, Wajib Tengok

Posted: 12 Jan 2014 09:29 PM PST


Pemborong Punca Harga Barang Naik

Posted: 12 Jan 2014 07:00 PM PST


Bukti Khalid Ibrahim Tunduk Pada Desakan DAP Di Selangor

Posted: 12 Jan 2014 05:33 PM PST

Produk terbaru kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. Sudah semakin maju dan canggih industri ini di Selangor. Pada penggal pertama pemerintahan mereka cadang kandang bernilai RM100 juta, pada penggal kedua pemerintahan sudah ada tempat makan yang sebegini hebat. Tahniah Khalid Ibrahim kerana tunduk dan sujud pada kehendak DAP di Selangor (baca seterusnya)

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Mahfuz The Mr.Bean Gila Meroyan Gagal Memiliki Mercedes Benz Macam Guan Eng?

Posted: 13 Jan 2014 12:52 PM PST


Penjelasan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mengenal isu pembelian kereta jenis Mercedes Benz S300 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong di Langkawi, dipersoalkan oleh pihak pembangkang.

Selain menggunakan nombor plat KBV8, kereta yang dimaksudkan itu juga dilabelkan dengan nama Menteri Besar Kedah dan bukan nama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan yang dibuat Mukhriz sebelum ini mengambil masa agak lama dan seperti sengaja dilambatkan untuk mencari jawapan bagi meyakinkan rakyat berkenaan isu tersebut.

Menurut beliau, pihaknya tidak nampak apa yang mengelirukan dalam isu pembelian kereta seperti yang dijelaskan Mukhriz, sebaliknya Mukhriz sendiri dilihat seperti keliru dengan kenyataan-kenyataannya sendiri.

"Pada 6 Januari lalu, Menteri Besar menjelaskan tiada sebarang pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar yang dibuat oleh kerajaan negeri. Manakala nombor plat KBV8 masih digunakan pada kereta Mercedes Benz S3200 yang digunakan Menteri Besar terdahulu iaitu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Bagaimanapun, selepas itu tersebar di laman-laman sosial yang memuatkan bukti bergambar menunjukkan nombor plat KBV8 tidak lagi digunakan pada kereta Mercedes Benz S320. Sebaliknya digunakan pada kereta jenis Mercedes Benz S300 dengan menggunakan nama Menteri Besar Kedah," katanya pada sidang media, di Pejabat Pas Kawasan Pokok Sena, di sini, semalam.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pada sidang media kelmarin, Mukhriz sekali lagi memperjelaskan status kereta yang dimaksudkan iaitu Mercedes Benz S300 yang menggunakan plat KBV8 itu dibeli oleh PKNK bagi menggantikan kereta rasmi kegunaan Yang di-Pertuan Agong di Langkawi.

Tambah beliau lagi, persoalan isu ini timbul berikutan kereta terbabit diletakkan nama Menteri Besar Kedah, sebaliknya tidak meletakkan nama KDYMM Yang Dipertuan Agong.

"Saya minta beliau (Mukhriz) jawab dan jelaskan. Kita tidak kisah kalau benar kereta tersebut untuk kegunaan KDYMM Yang di-Pertuan Agong, tetapi agak hairan kenapa kereta itu diletakkan nama Menteri Besar Kedah, malah nombor plat juga tidak menggunakan warna kuning.

"Sebelum beliau jelaskan kereta tersebut untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, kereta itu sudah diletakkan dengan nama Menteri Besar," tegasnya sambil meminta penjelasan mengapa kereta terbabit tidak meletakkan nama Yang di-Pertuan Agong seawal ia dibeli.


Dalam pada itu, Mahfuz turut menyifatkan kenyataan Mukhriz sebelum ini sengaja untuk mengelirukan semua pihak termasuk pihak media dan masyarakat.

Menurut beliau lagi, kenyataan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Mohd Puad Mohd Ali juga mengelirukan dan dilihat lambat memberi respon kepada isu berkenaan.

"Saya difahamkan sebelum ini beliau enggan mengulas isu ini apabila ditanya pihak media, sebaliknya kelmarin beliau mengulas mungkin disebabkan timbul kekeliruaan di peringkat pegawai yang menyebabkan kereta terbabit diletakkan dengan plat Menteri Besar.

