Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bagaimana Lee Kuan Yew mahu mati?

Posted: 03 Dec 2013 09:21 AM PST


Dalam umurnya sekarang melebihi 90 tahun, Menteri Mentor Singapore Lee Kuan Yew(LKY) mengakui tidak lagi dapat mengelak diri dari memikirkan hari kematiannya. Ketika diinterbiu pada umur 89 tahun LKY berkata beliau tidak ada sebab boleh mengelak dari persoalan ini.

Dalam buku terbarunya One Man's View of The WORLD yang mungkin telah dibaca oleh ramai orang, pada bab "Personal Life",LKY yang tidak percaya kepada wujudnya tuhan dan alam akhirat menyatakan bahwa beliau seorang atheist yang tidak percaya kepada mana mana agama tetapi tidak menapikan dan tidak pula mengakui adanya Tuhan. Dia tidak percaya akan dapat menemui lagi isterinya. .

" I do not laugh at people who believe in God. But I do not necessarily believe in God-nor deny that there could be one," katanya..

Isterinya yang telah meninggal dunia juga tidak percaya kepada agama. Seorang kawan yang cukup kuat berpegang kepada agama akhirnya berpisah dengan isterinya kerana setiap kali berjumpa cuba mengkristiankannya. Isterinya meanggap ini sebagai perbuatan bodoh.


Apa yang difikirkan oleh LKY dalam munggu saat kematiannya ialah apakah dia akan mati dengan pantas kerana serangan stroke atau stroke otak yang akan menyebabkannya terbaring lama di katil dalam keadaan setengah sedar.

Antara keduanya LKY memileh untuk mati dengan pantas. Beliau telah pun memberikan" Arahan Perubatan Terdahulu" ( Advance Medical Directive- AMD ) supaya sekiranya beliau terpaksa diberikan makan menerusi tube dan tidak mungkin akan puleh dan tidak boleh lagi bergerak, maka doktornya hendaklah melepaskannya pergi dengan segera ( mematikannya ).

Arahan ini telah ditandatangani oleh seorang peguamnya dan seorang doktor LKY menyatakan bahawa setiap hari yang dilaluinya sekarang dirasainya semakin meletihkan dan semakin kurang aktif. Apapun yang diusahakannya dan didisplinkan dirinya tetapi keadaannya tetap merosot.

Bagi LKY kepuasan hidupnya yang paling besar ialah dapat menggunakan masa bertahun tahun mengumpul sokongan, menjadikan Singapore meritoctratic, bebas dari rasuah dan kesaksamaan antara kaum.

Oleh : ZAM

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


INFO TERKINI BANJIR DI KUANTAN

Posted: 03 Dec 2013 11:19 AM PST

Bilik Gerakan Banjir
09-5143799
Sila hubungi jika perlu bantuan.


Utk makluman
PKOB Kuantan telah di buka secara rasmi jam 1800 hrs.
Pengaturan penugasan peg ang PKOB ada 5 team. Team A,B,C,D,E dengan kekuatan setiap team 1 Asp, 1 Insp, 6 Apr dan 1 KTA.

Team pertama mulai bertugas 1800-2359 Team B

Pasukan penyelamat telah di bahagi mengikut zon-zon yg ditetapkan melibatkan beberapa agensi seperti berikut:


- PDRM:
a. IPD
- 1 Asp, 15 Apr (dlm bandar Kuantan Zon A dan
- 1 Sm, 8 apr (zon beserah)
- 1 Sm, 6 apr (Sg. Lembing)
- 1 SI, 6 apr (Zon j. Gasing)
b. PGA
- 1 seksyen 1 insp 13 apr
(2 x L/rover, 1 m/lori, 1 bot)
- BOMBA: Zon A, Zon B, Zon Jaya Gading,
44 Ang (4 x m/van, 4 m/lori, 5 x 4x4.
- JPAM: Zon A, B, zon J.gading, Zon kempadang,
17 ang (1 m/lori, 1 4x4, 1×bot)
- 12 RAMD 2 team
Team 1 (Zon A, B dlm bandar)
5 ang ( 1 x m/lori)
Team 2 (Zon j/gading/kg. Sri damai) 8 ang (1 x m/lori)
Setakat ni arahan KPD Kuantan agensi2 lain belum di maklumkan berikutan amaran banjir belum aktif.


Jalan2 yg tidak boleh dilalui akibat limpahan air.
1. Km 28 jln sg. Lembing
2. Bt.3 jln. Kuantan Gambang
3. Persimpangan hadapan wisma belia di bawah jejambat kuantan bypass.
4. Jalan Tok Sira hadapan Kimia.
5. Pintasan bukit setongkol menghala ke Giant.
6. Jalan kuantan maran hadapan gambang resort.



Jumlah Pusat Pemindahan dan mangsa pemindahan bagi daerah kuantan.
02/12/2013 sehingga jam 1100hrs

pusat pemindahan : 9
Jumlah mangsa:486

Antaranya adalah:
1) Balai Raya Kampung Chenor
Jum keluarga: 2
Jum mangsa: 8
Lelaki dewasa: 3
Perempuan dewasa: 3
Kanak2 lelaki: 1
Kanak2 perempuan: 1

2) Balai Polis Sungai Lembing
Jum keluarga: 1
Jum mangsa: 9
Lelaki dewasa: 1
Perempuan dewasa: 2
Kanak2 lelaki: 2
Kanak2 perempuan: 2
Bayi lelaki : 2

3) Dewan orang ramai balok
Jum keluarga: 13
Jum mangsa: 59
Lelaki dewasa: 20
Perempuan dewasa: 17
Kanak2 lelaki: 16
Kanak2 perempuan: 5
Lain lain: 1

4) SMART
Jum keluarga: 31
Jum mangsa : 115
Lelaki dewasa: 28
Perempuan dewasa: 45
Kanak2 lelaki: 23
Kanak2 perempuan: 18
Bayi lelaki : 1

5) Balai raya kampung pahang
Jum keluarga: 11
Jum mangsa : 40
Lelaki dewasa: 8
Perempuan dewasa: 8
Kanak2 lelaki: 12
Kanak2 perempuan: 7
Bayi lelaki : 5
Lain lain : 3

6) SRJ(c) Chung Ching
Jum mangsa:51

7) SK Pandan
Jumlah mangsa:masih belum diperolehi.

