Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Selamat Menyambut Harijadi Yang ke 88.

Posted: 20 Dec 2013 07:13 PM PST


Selamat menyambut Harijadi Tun Mahathir yang ke 88, 20 December 2013. Tun adalah idola kebanggaan rakyat dan negara. Jasa dan sumbangan Tun tidak terkira. Semoga Tun dipanjangkan umur dan terus sihat sejahtera. Amin

Wasabi Oyabun..

Sankara Nair Sudah Dipecat Jadi Peguam Anwar...!!! Kenapa ya?

Posted: 20 Dec 2013 12:26 AM PST


Kemunculan peguam baharu mewakili Anwar Ibrahim, Tommy Thomas menimbulkan pertanyaan adakah Sankara Nair sudah dipecat daripada mewakili team guaman Ketua Pembangkang itu ?

Sebelum ini, Sankara Nair yang mewakili barisan peguam bela Anwar, sekiranya Karpal Singh tidak dapat hadir, namun perkembangan terbaru hari ini menunjukkan peranan itu telah diambil alih oleh peguam baharu, Tommy Thomas.

Nama anak Karpal Singh, Ram Karpal masih lagi disebut, namun nama Sankara Nair yang menjadi peguam Anwar sejak tahun 1998, termasuk menjadi peguam peribadi Anwar sudah tidak disebut.

Tommy Thomas merupakan peguam kanan di Majlis Peguam Malaysia yang rapat dengan DAP, malah beliau pernah dilantik oleh Lim Guan Eng untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2010, blog diari-anwar mendedahkan wujud politiking dalaman di antara barisan peguam Anwar.

Tommy Thomas

"Dalam rangkaian 9 peguam bela Anwar termasuk Karpal Singh, Sivarasa dan Sankara adalah peguam yang tidak sefahaman. Sivarasa mempunyai barisan orang kepercayaannya sendiri. Lathefa Koya, Amer Hamzah, Edmund James Bond antara yang condong kepadanya tetapi Sankara Nair selain dari Raja Addruce dan Dato Param Cumaraswamy, Karpal Singh juga lebih mempercayai beliau. Jika diikutkan pengalaman, Sankara dan Raja Addruce antara peguam yang masih lagi bersama Anwar selepas kes 1998.

"Dalam satu pertemuan, Sankara Nair pernah meyuarakan hasratnya untuk menarik diri sepertimana Sulaiman Abdullah dan hanya mahu kekal dalam kumpulan peguambela kes saman sahaja. Keinginan Sankara semakin jelas bila dia menelefon Dato' Param dan menyatakan hasratnya setelah berbincang dengan Karpal Singh yang juga berura-ura untuk menarik diri.

"Dato' Param adalah peguam yang jarang diberi perhatian tetapi kini dia telah memahami kenapa mesti Sulaiman Abdullah menarik diri. Permintaan Sankara cuma dia tidak mahu bekerjasama dengan kumpulan Sivarasa yang dianggapnya sebagai 'bunch of idiots' dan tidak berpengalaman dalam kes yang berprofil tinggi.

Apa yang mengejutkan Dato' Param juga tidak sefahaman dengan Sivarasa dan enggan bekerjasama tambahan sikap bodoh Edmund James Bond yang langsung tidak digemari oleh Karpal Singh," dedah blog itu.-AIDC

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bikin Filem Lucah : Guru wanita dan pasangan warga Pakistan dihadap ke Mahkamah

Posted: 20 Dec 2013 07:05 PM PST

Melaka: Seorang guru wanita sekolah kebangsaan dan peniaga lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membuat filem lucah.
Kedua-dua tertuduh, Lizah Buang, 49, dan pasangannya Muhamad Usman Ali Liqat, 27 tidak mengaku bersalah atas pertuduhan ke atas mereka di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat filem lucah atau bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama jam 8.30 pagi pada 16 November lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b), Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM3,000 pada Lizah, manakala Muhamad Usman tidak ditawarkan jamin kerana lelaki itu adalah warga asing.

