Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Taikun Hong Kong terbang dengan jet peribadi ke Malaysia kerana nak makan 'ikan empurau' berharga RM1800 sekilo

Posted: 07 Jan 2014 11:08 PM PST

Lam (kiri) dan Wong bersama perut ikan yang dibeli di Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Taikun Hong Kong, Peter Lam terbang ke Malaysia menggunakan jet peribadinya untuk merasai ikan empura, yang sering dikenali sebagai 'wang bu lio' di kalangan orang Cina kerana harganya yang mahal dan dagingnya yang enak, lapor China Press.
Ikan empurau itu dijual dengan paling mahal adalah ikan air tawar pada harga sehingga RM1,800 sekilogram.
Dilaporkan bahawa Lam dan sembilan rakannya mengunjungi sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan ikan secara stim.
Ikan itu ditempat oleh James Wong dari Sarawak, yang dikatakan sebagai pakar tentang ikan air tawar, untuk jamuan pada malam Ahad.
Wong berkata, ikan seberat 2 kilogram itu berharga kira-kira RM3,000.
"Ramai pelancong dan lelaki kaya sering terbang ke Malaysia untuk menikmati keenakan ikan empurau.
"Tetapi ia adalah pertama kali seseorang itu datang menggunakan jet peribadi hanya untuk tujuan ini," katanya.
Lam, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membawa pulang lima ikan air tawar tempatan, termasuk empat empurau yang bernilai kira-kira RM17,000 ke Hong Kong pada Isnin.
Ketika ditemui seorang pemberita, Lam, yang ketika itu dalam kunjungan peribadinya berkata, ia merupakan pertama kali beliau merasai ikan empurau di Malaysia.
Beliau berkata, rasa ikan itu sungguh enak.
"Saya akan kembali lagi. Selain 'wang bu liao', ikan-ikan lagi di Malaysia juga sedap. Saya akan membawa kumpulan lain tidak lama lagi untuk merasai makanan Malaysia yang lain," tambahnya.
Ikan air tawar liar menjadi begitu popular selepas pengkritik makanan Hong Kong, Chua Lam dan chef Liang Wentao, yang dikenali sebagai 'Hong Kong of Cookery' yang memaparkan hidangan itu dalam program televisyen.

Najib laki-bini ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita

Posted: 07 Jan 2014 09:36 PM PST


SHAH ALAM 8 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita News Straits Times Press (NSTP), Abdul Kadir Jasin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib memungkiri janji Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
"Bukan rakyat yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga tetapi Najib dan perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Kini, siapa yang mungkir.
"Apakah salah, saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Najib dan penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu," katanya di dalam entri blog terbaru milik beliau.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengherdiknya kerana mengkritik Najib berkenaan pengurusan ekonomi.
"Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca "nasihat" saya berjela-jela kepada Najib dan kerajaan melalui blog ini juga dalam tulisan di tempat lain berkenaan pengurusan ekonomi, mata wang serta percukaian.
"Bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan. Tetapi kalau tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik," katanya.

Katanya, sejak 2006, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroleum menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak, selain harga barang serta perkhidmatan.
Beliau menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan berkenaan kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna.
"Bukan tugas saya memberi tunjuk ajar terperinci kepada kerajaan berkenaan pengurusan ekonomi. Itu tugas kementerian, jabatan, agensi dan penasihat Perdana Menteri yang sangat ramai, hebat serta tersohor.
"Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya, ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangan dan inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula sikap partisan melampau," katanya.
Kadir berkata, masalah yang dihadapi negara bukan sekadar kesan negatif rasionalisasi subsidi sahaja tetapi banyak isu dan masalah lain yang membimbangkan.
"Kita perlu terus bertanya, menegur dan mengkritik tetapi kalau ada orang yang berasa itu salah kerana terlalu sayangkan Perdana Menteri, saya rasa tidak perlu kita bersusah payah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan.
"Kita hapuskan demokrasi dan lantik sahaja kerajaan sedia ada sebagai pemerintah seumur hidup, habis cerita," katanya. - SUMBER

Halang MBPJ: Bila DAP Kuat, Puak Pelampau Naik Lemak

Posted: 07 Jan 2014 08:42 PM PST

January 8, 2014   ·   

bible_societu
INSIDEN 2 pegawai Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dilarang dari membuat pemeriksaan biasa di bangunan Persatuan Bible Malaysia semalam menunjukkan bahawa puak pelampau Kristian di Selangor semakin besar kepala, mentang-mentanglah DAP antara pakatan yang membentuk kerajaan di negeri tersebut.
Tidak seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor, MBPJ adalah terletak dibawah pentadbiran terus kerajaan Pakatan Selangor yang turut dianggotai DAP, itu yang macam bagus sangat tu.