Balai Raya Kampung Alor Ladang.
Jum keluarga: 12
Jum Mangsa: 58
Lelaki dewasa: 8
Perempuan dewasa: 25
Kanak2 lelaki: 11
Kanak2 perempuan: 10
Bayi lelaki : 2
Bayi perempuan : 2

9) SK Cenderawasih
Jum keluarga: 33
Jum mangsa: 146
Lelaki dewasa: 40
Perempuan dewasa: 40
Kanak2 lelaki: 26
Kanak2 perempuan: 29
Bayi lelaki: 5
Lain lain : 6
Sekian utk makluman









Infor  berita dari

Infor gambar dari 

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Video dan Gambar Banjir Teruk di Terminal Bas Kuantan

Posted: 03 Dec 2013 01:49 PM PST

Video kereta Perdana cuba lalu banjir

http://www.youtube.com/watch?v=mW5K8kVCoFA&sns=em

Gambar kereta ditenggelami air

Kadar Tarif Eletrik Ke Atas Pengguna di Semenanjung Malaysia

Posted: 03 Dec 2013 03:45 AM PST

Utusan Malaysia Selasa 3.12.2013

Halaman 11

#PAU2013 : Berjuang sebagai parti rakyat - Pesan Presiden @NajibRazak ( Wawancara Bersama @BERNAMADOTCOM )

Posted: 03 Dec 2013 01:12 AM PST

Najib Tun Razak ketika ditemuramah dalam wawancara khas dengan wartawan kanan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya di Bangunan Parlimen, semalam. Turut kelihatan Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong (tengah) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh (kanan). - BERNAMA


BERIKUT transkrip wawancara khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabat beliau di Bangunan Parlimen semalam.



Perdana Menteri diwawancara sekumpulan wartawan kanan Bernama diketuai Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO bercakap mengenai cabaran, harapan dan hala tuju UMNO susulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober lepas.



BERNAMA: Bagaimana kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 memberi impak kepada corak kepimpinan dan transformasi UMNO?

NAJIB: UMNO sebagai parti yang berkuasa setelah sekian lama perlu melihat masa depan, kerana kejayaan walaupun begitu hebat sekalipun tidak merupakan jaminan untuk kejayaan masa akan datang, lebih-lebih lagi dalam perubahan landskap politik tanah air. Dari segi perubahan demografik, perubahan teknologi dan juga tahap pendidikan yang semakin tinggi. Bererti untuk kekal sebagai sebuah parti yang relevan, UMNO mesti sanggup melakukan transformasi yang mencerminkan parti untuk masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya.

Selepas Datuk Seri mendapat mandat baharu menerusi PRU-13 dan pemilihan parti baru-baru ini, timbul pelbagai tuduhan bahawa hala tuju dan gaya kepimpinan Datuk Seri seolah-olah ada perubahan terutama dengan pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Tidak...mesti faham, saya juga Presiden parti UMNO. Tiang seri perjuangan UMNO ialah memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan Islam. Walaupun perjuangan Melayu Islam, tidak bererti kita pinggirkan kaum lain, yang tak pernah kita lakukan. Dasar memperkasakan ekonomi bumiputera adalah konsisten dengan apa yang dilakukan UMNO sejak penubuhannya. Yang berbeza adalah cara atau kaedah.

Saya selalu tekankan market friendly. Mesti berdasarkan merit bukan handout (pemberian). Bukan kepada rent-seeker, bukan sistem kuota tapi lebih kepada membangunkan orang Melayu dan bumiputera berdasarkan apa yang perlu dan patut diberi demi menegakkan keadilan sosial. Kita cuba beri lebih peluang tapi tak boleh jamin outcome (hasilnya).

Kalau mereka yang telah terpinggir dari arus perdana selama ini kesan zaman penjajahan yang begitu lama, maka kita tak boleh tidak, perlu lakukan untuk betulkan keadaan ini yang tempang, supaya "we equalise opportunities" dalam negara tanpa nafikan hak kepada kaum-kaum lain.

Banyak program transformasi dalam UMNO, sejauh mana ahli-ahli dapat menerima idea-idea yang Datuk Seri perkenalkan?

Saya ingat sebahagian hasrat saya tercapai bila kita lakukan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru. Rata-rata akui UMNO telah ambil satu tindakan berani dan futuristik dengan membesarkan constituency yang memilih pemimpin-pemimpin UMNO termasuk di peringkat tertinggi.

Kebolehan UMNO menguruskan pemilihan ini dari Arau (Perlis) sampai ke Semporna (Sabah) dengan penambahan lebih 150,000 (perwakilan) adalah satu kejayaan yang setakat ini tak boleh ditandingi parti-parti lain dalam negara.

Saya berbangga dengan kejayaan ini, bermakna UMNO telah menyahut apa yang kita kehendaki untuk kita menjadi lebih demokratik, lebih agresif.

Seterusnya perlu diperkukuhkan lagi nilai-nilai perjuangan UMNO, supaya apa yang kita fikir tidak sihat, mesti kita kikiskan.

UMNO mesti muncul sebagai parti yang memperjuangkan, mendahulukan rakyat dan mengelak daripada mencari kuasa semata-mata hendakkan kuasa tapi mesti merupakan parti yang sentiasa sanggup meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain.

