Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tak lojik denda hilang MyKad sampai RM1,000!!!

Posted: 01 Dec 2013 08:30 PM PST

Orang tak ikut, Anwar konar ...Claim dapat nai ke?

Posted: 01 Dec 2013 04:28 PM PST

Kak Midah: Pemimpin tulen tetap pilihan

Posted: 01 Dec 2013 04:00 AM PST

Penguatkausa Selayang d "kucing kurap" oleh Pakatan Selangor

Posted: 01 Dec 2013 02:00 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ahli Parlimen DAP Cuba Bocorkan SOP PDRM Kepada Penjenayah...

Posted: 01 Dec 2013 09:00 PM PST

Korang baca print screen di bawah, tak terfikir di akal kita untuk mengetahui secara detail akan standart operation procedure (SOP) pdrm dalam melakukan operasi atau menembak penjenayah, kenapa ahli parlimen dap segambut, lim lip eng nie berminat sangant sampaikan dia minta pihak pdrm dedahkan SOP menembak penjenayah itu kepada pihak awam dan di bahaskan dalam parlimen...?

Pada aku tindakan ahli parlimen dap nie cukup merbahaya pada nyawa anggota polis, bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya semua SOP PDRM didedahkan kepada umum, sudah tentu menyukarkan tugas polis dan penjenayah makin bermaharaja lela, pasal penjenayah sudah boleh checkmate pergerakan polis.

Aku yakin lepas ini si cina bodoh akan melalak dalam parlimen mintak pihak pdrm dedahkan sop mereka dan lalakan cina bodoh ini akan di sambut oleh beberapa lagi ahli parlimen pakatan taik yang lain...


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tak berhati perut...!!! Tiga beradik dibunuh kejam?

Posted: 01 Dec 2013 08:50 PM PST

Anggota polis mengangkat mayat Nur Izzati Husna Rusdi yang ditemui di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar, Alor Setar, semalam.

Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup dibunuh dengan kejam.

Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.

Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.

"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.

Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.

"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.

"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kenaikan gaji hanya untungkan individu - Rakyat Selangor?

Posted: 01 Dec 2013 09:38 AM PST

Agak-agak berapa banyak MB Khalid bayar cukai pendapatan dalam setahun ya?

Rakyat di negeri ini menyifatkan kenaikan mendadak gaji termasuk elaun menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.

Rata-rata yang ditemui menyifatkan kenaikan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada saat-saat rakyat berhadapan dengan kenaikan kos semasa dan kerajaan negeri sewajarnya memberikan tumpuan terlebih dahulu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Seorang warga Shah Alam, Hairul Nizam Abdul Latif yang bekerja sendiri menyifatkan kenaikan gaji ahli pentadbiran kerajaan negeri itu dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat, sebaliknya yang menerima manfaat adalah individu itu sendiri.

"Sesuatu yang tidak wajar, kenaikan ini dilakukan pada waktu kenaikan harga barang, kos hidup meningkat dan beberapa kesulitan lain yang membelenggu rakyat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sidang DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji dan elaun bulanan menteri besar, speaker, timbalan speaker, exco kerajaan negeri dan ADUN bermula Januari tahun depan.

Daripada keputusan tersebut, gaji menteri besar pada tahun hadapan naik daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 manakala speaker dan timbalan speaker masing-masing menerima gaji bulanan sebanyak RM22,500 dan RM15,750 berbanding sebelum ini sebanyak RM6,109.29 dan RM3,327.50 sebulan.

Selain itu exco kerajaan negeri pula akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,250 sebulan berbanding RM6,109.20 manakala ADUN sebanyak RM11,250 berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.

Seorang pekerja swasta, Norazima Abdul Razak pula mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada membantu rakyat dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.

Dalam pada itu, seorang guru, P. Rajami menyatakan kenaikan gaji seharusnya dilakukan pada masa sesuai lebih-lebih lagi ketika ini rakyat dibelenggu dengan faktor ekonomi yang mendesak di samping kenaikan harga barang.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Sasterawan Rogol Mahasiswa

Posted: 01 Dec 2013 04:57 PM PST

Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).
Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.

Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. "Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. "Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.
"Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan," katanya.

Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.

"Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental," katanya.
Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi

Al Fatihah - Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia

Posted: 01 Dec 2013 08:04 AM PST

  • Datuk Mohd Fauzi ShaariBekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Fauzi Shaari
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama

Bintang 'Fast And The Furious' [Paul Walker] Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Posted: 30 Nov 2013 11:31 PM PST


Paul Walker
KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.
Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup
Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS

Posted: 23 Nov 2013 09:47 AM PST




    Mat Sabu
    SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.
    Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.
    Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
    Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.
    Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu
    Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
    SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
    Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.
    "Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.
    "Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.
    Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.
    Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.
    Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

    Kami Sokong Tokguru

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

    sumber :-

    Kami Sokong Tokguru


    Kalau kamu Muslim.

    Posted: 01 Dec 2013 05:51 AM PST

    Tentu biasa membaca 
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

    Dan mengucap salam @ menjawabnya sesama Muslim. 
    Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

    Patuh kepada Perentah dan Larangan Allah S.W.T. 
    Hari ini ada yang dengki dengan orang lain. Kadang-kadang kerana dusta dan dosa yang dilakukan, tak dia yang dapat imbalannya, jatuh kepada anak cucu dan generasinya yang berikut setelah mungkin pelaku jahat itu sudah di dalam kubur. Lantiklah diri sendiri supaya bukan dikalangan orang yang munafik.

    Serta yakin bahawa: 
    Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT

    Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69). 

    "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


    Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

    Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
    tyk. 

    Gaya Peneroka

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

    sumber :-

    Gaya Peneroka


    PENJELASAN MPSP HALANG NIAGA DIKAKI LIMA

    Posted: 01 Dec 2013 08:03 PM PST




    Kejadian ini telah berlaku hampir tiga bulan yang lalu dan ianya telah berlaku apabila tempoh kelonggaran yang diberikan oleh pihak Majlis dalam bulan Ramadhan lalu tamat.

    Lokasi ini (hadapan Kedai Emas) sememangnya merupakan satu kawasan yang tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti perniagaan berasaskan makanan.

    Atas dasar perikemanusiaan, pihak Majlis sebelum itu telah memberikan kelonggaran kepada peniaga yang dikenakan tindakan itu untuk beroperasi dari jam 12 tengah malam hingga ke pagi, namun peniaga tersebut telah memulakan perniagaannya lebih awal dari masa yang ditetapkan.

    Selain itu, tindakan terpaksa diambil setelah langkah peniaga tersebut yang memulakan perniagaan lebih awal dari yang dibenarkan ditempat yang tidak dibenarkan dipertikaikan oleh peniaga-peniaga yang lain.

    Untuk makluman dalam bulan Ramadhan pihak MPSP telah menyediakan hampir 400 tapak perniagaan kepada peniaga yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu dengan syarat perniagaan tersebut dijalankan pada bulan Ramadhan sahaj.

    Bila berakhirnya bulan Ramadhan keseluruhan perniagaan dihentikan kecuali 65 tapak asal dibeberapa lokasi yang telah diberikan permit untuk meneruskan perniagaan, namun begitu sehingga kini terdapat 210 yang diberikan kelonggaran oleh pihak Majlis.

    Berbalik kepada isu peniaga itu tadi, beliau sebelum ini menjalankan perniagaan Char Kue Toew disitu, bayangkan dengan ekzos fan dihala kearah jalan, lantai yang berminyak dan kesesakan lalulintas yang timbul akibat perniagaannya sudah pasti lokasi tersebut tidak sesuai untuk perniagaan makanan tersebut.

    Dalam hal ini peniaga tersebut dipercayai telah diberikan nasihat yang salah oleh pemilik premis yang menyewakan tapak perniagaan itu kepadanya.

    Berulang kali nasihat telah diberikan, berpucuk-pucuk notis telah dikeluarkan, berbincang secara berhemah juga telah dilakukan namun tidak diendahkan.