Kaitan dengan DAP ini jelas bila ahli-ahli politik DAP tampil memberi penjelasan berhubung insiden tersebut. 

 Apahal mereka pulak yang sibuk?  Ada saham ke dalam itu Persatuan Bible Malaysia?  MasaJAIS rampas Bible bahasa Melayu di lokasi sama tempoh hari, pemimpin DAP juga yang sibuk bantah Kebetulan ke?
Patutnya orang politik jauhkan diri dari perkara-perkara macam ini sebab bercanggah dengan peranan masing-masing.  Cakap besar mewakili semua kaum dan agama, tapi kenapa nampak macam condong kat satu pihak saja?

Walaupun menyifatkan kejadian itu sebagai tak lebih dari salah faham, tapi itu kata mereka, nak meredakan ketegangan yang wujud sejak terdedah cubaan pelampau Kristian di negeri itu menyebarkan fahaman agama lain di kalangan orang Islam, seterusnya melanggar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan beragama.

Selain Selangor sendiri mempunyai Enakmen 1988 yang turut menyentuh isu sama.

Padahal inisiden menghalang pemeriksaan biasa oleh MBPJ itu berlaku kerana timbulnya stigma konon pemeriksaan semalam adalah atas arahan JAIS.  Kenapa kalau atas arahan JAIS, ada masalah ke?

Itu saja menunjukkan prejudis terhadap agensi tersebut dan agama Islam dikalangan puak pelampau ini masih tidak habis walaupun rampasan dan serbuan kelmarin adalah mengikut undang-undang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Exco berkaitan, Salehin Mukyi dalam satu sidang media semalam.

Erti kata lain, segala perkara remeh temeh akan dibangkitkan puak-puak ini bagi menimbulkan kebencian terhadap Islam dan dalam masa yang sama, menutup sekemas-kemasnya kesalahan mereka kerana cuba menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dengan pengedaran Bible bahasa Melayu di negeri Selangor.

Kalau ada yang masih tidak nampak, keadaan ini sebenarnya bahaya untuk ketenteraman negara bagi tempoh yang panjang sebab ia boleh membawa kepada pertelagahan antara agama, kalau tidak di kawal.

Sedar atau tidak, isu-isu serupa yang makin menjadi-jadi semakin ini menyerlahkan peranan DAP.  Dulu masa DAP bukan sebahagian dari kerajaan Selangor, kita tak dengar apa isu macam ini pun.

Hanya setelah DAP kuat, barulah macam-macam yang kita dengar pasal keberanian tak bertempat puak-puak pelampau ini.

Agenda asal nak menumbangkan kerajaan BN, nampaknya dah digunakan untuk memecah belahkan rakyat dengan menghangatkan sentimen berkaitan agama melalui kuasa dan peranan dalam kerajaan negeri Selangor.

Inilah akibatnya bila parti politik bukan saja bawa idealogi perjuangan parti, tapi juga idealogi keagamaan yang kebetulan bercanggah pulak dengan perlembagaan negara (dalam konteks tidak boleh agama  bukan Islam tidak boleh dikembangkan di kalangan orang Islam).

DSP cabul 2 pelajar jalani praktikal

Posted: 07 Jan 2014 07:15 PM PST

IPOH - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan mencabul kehormatan dua pelajar wanita akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pegawai terbabit 'menghilangkan diri' adalah tidak benar.

Menurutnya, polis telah mengambil keterangan pegawai terbabit dan dipercayai tidak ditemui kerana sedang berehat di rumah untuk mencari ketenangan.

"Kes ini dijangka akan diselesaikan segera dan sejurus kertas siasatan siap, kita akan rujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk keputusan seterusnya.

