Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Happy New Year 2014

Posted: 01 Jan 2014 02:10 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Guan Eng Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Posted: 01 Jan 2014 10:00 PM PST

MyMassa tertarik dengan kupasan Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2014/01/dulu-hipokrit-lim-tegur-tganu-kini-rba.html)



Ketika kerajaan Terengganu membeli Mercedes untuk Ketua Menteri dan Exco, jadi cerita hingga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegur tak wajar kerajaan beli kereta mewah.

The Edge Daily (Pub Date: July 25, 2008)

Lim: Unwise to spend RM3.42m on Mercs
PENANG: It is not wise of the Terengganu state government to spend RM3.42 million to buy 14 Mercedes Benz E200 Kompressor limousines, especially at a time when the people are reeling from rising living costs. Instead, moderation should have been exercised.

Chief Minister Lim Guan Eng, who expressed these views to the press yesterday, however, agreed that the quality of a Mercedes Benz was better than that of a Proton Perdana V6 Executive. The Benz's maintenance costs were also lower. He said that the Penang state government had cancelled the order for five new Perdanas worth over RM600,000 and decided to use existing vehicles.

"We decided to make do with what we have to save cost as long as the car can move and reach the destination. Even the state secretary (Datuk Jamaludin Hassan) had complained that the Perdana has incessant gearbox problems and a leaking roof but that should not be an excuse to splurge.

"They could have even purchased Toyotas. They are the leading car brand in the world, overtaking even General Motors and are much cheaper than Mercedes Benz," said Lim. He said Umno should practise what it preached. "Umno must do something about this. Its leaders are living luxuriously while the people are suffering," he added.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

The Star (Pub Date: July 27, 2008)
Penang eyes Toyota Camrys for future official use
GEORGE TOWN: Penang may purchase Toyota Camry cars for official use in the future, said Chief Minister Lim Guan Eng.

He said Penang might buy the cars, which he said were cheaper than the Proton Perdana V6, after seeking approval from the Federal Government.

"Since Terengganu is allowed to keep 14 Mercedes-Benzes costing RM3.43mil, Penang should be allowed to buy Toyota cars in future," he told reporters yesterday.

Lim described the decision to allow Terengganu to keep its Mercedes-Benzes to be used for foreign dignitaries only as inappropriate especially when many people were suffering during the economic slowdown.

"What's the regularity of foreign dignitaries visiting Terengganu? How often do even the Prime Minister, Deputy Prime Minister or Sultans visit the state?

"If the cars are not going to be used often, what's the point of keeping them? This is an example of how public funds are misused by Barisan Nasional leaders," he added.

Lim said he was surprised that no action would be taken against Terengganu for defying the federal directive, which states that the Proton Perdana is the official car for executive council members and ex-officio members.
Itulah Lim Guan Eng yang hipokrit.

Sudahlah tak sokong kereta nasional, Lim Guan Eng pula yang beli kereta mewah.




Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2014/01/dulu-hipokrit-lim-tegur-tganu-kini-rba.html

Ternyata Guan Eng yang sekarang amat berbeza dengan Guan Eng yang mula-mula berkuasa.

Kalau dulu apa yang BN buat salah, tak sampai 10 tahun berkuasa, Guan Eng dah lakukan apa yang satu masa dahulu dia anggap satu 'kesalahan'.


Bayangkan BN dah memerintah lebih 50 tahun tapi DAP kurang 10 tahun dah amalkan apa yang Guan Eng sebut sebagai satu 'kesalahan'.

Itu pun macai masih tak nampak. Kesian....

