Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nalla, Zulkifli hentam Rafizi 'The Dirt'?

Posted: 07 Dec 2013 01:52 AM PST


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan menyelar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang didakwa mengeluarkan kenyataan 'memburuk-burukkan' ahli PKR yang bertindak keluar daripada parti itu.

Malah beliau yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Pandan itu juga tidak wajar 'menyindir' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'menyuci kekotoran' PKR.

"Dia (Rafizi) perlu tahu, sudah ramai yang keluar daripada PKR. Dia juga perlu sedar dengan siapa dia bersama ketika ini (pemimpin PKR).

"Saya kenal siapa yang memimpin parti itu, saya tahu karakternya. Dia tidak ada hak nak kata apa-apa tentang Perdana Menteri kerana beliau (Najib) adalah pemimpin yang terbaik untuk rakyat dan negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: "Thank you for sucking away our dirt" yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu, baru-baru ini.


Semasa mengumumkan perkara itu, Najib menegaskan bahawa mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR, dan seterusnya memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional mahupun negeri.

Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).

Selain mereka ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu); Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud); Timothy Lim (Sepanggar); Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).

Dua lagi yang turut mengisytiharkan keluar parti ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan.


Nallakaruppan berkata, beliau juga mempunyai alasan tertentu menjauhi pemimpin PKR, khususnya Anwar yang dikenalinya selama puluhan tahun.

"Apakah kesemua mereka yang keluar (PKR) itu 'dirt'? Jangan cakap begitu, dia (Rafizi) juga akan keluar juga nanti," tegasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, turut mengeluarkan kenyataan sindiran berbunyi: "Sebenarnya kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pembangkang kerana mengutip sampah-sampah UMNO yang telah disingkirkan kerana masalah peribadi yang serius."

Dalam pada itu, wartawan gagal mendapatkan ulasan daripada Rafizi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kenyataan beliau itu.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Banjir: Mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang melebihi 40,000 orang

Posted: 07 Dec 2013 09:44 PM PST

08/12/2013 11:16am

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2mrGJ1O8h 
Hakcipta terpelihara 



08/12/2013 11:11am


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu meningkat kepada 22,391 orang pagi ini berbanding 22,040 orang malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.
Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.
Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2mrGp1Qi0 
Hakcipta terpelihara 

PERINGATAN : Jangan Berhenti jika anda ditahan keluarga ini

Posted: 07 Dec 2013 10:17 AM PST

sebarkan
SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini | Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign via mynewshub

Zahid mahu Jakim tahan Mat Sabu

Posted: 07 Dec 2013 09:32 AM PST

  • mat sabuTimbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.


Dalam Muktamar Pas ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas.

Ahmad Zahid juga turut menggesa pemimpin Pas supaya tidak berselindung di sebalik perjuangan parti dan menyeru ahli Pas menolak ajaran sesat.

"Kita tahu pemimpin Syiah dalam Pas, parti itu perlu ketepikan politik sebegini, saya hairan bagaimana pemimpin ini boleh dilantik dalam parti.

"Saya berbesar hati jika Pas turut ikut banteras ajaran syiah, alangkah bagus Pas menunjukkan keberaniannya menolak pemimpin besar itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, sebagai usaha membanteras ajaran sesat termasuk ajaran Syiah, beliau mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Agama Islam dengan kerjasama KDN menubuhkan suruhanjaya khas bagi menangani gejala tersebut.

Selain menguatkuasa Akta Pertubuhan 1966, usaha itu perlu bagi membendung ajaran sesat daripada menular di negara ini yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Ajaran Syiah semakin bahaya, musuh Islam ialah Syiah dan kerajaan sedang giat menanganinya dengan Jakim," katanya lagi.

Menurut portal The Malaysian Insider, Mat Sabu dalam reaksi awalnya berkata akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Zahid itu.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu," katanya.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Astro Awani Sahkan Mat Sabu Sudah 'lari' Ke Luar Negara Selepas @Zahid_Hamidi Dedah Beliau Pengikut Syiah Semalam ???

Posted: 07 Dec 2013 09:43 PM PST



Bila Menteri dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno mendedahkan pemimpin PAS dipercayai Mat Sabu sebagai pengikut Syiah maka Astro Awani telah mengeluarkan berita bahawa Mat Sabu sedang meninggalkan Malaysia.