Selepas pemilihan parti Oktober lepas, adakah Datuk Seri berpuas hati dengan keputusan pemilihan? Adakah ia menepati jangkaan?

Saya kena terima...sebagai seorang yang menjunjung prinsip demokrasi, proses telah dilalui, perwakilan telah membuat keputusan, saya perlu terima apa-apa keputusan yang dibuat perwakilan.

Bukan soal pilihan saya secara peribadi dan presiden parti tapi kehendak ahli parti. Itu yang mesti saya terima, saya hormati.

Keputusan itu jadikan saya pilihan ahli UMNO yang mewakili 3.4 juta ahli UMNO melalui 150,000 orang (yang mengundi) dan saya akan bersama dengan mereka yang dipilih.

Tetapi hasil pemilihan dilihat lebih kepada melambangkan aspirasi parti dan bukannya aspirasi rakyat?

Kita lihat itu adalah pilihan orang UMNO. Kita cuba align (selaras) kehendak ahli UMNO dengan kehendak rakyat. Kita tak boleh tahu sama ada perkara ini sudah dapat di-align sepenuhnya melainkan waktu pilihan raya diadakan.

Sebab itu saya sentiasa tekankan soal winnable candidate (calon yang boleh menang), bukan saja dipilih parti tapi disenangi rakyat, boleh menang di satu-satu kawasan.

Yang sukar adalah definisi winnable candidate kerana tanggapan semua yang minat jadi calon fikir dia adalah winnable candidate. Ini kesukaran bagi kita.

Tapi hakikatnya kalau kita nak parti kita berjaya, kita mesti dapat mentafsirkan konsepwinnable secara jujur dan ikhlas.

Untuk masa depan, bagaimana hendak membina UMNO yang mencerminkan nilai positif dan mencari lebih ramai winnable candidate?

Kita mesti perbanyakkan lagi proses melatih pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Kita tak boleh terima ahli UMNO tanpa kita tarbiah mereka, didik mereka melalui kursus-kursus tertentu. Bentuk minda mereka untuk berfikir, cara terbaik langsungkan perjalanan baru dalam konteks environment baharu, new politics (politik baharu). Bukan lagi old politics. Siapa yang tak faham new politics bakal ditolak rakyat. Sebab itu UMNO kena sesuaikan dirinya, sediakan pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang menghayati the new politics.

BARISAN NASIONAL

Langkah transformasi UMNO dianggap radikal dan berani dan kesannya dilihat telah memperkukuh sokongan ahli UMNO kepada parti. Adakah parti-parti komponen patut meniru langkah-langkah ini?

Setiap parti komponen perlu melalui proses yang sama tapi setengah dari mereka kena selesaikan kemelut dalam parti sebelum boleh embark atau melancarkan satu proses transformasi dalaman yang perlu mereka lakukan. Saya percaya mereka pun sedar bahawa untung nasib parti mereka bergantung kepada sejauh mana dapat dilakukan proses transformasi dengan mempunyai political will, iltizam politik, untuk hasilkan parti yang boleh diterima oleh rakyat.

Tahap kekuatan parti-parti komponen tidak seperti dulu dan UMNO sekarang nampaknya kena bekerja lebih kuat. Bagaimana UMNO menghadapi cabaran ini?

Kita akan membantu memberi kekuatan UMNO kepada rakan-rakan kita. Tapi rakan-rakan kita yang menghadapi masalah dalaman perlu betulkan rumah tangga mereka supaya akan dapat lebih diterima oleh masyarakat yang diwakili mereka.

Dan kalau mereka dapat sokongan yang kian meningkat, ini akan menjamin kemenangan BN di masa akan datang dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan daripada UMNO semata-mata.

Ada yang berpendapat kalau UMNO terlalu kuat, parti-parti komponen akan menjadi lemah, seterusnya menganggap seolah-olah kerajaan hanya mementingkan bumiputera/Melayu. Adakah ini benar?

Tidak...kita sentiasa bagi skop kepada mereka dan saya bersikap terbuka sebab dalam keputusan-keputusan yang dibuat sama ada dalam parti atau kerajaan kita tak paksa mereka. Kita lakukan pendekatan/kaedah konsensus.

Sesuatu dasar dibuat atas cara rundingan terbuka. Bila keputusan dibuat, itu bersandarkan sokongan dari semua pihak.

Pembangkang dilihat sering berpolemik, bercanggah dan berselisih pendapat secara terbuka dalam akhbar manakala BN pula dilihat seolah-olah dikawal media perdana, malah tidak berlaku perbahasan dalam kalangan komponen parti secara terbuka. Bagaimana Datuk Seri melihat perbandingan ini?

Kita adalah parti yang memerintah. Kesan perpecahan adalah lebih buruk daripada kalau kita ini sebaliknya. Pembangkang tak buat dasar, tetapi BN buat dasar. Kalau ada percanggahan secara terbuka, akan merosakkan kredibiliti kita sebagai kerajaan.

Kita menggalakkan percambahan pendapat secara tertutup. Bila tertutup, orang luar tak berapa nampak. Jadi seolah-olah mereka (parti komponen) tak suarakan sesuatu dengan lantang. Tapi hakikatnya pendapat dan kehendak semua kaum dibahas dalam keadaan tertutup sebelum kita buat sesuatu keputusan.

Jadi, tak semestinya mereka lebih demokratik daripada BN?

Tidak. Lagipun mereka (pembangkang) ini tidak merupakan satu coalition (gabungan) sebenarnya sebab mereka bertanding atas tiga simbol berasingan, tidak daftar sebagai satu coalition. Mereka sering bercanggah pendirian antara satu sama lain, malah sehingga hari ni tak ada shadow cabinet (kabinet bayangan). Banyak lagi perkara yang tak mencerminkan two party system.

Hakikatnya BN bukan berdepan dengan two party tapi multiparty system (sistem pelbagai parti) dengan pelbagai manifesto.

