Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PESANAN TERAKHIR Sheikh Abdul Kader Mullah

Posted: 15 Dec 2013 06:59 PM PST

"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.

Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 

Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."






Sumber dari SINI

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Keling Gila saja samakan Anwar dengan Mandela

Posted: 15 Dec 2013 09:30 PM PST

Cauvanisma Cina adalah pemikiran Apartheid

Posted: 15 Dec 2013 07:00 PM PST

Menghormati DAP yang berniat jahat terhadap kita

Posted: 15 Dec 2013 04:25 PM PST

Kem PLKN diguna PAS?

Posted: 15 Dec 2013 07:30 AM PST

Raja Baharin berkepentingan disebalik isu Pasar Payang dan Subasun

Posted: 15 Dec 2013 03:30 AM PST

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Dakwaan Mat Sabu SYIAH : KDN Akan Serah Bukti Gred A Kepada JAKIM - @Zahid_Hamidi

Posted: 15 Dec 2013 06:49 PM PST


  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 1 / 1 
BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
 
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
 
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
 
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
 
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
 
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah.  - Bernama





Panglima : jika Kerajaan berniat jahat sudah tentu ia didedahkan semasa pemilihan PAS baru-baru ini. Namun ia tidak dilakukan. Kerana sudah pasti persepsi begitulah yang akan timbul jika ia didedah semasa PAS sedang membuat pemilihan kepimpinannya.

Dalam perkiraan anggota keselamatan dan juga Menteri yang bertanggungjawab - bukan keuntungan politik namun keselamatan seluruh rakyat Malaysia terutama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Sesiapa pun terikat dengan peruntukan undang-undang yang ada dan perlu bertindak mengikut kuasa yang diberikan dengan jujur dan adil berdasarkan sumpah menerima jawatan yang dibuat di hadapan YDP Agong selaku Ketua Negara.




Blogger Otai PAS - Sayuti Omar Mahu @Zahid_Hamidi Diajar Kerana Tuduh Mat Sabu SYIAH !!!

Posted: 15 Dec 2013 07:52 AM PST



1. Sayuti Omar mula dijulang portal Astro Awani yang selalu cenderung kepada pembangkang selain nampak kebanyakan pengacaranya jenis 'pondan' di link ini http://www.astroawani.com/budget/news/show/10-bukti-mat-sabu-syiah-bukan-baru-kata-penganalisis-26896 

Ia berkenaan isu SYIAH PAS yang dikait ke atas bahu Timbalan Presiden PAS Mohamad bin Sabu atau Mat Sabu

2. Tindakan  Sayuti Omar atau nama glamer MSO dijulang tidak lain demi memastikan pemimpin kesayangan DAP & PKR ini kekal dan kebal dari serangan 'berani mati' Menteri Kementerian Dalam Negeri DS Zahid Hamidi semasa persidangan UMNO Sabtu lepas. Antara yang ditulis beliau  :

Mohd. Sayuti Omar berkata, bukti-bukti itu pernah dijadikan bahan kempen untuk menjatuhkan Mohamad dalam pemilihan parti Islam itu baru-baru ini tetapi ia tidak berjaya dan Mohamad "ampuh di kerusinya".

"PAS sebagai parti dianggotai Mohamad Sabu tentu lebih tahu sejauh mana ahlinya itu melanggar syariat atau membahayakan kepada akidah umat Islam dan ahlinya.



Ketika mengklasifikasikan bukti antara A dan B, ada juga yang bertaraf pemimpin PAS nama Mahfuz Omar membuat lawak jenaka dengan membandingkannya dengan gred telur. Nampak sangat latar belakang pendidikan Mahfuz Omar menjadikan beliau tidak mampu membezakan antara telur dan bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa tentang ajaran SYIAH ini.

Bukti gred A menurut Menteri KDN, hanya akan diserah kepada JAKIM untuk tindakan seterusnya http://www.sinarharian.com.my/semasa/itu-hanya-bukti-gred-b-kata-zahid-1.230876

3. Terbaru beliau telah menghentam Menteri KDN dalam entri terbarunya di sini msomelayu.blogspot.com/2013/12/zahid-hamidi-harus-diajar-caranya.html dengan meminta beliau diajar dengan apa jua cara sekalipun. Nampak begitu tinggi kesumat beliau terhadap Zahid Hamidi yang dulu pernah dipuji oleh beliau dalam tulisannya. Baca kembali pujian melangit beliau tahun 2008 di sini :

Kemesaraan dan stail politik Zahid yang baik dengan semua orang dan boleh pejam mata dengan seteru politiknya bila berjumpa, adalah aset dan modal peribadi Zahid yang jarang dimiliki oleh orang politik. Zahid juga seorang yang mesra dengan sesiapa saja. Kelebihan ini adalah sebahagian kehebatan Zahid.

