Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


DAP above the law ?

Posted: 19 Dec 2013 10:24 PM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Orang Cina mahu hak mengundi mereka dihormati...!!! Tetapi kalau tak sedar diri, kuat menipu dan sakitkan hati 'rakan' bagaimana pula?

Posted: 19 Dec 2013 07:40 PM PST


Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 12 Disember 2013 memaparkan tulisan Li Liang Shi berkenaan apa orang Cina mahu melalui ruangan Pendapat YuanLun.

Selepas tamatnya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, aktivis kaum mula mengeluarkan kenyataan yang fanatik terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini termasuk mengatakan orang Cina tidak tahu berterima kasih, apakah sebenarnya yang orang Cina mahukan dan sebagainya.

Sejak zaman Dinasti Song sudah ada orang Cina berhijrah ke Selatan untuk mencari kehidupan baharu dan pada pertengahan Dinasti Ching bermulanya orang Cina berhijrah beramai-ramai ke Selatan menjadi rakyat Malaya.

Dari situ sehingga selepas peperangan dunia kedua mereka hidup dan mati di bumi ini, menganggap di sinilah kampung halaman mereka terutama sekali generasi kedua, ketiga dan keempat, kampung halaman mereka adalah Malaysia. Mereka mempunyai saudara-mara dan sudah biasa dengan keadaan dan suasana tinggal di sini. Negara China yang jauh itu dianggap sebagai kampung asal tradisi dan kebudayaan di sana bagi mereka tidak biasa dan tidak mesra dengan China.


Negara kita telah separuh abad merdeka, sistem politik kita mengikut susur galur dari sistem politik British, kita juga telah mengharungi 13 kali PRU tetapi masih ada ramai orang yang tidak capai kualiti demokrasi. Sebuah masyarakat demokrasi dan bebas selain berhak mengundi, kita juga ada hak untuk memilih mana-mana calon dan mana mana parti, kita perlu menghormati pilihan setiap orang.

Hari ini kebanyakan orang Cina berubah kepada mengundi parti pembangkang, BN sebagai kerajaan yang memerintah tidak boleh pandang dan bersikap sinis terhadap perkara ini.

Selepas PRU sepatutnya mengambil berat perkara ini, redakan fikiran dan dendam, dengar suara masyarakat Cina dan hentikan perosak-perosak dalam parti yang sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan hubungan antara kaum.

Bawa negara ini ke arah perpaduan dan kemajuan, mengkritik dan bermusuh-musuhan hanya akan membawa padah kepada perpaduan negara. Penulis yakin pemimpin yang bijaksana faham dan mengerti ke mana hala tuju yang akan dibawa.


Orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini, jasa dan usaha yang mereka gembleng banyak dan tidak terbilang besarnya. Jasa masyarakat Cina kepada negara ini pasti tidak kurang daripada kaum lain, orang Cina bersama-sama kaum lain berusaha, yang penting mereka mahu negara ini menuju kepada sebuah masyarakat bersatu padu dan stabil. Hari ini ada orang tanya apakah yang orang Cina mahu?

Orang yang mengeluarkan kenyataan seperti ini perlu tanya pada diri mereka sendiri sama ada kualiti pemikiran mereka dan dada mereka terbuka luas untuk demokrasi ataupun tidak, kata-kata seperti ini bukan sahaja menyakitkan hati ramai orang Cina yang cintakan negara ini, malah merosakkan perhubungan dan perpaduan antara kaum negara ini yang selama ini wujud.

Jika masih ada orang yang bertanyakan apakah yang orang Cina mahu, pasti orang Cina akan bertegang urat berteriak kuat, kami mahukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, jika terlaksana keadilan, kebenaran dan ketelusan.


Orang Cina tidak akan menentang negara ini, kerana mereka amat cintakan negara ini, mereka sanjung tinggi demokrasi, mereka juga tidak menentang kerajaan kerana kerajaan tidak semestinya kerajaan BN, mereka mengundi hanya mahu pilih kerajaan.

Secara ikhlas mereka berharap semua pihak lihat keputusan PRU secara rasional, bersama-sama bertungkus lumus untuk negara ini, jangan hancurkan dan koyakkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.

Persoalannya disini adalah, benarkah orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini? Kalau mereka benar-benar sayang dan cintakan negara ini, apakah sumbangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara ini dari ancaman musuh! Ambil contoh pencerobohan di Lahat Datu, Sabah! Kalau meraka sayangkan negara, mengapa mereka sering mempersoalkan aset-aset dan bajet untuk angkatan tentera yang menjadi rahsia kerajaan?


Berapa ramai diantara mereka yang mahu menjadi anggota tentera dan polis? Berapa ramai diantara mereka yang sanggup tinggal anak bini untuk masuk kehutan demi menjaga keselamatan dan keamanan negara? Yang mereka tahu hanyalah mencari duit...duit dan duit...!!! Siapa yang kuat memberi rasuah? Ya, mereka sudah menguasai ekonomi dan sekarang nafsu besar mereka adalah untuk menghapuskan KUASA orang Melayu. Fikir dan renongkanlah!

Suara Politik
Belantan

Kenaikan kadar TOL di Selangor?

