Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Perbuatan biadap..!!! Puluhan al-Quran dibuang di Arab Saudi?

Posted: 18 Dec 2013 09:47 AM PST

Puluhan al-Quran ini ditemui di dalam saluran sistem pembetungan di bandar Taif.

RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.

Suara Politik
Belantan

Nasib para pekerja swasta yang tiada siapa pedulikan?

Posted: 18 Dec 2013 12:12 AM PST


Ramai yang mengeluh gaji pendapatan mereka tidak setimpal dengan kenaikan kos hidup, terutamanya di bandar. Sekarang Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menaikkan harga tarif utiliti. Menjelang 2015, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Mana nak cari duit? Gaji banyak itu juga.

Kita perlu ingat bahawa sektor awam hanya menggajikan 1.2 juta penduduk negara ini. Selebihnya majikan sektor swasta. Pihak swasta pula terbahagi kepada dua - GLC dan swasta 100% yang di miliki oleh orang perseorangan yang kaya raya.

Bagi syarikat-syarikat GLC, gaji yang dibayar mereka adalah secara purata bernilai tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran.


Kerajaan hendak menguatkuasakan gaji minimum tetapi bantahan dari pihak swasta 100% adalah kuat dan lantang. Selain melaksanakan gaji minimum secara undang-undang, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana perikatan kontrak pekerjaan menentukan gaji swasta adalah hak mutlak antara pihak majikan dengan pekerja itu sendiri.

Jadi apakah strategi jangka pertengahan dan panjang kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Untuk jangka panjang, kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi kalau pekerja tidak meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya, susah juga nak menjadi sebahagian daripada ekonomi ini. Ini adalah kenyataan.

Untuk jangka pertengahan, terlintas di fikiran - mungkinkah wujud suatu strategi "squeeze them till they squeal" - "picit mereka hingga mereka menjerit"?


Apa maknanya ini?

Kerajaan secara beransur akan menaikkan harga kos kehidupan (tetapi juga menurunkan sedikit peratusan cukai pendapatan dan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada yang memerlukan) sehingga pekerja-pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi.

Pemangkin yang boleh memulakan putaran tuntutan ini adalah syarikat-syarikat swasta yang berani dan mampu membayar gaji yang lebih kompetitif.

Dengan cara ini, akan terdapat perpindahan pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat yang membayar gaji rendah ke gaji yang lebih tinggi. Ini pun sudah berlaku tetapi belum berleluasa sangat.

Syarikat-syarikat yang membayar gaji kecil semakin lama akan sedar untuk membayar gaji berkompetitif kerana ia kehilangan pekerja-pekerjanya yang bijak dan berkemahiran.


Dalam tahun-tahun akan datang, ekonomi kita akan berganjak ke arah ekonomi perkhidmatan dan bukan ekonomi pembuatan. Sekarang ekonomi perkhidmatan sudah pun menyumbangkan 54% daripada KDNK negara. Kadar ini dijangka meningkat kepada 65% hingga 70% menjelang tahun 2020.

Dalam suasana ekonomi perkhidmatan, yang paling utama adalah kemahiran pekerja-pekerja itu sendiri. Maka, permintaan untuk pekerja bijak dan mahir akan semakin naik dan mungkin juga mendadak dalam beberapa bidang tertentu.

Tambah pula, dengan kenaikan harga komoditi dan barang mentah, sektor pembuatan terpaksa memanjat talian nilai dalam pembuatan barangannya. Kenalah lebih canggih. Kalau nak lebih canggih, mereka perlulah pekerja mahir. Jadi, mereka terpaksa juga celik mata, gigit jari dan membayar gaji yang lebih dari yang ada sekarang.


Hendak menaikkan gaji keseluruhan ekonomi bukan senang. Strategi picit hingga jerit ini mungkin satu-satunya cara untuk memujuk syarikat-syarikat 100% swasta supaya membayar gaji yang lebih setimpal dengan kos kehidupan.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Jika kita sendiri tidak menerima manfaat daripada pengorbanan ini, insya-Allah, anak cucu kita akan menikmatinya, dengan izin Allah SWT jua. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Tol Nak Naik Lagi?...Kerajaan PKR Selangor Sila Tunaikan Manifesto PRU 13 Kamu!!!

Posted: 18 Dec 2013 10:29 PM PST


Tol nak naik lagi!!! Kami pun marah dan 1000% tak setuju sama sekali. 