Berita :


Mat Sabu was contacted after he visited flood victims in Kuantan. He was on his way to the KLIA airport to leave the country.

Zahid's remark was the first time this allegation against Mat Sabu has been made public, although the rumour has been circulating among PAS and UMNO members as well as political observers for some time.



JIka ramai masih meragui adakah benar Mat Sabu Syiah atau tidak sila rujuk di bawah ini :



Jika memuji dan memuja Imam Khomeini adakah ia biasa-biasa atau kebetulan semata-mata ????



Bukan sekali tetapi banyak kali perkataan Imam Khomeini yang jelas melaknat Sahabat Nabi disebut oleh Mat Sabu namun tidak ramai yang menyedari.

Baca tulisan blog Ustaz

Ramai berpendapat kumpulan Syiah yang mengkafirkan para sahabat ialah kelompok Syiah di zaman dahulu, sedangkan Syiah yang berpangkalan di Iran sekarang adalah Syiah yang sangat menghormati para sahabat Nabi saw. 

Dakwaan ini adalah tidak benar, kerana Syiah yang ada di Iran sekarang (Syiah Imamiyah) sehingga hari ini masih tetap mengkafir dan melaknat para sahabat Nabi saw termasuk isteri-isteri baginda.

Ini dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, pengasas revolusi Iran. Dalam kitabnya Kasyful Asrar beliau menulis, 

" Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110)

"Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar : 116) 


sumber : http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2011/05/kenapa-syiah-begitu-keras-mengkafirkan.html


Ahli-ahli PAS menghantar anak mereka ke Iran sejak tahun 70-an lagi dan ia didedahkan oleh bekas pemimpin PAS sendiri. Rujuk



PAS sendiri tidak menolak SYiah apabila sedia menerima ahli SYIAH untuk membantu parti tersebut


Ini juga ditegaskan oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang dan kerana itu barangkali PAS menerima Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dengan senang hati



Khawarij iaitu Wahabi atau nama glamernya Salafi juga diterima masuk PAS. Soalnya adakah akan dapat kemenangan jika bercampur akidah yang betul atau salah ???


Dengan nada berbelit juga tindakan PAS sedia terima ahli Syiah bermakna mereka sedia terima puak melaknat Sahabat Nabi dan isteri Nabi menjadi penyokong mereka adalah tidak PATUT sama sekali.

PKR juga bersuara nada yang sama. Sila rujuk video Khalid Jaafar yang merupakan tenaga pemikir Anwar Ibrahim di video ini :




Mat Sabu sendiri sebenarnya tidak menyertai PAS atas dasar mahu tegakkan Islam tetapi lebih kepada soal demokrasi. Lihat kenyataan beliau di bawah :






Kesimpulannya : adakah layak Imam Khomeini yang bukan sahaja disokong Mat Sabu termasuk juga Hanipa Maidin ( bukti klik sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/07/hina-islam-bila-pemimpin-pas-tak-ikut.html ) untuk dijadikan idola kepada masyakarat ? 


Dalam masa itu jangan sesiapa terlupa Husam Musa pernah didakwa pro Syiah oleh blogger Kelantan dalam video di bawah :



Lihat gambar 

Adakah boleh menyokong pihak melaknat sahabat dan isteri Nabi Muhammad saw sedangkan mereka mengaku pejuang Islam ?

Benarlah akhir zaman ulama jahat digelar oleh Nabi Muhammad saw sebagai Dajjal sebelum Dajjal !!!


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Reaksi Wanita Umno bila Najib puji-puja Rosemah....

Posted: 07 Dec 2013 10:26 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MASIH ADA HARAPAN MILIKI SEMULA PULAU BATUH PUTEH

Posted: 07 Dec 2013 05:38 AM PST


Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.   

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. 

Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. 

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.

Saya juga telah menghubungi seorang ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ.

Oleh yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batuh Puteh, saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut. 

Pasukan Peguam Negara kita sudah berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Mengapa anda tidak bercakap soal rasuah apabila kita menang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan?

Contohilah bagaimana negara China begitu bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula. Yang terbaharu, kerajaan China mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860).

