Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Himpunan TURUN berjaya, 50 ribu sertai - Azan

Posted: 31 Dec 2013 11:27 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM
JANUARY 01, 2014 r
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Mohamad Azan Safar (gambar) menyifatkan perhimpunan yang berlangsung dengan aman malam semalam berjaya dan mendakwa disertai 50,000 peserta  menolak tuduhan bahawa Turun merupakan himpunan untuk mengulingkan kerajaan.
"Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014 sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekali gus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah, Azan yang sebelum ini pernah ditahan polis gara-gara penglibatanya dengan Turun turut memuji kerjasama baik yang diberikan pihak berkuasa dalam memastikan perhimpunan dijalankan dengan aman.
Tambahnya, kejayaan himpunan Turun merupakan kemenangan tersendiri sebagai pemulaan kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.
"Dan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi," katanya.
Semalam, perhimpunan Turun yang membantah siri kenaikan barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan pada malam sambutan tahun baru telah berjaya menawan Dataran Merdeka dengan kehadiran kira-kira 10,000 peserta.
Bagaimanapun jumlah kehadiran peserta demostrasi berbeza dengan apa yang dinyatakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad dalam sidang medianya semalam apabila menyebut hanya 5,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Mengulas mengenai jumlah penglibatan peserta Turun yang begitu ramai, Azan berkata ia membuktikan betapa rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.
Terdahulu Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan.
Malam semalam peserta demonstrasi yang berarak dari lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum bertemu di Dataran Merdeka telah berjaya melepasi tiga halangan polis untuk memasuki kawasan padang.
Kemuncak himpunan Turun menyaksikan tiada percikan bunga api dan konsert ambang Tahun baru pula terpaksa ditamatkan sebelum detik jam 12 malam.
Tidak seperti demonstrasi sebelum ini, tiada sebarang kekerasan atau tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan dua orang anggotanya telah cedera ditangan akibat jatuh semasa peserta demonstrasi melepasi halangan pihak berkuasa.
Malah pihaknya turut melaporkan menjumpai senjata yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum perhimpunan bermula.
Katanya, senjata iaitu empat parang dan 13 pisau dijumpai di tepi longkang Kompleks Daya Bumi .
Zainuddin berkata akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut termasuk mengenal pasti dalang terlibat agar dakwaan dapat dilakukan.
Beliau juga berkata, beberapa pemimpin pembangkang juga turut dikenalpasti terbabit dengan insiden semalam namun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin pembangkang turut  kelihatan dalam perhimpunan Turun semalam. – 1 Januari 2014.TMI

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Selamat tahun baru 2014

Posted: 31 Dec 2013 05:02 PM PST

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

Posted: 31 Dec 2013 10:10 AM PST

Sejarah Tercipta: Tiada Bunga Api Sambut Tahun Baru Di Dataran Merdeka, Tiada Bom, Tiada Yang Diguling Dan Rakyat Aman..... 

 



 






12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.

 11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.

11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.

11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahagian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari. Dan mungkin ini lah juga buat pertama kalinya PM (kini Najib) tidak berani berhadapan dengan ribuan takyat untuk memberi ucapan di pentas utama.

Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.yg khabarnya di peruntukan sebanyak RM15 juta. Pertama kalinya juga dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.

Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta  Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan. Fitnah himpunan rakyat yg kononnya ingin mengulingkan kerajaan dengan keganasan dgn letupan bom ternyata gagal walau pun  beberapa provokasi cuba ditimbulkan.

Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.


" DEMI RAKYAT "

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Ucapan Tahun Baru Menteri KDN DS @Zahid_Hamidi

Posted: 31 Dec 2013 04:03 PM PST

Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL ( Utusan Melayu )

Posted: 31 Dec 2013 06:43 AM PST

Panglima : mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini dilakukan pihak lain bukan Pakatan Rakyat. Namun tindakan mereka sebelum ini semasa Bersih 1, 2,3 jelas  unsur menggugat keamanan dan mahu meruntuhkan Kerajaan dilihat dalam tindakan mereka.

Anak muda yang menyokong mereka juga selalu memperjuangkan kerajaan tanpa raja atau Republik dan inilah elemen komunis yang sangat bahaya kepada negara kita. Google Fahmi Redza (rejimen 10) dan Hishammuddin Rais untuk maklumat selanjutnya.