Perwatakan, ketokohan dan idealiisme Islamnya juga menyebabkan beliau mulai dilihat sebagai tokoh agama dan Islam terulung dalam Umno. Kehadiranya boleh mengganti tempat tokoh-tokoh agam dalam parti berkenaan seperti Wan Mokhtar Ahmad, Yusuf Noor atau Abdul Hamid Othman. Malahan pembawaan Islam Zahid lebih dinamik dan progresif daripada tokoh-tokoh itu ini menyebabkan Islam seperti terjamin ditangan Zahid berbanding dengan mereka yang bergelar ustaz atau kiyai Umno.

Potensi ini jelas bila mana Zahid memberi reaksi yang diharapkan apabila setiap kali timbul isu mengenai agama Islam dan juga isu ketuanan Melayu. Beliau sangat vokal dalam menangnai isu-isu ini. Semangat Islam dan Melayu yang tumbuh menyubur dalam jiwa Zahid menyempurnakan beliau sebagai seorang pemimpin parti Melayu seperti Umno.


Dalam kes Mat Sabu dan siapa belakang MSO pada hemat saya cukup mudah iaitu siapa yang boleh beri duit lebih besar tentu dia akan diturut segala arahannya. Memuji seseorang kerana wang adalah tugas paling senang kerana tidak perlukan jutaan titik peluh jantan untuk memperolehinya. Ini bukan tuduhan namun satu analisa berdasarkan pengalaman dan deria ilmu pengetahuan.

4. Kumpulan Erdogan sudah tentu memiliki segala kesenangan dunia dan tidak mustahil menjadi 'tok dalang' kepada serangan balas begitu hebat oleh blogger otai ini yang dulu pernah berkonfrantasi dengan Husam Musa isu perselisihan peribadi sehingga didamaikan oleh Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Selama ini juga Anwar selalu dipuji melambung tinggi oleh MSO.

5. Ketika MSO membela Mat Sabu dan ketika KDN sudah keluarkan bukti dan menunggu saman pihak beliau, Sinar Harian telah melaporkan kenyataan balas Mat Sabu yang tidak pula memberi gambaran beliau akan membuat saman seperti yang disebut sebelum ini. Sila baca laporan tersebut di sini http://www.sinarharian.com.my/semasa/bukti-syiah-mat-sabu-suruh-kdn-cari-1.230917

6. Adakah kerana faktor Mahkamah Syariah yang akan menjadi tempat perbicaraan isu SYIAH menyebabkan Mat Sabu tidak selesa untuk 'beradu hujjah' di dalam kamar mahkamah atau ia berpunca dari nasihat peguam bekas UMNO bernama Zaid Ibrahim ? Wallahu A'lam.

7. Bila masuk mahkamah Syariah maka peguam seperti Karpal Singh sudah tentu tidak akan dapat membantu beliau. Namun Hanipa Maidin boleh jadi dapat membantu namun jika beliau juga disabitkan dan dituduh dengan pertuduhan yang sama, sudah tentu situasi akan semakin sukar untuk mereka berdua.

8. Kaitan Hanipa Maidin dengan SYIAH ada didedahkan panglima di sini semalam dan kelmarin. http://www.penembak-tepat.com/2013/12/kebetulan-atau-suratan-peguam-mat-sabu.html

9. 3 jam lalu kira-kira jam 8.38 malam The Star (juga selalu pro Pakatan)  juga telah menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim membela Mat Sabu. Situasi nampaknya semakin tegang sehingga memaksa Anwar 'mencemar duli' membuat kenyataan untuk melindungi Mat Sabu dari serangan bertalu-talu pihak Kerajaan isu SYIAH yang jika dibiarkan boleh memusnahkan geng Erdogan dalam PAS dan beliau sendiri.  Berikut kenyataan terkini Anwar isu SYIAH yang mungkin perlu kita fikirkan bersama.

"I was amongst the second delegation of leaders after PLO Yasser Arafat to meet Ayatollah Khomeini in Teharan in early 1980.

"We held discussions on ways to prevent further conflict between the Syiah and Sunni Muslim but does that mean I practice Syiah beliefs?," he said.
Anwar, who was then ABIM president, said that despite some misgivings over Teheran's policies, he too admired the Ayatollah's leadership.