Di dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia. Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor. Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman. Kalau sesiapa mahu menilai semula sejarah negara kita, kita patut menilai kes ini iaitu asal-usul pulau Temasek sebelum tahun 1780 Masehi. Bagaimana pandangan anda?

Sumber : jentayuabaka

Masya Allah! Apa Yang DS Mat Said Dah Buat Pada Mangsa Banjir? @najibrazak #pray4kemaman

Posted: 06 Dec 2013 11:30 PM PST

Gambar menjadi bukti perbuatan DS Mat Said kepada mangsa banjir.


*Sebar-sebarkan.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KISAH KENAIKAN HARGA MINYAK= ULANG KENAIKAN MINYAK DAN KEUNTUNGAN IPP

Posted: 07 Dec 2013 12:48 AM PST








Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Mat Sabu Syiah - Sebelum nak tangkap Jom Tengok Pengakuan ni !

Posted: 07 Dec 2013 08:39 PM PST

Bila Naib Presiden umno yang juga seorang menteri kanan membuat arahan paling bangang dihadapan ahli umno yang kemudiannya dipancar secara langsung.... 



Apakah penguatkuasa yang bakal nak menangkap Mat Sabu turut serta bangang mengikut arahan menteri yang gila kuasa.... 

Mana bukti kukuh yang mengatakan Mat Sabu pengamal syiah... 

Bukti yang ada sedia ada,,, tetapi penguatkuasa masih koh koh koh,, dakwaan pun kelam kabut,,, apa cerita ...

Lihat sendiri ,, pengakuan dari mangsa ...



Orang-orang umno,,, tak maluka standard Naib Presiden parti rupa ini,,, lebih kurang Presiden juga hu hu hu,,, 


Perhimpunan Agung Umno - Tercipta satu sejarah Dunia petang tadi.

Posted: 07 Dec 2013 06:48 AM PST

Umuq aku munkin dikira masih muda jika nk dibandingkan dengan umur umno yang sudak 67 tahun kononnya,, sedangkan tahun 1987 umno sudah dimatikan oleh mahkamah..


Lantak ke depalah berapa umuq umno tu,, cuma rasanya tak lama lagi dah,, pakat-pakat tunggu dan sama-sama kita tengok apa akan berlaku pada parti bani melayu...

Cuma aku nak ajak hangpa perati ikut kepada tajuk,,, Umno cipta sejarah dunia... 


Nasib hangpa la wahai orang umno,, punya presiden rupa itu,, sepatutnya presiden bagi tau,,, bini dia bakal jadi Presiden ll Umno,, tu baru betoi...wawasan masa depan parti... kah kah kah,,, 

Cuba tengok gambar ni pulak,, tak payah aku nak terang,, hangpa tengok sendiri bagaimana gelagat kelaku sorang tu.. 

Walau apa pun bodek Najib pada bini nya aku rasa ada makna yang lain,,, Najib nak nak minta simpati pada ahli umno,, yang selama ini bini dia dah salah guna harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri ... terutama menggunakan pesawat jet rasmi kerajaan,, itu sebenarnya..

Sama-samalah kita tunggu,, apa yang bakal berlaku beberapa hari lagi semepnan nak menyambut tahun baru.. 

Pakat-pakat pi cari culcalator la oii,, senang nak kira....  






RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Syiah: PAS sokong Mohamad Sabu saman Zahid Hamidi

Posted: 07 Dec 2013 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.
Read More / Baca Lagi >>

Umno gelapkan masa depan Melayu

Posted: 07 Dec 2013 08:47 PM PST

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.
Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.
Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, "rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara."
Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody's telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan. Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?
Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui 'cukai pemiutang'' seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).
Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.
Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?
Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.
Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.
Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.
Read More / Baca Lagi >>

Najib pulak cuba memBANGANGkan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik?

Posted: 07 Dec 2013 08:42 PM PST

Memang gila sungguh la Najib ni, sanggup biar rakyat susah dan terus tertekan dengan kenaikan tarif elektrik semata-mata untuk pastikan TNB selesa dengan keuntungan RM6billion setahun konon untuk pelaburan tahunan.

