Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


True heroes of Pingat Gagah Berani won't forgive you Idris - UPDATED

Posted: 11 Dec 2013 05:12 AM PST

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Video - @NajibRazak Tiru @Anwaribrahim Puji Bini Dalam PAU ?

Posted: 11 Dec 2013 04:25 AM PST

http://www.youtube.com/watch?v=-qDBKOGvFks&sns=em


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kitaran Ekonomi Malaysia - Harga Naik vs Subsidi vs Hutang Luar vs Banjir

Posted: 11 Dec 2013 10:49 PM PST



Mujurlah negara kita masih ada rezab simpanan yang banyak. Kalau semua nak digunakan untuk subsidi alamatnya kita terpaksa meminjam lagi duit Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, IMF dan sebagainya untuk menampung pembangunan negara ini.

Bayangkanlah ketika negara ditimpa musibah banjir dan dikala itu negara kekurangan rezab dan wang tunai, sudah tentu kita terpaksa mengambil peruntukkan dari sektor-sektor lain untuk menampung pembelian makanan dan lain-lain keperluan untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir.

Tak kurang juga kita terpaksa menagih simpati dari negara luar memohon sumbangan. Mereka memang boleh membantu namun pasti ada imbalannya.



Bayangkan juga di saat negara memerlukan wang tunai yang banyak untuk membantu pembangunan semula infrastruktur yang musnah akibat banjir. Di kala itu juga pentadbiran agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan digantung seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat Oktober lalu. Sudah tentu yang paling kuat menyalak adalah puak-puak pembangkang yang kerja mereka adalah membangkang setiap masa.   

Nasib baiklah DAP tak perintah negara ini. Kalau tidak sudah tentu tak keruan agensi dan jabatan kerajaan nak menangani musibah banjir ini. Manakan tidak, ramai pegawai dan kakitangan awam diberhentikan kerana dituduh membazirkan wang rakyat dan wang cukai yang dibayar 'begitu banyak' oleh puak-puak kiasu ni.




Sebenarnya, banjir ini adalah ketentuan dari Allah s.w.t. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita harus berganding bahu membantu sesama rakyat mengurangkan bebanan kerajaan dalam menangani musibah ini. Hulurkan derma wang ringgit, pakaian, makanan hatta tenaga dan kudrat membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir ini. Sesungguhnya sedekah jariah itu berkat.




Musibah banjir ini tak kenal mangsa, yang jahat, yang kuat fitnah, yang suka buat kacau, yang suka-suka mengikut atau yang baik-baik dan berkecuali pun tidak akan terlepas dari musibah ini. Mungkin Allah s.w.t nak beri peringatan agar kita jangan asyik termakan fitnah dan dan berbuat jahat hinggakan Allah murka dan menurunkan bala kepada kita semua. 

Sebagai renungan hayatilah surah Al-A'raf [7] ayat 96:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ar-Rum [30] ayat 41:

 "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
 
Tak mungkin Allah turunkan sesuatu tanpa sebab. Hujan lebat berhari-hari kesan bawaan ribut Haayan dan fenomena air laut pasang adalah musabab dan peringatan Allah kepada kita jua. Renung dan ingat-ingatlah apa yang kita buat dalam tempoh setahun ini...Lepas tu bebanyak istigfar dan mohon ampun.   

Santai Petang : Lawak Uncle Yang Kuat Bertaruh.

Posted: 11 Dec 2013 01:16 AM PST

Lawak dari blog Lawak Today,

Ada seorang Uncle yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Uncle dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…

Manager : Setiap hari saya lihat 
Uncle akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja Uncle?

Uncle : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi 
Uncle mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau Uncle bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Uncle : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja 
Uncle nak bertaruh dengan saya.

Uncle : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah 
Uncle. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan 
Uncle.

Manager : 
Uncle sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Uncle : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum 
Uncle pun berkata..

Uncle : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. 

Uncle pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru 
Uncle tahu siapa yang teror… Sorrylah Uncle hari ni Uncle tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba 
Uncle mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Uncle..

Manager : mana 
Uncle dapat duit sebanyak tu?

Uncle : Uncle bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?


Uncle : Bertaruh yang Uncle dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua



*Uncle ni lain pulak kuatnya, kuat bergambar.