Lizah ketika merayu pengurangan jaminan memberitahu, hanya dia seorang bekerja, manakala suaminya sakit, selain mempunyai tanggungan enam anak.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Mohd Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500, manakala Muhamad Usman RM10,000 dan menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, rakan Muhamad Usman iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki bahan lucah termasuk kesalahan memeras ugut.
Mengikut pertuduhan pertama, Irfan Ahmed didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong penyerahan wang tunai RM10,000 oleh Lizah. Perbuatan itu dilakukan Irfan Ahmed di hadapan sebuah restoran di Bukit Beruang jam 12 tengah hari 20 November lalu.

Bagi kesalahan itu, Irfan Ahmed didakwa mengikut Seksyen 383, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.

Pertuduhan kedua dan ketiga, Irfan Ahmed didakwa memiliki sebuah pemacu pena jenama Kingston dan telefon bimbit mengandungi filem lucah.

Untuk pertuduhan keempat, tertuduh didapati ada dalam kawalannya sebuah komputer riba Dell mengandungi filem lucah.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 7.30 malam di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana dan dia didakwa mengikut seksyen sama seperti pertuduhan kedua dan ketiga.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin disebabkan lelaki itu adalah warga asing.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 7 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes.- 21 Dec 13 myMetro

Nurul (AF2) Menang Saman TV3, RM250,000

Posted: 20 Dec 2013 06:22 AM PST


Gambar fail menunjukkan Nurul (kiri) bersama suaminya dalam satu sidang media pada 6 Julai 2011 bagi menjelaskan status mereka.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburanMelodi dua tahun lepas.
Bernama melaporkan, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.
Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.
Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.
Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.
Sementara itu menurut rekod mStar Online pasangan itu telah membuat sidang media pada 6 Julai 2011 bagi menjelaskan pernikahan mereka di Narathiwat, Thailand tidak pernah membelakangi keluarga.
Keputusan bernikah di negara itu dibuat disebabkan kesukaran Nurul untuk mencari walinya disebabkan statusnya sebagai anak angkat.
Mereka bagaimanapun telah mendaftar perkahwinan berkenaan di Mahkamah Rendah Syarikah Hulu Langat, Kajang, dekat sini.

Culik di Pulau Pom Pom : Pelancong Taiwan Berjaya Diselamatkan

Posted: 20 Dec 2013 03:41 AM PST

Oleh FARIK ZOLKEPLI
PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.
"Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.
"Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu)," kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.
Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.
Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air di Pom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.
Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.
Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.
Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.
Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.
Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina. -   mStar

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Isu Zamihan vs Shahidan - memalukan PM @NajibRazak

Posted: 20 Dec 2013 08:12 PM PST

Berikut tulisan baru disiar dan disebar dengan disangkut ke wall rakan FB Panglima seramai beberatus orang.



Diulangi - isu ini isu agama / akidah bukan pentadbiran atau politik. Kena baca dengan pemahaman berbeza.

Panglima dalam isu akidah tidak kira siapa samada Umno Pas PKR akan kena tegur.
Termasuk musuh Asri iaitu Ust Fathul Bari.
Kita menegur hanya perkara salah sahaja bukan semua perkara kita tolak dari mereka.

Maka terimalah dengan lapang dada segala teguran bukan melenting seperti dunia seakan mahu kiamat. 

Kata mahu ikut Nabi? Sifat Nabi ke mahu herdik orang menyanggah pandangan ulama kerana anda sudah jadi Menteri?

Baca status FB Panglima ini :


Isu Zamihan vs Shahidan : Kenapa Shahidan melenting ? 


Jika beliau bukan Wahabi kenapa nak bising? Jika beliau tidak pernah terima dana Arab Saudi untuk Yayasan bagi tujuan dakwah wahabi kenapa nak lawan pegawai agama KDN yang memang memerangi ajaran menyeleweng ?