Bukannya selama ni TNB rugi malah untung berbillion setahun. Kalau betul TNB perlukan RM6billion setahun pun, itu untuk pelaburan, takkan TNB bangang sangat sampai tak reti nak cari dana untuk pelaburan yang tentunya akan tambahkan lagi keuntungan depa.

Najib sepatutnya semak balik perjanjian dengan IPP. Sebenarnya IPP yang 'curi' keuntungan TNB, untung mudah atas angin berniaga tanpa risiko dengan untung dijamin oleh perjanjian yang berat sebelah.

Malang sungguh la rakyat Malaysia ada Perdana Menteri yang lebih pentingkan keselesaan syarikat gergasi kaut keuntungan berbilion dari kebajikan rakyat sendiri.

Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu

Posted: 07 Dec 2013 08:37 PM PST

Najib puji Rosmah atas "jasanya"

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana "jasanya" kepada negara.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

"Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

"Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.


"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.

ULASAN GB

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.
Read More / Baca Lagi >>

Mustahil “Tsunami Melayu” berlaku pada PRU14, kata Tengku Adnan

Posted: 07 Dec 2013 08:33 PM PST

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menolak amaran akhbar milik parti itu Utusan Malaysia hari ini berkenaan kemungkinan berlakunya "Tsunami Melayu" dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya kehilangan "Tsunami Cina" dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 tidak akan berlaku kepada kaum Melayu dan Umno akan menambah lebih banyak kerusi dalam PRU14.
"Tsunami Cina berlaku kerana Parti Kelentong Rakyat. Mereka mengelirukan mereka (komuniti Cina) sehingga berfikir (PKR) boleh menjadi kerajaan.
"Lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kami menambah kerusi daripada 79 kepada 88 dan saya percaya kita akan menambah kerusi kerana rakyat tahu siapa yang boleh mereka harapkan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan pejabat baharu Umno Batu.
"Ia tak akan berlaku," katanya.
Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat berkata PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih memperjuangkan Melayu selepas ini bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan kaum majoriti itu.
Katanya, selepas kejutan "Tsunami Cina" pada PRU13 sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan "Tsunami Melayu" pada PRU14.
"Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno mendapatkan sokongan majoriti.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Dakwa UMNO Keluar Duit Bina Semua Masjid Dan Surau Di Malaysia...!!!

Posted: 07 Dec 2013 08:19 PM PST

Betul kah ini perdana menteri of Malaysia? Kenapa sebegini dangkal dan teruk pemikiran yang dia ada? Adakah dia sedang dirasuk ketika keluarkan kenyataan ini? Ataupun adakah dia kekurangan gula sehingga menyebabkan akal fikiran dia tergangu yang akhirnya menyebabkan dia keluarkan statement merapu?

Lihat kenyataan Najib kat bawah neh hah ;



Semua orang tahu. UMNO mana ada duit. UMNO pun dapatkan dana dari luar untuk pergerakkan parti mereka. Untuk buat aktiviti kepartian, mereka cenderung mengambil dana dari err.. Allah tahu walaupun kami tak sebut secara tepat disini.. 

Hehe..

Jadi UMNO tak mungkin ada duit untuk bina masjid. Bukan semata2 keluarkan duit untuk bina masjid, surau pun belum tentu. Kalau betul UMNO yang keluarkan duit untuk bina masjid, dah lama dah UMNO namakan surau dan masjid tersebut sebagai 

MASJID UMNO
SURAU UMNO

Tapi UMNO tahu mereka tak boleh nak namakan masjid dan surau seperti itu kerana akhirnya RAKYAT akan minta laporan dan bukti yang jelas tang mana UMNO gunakan duit mereka untuk bina masjid? HARAM ADA.

Hehe.

Namun dalam sedar tak sedar, Najib juga terkantoi bodoh. Dia cakap ;

"Siapa control masjid dan surau sekarang? Secara percuma saja, kita buat susah2..dia amek alih tempat itu, sebab apa? Sebab kita tidak ambil berat perkara ini.. mengimarahkan masjid, surau"

Pakar akademik: Pilihanraya kerajaan tempatan patut dipulih

Posted: 07 Dec 2013 08:12 PM PST

Persahabatan “nasi ganja” terjalin di Ipoh

Posted: 07 Dec 2013 08:07 PM PST



Mohd Nihmathullah Syed Mustafa memperlihatkan sajian istimewa nasi kandarnya yang menjadi kegemaran masyarakat di sekitar Ipoh. Gambar The Malaysian Insider. 
Mohd Nihmathullah Syed Mustafa memperlihatkan sajian istimewa nasi kandarnya yang menjadi kegemaran masyarakat di sekitar Ipoh. Gambar The Malaysian Insider.