"Kereta itu dibeli atas nama SUK, beliau sepatutnya boleh menjawab dan boleh beri maklumat yang jelas kepada Menteri besar dari awal lagi. Jadi dua kepimpinan utama negeri cuba untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut mempersoalkan keunikan nombor plat KVB8 yang diletakkan pada kereta untuk kegunaan rasmi yang di-Pertuan Agong.

"KBV8 ini dari dahulu lagi dikhaskan untuk plat kereta Menteri Besar Kedah. Sepatutnya kalau nak beli untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, gunalah nombor baharu ataupun plat yang digunakan Tuanku yang digunakan sebelum ini.

"Selain itu, kita juga ingin tahun berapa harga kereta baharu yang dibeli oleh PKNK itu. Kita juga difahamkan kereta berkenaan sudah dibeli beberapa bulan lalu, jadi bila akan di bawa ke Langkawi," katanya.

Mahfuz turut menyifatkan, Mukhriz cuba berlindung di sebalik institusi istana selepas jawapan beliau dilihat tidak berjaya untuk melepaskan dirinya daripada persoalan isu tersebut.

"Sekarang beliau cuba untuk menutup isu ini dengan mengaitkan kegunaan kereta itu untuk kegunaan yang di-Pertuan Agong, dengan harapan orang tidak pertikai kerana membabitkan kegunaan Diraja," dakwanya.

Penang Wasabi..

Kasihan...!!! PKR dipinggirkan di Kelantan?

Posted: 13 Jan 2014 03:27 AM PST


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menyangkal dakwaan mengatakan kerajaan negeri meminggirkan kepimpinan PKR negeri ini.

Menurutnya, kerjasama yang dilakukan bersama PKR sekarang adalah berdasarkan apa yang dipraktikkan sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita tidak pinggirkan sesiapa, pelantikan penghulu dan jawatan lain, cuma untuk pelantikan exco itu memang kita tidak pernah lakukan, sebab hanya (menang) satu kerusi sahaja, Pas di Pulau Pinang pun hanya satu kerusi dan tidak dijadikan exco juga, jadi semuanya sama sahaja.

"Apa yang dibuat zaman Tok Guru (Nik Aziz) akan tetap kita kekalkan sehingga hari ini, tidak menjadi masalah pun sebenarnya, cuma kita tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau, jika benar beliau rasa perlu penyertaan yang lebih dalam pentadbiran kerajaan, boleh datang jumpa menteri besar untuk membawa pandangan tersebut, ikut prosedur yang betul," katanya kepada media selepas kuliah mingguan di Medan Ilmu, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pemimpin PKR negeri melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap kerajaan negeri yang didakwa tidak melaksanakan janji.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila Setiausaha Politik menteri besar, Wan Nik Wan Yusoff dalam satu kenyataan berpandangan hanya dua parti sahaja dominan di Kelantan iaitu Pas dan Umno, manakala PKR tidak mendapat sokongan rakyat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menyifatkan kenyataan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perhimpunan 'Turun' sebagai keterlaluan.

"Beliau sepatutnya lebih cermat mengeluarkan sebarang kenyataan, oleh sebab 'bughah' (penderhaka) yang digunakan terlalu berat untuk dijadikan hukuman, jadi adakah orang yang turun secara aman meminta supaya kerajaan menurunkan harga barang itu dianggap sebagai penderhaka, mereka tiada senjata, tiada apa.

"Kenyataan mufti itu bagi saya terlalu berat dan tidak menepati suasana sebenarnya. Saya berharap dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang sebab orang akan berpegang pada pandangan mufti, sedangkan perkara tersebut tidak sampai hingga ke peringkat itu," katanya.

Penang Wasabi..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE...CERAMAH MALAM INI

Posted: 13 Jan 2014 03:13 AM PST


LIVE MALAM INI :CERAMAH MAULIDURRASUL

Posted: 13 Jan 2014 03:12 AM PST









RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Isu 'Allah': Tiga PM, tiga janji dimungkiri

Posted: 13 Jan 2014 09:02 PM PST


Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia berkata masyarakat Kristian berharap agar Penyelesaian 10 Perkara dapat memberi jalan keluar dalam isu kalimah 'Allah', namun dua bentuk penyelesaian yang dicapai semasa pentadbiran dua perdana menteri berbeza telahpun menemui jalan buntu.