    Jika 400 peniaga yang lain patuh kepada arahan pihak Majlis, wajarkan pihak Majlis tunduk dan biarkan seorang peniaga yang langsung tidak mahu menghormati nasihat dan arahan pihak Majlis?

    Tidakkah ini akan menyebabkan kredibliliti pihak Majlis dipertikaikan oleh peniaga yang lain dan akan menghakis rasa hormat peniaga lain kepada pihak Majlis?

    Wajarkah pihak Majlis tunduk kepada kerenah seorang peniaga yang melanggar syarat perniagaan di Up Town Bandar Perda itu dan dalam masa yang sama tidak menghormati 400 peniaga yang akur kepada semua syarat yang ditetapkan?

    Kisah atau insiden ini sebenarnya telah lama berlaku dan untuk makluman semua peniaga tersebut telah diberikan sebuah lot perniagaan untuk disewa bertempat di Astaka Bandar Perda.

    Ini setelah beliau hadir untuk ditemuduga dan beliau layak untuk diberikan tempat yang sewajarnya untuk meneruskan perniagaan beliau.

    Ini adalah selaras dengan komitmen pihak Majlis iaitu menawarkan tempat yang sesuai kepada setiap peniaga yang telah dikenakan tindakan oleh pihak Majlis kerana berniaga ditempat yang tidak dibenarkan.

    Terpulang kepada peniaga samada mereka mahu menerimanya ataupun tidak.

    Tindakan tegas ini dilaksanakan semata-mata bersandarkan pada tanggungjawab dan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang responsif terhadap semua aduan dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Selain dari itu perlu difahami bahawa pihak Majlis mengguna pakai standard operation procedure (SOP) yang dibenarkan ketika melaksanakan penguatkuasaan.

    Ditegaskan disini Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan peniaga peniaga yang menyediakan persekitaran kedai makanan yang kotor dan tidak mesra pelanggan apatah lagi jika ianya dijalankan di kawasan larangan berniaga tanpa mengira warna kulit, anutan agama mahupun kaum tertentu ..

    Semuanya sama kerana tiada perbezaan dari sudut undang undang.

    Amir Haji Ghazali
    Ketua WHIP
    Ahli Majlis MPSP


    SABASUN 100% HAK MELAYU

    Posted: 01 Dec 2013 08:44 AM PST





    Che Salmi, Pengurus SABASUN Yang Saya Kenali

     

    Saya mengenali secara dekat Che Salmi, pengasas Pasaraya Sabasun yang mesra dikenali sebagai Abang Long sekitar akhir tahun 2011 semasa mula memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu. Antara program awal anjuran Lujnah yang telah diadakan adalah Forum Kepenggunaan. Selain daripada YB Dato' Mahfuz Omar, Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Pusat, Che Salmi juga adalah salah seorang ahli panel forum tersebut yang telah dipengerusikan oleh Saudara Zulkifli Sulong, Editor Harakahdaily.
    Mengenalinya sebagai seorang yang simple, senang diajak berbicara, merendah diri tetapi tegas dan serius dalam memberikan pendapat. Sebelum bersua dengannya buat pertama kali, saya telah mendengar tentang peribadinya sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Sepatah beliau menceritakan diawal perbualan kami bahawa aktiviti perniagaan telah menjadi minatnya semenjak ketika menuntut di Amerika Syarikat lagi.

    Ada saya bertanya, "dari mana timbulnya nama SABASUN?"

    Jawabnya, "SABASUN berasal dari perkataan SABAR SUNGGUH."

    Mengambarkan bagaimana retetan perjalanan beliau sebagai antara anak Melayu Islam di Terengganu secara khususnya dan di Malaysia amnya yang mula menceburi industri perniagaan runcit bermula dari kecil-kecilan dengan segala kepayahan dan penuh kesabaran sehingga akhirnya berkembang dan menjadi antara pasaraya tumpuan pelanggan sekitar Kuala Terengganu.