Semakin teruk nampak Kabinet Najib Razak bila ada Menteri tidak pandai hormat pandangan ulama yang sudi bantu kerajaan (bukan kejar kemewahan ya...)


Mereka ini lantang demi agama dan saya kenal siapa mereka sejak dahulu hingga sekarang.


Memang isu Syiah sama bahaya dengan Wahabi dan Pluralisme maka jangan kerana menjadi jaguh menentang Syiah maka anda akan selamat menyebar wahabi anda!


Maka mohon Pak Menteri yang memang saya sayangi kerana pendekatan beliau yang begitu rendah diri dengan rakyat - agar mendiamkan diri bab wahabi yang diistilahkan 'hantu' oleh beliau.


Jika mahu membaca bab 'hantu Wahabi' anda juga boleh baca tulisan Dr Asri Zainal Abidin yang pernah menulis di Utusan Malaysia sebelum disingkir kerana tulisan beliau menghina ahli tarekat dan mempertahan akidah sesat dari majoriti ulama ASWJ.


Baca dan anda akan dapati tiada Ijmak Qias selepas Quran dan Sunnah dalam tulisannya.




Serta mempertahankan akidah Uluhiyyah Rububiyyah dalam tulisan beliau.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive



Yang jelas diajar ulama wahabi klik sini http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/apa-itu-tauhid-uluhiyah-rubbubiyah-dan.html?m=1


Selain itu baca bagaimana akidah juga diancam jika virus wahabi dibiar. Banyak persamaan akidah mereka menyamai Yahudi. Tidak pelik kerana seperti juga Syiah, Wahabi bukan ajaran tulen dari Ulama Muktabar dunia Islam.



Akidah Yahudi :

Di dalam naskah kitab Taurat yang sudah dirubah yang merupakan asas akidah Yahudi yang mereka namakan " SAFAR AL-MULUK " Al-Ishah 22 nomer : 19-20 disebutkan :

و قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن يساره

" Dan berkata " Dengarkanlah, ucapan Tuhan..aku telah melihat Tuhanku duduk di atas kursinya dan semua pasukan langit berdiri di hadapannya dari sebelah kanan dan kirinya ".


Dalam kitab mereka yang berjudul " SAFAR AL-MAZAMIR " Al-Ishah 47 nomer 8 disebutkan :

الله جلس على كرسي قدسه

" Allah duduk di atas kursi qudusnya ".



Akidah wahabi-salafi :


Di dalam kitab andalan wahabi-salafi yaitu Majmu' al-Fatawa Ibnu Taimiyyah al-Harrani imam wahabi juz 4 halaman 374 :


إن محمدا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه



" Sesungguhnya Muhammad Rasulullah didudukkan Allah di atas Arsy bersama Allah ".

Di dalam kitab " Syarh Hadits an-Nuzul " halaman 400 cetakan Dar al-'Ashimah disebutkan bahwasanya Ibnu Taimiyyah berkata :


فما جاءت به الأثار عن النبى من لفظ القعود و الجلوس فى حق الله تعالى كحديث جعفر بن أبى طالب و 

حديث عمر أولى أن لا يماثل صفات أجسام العباد


" Semua hadits yang datang dari Nabi dengan lafadz qu'ud dan julus (duduk) bagi Allah seperti hadits Ja'far bin Abi Thalib dan hadits Umar, lebih utama untuk tidak disamakan dengan anggota tubuh manusia ".


Dalam halaman yang sama Ibnu Taimiyyah berkata :


إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سمع له أطيط كأطيط الرحل الجديد


" Jika Allah duduk di atas kursi, maka terdengarlah suara suara saat duduk sebagaimana suara penunggang bintang tunggangan karena beratnya "


Kitab tersebut dicetak di Riyadh tahun 1993, penerbit Dar al-'Ashimah yang dita'liq oleh Muhammad al-Khamis.


