Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gempar: Mujahid Sudah Hampir Murtad?

Posted: 02 Jan 2014 08:06 PM PST


Dulu dia sokong kenyataan Nurul Izzah untuk membenarkan umat Islam murtad di Malaysia.

kemudian dia sokong pihak gereja menggunakan kalimah Allah dalam versi Melayu yang nyata mensyirikkan keEsaan Allah.

Kemudian dia anjurkan forum pluralisme di Pulau Pinang dan mengutuk umat Islam yang menghalang perbuatannya. 

Dia juga yang bersusah payah mengangkut keranda kapir harbi hatta berdoa untuk kesejahteraan si kapir 'demi' menunjukkan Islam (baca PAS) begitu toleran terhadap bukan Islam.

Kini dia mempertikaikan pula tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab-kitab injil dalam Bahasa Melayu yang rencananya akan diedarkan kepada umat Islam seluruh negara. Dulu dia juga lantang mengutuk JAIS berhubung isu murtad di Gereja DUMC.  




Maka semakin jelas mengapa si Mujahid ni semakin liberal dan menyokong puak-puak songsang kafir harbi.

Kesian... seorang anak ulama telah berjaya dipesongkan sama seperti anak seorang mujahid Hamas Palestine. Biarpun namanya Mujahid namun perjuangannya dahulu dan kini semakin tersasar...

Suatu kejayaan buat DAP, Yahudi dan harbi ke atas umat Islam!

Beribu-ribu tahniah...!

Kami tahu ko menang di Parit Buntar pun bukan kerana undi Melayu pun...

Ekau buek richeh ati pepaja dan urang Rao!...poei moda ekau!

Misteri Kehilangan Haji Hadi Di Malam Tahun Baru Terjawab

Posted: 02 Jan 2014 06:35 PM PST

Ke manakah Haji Hadi semasa para pencacai PAS buat demo di Dataran Merdeka?


Biar gambar jadi bukti.


Sumber : FB Na Ita

Pergh! Lepak kat UK dengan Raja Petra tu.

Ini ke pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat. Masa rakyat tertekan dan berdemo, diorang boleh makan angin obersi.

*Azam tahun baru supaya lepas ni anjur lagi banyak ceramah politik. Boleh kutip duit dalam tin milo banyak-banyak. Dengan pencacai, bilang ini tabung jihad, bagi derma boleh pergi syorga. Alih-alih, hujung tahun pergi melancong ke luar negeri. Alahai.....


PILIHANRAYA PRESIDEN INDONESIA : JUSUF KALLA CALON POPULAR DI MALAYSIA

Posted: 02 Jan 2014 05:09 AM PST

Gendrang politik di Indonesia menjelang tahun baharu 2014 semakin kencang gara-gara Pilpres dan Wapres negara Indonesia tidak berapa lama lagi. 


Walaupun calon-calon semuanya dilihat memiliki kelebihan masing-masing namun saya berfikiran kematangan Jusuf Kalla khususnya sebagai mantan Wapres harus diambil kesempatan dengan penuh kebijakan oleh rakyat Indonesia. 


Sementara itu, saya sendiri tidak menafikan servei yang sudah banyak dibuat oleh media dan centre of study di Indonesia yang kelihatannya memberi fokus kepada Gabenor DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi), di mana namanya sekarang kelihatan semakin meroket tinggi.


Apa pun begitu, beberapa nama senior yang masih berkemampuan seperti Megawati Sukarnoputri, Aburezal Bakrie, Jusuf Kalla dan Praabowo Subianto tidak harus diketepikan.


Kondisi Malaysia-Indonesia

Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia yang sememangnya amat akrab sejak sebelum penjajahan Belanda dan British lagi sebenarnya. Dalam zaman sekarang ini pula, kita harus memandang hubungan dua negara nusantara ini dalam konteks yang lebih luas, khususnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


Malaysia tidak boleh mengenepikan perkembangan poitik di negara Indonesia khususnya selepas era 1998. Kita harus sedar, Indonesia semakin maju ke hadapan selepas itu khususnya di dalam hal-hal politik dan ekonominya. 


Kita harus sedar, selepas negara China dan India, saya sangat yakin negara Indonesia akan menjadi negara ekonomi ketiga terbesar di Asia. Bukannya Singapura. Makanya, kita harus bersedia untuk terus menjadi saudara yang diyakini dengan negara besar Indonesia ini.