"Sama ada kes tersebut mempunyai asas atau tidak terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk menentukannya," katanya.

Terdahulu, Acryl menghadiri Majlis Kesyukuran Balai Polis Bercham dan Kampung Rapat kerana berjaya menjadi juara bagi pertandingan balai 'league table' 2013.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam; Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong; Ketua Polis Balai Bercham, Inspektor Soh Sheng Siong dan Ketua Polis Balai Kampung Rapat, Inspektor Raja Mohd Zani Raja Omar.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 354 iaitu mencabul kehormatan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.
Dalam kejadian 2 Januari lalu, dua pelajar wanita berusia 21 tahun yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di Taiping mendakwa pegawai terbabit telah memegang dagu dan memeluk dari belakang di sebuah bilik di balai berkenaan.

Berikutan itu, kedua-dua pelajar bertindak membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung perbuatan pegawai polis berusia 40-an.

PTPTN nafi pinjaman dimansuh

Posted: 07 Jan 2014 09:39 AM PST

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menafikan pinjaman PTPTN dimansuhkan sepertimana disebarkan dalam satu akaun Facebook.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan pemilik laman sosial itu yang menyebarkan maklumat palsu itu untuk diambil tindakan.
"PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas mempromosi Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak di Ipoh hari ini.
Carian di laman sosial Facebook mendapati pengguna yang menggelar dirinya "RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara" menyebarkan satu surat kononnya badan itu memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013.
Sementara itu, Shamsul Anuar menasihatkan peminjam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini supaya menghubungi pejabat PTPTN untuk memaklumkan masalah pembayaran yang mereka hadapi.
"Kita meminta mereka yang terlibat menghubungi pihak kami di pejabat PTPTN negeri supaya mereka boleh membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman atau kita boleh menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman mereka," katanya. – Bernama, 7 Januari, 2014. - TMI

Paderi Lawrence disiasat bawah Akta Hasutan

Posted: 07 Jan 2014 04:00 AM PST


JANUARY 07, 2014
Pengarang akhbar mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) hari ini dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam laman portal The Malaysian Insider baru-baru ini.
Menurut peguamnya, Francis Pereira, Lawrence disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
"Polis soal siasat saya berkenaan kenyataan saya dalam artikel di The Malaysian Insider.
"Mereka soal siasat berkenaan apa yang saya telah katakan dan saya memberikan penjelasan berhubung perkara itu," kata Lawrence ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
Beliau sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan di gereja atas alasan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama di Malaysia.
"Saya jelaskan kepada mereka kita telah menggunakan perkataan Allah dalam Buku Doa Harian, yang juga petikan daripada Bible berbahasa Melayu sejak sekian lama," katanya, yang turut membawa sebuah terjemahan Bible berbahasa Melayu lama berusia lebih 100 tahun ketika sesi soal siasat tersebut.
Kenyataan Lawrence telah direkodkan oleh pegawai penyiasat ASP Effandi Main.
"Saya turut memberikan salinan (kitab) ini kepada polis," katanya lagi, dan menambah kitab berkenaan juga bertarikh 1905.
Beliau telah menerima kritikan dan tekanan pelbagai pihak selepas kenyataan berkenaan disiarkan ekoran ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan perkataan Allah.
Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk Allah, Nabi dan Injil.
Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu turut menerima reaksi negatif banyak pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu menjalankan serbuan mereka berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tindakan Jais itu juga jelasnya dibuat berlandaskan aduan orang ramai dan serbuan berkenaan adalah untuk mencari bukti.
Sallehen ketika sidang media bersama Andrew di pejabatnya di Shah Alam berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperkemaskan semula SOP Jais dengan mengkehendaki badan penguatkuasa agama berkenaan memaklumkan kepada exco terlebih dahulu berhubung isu antara agama.
"Jais ikut SOP sedia ada. Dari segi sekarang tindakan Jais itu betul," katanya kepada pemberita, dan menambah serbuan yang dilakukan Jais adalah berdasarkan aduan orang ramai.
Sallehen turut berkata, titah Sultan Selangor berkenaan larangan penggunaan perkataan Allah oleh kumpulan penganut agama bukan Islam juga perlu dipatuhi.
"Tuanku sebagai ketua agama. Maka, sebarang tindakan berkaitan enakmen itu, maka ianya terpakai dalam konteks negeri Selangor, kita ikut titah Sultan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak itu lagi. – 7 Januari, 2014. - TMI