Posted: 19 Dec 2013 09:00 AM PST


Mari kita berfikir sejenak pada 5 FAKTA ini.

(1) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang kenaikan kadar tol terutama sekali di KESAS walaupun Kerajaan Negeri Selangor adalah pemegang saham terbesar dalam konsesi berkenaan?

(2) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak membayar pampasan di semua tol dalam negeri masing-masing di sebalik menaikkan gaji dan elaun ADUN mereka sebanyak 300%, bagi mengelakkan konsesi menaikkan tol?

(3) Mengapa semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri langsung tidak berusaha untuk mengawal harga hartanah melalui Skim Perumahan Mampu Milik yang agresif seandainya benar mereka benar-benar mengambil berat tentang kebajikan rakyat sebagaimana yang didakwa?

(4) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan langsung tidak berusaha untuk menurunkan harga petrol seperti dalam Manifesto dengan menggunakan kaedah-kaedah yang mereka banggakan dalam setiap kempen atau melaksanakannya menggunakan mekanisme air percuma 20 meter padu di Selangor?

(5) Di sebalik seruan untuk mengajak rakyat berdemonstrasi dan seterusnya menggulingkan kerajaan, mengapa agaknya Pakatan Rakyat tidak pernah dapat menjawab keempat-empat isu berkenaan?


Malangnya Pakatan Rakyat sebenarnya hanya berminat untuk menggunakan isu kenaikan harga bagi mendapatkan populariti. Hakikatnya, mereka juga sebenarnya tidak lebih baik daripada Kerajaan yang mereka cuba gulingkan bahkan mereka akan melebihkan syarikat-syarikat konsesi mahupun taukeh-taukeh kapitalis yang berada di belakang mereka.

Rakyat hanyalah dijadikan isu dan alasan. Hakikatnya yang dikejar adalah kuasa dan apabila berkuasa, seperti yang kita dapat lihat di Pulau Pinang dan Selangor, itulah juga yang akan berlaku. Bahkan rakyat akan lebih tertekan menerusi kenaikan cukai dan premium tanah serta cukai-cukai yang lain di bawah kuasa Kerajaan Negeri.


Sementara itu, SAH, TIADA KENAIKAN TOL PLUS

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Suara Politik
Belantan

PAS melenting jika kena tegur?

Posted: 19 Dec 2013 01:17 AM PST


Marah orang PAS kepada Ustaz Kazim Elias bukan bermula dua minggu lalu apabila beliau ditawarkan menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Pemimpin dan penyokong PAS sudah berbuku hati dengan beliau sudah lama. Puncanya, Ustaz Kazim suka bercakap benar. Ketika masih menjadi ahli PAS, beliau sering dan berani mengeluarkan pandangan mengenai pelbagai isu agama, termasuk menyentuh politik semasa dalam ceramahnya.

Banyak kali pandangannya bercanggah dengan pendapat pemimpin PAS. Bagi orang PAS pandangan yang menyakiti telinga dan hati tidak boleh diterima, walaupun benar. Jika teguran Ustaz Kazim terkena kepada pemimpin PAS melentinglah mereka. Jika teguran terkena kepada orang lain, diam dan senang hatilah mereka. Maknanya, bagi orang PAS, kebenaran adalah sesuatu yang subjektif, bukan mutlak.

Ustaz Kazim tegas menolak tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR kerana dibuat atas dasar dendam kesumat kepada Muslimin lain. Katanya, PAS tidak konsisten dengan perjuangan sendiri dan gagal mempertahan konsep Negara Islam apabila bersekongkol dengan parti dipimpin orang yang terang-terang menolak Islam, anti-Melayu serta menyokong pluralisme dan homoseksualiti.

Manakala PAS hanya bercakap, kerajaan pimpinan UMNO sudah lama melaksanakan dasar Islam dalam kehidupan umat meliputi sistem kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pentadbiran dan ekonomi. "Busuk-busuk orang UMNO, mereka jaga Islam dan boleh laksana dasar Islam. Tapi busuk-busuk orang PAS, mereka rela bersekongkol dengan puak anti-Islam, penentang sekolah agama dan pendukung liberalisme semata-mata nak ke Putrajaya," katanya dalam satu ceramah pada 2012.

PAS sanggup jual agama

Pandangan begini tentulah tidak popular dalam kalangan orang PAS. Pemikiran popular dalam PAS ialah menjatuhkan kerajaan UMNO-BN (Barisan Nasional) dengan apa cara sekali pun. Yang utama ialah mendapat kuasa, nilai dan ajaran agama boleh diketepikan dulu. Justeru, PAS sanggup menjual agama dan berkompromi dasar perjuangan sendiri.


"Bila PAS tukar negara Islam kepada negara berkebajikan, ahli sendiri jadi keliru. Kalimah Allah juga tidak dipertahan. Bila ada pemimpin PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata kalimah Allah boleh diguna orang bukan Islam selagi mereka tidak salah guna, bagaimanakah cara dia nak kawal? PAS lebih rela menjaga hati DAP dan PKR daripada menjaga hati umat Islam dan martabat agama." Sila baca di sini.

Padahal, dalam kalangan pemimpin DAP dan PKR, ramai yang rasis, pembohong, pemfitnah dan pengamal pluralisme agama.