Herman berkata pihak gereja sejak bertahun-tahun lamanya cuba berhubung dengan beberapa perdana menteri untuk meredakan kebimbangan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' oleh golongan Kristian akan mengelirukan orang Islam.

Namun, isu berkenaan tetap dibangkitkan hingga kini, katanya dalam satu forum berhubung kebebasan beragama di Kuala Lumpur pada malam tadi.

"Kami membuat perbincangan panjang dengan perdana menteri pada masa itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad... Beliau berkongsi pandangan orang Islam dengan kami dan kami katakan bahawa kami tiada niat untuk kelirukan sesiapa.

"Persefahamannya adalah orang Kristian akan dibenarkan menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dalam ruang lintup gereja, namun Mahathir beritahu apa jadi jika orang Islam bawa Bible keluar, baca dan jadi keliru?

"...Untuk menunjukkan komitmen kami, kami kata kami akan letakkan salib di kulit Bible kami. Jika mereka tidak boleh kenal (lambang salib) sebagai kitab Kristian, saya tidak tahu apa yang mereka boleh kenal...," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

“Made in Indonesia”

Posted: 13 Jan 2014 08:25 PM PST


129123017568293307

Tuhan berbaik hati memberi kekayaan alam melimpah pada Indonesia, sampai-sampai dulu bangsa Eropa tega menjajah demi rempah-rempah. Mereka, khususnya bangsa Belanda, menghuni Indonesia ratusan tahun lamanya dan beranak-pinak dengan warga lokal. Itulah kenapa saat ini ada sekitar setengah juta warga negara Belanda yang punya garis keturunan Indonesia.

Tengok saja para pemain sepakbola Belanda saat ini. Dalam tim nasional Belanda banyak yang punya darah Indonesia dari kakek-nenek mereka. Sebut saja  Robin Van Persie, John Heitinga, Demy De Zeeuw, Nigel de Jong, Denny Landzaat, Giovanni van Bronckhorst. Yang disebut terakhir justru masih bisa berbahasa Indonesia meskipun tidak lancar. Maklum, ibunya bermarga Sapulette, berasal dari Saparua, Maluku.
Selain mereka, dipercaya ada ratusan pemain sepakbola di Eropa yang keturunan Indonesia. Ada yang berdarah Ambon seperti Christian Supusepa, Justin Tahapary, Michael Elias Timisela. Ada yang keturunan Batak seperti Radja Nainggolan, dan keturunan Jawa seperti Leroy Gerald Resodihardjo.

Selain pemain sepakbola, masih ada segudang tokoh terkenal dunia yang punya darah Indonesia. Mulai dari atlit, seniman, model, astronom, hakim agung, reporter, ahli persenjataan, politisi, hingga presiden dan perdana menteri.

Singapura pernah punya Perdana Menteri keturunan Indonesia, yakni Lee Kuan Yew yang berdarah Semarang dan Pontianak dari kedua neneknya. Bahkan presiden pertama Singapura, Yusof Ishak, yang wajahnya diabadikan dalam pecahan uang kertas Singapura, merupakan keturunan Minangkabau, Sumatera Barat. Zubir Said, sang pencipta lagu kebangsaan Singapura juga lahir di Bukittingi, Sumatera Barat.

Malaysia lebih ajaib lagi. Sejak Malaysia berdiri, negara itu baru memiliki enam orang Perdana Menteri, dan separuhnya adalah keturunan Indonesia. Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2 sekaligus bapak pendiri Malaysia), Najib Tun Razak (anak dari Tun Abdul Razak sekaligus Perdana Menteri Malaysia saat ini), dan Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5) semuanya adalah keturunan Bugis, Sulawesi Selatan.
Mereka semua made-in Indonesia.

Entah harus bangga atau apa…?

Egypt's referendum put to nationwide vote

Posted: 13 Jan 2014 07:38 PM PST

Keluhan penerima bantuan banjir yang ada logo keris, JKKK paling power..!!!

Posted: 13 Jan 2014 07:37 PM PST



"Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti."

Inilah keluhan oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai.

