Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Terkini ,Penemuan Mayat Di Maahad Tahfiz Kok Lanas

Posted: 12 Dec 2013 07:25 PM PST


Gambar hiasan

Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas adalah pelajar tingkat 4 yang berasal dari Pas Mas Kelantan.
Mayat itu telah dibawa ke bilik mayat (forensik) Hospital Sultanah Zainak Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Fadzil menjelaskan demikian menerusi facebook saya sebagai memberi reaksi berhubung perkara itu. Katanya pihaknya dan pegawai YIK dan keluarga pelajar berkenaan ikut sama semasa mayat itu dihantar ke hospital.

Fadzil juga menjelaskan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik pihak polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat andaian-andaian sendiri bagi menghormati penyiasatan dan keluarga mangsa.

Semalam telah ditemui mayat seorang lelaki yang tergantung di sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi tentang penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar?
Berita mengenai penemuan mayat di sekolah itu sudah tersebar luas di dalam Facebook sejak malam tadi. Walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenal identitinya tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak polis.

Kejadian itu bagaimana pun akan memberi kesan kepada sekolah berkenaan. Adalah diharap pihak pengelola sekolah (Yayasan Islam Kelantan) akan memberi jawaban tuntas mengenai kejadian itu agar tidak timbul sebarang keraguan mengenai kredibiliti dari aspek keselamatan yang ada di sekolah berkenaan.

Penjelasan ini seeloknya tidak ditangguh begitu lama kerana ia boleh memburukkan keadaan serta menyebabkan akan timbul pelbagai spekulasi. 

Ibu Jari Mayat Masih Tak Reput

Posted: 12 Dec 2013 05:00 AM PST

ORGAN ibu jari palsu yang tertua di dunia disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.

LONDON - Satu ibu jari kaki palsu yang ditemui pada kaki mumia Mesir kuno dipercayai merupakan organ palsu tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Artifak tersebut yang diperbuat daripada kayu dan kulit, kini disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.

Ia digunakan pada tahun 600 Sebelum Masehi bagi membantu orang yang hilang ibu jari kaki berjalan seperti biasa.

Ibu jari kaki palsu itu beberapa ratus tahun lebih tua daripada kaki palsu Empayar Rom yang dipercayai organ palsu terawal ditemui sebelum ini. - Agensi

Ada Apa Dengan R4BIA

Posted: 12 Dec 2013 02:44 AM PST

Kaherah. Sebuah akhbar UK, The Guardian menyebutkan bahawa semakin meluasnya simbol R4BIA menunjukkan tentang penolakan rakyat Mesir terhadap kudeta militer semakin meluas. Hal ini seperti dimuatkan dalam akhbar berkenaan pada edisi Selasa (10/12/2013) yang lalu.
Penguasa kudeta selalu melakukan usaha membenteras simbol ini. Namun semakin ia diperangi, ia menjadi semakin meluas. Hal ini membuktikan pembohongan tentera kudeta bahawa aksi kudeta mereka mendapatkan dukungan yang luas dari rakyat.


Terakhir, Khalid Bakara, seorang pelajar berumur 15 tahun telah ditangkap dan ditahan bersama tahanan dewasa selama 16 hari, tanpa ada pengadilan. Bakara ditahan hanya kerana membawa sebarang pembaris bergambarkan simbol R4BIA. Tindakan penguasa yang sewenang-wenang kepada pelajar ini hanyalah ugutan untuk menakuk-nakuti para pelajar agar mereka tidak lagi mendukung Presiden Mursi.



Sebelumnya pihak penguasa juga melarang bermain pemain sepakbola Ahmad Abdu Zhahir setelah menunjukkan simbol R4BIA selesai menjaringkan gol semasa pertandingan final Liga Champion Afrika. Malah Abdu Zhahir dijual oleh kelabnya.

Juara kungfu juga ditahan kerana aksi yang sama ketika menerima pingat emas didalam kejuaraan kungfu di Rusia. Yang tidak kurang menggemparkan adalah 21 mahasiswi gerakan "7 Pagi" yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di kota Iskandariah.


Peguam Bakara, Amru Abdul Maqsud, menyatakan bahawa kasus anak guamnya bebas dari politik. Menurutnya, penangkapan Bakara bertujuan menekan pendukung Presiden Mursi agar tidak lagi melakukan demonstrasi menentang kudeta. Apalagi di daerah asal Bakara, Balthim, yang terjadi demonstrasi hampir setiap hari.