10. Selama ini PAS tidak gemarkan Anwar dan hanya geng Erdogan sahaja yang begitu taksub menjulang beliau sehingga Harakah turut menjadi mangsa dengan menjadikan seolah-olah Anwar itu Presiden PAS yang diberi beberapa halaman liputan berbanding Haji Hadi Awang sendiri. 


Anwar hakikatnya sukar diterima ahli PAS ekoran pendirian Nik Aziz bersikap terlalu mesra dengannya sehingga menimbulkan beberapa pertembungan sesama ahli PAS tentang latar belakag Anwar yang pernah menyerang PAS dengan kata-kata nista. Lihat video :


11. Perkara ini sudah ditulis oleh panglima dan sudah masuk dan disebut di dalam persidangan perwakilan PAS dari Wilayah Persekutuan tahun lepas. 


Kesimpulannya : Isu ini sangat membahayakan puak Erdogan dalam PAS. Bagi UMNO dan Kerajaan, kita perlu dedahkan sebanyak mungkin kaitan Mat Sabu dan pemimpin lain dengan SYIAH demi memastikan persepsi tepat dengan fakta dan hujjah akan menerangi pemikiran rakyat yang sukar mendapat maklumat tentang isu semasa kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka.


Beza Antara Syiah - UMNO - PAS ( cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @abdulhadiawang @nikabdulaziz )

Posted: 15 Dec 2013 06:25 AM PST

 
 Perkara
Syiah
Umno
Pas
Rukun Iman
7 perkara
Terima Tanpa Tambah
Hanya Ahli PAS sahaja beriman
Nabi
Saidina Ali Nabi sebenar
Nabi Muhammad saw
Nik Aziz dipuja seakan  Nabi sehingga ucapan dianggap seperti wahyu quran
Kitab
Ada Quran dengan surah tambahan
Terima yang asal
Fatwa PAS lebih patut diikuti walau berlawan dengan Quran
Hudud
Tidak ada apa-apa beza
Tidak laksana kerana situasi masyarakat tanpa menolaknya
Tidak laksana hudud ketika berkuasa dan gugurkannya bila diminta oleh PKR DAP
Malaikat
Jibril menipu sorok wahyu mengenai Al Quran
Tidak ada beza dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Dakwa dibantu malaikat ketika menang dan mendiamkan diri bila kalah
Poligami
Mut'ah lebih baik dari poligami
Menerima poligami dengan syarat ketat elak wanita dianiaya
Mendiamkan diri bila pemimpin parti ditangkap khalwat dan  dirakam video bersama perempuan

Keterangan :

1. PAS sejak dulu mengatakan ahli Umno kafir kerana tolak Islam. Sekaligus menjadikan ahli PAS sahaja dijamin masuk syurga.

2. Perkataan Nik Aziz dianggap benar walaupun sehingga mengatakan Allah mencarut dan juga Nabi Muhammad saw seperti budak kampung.

3. PAS jelas menolak ajaran Quran untuk bersatu padu dengan membuat tuduhan UMNO tidak ikhlas dan hanya mahu berdamai kerana sudah terdesak.

4. PAS begitu lantang perjuang hudud namun gagal melaksanakannya ketika berkuasa dan juga mempunyai versi berbeza antara Kelantan dan Terengganu. Lebih malang PAS menafikan akan laksana hudud dengan alasan ia hanya 0.0001 peratus dari undang-undang Islam.

5. PAS gah mengatakan dibantu Malaikat ketika menang PRU namun menikus bila kalah kerana tembelang penipuan mereka pecah.

6. PAS kerap mendedahkan perilaku sebilangan kecil pemimpin UMNO dan keluarga namun apabila ada pemimpin mereka terlibat perkara tidak bermoral mereka membuat tuduhan liar tanpa mengambil tindakan terhadap yang terlibat.


UNTUK SEBARAN ANDA BOLEH GUNA GAMBAR INI 



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Janice semasa CES boleh mengundi tetapi dihalang ke Konvensyen Biasa DAP Selangor?

Posted: 15 Dec 2013 06:13 PM PST

Janice Lee semasa pemilihan semula CEC Kongres Khas DAP September lepas

Agak pelik juga apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee dilarang menyertai Konvensyen Biasa DAP Selangor Ke-17 disini hari ini sebagai pemerhati. Padahal jika kita masih ingat semasa pemilihan semula CEC kongres khas DAP penghujung bulan September yang lepas beliau dibenarkan mengundi?

Beliau yang tiba pada pukul 9 pagi telah ditahan di pintu masuk oleh petugas konvensyen itu.

Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, Janice ingin memasuki dewan sebagai pemerhati namun dihalang kerana beliau tidak lagi menjadi ahli DAP.