    Kewujudan Pasaraya SABASUN ini memberikan peluang kepada ramai pengusaha IKS dari kalangan melayu Islam untuk memasarkan barangan keluaran mereka yang tidak mendapat tempat di pasaraya besar milik bukan bumiputera.


    Ketika berforum bersamanya yang bertemakan 'Barang Naik Harga, Rakyat Tanggung Bahana', saya menyimpan beberapa bait ungkapan yang dilontarkannya dan kekal diingati sehingga sekarang. Antaranya…

    "Apabila harga barang naik, air mata rakyat akan jatuh…"

    "Pihak berkuasa di KPDNKK melarang para pengusaha pasaraya mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada umum setiap kali berlakunya kenaikan harga barangan…"

    "Kuota bekalan minyak masak yang diagihkan kepada peniaga hakikatnya telah tidak diperbaharui semenjak beberapa tahun yang lalu…"

    "Setiap kali pihak PDRM membuat tawaran diskaun pembayaran saman trafik atau operasi besar-besaran bagi memburu pemandu yang mempunyai saman tertunggak, pasaraya akan menjadi lengang disebabkan orang ramai memperuntukkan wang yang ada bagi menjelaskan saman…"

    "Ketika dunia menghadapi krisis makanan, ketika itu sesiapa yang mempunyai bekalan makanan, maka dialah yang paling kaya. Lebih kaya dari orang yang memiliki seketul emas…"

    Ketika ditubuhkan NGO R bagi memperjuangkan supaya dikembalikan semula royalti minyak milik rakyat Terengganu, Che Salmi adalah salah seorang penggiatnya yang aktif. Lagu 'Pulangkan' yang menjadi lagu tema NGO R Terengganu pernah saya nyanyikan bersamanya ketika menyampaikan ceramah anjuran NGO R di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Rupanya beliau juga seorang ahli muzik yang berbakat besar.




    Ini hanyalah secebis coretan tentang seorang hamba Allah yang telah dinafikan haknya sebagai orang Melayu, Islam dan rakyat dalam sebuah negeri berdaulat Terengganu. SABASUN yang diasaskannya dengan penuh SABAR dan KESUNGGUHAN akhirnya akan menjadi korban kerakusan mereka yang berkuasa. Kenapa semua ini harus berlaku? Sebidang tanah yang sedang berdiri di atasnya satu premis perniagaan milik seorang Melayu Islam nak diambil untuk diberikan kepada orang asing, khabarnya Syarikat Jaya Jusco? Sudah tak ada lagikah tanah lain untuk diambil bagi didirikan pasaraya baru yang pemiliknya adalah orang asing tersebut? Atau ada dengki dan dendam kesumat yang perlu dilunaskan bagi memuaskan hati orang-orang tertentu?

    Apakah kerana Che Salmi adalah seorang melayu Islam yang tidak menjadi ahli Umno? Lantas tak ada apa-apa komisyen yang Umno boleh dapat daripada perniagaan beliau

    Dialog Dewasa Kritik Berasa

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

    sumber :-

    Dialog Dewasa Kritik Berasa


    HOT : ADA USAHA MEM'BOO' PRESIDEN UMNO DI ATAS PENTAS PWTC

    Posted: 01 Dec 2013 08:49 PM PST

    PERLANTIKAN penceramah popular Ustaz Kazim Elias dan Dr. Ashraf Wadji Dusuki, Yang Dipertua YADIM merupakan signal yang kuat dari Presiden UMNO untuk memastikan UMNO boleh memainkan peranannya yang lebih berkesan dalam konteks kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

    Sayugia di dalam kerajaan BN juga, sudah terdapat ramai tokoh-tokoh agama dan ulama yang bertanggungjawab menegur dan memberikan idea-idea yang besar untuk melestarikan agama Islam di dalam kehidupan, pentadbiran dan hidup bernegara.

    Perkara ini juga membuktikan Presiden UMNO, DS Najib amat peka dengan kehendak dan keperluan umat Islam yang mahu melihat UMNO dan kerajaan BN memberi fokus yang luar biasa dalam parti dan kerajaan.