Abdul Maqsud menyebutkan, Bakara dituduh berhubungan kepada Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dilarang, menjelek-jelekkan tentera, dan provokasi untuk melakukan kekerasan. Tapi di waktu yang sama, menahan anak di bawah umur bersama para tahanan dewasa adalah satu kejahatan yang diancam hukuman seperti tercatat di dalam undang-undang.-GB-

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Rafizi 'budak hingusan' tidak patut hina bekas ahli PKR?

Posted: 12 Dec 2013 07:34 AM PST


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak sepatutnya menghina bekas pemimpin atau ahli yang meninggalkan parti tersebut dengan gelaran seperti najis.

Sebaliknya, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, mereka yang masih bersama parti itu yang seharusnya digelar seperti najis.

Menurutnya, Rafizi yang dianggap masih mentah dalam selok-belok politik PKR tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam parti itu.

"Kami yang lebih awal mengasaskan PKR lebih mengetahui tentang hala tuju parti itu berbanding individu-individu seperti Rafizi yang 'menaiki kereta api' kemudian.

"Sekiranya, Rafizi menganggap kami yang keluar parti sebagai najis, maka mereka yang masih bersama PKR boleh dianggap sebagai najis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis seperti dipetik dalam portal Malaysia Today yang antara lain menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Ruslan turut menasihatkan Rafizi agar jangan berlagak angkuh dan sombong terhadap bekas-bekas pemimpin dan ahli PKR terutama mereka yang mengasaskan parti itu.

"Mereka yang masih baharu menyertai PKR termasuk Rafizi tidak sedar perjuangan parti itu kini telah tersasar daripada matlamat asalnya," ujarnya.

Namun, beliau yakin lambat-laun Rafizi akan sedar tentang kesilapannya menjadikan PKR sebagai platform untuk kerjaya politiknya.

"Rafizi dapat melihat hakikat sebenar di dalam PKR. Pesan saya kepada Rafizi, jangan sudah terhantuk, baru tengadah," katanya.

Wasabi Oyabun..

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu

Posted: 12 Dec 2013 08:57 PM PST



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Dec 12, 2013
HARAKAHDAILY

10 bukti yang dikatakan mat sabu Syiah oleh KDN atas arahan Zahid Hamidi adalah..

1 - mat sabu contohi pemimpinan imam khomenie. [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib contohi pemimpinan nelson mandela [Cristian] adakah Najib Cristian?

2 - mat sabu kagum dengan kepimpinan khomenie [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib kagum dengan kepimpinan Wen Jia Bao [Komunis China] adakah Najib Komunis?

3 - mat sabu guna ulama syiah iaitu imam khomenie sebagai terma rujukan [Syiah] adakah mat sabu syiah?
- Najib guna Barack Obama sebagai terma rujukan [Cristian] adakah Najib Cristian?

4 - aidil razali timbalan presiden jati kata mat sabu ikon Syiah [cakap-cakap kosong]
- penyokong umno berkata Rosmah adalah ikon busana muslimah [cakap-cakap kosong]

5 - mat sabu puji SU syiah Lubnan [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Muhyiddin puji presiden iran [Syiah] adakah muhyiddin Syiah?

6 - mat sabu lawat masjid syiah di thailand [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib & keluarga lawat gereja Vatican City [Cristian] adakah Najib sekeluarga Cristian?

7 - mat sabu masuk kelas pengajian syiah di semanggol perak [hanya dengar-dengar]
- Rosmah adalah isteri kedua Najib [ hanya dengar-dengar]
- Zahid memukul bakal menantunya hingga senget hidung [hanya dengar-dengar]

8 - mat sabu selalu melawat iran dan hantar pelajar belajar di iran [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib selalu melawat england dan hantar pelajar belajar di england [Cristian] adakah Najib Cristian?

9 - mat sabu pernah lafazkan selawat seperti di amalkan penganut syiah [sumber cakap-cakap kosong]
- Rosmah guna bomoh hindu - Thagaraju, pemandu kenneth eswaran [sumber cakap-cakap kosong]

10 - tuan guru abdul rahim kata mat sabu penganut syiah sebab nampak solat seperti syiah. [sembang-sembang kencang]
- tuan guru Prof EP kata Zahid penganut Syiah sebab suka bertaqiah (pura-pura) [sembang-sembang kencang]

KESOMBANGAN PEMIMPIN UMNO DALAM ISU BANJIR DI MARAN

Posted: 12 Dec 2013 08:41 PM PST

ismail (dua, kiri) berkata sesuatu kepada Zailah, sementara Sharif (membelakangkan kamera) memerhatikannya.