Jadi BN sebenarnya berdepan tiga parti bukan satu parti. Walaupun cuba gelar sebagai Pakatan Rakyat, sebenarnya mereka pakatan pembangkang yang begitu longgar. loose coalition.

Pembangkang sering bercakap mengenai nilai-nilai yang dilihat hebat, tetapi secara praktikalnya mereka tidak mengamalkan what was being preached (apa yang diucapkan). Malangnya orang BN nampaknya termakan serangan-serangan nilai sehingga rasa rendah diri kononnya pembangkang lebih (mulia) noble ideanya. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

Pembangkang pandai memberi gambaran bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang lebih indah daripada BN. Mereka cuba occupy the high level ground tapi dari segi action, tindakan mereka banyak yang inconsistent and contradiction (tidak konsisten dan bercanggah), yang perlu kita highligh-kan. Dalam ucapan saya akan sebut juga satu dua perkara.

Bukan mudah hendak jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang inklusif. Melihat kepada perkara-perkara yang terjadi semasa pilihan raya umum lepas, bagaimana Datuk Seri melihat tentang healing action (tindakan penyembuhan) dalam konteks pengukuhan negara?

Sebab itu saya lancarkan Gagasan 1Malaysia, dengan pengertian dan nilai-nilai yang berkaitan 1Malaysia. Saya tidak melihat 1Malaysia sebagai satu prakarsa atau usaha cyclical hanya untuk PRU-13, tetapi ia adalah suatu keperluan dalam konteks nation building (pembinaan negara). Jadi kalau kita berpegang kepada Gagasan 1Malaysia berserta Perlembagaan dan Rukun Negara, saya percaya kita akan dapat mengukuhkan national unity dan national harmony.

Datuk Seri, dalam PRU-13 lepas, UMNO mendapat sokongan majoriti Melayu tetapi kurang mendapat sokongan orang bukan Melayu. Melihat perkara ini, adakah Gagasan 1Malaysia akan diteruskan atau akan ada perubahan-perubahan tertentu?

Tidak ada masalah apa yang kita lakukan sekarang ini. Pemerkasaan ekonomi bumiputera (termasuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak), bagi kelompok minoriti, kita perlu beri perhatian. Macam orang India, kita ada program khas untuk mereka dan kita tidak mengambil tindakan yang boleh menyakitkan hati kaum Cina. Waima apa keputusan yang telah dibuat, sebab itu adalah pilihan yang dibuat dalam proses demokrasi.

Tapi kita harap bahawa masa depan negara kita ini adalah lebih terjamin dengan dasar-dasar yang sederhana, progresif, inklusif dan lebih adil yang diperjuangkan oleh UMNO.



Adakah Datuk Seri yakin menjelang PRU-14, kerajaan BN ada masa untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa BN pilihan yang terbaik buat mereka?

Kita harus berusaha ke arah itu. Ini bukan sahaja soal PRU tetapi dalam konteks nation building kita tidak mahu kerenggangan antara orang Melayu dan orang Cina ini akan menjadi sesuatu yang boleh divide us (memecahbelahkan kita). Tapi kita mesti cari kaedah dan cara di mana kita boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara kita kerana masa depan negara kita ini terlalu besar nilainya.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk meyakinkan bahawa UMNO turut menjuarai kaum-kaum lain, tetapi seolah-olah tidak nampak di mata rakyat. Jadi bagaimana langkah UMNO untuk menonjolkan imej itu secara lebih jelas?

Kita kena banyakkan lagi aktiviti bersifat (bertemakan) BN. BN di akar umbi kadang-kadang tak aktif, jarang adakan mesyuarat. Jadi kalau boleh kita gerakkan BN (peringkat) bahagian ini, (they are) more or less dormant (tidak aktif), dekat pilihan raya baru bergerak. Jadi kita hendak tampilkan program-program yang bersifat BN di samping program yang dibuat oleh UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini diadakan selepas pilihan raya umum dan mendapat mandat daripada parti. Apakah mesej utama yang Datuk Seri hendak sampaikan kepada perwakilan?

Soal cabaran masa depan, parti, Melayu, Islam dan negara pada keseluruhannya. Saya hendak bawa ahli UMNO melihat ke hadapan. Ucapan saya akan bertumpu kepada cabaran masa depan, bukan hanya kejayaan yang diketahui umum malah apresiasi atas kejayaan itu perlu kita sebutkan juga.

Maknanya ia seiring dengan sifat orang muda yang suka melihat ke depan daripada mendengar cerita yang sudah menjadi sejarah?

Hakikatnya bukan saja orang muda. Orang pelbagai umur pun suka lihat kepada masa depan. Mereka hendak tahu apakah hala tuju, ke arah mana UMNO akan bawa negara dan sama ada visi kita ke arah masa depan itu meyakinkan mereka atau sebaliknya. Ini yang mesti kita bentangkan, paparkan.



Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi bumiputera. Adakah perkara itu masih akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden?

Ya, saya akan sebut sebab masalah ini dua. Satu, masalah structural change (perubahan struktur) yang ini diwarisi sejak zaman penjajah dahulu, melalui dasar pecah dan perintah yang menyebabkan kelemahan struktur yang memakan masa untuk dibetulkan.

Yang kedua soal untuk membangunkan atau memperkukuhkan budaya kita dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin kompetitif, memakan masa untuk dibangunkan.

Apa yang Datuk Seri harap dapat dicapai pada akhir perhimpunan ini?

Saya berharap bahawa ahli UMNO akan kembali dengan keyakinan bahawa kita berada atas landasan yang betul dan perlu memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan UMNO untuk membawa negara kita ke arah pengisian wawasan dan matlamat yang kita sama-sama inginkan.