Sebagai contoh, di dalam bidang ekonomi negara kita amat-amat memerlukan tenaga kerja dari Indonesia khususnya di dalam bidang perladangan, industri dan sebagainya. Di negeri Sabah sahaja, jika semua pekerja ladang kelapa sawit dari Indonesia dihantar pulang dalam 7 hari sahaja, kita akan kerugian berjuta-juta ringgit.


Namun begitu, potensi ladang kelapa sawit di Indonesia sendiri sudah begitu mengatasi pengeluaran sawit di Malaysia. Walaupun di Kalimantan, Riau dan Sumatera terdapat banyak syarikat-syarikat besar dari Malaysia yang melabur dalam bidang perladangan sawit, ianya menunjukkan bahawa Indonesia kini menjadi amat penting kepada ekonomi negara Malaysia.


Tidak kira lagi jasa Indonesia yang memberi ruang kepada CIMB Niaga dan Maybank Indonesia untuk beroperasi di Indonesia, walhal ketika itu bank-bank dari Singapura khususnya peneraju Temasek Holding turut bermati-matian untuk memasuki pasaran perbankan di Indonesia. Malahan, merek AirAsia dari Malaysia pernah berura-ura hendak memindahkan pejabat urusannya di Jakarta suatu masa dahulu. 


Begitu juga di dalam hal-hal pendidikan, kita tidak harus lupa bilamana pendidik-pendidik dari Indonesia telah membantu membuka Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal tahun 1970 dahulu. Pelajar-pelajar perubatan kita juga sudah berada di Universitas Padjajaran, Bandung, Universitas Sultan Hasanuddin dan sebagainya. Sebaliknya, jika kita ke Univerisiti Malaya dan UKM, kita akan dapati ramai pelajar-pelajar dari Indonesia melanjutkan pelajaran Master dan PhD mereka.


Kini, Malaysia dan Indonesia saling memerlukan di dalam pelbagai bidang. Kita tidak lagi berasa kekok untuk menggunakan khidmat jurulatih badminton dari Indonesia seperti Rexy Mainaky dan Paulus Firman. Begitu juga tidak lagi pelik apabila Safie Sali bermain di Liga Indonesia.



PilPres Indonesia 2014

Saya tidak bermaksud untuk campurtangan dalam politik di Indonesia, hanya kita berdiskusi dari sudut pandangan kita orang Malaysia. Sudah tentu pandangan itu ada kekurangannya kerana kondisi dan kehendak rakyat Indonesia tidak kita rasai denyut nadinya sepanjang masa.


Adalah tidak adil saya terus memberi jempol mati, jika saya hanya beberapa kali sahaja mengunjungi Jakarta dan sebagainya.


Saya hanya ingin memberi pandangan bahawa rakyat Indonesia bisa memberi harapan yang menggunung kepada Jusuf Kalla yang berpengalaman malah teruji di dalam pemerintahan Indonesia semasa menjawat Wapres mahupun di internasional. 


Sebagai negara tetangga, Jusuf Kalla amat akrab, disenangi dan dikagumi di Malaysia. Secara peribadi, saya melihat Jusuf Kalla memiliki kualitas yang diperlukan oleh negara Indonesia khususnya dalam konteks hubungan persaudaraan Malaysia-Indonesia.


Kepada pemilih Indonesia di negara Malaysia, anda bebas memilih sesiapa sahaja, tetapi mengapa tidak kepada Jusuf Kalla.


*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.

Dipetik daripada portal Merdeka-Online.

KOS KAHWIN ANAK ANWAR RM3 JUTA, DIBAYAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR ?

Posted: 02 Jan 2014 12:11 AM PST


Petaling Jaya, 2 Jan: Bagi mendedahkan dana kekayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas pembantu Shankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) Yuktesvaran a/l Malaipan telah mengadakan satu sidang media khas bertempat di Kafe Strawberry Fields sekitar 12.30 tengahari tadi.

Dalam sidang media itu tadi Yuktesvaran menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai pelaburan jutaan ringgit oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor dalam industri perfileman di Hollywood. Namun DS Anwar tidak pula mendedahkan kekayaan yang dimilikinya sendiri.