ZAID TUTOH ANWAR KERANA GAGAL TIPU PAS KONSERVATIF

Posted: 01 Jan 2014 05:28 PM PST

Tokoh pemikir liberal, Datuk Zaid Ibrahim memperjelaskan maksud sebenar agenda Demokrasi & Islam tajaan Ketua Pembankang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zaid yang juga bekas calon Timbalan Presiden PKR menulis dilaman peribadi, zaid.my berkata agenda Demokrasi & Islam telah digunakan Anwar sebagai senjata untuk menarik penyokong PAS dan DAP bagi memenangi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Namun, kata Zaid, formula Anwar itu gagal kerana tipu muslihat itu disedari oleh golongan konservatif dalam PAS dan UMNO.
"Gerakan Islam dalam mana-mana parti politik atau kumpulan tidak akan bertolak ansur dengan kebebasan bersuara dan kebebasan peribadi . Mereka tidak akan menerima hak asasi manusia kerana mereka difahami oleh dunia moden,"katanya.
Jelas Zaid, agenda demokrasi bukan sahaja untuk pilihan raya, tetapi ia juga tentang kebebasan peribadi, pengiktirafan hak asasi manusia dan melindungi hak-hak minoriti.
"Rakyat hari ini boleh melihat tidak ada keserasian antara Islam dan demokrasi di Malaysia. Bolehkah kebebasan menjalankan asas Islam dan kebebasan di Malaysia? Tidak.
"Bolehkah orang bukan Islam juga menggunakan perkataan " Allah "? Tidak.
"Bolehkah kita mempunyai tarian kebudayaan dan persembahan untuk menyatakan tradisi kita? Tidak jika ia Mak yong atau menora .
"Bolehkah kita mengambil bahagian dalam seni di mana badan-badan manusia diberikan seperti David Michelangelo di Florence ? Tidak.
"Bolehkah wanita dan lelaki menghadiri salun rambut yang sama? Tidak di beberapa negeri .
"Bolehkah seorang Muslim membeli tiket loteri ? Tidak.
"Bolehkah baca buku Islam yang belum diluluskan oleh kerajaan negeri ? Tidak," kata Zaid.
Baca selengkapnya penjelasan Zaid dalam artikel bertajuk "Anwar on democracy and Islam."

Jom Kita Enjoy Duit ASB dan ASN...!

Posted: 01 Jan 2014 01:30 PM PST


Hari ini 2 Januari 2014 dan hari-hari seterusnya tentu merupakan hari-hari yang ceria kepada pemegang-pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Hari ini juga sepertimana tahun-tahun sebelumnya sudah pasti semua bank-bank, pejabat-pejabat pos dan kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sesak dengan ramai pelanggang yang ingin mengemaskini dan mengeluarkan wang dividen dan bonus ASB dan ASN mereka.

Di dalam benak mereka sudah pasti banyak rancangan yang akan dilakukan dengan wang bonus dan dividen tersebut. Bertambah senyum lebar lagi kepada lebih 1.3 juta para penjawat awam kerana hari itu juga mereka dapat menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji. Lagi senyum lebar mereka kerana turut menikmati faedah-faedah simpanan dan wang pelaburan mereka dari bank-bank simpanan mereka.

Saya ada duit, sayang ada...?
Dengan adanya wang saku tambahan tersebut, segala perbelanjaan persekolahan anak-anak sebelumnya boleh ditampung semula. Kalau dah ada duit ekstra tu macam-macam boleh beli dan buat. Syukur kita sentiasa beringat-ingat dahulu untuk menyimpan walaupun godaan nak beli itu ini selalu ada. Keperitan dirasakan hanya sementara terutamanya di akhir-akhir tahun untuk keperluan persekolahan anak-anak.

Itulah pentingnya perancangan kewangan. Kalau ada duit yang lebih, melaburlah dalam mana-mana skim insuran atau takaful. Bila terkena musibah kita mempunyai jaminan pampasan yang boleh dituntut.

Tak guna kalau kita hanya tahu terjerit terlolong tak puas hati itu ini. Tapi dalam masa yang sama nampak sangat ketidakcerdikan kita dalam merancang kewangan diri dan keluarga. Kalau selama ini kita boros dan suka membazir, maka kita dituntut untuk berjimat cermat dan banyak menabung.

Duit den bertingkek-tingkek dan bertimbun-timbun...ko ado?

Kalau selama ini kita merasakan rezeki kita terlalu sempit dan sukar, maka banyak-banyaklah memberi sedekah dan mengeluarkan zakat agar pendapatan kita lebih berkat dan sentiasa mencukupi. Sentiasalah redha dan bersikap ikhlas, syukur dengan apa yang ada dan teruslah berusaha dengan cara yang halal untuk tambah pendapatan.

Apabila kita mewah jangan kita sombong dan suka membazir. Ingat suatu hari nanti kita mungkin akan kesempitan. Kalau kita tak sesak duit pun, mungkin ada saudara atau jiran yang sengsara kesempitan duit dan memerlukan bantuan kita. 