Ustaz Kazim juga mengkritik sikap hipokrit PAS. "Dalam soal hudud, orang PAS cepat hukum Kerajaan Pusat sekular dan kafir kerana belum laksanakannya. Padahal negeri yang diperintah PAS puluhan tahun pun tak laksana juga. Belum laksana hudud bukan bermakna tolak Islam. Samalah apabila seseorang belum pergi haji tidak bermakna dia tolak haji, justeru, boleh dilabel kafir."

PAS tak patut musuhi kerajaan

PAS sepatutnya berperanan melengkapkan pelaksanaan dasar dan perundangan Islam dalam negara ini, bukan memusuhi kerajaan yang diterajui pemimpin Melayu-Islam atau membuang dasar dan prasarana yang terbina selama ini. "Ibarat karpet atau sejadah di rumah kita. Jika setompok saja terkena air kencing anak kecil, kita perlu basuh di tompok itu saja. Tidak perlulah kita basuh semua tempat atau buang kar-pet itu. Kita ikutlah cara Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan cara Syiah atau Khawarij."


Malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali daripada tegurannya. Ustaz Kazim menganggap Nik Aziz menghina Nabi Muhammad kerana berpandangan Baginda hanya mendapat rahmat Allah apabila dilantik menjadi Nabi pada umur 40 tahun. Menurut Nik Aziz, sebelum itu, Nabi Muhammad 'sama seperti mamat-mamat lain' malah ibu Baginda, Aminah, tidak tahu beliau mengandungkan seorang nabi. "Orang yang berkata begini fahaman apa ni?

Tidakkah dia tahu mamat-mamat lain di Makkah ketika itu masih jahiliah, minum arak dan sembah berhala? Nabi Muhammad macam itukah?" Menurut Ustaz Kazim, banyak hadis sahih menegaskan kerasulan Nabi Muhammad. Dalam satu ceramahnya, pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus berkata Nik Aziz sudah 'terbatal akidahnya' kerana merendahkan martabat Rasulullah.

Menurut Ustaz Kazim, agama menjadi bercelaru apabila pemimpin politik mengambil alih peranan Majlis Fatwa dan mengeluarkan fatwa sesuka hati. Sikap Nik Aziz yang celupar dan tidak berhati-hati mendorong ramai pengikut seacuan, tidak terkecuali beberapa artis yang baru masuk PAS dan terus menjadi ustaz dan ustazah. "Baru dua hari pakai tudung dah jadi ustazah. Mana boleh beri ceramah agama kepada orang tanpa ilmu, tanpa belajar?"

Oleh kerana ketegasan dan atas nama kebenaran dalam memberi pandangan, Ustaz Kazim sering difitnah dan dipanggil pelbagai nama buruk seperti Ustaz Khinzir.

Kepada mereka, beliau memberi amaran. "Ada orang beritahu anak saya yang belajar di Darjah 6 bahawa bapanya adalah anjing. Mereka pakai serban dan jubah tapi mulut tak jaga. Islam tak ajar kita fitnah atau maki orang. Ini perbuatan fasik dan haram. Ingatlah, seburuk-buruk fasik ialah memberi gelaran buruk dan hina kepada orang lain."

Suara Politik
Belantan

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Hari Jumaat ,Waktu Paling Mustajab Doa(Perbahasan Ulamak)

Posted: 19 Dec 2013 06:37 PM PST

Sekadar hiasan
Ibnul Hajar dalam Fath al-Baari, menyebutkan ada 43 pendapat di antara 
para ulama mengenai suatu waktu yang terdapat pada hari Jumaat
 

Beliau berkata, "Tidak diragukan lagi bahawa pendapat yang paling rajih (kuat) adalah hadis Abu Musa dan hadis Abdullah bin Salam… Namun para ulama salaf masih berbeza pendapat manakah dari keduanya yang lebih rajih."
.
Seterusnya Ibnul Hajar menjelaskan, majoriti ulama seperti Imam Ahmad dan lain-lain, mentarjih bahawa waktu tersebut terdapat pada waktu akhir hari Jumaat.
Di akhir ucapannya, Ibnul Hajar cenderung kepada pendapat Ibnul Qayim, iaitu pengabulan doa itu diharapkan juga pada ketika melakukan solat. Sehingga kedua waktu tersebut merupakan waktu ijabah (pengabulan) doa, meskipun saat yang khusus itu ada di hujung hari selepas solat solat Asar.

Pendapat Yang Paling Rajih (Kuat)
Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 3 pendapat yang paling 'rajih(kuat) :~a. Waktu Dari Imam Mulai Duduk Sehingga Selesai Solat JumaatWaktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat didirikan.

Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asyari Radhiyallahu Anhu, dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhu berkata padanya, "Adakah engkau telah mendengar ayahmu menyampaikan hadis dari Rasulullah mengenai waktu mustajab pada hari Jumaat?" Lalu Abu Burdah menjawab, "Ya! Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ

"Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat."
(HR. Muslim)
.
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Namun, waktu istijabah ini tidak penuh sejak duduknya imam di mimbar sampai selesainya solat. Dia datangnya kadang-kadang mengikut lafaz hadis, "Yuqalliluhaa" (sangat sekejap).
.
Imam ash Shan'ani rahimahullah dalam Subul as Salam, menyebutkan masanya kadang-kala di awal, di tengah atau di akhir. Ketikanya bermula sejak bermulanya khutbah sehingga habis selesainya solat. (Subul as Salam)
.
Manakala Imam As-Suyuthi rahimahullah pula menentukan waktu yang dimaksudkan adalah ketika solat didirikan.


b.)  Waktu Di Antara Dua Khutbah Jumaat


Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
 .
Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullahصلى الله عليه وسلم sedang menerangkan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ

"Sesungguhnya  padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika yang tidak ditemui oleh seseorang yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Dan Rasulullahصلى الله عليه وسلم menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja (sangat singkat) waktu itu.

c.)  Waktu Terakhir Selepas Asar
.
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda;

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

"Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar."
(HR. An-Nasai dan Abu Daud).
.
Hadits Abdullah bin Salam, dia bercerita: "Aku berkata;
"Sesungguhnya kami mendapatkan di dalam Kitabullah bahawa pada hari Jumaat terdapat satu masa yang tidaklah seorang hamba mukmin berada padanya lalu berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT, melainkan akan dipenuhi permintaannya."
Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengisyaratkan dengan tangannya bahawa masa itu hanya sedikit sahaja.
Kemudian Abdullah bin Salam bertanya; "Bilakah ketiknyaa ia berlaku?"
Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, "Masa itu berlangsung pada akhir waktu siang."
Setelah itu Abdullah bertanya lagi, "Bukankah saat itu bukan waktu solat?"
Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab;

بَلَى إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا صَلَّى ثُمَّ جَلَسَ لَا يَحْبِسُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ فَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

"Benar! Sesungguhnya seorang hamba mukmin jika melakukan solat kemudian duduk, tidak menahannya kecuali solat, melainkan dia berada di dalam solat."
(HR. Ibnu Majah. Syaikh al Albani menilainya hasan sahih).
.
Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

التمسوا الساعة التي ترجى في يوم الجمعة بعد العصر إلى غيبوبة الشمس

"Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu setelah 'Asar sampai tenggelamnya matahari." (HR. at Tirmidzi; dinilai Hasan oleh al Albani di dalam Shahih at Tirmidzi dan Shahihh at Targhib).
.
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: "Diriwayatkan Sa'id bin Mansur dengan sanad sahih kepada Abu Salamah bin Abdirrahman, ada beberapa orang dari sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم berkumpul lalu saling menyebut satu masa yang terdapat pada hari Jumaat. Kemudian mereka berpisah tanpa berbeza pendapat bahawa saat tersebut berlangsung pada akhir waktu dari hari Jumaat." (Fath al Baari: II/421 dan Zaad al-Ma'ad oleh Ibnul Qayim I: 391)
.
Diriwayatkan Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas, dia berkata: "Masa (mustajab) yang disebutkan ada pada hari Jumaat itu terletak di antara solat Asar dan tenggelamnya matahari."
Sa'id bin Jubair jika sudah selesai melaksanakan solat Asar, dia tidak mengajak seorang pun berbual sehingga matahari terbenam.
.
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, itu adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya.
.
Ibnul Qayyim juga mengatakan, "Menurut saya, ketika solat merupakan waktu yang diharapkan pengabulan doa. Kedua-duanya merupakan waktu pengmakbulan meskipun satu ketika yang khusus itu di akhir waktu selepas solat Asar. Hari Jumaat merupakan hari yang pastinya masa mustajab itu berlaku. Adapun ketika mustajab pada waktu solat, ia mengikuti waktu solat itu sendiri sehingga boleh awal atau kemudian. Kerana ketika berhimpunya kaum muslimin, solat, tunduknya dan munajat mereka kepada Allah memiliki pengaruh terhadap pengabulan (doa). Dengan demikian, masa pertemuan mereka merupakan ketika yang diharap dikabulkannya doa. Dengan demikian itu, seluruh hadits berpadu antara yang satu dengan yang lain.." (Zaad al-Ma'ad: I/394)
.
Pendapat ini juga yang dipilih oleh Syaikh Ibnu Bazzrahimahullah sebagaimana yang dinukil oleh DR. Sa'id bin Ali al Qahthan dalam Shalatul Mukmin. Syaikh Ibnu Bazz berkata, 
"Perkara itu menunjukkan bahawa sudah sewajarnya bagi orang muslim memberikan perhatian terhadap hari Jumaat kerana di dalamnya terdapat satu masa yang tidaklah seorang muslim berdoa memohon sesuatu bertepatan dengan ketika tersebut melainkan Allah akan mengabulkannya, iaitu setelah solat Asar. 

Mungkin juga masa ini berlaku setelah duduknya imam di atas mimbar. Oleh kerana itu, jika seseorang datang dan duduk setelah Asar menunggu solat Maghrib seraya berdoa, doanya akan dikabulkan. Demikian juga jika setelah naiknya imam ke atas mimbar, seseorang berdoa dalam sujud dan duduknya maka sudah pasti doanya akan dikabulkan." 
(DR. Sa'id bin Ali bin Wahf al Qahthani, Ensiklopedi Solat menurut al-Quran dan as Sunnah).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A'lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
-Sumber-

Wanita Kawin Dengan Suami Tua,Bagaimana Agaknya Malam Pertama Dia

Posted: 19 Dec 2013 04:57 PM PST

.Wanita kahwin dengan jambatan  | Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.