Selain itu, Yuktes berkata,"Sebagai seorang bekas banduan tidak mungkin dia boleh memiliki harta berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat. DS Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah di Dubai dan Amerika Syarikat akan tetapi beliau tidak pernah memiliki kelulusan akademik untuk menjadi pensyarah."

Yuktes juga memberitahu bahawa DS Anwar telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk perbelanjaan kes liwat yang melibatkan pakar forensik, DIA dan pakar untuk mengendalikan kes tersebut.

Antara pendedahan lain yang dinyatakan oleh Yuktes ialah Anwar telah membayar RM109,000.00 setelah kalah dalam satu kes saman V Lingam dan beberapa kes yg lain melibatkan Hamzah Zainuddin dan Khairi. Sekiranya segala kos yang diguna untuk mengendalikan kes DS Anwar ini ditanggung oleh Kerajaan Selangor maka ianya adalah satu kesalahan.

Yustes juga mendedahkan bahawa DS Anwar memiliki 3 pejabat di Dubai dan Amerika Syarikat di mana setiap pejabat dibayar USD 6,000.00 sebulan. Di samping itu DSAI membelanjakan berjuta ringgit utk mengendalikan Ibu pejabat PKR Pusat.

Bukan setakat itu, DS Anwar memiliki sebuah rumah banglo di No 11, Jln 3/61, Bkt Segambut Dalam, Kuala Lumpur yg mana penuh dgn ciri-ciri keselamatan dan nilai pasaran ketika dibeli adalah RM 7 juta.

"Beliau adalah peliwat, perasuah dan ejen CIA. Dana-dananya disalurkan oleh CIA. Beliau juga memiliki akaun simpanan di bank Al Barakah dimana beliau sendiri merupakan pengarah bank itu".

Yuktesvaran juga mendakwa bahawa DS Anwar telah membelanjakan berjuta ringgit untuk keluar negara menggunakan wang kerajaan Negeri Selangor. Lawatan luar negara tersebut langsung tidak membawa manfaat kepada pelaburan Negeri Selangor yg kini menjunam sehingga 80%. Selain itu, Yustesvaran juga mempertikai kos perkahwinan anak DS Anwar yang mencecah sehingga RM 3 juta.

Yuktesvaran menyatakan bahawa sidang media ini adalah bertujuan untuk mendesak DS Anwar menjelaskan sumber dana yang diperoleh dan mencabar DS Anwar berdebat dengan beliau secara terbuka.

"Dua laporan polis telah dibuat berhubung penyelewengan DS Anwar Ibrahim serta penglibatannya dengan CIA tetapi belum ada tindakan daripada pihak polis". Beliau percaya DS Anwar mempunyai ramai penyokong dalam beberapa jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain. Sumber - SarawakOnline

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dakwa Paderi Andrew di mahkamah?

Posted: 02 Jan 2014 06:18 AM PST


Pelbagai pihak mahu Paderi Lawrence Andrew diambil tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan gereja Katolik di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan bahasa Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kenyataan biadab Pengarang The Herald itu juga menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris yang mahu rakyat negeri itu akur kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Mahkamah sebelum ini telah memutuskan kalimah tersebut eksklusif hanya untuk kegunaan umat Islam.

"Kenyataan Andrew mahu menggunakan kalimah berkenaan adalah bertentangan dan menghina keputusan mahkamah, jadi tindakan undang-undang perlu diambil terhadapnya," katanya di sini hari ini.

Ismail berpendapat, pihak istana juga boleh menilai kenyataan tersebut agar tindakan sewajarnya diambil bagi mempertahankan titah sultan dan institusi raja di negara ini.

Katanya, jika tindakan tegas tidak diambil dalam kadar segera, kenyataan paderi berkenaan boleh memberi impak lebih besar termasuk menjadi contoh ikutan kepada gereja lain untuk turut menggunakan kalimah Allah.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mendakwa paderi berkenaan di mahkamah.

Beliau berkata, tindakan tersebut amat wajar untuk menghentikan kegelisahan umat Islam selain mengekalkan keharmonian hubungan masyarakat majmuk negara ini.

"Kenyataan tersebut jelas tidak menghormati mahkamah, titah sultan dan menunjukkan paderi itu seolah-olah tiada perasaan yang baik terhadap persefahaman serta keharmonian antara kaum dan agama.

