Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Tulisan Jawi Tak Boleh Pakai, Kalimah ALLAH Depa Nak Pakai Pulak...

Posted: 08 Jan 2014 11:00 PM PST

Tulisan Jawi yang dipinjam dari Bahasa Arab tak boleh pakai....
Kalimah Allah yang sah-sah dari bahasa Arab tu di sibuk pula nak pakai...

Nampak tak permainan depa?

Petition Haramkan COMANGO klik sini #paspkrbaruakristian


Kalimah ALLAH, Kristian Akan Guna Strategi Ganas...

Posted: 08 Jan 2014 05:30 PM PST

Majalah berkala Kristian Evangelika, Christianity Today keluaran Februari 2011 telah memuatkan laporan cover story bertajuk Muslims and the "Son of God" turut menyentuh strategi penggunaan kalimah 'Allah' dalam penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. 

Di Malaysia ketika ini masih terdapat kelompok umat Islam memandang remeh isu desakan orang bukan Islam untuk dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan ajaran agama mereka. Malah kelompok 'liberalist' dan 'pluralist' Islam ini menggesa pula umat Islam supaya tidak perlu khuatir jika bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah tersebut atas alasan kononnya gambaran ancaman kegelinciran akidah umat Islam adalah sebenarnya hanya datang dari orang Islam yang lemah iman semata-mata.


Sebenarnya kekhuatiran dan kewaspadaan itu sangat berasas serta munasabah. Penentangan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam ini bukan datang dari mereka yang lemah iman tetapi hadir dari mereka yang sangat arif tentang agama, dakwah dan permasalahan umat Islam termasuk dari kalangan para mufti dan ulama pelbagai parti politik.

Majlis-majlis agama Islam negeri sendiri juga telah bertindak memohon kebenaran untuk mencelah dalam semakan kehakiman terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan pada 5 Mei 2009 yang telah memberikan kebenaran kepada Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk memohon bagi semakan penghakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan "Herald - Catholic Weekly.

Baca lanjut di sini

Petition Haramkan COMANGO klik sini #paspkrbaruakristian

Apa Faedah Penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional...???

Posted: 08 Jan 2014 05:00 AM PST


Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional yang dilantik Najib Razak kebanyakannya liberal termasuklah 'yang seorang itu'. 

Tak kurang juga ada seorang yang diambil PM itu yang bertudung litup tapi fitnah Kerajaan isu peruntukan RM 15 Juta dihabiskan untuk sambutan tahun baru.

Jadi berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya apa faedah MKPN ini?


Majlis itu mempunyai 30 ahli termasuk  ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, bekas timbalan menteri pelajaran  Datuk Saifuddin Abdullah, bekas presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye dan Wardina Safiyaah.


Apakah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional tidak berfungsi dengan baik selama ini?

Atau Najib sudah penat tengok BN jadi parti pemerintah?

Ada siapa boleh tolong jelaskan?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Edmund Bon cakap ikut suka, lebih sudu dari kuah

Posted: 08 Jan 2014 10:32 PM PST


Edmund Bon boleh bercakap apa sahaja. Itu kebebasan namanya. 

Apabila kes membabitkan Paderi Katolik Lawrence Andrew dikategorikan oleh pihak berkuasa, dalam konteks ini, jenayah hasutan – Edmund sewajarnya menghentikan cakap-cakap beliau dan memberi konsentrasi untuk membela Paderi Lawrence Andrew di dalam mahkamah nanti – bukan mencurah minyak ke atas api lagi.

Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon (gambar) perlu tahu bahawa setiap katanya boleh menyebabkan salah tafsir pihak awam.

Edmund boleh menggunakan skil 'persuasive' dalam 'art of advocacy' sebagai seorang pengamal undang-undang untuk memujuk rakyat yang kurang mahir dengan undang-undang bagi mempercayai konten hujahnya. Tetapi mampukan beliau meyakinkan mahkamah untuk melepaskan Paderi Lawrence Andrew dari perbuatannya?

Sebab itu Edmund perlu diam. Biar segala hujah dilepaskan di mahkamah untuk ditentukan. Bukan melepaskan kepada pihak awam yang lemah dalam mentafsir undang-undang.
Lebih teruk lagi, sebutan kes pun belum bermula.

Paderi Lawrence hanya dipanggil kelmarin oleh pihak polis bagi menjalankan siasatan selepas menerima lebih 300 aduan terhadapnya.

Pihak berkuasa baru memulakan siasatan di bawah Akta Hasutan. Pertuduhan belum lagi jatuh, tetapi Edmund sudah lebih sudu dari kuah.

Jika Edmund berterusan menghasut orang ramai untuk mempercayai bahawa tindakan Paderi Lawrence Andrew bukan satu yang serius, apatah lagi dengan membuat perbandingan dengan kes mufti Perak, Tan Sri Harussani – maka eloklah beliau menyeru orang ramai membuat laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir Pemuda Pas dan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) baru-baru ini.



Biar polis siasat di bawah akta yang sama.

Perlu saya nyatakan kepedihan hati saya di sini melihat laporan-laporan polis ke atas Tan Sri Harussani dilakukan oleh anak-anak Melayu-Muslim sedangkan penganut agama lain yang kononnya terjejas dengan perkataan 'bughah' hanya berdiam diri.

Saya kira ada motif berbentuk politik di sini yang kita tidak sedar.