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Inilah Jadinya Bila Orang Letrik Buat Kerja Seni

Posted: 07 Jan 2014 08:30 AM PST















































Ini baru di panggil kreatif dan inovatif

Jangan Biarkan Ini Berlaku Pada Anak Anda

Posted: 07 Jan 2014 07:08 AM PST

Foto: Seorang Babysitter Terekam Video Menyiksa Anak Kecil - Entah kita hidup di jaman apa, rasanya semakin banyak kejadian yang mengiris hati di luar sana. Manusia seolah tak bisa menghargai lagi rasa kemanusiaan dan kasih sayang. Seperti kisah nyata yang terjadi di Vietnam berikut ini.

Sepasang babysitter yang bekerja di sejenis daycare atau taman kanak-kanak di Vietnam, ditangkap oleh polisi setelah ketahuan menyiksa anak-anak kecil yang ada di sana. Kejadian itu terekam oleh kamera dan benar-benar mengiris hati. Meski mereka adalah seorang babysitter, namun nampaknya mereka tak memahami benar bagaimana mengasuh anak-anak.

Anak yang rewel adalah hal yang lumrah, namun kesabaran keduanya sepertinya tak mampu membendung rewelnya anak-anak ini. Misalnya saat anak-anak rewel untuk makan, Le Thien Ly dan Le Thi Dong Phuong, mengaku bahwa mereka harus sedikit memaksa. Namun yang tampak di dalam video rekaman itu konon lebih dari sekedar 'memaksa' makan.

Anak-anak ini sampai menangis dan takut karena mereka memperlakukan anak-anak dengan keras, Yang lebih miris adalah sebuah rekaman video menunjukkan bahwa salah satu di antara pengasuh ini memasukkan kepala anak-anak ke dalam bak air dengan paksa.

Sungguh sedih mengetahui bahwa anak-anak ini ternyata berada di tangan yang tidak kompeten. Membuat banyak ibu jadi was-was untuk menitipkan anak-anaknya di taman kanak-kanak atau baby daycare. Apalagi setelah mereka melihat video yang mengerikan itu.

Kejadian ini bisa memberikan pelajaran bahwa memang tak ada yang lebih mengerti anak-anak selain orang tuanya. Namun anak-anak ini pasti akan pergi ke sekolah atau playgroup suatu hari nanti untuk melatih kemampuan sosialisasi dan belajar mereka. Oleh karena itu, kita harus memastikan bahwa mereka berada di tangan orang yang tepat dan kompeten untuk menjalankan tugasnya.

Dan jangan lupa untuk terus memantau apa yang terjadi di sekolah dan berkomunikasi dengan pihak sekolah kalau ada kejanggalan-kejanggalan yang terjadi pada anak. Yuk, Bunda lebih perhatian dan awas pada lingkungan anak-anak kita.

Ratu Rock Negara kini Bertudung

Posted: 07 Jan 2014 04:15 AM PST

elladnsuami 
RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

"Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.


"Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," katanya yang dipetik dari portal Gua.
-Artikel penuh> paspb2.blogspot.com

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Hard Rock Cafe Boleh Bagi Undi Pada Ku Nan Pada PRU 14...

Posted: 07 Jan 2014 11:00 PM PST


Penting sangatkah Hard Rock Cafe itu pada orang melayu dan pengundi di Putrajaya, rasanya kalau tak ada Hard Rock Cafe tu, orang MELAYU di sana masih boleh hidup, tidak nampak apa tempias ekonomi pada makcik yang jual goreng pisang di persiaran diplomatik sekiranya Hard Rock Cafe di buka di Putrajaya.

Kepada Tengku Adnan Tengku Mansor, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat daripada sibuk dengan Hard Rock Cafe, baiklah perbanyakkan kedai makan MELAYU di Putrajaya tu sebab pengalaman berada di sana susah jumpa kedai makan MELAYU.

Yang berlambak kedai mamak sahaja dengan harga makanan yang boleh menjerut leher.