Tapi kami bertambah marah lagi apabila mengetahui sebanyak RM400,000,000.00 (Ringgit Malaysia 400 juta) wang dari cukai rakyat digunakan saban tahun untuk 'memujuk' dan membayar pampasan kepada pemegang-pemegang konsesi tol agar mereka tak menaikkan kadar tol sejak 2011 lagi.

Bayangkan selama 3 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia terpaksa menjaga hati tokey-tokey konsesi lebuhraya yang sering merengek mengada-ngada nak naikkan kadar tol semata-mata nak memenuhi perjanjian mereka. Habis RM1.2 bilion digunakan untuk bayar pampasan kepada pengendali-pengendali lebuhraya. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk pembangunan rumah murah ataupun pendidikan rakyat yang menjadi impian semua rakyat?

Walhal umum tahu syarikat-syarikat pengendali lebuhraya ini untung bersih berbelas dan berpuluh juta ringgit setahun. Setelah ditolak cukai dan maintenance pun masih untung lagi. Pemegang saham dari kalangan syarikat kerajaan Negeri Selangor pun masih dapat kaut untung sehingga 35% setahun tapi masih belum mampu nak mempercumakan lebuhraya-lebuhraya di Selangor dan Lembah Klang. Ini dah kira engkar janji manifesto mereka dulu.   

Sepatutnya bila dah untung, gunakan keuntungan tersebut untuk mengambil alih dan bayar pampasan kepada mana-mana syarikat pengendali lebuhraya dan tol. Sekaligus ia dapat mempercumakan tol-tol sedia ada. Ini tidak, untung terus kaut tapi yang dapat manfaatnya adalah Tuan MB, Tuan Speaker, Tuan Exco-Exco dan ADUN-ADUN yang mendapat kenaikkan gaji mencanak-canak. Jalan di Selangor pun masih banyak yang berlubang-lubang.

Kita pun nak tahu juga berapakah ringgit kos tambahan keseluruhan akibat kenaikkan gaji para ahli politik di Negeri Selangor sebulan dan setahun? 

Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli pun pernah berkata dulu bahawa kos pengambil alihan lebuhraya PLUS di Malaysia berjumlah RM4 bilion. Selama 5 tahun PKR memerintah Selangor takkan tak dapat kutip RM 4 bilion tersebut. Jual pasir, jual tanah rezab dan bisnes rumah urut untung berjuta dan berbilion ringgit. Tapi kemanakah perginya wang tersebut?


Inilah masanya jika kerajaan Selangor nak tunjukkan keprihatinan mereka membantu meringankan bebanan rakyat. Setakat bagi baucer RM100.00 setahun untuk program Jom Shopping di EconSave dan di kedai-kedai kroni DAP yang terpilih tak cukup ummphh lagi. 

Rakyat inginkan agar kerajaan PKR Selangor mengotakan janji-janji manifesto PRU 13 mereka antaranya mempercumakan lebuhraya-lebuhraya yang kebanyakkannya berselerak di Negeri Selangor ini.

Gempar... Lim Kit Siang ditampar Menteri JPM!!!

Posted: 18 Dec 2013 03:49 AM PST


Gempar sungguh mengemparkan apabila bapak segala rasis ditampar oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung suatu isu panas yang sering dimainkan oleh Lim Kit Siang dan juak-juaknya selama ini.

Ternyata, rupa-rupanya kaum dari saki baki puak barbarian Makjuj dari tanah besar ini yang membolot banyak jawatan dalam sektor swasta dan jumlah mereka semakin meningkat di sektor awam...mungkin kerana toleransi berlebihan yang ingin menyamaratakan hak dan demi nak menjaga hati puak DAP.

Anehnya, mereka menjerit-jerit mendakwa sering tertindas dek polisi kerajaan membantu golongan majoriti di negara ini. Kununnya ia bersifat rasis dan tak berbaloi langsung dengan jumlah cukai yang dibayar oleh puak-puak mereka.


Samada puak mereka sefuckatan boleh menerima hakikat ini atau tidak kita tidak tahu. Namun pada hemat kami sesuatu yang benar dan fakta harus dipertahankan dan disebarkan agar pembohongan dapat didedahkan. 

Renung-renungkan...

Rahsia Kenapa Hanya Tol Di Negeri Selangor Sahaja Naik Terbongkar! @najibrazak

Posted: 18 Dec 2013 12:27 AM PST

Inilah sebab kenapa harga tol di Selangor naik.