Baru-baru ini, saya juga menonton rakaman klip video oleh penceramah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus yang menyebut, antara lain berbunyi

"kata ulama.. apabila nama-nama Allah, nama-nama para Nabi, nama-nama yang baik di dalam Islam.. diselewengkan... maka hendaklah pemimpin atau penjaga negara umat Islam.. menghalang perbuatan tersebut.. dan jika orang kafir itu enggan maka hendaklah (orang kafir itu) diperangi"

Persoalannya, adakah tafsir seorang penceramah bebas seperti Ustaz Azhar Idrus itu juga satu hasutan dan perlu dicegah?

Menurut laporan media (The Malaysian Insider - Jais wrong as Allah ban only for Herald, not Bibles, say critics) saya turut dapati fakta yang mahu dijelaskan oleh Andrew Khoo Chin Hock, seorang peguam hak asasi manusia juga menyimpang jauh dengan membuat perbandingan keputusan mahkamah rayuan ke atas majalah rasmi Kristian Katolik, The Herald.

Hujah Andrew, hanya The Herald yang dilarang menggunakan kalimah Allah, bukannya kitab Injil.

Saya beri amaran keras kepada Andrew dan Edmund jangan sesekali cuba memesong perhatian rakyat dengan kes yang sudah difailkan untuk rayuan ke pihak mahkamah persekutuan (The Herald) dengan fakta nyata iaitu Paderi Lawrence masih berdegil mahu memakai kalimah Allah di dalam himpunan-himpunan gereja katolik di seluruh negeri Selangor.

Kata-kata Paderi Lawrence untuk menggunakan kalimah Allah di dalam himpunan-himpunan gereja katolik di negeri Selangor itulah punca kemarahan umat Islam negeri Selangor yang merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Negeri Selangor sewaktu membuat laporan-laporan polis.

Jais turut menjalankan siasatan dengan menyerbu gereja yang dikhuatiri menyimpan kitab Injil yang memakai kalimah Allah kerana kenyataan yang dibuat oleh Paderi Lawrence serta laporan-laporan polis terhadapnya.

Dengan jelas dan nyata, bahawa enakmen tersebut melarang pemakaian tiga puluh lima perkataan termasuk Allah untuk dipakai oleh selain dari Islam.

Paderi Lawrence mahu pun Edmund boleh merujuk Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan menegaskan larangan bagi agama lain campur tangan hal ehwal pengurusan sesuatu agama tetapi apa yang disorok atau didiamkan oleh ketiga-tiga Paderi Lawrence, Edmund Bon dan Andrew Khoo ialah Perlembagaan Persekutuan turut menggariskan Perkara 11 (4) yang melarang pengembangan agama lain terhadap penganut agama Islam dan oleh sebab itulah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Negeri Selangor digubal dan diluluskan.

Persoalan demi persoalan selanjutnya adalah bersifat teknikal perundangan. Lebih molek perkara ini diselesaikan mengikut saluran perundangan dari kenyataan-kenyataan awam yang boleh merosakkan pemikiran rakyat.

Sebab itu saya sekali lagi beri amaran kepada Edmund dan Andrew agar berdiam diri dari berterusan merosakkan pemikiran rakyat.

Dan bagi pihak berkuasa pula, saya gesa untuk disegerakan membawa Paderi Lawrence Andrew ke mahkamah bagi diadili.

Jangan bimbang, "a person is presumed innocent until proven guilty" – mungkin kepakaran Edmund dan Andrew mampu membela nasib Paderi Lawrence yang kukuh dengan pendiriannya!-9/1/2014

PENULIS merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Najib worse than Pak Lah ?

Posted: 07 Jan 2014 09:02 PM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


23 PERKARA CIRI-CIRI SYIAH SESAT

Posted: 08 Jan 2014 09:19 AM PST

 1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut'ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.


 11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.


 21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.



23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.

Sejarah Syiah

Pengasas syiah adalah Abdullah bin Saba' iaitu seorang Yahudi daripada Yaman. Beliau telah memasang niat awal bersama dengan orang2nya iaitu dia tidak akan pulang selagi tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Dia telah mewujudkan satu api fitnah yang besar ke seluruh dunia Islam ketika itu. Dia telah mengelilingi dunia Islam dengan memberitahu umat Islam bahawa Nabi SAW sebenarnya melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah serta memburukkan usman yang menjadi khalifah ketika itu di Madinah. Ketika itu dunia Islam terbuka, umat Islam di merata tempat, sedangkan para sahabat yang tahu cerita sebenar berada di Madinah sahaja. Kekurangan dalam perhubungan, manambahkan lagi api fitnah.

Liciknya beliau dalam menipu sehingga umat Islam termakan dengan fitnah-fitnahnya. Lantas penyokongnya mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman kerana merampas jawatan daripada Ali. Rentetan daripada isu ini, mereka telah mengkafirkan para sahabat kerana berbaiah dan redha dengan 3 khalifah yang awal.

Syiah dan ahli sunnah tidak akan boleh bersama.

- tolong sebarkan kesesatan syiah ini -Oleh ilmi islam.com

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


TUJUH SIFAT CINA MALAYSIA YANG WAJAR MELAYU BERHATI-HATI

Posted: 08 Jan 2014 08:20 AM PST

Pandangan di bawah ini disedut dari Buku The Chinese Dilemma tulisan Ye Lin-Sheng terbitan tahun 2003 East West Publishing, Australia. 

Ye Lin-Sheng berasal dari tanah besar China dan beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang banyak menjalankan perniagaan di beberapa negara khasnya Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. 