    Kehadiran beberapa tokoh PAS di dalam UMNO dan Kerajaan BN juga membuktikan sikap keterbukaan DS Najib yang lain daripada yang lain. Beliau bukan setakat bercakap tentang perpaduan umat Islam, namun juga melaksanakan idea-idea perpaduan itu. 

    Beberapa nama seperti Dato Nasharudin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Norman Toha, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi sudah tidak merasai adanya halangan untuk menyumbangkan khidmat bakti di dalam UMNO dan Kerajaan BN.

    Pertemuan Menteri Besar Kelantan mengunjungi DS Najib di Putrajaya minggu lalu juga merupakan satu lagi proses perpaduan umat Islam di negara kita.

    Begitu juga langkah melantik beberapa nama yang agak kritikal di dalam  Majlis Konsultasi  Perpaduan Negara, juga suatu lagi idea yang menjurus kepada usaha menguatkan jatidiri negara kita. Umat Islam menjadi ahli di dalamnya akan menjadi cabaran kepada mereka. 

    Keyakinan rakyat kepada DS Najib mengemudi parti UMNO dan Kerajaan semakin menjadi. Kita kini berada di landasan yang tepat. 

    Boo Boo Boo
    Namun, terdapat suatu gerakan akan berlaku di mana perbuatan mem'boo' ke atas Presiden UMNO dan satu dua pemimpin tertinggi di atas pentas kelak dengan tujuan-tujuan tertentu. Kepada mereka yang berniat melakukannya, ianya perlu dielakkan.

    UMNO kini semakin matang dan kukuh, sudah tentu ada cara yang lebih berhemah untuk menyampaikan gejolak perasaan dan ketidakpuasan anda. 

    Nasehat Mymassa, perkuatkanlah parti anda, sokonglah barisan kepimpinan tertiggi anda, mengapa membawa ketidakpuasan anda di saat begini.

    KITA TAK PATUT MENGHINA & MENJATUHKAN MARUAH YB MAHFUZ

    Posted: 01 Dec 2013 07:31 PM PST

    Mahfuz Omar sedang melobi habis-habisan agar dilantik sebagai SU Agung Pas yang baru. Ramai kepimpinan utama Pas tidak bersetuju. Kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris

    Pas perlukan seorang SUA yang boleh berbahasa Inggeris untuk memudahkan urusan mereka dengan negara luar memandangkan Presiden dan Timb Presiden juga tidak boleh berbahasa Inggeris.

    Perbicangan Ustaz Hadi dengan Tuan Guru Nik Aziz serta beberapa saf kepimpinan utama bersetuju untuk melantik Mahfuz sebagai Ketua Penerangan.Namun beliau menolaknya dan tetap inginkan jawatan SUA. 


    Sekarang dia sedang memberi tekanan kepada Ustaz Hadi agar tetap melantiknya sebagai SUA. Ustaz Hadi dijangka membuat pengumuman lantikan dalam masa terdekat.

    Mohon sebarkan berita ini kepada barisan jemaah kita yang dikenal pasti sahaja dan mohon mereka catatkan di facebook masing untuk memberi tekanan kepada Mahfuz.


    Nota : 

    SMS Di atas dikirim oleh Penggerak-Penggerak Anti Mahfuz dalam PAS. 

    Kami tak tahu ada Wakil Rakyat Malaysia tidak tahu bahasa Inggeris walhal khabarnya beliau sangat hebat  bercakap Isu Globalisasi, Isu Singapura, Isu Mindanao Filipina, Isu Hamas, Isu Kewangan Amerika, Isu Launch dengan Speaker Dewan Rakyat, Isu Perhambaan, Isu Ekonomi Dunia, Isu Dunia Islam, semuanya dunia belaka...rupanya tak tahu bahasa Inggeris gitu

    Lawak Pagi Isnin : Lu Sudah Potong Ke?

    Posted: 01 Dec 2013 05:20 PM PST

    Pagi Isnin macam ni ramai yang mengalami sindrom Monday Blues.