MARAN: Seorang petugas Unit Amal kesal dengan sikap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib yang mempersoal Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof daripada bertemu mangsa banjir di sini semalam.

Mohd Sharif Abdullah yang bertugas mengiringi Siti Zailah bersama kira-kira 20 orang ahli rombongannya melawat mangsa banjir berkata, insiden tersebut berlaku di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor di sini.

Katanya, ketika rombongan mereka sampai di situ sudah ada Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjerkah kepadanya.

"Datuk Mail kata jangan ganggu program kita orang. Lalu saya jawab kami bawa YB Zailah ini untuk melawat mangsa banjir sambil bagi bantuan," katanya.

Menurut Sharif, Ismail selepas itu terus menghampiri rombongan tersebut lalu menyoal Zailah kenapa tidak telefon dahulu sebelum datang.

"Zailah jawab, tidak apalah saya datang nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk, nanti Datuk boleh lawat rakyat kami pula.

"Kalau tak silap pendengaran saya Datuk Mail menjawab: tak pelah kitorang banyak bekalan," katanya.

Sharif berkata, Zailah hanya sempat berjabat tangan dengan beberapa orang mangsa di dewan itu sebelum berlalu pergi bagi menghormati tuan rumah yang seolah-olah tidak menerima kedatangan rombongan itu.

"Bagi saya insiden ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana membantu manusia yang dalam kesulitan ditimpa malapetaka tidak wajar melihatnya dengan kaca mata politik.

"Dulu ketika mangsa banjir bertarung nyawa kumpulan inilah yang tampil menyelamatkan mangsa sedangkan sesetengah pemimpin Umno masih berada dalam perhimpunan di Kuala Lumpur," jelasnya sedih.

Zailah semalam turun bersama Dewan Muslimat PAS menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh dan Maran.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial

Posted: 12 Dec 2013 08:40 PM PST

oleh Amin IskandarAda yang berpendapat KDN dipergunakan oleh Zahid Hamidi atas dasar permainan politik. Gambar The Malaysian Insider.Ada yang berpendapat KDN dipergunakan oleh Zahid Hamidi atas dasar permainan politik. Gambar The Malaysian Insider.
Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial.
Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.
"KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini."
KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.
Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.
"Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu?
"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam.
Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam.
"Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri," tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi.
"KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup 'political blunder' yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!".
Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: "Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!"
Gambar Ibrahim Ali bersama Imam Khomeini tersebar luas di media sosial selepas KDN mengeluarkan bukti Mat Sabu menganut fahaman Syiah.Gambar Ibrahim Ali bersama Imam Khomeini tersebar luas di media sosial selepas KDN mengeluarkan bukti Mat Sabu menganut fahaman Syiah.
Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran.
"Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…," tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais.
"Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah."
Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.
"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.
"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. – 13 Disember, 2013.

Umno terlibat dengan komunis.

Posted: 12 Dec 2013 07:27 PM PST

  • Mahfuz OmarMahfuz Omar
 1 / 1 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas mendakwa 10 bukti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan orang nombor duanya  dengan fahaman Syiah, tidak kukuh.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berdasarkan pendedahan KDN yang hanya merujuk kepada sumber-sumber tertentu dan bukannya bukti sahih.

"Rakyat boleh menilai sendiri pendedahan tersebut. Bukti KDN tidak kukuh kerana mereka hanya buat rujukan dengan  sumber.


"Saya percaya KDN berbuat begini hanya kerana mereka dicabar dedahkan bukti. Bagi kita, ini bukan isu besar tapi mengarut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar semalam mengenai 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas dengan fahaman Syiah.

Mahfuz berkata, tidak wajar mengaitkan seseorang itu dengan Syiah hanya kerana beliau mengagumi dan pernah melawat pemimpin Syiah.

"Tindakan KDN ini seolah-olah mengatakan sesiapa saja yang pernah berjumpa dengan pemimpin sesuatu amalan, maka dia juga mengikuti amalan itu.

"Kalau begitu, kita boleh kata (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) komunis kerana mereka pernah jumpa dengan pemimpin komunis," katanya.

Ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan memandangkan KDN menyebut terus nama pemimpin parti itu, Mahfuz berkata:

"Tindakan kita selepas ini ialah kita akan menyenaraikan 10 bukti Umno terlibat dengan komunis." - Sinar Harian

Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tiada Kes - Bebas dari sebarang pertuduhan

Posted: 12 Dec 2013 08:14 AM PST



KUALA LUMPUR - Setelah empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto sensual dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra menegaskan dirinya kini bebas daripada sebarang tuduhan.
Adi, 32, memberitahu, beliau telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).
"Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai NFA. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar bagi kesudahan kes tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Disoal kenapa kes berkenaan digugurkan, Adi bagai manapun tidak boleh menyatakannya. - KOSMO

Model Seksi Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat

Posted: 12 Dec 2013 04:44 AM PST

Oleh JASTIN AHMAD TARMIZI
Germaine Ong
PETALING JAYA: Kecoh di laman sosial Facebook mengenai berita seorang model berusia 23 tahun didakwa menghilangkan diri selepas dia ternampak 'hantu' di kondominiumnya.
Ibu mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mengesahkan anaknya Germaine Ong berada dalam keadaan selamat.
Ong, yang enggan mengulas lanjut bagaimana anaknya hilang berkata ia melibatkan 'masalah peribadi'.
"Dia sudah berada di sini sekarang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurut posting di Facebook, Germaine menghilangkan diri selepas dia masuk ke kondominium yang disewanya.
Satu lagi posting mendakwa Germaine dikatakan bercakap dengan dinding batu tempat dia tinggal sepanjang hari.
"Dia kata sekiranya dia mati keesokan hari, bermaksud 'hantu' telah makan dirinya," dakwa posting tersebut.
Ibu bapa kepada rakan Germaine, yang dikenali sebagai Melvin berkata kali terakhir dia melihat mangsa di Empire Soho pada pukul 1 petang Selasa lalu.
Kereta mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta kondominium berkenaan dan dia dipercayai berjalan keluar daripada rumahnya tanpa menaiki kereta.- mStar

Rafizi desak Najib letak jawatan

Posted: 12 Dec 2013 03:15 AM PST

Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi

DECEMBER 12, 2013
Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung "Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011" yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
"Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013. - TMI

Wanita Dikaitkan Dengan Skandal Adi Putra Dedah Kes Esok [Jumaat]

Posted: 12 Dec 2013 12:50 AM PST


PETALING JAYA: Ketika pelakon Adi Putera, 32, mengambil peluang untuk mengadakan sidang media berhubung skandalnya dengan isteri orang pada malam Khamis (malam ini) wanita tersebut pula akan membuat sidang media serupa pada Jumaat (esok).
mStar Online dimaklumkan, wanita berusia 30 tahun itu akan ditemani suaminya dan seorang peguam untuk mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung siasatan kes berkenaan.
Sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.
Terdahulu Adi Putra pada akan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis kira-kira pukul 8 malam.
Adi diberitakan akan menjelaskan perkembangan kes berkenaan termasuklah kononnya dia tidak bersalah.
Pada September lalu Adi atau mana sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. - mStar

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#Syiah - Bukti nyata Mat Sabu Pengikut Tegar Syiah

Posted: 12 Dec 2013 05:50 PM PST


Harap Mat Sabu tidak bertaqqiyah untuk menafikan beliau seorang pengikut tegar Syiah.

Selalunya apabila seseorang dah terjerumus ke dalam akidah Syiah maka seseorang itu akan kecanduan dan ketagihan seperti mana penagih-penagih Syabu. 

Di mana-mana saja boleh solat jamak. Kalau teringin nak jimak, terus saja muta'ah. Dah puas 'meratah' boleh blah dengan sedikit upah.

Lagi pun antara Syiah dan Syabu kedua-duanya membahayakan akidah, kesihatan dan keselamatan negara. Bahkan kedua-dua Syiah dan Syabu berasal dari negara yang sama.

Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari bahaya Syiah dan Syabu...termasuklah si Sabu.

Insya Allah, Amin ya rabbal alamin.


Sebar-sebarkan lah poster ini.

Fuziah Salleh YB yang #Lifestyle . Cerita Pasal Kuih Bengkang Ketika Rakyat Menghadapi Banjir. #pray4kuantan

Posted: 12 Dec 2013 06:00 AM PST

Blogger 1 Malaysia mendedahkan bahawa Fuziah Salleh sempat bergurau mengenai kuih bengkang ketika rakyat di kawasan Parlimennya sedang menghadapi bencana banjir.