Melalui jalinan dan rantaian perniagaan beliau, beliau melalui banyak pengalaman yang melibatkan kaum Cina di negara-negara tersebut. Menurut pengalaman beliau di antara kaum-kaum Cina di negara tersebut, orang Cina di Malaysia lah yang paling tidak bersyukur, kejam serta mengkhianati perjanjian atau pun yang dipanggil perlembagaan. 

Di dalam buku tersebut, Ye Lin-Sheng menulis: 

1. Pengiktirafan orang Cina: 
Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang Inggeris kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. 
Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu.
Orang Cina Malaysia mereka sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik dan hebat.

2.Keangkuhan orang cina Malaysia: 
Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum Cina Malaysia. 
Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. 
Sikap mereka suka cakap belakang dan menekan orang Melayu di mana sudah menjadi tabiat dan budaya mereka.
Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu mereka dianggap kolot dan pembelot bangsa Cina.

3.Perkauman orang cina: 
Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama memperalatkan tenaga dan kelebihan orang Melayu. 
Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kemahiran dan kecekapan kepimpinan Melayu terutamanya di dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. 
Mereka jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kerana orang Melayu. Mereka sering mendabik dada semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. 
Kerana itu orang-orang Cina yang berasal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim itu. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis.

4.Penghinaan orang Melayu: 
Sehingga hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Di Di dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang membawa bermakna 'orang hutan' atau 'orang liar'
Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan 'masuk Melayu'. Jarang sekali ibu bapa orang Cina Malaysia membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana mereka menganggap kerja tersebut kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. 
Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan najis dengan menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. 
Umumnya, orang Cina boleh menerima 'ketuanan orang putih' kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih baik, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera.

5. Sikap negatif orang Cina: 
Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. 
Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti sikap orang cina berniaga. 
Yang sebenarnya majoriti orang Melayu adalah peniaga tulen yang jujur dan kejayaan dicapai menerusi kerja keras mereka. 
Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran mereka menerima hakikat bahawa orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat.

6.Isu Tuan Rumah: 
Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah, dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. 
Orang Cina Malaysia sepatutnya malu kerana asalnya datang untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka ingin merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta ramai. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya sendiri akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar.

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah Cina: 
Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk mendapat tempat dalam ekonomi yang ditakluk oleh orang Cina pula. 
Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudi memberi peluang menjadi kerakyatan. Sesunggunya saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia.
Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. 

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. 

Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Adakah Sallehen Mukhyi bakal senasib dengan Hasan Ali, dipecat dari Pas dan PR?

Posted: 08 Jan 2014 06:23 AM PST

Sallehen Mukhyi bersama Paderi 'Benak' Lawrence Andrew

Exco Agama pertahan rampasan JAIS ikut SOP

Adakah kita masih ingat bagaimana Datuk Hasan Ali di pecat dari Pas dan Pakatan Rakyat? Atas alasan yang sama, adakah Sallehen Mukhyi juga bakal dipecat selepas ini? Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah pada Khamis lalu disahkan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi yang mempertahankan serbuan itu berkata, JAIS selaku badan yang menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini berhak bertindak berdasarkan enakmen sedia ada.

"JAIS sebagai badan berkuasa bagi pihak kerajaan negeri bertindak berdasarkan enakmen yang ada kepada kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, tindakan JAIS itu betul serta mengikut SOP yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew di pejabatnya di sini hari ini.

Tindakan JAIS itu dikritik pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang sebelum ini dilaporkan menyifatkan serbuan tersebut menyalahi undang-undang.

Mengulas lanjut, Sallehen memberitahu, serbuan berkenaan dibuat selepas JAIS menerima aduan daripada orang ramai. Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa JAIS tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan ke atas premis Persatuan Bible Malaysia.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri akan mengkaji semula SOP membabitkan JAIS. Ditanya mengenai pertemuannya dengan Andrew, beliau berkata, mereka hanya berbincang mengenai usaha mewujudkan keharmonian di antara agama.

"Kita (kerajaan negeri) tidak buat apa-apa keputusan kecuali menegaskan titah Sultan Selangor sebelum ini (semua kaum tidak mengira agama supaya patuh serta akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam)," ujarnya.

Berhubung cadangan tiga wakil rakyat DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda, Sallehen menganggapnya sebagai pandangan peribadi mereka.

Suara Politik
Belantan

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Tabung Haji bakal lingkup juga?

Posted: 08 Jan 2014 06:24 AM PST

Tak ada yang mustahil kalau harta hak rakyat bila umno yang menguruskannya,, percaya dan tunggu sajalah...


Apatah lagi kalau orang yang dipertanggunggung jawab tu bukan ahlinya dalam bidang tersebut...

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua, kanan) bergambar kenangan bersama Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail (kanan) selepas majlis perasmian Seminar Pengarah Korporat Ke-6 Tabung Haji di Kompleks Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini, hari ini.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Apa kata Mahathir...

DALAM NEGERI

Syarikat tabungan dana labur teknologi tinggi - Tun M

PETALING JAYA 8 Jan. - Tabung Haji serta syarikat-syarikat tabungan dana berkaitan kerajaan seperti Felda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membantu negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, syarikat-syarikat tersebut boleh mengunakan dana dimiliki untuk membuat pelaburan dalam industri berteknologi tinggi dan tidak hanya tertumpu pada pelaburan dalam bidang pembinaan.
"Kebanyakan pelaburan dilakukan dalam bidang pembinaan bangunan. Bidang industri saya perhatikan kurang pelaburan. Kita lihat Korea Selatan, mereka bangunkan negara dan industri yang sudah meningkat sehingga dapat mengalahkan Amerika Syarikat dan Jepun.
"Nak bina bangunan siapa pun boleh buat, lagipun pekerja yang bina bangunan ini bukan orang Malaysia tetapi orang asing. Kalau kita ada industri canggih yang memerlukan ramai jurutera dan saintis, tempatan tentulah pendapatan mereka tinggi," kata Dr. Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pengarah Korporat Tabung Haji Keenam di sini hari ini. Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Ali dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Halim.