Di dalam kitab ad-Darimi (bukan ulama sunni al-Hafdiz ad-Darimi pengarang hadits sunan) halaman 73 disebutkan :

هبط الرب عن عرشه إلى كرسيه

" Allah turun dari Arsy ke kursinya "


Kitab itu terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah yang dita'liq oleh Muhamamd Hamid al—Faqiy.


Kitab ad-Darimi (al-wahhabu) ini dipuji-puji oleh Ibnu Taimiyyah dan menganjurkannya untuk dipelajari, sebab inilah wahabi menjadi taqlid buta.


Tapi akidah mereka ini disembunyikan dan tidak pernah dipublikasikan ke khalayak umum.


Sekedar info : Lafadz duduk bagi Allah tidak pernah ada dalam al-Quran dan hadits.


Akidah Yahudi :

Di dalam naskah Taurat yang sudah ditahrif yang mereka namakan " Safar at-Takwin Ishah pertama nomer : 26-28 disebutkan :


و قال الله نعمل الإنسان على صورتنا على شبهنا... فخلق الله الإنسان على صورته على صورة الله خلقه ذكرا و أنثى خلقهم

" Allah berkata ; " Kami buat manusia dengan bentuk dan serupa denganku…lalu Allah menciptakan manusia dengan bentuknya, dengan bentuk Allah, dia menciptakan laki-laki dan wanita ".



Akidah wahabi :


Di dalam kitab " Aqidah ahlu Iman fii Khalqi Adam 'ala shurati ar-Rahman " karya Hamud bin Abdullah at-Tuajari syaikh wahabi, yang dicetak di Riyadh oleh penerbit Dar al-Liwa cetakan kedua, disebutkan dalam halama 16 :


قال ابن قتيبة: فرأيت في التوراة: إن الله لما خلق السماء و الأرض قال: نخلق بشرا بصورتنا


" Berkata Ibnu Qathibah " Lalu aku melihat di dalam Taurat : " Sesungguhnya Allah ketika menciptakan langit dan bumi, Dia berkata : " Kami ciptakan manusia dengan bentukku ".

Pada halaman berikutnya di halaman 17 disebutkan :


و في حديث ابن عباس: إن موسى لما ضرب الحجر لبني إسرائيل فتفجر و قال: اشربوا يا حمير فأوحى الله إليه: عمدت إلى خلق من خلقي خلقتهم على صورتي فتشبههم بالحمير ، فما برح حتى عوتب


" Di dalam hadits Ibnu Abbas : " Sesungguhnya Musa ketika memukul batu untuk Bani Israil lalu keluar air dan berkata : " Minumlah wahai keledai, maka Allah mewahyukan pada Musa " Engkau telah mencela satu makhluk dari makhlukku yang Aku telah ciptakan mereka dengan rupaku, lalu engkau samakan mereka dengan keledai " Musa terus ditegor oleh Allah ".


Naudzu billah dari pendustaan pada Allah dan pada para nabi-Nya.


Baca selanjutnya http://semuatentangwahabi.blogspot.com/2012/07/bukti-kongkrit-akidah-wahabi-salafi.html?m=1


Sent from my iPhone

Cuba Lihat Menteri Kewangan Mana Paling Banyak Bina Tol Di Malaysia 1985-2008 - Jawapannya @anwaribrahim !!!

Posted: 20 Dec 2013 02:06 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai Sabtu : Fahami Maksudnya Terlebih Dahulu.

Posted: 20 Dec 2013 05:30 PM PST

Abu : Pakcik harga rokok sekarang mahal ...RM12 sekotak.

Pakcik: Lantaklah, pakcik org miskin dan tak hisap rokok. Lagipun rokok haram disisi Islam.

Abu : Pakcik, bil elektrik naik tahun depan?

Pakcik: Lantaklah, pakcik org miskin, bil api api pakcik RM50 je tak terlibat dengan kenaikan pun

Abu: Pak Cik, tol pun nak naik tahun depan?