    Jadi MyMassa kongsikan lawak untuk pembaca blog. Kurang sikit stress pagi-pagi macam ni.
    apek: itu potong zaka ada bagut ka ?
    ali: manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo..
    apek:?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem..
    ali: apa probrem ?
    apek: manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut..
    manyak cinang semputloh..
    ali: cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong..
    tada apa problem.. bini saya manyak puas woo..
    apek: lu mini puas sama itu potong zaka ka?
    ali: ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo..
    lu lagi lambat pancut..
    apek: ???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ??
    ali: ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila..
    apek: ??! tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci..
    ali: cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale butoh..)
    apek: chee sin punya olang..gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lancau..
    ali: abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la..
    apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau..
    saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka..
    molo punya olang..

    ali: aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja..
    bukan potong zaka la.. proton saga.. cinabeng btulla..
    Sebenarnya lawak di atas ada kaitan dengan banner kat bawah ni.


    Sudah potong ka YB?

    Benarkah hanya orang BODOH yang bersama UMNO?!! @RazaliIbrahim @TunFaisal #MahasiswaNasional

    Posted: 01 Dec 2013 05:25 AM PST

    Kami tidak bercadang untuk menulis dan mengulas panjang lebar tentang tajuk di atas. Apa kata kita santai sahaja sambil membandingkan PROGRAM UMNO dan pakatan pembangkang apabila melakukan engagement dengan pelapis pemimpin bangsa.
     

    Wakil mahasiswa dibenarkan berucap pada perhimpunan sayap UMNOOleh AZRUL NAIMI

    KUALA LUMPUR, 1 Dis. - Buat julung kalinya, wakil mahasiswa dibenarkan berucap pada perhimpunan sayap Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU2013) tahun ini.

     

     
     
    Menurut Ketua Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Datuk Razali Ibrahim, ini merupakan satu tanda bahawa UMNO mengambil langkah yang tepat dalam mengambil kira pandangan generasi muda.
     
    "Mereka yang diberi peluang berucap berpeluang untuk menyalurkan kesemua usul hasil perbincangan sesama mereka hari ini," ujar Razali sejurus merasmikan penangguhan Perhimpunan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
     
    Untuk rekod, sebelum ini wakil mahasiswa hanya dibenarkan untuk berucap pada perhimpunan agung UMNO sahaja.
     
    Pemanas kali ini menyaksikan para mahasiswa dari IPT dalam dan luar negara menghasilkan 36 usul berkenaan politik (10), pendidikan (7), agama (9) dan ekonomi (10), untuk dibentangkan di hadapan para perwakilan UMNO. - UTUSAN ONLINE
     
     
    by AZRUL NAIMI edited by UTUSAN ONLINE 12/1/2013 12:40:25 PM 8:40 PM 
     
    
     
    Sekarang, kita bandingkan pula dengan apa yang pihak pembangkang rencanakan untuk anak-anak muda yang menyokong mereka dan yang diasuh sebagai pemimpin. Kita akan dapati, program mereka jauh lebih "menarik" dan kurang memenatkan akal.
     
    Demo Pro Komunis dan Anti Malaysia

    Kuota Haji tahun 2013 dikurangkan kerana demo ini

    Menceroboh tempat menuntut ilmu tanpa sebab yang munasabah

    Menyertai demo haram dan memukul anggota keselamatan

    Berdemonstrasi tanpa sebab dan tujuan yang jelas
     
    Jika anda pasangan ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak, program yang manakah akan menjadi pilihan anda?
     
    Dan jika anda seorang pengundi yang bijaksana serta sayangkan Malaysia, pemimpin dari program manakah yang menjadi pilihan anda untuk masa depan Negara?!!
     