Hangpa tengok sendirilah siapa pengerusi Tabung Haji...

Gambar credit buat Yong Intan Noor
 


Senanglah nanti Najib, Mahathir arah anak keling tu buat apa sahaja... dah tak ada lagi dah kantung-kantung yang boleh mengeluarkan wang,,, 
Tabung Haji yang ditubuhkan oleh Pro Ungku Aziz adalah bertujuan membantu umat Islam mengerjakan haji,,, tetapi sekarang dah jadi lain,, keuntungan dari hasil tabung haji,,, umno dan kroni yang sapu dulu....
Berapa banyak projek tabung haji yang dah lingkup,, kelapa sawit di Indonesia lingkup, tanaman nenas di Filipina lingkup,, sekarang dah nak minta bantu kerajaan pulak...

Najib "Keramat Hidup" rakyat pula bakal jadi "Bangkai Bernyawa"!

Posted: 08 Jan 2014 12:03 AM PST




Bahana yang bakal mendatang kepada rakyat Malaysia,,, siap sedialah...



Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?
  • 2:23PM Jan 8 2014
Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.

"Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

"Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?" sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian "menjanjikan khabar buruk" kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

"Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya," katanya lagi.

Petikan dari Blog Datuk Kadir...

Mohd Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan  dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Apakah salah saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Mohd Najib dan para penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu?

Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?

Mohd Najib dan kerajaannya wujud kerana rakyat jelata yang memilih mereka. Lagipun bukan rakyat jelata yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga malah mengurangkannya. Yang berjanji tidak menaikkan harga adalah Mohd Najib dan para perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Sekarang siapa yang mungkir?

Baca sepenuhnya Klik sini

Kalau Hj Mat sabu yang kata seperti diatas, mungkin atas dasar politik,,, sekarang yang berkata adalah tokoh wartawan negara,, apa cerita....

Rakyat malaysia,, tunggu sahajalah,,, bersedialah dengan sebarang kemungkinan,,, jangan nanti,,, Ringgit Malaysia dah tiada nilai,, umpama wang jepun semasa Malaysia di jajah jepun...

Rakyat sama-sama menanggung beban menjadi biawak hidup bangkai bernyawa menanggung keborosan Najib... padan muka semua..



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan 47% BN potong subsidi, lebih 60 rakyat muflis setiap hari

Posted: 08 Jan 2014 08:48 PM PST

naik.jpgSHAH ALAM 9 JAN: Jumlah rakyat negara ini yang bakal muflis meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.
Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.
Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.
"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.
"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu dipetik dari The Malaysian Insider.
Katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.
Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan 47% BN boros, kakitangan awam mungkin dibuang atau dipotong gaji untuk elak muflis

Posted: 08 Jan 2014 07:48 PM PST

rafizi ekonomiSHAH ALAM 9 JAN: Kerajaan BN dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya meneruskan tabiat gemar berbelanja boros yang menyebabkan hutang negara mencapai paras 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus diisytiharkan muflis.
Langkah itu diambil apabila Kerajaan Pusat ketika itu terdesak untuk mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang dijangka distrukturkan semula dan pinjaman baru sama ada dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank antarabangsa lain.
Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, berkata pinjaman baru yang diambil nanti akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan awam sebagai mangsa.
"Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.
"Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau Sepanyol; baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah rakyat.
rakyat"Jika Kerajaan BN dah tak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan rakyat," kata beliau.
Rafizi berkata demikian dalam satu temubual ekslusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini.
Kata beliau lagi situasi ini bukan sahaja menyebakan kakitangan awam dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk rakyat juga akan dikurangkan.
"Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi dari sekarang. Perkara-perkara ini akan berlaku," kata Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Haram Comango: Hanya sembunyi sampah bawah karpet oleh kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 07:47 PM PST

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

Pada 8 Januari 2014 (semalam), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil tindakan mengharamkan suatu gabungan NGO yang dinamai Comango. Pada pandangan saya, pengharaman tersebut tidak akan sekali-kali mematikan apa yang diperjuangkan selama ini oleh pertubuhan-pertubuhan yang bergabung di bawah nama Comango tersebut.

Apatah lagi alasan tunggal pengharaman Comango ialah selain Comango itu tidak berdaftar, terdapat pertubuhan-pertubuhan yang bersama Comango tersebut turut tidak berdaftar. Dengan mengemukakan alasan dangkal ini, ia jelas bertentangan dengan mod keputusan perundangan mutakhir ini yang berpaksikan kepada pelbagai dokumen-dokumen antarabangsa dan domestik.

Saya tegaskan bahawa pandangan Comango dan gabungan pertubuhan yang bersamanya adalah satu isu yang khusus. Peka kepada apa yang dibawa oleh Comango bukan bermakna kita bersetuju sepenuhnya dengan mereka. Yang ingin saya nyatakan di sini adalah cara atau kaedah kerajaan atau KDN mendepani isu-isu kritikal yang kian melata.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Terpencil: 10 Exco N9 dapat kereta baharu..jimat dan patriotik

Posted: 08 Jan 2014 07:43 PM PST

  10 Exco dapat kereta baharu SEREMBAN – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun  dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 6 bulan rakyat Malaysia tinggal di khemah...lebih hina dan teruk dari PATI Kerajaan 47% BN.