Pakcik: La, apa kaitannya. Tol tu kat KL & Selangor je naik. Lagi pun pakcik orang miskin. Tapi betul jugak takkan orang Sabah, Sarawak, Kelantan & Terengganu nak tanggung subsidi tol diaorang. Berkorbanlah sikit.

Abu: Pak Cik, harga gula pun dah naik.


Pakcik: Pakcik dah terlebih makan gula. Lagi pun naik 34 sen je. Sebulan 2 kilo.. baru 68 sen. Miskin pakcik pun masih boleh bayar. Kerajaan jimat RM setengah billion... boleh bagi dana kat org miskin!

Abu: Dah harga minyak macam mana lak pakcik..setuju jugak ke?


Pakcik: Pakcik tak nak jawab lah...

Abu : Sebab apa pakcik..?


Pakcik: Sebab anak tak belajar ekonomi...subsidi melampau adalah penghalang kepada sifat daya saing dalam sesebuah ekonomi, dan ianya tak baik!!

Abu: Tapi kita semua merana pakcik?


Pakcik: Korang yang merana... aku yang miskin makin banyak nikmatnya ada macam-macam bantuan dan dana..sebab subsidi tu dah mengalir kepada yang sepatutnya !!!

Abu: Mana aci?


Pakcik: Kerana adil bukan samarata tapi ikut hak yang patut terima...pak cik yakin dengan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dengan "Program Pelarasan Subsidi Terarah" ini supaya tepat kepada golongannya khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Janganlah dianggap kerajaan ingin memperbodohkan rakyat


*ADIL merujuk kepada kesaksamaan, bukan kesamarataan. Fahami maksud, jangan jadi macam di bawah ni.


Isu Kenaikan Harga : Berak Tengah Jalan, Pemimpin PKR Paksa Orang Lain Cuci. @Najibrazak @khairykj

Posted: 20 Dec 2013 06:00 AM PST

Siang tadi MyMassa dedahkan bagaimana sebagai Menteri Kewangan, si ANU telah meluluskan berbelas projek lebuh raya yang mana perjanjian konsesi lebuh raya yang berat sebelah menyebabkan rakyat terpaksa tanggung bala yang diciptanya.

Klik untuk besarkan imej
Sebenarnya bukan sahaja dalam perjanjian konsesi sahaja dia menyebabkan Kerajaan dan rakyat rugi, si ANU juga membuatkan Kerajaan terpaksa menggunakan SPANCO sebagai syarikat yang menyewakan kenderaan jabatan kepada Kementerian dan Agensi.

Kor Ming terkejut terima soalan 'cepu mas' wartawan

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Ming menerima 'kejutan'di sidang medianya sendiri, melibatkan perjanjian kontrak penyewaan kereta rasmi kerajaan, semalam.

Beliau sebelum itu meminta kerajaan mengkaji semula pemberiaankontrak bernilai RM200,000 untuk tempoh 25 tahun dengan sebuah syarikat dan ingin tahu kenapa kontrak yang dilakukan tanpa tender terbuka.

Menurutnya, penrjanjian itu untuk menyewa 9,138 kereta bagikegunaan rasmi kerajaan seharusnya dilakukan secara tender terbuka,tetapi dibuat secara rundingan terus.

"Mengikut jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kerajaan melantik syarikat itu bagi pengswastaan kereta salon kerajaan mulai 1 Janurai 1994 hingga 2019.Syarikat itu bertanggungjawab membekal, menyeleggara dan membaiki kereta yang dipajak oleh kerajaan dan kerajaan akan membayar sewa setiap bulan.

Kor Ming mendakwa kos penyelenggaraan sebuah kereta terbabit dianggarkan sehingga RM18,000 untuk tempoh setahun dan memyifatkannya 'amat tidak masuk akal.'

Seorang wartawan kemudian bertanya Kor Ming siapakah Menteri Kewangan pada tahun 1994 dan kenapa itu masih diteruskan.