Dan katanya di Putrajaya tak ada buka bengkel kereta.Itu rasanya lebih dihargai rakyat dan pengundi di Putrajaya berbanding HRC.Berapa peratus sangat yang mampu makan di restoran ekslusif setara HRC tu?

Banyakkan fikir,teruskan berzikir,sebelum tersingkir.

Siapa Yang Nak Bunuh Hannah Yeoh...???

Posted: 07 Jan 2014 06:00 PM PST


Hanya kerana kenyataan bodoh yang menunjukan sikap rasis dan tidak prihatin terhadap wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh. 

Begitu terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini. 

Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal untuk membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP. 

Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009. 

Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013. 

Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu. 

Bagaimanapun, di ketika lain, Anwar begitu bebas 'meninjau' LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. 

Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja. 

Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga. 

Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang telah mati dibunuh. 


Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar. 


Dalam laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut. 

Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan 'bos-bosnya'. 

Jelas, Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi. 

Rakyat sudah mual mendengarnya.

Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh? 

Bukankah lebih baik membiarkan Hannah dilihan bodoh oleh rakyat untuk dijadikan bahan ketawa? 

Dan tindakan bodoh Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi. 

Nasihat kita pada Hannah, carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi.

Akhbar The Star Milik MCA Bagi Liputan Exklusif Cerita Pelakon Lucah...

Posted: 07 Jan 2014 12:02 AM PST


Akhbar milik MCA, the star kini sudah tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam, bayangkan budak cina yang hina bulan ramadhan tahun lepas, alvin dan vivian boleh di berikan tempat istimewa dalam portal mereka dan berita itu di labelkan sebagai laporan exklusif...

Baca kupasan Dr MIM di sini...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KALIMAH ALLAH: NAK GUNA ATAU NAK SALAH GUNA?

Posted: 07 Jan 2014 10:00 PM PST



Syukur umat Islam kini semakin sedar dengan pelbagai muslihat licik puak-puak ekstremis ajaran palang salib untuk memurtadkan umat Islam di sebalik polemik penggunaan kalimah Allah. Bagi majoriti umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, bukan PENGGUNAAN kalimah Allah oleh penganut agama lain yang jadi punca penentangan dan kerisauan tetapi PENYALAHGUNAAN kalimah tersebut oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab dalam apa jua bentuk sekalipun.

PENYALAHGUNAAN kalimah Allah oleh puak-puak ekstremis ajaran palang salib ini terlihat dalam 3 aspek utama;

Pertama, PENYALAHGUNAAN takrifan, kefahaman dan konsep Allah itu sendiri. Di dalam Islam, Allah itu bersifat ESA, SATU dan TUNGGAL Maha Berkuasa tanpa Sekutu. Manakala puak-puak palang salib mengatakan Tuhan itu wujud dalam Tiga Entiti yang bersekutu atau Trinity. Ada Jesus sebagai anak Tuhan,  'Allah' Bapa dan Roh Suci. Islam secara tegas menolak kepercayaan bahawa Allah itu menjelma menjadi manusia di bumi dan akhirnya 'dia' terpaksa dibunuh secara kejam di tiang salib bagi menyelamat dan menebus dosa-dosa manusia. Apabila kepercayaan songsang mensyirikkan ALLAH tersebut cuba dikembangkan dan diprovokasikan bagi muslihat memurtadkan dan mencabar umat Islam, maka ia merupakan suatu tindakan kurang ajar yang boleh mengugat akidah umat Islam dan keharmonian awam.

Kedua, PENYALAHGUNAAN hak kebebasan beragama berlaku apabila puak-puak ekstremis palang salib ini MENYALAHTAFSIRnya sebagai hak asasi mutlak mereka untuk mengembangkan fahaman songsang mereka ke atas umat Islam. Ini dilarang keras oleh perundangan negara dan merupakan satu penentangan terhadap kesucian Islam. Puak-puak ekstremis palang salib ini juga nyata melanggar keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Majalah The Herald dan juga Bible yang bertujuan diedarkan kepada umat Islam bagi mengelirukan pegangan akidah mereka. Apakah ada jaminan bahawa puak-puak ekstremis ajaran palang salib ini tidak akan mengembangkan dakyah mereka terhadap umat Islam?

