Fakta ini berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh Dr. Brian Wansink dari Cornell Universiti, Amerika Syarikat serta Doktor Ellen Van Kleef dari Wageningen University, Belanda.
 
Jelas pengkaji, lokasi makan boleh mempengaruhi berat badan malah ia dibuktikan dengan amalan makan malam dengan BMI dari 190 dewasa dan 148 kanak-kanak.
 
Kita sedia maklum, golongan dewasa dan kanak-kanak yang gemar makan di hadapan televisyen memiliki BMI lebih tinggi berbanding keluarga yang makan di meja atau ruang makan yang jauh dari punca televisyen.
 
Selain itu, kanak-kanak perempuan yang ditugaskan membantu ibu mereka menyiapkan makanan di hadapan televisyen juga cenderung memiliki peratusan BMI yang tinggi berbanding kanak-kanak perempuan yang tidak membantu menyiapkan makanan.
 
Gangguan pola makan
 
Oleh kerana itulah perlu ditekankan aspek sosial dan pengetahuan berkenaan kesan menonton televisyen terhadap berat badan dan BMI seseorang bagi mengelakkan berlakunya masalah obesiti.
 
Hingga kini, masih belum dijelaskan mengapa tabiat makan di hadapan televisyen mudah membuatkan seseorang itu gemuk. Bagaimanapun, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa hal tersebut berkait rapat dengan gangguan kepada pola makan harian.
 
Setelah mengetahui impak terhadap kesihatan maka mulakan hari baru anda dengan makan di tempat yang sepatutnya. Selain penting untuk mengelak masalah kegemukan, cara makan di meja juga berperanan meningkatkan interaksi sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin.
-Sumber-