Keduanya, saya mengharapkan ahli UMNO merasakan bahawa proses transformasi ini perlu berlaku pada diri mereka juga. Ia tidak boleh hanya pada peringkat dasar atau organisasi, tetapi akhirnya kepada ahli-ahli UMNO sendiri, mesti merasakan bahawa mereka juga perlu mencerminkan transformasi yang kita kehendaki barulah transformasi UMNO akan sampai ke penghujungnya.

Satu wadah terbaik untuk UMNO mendapat sokongan bukan Melayu ialah semasa perhimpunan agung itu sendiri. Tetapi malangnya perwakilan bila berucap seolah-olah hanya menjuarai kaum Melayu dan melupakan rakan-rakan kaum lain. Adakah kali ini kita akan melihat perbezaan dari aspek itu?

Kita menghadapi keadaan di mana wakil yang berucap mewakili (badan) perhubungan masing-masing dan lebih fokus kepada isu yang dekat di hati mereka.

Tetapi kita akan memberi nasihat supaya jangan bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati bukan Melayu dan tidak menjadikan forum ini medan menyerang yang lain.

Kita hendak menggambarkan UMNO ini bersikap inklusif. Walaupun kita ini parti bumiputera tetapi kita mesti anggap bahawa UMNO ini juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih terjamin lagi.

Di akhir Perhimpunan Agung, apakah isyarat utama yang perlu dihantar oleh perwakilan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia?

Bahawa parti UMNO adalah parti harapan untuk negara kita bukan sahaja untuk Melayu dan untuk orang Islam tetapi untuk negara pada keseluruhan. Dan kita mesti menggambarkan bahawa kita ini parti yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua hal. Yang pentingnya ialah kita conscious (peka) dengan kehendak rakyat, we must be the people's party.



© Utusan Melayu (M) Bhd

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DEMO BESAR-BESARAN SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Posted: 03 Dec 2013 10:13 PM PST


Teresa Kokok , Mat Sabu 121, Tiang Chuak dan lain-lain di dalam rencana mereka bersama-sama dengan beberapa aktivis parti pembangkang dan NGO pro-pembangkang sedang merancang untuk mengadakan Demonstrasi besar-besaran dijangka selepas Pemilihan PKR 2014 selesai.

Tujuan mereka kononnya kerana menentang kenaikan kos hidup, kenaikan tarif elektrik dan lain-lain

Namun begitu, mereka tidak menyebut sama ada akan mengadakan Perhimpunan Raksasa itu untuk menentang kenaikan gaji gila-gila babi oleh Menteri Besar Selangor. Tidak juga jelas apakah mereka turut menentang tuntutan perbelanjaan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar sebagaimana didedahkan di alam maya tempohari berjumlah RM15 Juta itu. Namun, Faekah mendedahkan jumlah yang berbeza. Isunya memang ada tuntutan lah! Hanya mereka tahu siapa menipu siapa.
Kurang Ajar Sudah Diberitahu Masa Sembahyang Jangan Masuk Buat Kacau

Rupa-rupanya rahsia bocor tujuan utama mereka adalah untuk mendesak Perdana Menteri DS Najib berundur, atau pun dalam bahasa kasarnya mendesak PM meletak jawatan melalui jalanan. Mereka menggunakan elemen Rusuhan di Thailand mendesak Yingluck meletak jawatan, dan di Malaysia mereka merencanakan Rusuhan Besar-Besaran mendesak PM Najib meletak jawatan.

Kegagalan PRU13 dan Demo Black 505 sangat memalukan mereka, kini mereka mahu buat lagi. Tetapi Rusuhan dan Perarakan kali ini akan dibuat secara besar-besaran!

Diharap Menteri KDN akan menunjukkan taringnya yang sebenar! 

Dalam Masjid, Kurang Ajar Cina Ini Di Tempat Ibadah Kita!

JIKA SAYA SUDAH MAHU MATI, JANGAN LAMBATKAN

Posted: 03 Dec 2013 09:30 PM PST

Dalam umurnya sekarang melebihi 90 tahun, Menteri Mentor Singapore Lee Kuan Yew(LKY) mengakui tidak lagi dapat mengelak diri dari memikirkan hari kematiannya. Ketika diinterbiu pada umur 89 tahun LKY berkata beliau tidak ada sebab boleh mengelak dari persoalan ini.
Dalam buku terbarunya One Man's View of The WORLD yang mungkin telah dibaca oleh ramai orang, pada bab "Personal Life",LKY yang tidak percaya kepada wujudnya tuhan dan alam akhirat menyatakan bahwa beliau seorang atheist yang tidak percaya kepada mana mana agama tetapi tidak menapikan dan tidak pula mengakui adanya Tuhan.Dia tidak percaya akan dapat menemui lagi isterinya. .
" I do not laugh at people who believe in God. But I do not necessarily believe in God-nor deny that there could be one," katanya..
Isterinya yang telah meninggal dunia juga tidak percaya kepada agama. Seorang kawan yang cukup kuat berpegang kepada agama akhirnya berpisah dengan isterinya kerana setiap kali berjumpa cuba mengkristiankannya. Isterinya meanggap ini sebagai perbuatan bodoh.
Apa yang difikirkan oleh LKY dalam munggu saat kematiannya ialah apakah dia akan mati dengan pantas kerana serangan stroke atau stroke otak yang akan menyebabkannya terbaring lama di katil dalam keadaan setengah sedar.
Antara keduanya LKY memileh untuk mati dengan pantas.Beliau telah pun memberikan" Arahan Perubatan Terdahulu" ( Advance Medical Directive- AMD) supaya sekiranya beliau terpaksa diberikan makan menerusi tube dan tidak mungkin akan puleh dan tidak boleh lagi bergerak, maka doktornya hendaklah melepaskannya pergi dengan segera( mematikannya).
Arahan ini telah ditandatangani oleh seorang peguamnya dan seorang doktor
LKY menyatakan bahawa setiap hari yang dilaluinya sekarang dirasainya semakin meletihkan dan semakin kurang aktif. Apapun yang diusahakannya dan didisplinkan dirinya tetapi keadaannya tetap merosot.
Bagi LKY kepuasan hidupnya yang paling besar ialah dapat menggunakan masa bertahun tahun mengumpul sokongan, menjadikan Singapore meritoctratic,bebas dari rasuah dan kesaksamaan antara kaum.