"Umat Islam seperti dihimpit ke dinding dan saya bimbang ada pula pihak yang akan memberi reaksi balas terhadap kenyataan itu dengan melakukan tindakan sendiri hingga tercetus sesuatu yang buruk pada masa depan," katanya yang mengesahkan menerima banyak aduan daripada umat Islam yang marah dengan kenyataan tersebut.

Nadzim memberitahu, jika reaksi berlaku, negara akan menjadi huru-hara dan punah malah tiada sesiapa pun yang mendapat untung.

"Justeru kita minta semua pihak lebih bertanggungjawab dalam hal ini, saya percaya Kristian juga mengajar penganutnya menghormati serta menjaga keharmonian negara," katanya.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


The Party's Over

Posted: 02 Jan 2014 05:44 AM PST

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM oleh JAKIM @dsjamilkhir @realdrMaza

Posted: 02 Jan 2014 07:22 PM PST

Pengertian bughah

Bughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah "perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)".( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan"

Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu". Riwayat Muslim

2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah". yes'> Riwayat al-Bukhari dan Muslim

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: "Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan".(Riwayat Muslim dan Ahmad)

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)

5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)

Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqadmengatakan"….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…"

2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…"adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang b

"Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri".

Ali Imran ayat 165

Dan Allah S.W.T. berfirman yes'> yang bermaksud;

"Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan".

Al-An`am ayat 129

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan".(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)

3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, "…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat".( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, "kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Al-Nawawi berkata, "hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah". (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)

5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, " … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka". (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)

Kesimpulan

Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

Disediakan oleh

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

JAKIM

  1. AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKAR BIN MUHAMMAD AL-HUSAINI, KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR, DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2
  2. QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH, HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR
  3. AHKAM AL-SULTANIAH WA AL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADI AL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT
  4. SYARH AL-`AQIDATI AL-TOHAWIYYAH, JUZ 2, CETAKAN KE-13 TAHUN 2000, MUASSASAH AL-RISALAH
  5. AL-ADILLATU AL-SYAR`IYYAH FI BAYANI HAQQI AL-RA`IYYAH, SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SABIL, DAR AL-SALAF, RIYADH
  6. SYARH AL-NAWAWI LI SAHIH MUSLIM, JUZ 12, CETAKAN KE-7 TAHUN 2000, DAR MA`RIFAH, BEIRUT

OLEH : BAHAGIAN PENYELIDIKAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA




Sent from my iPhone

Mantan Mufti Wahabi Perlis @RealDrAsri Hina Tan Sri Harussani - Isu bughoh melawan Pemerintah cc @NajibRazak @dsjamilkhir

Posted: 02 Jan 2014 06:13 PM PST


Dr Asri meneruskan lagi gejala biadap beliau kepada ulama !

Menghina mufti yang tegas menentang sikap bughoh kalangan rakyat sepatutnya disokong bukan diberi pandangan seumpama menghina beliau dengan dunia.

Mufti tidak akan menggadaikan maruah mereka demi dunia sebagaimana ramai ahli agama melakukannya di akhir zaman ini.

Mereka juga bukan lantikan rakyat bahkan dilantik oleh Raja berdasarkan ilmu akhlak dan kejujuran.

Penghinaan Dr Asri selain kecaman beliau kepada JAIS JAKIM serta menyokong Sister in islam sebelum ini meragukan kita akan tahap pendirian beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.




Baca keterangan lengkap isu bughoh berdasarkan Kitab di laman web JAKIM 




Laman Web Kementerian Pendidikan Kena Godam? Mana Pergi Agensi Keselamatan Alam Siber ???

Posted: 02 Jan 2014 04:12 AM PST


Mana pergi SKMM ???


Lembaran tahun 2014 dibuka dan laman web rasmi Kementerian Pendidikan digodam?. Terkejut juga melihat gambar 'setan' kepala merah muncul pada muka laman web kementerian berkenaan. Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia selalunya boleh dilayari menerusi url – http://www.moe.gov.my tetapi apa yang muncul adalah paparan dengan tulisan merah – Hacked pada 1 Januari 2014.

Kalau ikutkan daripada informasi terhad yang diberikan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.