Apabila Kor Ming tidak menjawab soalan itu, segera wartawan itu berkata Menteri Kewangan ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang dan Anwar perlu memberi penjelasan.

Terkejut dengan kenyataan wartawan itu, Kor Ming berkata siasatan harus dilakukan terhadap kontrak itu dan semua pihak termasuk yang terlibat, termasuk Anwar mesti disiasat.
Sumber: Sinar Harian, Disember 3hb 2009

Berbalik kepada peningkatan harga yang menjadi isu hangat ketika ini, suka untuk MyMassa mendedahkan punca kenapa tarif elektrik terpaksa dinaikkan.

Ramai yang menyalahkan Kerajaan kerana melindungi pembekal kuasa bebas (IPP) yang mengaut keuntungan berlebihan. Malah ada yang menuduh bahawa Kerajaan menanggung subsidi kepada IPP. Persoalannya, siapakah yang mewujudkan IPP dan kemudiannya memberikan kepada kroninya?

Mari kita tengok senarai ini.

 
 
 
Sumber : http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_2_pproj2.html

Untuk mengetahui kroni siapakah ini, MyMassa kongsikan pendedahan oleh blogger PAS, Mohd Sayuti Omar dalam salah satu buku beliau.

Trademark Mohd Sayuti....dari dulu sampai sekarang mengeja pun tak betul
Nah. Sudah terang lagi bersuluh siapakah dalang tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan sekarang adalah untuk mengurangkan kesan kerugian kepada rakyat dan Kerajaan akibat daripada kerakusan seseorang mengaut keuntungan untuk kroninya ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Nasihat MyMassa, cukup-cukuplah berak tengah jalan tu.

FAKTA MENGENAI GST YANG PERLU KITA KETAHUI.

Posted: 20 Dec 2013 03:00 AM PST


Sebar-sebarkan poster ini untuk kefahaman kita mengenai fakta GST.

Jangan biarkan diri anda diselubungi auta.

Kalau kita tak faham - kita perlu bertanya, kalau tak tahu - jangan hentam saja. Nanti nampak sangat kebodohan kita.

Sesungguhnya mencari tahu, memahami dan menerima sesuatu kebenaran itu amat-amat dituntut agama. Lainlah kalau puak-puak liberal-ateis-sosialis-komunis-rasis-chauvinist, fikiran mereka telah tertutup dengan kepalsuan dan pembodohan berterusan. 

Anda tentu bukan di kalangan mereka itu. Renung-renungkan...selamat beramal.

Santai Petang : Rakyat Malaysia Sememangnya Manusia Yang Suka Bersaing.

Posted: 20 Dec 2013 12:35 AM PST

Bila harga minyak naik, berebut isi minyak.....
Bila harga gula naik, berebut beli gula.....
Tapi bila kadar tol naik, takkan sampai cenggini jadinya?


Sememangnya rakyat Malaysia amat KOMPETITIF dalam bab macam ni.

*Jangan lupa ketahui siapa dalang di sebalik kenaikan harga tol di sini: http://mymassa.blogspot.com/2013/12/anwar-ibrahim-kantoi-tipu-rakyat-dalam.html


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Raja Putar Alam Semakin Tertekan...!!! Mahkamah Tolak Permohonan Anwar gugurkan Shafee?

Posted: 20 Dec 2013 08:37 AM PST


Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kali kedua Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan, lapor Utusan Online.

Semalam, Muhammad Shafee berhujah dalam mahkamah menyatakan bahawa permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.

Muhammad Shafee dilaporkan Utusan berhujah, akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.


Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan?'' hujah beliau.

Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.

Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.


Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


DBKL Kurang Cukai Taksiran, Hanya Di Selangor Sahaja Cukai Pintu Naik 120%, Ada Orang Bantah?