Ketika zaman manusia mula mementingkan diri sendiri dan menyempitkan fikiran berdasarkan fahaman perkauman, warung "nasi ganja" di Kopitiam Ipoh menyaksikan persahabatan dan keharmonian kaum.
Semasa warung nasi kandar India Muslim itu diarahkan tutup berikutan isu kebersihan baru-baru ini, pemilik kedai Cina berhampiran menunjukkan solidariti.
Pemilik kedai kopi, Ang Kwang Ngiap yang hanya menjual minuman tidak menutup kedainya malah memberi peluang kepada penjual nasi kandar Mohd Nigmatullah Syed Mustafa atas ikatan persahabatan yang kuat.
Sesetengah melihatnya peluang yang baik kerana tanpa nasi kandar, hanya minuman yang dijual di kedai kopi itu kerana tiada penjual makanan lain berhampiran.
Namun ikatan dua lelaki yang telah terjalin sejak 50 tahun ini terserlah apabila kunjungan The Malaysian Insider ke lokasi berkenaan.

APAKAH MEREKA FIKIR UMNO SETARAF DENGAN ALLAH!?...

Posted: 07 Dec 2013 06:43 PM PST

"Kemanalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi. Kemanalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini?

"Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri? Tanpa Umno dimanakah kita? Tanpa Umno di mana sudahnya Melayu? tanya Najib.

Pakatan fokus Tsunami Melayu PRU14, kata Utusan Malaysia

Posted: 07 Dec 2013 06:30 PM PST


Pakatan akan mengubah strategi sebagai persediaan menghadapi PRU14. Gambar fail. 
Pakatan akan mengubah strategi sebagai persediaan menghadapi PRU14. Gambar fail.

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat berkata PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih memperjuangkan Melayu selepas ini bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan majoriti kaum itu.
Katanya, selepas kejutan"Tsunami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.
"Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno mendapatkan sokongan majoriti.
"Selepas kejutan 'Tsunami Cina' pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan 'Tsunami Melayu' pada PRU14," katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya PBT di Selangor tahun depan?

Posted: 07 Dec 2013 06:25 PM PST

PBS perlu dimansuhkan serta-merta

Posted: 07 Dec 2013 06:23 PM PST

BERIKUTAN kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno 2013, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bakal diperbaiki April 2014, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) berharap agar PBS dimansuhkan serta-merta sebelum terlewat kerana tempoh itu sangat lama untuk bakal calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2014.

SGMM telah nyatakan bahawa PBS mempunyai terlalu banyak kelemahan sehingga TPM terpaksa menyatakan PBS akan diperbaiki sedangkan PBS telah dilaksana selama tiga tahun.

Tiga tahun adalah tempoh yang kritikal jika mahu ada lagi penambahbaikkan.

Mansuh dan gantikan sistem peperiksaan menggunakan modul 70 peratus teori dan 30 peratus praktikal.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja SGMM

Perhimpunan Agung Rosmah 2013

Posted: 07 Dec 2013 06:21 PM PST

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disertai ahli Majis Tertinggi Umno memotong kek sempena ulang tahun Umno ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.
Siapa sebenarnya Presiden Umno, sampai berebut-rebut nak pegang pemotong kek dengan Rosmah.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana "jasanya" kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
"Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
"Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah.

TPP: Apa Malaysia perlu korbankan?

Posted: 07 Dec 2013 06:15 PM PST


Malaysia

WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) tahu apa yang mereka mahukan pada saat ini, iaitu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya, kerana masalah pengangguran telah lama menjadi isu di negara itu.

Berdasarkan objektif itu, AS membentuk dasar perdagangan dan dasar luarnya, termasuk keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang dirundingkan negara itu dengan 11 negara lain, termasuk Malaysia, iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Matlamat AS dalam TPP adalah jelas, tetapi apa pula objektif utama Malaysia menyertai TPP?