Rupa-rupanya negeri yang kononnya berkebajikan turut ambil untung dari konsesi tol.

Gamaknya keuntungan inilah yang digunakan untuk bayar gaji mahal-mahal kat Menteri Besar, Speaker DUN dan EXCO dari Pakatan.

Eloklah.....perompak curi duit dari penyamun.

Yang sengsara tetap rakyat Selangor.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Nasib para pekerja swasta yang tiada siapa pedulikan?

Posted: 18 Dec 2013 05:00 PM PST


Ramai yang mengeluh gaji pendapatan mereka tidak setimpal dengan kenaikan kos hidup, terutamanya di bandar. Sekarang Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menaikkan harga tarif utiliti. Menjelang 2015, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Mana nak cari duit? Gaji banyak itu juga.

Kita perlu ingat bahawa sektor awam hanya menggajikan 1.2 juta penduduk negara ini. Selebihnya majikan sektor swasta. Pihak swasta pula terbahagi kepada dua - GLC dan swasta 100% yang di miliki oleh orang perseorangan yang kaya raya.

Bagi syarikat-syarikat GLC, gaji yang dibayar mereka adalah secara purata bernilai tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran.


Kerajaan hendak menguatkuasakan gaji minimum tetapi bantahan dari pihak swasta 100% adalah kuat dan lantang. Selain melaksanakan gaji minimum secara undang-undang, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana perikatan kontrak pekerjaan menentukan gaji swasta adalah hak mutlak antara pihak majikan dengan pekerja itu sendiri.

Jadi apakah strategi jangka pertengahan dan panjang kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Untuk jangka panjang, kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi kalau pekerja tidak meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya, susah juga nak menjadi sebahagian daripada ekonomi ini. Ini adalah kenyataan.

Untuk jangka pertengahan, terlintas di fikiran - mungkinkah wujud suatu strategi "squeeze them till they squeal" - "picit mereka hingga mereka menjerit"?


Apa maknanya ini?

Kerajaan secara beransur akan menaikkan harga kos kehidupan (tetapi juga menurunkan sedikit peratusan cukai pendapatan dan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada yang memerlukan) sehingga pekerja-pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi.

Pemangkin yang boleh memulakan putaran tuntutan ini adalah syarikat-syarikat swasta yang berani dan mampu membayar gaji yang lebih kompetitif.

Dengan cara ini, akan terdapat perpindahan pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat yang membayar gaji rendah ke gaji yang lebih tinggi. Ini pun sudah berlaku tetapi belum berleluasa sangat.

Syarikat-syarikat yang membayar gaji kecil semakin lama akan sedar untuk membayar gaji berkompetitif kerana ia kehilangan pekerja-pekerjanya yang bijak dan berkemahiran.


Dalam tahun-tahun akan datang, ekonomi kita akan berganjak ke arah ekonomi perkhidmatan dan bukan ekonomi pembuatan. Sekarang ekonomi perkhidmatan sudah pun menyumbangkan 54% daripada KDNK negara. Kadar ini dijangka meningkat kepada 65% hingga 70% menjelang tahun 2020.

Dalam suasana ekonomi perkhidmatan, yang paling utama adalah kemahiran pekerja-pekerja itu sendiri. Maka, permintaan untuk pekerja bijak dan mahir akan semakin naik dan mungkin juga mendadak dalam beberapa bidang tertentu.

Tambah pula, dengan kenaikan harga komoditi dan barang mentah, sektor pembuatan terpaksa memanjat talian nilai dalam pembuatan barangannya. Kenalah lebih canggih. Kalau nak lebih canggih, mereka perlulah pekerja mahir. Jadi, mereka terpaksa juga celik mata, gigit jari dan membayar gaji yang lebih dari yang ada sekarang.


Hendak menaikkan gaji keseluruhan ekonomi bukan senang. Strategi picit hingga jerit ini mungkin satu-satunya cara untuk memujuk syarikat-syarikat 100% swasta supaya membayar gaji yang lebih setimpal dengan kos kehidupan.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Jika kita sendiri tidak menerima manfaat daripada pengorbanan ini, insya-Allah, anak cucu kita akan menikmatinya, dengan izin Allah SWT jua. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Rintihan Rakyat, Khas Untuk Bacaan Pak-Pak Menteri...