"Konvensyen ini tidak terbuka kepada umum. Beliau bukanlah ahli, delegasi mahupun pemerhati yang dijemput. Justeru, beliau tidak boleh menghadiri konvensyen ini.

"Pegawai yang mengendalikan dewan telah menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya apabila tidak membenarkan Janice memasuki konvensyen kerana beliau bukan ahli parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor hari ini.

Gobind menjelaskan bahawa keahlian Janice telah diputuskan oleh jawatankuasa disiplin parti itu lebih awal dan mereka telah membuat keputusan bahawa terdapat asas untuk memecat beliau daripada parti.


Beliau berkata, isu itu telah dibawa kepada jawatankuasa kerja pusat (CEC) dalam bentuk rayuan dan pada 18 November lalu, Janice bukan lagi ahli parti itu.

"Janice juga telah memohon injunksi mahkamah untuk mengekalkan keahlian beliau dalam parti yang mendakwa bahawa pemecatannya adalah salah di sisi undang-undang.

"Peguamnya juga berusaha untuk mendapatkan mahkamah untuk membuat perintah interim yang pada dasarnya merasakan beliau masih ahli DAP, sehingga pendengaran injunksi dibuat.

"Walau bagaimanapun, permohonannya telah ditolak pada Rabu lalu. Jadi, setakat ini, dia tidak lagi menjadi ahli parti," katanya.

Dalam pada itu, Janice ketika dihubungi menyatakan bahawa beliau telah mengemukakan permohonan untuk menjadi permerhati sejak lima minggu yang lalu namun tidak menerima sebarang jawapan.

Sehubungan itu beliau berpendapat tidak menjadi satu masalah untuk masuk ke dewan konvensyen namun telah ditahan di pintu masuk.

"Saya tidak dibenarkan masuk oleh petugas dan ini adalah sesuatu yang mengarut kerana wartawan turut dibenarkan masuk walaupun acara ini diadakan secara tertutup," katanya.

Janice menjelaskan, beliau meninggalkan konvensyen itu setelah berjumpa dengan Setiausaha DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah.

"Dia (Ean Yong) juga enggan memberikan saya satu sebab mengapa nama saya tidak dimasukan dalam senarai kehadiran," katanya.

Suara Politik
Belantan

Laporan polis di buat terhadap Presiden Pas?

Posted: 15 Dec 2013 03:06 AM PST


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok Kelantan membuat satu laporan polis terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mengatakan UMNO paling kuat menolak Islam.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Binjai di sini kira-kira pukul 10 pagi ini dengan diketuai oleh Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff dan turut dihadiri oleh kira-kira 30 penyokong.

Semasa ditemui, Mohd. Syamsul menyifatkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk UMNO paling kuat tentang Islam yang disiarkan dalam akhbar Harakah bertarikh 29 November - 1 Disember 2013 sebagai amat biadab.

Katanya, perkara itu merupakan satu fitnah besar selain mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan UMNO untuk mendapatkan kuasa memerintah negara ini.


"Pihak berwajib perlu membuat siasatan ke atas Abdul Hadi kerana dakwaan itu bukan sahaja menggores hati serta perasaan ahli UMNO yang kesemuanya adalah orang Islam tetapi boleh mencetuskan kesan buruk terhadap hubungan sesama saudara seagama," katanya di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mendesak Presiden Pas menarik balik kenyataannya bagi mengelak berlakunya perpecahan sesama umat Islam.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Syamsul memberitahu, Minda Pondok menyokong penuh pindaan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO bagi mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Beliau turut mencadangkan agar takrifan yang sama dimasukkan dalam Perlembagaan Negara.

Langkah tersebut tegas beliau, membawa maksud pengamal fahaman selain Ahli Sunnah Waljamaah tidak diiktiraf di negara ini termasuk fahaman Syiah dan Wahabi.

"Rasulullah SAW bersabda lebih kurang maksudnya, 73 firkah di dalam dunia ini dan hanya satu firkah sahaja diterima Allah iaitu al-Jamaah. Maksud al-Jamaah di sini adalah jamaah yang paling besar dan jamaah yang paling besar itu ialah Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Cerita Yang Rakyat Tidak Tahu Mengenai Tun Mahathir : Mandela hargai jasa Malaysia?

Posted: 15 Dec 2013 03:38 AM PST


Tidak pernah terlintas di fikiran pengasas Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. LIM KOK WING bahawa beliau akan menjadi individu bertuah yang dapat bekerja bersama-sama ikon antiaparteid, Nelson Mandela.