Pastinya setiap bantuan diterima dengan ucapan terima kasih walaupun mereka yang nak mendapatkannya perlu bermandi peluh ke sana ke mari serta kena tahan telinga mendengar bebelan JKKK dan seterusnya ucapan dari pengasas 1Malaysia.

Yang dapat akan balik ke rumah dengan senyum, yang cuma dapat boucher balik ke rumah dengan hati yang kesal.
Read More / Baca Lagi >>

SEPATUTNYA KANGKUNG DITUKAR PADA MINYAK BARU KITA NAMPAK CERDIK

Posted: 13 Jan 2014 07:35 PM PST

Melayu mudah lupa.....
Kita sedar atau tidak..?..
PM kita memperbodohkan kita...
Dulu buat belanjawan antara barangan yg tak kena cukai pewarna rambut....
Belanjawan selepas itu antaranya belacan tak kena cukai...
Hari ini buat kenyataan harga kangkung sudah turun dan menyeru rakyat agar bersyukur...

Saya berpendapat PM kita tak ada isu atau tidak ada modal nak tepis masaalah kenaikan harga barang,rakyat 52% memberontak atas kenaikan harga barang secara serentak kebetulan atau memang dirancang selepas pilihanraya.

Kangkung turun harga atau naik harga ia tidak ada nilai sebenarnya kenaikanya tidak ada hubung kait barangan lain kalau dibandingkan dengan harga minyak atau letrik
Minyak turun rakyat makmur ...minyak naik semua barangan akan naik ,rakyat sensara...

Tidak patut sama sekali  PM orang No.1 berucap atas pentas yang kos pentas itu sendiri ratusan ribu ringgit ...didepan ribuan manusia .. depan  puluhan  media...kangkong menjadi contoh atau hujah naik turunnya harga barang....

Kalau pakcik-pakcik Felda...Makcik-makcik Felda bersembang di warong kopi atau diberanda jiran itu ada logiknya dan memang itu tarafnya...

Kita sebenarnya masih lagi mencari-cari  kepimpinan Negara yang cerdik,telus,amanah dan tidak memperbodohkan rakyatnya.....

Tapi bila masanya ???

Apa kesan pada rakyat jika harga kangkung naik

Posted: 13 Jan 2014 07:33 PM PST

Semua orang bercakap tentang kangkung semenjak dua menjak ni. Puncanya hanya kerana Perdana Menteri kita juga bercakap pasal kangkung.
Itulah powernya jika anda jadi Perdana Menteri, apa saja percakapan anda diambil perhatian, dirakamkan dan dianalisakan.

Setiap kali Perdana Menteri berucap, tentang apa saja, biasanya mereka yang pro kerajaan akan komen puji melambung. Hebat...hebat, begitulah biasanya para penyokong kerajaan akan kata.

Sebaliknya mereka yang pro bukan kerajaan akan cari salah dan bengap tentang ucapan Perdana Menteri itu. Biasalah begitu, tak ada manusia sempurna. Bergantung pada apa yang kita nak tengok, baik atau buruk, sudah pasti kedua-duanya dapat disingkap.

Sebab utama jadi begitu adalah kerana baik dan buruk, lemah dan kuat, kalah dan memang, miskin dan kaya, masalah dan peluang...kedua-duanya datang sekali. Kepala dan ekor sentiasa ada pada satu siling yang sama. Mereka tak datang berasingan.

Tapi kali ini, agak pelik sikit. Sebabnya adalah kerana samada pro kerajaan atau pro pembangkang, kedua-duanya melihat sudut kelakar terhadap ucapan Perdana Menteri. Sudut serius tidak menjadi fokus utama kecuali beberapa kerat pemimpin kerajaan sahaja yang berusaha melihat sudut positif terhadap ucapan kangkung Perdana Menteri.

Kesan pada rakyat jika harga kangkung naik tak sama dengan kesan harga tenaga naik.

Rasanya orang ramai tak setuju dengan ulasan kangkung adalah kerana ia perumpamaan yang sungguh kangkung. kalau professor ucapkan begitu, sahih kita akan panggil dia professor kangkung.

Jadi bila PM buat perumpamaan begitu, sudah tentu akan dapat gelaran Perdana Menteri Kangkung. Maknanya tak berapa menarik. Kerana kangkun boleh hidup kat longkang, kat paya, kat parit. Campak saja tangkai atau batang kangkung kat parit atau paya dia akan mula hidup menjalar.