Posted: 17 Dec 2013 06:00 PM PST


Umpama timun hendaknya 
Melanggar kami terluka 
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri 
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap saban hari 
Mudah pula tuan berkata 
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula 
Jangan guna jalan jika tol naik berganda 
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan 
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan 
Merana kami tuan kesenangan 
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak 
Diusul kami, tuan amuk sampai koyak 
Kami senyum lihat tuan makin menggalak 
Tak mengapalah tuan 
Kami terima segala ketentuan 
Cuma ingat pesan Tuhan 
Setiap perkara ada balasan 
Nasib tuan belum ketahuan 
Tuan jangan lupa 
Kami manusia biasa 
Sabar kami ada tahapnya 
Luka kecil boleh menjadi nanah juga 
Jangan sampai menjadi barah pula 
Cukuplah tuan menyeksa 
Cukuplah tuan buat kami merana 
Kuasa tuan dari kami 
Naiknya tuan dari kami 
Jatuhnya tuan dari kami juga. 

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Bukti : @Malaysiakini mahu jatuhkan @NajibRazak Sokong LGBT ???

Posted: 18 Dec 2013 10:08 PM PST

Bila berbagai fahaman ideologi bercampur maka apa sahaja akan berlaku termasuk menyokong LGBT seperti skrin di bawah.

Powerful Ruqyah Against Sihir and Jinns الرقية الشرعية العين السحر الحسد

Posted: 18 Dec 2013 04:13 PM PST


Untuk mengatasi gangguan syaitan dan jin boleh pasang video ini yang menghimpunkan ayat ayat penawar dari Al Quran  


https://www.youtube.com/watch?v=Vas-xccZ90A&feature=youtube_gdata


Pastikan jika terlalu teruk sakit ada teman bersama di sisi. Elak ketika memandu jika terlalu kuat gangguannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepada kemalangan.


Al Quran penawar segala masalah, penyakit zahir dan batin.

Mari kita baca Al Quran sekadar mana kita mampu.

Ramai yang lalai selalu mudah diserang syaitan dan jin.

Jaga solat perbaiki solat sempurnakan wuduk amalkan wirid selepas solat selalu berselawat dengan izin Allah akan selamat dunia akhirat.


Sent from my iPhone

Rawat Sihir Beramai2 Jadikan Wanita-Wanita Menjerit Histeria di Sudan

Posted: 18 Dec 2013 03:56 PM PST

Akibat terlalu kuat gangguan sihir maka semua dikumpulkan untuk dibuat pengubatan.

Kerana itu amalan berasaskan Al Quran perlu diperlengkapkan setiap orang untuk menghadapi situasi gangguan sihir seperti ini.

Keyakinan kepada Allah Maha Esa sangat penting kerana dengan doa kita maka ia mampu mengusir sihir yang dikenakan atau terkena kepada seseorang.

Lihat video

https://www.youtube.com/watch?v=Wx0hwBa5Og8&feature=youtube_gdata - Video Tube for YouTube - iPhone/iPad


Sent from my iPhone

Analisa : PAS Jelas Tidak Hirau Kaitan SYIAH Mat Sabu Apabila Lantik Beliau Pengerusi Baru PAS Pulau Pinang

Posted: 18 Dec 2013 09:56 AM PST


Isu Mat Sabu semakin panas apabila satu persatu didedahkan tentang penglibatan beliau termasuk peguamnya Hanipa Maidin dengan SYIAH. Ramai tidak sedar Hanipa Maidin yang telah menjadi peguam kepada ahli Syiah untuk menyaman JAIS dan UTUSAN MALAYSIA juga merupakan peguam Mat Sabu. Klik http://www.penembak-tepat.com/2013/12/kebetulan-atau-suratan-peguam-mat-sabu.html

Lebih mengejutkan Tafsir Mizan yang ditulis Imam Syiah juga digunakan oleh Hanipa Maidin dalam artikel beliau karang sekaligus menguatkan andaian kita bahawa hubungan beliau dengan Mat Sabu tidak terhenti sebagai rakan seperjuangan bahkan mungkin lebih dari itu. baca kembali artikel di sini http://www.penembak-tepat.com/2013/12/sah-hanipa-maidin-peguam-mat-sabu.html

Syiah jelas difatwakan pada tahun 1996 sebagai menyeleweng dan tidak boleh disebarkan di Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Keputusan seperti berikut :



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :" Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia." Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :" Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. "
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.