    Panglima Perang Cyber

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

    sumber :-

    Panglima Perang Cyber


    Buku Dedah Penyelewengan Fahaman Tajsim Wahhabiy oleh Ustaz Zamihan Al Ghari cc @NajibRazak @Dsjamilkhir

    Posted: 01 Dec 2013 06:53 PM PST


    Meskipun dah lama dicetak sejak 2012 namun tidak salah ia diulang promosi kerana mungkin ramai masih belum tahu.

    Ia juga kerana Panglima baru sahaja menyedari kewujudan buku ini semasa membuat carian tentang isu Syiah wahabi liberal untuk ceramah kepada sekumpulan peserta Rabu depan.

    Buku ust Zamihan memang selalu dibeli oleh Panglima kerana hujahnya yang kukuh berdasarkan kitab ulama muktabar. Seperti buku sifat solat Nabi yang dihasilkan oleh beliau.

    Harap buku yang menjurus kepada penyelewengan akidah wahabi ini dapat menjadi bahan yang jelas kepada orang awam agar mereka tidak keliru dalam bab agama.

    Isu Wahabi bukan sekadar isu Fekah bahkan meliputi isu akidah berdasarkan kupasan dalam buku ini.

    Ia sudah lama disedari oleh Panglima sendiri yang sejak kecil didedahkan dengan berbagai kitab dan buku tentang fahaman ini. Dan berterusan mengkajinya hingga kini.

    Harap JAKIM dapat memasukkan fahaman wahabi dalam senarai yang sesat.

    Jika tidak mungkin kerana ada orang terpengaruh dengan fahaman wahabi dalam JAKIM yang berkuasa dan berpengaruh yang tidak mahu fahaman ini disesatkan!

    Berikut keterangan buku tersebut :

    Muka Hadapan.
    Bahagian Belakang.

    Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, akhirnya buku terbaru Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari dapat diterbitkan bagi menegakkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar daripada diselewengkan oleh fahaman Wahhabiy yang semakin menjadi barah yang dilihat semakin membahayakan Aqidah umat Islam.

    Buku ini ditahqiq oleh tokoh-tokoh ulama terkemukan yang faqeh lagi 'alim seperti Tuan Guru Dato' Hj Mohd Salleh Hj. Ahmad, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi dan Ustaz Raja Ahmad mukhlis Raja Jamaluddin. Semoga dengan terbitnya buku "Penyelewengan Fahaman Tajsim Wahhabiy" ini, akan mengukuhkan lagi pegangan Aqidah umat Islam di Negara ini.



    Sent from my iPhone

    SOP @PDRMsia : Balas Tweet KPN @KBAB51 - YB Lim Lip Eng Adik Lim Guan Eng ?

    Posted: 01 Dec 2013 10:08 AM PST

    Nampak sangat penjenayah seperti dipertahankan.

    Semua pemimpin pembangkang memang berminat cari salah polis kita.

    Pelik jika mereka mengaku mahu tegak undang-undang walhal sebaliknya.

    Sudahlah tu ... Rakyat dah kenal siapa dan apa sebalik Pakatan Haram korang...

    Lihat tweet YB pembangkang yang cuba menuding kesalahan kepada polis.

    Ustaz Kazim Elias Akui Dihubungi Presiden Parti @NajibRazak Sebelum Dilantik Jadi MT - Sanggup dengan Syarat Kekal Bebas Menegur

    Posted: 01 Dec 2013 02:03 AM PST

    MT UMNO : "Saya Masih Belum Buat Keputusan," Kata Ustaz Kazim Elias

    KUALA LUMPUR, 1 Dis — Pendakwah bebas terkenal, Ustaz MohammadKazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

    Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

    "Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

    ustaz-kazim-ceramah-hijrah-umno-pas-ahli-majlis-tertinggi-setapak-jawatan

    "Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

    Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

    Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

    Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

    "Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan," katanya.

    Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.

    Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.

    "Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya," katanya.



    Panglima : Ustaz Kazim Elias wajar terima tawaran demi memastikan Umno kekal dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan diberi peluang bebas kritik parti dan kerajaan dengan hikmah Wal mauizah hasanah. Elak terbuka tapi terus kepada MT dalam mesyuarat tertutup.

    Sent from my iPhone