Syukur! Kerajaan Bercadang Tambah Nilai Bantuan Mangsa Banjir

Posted: 10 Dec 2013 11:57 PM PST

Berita dari Sinar Harian.


*Terima kasih YAB PM. Diharapkan penambahan bantuan ini akan meringankan beban mangsa banjir.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Alangkah Indahnya Jika Politik Caci Maki di Tukar Kepada Penerangan Dan Ehsan

Posted: 11 Dec 2013 10:34 PM PST

http://ijoks2009.blogspot.com/2013/12/alangkah-indahnya-jika-politik-caci.html
Gambar hiasan

PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3
Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Melalui perbualan dan persahabatan untuk suatu jangka yang agak lama, saya tahu beliau seorang pegawai polis yang bukan pro pembangkang, juga bukan pro Umno.

Hari ini, kebetulan balik bercuti, beliau singgah di klinik. Kebetulan ketika lalu di hadapan Masjid Kubang Kerian, ada tergantung banner ceramah Dr Azam Tamimi. Soalan pertama yang beliau tanya selepas bersalaman, "Dr Azam Tamimi tu siapa?"

"Pemimpin HAMAS Palestin." Jelas saya ringkas.

"Saya nak cakap ko Dr satu perkara, masa banjir di Kuantan baru ni, saya cukup respect dengan sumbangan Unit Amal PAS! Sayu bila teringat balik, anggota saya belasah mereka masa Himpunan Bersih dulu..." ujarnya berbaur kesal dengan apa yang telah berlaku.

Saya hanya mendiamkan diri sambil hati kecil saya berkata, "sampai masanya kebaikan itu akan dihargai..." Dr Azman Ibrahim.
-harakahdaily-

-ijoks2009-
Kita boleh berbeza pendapat dalam banyak perkara,tetapi bukan dengan cara saling mencaci maki dan memfitnah antara satu sama lain.
Tunjukkan akhlak islam sebenar kepada musuh  dan jangan terikut-ikut rentak musuh.

Kadang-kadang sepatah perkataan yang baik itu boleh menembusi hati dan sanubari manusia jauh lebih tajam dari pedang.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rabecca Derma Semua Wang Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir

Posted: 11 Dec 2013 10:05 PM PST

Aktress Rabecca Nur Al Islam telah membuat keputusan untuk mendermakan keseluruhan wang berjumlah RM11,200.00 yang diterima hasil memenangi saman daripada pengarah Erma Fatima kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang serta pihak yang lebih memerlukan

Seterusnya DI SINI

Selepas 20 tahun Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu

Posted: 11 Dec 2013 08:25 PM PST


 Tragedi runtuhan kondominium mewah Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993, menjadikan dua blok bersebelahan dengan tapak runtuhan sebagai lokasi bagi mereka yang menggemari aktviti paranormal.
SEJAK 20 tahun lalu, tapak terbiar Highland Tower dikatakan merakamkan beberapa kisah seram, dengan ada pihak yang mendakwa mereka merasai sendiri kewujudan aktviti paranormal di sana.
Tempat itu juga dikatakan menjadi lokasi pilihan penjejak aktiviti paranormal amatur dan mereka yang berminat dengan kisah disebalik runtuhan kondominium mewah berkenaan.
Carian di Internet mendapati terdapat ratusan rakaman video dan gambar yang dimuat naik oleh penjejak aktiviti paranormal yang memaparkan pengalaman mereka berada di dua blok Higland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.
Ada yang menggunakan peralatan canggih seperti perakaa parabola, kamera penglihatan malam, termometer inframerah serta medan meter elektromagnet untuk merekodkan 'pengembaraan' mereka.
Pengguna Internet turut merekodkan pengalaman ekspedisi lewat malam mereka di dua blok berkenaan dan memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan blog.
Kisah seram mengenai Highland Tower turut dipaparkan di beberapa laman web paranormal seperti, HungZai.com, ghostsmsia.blogspot.com dan The Paranormal Life (adamvai.blogspot.com) oleh pencari hantu, Adam Vai.
Menurut laman web, theshadowlands.net ramai yang mendakwa tempat berkenaan berhantu dan pelbagai suara menyeramkan boleh didengar pada waktu malam.
Cerita berkenaan telah mendorong rakaman filem, Higland Tower, karya arahan Pierre Andre.
Tempat berkenaan didakwa sebagai lokasi paling menyeramkan di negara ini, bersama-sama beberapa tempat lain seperti Penjara Pudu, Bukit Tunku di Kuala Lumpur, Istana Kellie di Perak serta Lebuh Raya Karak di Pahang.- mStar