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : Ayat 7)

So, kepada penyimpan ASB dan ASN semua, selamat menikmati wang bonus dan dividen anda!

Kepada Penjawat Awam pula, selamat menikmati wang bonus masyuk...!

Nota: Lepas ni kita nikmati pula wang bantuan persekolahan, baucer buku dan BR1M pula. Syukur dapat juga sedikit sebanyak membantu daripada tak ada langsung terguling-guling dok telan air liur janji manis jer. 

Azhar Idrus Adalah Ustaz Paling Hina dan Penjual Agama?

Posted: 31 Dec 2013 11:47 PM PST


Penceramah Bebas Pro PAS; Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI dilabelkan sebagai seorang ustaz yang paling hina, penjual agama dan suka buat lawak yang sia-sia. 

Ini bukan kami kata tetapi adalah luahan seorang penjilat dan penganut Syiah tegar Khalid Ismath melalui akaun tweeternya. 

Mungkin inilah hasil tarbiyah Syiah yang telah merosakkan fikiran anak muda ini. Mungkin juga dia sudah bengong akibat kegersangan atau terlebih 'dos' protein dan fructose di kepalanya kerana sudah lama tidak 'berguling-guling' semenjak menceraikan bininya dahulu. 

Tugas UAI memberi ceramah anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang di Butterworth pimpinan Pakatan Rakyat dianggap sia-sia kerana tak mahu memberontak bersama-sama kumpulan guling yang terdiri dari golongan punk, skinhead dan pasti tak ketinggalan puak-puak Syiah, LGBT, kapir harbi, komunis, atheis dan sebagainya.





Agak-agaknya kalau terguling kerajaan BN semalam, apakah jawatan yang akan diberikan oleh Anwar Berahim pada budak Syiah ini ya?

Sememangnya budak Syiah ni dah sewel Ustaz di Butterworth, tapi dia ingat Ustaz di Shah Alam.

Kepada UAI bersabar dan redho jer la dengan budak sekapal ni.

Sibuk demo sana sini rumah tangga sendiri berpecah belah, bini terpaksa diceraikan kerana tak mahu ikut ajaran sonsang Syiah

Jenis makhluk songsang pasti suka orang yang songsang...
Budak tak de masa depan...ini yang dijadikan ikon bangsa?



Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Cikgu Pejuang Setia Umno Meninggal Di Sekolah

Posted: 01 Jan 2014 06:22 PM PST


Al fatihah kepada arwah yang merupakan pejuang Umno yang setia hingga kini.  Takdir menentukan arwah meninggal dengan mudah tanpa sebarang penyakit kronik. Semoga perjuangan beliau akan diberkati Allab Taala.

Tanda orang baik ialah meninggal dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Al fatihah...



'Tiba-tiba sahaja arwah rebah'
'Tiba-tiba sahaja arwah rebah'
'Tiba-tiba sahaja arwah rebah'

KEMAMAN – "Secara tiba-tiba arwah rebah ketika sedang pujuk seorang murid yang menangis sewaktu berbaris," kata rakan guru Tadika Kemas Meraga Beris, Kijal, Nor Aima Sulong, 43, yang meninggal dunia pada hari pertama persekolahan 2014, semalam.

Che Wan Ajariah Che Wan Ariffin, 30, yang juga guru Pintar Quran berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ketika murid sedang berhimpun di dalam kelas itu mengejutkannya dan ibu bapa yang berada bersama anak masing-masing.

Nor Aima, yang juga Setiausaha Wanita Umno Cawangan Meraga Beris, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kijal, kira-kira jam 9.45 pagi akibat serangan jantung.

Che Wan Ajariah berkata, seorang ibu murid memberitahunya Nor Aima jatuh dan tidak sedarkan diri.

"Dia sedar selepas saya renjis air ke mukanya, tetapi beberapa minit kemudian dia pengsan kembali. Keadaan itu berlanjutan sampai tiga kali.

"Pihak Tadika menghubungi suaminya dan apabila suami arwah tiba, kami segera bawa arwah ke Klinik Kesihatan Kijal.