Posted: 20 Dec 2013 07:02 PM PST



Analisa Untuk Wee Ka Siong Baca, Sila Cermin Diri Sendiri Dulu

Posted: 19 Dec 2013 10:30 PM PST

MCA perlu menerima keputusan fakta. Tidak perlu menuding jari menyalah pihak lain jika masyarakat Cina yang menyokong MCA (BN) hanya tinggal 10% sahaja dalam PRU13 yang lepas. Perlu terima keputusan fakta. Analisa keputusan dengan teliti dan cari kelemahan diri sendiri.

Fakta fakta di bawah ini perlu dinilai oleh MCA. Cerminlah diri sendiri dulu.


Berikut adalah keputusan PRU12 dan PRU13. Lihat statistik di atas, nilai berdasarkan prestasi bukan emosi. Di manakah kedudukan MCA?

MCA hanya dapat 7 kerusi daripada 37 yang masuk bertanding, hanya 19% kemenangan. Lebih teruk daripada keputusan PRU12 iaitu 38%.  Apakah semua keputusan yang MCA dapat ini adalah kerana salah orang lain?


MCA adalah parti komponen BN yang ke-4 paling lemah. Apakah semua itu terjadi kerana salah parti komponen yang lain?
 
Tiga lagi parti komponen BN yang mendapat keputusan yang teruk adalah Gerakan, MCA dan SUPP.  Gerakan kedua paling teruk iaitu hanya menang 9% pada PRU13 berbanding 17% pada PRU12. Merosot lagi 8%.

Parti komponen BN yang ketiga paling teruk adalah SUPP. Pada PRU12 mendapat pencapaian 86% (namun hanya kalah 1 kerusi parlimen). Pada PRU13, SUPP tewas 5 kerusi parlimen, hanya 17% menang daripada jumlah kerusi bertanding. Merosot 69%.
 
Parti komponen BN yang ke-4 paling teruk prestasinya adalah MCA. Pada PRU12 mendapat 38%. Namun pada PRU13, hanya mendapat 19%, menang 7 kerusi dan kalah 30 kerusi. Merosot 19%.

Berdasarkan analisis, dari segi peratusan menang, komponen BN yang paling merosot adalah SUPP. Merosot 69%. Namun berdasarkan jumlah kerusi, MCA yang paling banyak kehilangan kerusi iaitu 30 kerusi. Salah siapa?
30 calon MCA kalah, DAP bertambah 10 kerusi di parlimen. Salah siapa? Mengapa tidak menganalisa balik mengapa 30 calon itu kalah? Apakah ada sumbangan faktor calon?

DAP menang di 30 kawasan yang majoriti masyarakat Cina adalah lebih 50% di parlimen tersebut. 8 lagi kawasan DAP menang iaitu (Kluang, Teluk Intan, Puchong, Taiping, Serdang, Seremban, Rasah dan Sandakan) adalah komposisi masyarakat Cina kurang 50%.
 
Jumlah pertambahan undi yang DAP perolehi berbanding keputusan PRU12  di 38 parlimen adalah sejumlah 552,852 undi. Pertambahan pengundi baru di kawasan DAP menangi adalah  sejumlah   411,996 orang.

MCA juga didapati terbukti lemah dalam mendaftarkan pengundi baru dalam PRU13, apakah itu salah parti komponen BN juga? Belajarlah bagaimana MCA Kedah mengembalikan sedikit harapan untuk BN di Sungai Limau. 

Biarpun kalah, namun ada pertambahan undi di Kedah. MCA perlu duduk, analisa dan belajar daripada kekalahan. Tidak perlu tuding jari pada kawan. Musuh tetap akan kuat dan bertambah kuat jika kita tidak akui kelemahan diri sendiri.


Wee Ka Siong kena ingat, dia menang di Ayer Hitam kerana di situ ada 57.91% orang Melayu. Bagaimana kalau orang Melayu di situ rasis tidak mahu mengundi Cina (Wee Ka Siong)? 

Beliau kena ingat perpaduan dalam BN sudah lama terjalin, usah buat kenyataan yang akhirnya akan mengguris hati pengundi Melayu di Ayer Hitam. Sila cermin diri sendiri dulu.