Sumber : http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/12/disaat-rakyat-ditimpa-kesusahan-mereka.html

Kalau ada penyokong pembangkang cuba mempertahankan Fuziah bahawa air belum naik pada 3 Disember, video ini boleh menjadi bukti.



Video-video ini sebenarnya dimuat naik oleh blogger pembangkang sendiri.

Bila keadaan dah kritikal, barulah YB kuih bengkang menggelabah dan mula salahkan agensi dan jabatan Kerajaan.

Tahniah YB Pembangkang yang suka kuih bengkang. Cara anda mengalihkan kesalahan anda kepada orang lain memang berseni.

*Bangkang dari kuih bengkang.

Jawapan Paling Mantap Untuk Jawab Isu Kereta Proton Perdana Baru.

Posted: 12 Dec 2013 04:00 AM PST


*Jawapan terbaik untuk golongan yang suka kutuk Proton terutamanya yang pakai Perodua.



Santai Petang : Lawak Ilmu Tak Takut Bini.

Posted: 12 Dec 2013 01:00 AM PST

Ada rakan MyMassa kongsikan bahawa pemimpin no.1 dunia, Barack Obama pun takut bini. 

Tak percaya? Sila tengok foto ini.


Oleh sebab pemimpin sebuan negara besar macam Amerika pun takut bini, maka petang ni MyMassa nak kongsikan lawak takut bini dengan pembaca.

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.

*Sape tak takut bini oooiii.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Nik Abduh Nik Aziz Sendiri Akui 2011 Syiah Wujud dalam PAS - Bukan Menteri @Zahid_Hamidi

Posted: 12 Dec 2013 06:59 PM PST


Anak Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS ini boleh tahan kelantangan beliau menulis di blog atau Facebook. Termasuk isu yang cuba disembunyikan oleh setengah pihak dalam PAS tentang isu Syiah.

Baca kenyataan beliau pada 2011 tentang perkara tersebut di sini 




Lebih mengejutkan banyak perkara seperti Majlis Syura Ulama dan Unit Amal PAS sebenarnya ditiru dari Iran.

Lihat entri blog Greenboc wawancara dengan Mohamad Sabu tentang pengakuan beliau tentang hal ini.






Adakah lagi pihak dalam PAS mahu menafikan mereka cenderung kepada Syiah?

Jika kita sedar betapa banyaknya 'laknat' dan penghinaan oleh Ayatullah Khomeini kepada Sahabat dan isteri Nabi begitu terang dan nyata, adakah kita mahu meniru dari mereka ???

Antara bukti ada di bawah ini : 

Inilah dia perkataan keji itu:

Sumber: Kitab Al-Thaharah karya Khomeini Al-Khabits, juz 3 hal 457

artinya: "Jika seorang pemimpin memberontak terhadap amirul mukminin (Ali) untuk melawan dia dalam kepemimpinan atau tujuan lain seperti Aisyah, Zubair, Thalhah dan Muawiyah....., atau jika dia menampakkan permusuhan terhadap Amirul Mukminin atau setiap Imam, walaupun mereka tidak terlalu (najis) dalam penampilan luar......mereka lebih najis dari Anjing dan Babi..."

Azab kecil yang telah diterima Khomeini dari segudang dosanya kepada para sahabat dan Nabi dan keluarganya telah diterimanya saat ia mati, ia dihinakan oleh Allah, mayatnya dalam peti hampir telanjang....lihat gambar berikut ini:


ada juga ulama Syiah yang wajahnya hangus ketika mati karena telah berani menghina Umar bin Khattab dengan mengatakan, "Jika Umar ada di dalam surga, saya minta kepada Allah agar mengeluarkan saya dari surga" (artikelnya di sini)

berikut gambarnya:

 



Panglima juga bertemu bukti lain perihal beliau mengkafirkan Sahabat Nabi Saidina  Umar Al khattab seperti di bawah :

Ini dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, pengasas revolusi Iran. Dalam kitabnya Kasyful Asrar beliau menulis, 

" Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110) 

"Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar : 116) 


Panglima berdoa semoga Syiah tidak akan berkembang di Malaysia dan fahaman sesat lagi menyeleweng yang lain seperti Wahabi & Islam Liberal juga sama.


Sent from my iPhone

Jawapan 'Maut' Kepada Pembenci PROTON isu Kereta Perdana Baru

Posted: 12 Dec 2013 06:03 PM PST

Panglima berbesar hati membaca artikel di bawah berkenaan isu kereta Proton yang cuba dihina setengah pihak yang sudah sekian lama membencikannya.