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam penerangan mengenai TPP di laman webnya menyebut kerajaan melihat TPP sebagai usaha penting untuk mengembangkan peluang akses pasaran Malaysia, meningkatkan daya saing dan membina keyakinan pelabur.

"(Jika dimuktamadkan) TPP akan menjadi pasaran bebas cukai besar dengan 800 juta penduduk, jauh melebihi pasaran terhad Malaysia dengan 29.5 juta penduduk," menurut Miti.
Read More / Baca Lagi >>

APA PANDANGAN PARA "ULAMAK" UMNO MENGENAI KENYATAAN NAJIB INI??

Posted: 07 Dec 2013 06:11 PM PST



Kata-kata yang terpampang di dada akhbar di atas adalah kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa besar yang paling berat iaitu dosa mensyirikkan ALLAH!

Paparan oleh media seperti ini bukan baru pertama kali, bahkan sudah beberapa kali sebelum ini.  Ini sangat bahaya.  Kerana ia menanamkan dalam qalbu manusia bahawa pihak tertentu (dalam kes ini UMNO) menjadi tempat bergantung dan berpaut manusia.  Usaha seperti ini pastinya mendapat sokongan Iblis dan Dajjal kerana ia bisa menjauhkan manusia dari aqidah yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang

Posted: 07 Dec 2013 06:02 PM PST


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Syiah “momok baru” kuasai Melayu yang boleh diugut...!!!

Posted: 07 Dec 2013 05:42 PM PST


Di antara sebab mengapa penjajah dapat menguasai tanah ini selama ratusan tahun adalah kerana kebodohan penduduk setempatnya. Selepas beberapa ratus tahun dijajah, barulah timbul kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Maka tidak hairanlah mengapa Malaysia hanya diperintah oleh parti politik sama semenjak hari pertama negara mencapai kemerdekaan.
Jika dahulu komunis atau fahaman komunisme merupakan "momok" untuk menakut-nakutkan rakyat, kini muncul momok baru iaitu fahaman Syiah.
Walaupun perdebatan di antara Sunni-Syiah ini sudah lama selesai di peringkat antarabangsa di kalangan ulama-ulama muktabar, di Malaysia ia umpama isu baru.
Umno yang memerintah Malaya semenjak 1957 dan Malaysia semenjak 1963 amat faham dengan kepentingan momok untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang-orang Melayu.
Kemalasan majoriti orang-orang Melayu untuk membaca dan ketidakupayaan mereka untuk menyoal apabila diajarkan sesuatu oleh ustaz-ustaz "separuh masak" memudahkan momok-momok ini untuk terus hidup.
Dalam erti kata lain, Syiah merupakan talian hayat Umno untuk terus menguasai minda orang-orang Melayu bagi memastikan mereka terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dengan adanya fahaman Syiah, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia akan terlupa dengan kenaikan harga petrol, gula dan elektrik yang mereka hadapi.
Momok Syiah ini umpama candu mengkhayalkan. Memerangi Syiah boleh menyebabkan anda terlupa akan kelaparan dan hutang-hutang yang belum berbayar.
Perhimpunan Agung Umno 2013 menyaksikan fahaman Syiah menjadi bahan belasahan daripada perwakilan Umno seluruh negara.
Sehingga terdapat beberapa cadangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang hanya mengiktiraf Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Islam di dunia, termasuk Afghanistan semasa diperintah Taliban.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) semalam dalam ucapan penangguhannya menyahut cabaran itu apabila mengatakan perlembagaan parti itu akan dipinda menjadikan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah diiktiraf Umno.
Selepas ini, umat Islam di Malaysia yang menganut mazhab selain Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh lagi mengundi Umno kerana parti itu tidak mengiktiraf mereka, walaupun sebagai manusia.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih hebat lagi. Beliau menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar bawah) kerana dikatakan menganut fahaman Syiah yang mengancam keselamatan negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2013: Najib laung 1Malaysia, perbahasan Umno tunjuk sebaliknya, kata penganalisis