Posted: 08 Jan 2014 07:36 PM PST


 
Selepas berbulan-bulan tidur di bawah khemah sementara, penduduk flat Taman Permata Dengkil yang enggan kembali menginap di unit kediaman mereka kerana takut blok tersebut runtuh, akhirnya menerima perkhabaran bahawa kerajaan persekutuan akan membina rumah baru untuk mereka.

Satu posting di laman Facebook penduduk terbabit berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan surat bersetuju untuk membina rumah di tapak seluas 30 ekar yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor.

Mereka menyifatkannya sebagai hasil perjuangan bekas pekerja ladang - yang merujuk kepada penduduk di situ, yang kebanyakan bekas pekerja ladang yang dipindahkan secara tergesa-gesa ke flat berkenaan untuk memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya pada 1999.

Menurut surat bertarikh 7 Januari itu, kementerian telah melihat tapak tersebut, yang kini dimiliki Sime Darby Bhd, sebagai sesuai untuk pembinaan 400 rumah setingkat.

Kerajaan negeri yang mencadangkan tapak tersebut kepada pihak kementerian, ditugaskan untuk memperolehinya daripada Sime Darby.Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: Belum terbukti salah, polis jelas sebab anggota tidak digantung tugas...wang haram atau wang rasuah..!!!

Posted: 08 Jan 2014 07:34 PM PST

Pegawai kanan polis yang pernah dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram kini menjalankan kerja pentadbiran di Bukit Aman dan tidak digantung tugas kerana tindakan drastik menunjukkan beliau bersalah, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis, Datuk Mortadza Nazarene.
Pegawai yang bergelar Datuk itu merupakan salah seorang daripada 60 anggota polis Kuala Lumpur yang disiasat di bawah aktiviti penggubahan wang haram daripada sumber rasuah.
"Kami mempunyai prosedur operasi standard apabila mengambil tindakan disiplin ke atas anggota polis sama ada mereka disiasat melakukan rasuah atau kesalahan lain.
"Jika seseorang anggota polis itu disiasat atas tuduhan rasuah dan kami menggantung mereka, ia menampakkan pihak tertuduh sebagai bersalah. Anggota berkenaan masih di peringkat siasatan, belum dituduh di mahkamah dan belum didapati bersalah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mortadza berkata, polis akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiapkan siasatan dan mendedahkan hasilnya sebelum sebarang tindakan diambil.
Katanya, SPRM tidak mendedahkan maklumat terperinci ketika siasatan sedang berlangsung.

Ahli ekonomi jangka peningkatan muflis rakyat dengan pemotongan subsidi oleh kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 07:31 PM PST


Jumlah mereka yang muflis di Malaysia dianggarkan meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.
Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.
Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.
"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan  secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.
"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu.
Bagaimanapun, katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.
Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.
Pegawai Ketua Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian, berkata pengguna kad kredit juga harus 'menyalahkan diri sendiri'.
"Di Malaysia hanya separuh pengguna kad kredit membayar lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan iaitu 5% daripada hutang bank setiap bulan, di mana negara lain seperti Korea dan Jepun membayar 89% dan 87%," katanya.
Akhbar itu juga melaporkan bahawa hutang isi rumah Malaysia iaitu 83.5% adalah antara tertinggi di rantau ini kerana rakyat Malaysia banyak bergantung kepada pinjaman wang bagi pembelian rumah dan kereta serta pembelajaan rumah yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: Diam itu emas bagi pemimpin BN dalam isu Allah, kata penganalisis

Posted: 08 Jan 2014 07:28 PM PST


Isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara perdamaian untuk mengelak ketegangan hubungan kaum di negara ini. Gambar fail.Isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara perdamaian untuk mengelak ketegangan hubungan kaum di negara ini. Gambar fail.Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) kelihatan enggan masuk campur dalam kemelut terkini mengenai siapa yang boleh menggunakan kalimah Allah, kerana percaya berdiam diri adalah lebih baik daripada memijak dalam periuk api politik, kata penganalisis.
Tiada langsung kenyataan daripada pemimpin tertinggi MCA, MIC dan Gerakan, yang mewakili bukan Melayu dan bukan Islam dalam BN, sejak ribut taufan melanda  apabila penganut Kristian berkeras bahawa mereka tidak terikat dengan dekri Sultan Selangor dan diikuti rampasan kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Tiada situasi kemenangan untuk mereka, jadi dalam kes ini, diam adalah emas," kata penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, parti komponen terperangkap dalam ikatan kerana kenyataan mereka akan menyinggung sama ada kumpulan agama atau politik.
Chin berkata, kekurangan pemimpin kuat seperti bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekang keadaan beremosi yang disebabkan oleh kontroversi itu menyebabkan masalah lebih teruk dan meletakkan parti komponen dalam keadaan lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Hard Rock Cafe buka cawangan di Bahau tentu tidak ada masalahkan....

Posted: 08 Jan 2014 07:26 PM PST

Hard Rock Café pun menjadi isu politik dinegara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi diPutrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan disana.
Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan musiknya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawaplah dengan jelas, tidak boleh!
Jika boleh katakan boleh. Menagapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang jika hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. JUika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan.  
Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan mensyaratkan RHC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya jika hendak beroperasi diPutrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya sebagai pusat hiburan yang mempunyai musik dan nyanyian rock dan sebagainya dengan menyayikan hanya lagu-lagu nasyid, itu buka HRC namanya.
Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi diPutrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan. Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid dan berbagai lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Harga barang naik: Kenapa pilih pasar Chow Kit?