Raja adalah ketua negara dan usaha ini dikira subversif seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri dan boleh membahayakan keamanan dan menjejaskan ekonomi keseluruhannya.


Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL

POSTER mengandungi perkataan Republik Jatuhkan Kerajaan yang berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan ditampal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Penampalan beberapa pelekat dengan kata-kata berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di sekitar ibu kota petang ini.

Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan itu memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Antara lokasi penampalan pelekat itu adalah di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_43/Guling-Poster-jatuhkan-kerajaan-ditampal-di-sekitar-KL#ixzz2p3yu25w9 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKAMAN PERBUALAN S. FUZIAH DI GUANGZHOU (GNR)

Posted: 31 Dec 2013 06:50 PM PST


Pengumuman Oleh Crew China Airline
Seorang Cina berperawakan sederhana, tidaklah begitu keCinaan, tetapi bilamana dia bercakap maka tersembullah keCinaannya. Di tepinya seorang wanita bersama suaminya yang agak kusam misai dan rambutnya.

Wajah wanita itu kelihatan gempal sedikit, berkerut dan kelihatan gedik-gedik. 

Mereka sama-sama duduk di bahagaian vvip. Rasanya Cina itu itu bisnesman, perempuan itu macam orang berpangkat lagaknya.

A. Tong : Morning, you orang Malaysia. Saya pun orang Malaysia ma, kita 1Malaysia lor

S. Fuziah : Ya kita orang Malaysia, saya YB ma. Yang Berhormat, hormat sikitlah..

A. Tong : Ayya saya mana tau ma, apa pasal mari sini (China)? Sini hujan lebat banjir sudah mari YB.

S. Fuziah : Saya mau rehat lah, saya sudah kasi bising itu Kuantan punya hal, sekarang saya mau lari rehat lor, otak saya banyak pening tau.

Fuziah meluahkan geramnya dan keletihannya. Mukanya yang mulanya putih bertukar kemerah-merahan. Mesti semasa muda wanta ini gedik-gedik.

A. Tong : Oooh itu macam kah. Saya ada dengar Banjir pusingan kedua sudah mau hantam itu Kuantan, patut YB jangan jalan-jalan ma, nanti orang mulut banyak cakap, tara takut kah?

S. Fuziah : Lantaklah taukeh...itu Melayu Kuantan mana ada undi saya pun, sikit saja, saya sudah kasi buboh itu Najib punya jabatan, biar mereka mampus urus banjir, saya sudah penat saya mahu makan angin lah taukeh...

A. Tong membuka beg kecilnya sambil mengeluarkan surat khabar Cina. Dia tunjuk sama itu Fuziah.

A. Tong : YB mari sini saya tunjuk, ini berita cakap Banjir pusingan kedua sudah mau mari Kuantan. Ini penulis cakap itu YB Kuantan haramjadah punya orang dia pergi jalan-jalan sana Guangzhou. 

Ini penulis tanya YB itu Guangzhou apamacam urusan banjir itu pusat pemindahan ada cantik macam Malaysia kah. Ada selimut cukup kah? Ada tikar kah? 

Ini penulis cakap itu YB Kuantan wakil rakyat Kuantan atau Guanzhou?.Apapasal lari? Dia kata apa pasal YB Kuantan mineral water pun tara boleh supply sama penduduk Kuantan, duit sudah ambil dari taukeh-taukeh, itu wang bawa jalan-jalan pergi Guangzhou kah? Jangan marah lor, ini pertanyaan ma.

You jangan marah ya YB, saya baca ini surat khabar punya tulis. Lu mana tahu baca Mandarin, saya kasi translate sama lu la. Itu pun tak mau ucap TQ kah.

Muka Fuziah semakin kemerah-merahan membakar seperti api. Hidungnya berdengus-dengus tak tahulah malu kah or marah. 

Suaminya di sebelah buat bodoh saja. Misainya berdengkur-dengkur bising mengganggu orang lain.

S. Fuziah : Sudah sudah sudah nanti saya baling you pakai ini handphone!

A. Tong : Apa pasal lu marah YB, saya baca saja...

Suami S. Fuziah : Tu la hang gatai sangat nak jadi YB sapa suruh..hang memang bahlul lari mai Guanzhou. Hang dah tahu Kuantan banjir hang duduklah sana bantu rakyat. Aku tak pasal-pasal pun kena kutuk orang kampung.