LISA SURIHANI, PERANGAI CIKGU PERANGAI MURID

Posted: 03 Dec 2013 07:19 PM PST


Minggu lepas saya ditanya cara terbaik untuk menangani pelajar nakal di dalam kelas. Dalam entry ini rasanya elok kita berkongsi sedikit psikologi ini. Mudah-mudahan dapat manfaat darinya.

Biasalah di dalam kelas ada pelajar yang mencuba-cuba nasib. Dia dikira berjaya jika guru gagal berhadapan dengannya. Guru jadi hilang punca. Guru menangis. Guru naik berang. Tanda-tanda itu memberi kepuasan kepada pelajar yang nakal. Pancing dan umpan yang dipasangnya mengena. Guru terperangkap. Hanya guru-guru yang sifat profesionalnya tinggi sahaja dapat bertenang dan berjaya melihat permasalahan secaraholistic. Jangan beremosi. Guru tidak boleh emosi. Marahlah. Tetapi jangan emosi. Ya, belajarlah berhadapan dengan situasi-situasi yang mencengkam itu. Jika gagal banyak padah lain menyusul. Tidak selesai satu, akan muncul pula masalah lain.

Tidak semua guru berhadapan dengan pelajar yang nakal. Pelajar yang sama mungkin nakal kepada seorang guru tetapi dia tidak nakal kepada guru yang lain. Seorang guru perlu tahu kimia yang serasi antaranya dengan pelajar-pelajarnya. Guru mesti mengenalpasti situasi yang membolehkannya click dengan pelajarnya. Carilah pengalaman itu. Perhati setiap waktu traitsifat dan keunikan setiap pelajar di bawah kawalannya. InsyaAllah akan ditemui ramuannya jika ada ketelitian. Tentulah perlukan keikhlasan kerana ingin membantu. Kerana ingin menyumbang. Kerana ingin mendidik. Kerana ingin memandaikan mereka.

Pelajar yang nakal ada sejarah peribadinya. Lazimnya pelajar itu ada sejarah keluarga. Ada sejarah gurunya yang terdahulu. Ada sejarah rakan-rakannya. Ada sejarah mental dan psikologinya. Tindakan terburu-buru tidak membantu. Tindakan spontan juga tidak membantu. Marah tidak membantu. Mendiamkan perkara itu berlalu juga amat tidak membantu. Pelajar itu perlukan pertolongan. Ia perlukan seseorang mengeluarkannya dari situasi tenggalam dalam mainan dirinya. Dia tidak tahu nilai negatif orang lain terhadapnya. Dia belum menerima kesedaran hakiki bahawa pernbuatannya mengganggu gurunya. Mengganggu pelajar lain yang ingin belajar. Pelajar lain yang wawsannya jauh melangkaui masa yang ada.

OH MY ENGLISH..JANGAN GANGGU NANTI YUSRI MARAH
Perhatikan tanda-tandanya. Pelajar yang nakal mesti ada pengikut. Pengikut inilah yang memburukkan keadaan. Mereka menyokong apa sahaja yang dibuat ketuanya. Kadang-kadang yang nakal itu bukan ketuanya. Pelajar itu hanya proxy sahaja. Ada ketua di belakangnya. Perhatikan betul-betul. Ring leader itu duduk berhampiran pelajar yang nakal. Dia membaling batu tetapi menyembunyikan tangannya. Orang lain yang kena hukum nanti. Guru melihat bukti yang nampak. Bukan yang tersirat. Wlau bagaimanapun pelajar yang nakal pada kebanyakan masa memang dirinyalah yang nakal. Terserlah nakalnya. Pengikutnya tetap ada. Pelajar nakal perlukan penyokong. Yang mendokong apa sahaja yang dilakukannya.

Pelajar nakal mestilah dipisahkan dari rakan dan penyokongnya. Atau keadaan sebaliknya dilakukan. Pisahkan penyokong dan rakan karibnya. Bila keseorangan, nakalnya akan hilang. Penyokongnya tidak lagi berani memberikan sokongan. Jarak boleh mengubahesprit de corp yang mereka bina. Setiakawan yang negatif. Menjauhkan antara mereka bererti menjauhkan hubungan peribadi mereka. Untuk melakukan perubahan, guru hendaklah memahami beberapa perkara terlebih dahulu. Ke mana hendak dipindahkan pelajar yang menjadi sasaran itu. Tidak boleh sebarangan. Takut nanti menambahkan beban masalah. Kesimpulan saya ialah, pelajar nakal lazimnya lelaki walaupun ada kalanya pelajar perempuan. Pertama pastikan saiznya. Sama ada tinggi atau besar.

Pelajar nakal atau penyokongnya hendaklah dipindahkan ke kerusi-kerusi yang jauh dari kedudukan asal. Jarak adalah untuk menghalang mereka berkomunikasi secara perlahan. Jika jauh tentu tidak mungkin mereka memekik antara satu sama lain. Kerusi-kerusi yang strategik banyak. Pertamanya semua meja di baris hadapan. Baris yang pertama. Syaratnya pelajar itu bersaiz kecil. Jika bersaiz besar hendaklah ditempatkan di penjuru kanan atau kiri barisan hadapan. Atau di penjuru kanan dan kiri di barisan terakhir. Atau di tengah-tengah barisan terakhir.