Posted: 08 Jan 2014 04:43 PM PST

Harga barang: Kenapa pilih pasar Chow Kit? 
KUALA LUMPUR - Pasar Chow Kit dan sebuah pasar borong besar di Selayang antara destinasi pilihan pengguna di Lembah Klang membeli barang keperluan dalam menangani tanggapan fenomena 'semua barang naik harga' ketika ini.

Tinjauan Bernama mendapati, lokasi seperti ini membolehkan pengguna memilih dan bandingkan harga sesuatu barang dengan pasar raya atau kedai berhampiran rumah mereka.

Sikap mengutamakan menang-menang dan alah membeli menang memakai ini, membolehkan mereka menjadi pengguna bijak sekali gus tidaklah sewenang-wenangnya menyalahkan sesiapa atas kenaikan harga sesuatu barang keperluan itu.

Sebagai contoh, ada yang suka membeli bekalan dalam kuantiti kecil untuk kegunaan harian dengan harga murah di Pasar Chow Kit ataupun membeli dalam kuantiti banyak di pasar borong pada harga murah.

"Bayangkan di Pasar Chow Kit, pengguna boleh membeli barang kering seperti bawang, telur dan pelbagai jenis sayur dengan penjimatan RM1 hingga RM2 berbanding di pasar raya misalnya," kata seorang peniaga, Mohd Isa Chik, 35.

Mohd Isa telah berniaga selama 14 tahun di pasar itu yang dianggap tempat membeli barang masak murah di KL dan barang dijual pun segar.

Read More / Baca Lagi >>

Antara janji dan hutang kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 04:41 PM PST

antara janji dan hutang IBARAT menangguk di air keruh! Itu peri bahasa sesuai untuk masyarakat yang menderita akibat siri kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi mengurangkan kadar defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) dan hutang negara.

Secara analoginya, jika seseorang itu berhutang, dia perlu melunaskannya. Namun jika kerajaan pula berhutang, adakah semuanya perlu ditanggung rakyat juga?

Dalam isu kenaikan harga barang, ia dikatakan berkaitan dengan keborosan kerajaan berbelanja menyebabkan jumlah subsidi diberikan kepada rakyat dikurangkan satu demi satu, selang sebulan, bermula September lalu.

Dakwaan kerajaan boros berbelanja ini bukan baharu kerana perkara itu akan dibangkitkan setiap kali harga barang naik, namun kenaikan harga pada kali ini dilihat agak drastik kerana dibuat secara bertindan, sekali gus rakyat jatuh terduduk.

Sejak harga petrol dan diesel dinaikkan 20 sen pada 3 September lalu, pelbagai cadangan diutarakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencadangkan supaya elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dipotong untuk mengurangkan belanja negara.

Kemudian, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi tujuan tersebut dan ia mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah termasuk memotong 10 peratus daripada elaun keraian menteri dan timbalan menteri yang katanya akan disusuli dengan pelbagai inisiatif lagi selepas ini.

Pelbagai respons diterima. Namun ia masih tidak mampu menyelesaikan masalah kenaikan harga. Malah, barang dan perkhidmatan semakin mahal kerana faktor kesan rantaian lebih besar apabila gula dan tarif elektrik dikurangkan subsidinya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Bughah’ Umno berjaya alih isu kenaikan harga barang

Posted: 08 Jan 2014 04:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Kini sudah lebih seminggu isu kos sara hidup tenggelam oleh kerana isu 'bughah' mengambil tempat perbincangan Masyarakat Melayu Islam di luar bandar khasnya, berjaya juga isu bebanan rakyat dialihkan tetapi harga barang naik tanpa disedari dan dibantah.

"Adakah isu 'bughah' akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?" tanya Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, ada seketika isu ais menjadi topik tetapi turut tenggelam dengan isu hangat iaitu 'bughah' yang begitu mendalam perhatian masyarakat Melayu Islam yang mengikutinya sepanjang masa tanpa memikirkan isu lain yang sedia ada.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Harga barang tidak naik? Tahun 2014 adalah tahun kenaikan barangan keperluan harian berikutan sudah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu, Barisan Nasional sudah mendapat mandat daripada rakyat untuk terus memerintah.

Dan Barisan Nasional juga mendapat mandat untuk menarik subsidi dan yang akan memberikan kesan langsung kenaikan harga barang dari sekecil-kecilnya hinggalah yang paling besar.

Barisan Nasional juga turut meluluskan kebenaran kepada beberapa syarikat perkhidmatan seperti pengguna lebuhraya dan tarif eletrik untuk menaikan harga sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Umno Kuala Langat: Edmund Bon jangan lebih sudu dari kuah

Posted: 08 Jan 2014 04:36 PM PST


Peguam, Edmund Bon diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan melulu berhubung isu siasatan Paderi Lawrence Andrew. Gambar fail.Peguam, Edmund Bon diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan melulu berhubung isu siasatan Paderi Lawrence Andrew. Gambar fail.Peguam, Edmund Bon tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan melulu terhadap isu siasatan Paderi Lawrence Andrew oleh polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana beliau belum pun dituduh, kata Ketua Pemuda Umno Kuala Langat.
Jefrizal Jaafar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, Edmund seharusnya bertindak dengan cara membela Andrew sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.
"Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon perlu tahu bahawa setiap kenyataannya boleh menyebabkan ia disalah tafsir oleh masyarakat awam," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Edmund, seorang peguam jenayah berkata, adalah tidak wajar Putrajaya menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat Andrew kerana dua tahun lalu perdana menteri mengumumkan akta itu akan dikaji balik kerana ia bersifat 'draconian law'.
Read More / Baca Lagi >>