Artis : Emma Maembong sudah berhijab

Posted: 11 Dec 2013 05:18 PM PST

Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: "Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah," jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.
Foto
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu. 
"Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

"Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga," katanya ketika dihubungi, semalam.
Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata. - Metro

Konsert Amal Datuk Ramli Sarip : "Blues Buat Teman" di 9 negeri

Posted: 11 Dec 2013 08:06 AM PST

Ramli Sarip
KUALA LUMPUR: Atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan yang mengalami kesulitan hidup, Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsertnya, Blues Buat Teman Tour 2014 pada 19 Januari 2014 bagi membantu teman-temannya itu.
Mereka adalah Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Ramli, 61, berkata, hatinya mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.
"Konsert ini merupakan satu penghargaan buat para pemuzik yang pernah terbabit dalam rakaman album Alive (2000) di Synchrosound Studio, Petaling Jaya.
"Ia sebagai satu dedikasi kepada Allahyarham Samad serta Yazit dan Hamid yang menghadapi masalah kesihatan.
"Saya mula terfikir mengadakan konsert ini selepas melihat gambar-gambar lama saya bersama mereka dan selepas setahun merancang, Alhamdulillah ia akan dilaksanakan pada tahun depan di 10 buah lokasi seluruh negara," katanya.
Ramli ditemui pada majlis sidang media konsert Blues Buat Teman Tour 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
Turut hadir barisan pemuzik yang terlibat dengan konsert berkenaan iaitu Man Kidal sebagai gitaris, Tom Anuar (dram) Fauzie Zain (Bass), Roza Rasul (Keyboard) dan Paang Zaman (perkusi).
Tambah Ramli, dia merancang untuk menyumbangkan kesemua wang tiket kepada tiga rakannya itu dan bersyukur apabila pemuzik-pemuzik serta kru konsert tersebut setuju dengan cadangan itu.
"Alhamdulillah, apabila niat kita baik, semuanya dipermudahkan.
"Kalau nak tahu konsert ini tiada penaja dan kami adakan konsert ini bagi mengumpul dana tanpa memikirkan wang gaji sendiri. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh produksi dan pemuzik sanggup berkorban untuk mengumpulkan dana," ujarnya.
Dalam pada itu, sebuah lagu Blues Buat Teman juga akan dihasilkan dan akan dipersembahkan pada konsert jelajah tersebut.
Konsert jelajah itu akan bermula di Hard Rock Cafe di sini pada 19 Januari 2014, diikuti dengan sembilan negeri lain iaitu Sarawak (14 Februari), Sabah (16 Februari), Pulau Pinang (23 Februari), Perak (1 Mac), Terengganu (7 Mac), Kelantan (8 Mac), Melaka (14 Mac), Johor (28 Mac) dan Singapura (29 Mac).
Untuk keterangan lanjut, hubungi 013-2633938 - mStar