Ketiga, puak-puak ekstremis palang salib juga MENYALAHGUNAKAN hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan Anak Negeri Selangor atau Pemastautin di Negeri Selangor untuk menderhakai titah perintah seorang Ketua Tertinggi Negeri iaitu Sultan Selangor sebagai pemerintah utama dan pemegang hak kerajaan Negeri Selangor. Apabila Tuanku Sultan melarang penyalahgunaan kalimah Allah, maka rakyat harus patuh kepada titah perintah tersebut.

Memang umat Islam wajar berwaspada dan mencurigai niat sebenar puak-puak pelampau agama ini kerana ia merupakan salah satu strategi halus lagi terancang pihak gereja untuk menyebar luaskan agama Kristian di Malaysia atau di negara-negara bukan penutur jati Bahasa Arab. Umat Islam yang masih lemah akidah dan kurang pengalaman pasti terpedaya dengan muslihat dan dakyah menyesatkan puak-puak missionari ini.

BUKTI

Muslihat ini terbongkar apabila sebuah organisasi pendakyah Kristian, The People of the Book menyebarkan risalah strategi mereka. Walaupun mereka sendiri mengakui bahawa kalimah 'Allah' di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan 'God' di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh mereka seperti berikut:

"We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word "God" in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur'an is exactly the same as the God of the Bible." 


John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan Timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah 'Allah' dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, namun demi mengajak umat Islam murtad dan menukar pegangan agama Islamnya maka mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya.

Hultvall, dalam kata pengantar bukunya, Mission and Revolution in Central Asia menulis:

"It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of "Allah" and not "God". Some Muslims mean that "Allah" should be translated by "God" in western languages. The missionaries always use the word "Allah" and this usage has been observed here too"


Seorang lagi mubaligh Kristian; Kevin Greeson, dalam sebuah bukunya bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! menulis beberapa panduan kepada mubaligh - mubaligh International Mission Board (IMB) dalam sratategi memurtadkan umat Islam. Antaranya berterusan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk 'tuhan' agama kristian. 




Walaupun penggunaan kalimah 'Allah' ini dikritik dan kurang disenangi oleh kalangan pemimpin dan penganut agama tersebut sendiri namun disebabkan oleh muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada dakyah mereka, maka ia tidak dianggap sebagai sesuatu isu besar. Mereka menjadikan penggunaan kalimah 'Allah' ini sebagai suatu 'jambatan' untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia. Ini dibuktikan sendiri oleh Pope Vatican.


Pengarah Misi untuk The Corpus Christi Baptist Association di Texas, Edd Jump mengakui keberkesanan kaedah The Camel ini sekalipun dia secara peribadi tidak selesa dengan penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.

Sementara itu, Presiden The Christian Index IMB, Jerry Rankin dipetik sebagai berkata:

"What our missionaries are doing with 'The Camel' is much like what Paul did when he went to Athens. He saw an altar 'To The Unknown God' and stated, 'him declare I unto you.' In seeking to reach the Muslims, you start with where they are and with their worldview and bring them to the bridge, to the passage in the Qur'an that speaks of Isa (Jesus) and then take them to the gospels. Of course, the Bible is the inspired Word of God and you pray and trust the Holy Spirit to reveal the truth about Christ to them." 

Kita juga didedahkan dengan laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the "Son of God". Di mana laporan ini secara tidak langsung telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk "use religious vocabulary familiar to Muslims" (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.



Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang "familiar to Muslims", dan mereka ini "…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ", namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam, maka penggunaan istilah itu tetap diteruskan.

Ini telah diakui oleh para missionary yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti umat Islam tahun sebelumnya, bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan "many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus" (ribuan telah berjaya dimurtadkan).

"This nation" ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. Mungkinkah negara tersebut ialah Malaysia atau Indonesia?


Artikel tersebut juga memetik seorang missiologist (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika sejak 1977 lagi) yang berkata "Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being "resistant" to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks". Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu "halangan" linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).

Dan dia merumuskan "Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus".

Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible – "Muslims reading Scripture for the first time won't immediately reject the Bible as foreign to their culture".