 


 

Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.


Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. "Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat," katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

"Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini," katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.
Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi
Dunia hari ini dipenuhi oleh orang orang sakit jiwa ,macam-macam hal ada.. 
Lepas ni jangan ada mana mana perempuan Duduk atas  jambatan ni sebab dia dah jadi suami orang,wakaka..

Jerit merdeka bukan lagi pengisiannya.

Posted: 19 Dec 2013 05:11 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kenapa ye menjerit merdeka, Merdeka itu apa 
Kita pernah kena jajah, tu sebab jerit merdeka saban tahun 
Merdeka tu kita bebas dari dikuasai oleh kuasa asing 

Kita merdeka dari siapa 
Siapa yang buat kita terjajah 
Cara macam mana kita merdeka 
Perlukah kita saban tahun 
Mengimbau tahun sebelum 1957 
Untuk menunjukkan kepada penjajah 

Salah? kita lupakan garis masa dijajah 
Yang sudah tu sudahlah 

Jangan sekarang kita dijajah 
Oleh bangsa sendiri yang pendusta 
DAN 
Pelanggar Amanah Allah S.W.T 
Yang kononnya sebagai pemimpin terbilang 
Rupa-rupanya bukan sekadar temberang 
Tetapi berusaha menutup tembelang 
Untuk menutup tembelang 
DAN 
Menutup isu semasa 
Makanya carilah isu salahkan orang itu ini 
Hal begitu begini 

DAN lagi DAN
DAN lagi DAN - DAN banyak lagi 

Sebenarnya kita masih dijajah oleh parasit politik 
Perompak berlesen atas nama politik 
Penjenayah berlesen atas nama politik 
Penipu tegar berlesen atas nama politik 
Pengkhianat tegar berlesen atas nama politik 
Muka tidak tahu malu atas nama politk 
Makanya jeritan merdeka perit dilesukan 
Penuh dengan wayang 
DAN 
Terpenuh sekadar ilusi bengong 

Penuh tipu daya atas dasar politik 
Penuh kesombongan dan ketakburan atas dasar politik 
Penuh kepunahan dan kemusnahan atas dasar politik 
Penuh kesyaitanan laknatullah 
Serta keiblisan laknatullah atas dasar politik 

Sampai bila rakyat Malaysia 
Tidak dibelenggu dengan penjajahan 
Penjajahan oleh mahluk Allah S.W.T. 
Yang lupa nyawanya hanya pinjaman 
Azab api Neraka itu maha pedih 

Cittt!!! 
Tara baik punya orang 
Tara babut punya olang 
Itukah rupanya pengisian erti kemerdekaan? 

Bila suara hatiku sesekali berbunyi. 
Atas nama diam itu indah. 
Diam itu sejahtera. 

Terbitan asal: 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
ime-k13.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Kedudukan Husam Musa turun pangkat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga !!!

Posted: 19 Dec 2013 05:12 AM PST

Husam Musa, Mohd. Amar

KOTA BHARU 16 Dis. - Pengumuman Datuk Husam Musa yang 'diturunkan pangkat' dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan kepada Timbalan Pesuruhjaya 3, terus menimbulkan pelbagai persoalan apabila tiada penjelasan mengenainya dibuat.

Antara persoalan yang mula menjadi perbualan orang ramai ialah, kemungkinan perkembangan itu satu lagi petanda ke arah penyingkiran Husam daripada menduduki saf kepimpinan Pas negeri setelah digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah semasa diminta mengulas isu tersebut berkata, senarai Badan Perhubungan Pas Kelantan itu hasil daripada cadangan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob.

"Saya tidak boleh beri ulasan. Itu cadangan Pesuruhjaya Pas negeri dengan persetujuan Badan Perhubungan Pas negeri. Sebab-sebabnya kita tidak tahu. Itu kena tanya Pesuruhjaya," katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad melalui laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan mengumumkan senarai Badan Perhubungan Pas Negeri yang baharu dengan menyaksikan Husam 'diturunkan pangkat' daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 kepada Timbalan Pesuruhjaya 3.

Kedudukan terbaharu Husam itu semakin menimbulkan persoalan mengenai masa depan politik beliau di negeri ini selepas digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan ahli Pas.