3 bini masih tidak cukup, sanggup rogol remaja 13 tahun

Posted: 11 Dec 2013 05:22 AM PST


Maz. Pic: HMMaz. Pic: HMHULU KLANG: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil 'papa' melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.
"Papa memberi amaran supaya tidak menceritakan hal berkenaan kepada sesiapa termasuk keluarga dan mengulangi perbuatan terkutuk itu tiga hari kemudian di hotel sama.
"Pada mulanya, papa menyuruh saya tidur di hotel kerana hari lewat malam. Saya ikut sahaja apa kehendaknya dan tak sangka dia akan merogol saya," katanya kepada Harian Metro sambil ditemani ayahnya semalam.
Maz berkata, pada 30 November lalu, suspek sekali lagi mengajaknya ke hotel sama dan memberinya duit belanja.
Apabila Maz mengikut permintaan itu, dia sekali lagi dirogol buat kali ketiga.
"Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya melarikan diri dan menghubungi rakan yang kemudiannya menghantar saya pulang ke rumah," katanya.
Maz mendakwa selain dirinya, dua rakan sebayanya turut menerima wang bulanan daripada suspek dan mereka juga dirogol, namun tidak membuat laporan polis.
Sementara itu, ayah tiri Maz yang mahu dikenali sebagai Ikmal, 24, berkata melihat anaknya pulang dalam keadaan tidak bermaya pada 1 Disember lalu, dia mula menyoal anak gadisnya itu.
"Pada mulanya dia enggan bercerita, tetapi setiap hari saya mendesak sehinggalah pada 4 Disember lalu, dia mengaku dirinya dirogol oleh seorang lelaki yang bergelar bapa angkatnya.
"Mendengar cerita itu, saya terus membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sebelum cuba memerangkap lelaki itu," katanya.
Ikmal berkata, dengan menggunakan telefon bimbit Maz, dia menghantar mesej untuk berjumpa suspek di sebuah restoren berdekatan rumah mereka disini.
"Sebaik berjumpa, saya terus menyoal lelaki itu dan membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.
Menurutnya, polis mengarahkan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Amirudidin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan memberitahu suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, suspek yang ditahan sejak 4 Disember lalu kini ditahan reman sehingga esok dan meminta remaja lain yang pernah dirogolnya tampil membuat laporan polis.
-Harian Metro

Skandal Adi Putra & Isteri Orang : Tunggu esok ...

Posted: 11 Dec 2013 02:57 AM PST


Adi Putra
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang akan memberi penjelasan berhubung perkembangan isu itu kepada pihak media pada malam Khamis (malam esok).
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, isu tersebut yang sudah pun menjadi kes polis akan diperjelaskan menerusi sebuah sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8 malam.
"Saya akan mengadakan sidang media khas menjelaskan segala-galanya berhubung kes (skandal) tersebut," katanya ringkas menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini, petang Rabu.
Adi bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung sidang media itu sebaliknya meminta pihak media hadir bagi mendapatkan penjelasannya.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan
Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman sosial Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.
Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun Adi Putra dalam sebuah akhbar sebelum ini menafikan dia menggunakan pengaruh golongan VIP untuk menutup kes berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Umum 100 lompat ke PKR sahkan Fuziah politikkan banjir

Posted: 11 Dec 2013 09:10 PM PST

Kesian si "gedik"... Tertekan, tembelang pecah

Posted: 11 Dec 2013 12:00 AM PST

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Jemputan Buat Semua Warga Perak.

Posted: 11 Dec 2013 08:42 PM PST

Sempena musim cuti sekolah hujung tahun ni, aku ingin menjemput semua warga negeri Perak,, warga negeri lain pun boleh, kalau berminat untuk ...





Jemputan kepada semua anak bangsa terutamanya warga Perak ke Tayangan FreedomFilmFest 2013 (Perak) oleh Pusat KOMAS dengan kerjasama KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam. Semua dijemput hadir, masuk adalah percuma & pendaftaran boleh dilakukan pada hari tayangan.
Tarikh : 14 Disember 2013 (Sabtu) Masa : 8.45 pm - 11.30 pm Tempat : Sekolah Seri At-Ta'alim, Seri Manjung, Perak. (Belakang Stesyen Bas Seri Manjung)
Sesi Dialog & Soaljawab :- Sdr Zamri Edzri Brahim (Peguam) Puan Rohawati Abidin (DMPKL / Su PBSM Cabang Manjung) Otai Manjung (Aktivis Hak Asasi Manusia & Alam Sekitar)
3 Filem Hak Asasi Manusia yang bakal ditayangkan:-
1. ASHAARI - Pada 21 Julai 2007, sekumpulan anak muda Melayu-Islam telah ditangkap oleh pegawai-pegawai keselamatan kerana disyaki menyebabkan kekacauan di Krong Pinang Daerah, Yala Province. Mereka telah diambil ke dalam jagaan tentera. Salah seorang daripada mereka, Ashaari Sama-ae, 25, meninggal dunia di hospital selepas ditahan untuk satu malam. Doktor berkata beliau mengalami kecederaan teruk kepada kepala dan dada. ""Ashaari"" menceritakan kisah ibu Ashaari (Baedoh) dan perjuangannya selepas anaknya dipukul hingga mati di Deep South, Thailand." Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/ashaari/
2. TANPA WAJAH - Kisah mengenai wanita biasa yang berani untuk menentang masyarakat patriarki untuk memperbaiki kehidupan mereka untuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak mereka. Walaupun mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat, wanita-wanita berani ini mempunyai sebuah persamaan, iaitu keinginan untuk perubahan. Dokumentari ini akan menunjukkan bahawa sesiapa sahaja menpunyai hak untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dalam masyarakat. Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/tanpa-wajah-unseen-faces/
3. ULAMA PEREMPUAN - Sesetengah orang Islam menganggap 'Ulama Perempuan' sebagai ungkapan pelik, kerana mereka menganggap wanita sebagai tidak layak untuk mengambil peranan kepimpinan dalam bidang agama. Adakah benar bahawa ulama wanita adalah asing atau dilarang dalam Islam? Dokumentari ini memaparkan pergerakan ulama wanita di Indonesia, pada perjuangan dan penglibatan mereka dengan teks dan realiti kehidupan, dan dengan Firman dan dunia. Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/ulama-perempuan/