"Saya ada bersama arwah semasa dalam kereta dan waktu itu dia mengadu sakit pinggang dan sesak nafas sambil menggosok-gosok dadanya," katanya.

Bagaimanapun, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat dekat Balai Polis Kijal, kira-kira dua kilometer dari klinik, Nor Aima tiba-tiba kejang.

"Saya ajarnya mengucap, tapi tiada respons, namun nafasnya masih kedengaran sehinggalah kami sampai di klinik.

"Selepas kira-kira setengah jam dirawat, doktor mengesahkan dia meninggal dunia," katanya.

Mayat Nor Aima, ibu kepada tiga anak berusia 15, 11 dan 4 tahun itu, dihantar ke Hospital Kemaman di Chukai, untuk dibedah siasat.


Arwah lebih banyak diam

Che Wan Ajariah berkata, Nor Aima kelihatan lebih banyak berdiam diri sejak Isnin lalu.

"Semasa melakukan persediaan untuk menerima murid baru dua hari lalu di Tadika, dia tak banyak bercakap dan mukanya nampak pucat," katanya.

Sementara itu, guru kelas jahitan Kemas, yang juga Ketua Wanita Umno Cawangan Meraga Beris, Saadiah Mat Amin, 58, memberitahu, dia hairan apabila arwah tidak banyak bercakap dan kelihatan tidak bermaya.

"Bangunan kelas saya dan kelasnya bersebelahan. Dua hari lalu (Isnin), saya pergi ke kelasnya untuk berbincang mengenai pelantikan ahli-ahli Biro Wanita Umno Cawangan. Saya minta dia buat surat jemputan mesyuarat, tapi anehnya dia suruh saya uruskan sendiri perkara itu.

"Biasanya apabila diminta buat apa-apa kerja, dia akan buat sendiri," katanya.

Nor Aima menjadi Setiausaha Umno Cawangan sejak 23 tahun lalu.

"Dia pekerja parti yang sangat taat. Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat Umno dan saya buntu kerana orang seperti arwah sukar dicari ganti," katanya.


Suami terkejut arwah pergi

Kamarudin Salim, 41, berkata, pemergian isterinya itu satu dugaan besar buat keluarganya kerana arwah meninggal dunia dalam keadaan sihat.

"Sebelum ini isteri tak pernah mengadu dia sakit apa-apa dan tak menunjukkan sebarang perubahan pelik. Sebab itu saya sangat terperanjat apabila pihak Tadika menghubungi saya jam 9 pagi dan beritahu isteri tak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.

Sementara itu, Penyelia Perhubungan Kemas Kawasan Dun Kijal, Razali Selamat berkata, arwah tidak pernah memohon cuti sakit sebelum ini dan merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi.

Jenazah arwah dituntut keluarga selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Meraga Beris.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.



Sent from my iPhone

Ralat Gambar FB @PDRMSia Semalam

Posted: 01 Jan 2014 07:42 AM PST



Kesilapan boleh berlaku bila bila masa. Yang penting pembetulan dilakukan dengan permohonan maaf. 

Siapa yang tidak meminta maaf selepas buat kesilapan itu yang perlu dikecam. 

Manusia terdedah kepada kesilapan dan yang penting ialah jangan mengulanginya.

Meminta maaf amalan murni dan perlu diamalkan walau memiliki kuasa dan dihormati seperti Polis Diraja Malaysia.

Harap perkara ini diterima dengan lapang dada.


Sent from my iPhone

Kenyataan Akhbar Menteri Kerja Raya @PetraJayaMP Kenaikan Tol Di Malaysia

Posted: 01 Jan 2014 06:38 AM PST

Perutusan Tahun Baru 2014 PM @NajibRazak

Posted: 01 Jan 2014 04:44 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!
 
Negara yang terus cekal menghadapi cabaran adalah negara yang ditakdirkan untuk mengecap kecemerlangan.
 
Hakikat ini menjadi lebih bermakna apabila tahun baru bakal tiba sekali lagi. Semangat kecekalan inilah yang akan menemani kita, dan memperkasakan kita dalam mengharungi masa hadapan. Dalam lembaran sejarah, kemenangan sentiasa berpihak kepada negara yang tabah, terus bersatu dan bersama-sama berusaha untuk menghadapi cabaran yang menguji mereka.
 