Semuanya bermula apabila beliau diarahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu Mandela dan partinya, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berkempen pada pilihan raya demokratik negara itu yang pertama dari penghujung 1993 sehingga awal 1994.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, Kok Wing, 67, menceritakan pengalaman pasukan Malaysia yang diketuainya berkempen di segenap ceruk negara itu selama enam bulan sehingga ANC menang dengan majoriti 62 peratus undi.

Mereka terpaksa mengambil risiko kerana pada masa itu kejadian letupan bom masih lagi berlaku. Akhirnya, hasil kerja keras pasukan kempen dan sumbangan dana dari Malaysia membolehkan Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

"Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku 20 tahun lalu apabila Malaysia khususnya Dr. Mahathir bersungguh-sungguh membantu Mandela atas semangat setiakawan dan antiaparteid yang cukup hebat," kata Kok Wing.

Bersama ikon perdamaian, Nelson Mandela ketika berkhidmat bersama parti ANC pada tahun 1993.

MINGGUAN: Secara ringkas, bagaimana hubungan antara Malaysia dan Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Hubungan ini telah terjalin sekian lama malah sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Namun hubungannya tidak baik kerana wujud dasar aparteid di Afrika Selatan. Malaysia antara negara yang menentang kuat dasar aparteid. Tunku Abdul Rahman ialah pemimpin pertama yang mencadangkan supaya Afrika Selatan disingkirkan daripada pertubuhan negara-negara Komanwel kerana negara itu mengamalkan dasar aparteid iaitu ketika berlangsungnya persidangan Perdana Menteri negara-negara Komanwel pada 1960.

Akhirnya pada 1961, Afrika Selatan tidak lagi menjadi anggota Komanwel dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan sebagai antara negara pendesak. Malaysia mahu pihak antarabangsa memberikan tekanan kepada Afrika Selatan bagi menamatkan segera dasar aparteid. Malaysia menggesa demokrasi ditegakkan di negara berkenaan. Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila Mandela dibebaskan dan ia berlaku ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir.

Mandela kemudiannya datang ke negara ini untuk bertemu dengan Dr. Mahathir. Ketika berkunjung ke Malaysia, saya telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir kepada Mandela. Saya telah diminta menggalas satu tugas besar iaitu membantu beliau dan partinya ANC berkempen pada pilihan raya demokratik pertama negara berkenaan. Untuk makluman semua, Mandela ialah rakan karib kepada Dr. Mahathir.


Selama ini saya bekerja rapat dengan Dr. Mahathir dan apabila beliau meminta saya membantu Mandela dan ANC, saya terus setuju. Saya berpendapat pada masa itu kita perlu membantu Afrika Selatan bagi membolehkan mereka mengecapi kebebasan selain membuktikan dasar aparteid itu adalah salah. Sebenarnya, Mandela amat mengharapkan bantuan daripada Malaysia. Beliau lebih percayakan negara ini dan tahu kita akan memberi sokongan sepenuhnya.

Selepas diberi tanggungjawab itu, apa langkah Tan Sri seterusnya?

LIM KOK WING: Saya berada di Afrika Selatan selama enam bulan dan dalam tempoh itu pelbagai cadangan telah diberikan untuk tujuan kempen. Oleh kerana ANC dipimpin bekas pejuang pembebasan yang tidak berpengalaman langsung berkempen ketika pilihan raya, mereka bergantung sepenuhnya kepada pasukan dari Malaysia untuk mengurus dan menjalankan kempen. Kita telah mencipta satu slogan khas untuk ANC bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka. Sebagai seorang yang telah lama terlibat dengan bidang pengiklanan, saya tahu bukan mudah untuk kita memperkenalkan satu slogan yang mampu menarik minat orang ramai. Pada awalnya saya cadangkan slogan A better future for all tetapi pihak ANC mahu ia diubah kepada A better life for all. Saya mencadangkan perkataan future (masa depan) kerana ia merujuk kepada satu tempoh yang panjang, manakala life merujuk pada kehidupan baik pada waktu sekarang sahaja.

Namun, akhirnya kami akur untuk menggunakan slogan A better life for all dengan merujuk kehidupan yang baik untuk semua orang secara bersama-sama. Slogan ini masih digunakan sehingga sekarang meskipun selepas 20 tahun dicipta. Untuk menjadikan slogan ini signifikan, kita telah memasukkan kanak-kanak pelbagai warna kulit dan keturunan bersama-sama dengan Mandela dan kemudian telah membentuk satu poster kempen yang amat menarik. Mesejnya cukup jelas iaitu untuk perdamaian, kesatuan dan perpaduan.

Difahamkan ANC enggan menerima poster yang memaparkan kanak-kanak berkulit putih?