Demi patriotisme, kelas diminta papar gambar pemimpin pusat sehaja, kecuali daripada Pakatan

Posted: 08 Jan 2014 04:35 PM PST


Arahan dikeluarkan kepada sekolah untuk meletakkan gambar pemimpin negara dalam kelas untuk mewujudkan semangat patriotisme. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Arahan dikeluarkan kepada sekolah untuk meletakkan gambar pemimpin negara dalam kelas untuk mewujudkan semangat patriotisme. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Putrajaya secara senyap memaklumkan kepada semua sekolah supaya meletakkan potret pemimpin persekutuan dan negeri di dalam kelas untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi di negeri Pakatan Rakyat (PR) hanya gambar sultan atau gabenor negeri diletakkan tanpa menteri besar atau ketua menteri.
The Malaysian Insider difahamkan satu pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dihantar melalui sistem aplikasi mesej WhatsApp atau menerusi lawatan pegawai pendidikan daerah yang menyatakan sekolah "digalakkan" untuk meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong, permaisuri, perdana menteri, menteri pelajaran dan ketua menteri atau menteri besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, adalah daripada kerajaan BN manakala musuh mereka PR memerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Menerusi semakan, The Malaysian Insider mendapati beberapa sekolah di Pulau Pinang dan Selangor mempunyai potret di sebahagian bilik darjah dan koridor.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Polis Palsu Dan Betul...Perangai Penyamun...!!!

Posted: 08 Jan 2014 04:26 PM PST

MALAYSIA BOLEH..!!!

 Tiga anggota polis diberkas terlibat kes samun di taman perumahan

KUANTAN - Tiga anggota polis bersama dua rakan subahat lain berjaya ditahan selepas mereka dipercayai menyamun sebuah rumah di Taman Impian di sini malam kelmarin.
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang diberkas selepas mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian samun itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, seorang lelaki berumur 28 tahun, sedang menonton televisyen bersama seorang rakan dan tiga adik-beradiknya di ruang tamu rumah mereka

Padah menyamar anggota polis

 KUALA LUMPUR – Tindakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun dua pelajar Nigeria membawa padah apabila salah seorang daripada suspek maut dalam kejadian di Taman Pusat Kepong di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila suspek berusia antara 41 hingga 52 tahun memecah masuk kediaman dua pelajar lelaki itu dengan alasan mendapat maklumat mengenai kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu, suspek bertindak menahan mangsa sebelum menggeledah rumah itu dan mengambil wang RM5,000.

Perlaksanaan Loji Air Langat 2 Bersyarat - MB Selangor

Posted: 08 Jan 2014 06:40 AM PST

Di saat kos sara hidup naik, gerai peniaga mahu diroboh DBKL

Posted: 08 Jan 2014 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, sekumpulan peniaga di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang bakal kehilangan punca pendapatan.

23 gerai menjual makanan dan pakaian yang dibina dengan titik peluh mereka sendiri dalam kawasan PPR tersebut akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa  yang menghairankan mereka, semasa  bergoyong-royong mendirikan gerai-gerai tersebut, DBKL datang memantau namun tidak mengeluarkan sebarang arahan agar gerai tersebut dirobohkan.

Namun apabila hampir 100 peratus gerai siap dibina dan ada yang sudah memulakan perniagaan, DBKL mengeluarkan notis arahan agar gerai mereka dirobohkan.

Notis pertama dikeluarkan pada 14 Disember lalu diikuti dengan notis amaran pada 4 Januari yang memberi tempoh sehingga semalam untuk peniaga mengosongkan gerai mereka.

Menurut wakil peniaga, Mohd Rosli Hamid, mereka sudah berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab untuk membantu mereka namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga mereka memohon bantuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk campur tangan.

"Saya berterima kasih kepada YB Tian Chua yang sudi turun berbincang dengan DBKL dan meminta mereka memberi tempoh kepada kami.

"Kami minta DBKL jangan robohkan gerai kami. Kalau suruh kami bayar sewa, kami akan bayar tapi tolong benarkan kami berniaga di PPR kami sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

SOP baru: JAIS perlu rujuk kerajaan negeri, MAIS sebelum buat serbuan

Posted: 08 Jan 2014 06:18 AM PST



Checks on prices of goods nationwide

Posted: 08 Jan 2014 06:13 AM PST



DBKL mahu roboh gerai Melayu Taman Beringin

Posted: 08 Jan 2014 05:55 AM PST



Penggunaan Kalimah ALLAH Dalam BIBLE Bahasa Melayu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jan 2014 05:28 AM PST



Bila Haiwan Lebih Cerdik Dari Manusia....