Namun PAS seperti 'pekak badak' apabila terus memilih beliau menerajui Pulau Pinang apabila mengumumkan perlantikan Mat Sabu menggantikan Datuk Saleh Man yang juga merupakan Adun Permatang Pasir. Untuk info beliau telah menerajui PAS Pulau Pinang selama tujuh tahun. 

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apa yang dapat dilihat di sini ialah PAS jelas tidak sensitif isu perbezaan fahaman yang diiktiraf ramai sebagai menyeleweng seperti Wahabi dan SYIAH termasuklah Islam Liberal apabila terus mengangkat tokoh yang digembar-gemburkan sebagai SYIAH oleh ramai pihak sebagai Pengerusi Pulau Pinang. Adakah kerana Haji Hadi sendiri mengau0alukan 

Mereka dilihat lebih mementingkan politik dan menjadikan semua tindakan kerajaan sebagai satu tindakan berasaskan politik sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Kenyataan tentang SYIAH ini disebut oleh Menteri dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO semasa persidangan Agong Umno 2013 pada 7 Disember 2013 yang baru sahaja berlalu. Adakah benar ucapan dan pendedahan beliau bertujuan untuk kempen bukan sebalinya....Seperti kita maklum pemilihan telah dilaksanakan dengan keputusan semua sudah diumumkan .... 

Kenyataan terkini tentang SYIAH masih lagi berlegar di telinga dan keluar dari mulut semasa kita menjalankan kerja.

Peliknya blogger ZAMKATA atau Zainudin Maidin mengikut rentak pembangkang apabila menulis ia satu permainan politik dari pihak KDN http://zamkata.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-syiah-hanya-permainan-politik.html

Adakah perkara melibatkan akidah ini satu perkara yang hanya bersandarkan kepada keuntungan politik semata-mata ? Panglima yakin DS Ahmad Zahid Hamidi ( yang juga pemegang Phd) tidak akan melakukan perkara yang hanya bertujuan untuk popular namun akhirnya mencemarkan imej beliau yang begitu baik selepas memenangi Naib Presiden UMNO dengan undi paling tinggi sebanyak 188 undi dari 191 bahagian.  

Tulis beliau :


Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada orang itu. Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak.

Akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun.

Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.


Tulisan beliau telah disokong dan disiarkan kembali oleh Blogger Anak Sungai Derhaka di sini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-syiah-hanya-mainan-politik.html

Ketika portal Yahoo News dan The Malaysian Insider menulis tajuk Mat Sabu Saman Zahid Hamidi namun kita telah merasa sangat kecewa apabila mendapati isinya jauh berbeza dengan tajuk yang ditulis apabila melaporkan bahawa Mat Sabu 'AKAN' menyaman Zahid Hamidi bukan telah pun menyaman beliau.




Itulah kenyataan terbaru beliau dan yang lebih mengejutkan Mat Sabu enggan mengulas tuduhan bahawa beliau berfahaman SYIAH dalam sidanga akhbar yang dibuat semalam bertarikh 17 Disember 2013. Pelik bukan ???

Tidak cukup dengan itu The Malaysian Insider juga telah menggunakan perkataan yang sama iaitu 'akan' dengan tajuk yang membawa maksud 'telah' menyaman Zahid Hamidi. Penggunaan perkataan seperti ini bukti bagaimana liciknya mereka dan betapa besarnya tugas Mat Sabu yang dulu pernah berjaya mendedahkan Anwar meliwat di dalam Dewan Parlimen sehingga menjadi antara punca Anwar dipecat pada 2 September 1997.

Add caption



saranan kita : Mat Sabu perlu segerakan saman Menteri KDN demi memulihkan imej sebagai orang kedua dapam sebuah parti Islam.  


Semua pihak perlu menyokong usaha banteras SYIAH. KDN, tidak akan mengikut telunjuk orang politik jika ia mengancam keselamatan atau berpotensi ke arah tersebut. Dalam ilmu risikan sememangnya info yang dihajati atau diterima akan diguna untuk mengumpul berta/maklumat lain dengan memberi label seperti A1 B1 dan lain-lain.


Kepada Mat Sabu diucapkan  selamat bertarung di mahkamah jika benar hasratnya mahu menyaman KDN atas tindakan tersebut berjaya. 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            


Wallahu A'lam.