Nak tulis ada lebih pandai. Maka mengulang siar bahan yang siap ditulis langkah mudah dan tepat untuk menyakinkan rakyat kehebatan jenama kereta negara kita. 

Harap ia mampu membuka minda dan hati mereka agar tidak memperlekeh jenama Malaysia ketika kita sedang berusaha menempa nama lebih cemerlang di pentas dunia. 

Baca dan mohon sebarkanya.



APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang 'super-kompetetif'. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- "Rebadging" atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka "rebadging" model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang "pilih kasih" menyebabkan Proton menjadi ibarat "punching bag". Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi "punching bag" tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu "Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?"

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak "bungkus" pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas "Saya tak suka Proton". Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012

sumber: TVONLINE 




Sent from my iPhone

KDN kemuka 10 maklumat Mat Sabu terlibat Syiah

Posted: 12 Dec 2013 04:13 PM PST




PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 maklumat yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131212/dn_41/KDN-kemuka-10-bukti-Mat-Sabu-terlibat-Syiah##ixzz2nJE6nMpn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kenyataan penuh :

KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
- Rakyat News


Sent from my iPhone

Video MB Pahang Jelaskan Isu 1Malaysia Spiritual Tourisme

Posted: 12 Dec 2013 04:10 PM PST

http://www.youtube.com/watch?v=PNzAGF0c55c&sns=em


Sent from my iPhone

Usaha KDN @zahid_hamidi banteras Syiah akan Gagal kerana JAKIM Ramai Pro PAS ? cc @realdrmaza @saifuddinabd

Posted: 12 Dec 2013 07:29 AM PST


Usaha terkini KDN seakan Ops Cantas Syiah sangat tepat pada masanya lantaran penularan virus tersebut. Dengan memberi kuasa kepada JAKIM untuk melaksanakannya.




Semakin ramai sudah terpengaruh dengan Syiah termasuk golongan akademik dan penulis seperti Faisal Tehrani yang memuji Syiah dan mengabaikannya dalam novel beliau



Selepas dihala ke JAKIM isu Mat Sabu Syiah oleh Menteri KDN DS Dr Ahmad Zahid Hamidi namun nampaknya pihak pegawai JAKIM tidak pro aktif menyahut seruan tersebut.

Adakah kerana ramai pro PAS dalam JAKIM ?

Kalau isu akidah dan ajaran sesat pun ada bias politik menjadi neraca timbang keputusan maka apakah kita boleh harapkan mereka untuk bantu negara banteras fahaman ini ?

Di saat KDN mendedahkan kaitan Mat Sabu dengan Syiah nampaknya ada pihak cuba mengaitkan ustaz Zamihan Mat Zin dengan fahaman Syiah. Sedangkan rakan Panglima Mymassa sendiri menafikannya 






Kumpulan wahabi atau nama glamor Salafi ini cuba membentuk persepsi selepas ustaz Zamihan bersama KSU KDN petang tadi mengumumkan perkara yang dikait dengan Mat Sabu sebagai pengikut Syiah.






Not : Aizal Masod yang ditulis dalam gambar ialah pegawai JAKIM yang didapati cenderung kepada wahabi. 


Dan tulisan di blog beliau di sini ada disebut bahawa Wahabi tidak menyeleweng.

Namun lebih menarik lagi ialah dakwaan Hassan Al Saqqaf seorang Syiah oleh Dr Maza telah dinafikan oleh beliau : 


Mungkin ini pendirian Wahabi wajah Sunni yang terpaksa menolak separuh dan menerima separuh kerana jawatan yang disandang olehnya.

Hubungan intim Saifuddin abdullah dengan Dr Asri seperti imej Twitter di atas bukan baru bermula. Lebih memeranjatkan Khairy juga turut sama dalam 'skandal' ini.

Lihat skrin imej ini 







Kita tidak mahu ada yang sokong wahabi dalam Umno. Jika Saifuddin Abdullah sudah kalah PRU13 adakah KJ juga mahu mengikut jejak langkah beliau dengan menyokong wahabi PRU 14 ?

Kepada pemimpin politik harap jaga akidah dan fahaman anda. Belajar dari ulama agar selamat. Berpeganglah ajaran majoriti ulama pegang bukan ajaran minoriti ulama yang mungkin meragukan. Jauhi Syiah wahabi Islam liberal dll. 

Semoga artikel ini berguna untuk anda semua.


Wassalam.

Sent from my iPhone