Merah padam muka Fuziah kena lastik dengan suaminya sendiri. Air matanya bergenang jernih menitis satu demi satu.

'Oh rakyat Kuantan, maafkan daku, aku lari kerana aku tak tau nak urus masalah banjir kamu, aku lari kerana aku malu dengan kamu, maafkan aku wahai rakyat Kuantan....Aku hanya tahu mengutuk sahaja, sebab itulah yang diajar Anwar kepada kami semua Yb Yb Pakatan'

Bersambung rakaman kedua....


#RPDM31D :Sah...Anwar berjaya ditabalkan sebagai Presiden Republik Guling semalam!

Posted: 31 Dec 2013 04:42 PM PST


Selesai sudah perhimpunan dan longgokkan puak-puak mengguling di Dataran Merdeka. Kini timbul persoalan dibenak kita adakah perhimpunan tersebut berjaya mengubah keadaan ke arah lebih baik?

Adakah setelah selesai Himpunan Guling tersebut harga petrol berjaya diturunkan? Jawapannya TIDAK!

Yang kita nampak selepas 12 tengah malam harga petrol dan diesel tetap sama, malah masih banyak kenderaan yang beratur menunggu giliran nak isi minyak.


Adakah hasil Himpunan Guling tersebut juga berjaya menyebabkan kerajaan terpaksa mencairkan simpanan wang rezab negara untuk digunakan sebagai subsidi bagi menurunkan harga gula kembali? Jawapannya TIDAK!

Yang kita lihat sebelum harga gula naik pun harga barang yang berasaskan gula dah lama naik. SIAPA dan GOLONGAN mana yang paling banyak dapat untung?


Apakah dengan rempuhan puak guling di Dataran Merdeka dan lolongan mereka semalam menyebabkan pihak TNB terketar lutut dan menarik balik kenaikkan tarif eletrik? Jawapannya TIDAK !

Yang kita lihat TNB tetap melaksanakan kenaikkan tarif eletrik tersebut. Jika tidak mahu, kerajaan terpaksa mencairkan lagi wang rezab negara iaitu duit-duit cukai kita selama ini bagi membayar PAMPASAN GANTI RUGI kepada TNB dan ia kemudiannya dilabelkan sebagai SUBSIDI. 

Adakah puak guling turut berjaya menurunkan atau menghalang kenaikan bayaran tol-tol hasil perhimpunan mereka itu? Jawapannya TIDAK!


Yang kita tahu selepas jam 1.00 pagi tadi pun bayaran tol masih sama. Tiada sebarang kenaikan. Tetapi yang kita tahu kerajaan PAKATAN RAKYAT tetap akan menguatkuasakan kutipan lesen bagi setiap kiosk tol-tol di seluruh Selangor bermula di Shah Alam dan ini adalah salah satu punca kenaikan tarif tol di Lembah Klang dan Selangor! 

Paling kita nak tahu, adakah hasil Himpunan Guling semalam kerajaan Barisan Nasional (BN) terguling dan Anwar Ibrahim datang dengan bangganya seperti seorang DARTH VADER diarak oleh para soldadunya ke pentas utama Dataran Merdeka lalu dengan bangganya mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden baru Republik Malaysia?


Sekarang kita nak tengok berjayakah si Presiden KETUM (Ketua Umum) ini melaksanakan janji-janjinya, siapa barisan kabinetnya, siapa penasihat-penasihatnya...siapa,siapa,siapa?

Adakah Anwar bermimpi lagi seperti insiden 16 September lalu? Malunya...

Rumusan #RPDM31D : Kebodohan Anak Melayu, Keuntungan Kaum Lain. #TURUN

Posted: 31 Dec 2013 08:52 AM PST

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama.


Tak percaya? Cuba lihat gambar ini.


Yang berdemo pun Melayu, yang terpaksa kerja lebih masa pun Melayu.


Jika ada yang masih nak mempertahankan kebodohan ini, cuba tunjukkan satu gambar yang mana kaum lain melebihi kaum Melayu turun berdemo sebentar tadi.

Kaum mana yang untung dengan menaikan harga barang di kedai runcit?

*Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.....biarkan....

Update #RPDM31D : Gambar-gambar Peserta #TURUN Serang Konsert ?

Posted: 31 Dec 2013 08:06 AM PST

Gambar di Dataran Merdeka.



Adakah ini yang rakyat mahu?

Update #RPDM31D : Gambar Ibu Tunggal Jadi Mangsa #TURUN.

Posted: 31 Dec 2013 07:40 AM PST

Pengakuan ibu tunggal jadi mangsa BARANG NAIK.


Bila tengok gambar ni, tiba-tiba teringat kat ibu tunggal yang bernama Aishah Baby. Mangsa barang naik milik seorang pemimpin politik.


Update #RPDM31D : Gambar Dari Udara Terkini. Bukti Ribuan #TURUN Di Dataran Merdeka

Posted: 31 Dec 2013 07:20 AM PST

Gambar dari udara.


Cuba pembaca nilaikan. Adakah sampai berpuluh ribu seperti mana yang media pembangkang warwarkan?

Update @RPDM31D : Polis Malaysia Ganas ? #Turun

Posted: 31 Dec 2013 07:02 AM PST

Biar gambar berbicara...


Senyum abam polis, senyum....

Video Update #RPDM31D : Mahasiswa Laungkan Amaran #TURUN

Posted: 31 Dec 2013 06:38 AM PST

Biar video jadi saksi.


Anda nilaikannya sendiri.


Update #RPDM31D : Gambar Pejuang Hak Rakyat #TURUN Beri Amaran Kepada Pemimpin Kerajaan

Posted: 31 Dec 2013 06:23 AM PST

Gambar dari FB KLXpress (https://www.facebook.com/KLXpress).





Update #RPDM31D : Gambar Terkini Pejuang Hak Rakyat #TURUN

Posted: 31 Dec 2013 06:07 AM PST


Sekolah dah nak mula, diorang pulak sibuk berdemo.

Gambar Malaysiakini Kantoi Menipu Kehadiran #RPDM31D . Demo #TURUN Tak Dapat Sambutan.

Posted: 31 Dec 2013 05:46 AM PST

Kantoi!

Malaysiakini cuba provokasi pembacanya kononnya ramai yang dah turun demo TURUN.


Tetapi, inilah hakikatnya....


*Sebar-sebarkan kekantoian penipuan Malaysiakini.

Mari Mengenal Pemimpin Bongok Pekatan Guling...Jom Pakat-Pakat Gelak

Posted: 31 Dec 2013 03:03 AM PST



Kata orang kalau nak tengok kualiti seorang pemimpin, lihatlah apa yang dia cakap dan lihat pula siapa yang menyukai apa yang pemimpin itu cakap. 

Kini kita dihidangkan lagi dengan satu lagi sketsa tweeter yang jelas memperlihatkan betapa bongoknya pemimpin fuckatan. Hal agama dengan hal sosial pun tak tahu bezakan. Sudah tentu ia adalah hasil tarbiyah bersanadkan seorang ularmak terompah tersohor yang terkenal dengan segala dogengan Israeliyatnya. Ularmak ini pernah mengatakan perhimpunan dan rusuhan di Dataran Merdeka mendapat pahala yang sama dengan ibadah wukuf di Arafah dan dongengannya itu di sambut pekikan takbir!

Wahai Nizar ooi... 4 juta manusia berkumpul di Padang Arafah atas tujuan berwukuf dan beribadah menunaikan salah satu rukun wajib haji. 

Tetapi manusia berhimpun secara haram tanpa permit di Dataran Merdeka dengan niat untuk melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama dan tidak mentaati pemimpin itu adalah perbuatan haram lagi berdosa.


Padang Arafah dan Mekah tu tempat Ibadah. Manakala Dataran Merdeka pula tempat aktiviti sosial.

Memang si Nizar ni bongok bertingkat-tingkat. Kalau dulu, Si Nizar ni juga pernah cakap kerajaan Malaysia gagal menambah bilangan jemaah haji di Mekah. Beliau berjanji jika pakatan pembangkang menang PRU13, mereka akan menambah bilangan kuota haji ke Mekah. Punyalah bengong, tak tahu Mekah sekarang sedang mengalami proses pembesaran.