Apa tujuan mereka belum dapat dipastikan tetapi ada blogger yang mendakwa kumpulan ini cuba menzahirkan bantahan akan kenaikan harga barang yang bakal berlaku pada tahun 2014. Itu sekadar teori.

Ini merupakan serangan pertama laman web rasmi kerajaan di tahun 2014 oleh penggodam. Dan ada berita diterima bahawa penggodam juga menyerang beberapa lagi laman web serta blog dengan dot my (.my).




Sent from my iPhone

Kenyataan @MuhyiddinYassin Bantahan Umno Selangor Isu Kalimah Allah Patut Lebih Tegas !!!

Posted: 02 Jan 2014 03:30 AM PST


Sepatutnya Timbalan Presiden Umno perlu mengeluarkan kenyataan lebih tegas menyokong usaha Umno Selangor membantah tindakan gereja isu kalimah Allah.

Ia jelas melanggar peruntukan Perlembagaan dan mesti dikecam semua pihak demi kepentingan agama Islam.

Jangan kerana ingin menjaga hati pihak tertentu maka kita tidak memberi sokongan atas usaha pihak Umno Selangor yang akan membuat bantahan besar-besaran isu besar ini.

Tidak ada guna Keluhuran Perlembagaan jika ia dilawan terang-terangan oleh pihak gereja yang disokong pembangkang.

Tolonglah pemimpin pemimpin Umno yang lain agar berani mempertahankan isu kalima Allah dengan nada keras demi mengelakkan rakyat semakin marah atas tindakan mereka yang melukakan hati umat Islam Malaysia.

Jangan fikir diri, undi dan seronok bercuti sehingga tugas kepada agama bangsa dan negara terabai.

Berikut berita kenyataan Ts Muhyiddin Yassin tentang isu ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR -Tindakan Umno Selangor yang mahu membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu jika Paderi Lawrence Andrew enggan menarik balik kenyataannya mengenai pengunaan kalimah ALLAH, adalah berdasarkan pertimbangan mereka sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, ini berdasarkan perundangan negeri itu serta "titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor." 

"Saya tidak fikir langkah yang dibuat oleh Umno Selangor itu bercanggah dengan perundangan negeri dan itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Umno Selangor bahawa mereka akan mengadakan bantahan secara besar-besaran menentang penggunaan kalimah ALLAH di gereja-gereja di Selangor jika Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam sehingga Sabtu ini.

Editor akhbar mingguan Katolik 'The Herald' itu dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas sebagai berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya.

Ini bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada 14 Dis yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Muhyiddin berkata sebagai rakyat Selangor yang mendukung titah Sultan Selangor, "tidak boleh orang kata dia (Umno Selangor) bercanggah atau bertentangan."

"Apa yang mereka lakukan itu tidak bertentangan tetapi selari dengan apa yang dituntut oleh Ketua Negeri kerana soal agama ini, walaupun ada dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak dan kuasanya terletak di bawah kuasa Sultan.

" Bagi saya itu adalah urusan di peringkat sana (Selangor)," katanya. - Bernama



Sent from my iPhone

JAIS rampas Bible Berbahasa Melayu Di Selangor

Posted: 02 Jan 2014 02:57 AM PST


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara dan menahan dua pegawai iaitu pengerusi Lee Min Choon dan Setiausaha Agung, Simon Wong.

Mereka turut merampas 300 bible berbahasa Melayu memang khusus untuk orang Melayu di negeri Selangor yang telah menukarkan daripada Agama Islam kepada Agama Kristian.
Pejabat Persatuan Bible Malaysia ketika di serbu tidak mahu membuka pintu kerana terdapat lebih 300 buah bible berbahasa Melayu di dalamnya.

Mereka cuba meminta pertolongan daripada wakil rakyat dari pakatan rakyat tetapi gagal kerana pihak JAIS terus menyerbu premis itu dan terus merampas bible tersebut.

Pihak Gereja dan pemimpin pakatan rakyat sewajarnya mematuhi Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah seperti yang diperintah oleh Mahkamah Rayuan.

Walaupun pemimpin Islam dalam pakatan rakyat membenarkan golongan kafir menggunakan kalimah Allah demi untuk mendapatkan kuasa namun perintah mahkamah perlu dipatuhi.