LIM KOK WING: Poster kempen ini memaparkan Mandela bersama-sama kanak-kanak Afrika Selatan berusia 5 hingga 8 tahun yang mewakili kulit putih, hitam, India, Melayu Cape Town dan lain-lain etnik. Gambar ini telah dirakam oleh jurugambar dari Malaysia dan membawa maksud reconciliation (perdamaian). Kalau dilihat pada poster yang dibuat, terdapat dua kanak-kanak kulit putih bersama-sama Mandela. Saya ingin meletakkan tiga orang, tetapi ANC hanya mahu seorang sahaja kanak-kanak kulit putih. Akhirnya saya meletakkan dua orang.


Pemimpin-pemimpin ANC tidak bersetuju dan menyifatkan poster kempen yang saya buat itu seperti bijirin sarapan pagi, Kellogs dan terlalu banyak bertolak ansur dengan pihak yang telah lama menindas orang kulit hitam. Ia juga 100 peratus berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh ANC yang mahukan poster gambar genggaman tangan sebagai tanda melawan. Saya nyatakan kepada mereka yang ANC sudah pasti mendapat undi orang kulit hitam, oleh itu tumpuan perlu dibuat bagi menarik sokongan orang kulit putih.

Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk meyakinkan pihak ANC supaya menggunakan gambar dan slogan ini. Saya bercakap dengan Mandela sendiri bagi menjelaskan idea berkenaan dan beliau faham dan bersetuju dengan saya. Beliau bersama-sama dengan saya kemudiannya memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin ANC supaya menerima idea berkenaan.

Saya masih ingat kata-kata Mandela ketika itu iaitu lelaki ini (Kok Wing) datang dari negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, jadi dia tahu bagaimana untuk membawa rakyat hidup bersama-sama. Kita mesti membawa semua rakyat kita hidup bersama-sama. Saya mengemukakan idea ini kerana merasakan salah satu tugas penting yang perlu saya laksanakan adalah memastikan semua rakyat Afrika Selatan dapat hidup bersama-sama.

Orang berkulit putih menguasai 80 peratus kekayaan negara berkenaan, sekiranya kita tidak membawa semua supaya bersatu, apa akan terjadi jika orang kulit putih berhijrah ke negara lain. Akhirnya poster ini menjadi kesukaan ramai. Penduduk mengambil dan menampalkan dalam rumah mereka, sehingga kita kehabisan poster.

Nampaknya, kumpulan Tan Sri turut berperanan mencetuskan kesedaran rakyat Afrika Selatan mengenai hak mereka sebagai pengundi?

LIM KOK WING: Kita mahu memberikan kesedaran kepada mereka betapa pentingnya sesebuah pilihan raya serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Cuba lihat poster ini dan cuba lihat surat yang diberikan kepada saya oleh Mandela. Di dalam surat bertarikh 12 April 1994 ini, Mandela mengucapkan penghargaan kepada saya serta kumpulan saya atas sumbangan besar kami sepanjang kempen diadakan. Sumbangan ini termasuk mendidik masyarakat mengenai pilihan raya. Untuk itu kita telah mencetak begitu banyak risalah yang tujuannya menunjukkan cara yang betul untuk mengundi. Kita mahu mereka supaya pangkah parti ANC pada hari pengundian. Kita mahu ANC menang pada pilihan raya tersebut.


Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan kempen seperti poster, risalah, papan iklan dan sepanduk kesemuanya dicetak di Malaysia dan kemudian dihantar ke Afrika Selatan menggunakan kapal. Kita mahu memastikan bahan-bahan kempen ini dapat disiapkan sepenuhnya, seterusnya diagih-agihkan ke seluruh Afrika Selatan. Sekiranya semua bahan-bahan kempen ini dicetak di Afrika Selatan, kita tidak boleh pastikan sama ada ia boleh siap atau tidak.

Dengan siapa Tan Sri bertugas sepanjang enam bulan di Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Saya mempunyai 10 orang pembantu dari Malaysia. Saya juga mempunyai beberapa petugas tempatan berjumlah antara 20 hingga 30 orang bergantung kepada keadaan. Dalam tempoh enam bulan di Afrika Selatan saya juga bekerja dengan beberapa pemimpin kanan ANC antaranya, Thabo Mbeki (bekas Presiden Afrika Selatan); Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan sekarang); Cyril Ramaposa dan Dr. Popo Molefe. Kebanyakan mereka menjadi menteri selepas kemenangan besar ANC pada pilihan raya umum pertama negara itu.

Tan Sri sebenarnya sedang membawa nama Malaysia, boleh komen?