Hina sangatkah dengan panggilan nenek ?

Posted: 11 Dec 2013 05:55 AM PST

Apakah dengan adanya anugerah gelaran Datuk, maka panggilan nenek jadi hina?...



Kalau umur 26 tahun dipanggil nenek mungkinlah ada unsur penghinaan,,, tetapi ini dah 62 tahun lebih,,, sila rujuk Klik Sini . 

Aku yang bakal nak masuk umur 53,, bila ada sesetengah parent yang bawa anak kecil,, mereka membahasa aku sebagai atuk didepan anak kecil mereka,, tak pula aku terasa terhina,, walaupun aku ni belum lagi bercucu.....

Apakah kerana panggilan nenek atau sengaja nak cari isu politik murahan yang umno sekarang dah ditolak oleh melayu sendiri.... 
Kaitan isu Klik Sini


Tolong tengok ni,, Kereta Proton Perdana atau Honda Accord.

Posted: 11 Dec 2013 12:22 AM PST

Apakah ini hasil dari syarikat kereta negara Proton... Cerita ni beberapa minggu lepas ada duk sembang dah.. 




PUTRAJAYA , 11 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 
Turut hadir Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Kereta tersebut didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun buat masa ini, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

ish,ish,,betui ka dak ni,, atau aku salah pandang....





BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


11.12.13 TARIKH IJABKABUL UNTUK ROZITA DAN ZAIN SAIDIN, TAHNIAH !

Posted: 11 Dec 2013 05:18 PM PST

Tahniah buat pasangan pengantin Zain Saidin dan Rozita Che Wan kerana telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang cukup meriah malam tadi. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Lidah Rasmi PAS Tidak Iktiraf Kemenangan Pro Mahasiswa Di Beberapa IPT

Posted: 11 Dec 2013 05:30 PM PST

 Jika dulu, Harakah adalah akhbar yang paling seronok sekali melaporkan siapa menang dan siapa kalah di IPT. Jika kumpulan PAS yang menang maka ianya akan diletakkan di muka hadapan sekali. Kini akhbar rasmi PAS itu seolah mempertikai pula peranan Pro Mahasiswa di IPT. Apakah bila YDP dari Pro Mahasiswa dipilih di UPM, maka PAS menggangap Pro Mahasiswa sudah masuk UMNO di UPM?

Apakah yang cuba dimaksudkan oleh penulis Tarmizi Anuwar tentang kemenangan Pro Mahasiswa di beberapa IPT dalam pilihan raya kampus yang lepas? (baca sini) Nampak gayanya penulis tidak berapa setuju bila Pro Mahasiswa cuba menyamakan kemenangan mereka itu seperti kemenangan Islam di kampus. 

Apakah benar menang bersama dengan kumpulan Sosialis (Bawani) di UUM itu dianggap satu kemenangan bagi Islam? Nampaknya, Harakah selaku lidah rasmi PAS sudah mula mengkritik secara terbuka anak anak didik mereka di IPT agar jangan cepat menghukum dan membuat fatwa sendiri.  Macam ada yang tidak kena sahaja dengan kumpulan Pro Mahasiswa ini?
 


Blogger & Facebooker Yang Sokong Anwar Ibrahim Marah Kalau Tengok Video Ini

Posted: 11 Dec 2013 03:30 PM PST





Video ini membuktikan bahawa memuji isteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sudah dimulakan oleh Anwar Ibrahim pada 1997 lagi. Bukan main lagi Anwar bersungguh sungguh menggunakan Wan Azizah sebagai testimoni untuk menafikan surat layang terhadap dirinya. Akhirnya kini terbukti apa yang sebenarnya berlaku.