Posted: 08 Jan 2014 05:21 AM PST

oleh APA
Satu garapan menarik dari sahabat Jas Salleh aka Semaremas untuk dijadikan bahan peluntur pencuci otak para politikus masa kini yang serba kotor dari segala aspek.Inilah hakikat spesis politikus yang kita ada hari ini,kotor.kotor dan kekal kotor.Sama ada mereka berada diphak KERAJAAN mahupun dipihak PEMBANGKANG mereka adalah spesis yang sama cuma berbeza peluang untuk merendamkan diri mereka lebih dalam NAJIS ciptaan mereka sendiri.
Kalau dicampur...di dharab..di tolak dan di bahagi jumlah mereka (Politikus bertaraf pemimpin parti BN + Pakatan Rakyat) tidaklah sampai SATU RIBU ORANG,tapi mereka lah PENENTU masa hadapan dan arah tuju rakyat yang kini berjumlah hampir 28 JUTA yang dipimpin mereka.Tapi ibarat menonton filem The Planet Of The Apes itulah gaya kepimpinan yang kita ada hari ini.
Politikus Tua mengotorkan minda Politikus Muda dengan kerja dan gaya kotor dalam survival politik mereka,yang akhirnya bila tiba masa Politikus Muda mengambil alih kepimpinan,mereka juga akan tebal dengan daki kekotoran yang akan mereka palitkan pula kepada pemimpin muda pelapis waktu itu.Itulah perkara yang akan dilakukan mereka berulang ulang ntah sampai bila...
SERIBU EKUR HAIWAN(MONYET) SEDANG DAN CUBA MEMERINTAH MANUSIA BERAKAL...itulah anologi aku tentang politik dan politikus bila bila aku ditanya tentang politik negara....ringkas.
Baca coretan Jas Salleh dibawah....

SEMUA POLITIKUS DARI PR @ BN SUDAH WAJAR LETAK JAWATAN TERUTAMA POLITIKUS KAUM MUDA @NajibRazak
MALAYSIA hadapi satu penyakit merbahaya. Golongan politikus Malaysia semuanya tak boleh pakai langsung. Tiada persefahaman dan tiada kerjasama diantara mereka demi kepentingan rakyat. Kehidupan rakyat semakin menekan dan semakin tertindas dengan karenah politikus yang sentiasa pijak perot rakyat setiaphari.

Politikus Malaysia masakini adalah spesis paling biadap dan kurang ajar serta banyak cakap tapi kerja tak pandai. Semua mengaku pandai tapi sebenarnya tengkorak mereka kosong tiada otak. 24 jam kerja mereka hanya berpolitik. Kebajikan rakyat terbiar dan tidak dihiraukan langsung.

Taraf hidup rakyat di bandar dan diluar bandar masih tak banyak berubah. Yang banyak berubah ialah kehidupan para politikus. Kalu dulu, bawa proton saga kini boleh beli mercedes dengan plat PIG. Kalau dulu gaji ciput sekarang gaji mereka naik berlipat kali ganda.

Rakyat dizalimi dan dianiayai oleh kedua belah pihak demi kepentingan perot para politikus dan anak-beranak mereka sahaja. Satu sen diberikan kepada rakyat dan 99 sen mereka ambil. Mereka kata semuanya kerana usaha mereka. Rakyat patut bersyukur dan jangan kufur nikmat. Rakyat jangan jadi pemalas nak mintak subsidi, dan bla ... bla ... bla ... bla ...politikus poket sendat akaun penuh kosong, kosong,kosong,kosong, kosong, kosong kosong, memanglah boleh cakap camtu. Tidur bertilam empuk didalam rumah bernilai berjuta ringgit. Dan boleh hisap curut yang harga sebatang melebihi gaji sebulan mak cik cleaner.
Read More / Baca Lagi >>

Kertas Siasatan Dikembalikan: Pejabat AG arah siasatan lanjut kes editor Herald

Posted: 08 Jan 2014 05:17 AM PST

Beberapa jam selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan terhadap Editor mingguan Katolik, The Herald, Lawrence Andrew telah siap, Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan itu kepada pihak polis.

Timbalan Peguam Cara Negara II Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kanan)
berkata, polis telah diminta menjalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu.

"Pejabat (AG) mahu siasatan lanjut dan terperinci dijalankan terhadap perkara itu. Oleh itu, kertas (siasatan) telah dikembalikan kepada pihak polis," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada wajar bagi pihak polis menyiasat Lawrence mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Tun Majid Curtly menjawab: "Tiada komen".

Hari ini, beberapa media memetik Mohd Shukri sebagai berkata pihak polis telah menyiapkan siasatan terhadap Lawrence selepas merakamkan kenyataannya petang semalam.

Ketua Polis Selangor berkata sejumlah 99 kenyataan telah direkodkan mengenai perkara itu.

Ini berikutan kenyataan editor The Herald itu, seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, bahawa beberapa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan mingguannya.

Kerajaan Pusat ambil alih air, Selangor beri kebenaran Loji Langat 2 diteruskan

Posted: 08 Jan 2014 05:15 AM PST


Kerajaan Negeri Selangor hari ini memuktamadkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disambung semula selepas melalui beberapa rundingan dengan kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah air yang kerap melanda negeri berkenaan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Abdul Khalid berkata, kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga konsortium air di negeri berkenaan.
"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," kata Abdul Khalid kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, rancangan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih konsesi air berkenaan gagal selepas "jangkaan tidak realistik di kalangan pemegang saham yang berkenaan terhadap nilai ketara pegangan ekuiti mereka dalam syarikat konsesi air."
"Perbincangan yang kami lakukan untuk pengambil alihan atas dasar 'willing buyer willing seller' seperti ditetapkan kementerian telah gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu pada 31 Disember 2013.
"Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan kerajaan Pusat menggunapakai Seksyen 114," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor setuju ambil alih kawalan industri air ikut Akta Wsia

Posted: 08 Jan 2014 04:32 AM PST