JIKA ADA KES BEGINI LAPOR TERUS KEPADA THERESA KOK
Bagi pelajar yang bersaiz kecil boleh didudukkan di tengah-tengah tanpa mengira baris mana sekalipun. Atau boleh juga ditempatkan di sebelah pelajar yang berlainan jantina. Tempat-tempat tadi adalah strategik. Pada bila-bila masa guru boleh mengawal mereka. Mudah memandang mereka. Mereka mengawal empat penjuru. Pelajar nakal dikawal dengan ditenung. Dibeliakkan mata. Diacah untuk dipukul. Atau boleh juga direnung tanpa memejamkan mata. Pandang lama-lama. Tanpa berkata apa-apa. Berhenti mengajar. Berhenti bergerak. Kekalkan berdiri di tempat guru sedang berdiri. Renung dan renung. Belajar menentang mata pelajar. Belajar mengalahkan tenungannya. Keraskan hati untuk mengalahkannya. Jika boleh sambil merenung sambil kecilkan mata. Pandang tajam-tajam. Seolah-olahnya menembusi matanya. Tikam-tikam hatinya. Tikam kepalanya dengan tenungan tajam itu. Walaupun dia mengalihkan pandangannya, teruskan berikan tenungan. Kira-kira 10 hingga 20 saat lamanya. Biar dia tahu guru sedang tidak puashati dengannya. Tenungan tanpa bicara biasanya lebih bisa dari kata-kata yang hanya akan ditertawakannya sahaja.

Nanti dia akan tersipu-sipu. Dia akan terkesima. Dia akan terkedu sendiri. Dia akan terpempan. Terkulai dengan renungan guru. Jika ada penyokongnya yang membantu, alihkan renungan kepada penyokongnya pula. Begitulah silih berganti. Saya pernah melakukannya. Saya biasa melakukannya. Waktu saya muda dahulu saya garang juga. Bengis juga. Cuma kaedahnya berubah. Semakin saya tua, semakin malas hendak bercakap. Letih tidak tentu pasal. Senang. Guna mata sahaja. Lazimnya memberi impak yang kuat. Pelajar takut dengan renungan sebenarnya. Lebih pedih dari kata-kata. Sedangkan kata-kata itu lebih berbisa dari mata pedang. Cubaah hari ini. Jika tidak berjaya nanti kita cuba cara lain. Banyak, jika rajin menggalinya.


(Ruj artikel : http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/2011/02/menangani-pelajar-nakal.html )

Wajib Baca: Kisah Sebenar Perobohan Candi Lembah Bujang Dibongkar! @NajibRazak @KhairyKJ

Posted: 03 Dec 2013 05:28 PM PST

Pendedahan yang dibuat oleh blogger Kedah.
Kisah tentang perobohan "Candi" di Merbok kini dijadikan cerita panas. Malah pihak yang tidak tahu menahu tentang cerita ini pun kini bertukar menjadi pakar sejarah.


N. Surendran menyamakan perobohan "candi" tersebut sebagai tindakan setara Taliban memusnahkan patung Budha di Bamiyan satu ketika dulu.


Sebenarnya, ada tiga perkara yang Malaysiakini sembunyikan dari pembacanya, supaya perobohan "candi" ini akan dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir.


1. Malaysiakini gagal memberitahu pembacanya bahawa "Pemaju telah membuat semakan status tanah, dan mendapat kebebasan dari terikat dengan apa2" pada 14 Januari 2013, dan meneruskan pembelian tanah tersebut pada Februari 2013Siapakah kerajaan negeri yang memberi "clearance" pada masa itu, bukankah kerajaan Pakatan Rakyat, yang merupakan penaja penuh Malaysiakini?


Komen RBA Screenshot dari Malaysiakini
2. Dari manakah wartawan Malaysiakini mendapat Gambar Before/After Seperti diatas? Mereka pastinya menulis artikel dari Kuala Lumpur dan tidak tahu pun dimana Candi Merbok tersebut. Sebenarnya, tidak ada Candi yang dirobohkan, yang dirobohkan hanyalah replika yang dibina pada tahun 1974, diatas tapak asal candi. Jadi, faktanya, TIDAK ADA CANDI YANG DIROBOHKAN.


3.  Candi tersebut adalah tinggalan kerajaan Melayu beragama Hindu masa lampau, dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman. Ini bukan Candi orang India, tetapi Candi Melayu.
Baca seterusnya di sini : http://syburi-times.blogspot.com/2013/12/fakta-tentang-candi-merbok-yang-tidak.html#ixzz2mSvhI1KQ

*Banyak pihak yang cuba sensasikan isu ini bukan berasal dari Kedah tapi dari luar negeri tersebut. Mohon disebarkan untuk beri penjelasan kepada rakan-rakan lain.

ISTERI KEDUA OK, KAMI BAHAGIA JANGAN CEMBURU

Posted: 02 Dec 2013 11:57 PM PST

alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal
Salima AF4, Lihatlah Kebahagianku Dalam Senyumanku
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa' Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Yang Telah Berlalu Usah Dikenang Lagi, Bungkus Sejarah Lama Dan Buang Ke Sungai Golok, Berkahwinlah 4 Kerana Syariat Tidak Menghalang.