Sebab tu ko fail masa jadi Menteri Besar Perak dulu...alahai Nizar.



   

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TAK MUNGKIN HIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN MACAM INI ??

Posted: 31 Dec 2013 10:50 AM PST


Aku yakin paparan akhbar tempatan esok hari memaparkan botol mineral yang melayang ke atas stage konsert di Dataran Merdeka. Mereka akan mengulas lihatlah himpunan 'guling' ini ganas, merbahaya & nak jatuhkan kerajaan. Namun sebagai saksi di tempat kejadian ingin aku ceritakan serba ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, aku tiba ke dataran jam 1015 malam.Masa aku sampai orang dah ramai. Mungkin dalam 20 ribu orang. Peserta himpunan Turun ini tidak dapat masuk ke padang kerana ramai polis menghalang. Tapi aku pelik, apa yang pelik sangat dorg ni. Sah2 nak masuk padang dataran banyak laluan lain.

Jadi aku malas bersesak2 di situ dan terus menyeberangi 'jambatan' untuk ke padang.

Sampai je kat padang, konsert dbkl berjalan seperti biasa. Adalah dalam 5 ribu orang yang menonton. Yang ramai aku nampak mat2 bangla & indo. Ye lah, inikan Negara Banglasia.

Dari seorang artis ke seorang artis. Peserta himpunan masih dihadang oleh pihak polis. Dalam jam 1115 malam aku nampak peserta himpunan berpusu2 ke padang dataran merdeka. Mereka hanya berkumpul di jalan raya. Adayang duduk, berdiri, melaungkan Turun2 dan sebagainya.

Jay jay yang buat persembahan rasa tak senang sebab nampak dari atas stage ramai berhimpun di sebelah padang. Dia tanya tu yang kat sebelah tu buat apa? Peserta 



himpunan jawab turun.. Turun.. Turun.. Haha.. Jay jay speechless dan kata harap malam ni semuanya selamat. Kemudian jay jay nyanyi lagu putih2 melati. Audien di padangbanyak yg berdiri, menyanyi bersama dan berjoget.

Then Najwa Latif nyanyi. 2 lagu.. Ceh aku dah macam laporkan konsert Dbkl plak kan.. Kah3..

Lepas Najwa ni lah segalanya berubah. Naik seorang penyanyi perempuan. Nyanyi dalam beberapa rangkap lagu sedang di sisi padangsedikit demi sedikit peserta himpunan masuk ke dalm padang. Makin lama makin ramai. Masa ni aku dah nampak bbrp orang anggota polis ke stage dan berbincang sst dgn pihak

Aku dah rasa lain macam.

Dalam beberapa saat kemudian aku nampak balingan botol2 mineral dari tempat audien melayang ke atas stage. 1 botol, 2, 3, 4 dan seterusnya. Emcee umumkan sampai sini saja. Kita terpaksa berhenti. Selepas itu lampu di stage semuanya padam. Pemain muzik orkestra juga berhenti serta merta.

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah bayangkan laporan media macai esok hari. Namun aku ada beberapa soalan :

1. Botol mineral dibaling dari tempat audien. Maksudnya tempat di mana mereka yang telah awal masuk dan duduk di atas padang. Peserta himpunan masih belum sampai ke situ. Siapa yang baling?

2. Yang aku pelik, air mineral tu bila baling sampai pula sampai atas stage. Maksudnya air masih banyak. Masih berat Barangkali botol mineral ini masih belum dibuka. Kepala bana apa beli air mineral x minum dan pakat2 baling sampai stage?

3. Kenapa balingan botol mineral ini mirip2 kejadian di depan sogo semasa bersih 3.0? Adayg baling ke kereta polis dan sampai skrg tidak tahu siapa yang baling.

Aku tinggalkan 3 persoalan ni pada korang semua. Siapa yang faham tu, tahu sangat siapa punya kerja yg baling botol dan cetuskan provokasi.

Now aku dah on the way balik. Aku malas nak lama2 kat sanadan aku tak tahu apa terus berlaku kat sana.

Yang pasti, tahun 2014 ini bersedialah semua hamba rakyat menanggung kebangangan peminpin yang tdk pandai mengurus ekonomi. Yang jadi mangsa, kitalah rakyat Malaysia.

Selamat malam Malaysia.. Selamat tahun baru..