LIM KOK WING: Ya, selama di sana saya membawa nama Malaysia. Namun apa pun, yang pasti misi saya di Afrika Selatan sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya. Ketika itu kejadian letupan bom di hotel dan lapangan terbang masih berlaku. Saya juga bekerja rapat dengan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali yang ketika itu bertugas di Kementerian Luar. Sekiranya saya lihat semula keadaan pada masa itu tidak dinafikan kerja saya amat berbahaya.

Walaupun saya sentiasa diiringi oleh pasukan keselamatan tetapi saya sukar untuk mengenali mereka kerana setiap hari bertukar orang. Saya sedar bahaya sentiasa menanti. Namun saya tiada pilihan kerana pilihan raya semakin dekat. Saya terpaksa mengambil risiko untuk memastikan kemenangan ANC dan Mandela. Isteri saya juga begitu marah kerana kejadian letupan bom masih lagi berlaku dan dia mendesak saya pulang ke tanah air.

Halim juga minta saya pulang tetapi saya kata saya perlu selesaikan tugas ini dengan sempurna. Saya perlu menyiapkan setiap tugas yang telah diamanahkan walaupun keadaan amat berbahaya ketika itu. Apa yang kita lakukan ini atas arahan Dr. Mahathir dan ia sebenarnya memberi kredit kepada Malaysia. Sekiranya tiada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada ANC, siapa lagi?. Pengalaman lain yang saya tidak dapat saya lupakan apabila kami menjelajah semua negeri di negara itu dengan menaiki helikopter yang usang.


Kami juga menaiki kenderaan yang dipandu sangat laju kerana mahu mengejar masa dan dalam masa sama atas faktor keselamatan bagi mengelak dikejar dan diserang. Sememangnya misi kita untuk membantu ANC ini merupakan satu misi besar dan 'senyap' (tanpa diheboh-hebohkan). Sebelum saya terlupa Molefe yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Kempen Pilihan Raya ANC turut mengutuskan surat bertarikh 25 April 1994 kepada saya untuk mengucapkan penghargaan kerana bekerja keras membantu mereka untuk memenangi pilihan raya pertama Afrika Selatan.

Selama 20 tahun ini rakyat Malaysia langsung tidak tahu pembabitan Malaysia dalam membantu ANC?

LIM KOK WING: Memang rakyat tidak tahu sumbangan Malaysia terhadap usaha menghidupkan proses demokrasi di Afrika Selatan. Saya juga akui terdapat beberapa syarikat televisyen luar negara telah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini. Inilah sumbangan Malaysia kepada Afrika Selatan. Inilah sumbangan yang Malaysia berikan kepada Mandela sekalipun Dr. Mahathir tidak pernah menceritakannya, begitu juga dengan Daim. Sebab itu saya pun mendiamkan sahaja perkara ini.

Cuma, pada Ogos lalu kita ada menganjurkan majlis penyampaian anugerah khas untuk Mandela atas sumbangannya tidak terhingga kepada keamanan dunia sejagat. Anugerah ini kita namakan sebagai Mahathir Award for Global Peace. Dr. Mahathir telah menyerahkannya kepada Zuma sebagai wakil kepada Mandela. Penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi saya Mandela dan Afrika Selatan terlalu dekat di hati saya. Mungkin disebabkan pembabitan saya dalam kempen ANC selama enam bulan di sana, 20 tahun lalu.

Selepas kemenangan ANC, apa yang berlaku?

LIM KOK WING: Semua orang tahu siapakah Mandela. Apabila beliau menjadi Presiden semua orang menari dengan gembira. Tetapi satu perkara penting yang seharusnya diketahui terutama rakyat Malaysia adalah peranan Dr. Mahathir dan pasukan dari Malaysia yang menyokong tokoh ini di sebalik tabir sehinggalah beliau dan ANC menang. Kita dari Malaysia berada di sana untuk menghulurkan bantuan selepas Mandela yang baru beberapa tahun dibebaskan daripada penjara telah meminta bantuan daripada Dr. Mahathir kerana kagum dengan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini. Tugas kempen ini memang cukup berat kerana ANC bukan sahaja berhadapan parti kulit putih, malah perlu melawan sebuah parti kulit hitam lain yang mewakili kaum Zulu.

Apa perasaan Tan Sri apabila dimaklumkan Mandela meninggal dunia?