IGP @KBAB51 : Rally to Topple the Government is illegal cc @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Posted: 18 Dec 2013 07:30 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/Av3A7eLSPAo


Sent from my iPhone

Video Ribut Beliung Di Johor Petang Tadi

Posted: 18 Dec 2013 07:11 AM PST

Mari banyakkan berdoa dan selalu bertaubat kepada Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=_awo0d-RwRo&sns=em


Sent from my iPhone

myMetro | Putrajaya tuan rumah perlumbaan kereta elektrik - syabas PM @NajibRazak

Posted: 18 Dec 2013 06:11 AM PST

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini akan menjadi tuan rumah kedua Kejohanan FIA Formula E yang akan diadakan pada 18 Oktober 2014.

Kejohanan julung kali diadakan itu adalah perlumbaan menggunakan kereta elektrik dengan satu pemandu yang mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 225 kilometer sejam (km/h). 

Siri kejohanan itu akan diadakan di 10 bandar utama di dunia bermula di Beijing, Putrajaya; Rio de Janeiro; Punta Del Este; Buenos Aires; Los Angeles; Miami; Monte Carlo; Berlin dan London. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berharap kejohanan itu akan lebih memperkenalkan Putrajaya di seluruh dunia.


"Ini juga menunjukkan komitmen Malaysia menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, selain menyokong pembangunan kereta untuk masa depan," katanya ketika berucap pada pelancaran kejohanan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.


Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penganjuran antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan pihak penganjur Formula E.




Sent from my iPhone

Video - Jenazah Azean Irdawaty selamat dikebumikan

Posted: 18 Dec 2013 05:46 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/1UCRKjCMEPY


Sent from my iPhone

NEW Mercedes C 300 Hybrid INTERIOR

Posted: 18 Dec 2013 05:44 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/Pa-JHbXhwVE


Sent from my iPhone

Blog ISLAM vs WAHABI & SYIAH - TEGUR PRESIDEN PAS BAB AKIDAH BELIAU MIRIP YAHUDI & NASRANI

Posted: 18 Dec 2013 01:09 AM PST


Rupanya pertingkat Presiden PAS pun ada masalah juga. Adakah ini punca umat berpecah kerana parti Islamnya punah? 

Dari Haji Hadi ke Nik Aziz ke Mat Sabu atau Husam Musa  nampak banyak masalah timbul dan semakin terdedah dari semasa ke semasa.

Adalah benar ini Parti Islam ???

Think again...




RINGKASAN TEGURAN ILMIAH BUAT PRESIDEN PAS 
(Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Bin Awang TGHA) 

ISU: DAKWAAN ALLAH BEREHAT HARI SABTU / BERSEMAYAM 

Oleh: Ustaz Abu Syafiq al-Asy'ariy (www.facebook.com/AbuSyafiq1 ) 

Al Hamdulillah, Tuhan sekalian alam yang mencipta langit, Arasy, tempat dan tidak memerlukan kepada semuanya, Selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda para sahabat dan pengikutnya. 

Pada permulaan risalah ringkas saya ini, saya ingin memohon kemaafan sekirannya risalah ini menggangu perjuangan Dato Seri TGHA cuba memartabatkan Islam dan ulama sebagai jihad utama dalam kehidupan TGHA dan angkatannya. 

Namun disana terdapat beberapa perkara yang telah TGHA paparkan pada umum berkaitan akidah kelihatan jelas amat bercanggah dengan fahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan bercanggah dengan ulama-ulama Islam yang benar-benar mahu memartabatkan Islam perlu diperbetulkan. Saya secara jujur dalam hati kecil ini menyatakan ia bukan dari tulisan TGHA tetapi bagi saya ia seolah tulisan orang lain lalu diminta izin untuk disiarkan menggunakan nama TGHA tanpa diperhatikan/disemak semula oleh TGHA sendiri namun hakikatnya hanya Allah yang mengetahui. 

Oleh kerana tulisan itu menggunakan nama Dato Seri TGHA maka saya menyatakan sedemikian; 

1- Dalam Tabloid/Surat Khabar HARAKAH Keluaran 9-12 Disember 2013 bil. 1901 Edisi Isnin hlmn. F9 dan Harakah bil 1900 edisi Jumaat (jawi) pada kata Tafsir TGHA Surah al-A'araf ayat 54 (Bahagian 2) ada menyebut beberapa perkara antaranya; -

"TGHA mendakwa Allah BEREHAT pada hari Sabtu dalam penciptaanNya". 