Benar, ketika Tahun Baru semakin hampir, kita bakal menghadapi pelbagai cabaran tersendiri, sama seperti generasi-generasi sebelum kita. Ada yang berpendapat bahawa dugaan-dugaan kita dewasa ini adalah jauh lebih besar, ada pula yang berpendapat ianya tidaklah sehebat dulu. Walau apa pun pandangan kita tentang hakikat ini, kita tidak boleh menyerah kalah. Kita harus terus mara ke hadapan dan menghadapi semua ini seperti yang kita lakukan sebelum ini: dengan kesungguhan, keberanian dan solidariti. Kita harus terus mempercayai diri sendiri, dan membuktikan kemampuan kita.



Jangan kita lupa bahawa pembangunan negara adalah tanggungjawab setiap individu di Malaysia. Ia tidak boleh diletakkan di atas bahu hanya seseorang individu atau sekumpulan individu semata-mata - ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun agama. Ini hakikat sejak zaman berzaman. Jika kita ingin berjaya, kita harus sama-sama berdiri dan memikul tanggungjawab ini. Jadikanlah ia sebagai misi peribadi kita.
 
Akhir kalam, saya mengambil peluang ini untuk menyeru setiap rakyat Malaysia agar melakukan apa yang selama ini kita laksanakan dengan baik: bersama-sama memikul tanggungjawab peribadi untuk menjadikan negara kita lebih makmur dan harmoni.
 
Selamat Tahun Baru 2013.
 
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Anda boleh baca perutusan saya sempena Tahun Baru 2014 dihttp://www.1malaysia.com.my/blog/pesanan-tahun-baru-perdana-menteri/
 
Najib Razak

Sent from my iPhone

Kisah Topeng TURUN Guy Fawkes Penentang Raja Untuk Gereja

Posted: 01 Jan 2014 04:42 AM PST

Assalamualaikum 


Sedikit pandangan tentang himpunan semalam. 


Pertama, syaitan yang suka warna hitam dan suasana malam, ada di jalanan menurut hadis Nabi saw dan semalam manusia pun ramai serba hitam di jalanan waktu malam bercampur lelaki perempuan konon atas nama perjuangan.


Kedua, dengan memakai topeng Fawkes mereka itu sebenarnya telah menyanjung tokoh kristian bukan Islam ! Kisah sama semasa simbol Crossfinger kempen Royalti yang juga wujud persamaan dengan agama Kristian.




Ketiga , Adakah mereka mengikut Allah atau syaitan sebenarnya dengan meraba raba dan membuat huru-hara? Islam menyeru perdamaian dan syaitan menyeru kebencian dan permusuhan.


Keempat, banyak saluran boleh digunakan untuk memberitahu kehendak rakyat namun sebagai rakyat sudah tentu keputusan kerajaan perlu ditaati demi kebaikan semua pihak.


Kelima, Benarkah rakyat ialah raja? Silap tu. Bahkan sesat. 


Raja ialah Sultan bukannya rakyat. Kecuali penyokong komunis yang memang mahu rakyat menjadi raja dengan menjatuhkan raja Melayu Islam yang sedia ada.


Kesian rakyat yang menunggu detik tahun baru namun dinafikan hak mereka duduk secara aman lalu acara dibatalkan.


Semua ini terjadi kerana hati manusia sudah gelap dan songsang dari syariat dan hakikat.


Ayuh banyakkan selawat dan zikir agar terangkat darjat diliputi rahmat hidup berkat...


Panglima Perang Cyber

penembak-tepat.com




Artikel ini sudah Disiar di FB Panglima : https://www.facebook.com/PanglimaPerangCyber/posts/10201239978023223

Sent from my iPhone

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Wanita sarat mengandung antara dicekup di malam tahun baru

Posted: 01 Jan 2014 11:21 PM PST

  • Bawa dua anak lakukan maksiatSanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.
 1 / 5 
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil 'menemaninya' melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.


Wanita sarat mengandung turut dicekup

Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.

Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.

"Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain," kata lelaki tersebut.


Terpaksa masuk ikut tingkap

Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.

Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.

Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.

"Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah," tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.

Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.


Adik-beradik dicekup

Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.

Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.

Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.


39 individu ditahan

Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

"Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.

"Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'

"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.

"Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya," katanya.

Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa. - Sinar

[Video] Kalau Najib tak turunkan harga barang, kita turunkan Najib - Rafizi

Posted: 01 Jan 2014 07:36 PM PST

Tarian ulik mayang jam 4 pagi

Posted: 01 Jan 2014 06:40 PM PST

Port Dickson: "Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah," kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam.
Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari 'ulik mayang' pada jam 4 pagi.

Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.
Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.

Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik.

"Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk," katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau.

Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.
"Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari," rayu wanita berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.

Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain dibacakan ayat suci al-Quran, wanita berkenaan kembali tenang namun masih lemah.

Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.

Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.

Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan. Sementara itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.

Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana-mana tanpa mengira tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal emosi.

"Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah, kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus," katanya ketika dihubungi, semalam. - myMetro

Najwa Latif nafi burukkan peserta himpunan TURUN

Posted: 01 Jan 2014 01:00 PM PST

  • Najwa LatifNajwa Latif
 1 / 1 
'ITU tidak benar. Saya tidak 'tweet' sebegitu'. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Cinta Muka Buku',  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi "viral" di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.


Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

"Itu tidak benar, saya tidak ada 'tweet' sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

"Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

"Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

"Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik," katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

"Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

"Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu," katanya.

'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan kerajaan" - Suhaizan

Posted: 01 Jan 2014 06:16 AM PST



Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

"Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya.


"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa.

Tambahnya, ancaman yang timbul berhubung ancaman bom serta ribuan laporan polis oleh NGO pro-kerajaan juga tidak menghalang kemaraan kumpulan berkenaan untuk menyatakan bantahan mereka.

"Ancaman sebegitu tidak mampu melemahkan kebangkitan peserta terutama anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh mereka," katanya.

Menurutnya, ancaman seperti itu hanyala ketakutan golongan tersebut pada "bayang-bayang sendiri".

Sedangkan, kenaikan kos sara hidup itu berpunca dari kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara dengan baik, dakwanya.

Perhimpunan tersebut masih tetap diteruskan semalam walau perdana menteri pada hari sebelumnya mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus. - Mkini

TURUN: Kerajaan BN Tidak Pun Terguling, Tiada Bom Yang Meletup, Tiada Bunga Api...!!

Posted: 01 Jan 2014 03:03 AM PST

Oleh Abdul Rahman Hashim



Heboh di dalam media arus perdana kita mengorkestrakan Perhimpunan TURUN31 Disember 2013 adalah Perhimpunan GULING kerajaan. Pada saya perhimpunan yang digerakkan oleh beberapa NGO ini berjaya dari segi menghimpunkan puluhan ribu orang yang datang atas kesedaran untuk menyatakan kepada kerajaan betapa rimas dan resahnya rakyat akar umbi dengan kenaikan harga barang, kenaikan kadar TOL, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga petrol, pengurangan subsidi gula dan bermacam-macam lagi yang membabitkan kesengsaraan rakyat menjelang tahun 2014 


Di sebalik kejayaan itu, kegagalan yang ketara pula dilihat ialah pihak penganjur gagal mencetuskan huru hara, tiada letupan bom selain percikan bunga api oleh penganjur Ambang Tahun Baru 2014@DBKL. Kegagalan menghuru harakan Dataran Merdeka mungkin mengecewakan juga Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan pihak media yang sekutu dengannya, kerana begitu lama mereka cuba memutar belitkan matlamat perhimpunan ini diadakan kononnya di situ akan berlaku insiden kerajaan akan DIGULINGKAN oleh pencetus demonstran termasuk mendakyahkan kononnya akan ada letupan bom.

Semuanya AUTA belaka. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mengetuai pekikan Tahun Baru di atas pentas Dataran Merdeka tidak pun terasa dirinya terancam. Begitu juga rakyat seluruh negara pula dihidangkan dengan siaran secara langsung oleh pihak TV tanpa ada rasa was-was akan mara bahaya yang akan menimpa sambutan Tahun Baru kali ini. Jika benar perhimpunan TURUN ini dianggap bahaya, kenapa Bukit Aman tidak menasihatkan Datuk Bandar dan lain-lain VIP supaya jangan hadir; ataupun nasihatkan sahaja agar 'Konsert Ambang Tahun Baru 2014' itu dibatalkan sahaja?