Maka jangan terkejut bila Presiden UMNO, Dato Seri Najib menjelaskan beberapa peranan yang telah dilakukan oleh isteri beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Baca ulasan seterusnya di pautan ini.


Ahli Parlimen Kemaman Jawab Tohmahan Pembangkang Tentang Isu Khemah & Pusat Pemindahan Banjir

Posted: 11 Dec 2013 08:30 AM PST


Aspiras Menang Pilihanraya Kampus, Tetapi Pro Mahasiswa Jadi YDP

Posted: 11 Dec 2013 05:23 AM PST

 
Itulah yang terjadi di Universiti Putra Malaysia dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua MPP pada dua malam yang lepas. Mohd Syafiq yang bertanding atas tiket Pro Mahasiswa menang dengan kelebihan satu undi mengatasi Fuad, calon pilihan Aspirasi (23-22) dalam satu undian sulit. 
 
Amat memalukan. Sebab itulah sudah diramal UPM bakal kalah dalam tulisan yang sebelum ini. (baca sini)
 
Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Dalam keputusan PRK kampus yang lepas, Aspirasi menang dengan keputusan 29 kerusi, 11 kerusi (Pro M) dan 5 kerusi (Siswa Penggerak Universiti). Jika begitu, bagaimana pula boleh dapat hanya 23 undi sahaja untuk kerusi Yang Dipertua MPP?
 
Dalam kumpulan Aspirasi ini, terdapat 25 orang mahasiswa Melayu dan 4 orang lagi adalah mahasiswa Cina (29 orang). 

Ini sesuatu yang pelik dan janggal.  Ada beberapa andaian tentang kemenangan Syafiq sebagai YDP MPP UPM. 


1) Aspirasi Tidak Semuanya "Clear" - Bermakna apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan 29 orang yang menang? Atau yang dikatakan aspirasi dalam 29 orang sebenarnya bukan aspirasi? 
 
2) Berpakat Untuk Jawatan  - Khabarnya, sudah ada tuntutan daripada mahasiswa Cina dalam Aspirasi yang mahukan kerusi Bendahari. Tidak tahu sejauh mana perkhbaran tersebut. Namun jika dilihat pada keputusan undian kerusi Bendahari, jumlahnya memihak kepada Foo Wan Sam (23 undi) dan Haikal (22 undi). 
 
 Jumlah undi itu sama dengan undi yang diperolehi untuk kerusi YDP. Apakah sudah ada "game" untuk menaikkan YDP daripada Pro M dan memberikan kerusi Bendahari kepada mahasiswa Cina di UPM? 

3)  Pakatan Sulit- Apakah 4 orang mahasiswa Cina dalam Aspirasi berpakat dengan Pro M dan 5 orang calon SPU untuk mendapatkan jawatan YDP? Kalau semua mereka berpakat, akan dapat hanya 20 undi sahaja. Aspirasi (Melayu) masih lagi boleh dapat 25 undi yang "solid" untuk jawatan YDP. Mana kurangnya lagi 3 undi itu?

4) YDP Bukanlah Pro M - kebarangkalian untuk menyatakan YDP ini bukanlah daripada pihak Pro M yang tegar juga kedengaran. YDP dikatakan seorang yang boleh diterima oleh semua pihak. Ini mungkin terjadi kerana sudah terjadi sebelum ini perpecahan dalaman antara PMIUPM dengan pihak PAS di luar kampus (baca sini).
 
Itu hanya jangkaan dan telahan yang telah pun dibuat. Apa pun yang berlaku, UPM merupakan antara kubu kuat pihak Aspirasi sejak tahun 2001 lagi. Katanya, situasi yang sama berlaku di UPSI, menang tapi akhirnya YDP jatuh ke tangan pihak lain.
 
Krisis dalaman juga berlaku di kalangan PMIUPM dengan Pro Mahasiswa, tetapi tidak lah sampai mereka membuat pakatan yang lain untuk berlawan sesama sendiri. Begitu juga krisis yang teruk dialami antara ISIUKM dengan Pro Mahasiswa di UKM pada tiga tahun yang lepas, tetapi tahun ini mereka berjaya menawan UKM dengan lebih bergaya dari Aspirasi.