Lepas ini akan ada beberapa pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam akan meroyan apabila bible berbahasa Melayu dirampas oleh pihak JAIS.



Panglima : di pulau pinang Bible diletakkan dalam bilik hotel bajet dan ia boleh memberi simbol bahawa Kristian semakin aktif menyebarkan ajaran agama mereka.

Adakah mereka sengaja untuk melawan Perlembagaan yang melarang disebar agama selain Islam?

Jangan benarkan parang dan keris kembali terbang memancung manusia kafir harbi akibat perbuatan mereka yang sengaja mencipta kemarahan umat Islam.

Lebih patut dilaknat ialah puak yang menyokong Pakatan Rakyat sehingga menyokong perikatan ini yang jelas menjadikan Islam gagal diletakkan dalam kedudukan sepatutnya di negara kita.

Dosa subahat sama dosa melakukan kejahatan!!!

Sent from my iPhone

Gambar @LimGuanEng Dulu dan Sekarang

Posted: 02 Jan 2014 02:45 AM PST

@WardinaSafiyyah Fitnah DBKL Membazir Sambut Tahun Baru

Posted: 02 Jan 2014 12:10 AM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Mengapa menuduh himpunan menuntut turunkan kos sara hidup di tuduh "BUGHAH" ??...

Posted: 02 Jan 2014 05:09 AM PST


Aku tak berani nak cakap lebih-lebih bab Hukum Hakam ni... Sebab diluar sana beribu lagi yang lebih pandai .. Aku belajar Agama hanya untuk diri sendiri dan keluarga..itu pun banyak yang tak lepas.
Tapi apabila terbaca ulasan orang tua kelulusan Kolej Islam Malaya Klang  1960 ini  dan bekas kerja di Cawangan Khas KDN tahun 1964 aku rasa macam ada suatu yang tak kena dalam diri dia.. mengeluarkan satu hukum tanpa teliti secara umum dan dibaca jutaan manusia.
Membuat kenyataan dalam masa umat islam sunni di tekan dalam setiap sudut oleh syiah dan musuh-musuh islam lainya .
Mengapa menuduh himpunan menuntut turunkan kos sara hidup di tuduh "BUGHAH" ??...

"Halal dibunuh " adalah satu ungkapan yang menyemarakkan lagi pergolakkan umat islam yang sedia ada....
Pastinya kaum Syiah tersenyum lebar membaca kenyataan ini disebabkan adanya  persamaan dengan membunuh ahli SUNNI mendapat pahala.



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


11 langkah - Najib syok sendiri, ditipu pegawai PMO

Posted: 02 Jan 2014 10:41 PM PST

Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?

Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar.  Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?

Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.

"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13.

Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu. 

Remaja dakwa dirogol bapa tiri

Posted: 02 Jan 2014 06:32 PM PST



KUALA KRAI – Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya.

Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu.


"Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

"Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu," katanya.

Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa.


Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.

"Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama.

"Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya," katanya.

Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek.

Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks.

"Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain," katanya. - Sinar Harian

7 jenis isteri yang sering diceraikan

Posted: 02 Jan 2014 02:34 PM PST

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.


Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!

Posted: 02 Jan 2014 08:58 AM PST


Qalam Hazin
20 hours ago near Tokai

TALKIN KENAIKAN HARGA

wahai si kedana binti si papa
hari ini engkau telah ditentukan
dengar sini baik-baik
Ingat...!!

kenaikan harga minyak itu benar
kenaikan kadar tol itu benar
kenaikan tarif letrik itu benar
kelulusan GST itu benar
kenaikan cukai pintu itu benar
kenaikan tambang LRT itu benar
kenaikan kadar tambang bas itu benar
kenaikan bil yuran astro itu benar..


maka ingatlah,
jika datang kpd kamu & bertanya apa kamu nak buat..???
maka kamu jawablah dengan tenang..

kami akan sentiasa tenang
kami akan sentiasa syukur
kami akan sentiasa redha
kami akan sentiasa ikat perut
kami akan sentiasa pilih-pilih makan
kami akan tambah jam kerja kami
kami akan sentiasa hindar utk lalu lebuh raya
kami akan kayuh basikal supaya jimat minyak
kami akan cari pelita utk jimatkn letrik
kami akan tanam ubi kayu drpd makan ayam
kami akan tolak minuman tin

Dan berkatalah....
kami tak kacau sapa-sapa..
kami redha tanda syukur..
kami tak resah..
kami tenang..
kami tak risau..
kami akan cari alternatif —

sumber : kedahlanie

Lelaki tertinggal tunang bila diserbu

Posted: 02 Jan 2014 04:04 AM PST

Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal' tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu dikaDifahamkan, lelaki itu dikatakan berjaya meloloskan diri keluar dari pagar rumah berkenaan ketika anggota penguat kuasa baru hendak menyerbu rumah itu dengan hanya berkaki ayam. 