Mohd. Amar yang baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 berkata, keputusan tersebut dibuat secara kolektif setelah Badan Perhubungan Pas Negeri menerima cadangan daripada Pesuruhjaya Pas negeri.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131217/po_03/Kedudukan-Husam-diputus-secara-kolektif---Mohd-Amar#ixzz2nvTYSevV 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


TERKINI : Skandal Adi Putra : Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu

Posted: 19 Dec 2013 09:24 PM PST

Amiruddin bersama isterinya, Noraida pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.
"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof dan peguam mereka melakukan sidang media pada 12 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.
"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.
"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - mStar

Pengurus Liverpool kutuk Vincent Tan jahil urus bola sepak

Posted: 19 Dec 2013 08:37 PM PST

Pengurus Liverpool, Brendan Rogers melancarkan serangan mulut semalam kepada pemegang saham terbesar Cardiff City, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan (gambar) dan menuduh Tan tidak tahu apa-apa dalam menguruskan pasukan bola sepak.
Susulan khabar angin pemecatan pengurus Cardiff City, Malky Mackay, Rogers mempertahankan rakan setugasnya dan berkata, beliau tidak faham mengapa ia sering diperkatakan.
"Apa yang dapat saya katakan dari luar pasukan itu, ialah mereka diuruskan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. Dia memanglah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan kehidupan dan tahniah diucapkan, tetapi perniagaan bola sepak bukan seperti perniagaan yang lain.
"Mackay menyertai sebuah pasukan dengan 10 pemain baru dan beliau harus melatih pasukan yang baru. Tetapi beliau tetap mengambil cabaran itu dan mengubah mentaliti serta budaya di Cardiff City, lantas membawa mereka ke pusingan akhir Carling Cup dan mendapat tempat di musim playoff.
"Musim yang seterusnya, dia berjaya menjadikan Cardiff City sebagai pasukan kedua di Wales untuk bermain di pusingan tertinggi. Saya amat terkejut akan adanya khabar angin tentang pemecatan beliau," katanya kepada Guardian.
Rogers turut mempertahankan ketua bahagian sumber manusia Cardiff City, Iain Moody, yang dipecat dan berkata, beliau pernah bekerja dengannya di Watford.
Katanya, Moody adalah antara individy yang ikhlas pernah ditemuinya.
Sementara itu, Daily Mail melaporkan Mackay berada di ambang pemecatan selepas Tan menghantar emel agresif, memerintahkan beliau untuk berhenti atau beliau akan diberhentikan. Tan enggan untuk melepaskan Mackay disebabkan wang pampasan yang harus dibayarnya sebanyak £3 juta (RM16 juta).
Dalam emel beliau yang panjang itu, jutawan Malaysia itu mengkritik cara Mackay menguruskan pasukan itu termasuk cara mengendalikan bajet dan berbelanja secara berlebihan sehingga mencecah £15 juta (RM79 juta) pada musim lalu.
The Daily Mail juga melaporkan bahawa prospek Mackay meninggalkan pasukan itu sangat rendah, dengan lebihan provokasi yang beliau hadapi. Namun, The Daily Mail melaporkan sumber yang dekat dengan Mackay berkata, episod buruk ini bakal berakhir minggu depan.
Bekas penyerang pasukan bola sepak Manchester United dan pengurus Molde, Ole Gunnar Solskjaer adalah antara nama yang muncul sebagai kemungkinan pengganti Mackay.
Pasukan Solskjaer dari Norway turut mendedahkan bahawa beliau didekati sebuah pasukan dari Britain namun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut.
Selain pengambilan pengurus baru, jika Mackay dipaksa meninggalkan pasukan itu, Cardiff City juga sedang mencari pangarah bola sepak.
Pasukan itu mengaku bahawa mereka memerlukan seorang profesional dalam industri bola sepak untuk berunding tentang isu pengurusan dan isu umum.
Huru-hara di Cardiff City yang dimulakan dengan pemecatan Moody berakhir kebelakangan ini, tetapi pasukan itu kembali bermasalah apabila Mackay menyarankan pengambilan tiga pemain baru untuk Januari depan.
Tan mengkritik Mackay secara agresif pada Isnin lalu dan berkata tiada sesen pun akan diberikan. – 20 Disember, 2013. - TMI

FB gambar gadis ghairah

Posted: 19 Dec 2013 06:10 PM PST

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.


"Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut. Sinar Harian

Touch n" Go digodam

Posted: 19 Dec 2013 12:09 PM PST

Rakaman skrin yang diambil daripada video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go.
PETALING JAYA: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.
Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.
"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. - mStar

Review Filem : 47 Ronin Sarat Dengan Emosi

Posted: 19 Dec 2013 05:36 AM PST


Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Setelah lama menantikan kemunculan filem epik yang diinspirasikan dari hikayat sebenar ini, akhirnya 47 Ronin bakal muncul di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 19 Disember 2013.
Bagi yang pernah melihat trailer 47 Ronin sebelum ini, pasti hati kecil anda terdorong untuk mengetahui kisah sebenar yang menjadi punca samurai-samurai Jepun menyimpan dendam kesumat selama bertahun lamanya.
Untuk pengetahuan anda, 47 Ronin merupakan sebuah kisah lagenda terkenal Jepun mengenai pengorbanan dan kesetiaan samurai kepada ketua mereka.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Menerusi filem arahan Carl Rinsch terbitan United International Pictures ini, peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai.
Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua 47 Ronin.
Sejak daripada itu, kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Lebih menyedihkan, Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah. Manakala puteri Ako, Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan.
Setelah setahun menderita, Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka.
Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Mika.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Persoalannya kini, mengapa kami katakan 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi? Walaupun ianya adalah filem aksi, namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan.
Sebagai contoh, penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira.
Tidak hanya disulami dengan elemen kasih sayang antara Kai dan Mika, 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Selain itu, penonton juga didedahkan dengan budaya masyarakat dahulukala di Jepun yang mengamalkan hukuman bunuh sekiranya melanggar arahan ketua pemerintah dan undang-undang kerajaan.
Bagi yang sudah lama tidak menonton filem-filem berkualiti, jangan lupa saksikan 47 Ronin merungkai sejarah lama bermula esok di pawagam berdekatan dalam versi 3D.
Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem ini di bawah supaya dapat memberi sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya. Semoga terhibur!

Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini! –

Posted: 19 Dec 2013 03:56 AM PST

DECEMBER 19, 2013
Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.
Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.
Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.
Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.
Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan elektrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.
Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?
Tindakan Najib dan kerajaan begitu cepat mengumumkan pelbagai kenaikan sekarang ini telah mengundang kegelisahan yang tiada taranya kepada rakyat. Di mana-mana juga suara resah dan bimbang itu boleh didengari. Tidak saja golongan kritikal dan mereka yang memang dikenali sebagai penyokong pembangkang yang bersuara, bahkan sekarang ini suara yang dulunya menyokong juga sudah berubah nadanya.
Bagi mereka yang dulunya menyokong segala usaha Umno dan kerajaan, pelbagai kenaikan ini menyebabkan mereka tidak berupaya lagi mencari kata-kata untuk mempertahankan janji-janji yang pernah dibuat dulu. Janji yang dilakukan kerajaan nampaknya bukan lagi untuk ditepati, tetapi lebih untuk dimungkiri dengan pelbagai hujah yang direka-reka.
Kajian Merdeka Center mengenai prestasi Najib jelas menunjukkan hakikat ini. Menurunnya kedudukan beliau daripada 62% kepada 52% setelah pelbagai kenaikan sejak kebelakangan ini, adalah gambaran sebenar suara keluh-kesah rakyat terhadap Najib dan kerajaan sekarang ini.
Ia juga adalah bukti penolakan terhadap janji-janji yang dimungkiri sendiri oleh Najib. Dalam tempoh hanya enam bulan setelah memperolehi kuasa, sudah begitu banyak janji yang dimungkiri, menunjukkan bahawa Najib memang tidak mahu berpegang kepada kata-katanya sendiri.
Janji-janjinya kelihatan lebih teruk daripada janji seorang lelaki ketika memikat seorang wanita yang ingin dikahwininya. Tetapi setelah berkahwin, kebanyakan janji itu tetap cuba dipenuhi dengan sedaya-upaya dan kalau ada pun yang hendak dimungkiri, ia mungkin hanya telah memperolehi dua atau tiga orang anak. Selebihnya mungkin janji itu hanya lewat untuk ditunaikan saja.
Namun Najib nampaknya telah memungkiri janjinya lebih pantas daripada itu. Hanya setelah enam bulan dan mungkin ketika seorang isteri sedang mengandung anak sulung, beliau sudah pun memungkiri banyak janjinya.
Kalau dalam kehidupan berumahtangga, lelaki seumpama itu boleh dianggap lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sesetengah orang mungkin memanggilnya "lelaki haprak" atau "kasanova cinta" tetapi oleh kerana janji-janji Najib dilontarkan kepada rakyat yang berjuta-juta jumlahnya, label dan kategori beliau mungkin lebih buruk daripada itu.
Apa saja boleh gelaran boleh dilemparkan kepada Najib dah kerajaan yang sedang dipimpinnya.
Tetapi apa pun label, kategori atau gelaran yang mahu mahu tujukan kepadanya, rakyat kini dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana Najib memungkiri janji-janjinya. Rakyat tidak seharusnya lagi berfikir lebih daripada sekali untuk menolak pemimpin seperti ini. – shahbudindotcom.blogspot.com, 19 Disember, 2013.-TMI

Adi Putra Dipantau Polis

Posted: 19 Dec 2013 02:27 AM PST

Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Dalam filem arahan Silver Chung itu Adi memegang watak sebagai Inspektor Nizam yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan paing dikehendaki pihak polis.
Selain Adi, dua lagi tonggak utama filem yang menelan kos RM2.5 juta ialah Datuk Rosyam Nor yang memengang watak Saga, seorang pembunuh upahan dan Rita Rudaini sebagai Salina.
Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.
Balistik (Kelajuan Peluru) terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan usaha sama Asia Tropical Film Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 9 Januari depan.
- mD

Surat Terbuka Kepada Najib Razak - Kemana duit kami pergi?