LIM KOK WING: Apabila mendengar berita ini, perkara pertama yang terfikir dalam fikiran saya ialah Dr. Mahathir kerana beliau yang memberi panduan kepada saya mengenai apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Mandela. Beliau selalu mengingatkan saya supaya menyelesaikan tugas berkenaan dengan sebaik mungkin. Kerana kami adalah satu-satunya pasukan yang menjalankan kempen untuk ANC. Pemergian Mandela sudah dijangkakan kerana beliau sudah tua dan sakit dalam tempoh yang cukup lama. Kita telah kehilangan seorang sahabat baik kerana dalam banyak perkara, Afrika Selatan dan Malaysia mempunyai hubungan akrab.


Saya merasa sedih kerana sangat sukar untuk mencari tokoh lain seperti Mandela yang dapat menyatukan ramai orang. Meskipun berada selama 27 tahun dalam penjara, beliau tidak berasa marah dengan orang kulit putih. Beliau juga boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

Apakah iktibar daripada pemergian Mandela?

LIM KOK WING: Kita mesti mengambil pengajaran bahawa apabila seseorang tokoh yang sukar dicari ganti ini pergi, beliau akan pergi selama-lamanya. Berbalik kepada Dr. Mahathir, bagi saya beliau ialah tokoh hebat peringkat global dan setaraf dengan Mandela. Ketika beliau masih lagi bersama kita, saya berharap semua orang mendengar nasihat dan menghargai beliau. Kabinet mesti memberikan perhatian terhadap segala pandangan yang beliau luahkan kerana beliau bercakap daripada lubuk hatinya.

Apa yang saya kesalkan, terdapat orang kita sendiri yang mengkritik beliau secara terbuka. Kalau nak juga mengkritik lakukanlah secara tertutup dan jangan melakukannya di hadapan khalayak ramai. Sekiranya kita pergi ke Afrika, kita akan sedar bahawa Dr. Mahathir ialah seorang hero di sana. Semua orang mengenali dan menyayangi beliau. Begitu juga di negara Arab dan Asia Tengah, semua kenal beliau.

Kalau kita pergi ke negara orang Buddha seperti Vietnam dan Myanmar, beliau juga dikenali sebagai seorang hero yang hebat. Malangnya di negara sendiri, orang tidak menghargai nasihat beliau.-UMO

Wasabi Oyabun..


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Hanya Kerana Gambar, PAS Tuduh Mukhriz Juga Syiah...

Posted: 15 Dec 2013 09:00 PM PST


Hanya kerana sekeping gambar, buta-buta mukhriz juga di fitnah sebagai pengikut syiah oleh cai-cai pas, punya la mengelabah cai-cai pas cuba mengaitkan seberapa ramai pemimpin umno dengan syiah tampa melihat sendiri dalam parti mereka kini sudah hampir 40% ahli dalam parti mereka pengikut syiah...

Baiklah kalau sekadar bergambar tampa apa-apa bukti seperti mana kdn dapat buktikan mat sabu syiah, cai-cai pas sudah tuduh mukhriz juga pengikut syiah, bagai mana pulak dengan gambar anwar, azmin dan beberapa ekor lebai pas sedang terangguk-angguk depan bangkai teoh beng hock sudah jadi kafir, pengikut agama buddha?


Dayang Ku Intan Terima Anugerah Khas AIM Kerana Fitnah Kerajaan Dan Najib...

Posted: 15 Dec 2013 06:00 PM PST


Senang cerita, apa jasa dayang ku intan pada industri muzik negara? pernahkah dia mencipta lagu sampai meletop-letop? pernahkah dia menang mana-mana festival muzik antarabangsa? atau pernahkah album solo dia mencatat jualan sampai 1 juta? jawapannya 'tak ada'.

Minah nie sudah dilupakan dalam industri muzik negara kita, kalau tidak kerana dia menyertai pkr dan berceramah di pentas pembangkang dengan memfitnah umno/bn dan najib, dia sudah menjadi tukun dan terus di lupakan...

Jadi apa rasionalnya untuk minah tu dapat anugerah AIM?

Mungkin penganjur AIM ini cukup berminat dengan cara dayang ku intan memaki hamun kerajaan dan najib, jadi untuk menghargai jasa dayang ku intan yang sedikit sebanyak memberi kemenangan kepada pakatan pada pru lepas, maka satu anugerah di berikan kepada dia, walhal semua orang tahu, lagu dayang ku intan tak la meletop mane pun...

Baca ulasan lanjut mengenai anugerah yang di terima oleh dayang ku intan di sini

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Santai,Satu Banglasia Satu Bahasa

Posted: 15 Dec 2013 04:00 AM PST

Dalam banyak-banyak perkara negatif tentang Bangla ni tapi sesuatu  yang bagus bangsa bangla ni,diaorang rajin bekerja dan tak memilih kerja.Dapat duit kirim pada keluarga kat sana..