Di negara kita usaha terancang mereka mengguna istilah-istilah seperti kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di muslihat mendekatkan diri umat Islam terhadap kefahaman kristianiti seterusnya menimbulkan syak dan keraguan terhadap fahaman Islam yang dianuti selama ini.

Puak-puak ini akan berterusan "memperjuangkan" kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini. Hakikatnya, bukannya kebebasan beragama yang mereka cari tetapi usaha licik berterusan untuk memurtadkan umat Islam yang menjadi matlamat utama mereka. Seterusnya ini akan memudahkan mereka menguasai pemerintahan politik dan kuasa ekonomi sesebuah negara Islam itu.

Pihak-pihak ekstremis dalam Gereja Katolik sengaja tidak mahu menggunakan istilah Tuhan, 'God' atau 'Lord' dalam penerbitan mereka, sebaliknya tetap bertegas menggunakan kalimah Allah. Puak-puak ini sanggup untuk turun naik mahkamah hanya kerana inginkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Soal duit tidak perlu dikhuatirkan kerana ramai penyumbang dana kepada mereka di luar sana.

Benarlah Firman Allah dalam Al Quran;

"Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". (Surah al-Baqarah: 120)

Namun ingat bahawa Allah juga berfirman; 

"Mereka telah merancang tipu muslihat, dan Allah juga membuat tipu muslihat (terhadap mereka). Sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang tipu muslihat." (Ali 'Imran: 54)

TUN M: TIADA ARAK & TIADA LUCAH DI PUTRAJAYA

Posted: 07 Jan 2014 07:19 PM PST

1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya. Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar.
2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini.
3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.
4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris.
5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.
6. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido. Memanglah restoran menjual barangan yang tidak halal.
7. Sesungguhnya Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong dalam dan luar negeri sepanjang masa. Ramainya mereka di sini kerana terdapat kedai dan restoran mewah. Lido mempunyai tarikan hiburan yang istimewa.
8. Kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata.
9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini.
10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan.
11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan juga perlu diadakan.
12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannya Melayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan.
13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya.
14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.
Gaya Seorang Penyanyi Luar di  HRC Penang
15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock Café. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran.
16. Perubahan sedang dilakukan oleh Tan Sri Aseh kepada Putrajaya. Saya lihat semakin ramai pelawat datang ke Putrajaya sebelah malam kerana perubahan-perubahan ini.

http://chedet.cc/?p=1190

RAJA: SAYA HILANG HORMAT PADA ANWAR

Posted: 07 Jan 2014 07:54 AM PST

Raja Komando Dengan Songkok DiRaja Bangsawan Bugis
Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando lebih dikenali di kalangan simpatisme Anwar zaman reformasi 1998, kerana beliau menjadi 'saksi' kepada satu teori yang sengaja dipopularkan iaitu 'teori konspirasi.'
Raja Komando juga didakwa menjadi 'saksi' kononnya berlaku 'konspirasi politik' di peringkat tertinggi sehingga membawa kepada pemecatan Anwar daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada 2 September 1998.
Di atas kepercayaan Anwar tidak bersalah, Raja Komando juga merupakan salah seorang saksi peguam bela ketika kes salahguna kuasa Anwar dibicarakan di mahkamah sekitar tahun 1998/1999, namunAnwar disabitkan bersalah dalam pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara.
Namun, ketika ditemui wartawan klpos.com(Helme Hanafi) pada tahun 2007, Raja Komando membuat pengumuman rasmi meninggalkan PKR, parti yang disertainya sejak dari zaman reformasi.
Ini merupakan foto terbaru Raja Komando 'saksi' teori konspirasi bersama Yuktes Vijay, bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya hilang hormat pada Anwar," kata Raja Komando ketika membuat pegumuman itu di rumah bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor.
Ezam, walaupun ketika itu masih memegang Ketua Pemuda PKR, namun beliau sudah menunjukkan signal bakal meninggalkan PKR apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua Keadilan Shah Alam pada 4 April 2007.
Sebelum ini Raja Komando adalah Timbalan Ketua Bahagian KeADILan Shah Alam yang menguruskan kerja-kerja bahagian Shah Alam semenjak Ezam ditahan ISA.