Read More / Baca Lagi >>

Filem anak tiri PM cipta nama di Hollywood, adakah duit tabung Rosmah membiayanya..!!

Posted: 13 Jan 2014 07:27 PM PST

Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz mencipta nama dalam industri filem Holywood apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.
Bagaimanapun, Riza enggan mengulas apabila timbul spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mstar Online melaporkan, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja USD100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah 'portal pro-pembangkang' yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
Bagaimanapun, portal itu tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM100 juta di New York.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Read More / Baca Lagi >>

Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan

Posted: 13 Jan 2014 07:23 PM PST


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak meletakkan jawatan kerana menarik balik tuduhan dalam skandal PKFZ. Gambar fail.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak meletakkan jawatan kerana menarik balik tuduhan dalam skandal PKFZ. Gambar fail.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sekali lagi didesak untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.
Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.
"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu  kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.
"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

Posted: 13 Jan 2014 07:22 PM PST


Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.
Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.
"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).
"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia diKangkungkan..!!

Posted: 13 Jan 2014 06:41 PM PST



Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia. 
Harga barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka, boleh kita salahkan Allah?  Menyalahkan Allah, Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah, sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
 Professor Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.
Rakyat dikangkungkan mengenai punca banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Posted: 13 Jan 2014 06:38 PM PST

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.
Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita 'balik kampung, tanam kangkung'. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.
Read More / Baca Lagi >>

Koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!

Posted: 13 Jan 2014 06:16 PM PST


Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung, 
sayur kangkung dlm perahu, 
dpt professor, professor kangkung, 
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung , 
kangkung ditepi paya, 
biar rakyat tiada untung . 
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong, 
kangkong ditanam ditepi paya, 
kalau setakat pandai berlenggang kangkong 
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong.

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung, 
Atas kangkung bawah pun kangkung, 
Depan kangkung belakang kangkung, 
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang 
Kangkung dijual si mat Bangla 
Terima Kasih PM Tersayang 
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

KANGKUNG: PROF DIRAJA UNGKU AZIZ PUN BERSUARA JUGA!!! JENG...JENG..!!!

Posted: 13 Jan 2014 06:12 PM PST


"Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Dalam maknanya tu ....
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.


Apakah nanti Pak Ungku juga bakal diserang garang oleh para soldadu siber pro UMNO?

Sinar Harian padam laporan 'Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara'.. siapa beri arahan?

Posted: 13 Jan 2014 06:04 PM PST

Kenapa agaknya tiba-tiba Sinar Harian memadamkan laporannya tentang kejayaan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street?

Adakah ada pihak yang telah menghubungi Ketua Pengarang Sinar Harian meminta pihak mereka memadamkan artikel berkenaan?

Selain dari melaporkan tentang produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Sinar juga melaporkan kerana ianya turut melaporkan filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Farouk: Political parties cashing in on Islam

Posted: 13 Jan 2014 06:00 PM PST

The Stream - Singer-songwriter Yuna talks music, fame and Islam

Posted: 13 Jan 2014 05:59 PM PST

She could be on a one-way trip to Mars

Posted: 13 Jan 2014 05:58 PM PST

Violence in Latin America

Posted: 13 Jan 2014 05:57 PM PST

Thai protesters demand Yingluck resign

Posted: 13 Jan 2014 05:56 PM PST

Selawat Nabi by Ustaz Amal

Posted: 13 Jan 2014 07:09 AM PST



Salam Maulidur Rasul 2014 : Selawat Nabi

Posted: 13 Jan 2014 07:06 AM PST



Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan (Selawat Nabi SAW)

Posted: 13 Jan 2014 07:05 AM PST



Sayangi Sunnah Rasulullah - Ustaz Azhar Idrus (TH Filem)

Posted: 13 Jan 2014 06:43 AM PST



Rakyat Telah Di Kangkungkan Oleh Keluarga Rosmah..!!!

Posted: 13 Jan 2014 05:26 AM PST


Skandal NFC: Suami Shahrizat saman Nurul Izzah

Posted: 13 Jan 2014 05:19 AM PST


 KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.
  
Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.
  
Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Dis lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
  
Read More / Baca Lagi >>