Posted: 07 Dec 2013 05:35 PM PST


 
Dua fakta dikenal pasti ketika sidang perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 – program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan impian 1Malaysianya gagal.
Ahli partinya menjerit untuk mendapatkan kontrak dan projek dan terus melihat segala-galanya menerusi prisma bangsa Melayu.
Mereka menuntut syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberikan lebih banyak kontrak awam untuk firma Bumiputera dan mengkaji semula pemberian tunai BR1M dan demi slogan 1Melayu, sikap yang seolah-olah mempersendakan slogan 1Malaysia dan rundingan rekonsiliasi nasional.
Tiada ada langsung disebut dalam perbahasan mengenai tindakan parti atau mengenai rasuah dalam negara, pembaziran, ketirisan atau salah laku oleh mereka yang memegang kuasa – kebimbangan yang dikongsikan rakyat Malaysia yang lain.
"Nada perbahasan itu menggambarkan sentimen ahli akar umbi dan ia situasi yang menyedihkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
"Sementara negara mahu terus ke arah cadangan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terhadap 1Malaysia dan perdamaian dan penyatuan nasional, amat menyedihkan untuk melihat ahli tidak mengikutinya," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kepada pencapaian Barisan Nasional (BN) yang teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ramai menyangka Umno akan memberi lebih penekanan mengenai cara memenangi semula sokongan bukan Melayu dengan menunjukkan komitmen mereka bersedia untuk berubah.
Dalam PRU13 pada Mei lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi kepada perikatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) jika dibandingkan dengan pilihan raya pada 2008.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2013: Omongan kosong Presiden Umno

Posted: 07 Dec 2013 05:17 PM PST


Saya hendak ketawa mendengar ucapan penutup Dato Najib. Dia kata Umno mesti adapt. Hah? Umno nak jadi parti masa depan bukan parti ditelan masa, kata Presiden Umno itu.
Saya sudah dahulu bercakap mengenai perkara ini. Najib baru hendak cakap. Kerana itulah saya sudah kata lama dahulu – if Najib can become PM, anyone else can.
Persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita percaya pengucapan Najib? Bezanya, saya berdoa agar Umno jangan adapt - biarkan ia dengan faham ektremismenya. Amat baik sekali jika idea-idea Zul Nordin diserapkan dalam prinsip Umno.
Tapi bolehkah kita percaya cakap Najib? Saya ada pengalaman lansung dengan dia, maka boleh saya kata secara beralas – cakap lain, perlaksanaannya lain. Faham-fahamlah apa maksudnya ini.
Bagaimana Umno hendak adapt? Kecuali Najib pekak telinganya. Ada perwakilan kata tidak mengapa jika orang kata Umno rasis sebab memang Umno itu rasis; ada perwakilan kata ekuiti Melayu mesti 67% sedang orang Melayu tulen hanya 51% agaknya.
Ada perwakilan kata biar kita wujudkan jutawan Melayu supaya Islam terjaga. Ini saya tidak faham. Bagaimana kejutawanan seseorang dapat membangunkan Islam.
Yang nanti akan jadi jutawawan itu Melayu mana? Zaman DEB dulu kerajaan Umno beri RM54 blllion kepada dato, tan sri, dato sri – semua pembelot-pembelot ini jual hendak kaya. Sekarang ekuiti Melayu tinggal RM2 billion. Jadi mengapa kita nak ulang strategi salah?
Read More / Baca Lagi >>