Konklusinya, bila sudah terjadi perpecahan dalaman yang amat teruk sesama sendiri, maka pihak lain akan mengaut keuntungan. Salahkan diri sendiri mengapa keputusan itu terjadi. Semuanya berlaku kerana masing masing mahu membuat "untung politik" pada keputusan yang dicapai pelajar.  Di UKM, UUM, UPSI, UM dan di UPM, semua yang berlaku adalah kerana perpecahan sendiri. 

Bergaduh sesama sendiri, inilah punca kejatuhan segala-galanya. Bila hendak sedar? Selagi masih ego dan merasakan diri sendiri yang betul maka sampai bila bila perbalahan tidak akan selesai. Jika keadaan ini berterusan, jangan hairan sesuatu hari nanti Pro Mahasiswa akan boleh kuasai seluruh IPT di Lembah Klang (UPM, UM, UKM, UIA). 
 
Kalau beginilah jadinya, bahaya yang besar menanti BN dalam PRU14 nanti. Moga ambil iktibar agar tidak berlaku mimpi ngeri pada PRU14.

Kerajaan Negeri Selangor Salah Guna Dana Jalan Untuk Naik Gaji ?

Posted: 11 Dec 2013 04:27 AM PST


Gambar Dato Seri @NajibRazak Lawat Mangsa Banjir Di Pekan

Posted: 10 Dec 2013 07:22 AM PST





Video Imam Makkah Menjawab Tuduhan Jahat Pakatan Pembangkang

Posted: 10 Dec 2013 01:30 AM PST


Pulau Jerjak Akan Bertukar Nama Jadi Pulau Mazu?

Posted: 09 Dec 2013 11:58 PM PST


 
 
Ada majlis makan tengahari dengan Lim Guang Eng untuk kuil Mazu pada 1 Januari 2013 (lihat dalam poster di atas).

Benarkah kerajaan DAP Pulau Pinang berhasrat untuk tukar nama Pulau Jerjak dengan nama Pulau Mazu? 

Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan 362 hektar itu pernah dijadikan pusat tahanan penyakit kusta sejak 1930 dan didakwa kini telah ditukar kepada "Mazu Island". Bekas pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta didakwa telah dijadikan kuil "Mazu" (Goddess of Sea). Tempat ini sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya menjadi pusat penyembahan. 

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.


Gambar Lim Guan Eng bersama dengan orang kuat Kuil Mazu di bawah ini. Apakah sebenarnya yang berlaku? Guan Eng seperti biasa akan menyalahkan pihak lain sebagai punca dan sebab akibat. Namun gambar di atas ini membuktikan bahawa Guan Eng memang ada agenda lain di Pulau Pinang. Baca pendedahan berikutnya tentang Pulau Jerjak ini di pautan ini.

 



Nga Kor Ming, Dapat Undi Sedikit Tapi Masih Jadi Pengerusi DAP Perak

Posted: 09 Dec 2013 06:07 PM PST

 
 Demokrasi jenis apakah ini? Mengapa yang lebih banyak undi dan kepercayaan tidak diberikan tempat dan kedudukan yang setimpal dengan amalan demokrasi? 

Patutlah CEC DAP masih lagi mengalami masalah sampai sekarang. DAP seolah menyembunyikan sesuatu daripada rakyat. Inilah wajah sebenar parti yang mendabik dada mendakwa mereka adalah parti yang paling demokrasi.


Isu Banjir, Orang PAS Sendiri Tegur Orang PAS Yang Sebar Fitnah & Berita Tidak Betul

Posted: 08 Dec 2013 10:30 PM PST


Amenoworld Patut Muhasabah Diri, Usah Politikan Isu Bantuan Banjir

Posted: 08 Dec 2013 09:17 PM PST


Amenoworld, blogger pembangkang menyifatkan tindakan di bawah ini seperti tiada apa apa kesan kepada rakyat. Apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu ini pun bukan untuk minta dipuji. Roti yang diperolehi adalah untuk rakyat dan mangsa banjir.

Mangsa banjir itu bukanlah semua orang UMNO, ada yang PAS dan PKR. Malah ada yang belum jadi ahli mana mana parti lagi. Mengapa tidak melihat apa yang telah dilakukan sebagai tanggungjawab seorang Menteri Besar kepada rakyat?