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Lagi kejadiian runtuh di Terengganu Darul Runtuh - kali ke 3 untuk tahun ini

Posted: 03 Dec 2013 08:50 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, kelmarin.
Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.
Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.
Katanya, bangunan berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.
Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.
"Insiden runtuh di Terengganu sedikit sebanyak mencerminkan nilai moral kerajaan negeri kerana setakat ini masih tiada sebarang tindakan dilakukankan termasuk melibatkan kes lepas," katanya.
Raja Bahrin turut berkata, beliau pernah membangkitkan isu berkenaan di Parlimen mengenai status kontraktor yang dilantik kerajaan bagi membina struktur bangunan tersebut dan jawapan diberikan hanyalah disenaraihitamkan.
"Agak mengejutkan apabila kita mendapati kontraktor yang memasang bumbung di masjid Kampung Tebauk adalah sama dengan Masjid Kampun Batu Putih.
Insiden runtuhan bumbung yang kerap kali berlaku menyebabkan Terengganu kini lebih dikenali sebagai Terengganu Darul Runtuh lebih-lebih lagi setelah kejadian runtuh di negeri itu dibuku dan ditulis oleh Dr Syed Azman.
"Sekiranya apa yang kerajaan katakan adalah benar apabila mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian dan telah disenaraihitamkan, jadi syarikat tersebut boleh mendapat kontrak kerajaan.
"Dan lagi mengejutkan apabila syarikat tersebut masih lagi beroperasi dan telah menyiapkan beberapa lagi bangunan di Terengganu yang masih belum runtuh," katanya.
Beliau turut mendakwa tidak mustahil kontraktor tersebut mempunyai pengaruh besar di belakang mereka menyebabkan ia kebal daripada undang-undang.
"Selagi nilai moral kerajaan tidak diperbaiki, maka kita akan menyaksikan kejadian menakutkan ini akan berlaku berulang kali," katanya.
Beliau juga mengkritik kerajaan Terengganu kerana dilihat mengambil sikap acuh tidak acuh akan hal serius tersebut dan masih belum mengemukakan sebarang penyelesain.
Terdahulu pada Jun 2009 bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292.9 juta runtuh menyebabkan lima pekerja cedera.
Ia disusuli runtuhan bumbung Masjid Kampung Batu Putih di Kerteh, Kemamam pada Oktober 2009 yang turut mengakibatkan tiga orang cedera.
Mei tahun ini, bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas di Hulu Terengganu pula runtuh.
Terbaru, bumbung masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang memakan kos pembinaan sebanyak RM6 juta turut dilaporkan runtuh.- antarapos

Erma Fatima bayar saman Rabecca RM11,200 dengan syiling 5 sen

Posted: 03 Dec 2013 04:38 PM PST

Rabu Disember 4, 2013
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200.
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Foto beberapa bungkusan wang 5 sen yang diterima rabecca daripada pihak Erma.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya -  mStar

Foto Pesta Sex Peserta 'Take Me Out' Beredar

Posted: 03 Dec 2013 06:30 AM PST

Pesta seks dan pesta minuman keras para peserta Take Me Out terbongkar. Foto-foto pesta mereka di rumah mewah beredar dan menjadi perbincangan di dunia maya.


Para peserta Take Me Out versi Inggris yang mencapai 90 orang itu, pergi ke sebuah pesta dua hari dua malam. Dalam foto yang tersebar, para peserta ajang pencarian jodoh itu terlihat mabuk, dan menumpuk di satu ruangan.


www.anehdidunia.com



www.anehdidunia.com

Salah seorang peserta pesta mengungkapkan, mereka awalnya hendak merayakan serial baru tayangan itu. Karena kebanyakan mereka mabuk berat, pesta seks tak terhindarkan, dan semua orang larut dalam pesta.

www.anehdidunia.com
                                                 Rumah Mewah Tempat Sex Partyhttp://anehdidunia.blogspot.com
Beberapa peserta wanita malah terlihat menikmati ketika pakaiannya dilucuti hingga bugil. Peserta pria juga terlihat bersuka ria sambil memamerkan kondom ke arah kamera. Selain dipenuhi kondom, ruangan juga dipenuhi botol minuman keras yang pecah.

www.anehdidunia.com
http://anehdidunia.blogspot.com
"Ada banyak seks yang terjadi. Orang-orang melakukannya di depan yang lainnya," kata seorang peserta seperti dikutip The Sun, Rabu (11/1/2012). "Tidak ada seorang pun yang peduli apa yang mereka lakukan selama mereka bersenang-senang," papar salah satu peserta wanita. - sumber

Santai Petang : Hati-hati dengan peminta sedekah [video inside]

Posted: 03 Dec 2013 03:15 AM PST

Topless Coffee-Shop Akhirnya Ditutup

Posted: 03 Dec 2013 12:07 AM PST


Sebuah kedai kopi terpaksa ditutup setelah didera gelombang penentangan dari warga sekitar di sebuah kota kecil di Inggris. Gelombang penentangan itu muncul bukan karena produk kopi yang ditawarkan Grand View Topless Coffee Shop di Vassalboro, Maine, melainkan karena para pelayan kedai kopi, baik pria maupun wanita, bertelanjang dada saat melayani pelanggan.


Meskipun ditentang oleh warga sekitar kota yang penduduknya kurang dari 5.000 jiwa itu, kedai kopi yang didirikan pada 2009 ini sempat berjalan dengan bisnisnya sebelum akhirnya diperintahkan untuk ditutup pada tahun ini juga oleh aparat pemerintah setempat karena dianggap memasang papan pengumuman secara ilegal.

Donald Crabtree, pemilik Grand View Topless Coffee Shop, mengakui, ia akhirnya memilih untuk menutup bisnisnya setelah berusaha mempertahankannya selama 2 tahun. "Saya hanya ingin menciptakan keceriaan dengan bisnis saya. Saya ingin melihat orang tersenyum," tutur Donald Crabtree kepada harian setempat, Maine Morning Sentinel.


"Saya membuka kedai kopi dengan servis pelayan bertelanjang dada untuk mewujudkan keceriaan itu dan terbukti berhasil. Namun, sekarang keceriaan itu telah berlalu. Saya telah berjuang untuk mempertahankan bisnis ini selama lebih dari 2 tahun dan apa pun yang saya lakukan saat ini tidak akan berbuah apa-apa, ada yang berusaha menyabotase saya," lanjut Donald Crabtree yang tidak bisa menerima perintah penutupan dari pemerintah setempat karena dianggap memasang papan pengumuman tanpa mengantongi izin resmi. - sumber