Naib presiden Umno keturunan Jawa yang angkuh

Posted: 07 Dec 2013 05:09 PM PST


Di kejauhan ini saya tetap mengingati negara tercinta. Kepada beberapa negeri yang sedang dilanda banjir dan penduduknya sedang diuji oleh Allah diharap banyak bersabar dan bermujahadah. Teringat juga kepada politik di Malaysia. Walaupun saya seharusnya tidur awal untuk meneruskan perjalanan esok tetapi berita yang saya baca menjadikan mata saya keras, hati juga panas meleking.
Rasa menyesal pula bila akses internet menyebabkan saya terbaca berita yang saya kira sangat buruk, jahat dan terkeluar daripada seorang mulut manusia yang penuh pembohongan dan fitnah. Seorang manusia yang berasa dirinya sudah besar dan hebat, dan mula diratib oleh kawan-kawanya bakal menjadi perdana menteri. Cis, kalau beginilah bakal pemimpin masa depan Malaysia.
Berita itu ialah tentang saranan Naib Presiden Umno keturunan Jawa, bernama Zahid Hamidi yang meminta menteri agama Jamil Khir Bahrum menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana dikatakan berfahaman Syiah.
Manusia Zahid ini membuat cadangan itu ketika menggulung perbahasan di hari akhir persidangan Umno. Katanya seperti mana dipetik daripada laporan, dia serahkan kepada Jamil Khir untuk bertindak ke atas Mohamad Sabu.
Apakah si Zahid ini sudah mempunyai bukti-bukti jelas sehinggakan membuat arahan terbuka begitu atau sekadar nak tunjuk berani? Begitukah? Kalau pun beliau ada bukti cara yang dilakukan sangatlah dangkal.
Read More / Baca Lagi >>

“Agama dan Bangsa”, talian hayat Umno pada PRU14

Posted: 07 Dec 2013 05:06 PM PST



 
Dua pesanan utama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) kepada pemimpin akar umbinya untuk dibawa pulang dan diterangkan kepada anggota parti mencerminkan harapan parti itu agar dapat merampas kembali sokongan pengundi Melayu Muslim bandar sekaligus mengekang kemaraan pesaing utama mereka, PAS.
Pesanan pertama adalah Umno akan mengambil alih kedudukan "juara Islam" daripada PAS.
Pesanan-pesanan itu diberikan di dalam ucapan penangguhan Najib di penghujung Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam.
Pesanan kedua adalah Umno akan menjadi tempat mencari rezeki bagi usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Pesanan kedua mudah untuk diterjemahkan. Sebagaimana yang sering dikatakan oleh Najib, Umno perlu meningkatkan sokongannya di kalangan komuniti Melayu Muslim.
Manakala Barisan Nasional (BN) yang mana Umno merupakan parti tunjangnya mendapat kuasa untuk membentuk kerajaan di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan Melayu Muslim danpada undi golongan Bumiputera Muslim dan bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak.
Malah di dalam ucapan perasmiannya beberapa hari lalu, Najib mengingatkan perwakilan Umno bahawa 67% populasi negara terdiri daripada golongan Melayu dan Bumiputera Muslim dan bukan Muslim.
Oleh itu, menggunakan pencaturan mudah, Umno dan BN mampu menguasai tampuk pemerintahan negara sekali lagi di dalam PRU ke14 sekiranya ia mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 60% populasi negara ini.
Seperti juga yang dikatakan berkali-kali oleh pemimpin akar umbi Umno dan diiktiraf Najib sendiri, mereka ini adalah pengundi tegar gabungan pemerintah itu.
Bagi menggembalikan sokongan Melayu Muslim di bandar Najib berkata, beliau sendiri akan memastikan ketua-ketua eksekutif syarikat berkaitan kerjaan (GLC) membantu kontraktor dan vendor Melayu Muslim.
"Mereka akan mendapat KPI untuk mengukur ini. Kita juga akan minta 'repot kad' yang mencatit sejauh mana mereka mencapai sasaran," Najib berkata sambil disambut dengan tepukan gemuruh anggota dan pemimpin Umno.
Manakala mesej kedua itu adalah lebih halus dari segi matlamat tetapi mempunyai impak yang besar.
Beberapa pemimpin akar umbi Umno menuntut agar kerajaan memerangi fahaman Syiah, hubungan sejenis atau gay, fahaman liberal dan sesiapa sahaja yang didapati menghina Islam.
Perwakilan juga mahu kerajaan mempertahankan kalimah Arab Allah daripada digunakan oleh bukan Muslim. 
Read More / Baca Lagi >>

Aku bukan Syiah - Mat Sabu

Posted: 07 Dec 2013 05:05 PM PST

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Father of convicted Egyptian daughter 'proud'

Posted: 07 Dec 2013 05:01 PM PST

Mandeep Singh, beaten by the Court again

Posted: 07 Dec 2013 04:56 PM PST

Jailed Egyptian women to go free

Posted: 07 Dec 2013 04:55 PM PST