Puji tidak diminta, tetapi jangan dihina usaha yang telah dilakukan untuk kebaikan rakyat bersama. Sikap membangkang yang membuta tuli akhirnya akan membuat rakyat makin benci dan muak dengan pembangkang. Muhasabahlah.



Pelajar Islam USIM Minum Holy Water Di Gereja?

Posted: 08 Dec 2013 07:00 AM PST



Bantulah Mangsa Banjir Dengan Menghulurkan Sumbagan Derma

Posted: 08 Dec 2013 04:29 AM PST



ADUN DAP Jadi Pengkhianat Negara, Sabotaj Pelaburan Masuk Ke Negeri Johor

Posted: 07 Dec 2013 08:30 AM PST



Pesanan Ustaz Kazim Elias Pada Mereka Yang Suka Mengutuk & Mengumpatnya

Posted: 07 Dec 2013 07:30 AM PST


Gambar Pemimpin Pemimpin BN Turun Membantu Mangsa Banjir #Banjir

Posted: 07 Dec 2013 06:30 AM PST

 






Menteri Besar Terengganu Merompak Lori Roti Untuk Beri Bantuan Pada Mangsa Banjir?

Posted: 07 Dec 2013 02:30 AM PST


Betulkah tuduhan tersebut? Tuduhan itu dibuat oleh portal TraunungKite Online terhadap Menteri Besar Terengganu tersebut, kononnya beliau merompak lori roti. Baca penjelasan yang dibuat oleh Fauzi Mohd terhadap tuduhan tersebut.


Mat Sabu Bakal Ditangkap Kerana Berfahaman Syiah? #PAU2013

Posted: 07 Dec 2013 12:38 AM PST


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Secara terbuka sebentar tadi Naib Presiden UMNO menyebut bahawa orang nombor dua dalam PAS adalah pengikut Syiah. Apakah selepas ini Mat Sabu akan ditangkap? Berikut adalah intipati ucapan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam perhimpunan agung tadi.

Kerajaan menggunakan Akta Pertubuhan 1966 untuk menyita dan merampas premis yang digunakan oleh pengikut Syiah bagi menjalankan kegiatan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata amalan Syiah jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan harus diperangi habis-habisan supaya tidak menular di kalangan umat Islam negara ini.

"Imam dari Masjidil Haram bersama-sama dengan kerajaan Malaysia menyokong definisi Islam sebagai agama yang hanya berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, pada sesi penggulungan Perhimpunan UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. 

Katanya, kerajaan menerusi KDN, berbesar hati sekiranya PAS turut bersama-sama kerajaan membanteras kegiatan Syiah dan memerangi pemimpin Syiah yang dipercayai berada di dalam parti Islam itu.

"PAS harus ketepikan kepentingan politik mereka, ini adalah mengenai agama dan akidah umat Islam negara ini," katanya.

Dalam sesi penggulungan itu, beliau juga turut mengumumkan bahawa Lembaga Penapisan Al-Quran dinaiktaraf kepada Lembaga Penapisan Al-Quran dan Hadis bagi memantapkan lagi organisasi itu dalam memartabatkan ilmu agama Islam.

Video Kunjungan Imam Masjidil Haram Ke Perhimpunan Agong UMNO #PAU2013

Posted: 06 Dec 2013 11:30 PM PST


Video Ini Terus Buat Anwar Ibrahim Jadi Panas #PAU2013

Posted: 06 Dec 2013 10:30 PM PST

UMNO Sebuah Keluarga Besar Yang Perlu Dipertahankan #PAU2013

Posted: 06 Dec 2013 09:24 PM PST


Video Ini Mendedahkan Tentang Kesesatan Sebuah Masjid Syiah

Posted: 06 Dec 2013 08:00 PM PST


Video : Fuziah Salleh Kantoi Berbohong Tentang Isu Banjir Di Kuantan

Posted: 06 Dec 2013 06:40 PM PST


Doa Mohon Pertolongan Allah SWT, Mohon Dielak Banjir

Posted: 06 Dec 2013 05:55 PM PST


Bukti ADUN PKR Tidak Tunai Janji Tentang Isu Banjir

Posted: 06 Dec 2013 03:35 AM PST