Tapi, dia sudah jauh meninggalkan rumah kira-kira 500 meter berpatah balik ke kediaman itu setengah jam kemudian.

Dia menyerah diri selepas dihubungi tunangnya berusia 19 tahun apabila penguat kuasa meminta memberi kerjasama untuk diambil keterangan.

Selain itu, pasangan itu turut menunjukkan sijil kursus perkahwinan dan bakal berkahwin tidak lama lagi malah mereka mengaku berkongsi membayar rumah sewa berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata pihaknya hanya memberi amaran kepada pasangan itu supaya tidak tinggal bersama disebabkan ketika serbuan dilakukan lelaki itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kelakuan sumbang pasangan itu yang dipercayai sering berada dalam rumah terbabit tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah sejak hampir dua bulan lalu.

"Berikutan itu, anggota kami datang untuk membuat pemeriksaan dan ketika sampai di lokasi kita dapati pasangan itu berada di ruang tamu rumah berkenaan berdua-duaan dengan keadaan pintu jeriji besi terbuka.

"Anggota kami kemudian mengarahkan lelaki itu mengosongkan rumah berkenaan supaya mengelak mereka berdua-duaan di rumah berkenaan," katanya.
takan cemas apabila berdua-duaan dengan tunangnya dalam rumah sewa wanita itu di Jalan Kuala Kedah, menyebabkan dia bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran van pihak berkuasa, kira-kira 12.45 tengah malam.  - Metro

Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH

Posted: 02 Jan 2014 01:36 AM PST


Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh.

Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama. 


Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO.

Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya)

Hakikatnya,Jabatan Statistik sendiri mengesahkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian di Malaysia.

Harussani ni makan gaji untuk menjayakan propaganda serta penipuan UMNO. Bukan untuk memperjuangkan Islam.

MUFTI PERAK TIADA IJAZAH

Ramai yang tidak tahu bahawa Mufti Harussani Zakaria ni tidak pernah masuk universiti mahupun mendapat apa2 ijazah dalam agama Islam.

Dia tak pernah belajar di Al Azhar, di Jordan mahupun di Yaman.

Beliau hanya lulus Diploma Tinggi dari Kolej Islam Kelang.

Sejurus selepas lulus KIK, Harussani terus menjadi pegawai SB dalam Kementrian Dalam Negeri.

Sila rujuk kepada keratan dari Wiki Harussani Zakaria dalam gambar.

Dengan kata lain, Harussani TIADA KELAYAKAN untuk mengeluarkan fatwa mahupun pendapat dalam agama.

Maka, jangan takut dengan fatwa beliau kononnya peserta TURUN adalah Bughah. 

Saya cabar Harussani untuk mengecap Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah sebagai Bughah.

Kedua2 Saidina Muawiyyah dan Aisyah adalah sahabat/iah yang dicintai dan disayangi Nabi SAW.

Mereka bukan setakat mengadakan demonstrasi, tetapi mereka telah mengangkat senjata untuk menggulingkan Khalifah Saidina Ali.

Saya cabar Harussani untuk mengecap kedua2 sahabat/iah yang dicintai Nabi SAW sebagai bughah.

Pasal Harussani tiada kelayakan sebab tu dia tak belajar pasal Saidatina Aisyah mahupun Saidina Muawiyyah kot.

Ngaji dia tak habis

Janganlah kita takut untuk menolak fatwa2 songsang dari mufti yang tiada kelayakan seperti Harussani ni




."Fatwa" songsang Mufti Perak

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum "bughah" dalam Islam. Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan.

Bughah atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam. Ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? Lagipun takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. Para demonstrator hanya turun dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah. Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Parti Islam Se-Malaysia