Jika dilihat propaganda yang diputarkan, Dataran Merdeka bagaikan akan bermandi darah, mungkin juga bangunan DBKL akan dirampas, bangunan warisan Sultan Abdul Samad dan Kelab Selangor yang berdekatan dengan Dataran Merdeka mungkin juga turut menjadi sasaran untuk mencetuskan rampasan kuasa. Di situ juga terlalu dekat dengan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Bank Negara, Bank Rakyat, Bangunan CIMB, Kompleks Kerajaan Jalan Dato' Onn serta pusat-pusat membeli belah di Sogo, Pertama Complex, Stesen LRT di Masjid Jamek juga berdekatan, Pasar Seni, Daya Bumi, Maju Junction, Medan Mara kesemuanya memang boleh dimangsakan jika benar peserta himpunan ini hendak menggulingkan kerajaan. Semuanya mengarut saje. 

Siaran berita TV1, TV2 dan TV3 yang dimainkan setiap hari mungkin juga membuatkan denyut nadi emak bapak yang berada di kampung turut menjadi risau. Termiang-miang di benak hati mereka, apakah anak-anak mereka juga terlibat untuk menggulingkan kerajaan? Saya cuma terfikir, apakah kerajaan akan mengisytiharkan darurat, jika benar perhimpunan membela rakyat itu mampu menggulingkan kerajaan? Jadi, apabila semuanya itu tidak berlaku, bukankah itu hanya suatu gertakan yang hendak menakut-nakutkan orang ramai sehingga warga kota menjadi gelisah tentang keselamatan diri mereka menjelang ambang tahun baru 2014. Jika ia merupakan suatu gertakan untuk menakut-nakutkan rakyat, jelas terbukti strategi dan taktik bodoh itu tidak menjadi, sebaliknya berbondong-bondong rakyat yang menyertainya tanpa rasa takut pun. Mereka memaparkan sepanduk-sepanduk yang bercirikan kekecewaan di atas kenaikan harga barang yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2014.





Syukur Alhamdulillah, akhirnya pihak polis bertindak bijak kerana mereka tidak melakukan apa-apa kekasaran yang boleh menyebabkan tercetusnya kekacauan. Tidak ada semburan 'water canon' yang dihalakan kepada para demonstran, tidak ada yang pecah kepala akibat pukulan cota FRU, tidak berlaku keganasan seperti yang disangka, letupan bom juga tidak kedengaran. Tidak pula kedengaran kereta ambulan untuk membawa demonstran yang tercedera atau yang terbunuh ke hospital. Para demonstran wajarlah berterima kasih kepada pihak polis, kerana keselamatan semua demonstran dan orang awam sentiasa dikawal rapi oleh mereka. Saya tidak bersetuju jika para demonstran tidak dapat menerima hakikat ini!

Walaupun perhimpunan aman ini telah bersurai tanpa insiden berat yang  berlaku, namun saya yakin pihak media terutamanya Utusan Malaysi sentiasa tidak berpuas hati dengan kejayaan Perhimpunan TURUN ini. Tentu ada manipulasi dan putar belit lain yang akan digembar gemburkan dalam melaporkan berita untuk memburukkan keadaan. Media ini tidak pernah positif terhadap mereka, maka sebab itu Utusan sering kalah dalam beberapa kes samannya terutama berkaitan dengan gelombang seumpama ini. Kebencian dan sakit hati terhadap akhbar seperti ini menyebabkan ia menjadi liabliti kepada UMNO dan kerajaan.

Saya juga yakin pihak penganjur tentunya berpuas hati di atas kejayaan mereka itu. Namun yang pasti belum tentu pihak kerajaan boleh akur dengan bantahan dan tuntutan TURUN kerana tuntutan itu dianggap didalangi oleh musuh politik UMNO/BN, walaupun tidak semua tuntutan itu berniat jahat. Apa pun, kita mengharapkan pihak kerajaan dapat mendengar rintihan rakyat dan jangan berlengah untuk melakukan muhasabah agar rakyat tidak merasa kecewa lagi. Jangan biarkan derita rakyat berlarutan, kerana ia boleh membahayakan masa depan UMNO/BN. Wallahu'alam.