Posted: 19 Dec 2013 12:45 AM PST

YAB Datuk Seri,
Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.
Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.
Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.
YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.
Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.
Jika demokrasi adalah pemerintahan "dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat", ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.
Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal.
Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam.
Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan.
Semua ini adalah senarai rasionalisasi (baca: pengurangan) subsidi yang telah diumumkan, belum dikira dengan yang bakal diumumkan, ditambah pula dengan peniaga yang menaikkan harga barangan.
YAB pasti tahu, harga barangan menjadi mahal (baca: inflasi) disebabkan dua faktor, tolakan-kos dan tarikan-permintaan.
Dengan kenaikan kos bahan ini, sifir mudahnya, harga akhir yang perlu dibayar pengguna akan turut meningkat.
Natijah kenaikan harga barangan ini, kos sara hidup kian menghimpit, kuasa beli makin menyusut, dan hutang isi rumah dijangka terus meningkat.
Siapa akan pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat tiada akses pada perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad terhadap penjanakuasa bebas (IPP) yang mengaut untung besar, yang kami kira wajar dikaji-semula.
Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti minyak dan gas Petronas, yang kami hitung, wajar diagih rata.
Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat pulangan atas pelaburan (ROI), yang kami darab, wajar dirunding-semula.
Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami bahagi, wajar diberi secara telus dan terbuka.
Rakyat tiada akses pada subsidi untuk monopoli beras dan gula, yang kami anggar, wajar diagih saksama.
Rakyat tiada akses pada aliran perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja.
Benar, rakyat tiada akses, tetapi rakyat punyai azam dan cita untuk berubah demi hidup sejahtera.
Akhir dari saya, ingatlah, ketika YAB (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi. Teringat saya akan konsep wasatiyyah yang sering dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, pasti masalah mampu diselesaikan. – oleh  Syahir Sulaiman 19 Disember, 2013. - TMI

HIBURAN TEMPATAN - Saleem [Iklim] masih berbisa

Posted: 18 Dec 2013 11:13 PM PST

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Foto
Kelunakan vokal tersendiri dan memukau ternyata membezakan Saleem dengan penyanyi lain. Tidak dinafikan dia mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong perjuangan seninya.
Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Suci Dalam Debu ketika bersama Iklim dulu ini tidak tenggelam dengan saingan penyanyi generasi muda.
Buktinya Saleem yang kini sudah berusia 52 tahun mampu menghasil–kan album setiap tahun. Terbaru dia hadir menerusi album Cinta Kita Berbeza terbitan Music Valley sekali gus membuktikan dia masih ada nilai dalam industri muzik tanah air.

"Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.
SALEEM masih mampu bersaing dengan penyanyi generasi baru.

"Bagi memastikan mereka puas hati, saya pilih bekerjasama dengan barisan komposer dan penulis lirik hebat yang sudah serasi dengan saya antara–nya Bong, Azam Dungun dan Edrie Hashim," katanya.

Sebagai strategi, Saleem memilih lagu Bila Orang Dah Benci sebagai single pertama dan disusuli lagu Cinta Kita Berbeza yang kini semakin menjadi siulan peminat.

"Konsep lagu yang dipilih sememangnya memenuhi cita rasa peminat dan bukannya syok sendiri. Saya juga nyanyikan lagu Berakhir Cinta Kita yang disambung daripada lagu Trilogik Cinta.

"Boleh dikatakan album ini sebuah 'killer' album kerana semua lagu di dalamnya disukai ramai. Alhamdulillah setiap tahun saya akan ada album kerana memenuhi permintaan peminat," katanya yang setia ditemani isteri merangkap pengurusnya, Juriah Bachok atau Julia.

Saleem berkata, resipi yang digunakan sangat mudah iaitu jaga disiplin serta komitmen.

"Boleh dikatakan saya tak duduk diam kerana sering menjayakan persembahan pentas di seluruh negara untuk apa saja majlis. Inilah rezeki saya," katanya.


Nafi dikongkong isteri

Biarpun masih aktif menyanyi, publisiti mengenai Saleem seakan berkurangan di media massa.

Saleem yang mengakui perkara ini berkata, dia sememangnya memilih mendiamkan diri dan hanya tampil apabila ada cerita terbaru.

"Kalau setakat cerita murahan tak payahlah. Lainlah kalau ada cerita yang bagus. Saya malas nak tampil dengan cerita yang remeh-temeh dan lebih suka publisiti berkenaan karier," katanya.

Dia juga menafikan sikap isterinya yang tidak mesra media dan garang membuatkan dirinya kurang mendapat publisiti.

"Julia tak garang seperti yang dijangka ramai. Sebagai pengurus, sudah tentulah dia kena tegas dalam urusan membabitkan karier saya. Ini perlu agar saya tak nampak murahan dalam industri.

"Bagaimanapun ini tak bermakna dia tak boleh dibawa berunding. Memang sudah kelaziman dia akan serius waktu bekerja tapi selepas selesai dia akan mesra seperti mana orang lain," katanya mempertahankan isteri tercinta.

Perjuangan Saleem dalam dunia seni tidak akan terhenti kerana dia sentiasa mencari idea baru untuk mengembangkan kariernya.

Antara yang dirancang ialah mengembangkan pengaruh ke Indonesia kerana namanya bersama Iklim pernah menjadi sebutan peminat di sana suatu ketika dulu.

"Saya merancang nak berduet dengan Firman dan mendapat tahu peminat di sana sememangnya menunggu gandingan ini.

"Saya nak cuba pecah–kan benteng di sana yang selama ini dikatakan kebal dan sukar ditembusi artis kita.

"Firman sendiri meluah–kan perasaan kagumnya kepada saya dan sangat gembira untuk buat projek ini. Jika tiada aral ia akan jadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.

"Selain itu saya juga bercadang nak hasilkan lagu dengan kolaborasi bersama penyanyi rap sebagaimana trend sekarang. Saya sedang mencari dan berfikir untuk cari artis yang sesuai untuk projek ini," katanya.- myMetro