Sanggahan saya (Abu Syafiq) al-Faqir ila Robbihi berkaitan ini:

Allah berfirman dalam surah Qaf ayat 38 (maksud): 
"Dan Kami (Allah) telah menciptakan langit-langit dan bumi dan antara keduanya dalam masa enam hari dan sama sekali kami (Allah) tidak mengalami keletihan/susah payah". 

Dalam kebanyakan kitab-kitab Tafsir Muktabar menyebutkan bahawa ayat ini (Qaf 38) diturunkan apabila Yahudi dan Kristian mereka datang kepada Nabi Muhammad untuk mereka menyatakan bahawa Tuhan mencipta alam ini selesai penciptaanNya itu pada hari Jumaat maka hari Sabtu adalah hari Allah BEREHAT, lalu turun ayat tersebut menyanggah dan menolak serta mendustai kenyataan "Allah BEREHAT" yang terbit daripada Yahudi dan Nasara. 
(Rujuk kitab2 Tafsir Muktabar termasuk Jami'ul Bayan oleh Imam al-Tobariy Ulama Salaf juzuk 22 hlmn 376).

Kenyataan "ALLAH BEREHAT" merupakan akidah Yahudi dan Kristian BUKAN akidah Islam. Tidak wujud dikalangan ulama Islam Muktabar al-Salaf (hidup sebelum 300H) mahupun al-Khalaf (hidup selepas 300H) menyatakan sedemikian. 
Maha Suci Allah daripada apa yang disifatkan oleh orang-orang kafir itu. 

Ahli Sunnah Wal Jama'ah jelas tidak pernah menyandarkan sifat BEREHAT ini kepada Allah yang Maha Esa kerana ia tidak disebut dalam mana-mana ayat al-Quran dan al-Hadith yang sahih serta ia jelas membawa makna letih atau sifat makhluk yang memerlukan kepada yang lain seperti kerehatan daripada kepenatan sedangkan Allah Dia Pencipta tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya seperti firmanNya dlm surah Asy-Shura ayat 11.

Maka kenyataan ALLAH BEREHAT PADA HARI SABTU merupakan fahaman yang sangat songsang yang perlu betulkan sementara hayat dikandung badan (taubat).


 2- Dalam tulisan yang sama (HARAKAH bil. 1901) Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang "TGHA ada mendakwa BERSEMAYAM itu adalah Sifat bagi Allah". 

Sanggahan: Bersemayam dalam bahasa Melayu yang diketahui umum dan juga dalam Kamus b. Melayu adalah bererti duduk/mengambil tempat. Ini adalah mustahil bagi Allah kerana sifat duduk atau mengambil tempat bagi Allah itu adalah sifat makhluk dan ia sifat yang lemah. 

Imam At-Tohawi ketiaka menukilkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah menyebut : "Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia kafir terkeluar dari Islam". 

Mungkin TGHA tidak memahami erti BERSEMAYAM itu sebagai bermakna duduk atau mengambil tempat bagi Allah tetapi syubhah begini amat bahaya ke atas umat Islam. Ulama al-Salaf sendiri sebahagian mereka mentakwilkan Istawanya Allah itu kepada makna yang layak bagi Allah. Bahkan Ibnu Kathir yg TGHA nukilkan kenyataannya, dia sendiri menyebutkan bahawa Istawa bagi Allah itu "bukanlah atas zahirnya". Dan jika lihat zahir dariapa perkataa Istawa itu adalah duduk/bertempat yang dinafikan sendiri oleh Ibnu Kathir dan juga seluruh ulama-ulama Islam. 

TGHA sepatutnya tidak terpengaruh dengan terjemahan-terjemah yang salah dari beberapa buah buku yang tidak daqiq dalam ilmu Tafsir dan Aqidah kerana TGHA sendiri boleh rujuk kepada kitab2 Tafsir Muktabar yang jelas tiada satupun menyebut Istawa Allah itu bersemayam ataupun sifat duduk. 
Imam al-Baihaqi dalam al-Asma Wa al-Sifat menyebutkan bahawa ulama al-Salaf antara mereka mentafsirkan ayat Istawa bagi Allah itu dengan mentilawahkannya sahaja iaitu hanya disebut ISTAWA tanpa meletakkan ta'yin makna tertentu. 

Sekirannya seseorang itu mahu mentafsirkannya dengan memberi penerangan makna seluruh ayat tersebut yang bersangkutan dengan Istawa Allah maka adalah lebih baik ditafsirkan dengan QAHARO iaitu Menguasai kerana sifat menguasai/qaharo/istaula (menguasai 'min ghair sabqu mughalabah' tanpa perebutan) itu sifat yang Allah sendiri sebutkan dalam banyak ayat-ayat lain dalam al-Quran seperti mana tafsiran Istawa Allah itu ditafsirkan dengan Menguasainya Allah, tafsiran begini dinyatakan oleh Imam-Imam Muktabar dalam ilmu Tafsir al-Quran & Aqidah dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah seperti;

- Imam Ibnu al-Mubarak (w237H) dalam Qaribul Quran Wa Tafsiruhu m/s 243, 
- Imam At-Tobariy (w310H) dalam Jami'ul Bayan juzu 3 m/s 13), 
- Imam Abu Mansur al-Maturidiy (w333H) dalam ta'wilat Ahli Sunnah jilid 1 m/s 411, 
- Imam al-Mawardiy (w450H) dalam Nukat wal 'Uyun juzuk 2 m/s 382, 
- Imam Ibnu 'Athiyyah (w541H) dalam tafsirnya m/s 70, 

Dan ramai lagi dikalangan ulama Tafsir Ahli Sunnah Wal Jama'ah termsuk yang memperjuangan konsep al-Salaf seperti Imam al-Baihaqi, Imam all-Qurtubiy, Imam An-Nasafi juga Imam al-Ghazaliy dan ribuan ulama lagi yang mentafsirkan Istawa Allah itu adalah Menguasai iaitu Allah Menguasai keatas 'Arasy dan juga hamba-hambanya. 

3- Maka diakhir tulisan ringkas ini saya mengharap agar Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Bin Awang menarik balik kenyataan beliau bahawa Allah itu BEREHAT walaupun beliau menyatakan Berehatnya Allah itu tidak serupa dengan makhluk dan bukan bererti letih namun oleh kerena ia adalah kenyataan bersumberkan Yahudi dan Kristian BUKAN akidah Islam serta kenyataan begitu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih juga tidak pernah disebut oleh mana-mana ulama al-Salaf atau al-Khalaf yang muktabar maka ia jelas kesalahan yang besar bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah. 

Begitu juga berkaitan BERSEMAYAM itu sepatutnya TGHA tidak merujuk atau bersandarkan kepada buku-buku tidak muktabar kerana disana terdapat ratusan kenyataan ulama Tafsir Ahli Sunnah Wal jam'ah yang muktabar menafsirkan Istawa Allah itu dengan makna Menguasai dan BUKAN duduk/bersemayam/bertempat. 

Kembalilah kita berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah al-Asya'irah al-Maturidiyyah mengikut kaedah al-Salaf yang Sahih dan al-Khalaf yang detail. 

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. 

Say No To Wahhabi&Syiah! Say Yes To Ahli Sunnah! 

- Abu Syafiq 019 3801979

Sumber



Sent from my iPhone

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Berapa Ramai Agaknya Anak Zina Bakal Lahir 2014 Nanti

Posted: 18 Dec 2013 02:42 AM PST

 
http://ijoks2009.blogspot.com/2013/12/berapa-ramai-agaknya-anak-zina-bakal.html
Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam bloger,
Setiap kali menjelang tahun baru masihi,ianya akan disambut dengan meriah oleh pemimpin negaraku dan anak-anak muda dengan sorak sorainya.
Jika pengisiannya secara islamik dan tidak menjatuhkan moral tak apalah.

Tetapi biasanya ianya tidak berlaku.Mengikut laporan akhbar setiap tahun selepas menjelang sambutan tahun baru maka padang dan dataran akan dipenuhi dengan botol-botol arak,manakala keesokannya akan terpampang di dada dada akhbar berita-berita tentang ramainya anak muda islam yang ditangkap khalwat.


Sembilan bulan akan datang lahirlah berapa ramai pula anak-anak zina yang tidak berdosa yang akan menanggung aib hasil dari kerja-kerja jahat ibu dan ayahnya yang tak bertanggung jawab.

Sampai bila kah peristiwa ini akan berterusan.
tidak cukupkah lagi peringatan demi peringatan yang Allah berikan kepada kita ummat islam khususnya di malaysia samada pemimpin atau pun rakyat bawahan.adakah sampai kiamat kita nak terikut-ikut dengan budaya orang-orang bukan islam.semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita dari fitnah dajal akhir zaman ini..