Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Video Lama Siti Aishah 1970-an oleh The Daily Telegraph Bukti Kait Dengan Maoist Komunis?

Posted: 27 Nov 2013 11:04 PM PST



Aishah bukan diculik 

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Siti Aishah Abdul Wahab, 69. yang didakwa dikurung dan dijadikan hamba selama 30 tahun di London bukan mangsa culik.

Dia sebaliknya antara individu dikehendaki polis pada 1970-an kerana dipercayai aktif dalam gerakan berhaluan kiri, termasuk komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis pernah memantau pergerakan Siti Aishah kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan pelampau komunis dan dikesan bergerak dalam kalangan aktivis pelajar berhaluan kiri.

"Siti Aishah lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakannya. Oleh kerana United Kingdom mengamalkan kebebasan bersuara, dia bergerak di kalangan aktivis pelajar di sana," katanya.

Ketika ditanya wartawan adakah wanita itu berstatus warga negara Malaysia atau tidak, Khalid berkata perkara berkenaan belum dapat dipastikan.

"Saya mengesahkan wanita itu adalah Siti Aishah, namun saya tidak dapat sahkan sama ada dia masih lagi berstatus warga negara Malaysia atau tidak selepas tidak pulang ke negara ini sejak lebih 30 tahun.

"Apa yang kita tahu, dia lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakannya.

"Kita tidak perlu menangkap Siti Aishah apabila dia pulang ke sini kerana kes itu telah lama berlaku dan ia tidak perlu dijadikan isu sekarang," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pegawai dan anggota Cawangan Khas di Pusat Latihan Polis, di sini, semalam.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum, berlepas ke London malam kelmarin bersama aktivis pelajar 1970- an, Hishamuddin Rais dalam usaha membawa pulang adiknya itu.

Siti Aishah dikatakan sebelum ini sebagai seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 21 November lalu di selatan London selepas seorang daripada mereka menghubungi sebuah pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berusia
57 tahun dan warga Britian, berusia 30 tahun.

Kakitangan pertubuhan itu membawa polis ke rumah berkenaan dan tiga wanita tersebut kemudian diselamatkan.

Siti Aishah belajar di sekolah paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang juru ukur bahan di London.

Dia berhijrah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya dan berhasrat mencapai cita-citanya, namun terlibat dengan kegiatan politik melampau, termasuk menganggotai pertubuhan mahasiswa kiri yang menggelar diri mereka New Malayan Youth.

Kes itu dirahsiakan sehingga penangkapan dua suspek yang disifatkan polis sebagai bukan warga Britain kerana disyaki terbabit dalam kegiatan buruh paksa dan perhambaan di rumah.

Wanita Islam Malaysia sangkal telah murtad

Posted: 27 Nov 2013 09:55 PM PST

NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai  dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

"Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila. — BERNAMA


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/28/wanita-islam-malaysia-tegaskan-tuduhan-murtad-terhadap-beliau-suatu-fitnah/#ixzz2lusgjqXq

Artis : Johan As'ari lamar Lana Nordin

Posted: 27 Nov 2013 07:52 PM PST

  • Johan As'ari dan Lana Nordin
 1 / 1 
SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As'ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.


Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.

Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

"Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

"Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya," katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.

Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

"Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

"Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa," katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

"Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

"Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius," katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya.

Zizan bawa Amira AF jumpa keluarga

Posted: 27 Nov 2013 06:39 PM PST

GOSIP terbaru dunia hiburan tanah air dipanaskan dengan kisah kononnya Zizan Razak kini sedang rapat dengan finalis AF 2013, Nadia Amira Othman.

Sebuah portal melaporkan, Zizan dikatakan bersama Amira ke negeri Terengganu baru-baru ini.

Kata orang pastinya Amira mahu berjumpa keluarga Zizan, namun mengikut info yang diterima, mereka hanya menjayakan satu penggambaran drama berjudul 'Terengganu Drift Sampai Muntah' di sana.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis jelita termasuk Juliana Evan, Emma Maembong dan Kaka.

Perhambaan di London: Mangsa Tulis Puisi Derita Dikurung 30 Tahun

Posted: 27 Nov 2013 04:31 AM PST



ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya.

[HM] London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai 'hamba' selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.

Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

"Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah," katanya.


SURAT tulisan tangan Rosie yang meluahkan kesengsaraannya dikurung selama 30 tahun.

Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia 69 tahun.

Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.

Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton.

Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini. 

Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui. 

Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana dia dikurung oleh "penjahat yang bersikap perkauman." 

Suspek bersama isterinya [berkerusi roda]

"Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.

"Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan tingkap.

"Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang terperangkap di sarang labah-labah.

"Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka," katanya. - Agensi - 27/11/13


Pasangan Muda - Belum sampai setahun kahwin, bercerai talak 3

Posted: 27 Nov 2013 02:23 AM PST

  • Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan
.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

SAH Dia adalah Siti Aishah - Polis Tak Berhasrat Untuk Tangkap Dia - IGP

Posted: 27 Nov 2013 12:08 AM PST

..KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita yang ditahan sebagai hamba di London adalah seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab.
Wanita yang berusia 69 tahun itu juga dikehendaki oleh pihak polis kerana penglibatan dalam aktiviti komunis.
Khalid memberitahu beliau telah dimaklumkan pihak berkuasa United Kingdom    
Polis Tak Berhasrat Tangkap Siti Aishah
KUALA LUMPUR: Polis tidak berhasrat untuk menangkap, mangsa warga Malaysia yang dijadikan hamba di London Siti Aishah Abdul Wahab atas kegiatan komunismenya sekitar tahun 1970an dahulu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada masalah untuk Siti Aishah pulang semula ke negara ini dan memang pada tahun 70an dahulu, polis mahu menangkapnya atas aktiviti komunis tetapi dia sudah berhijrah ke United Kingdom dan polis hanya memantau kegiatannya sahaja.
"Pada zaman 70an dahulu, dia adalah salah seorang dari 'student' pelampau berhaluan kiri dan berpusat di London dan pada zaman tersebut kita memang 'hendak' dia tetapi dia dah pergi kesana,"
"Jika dia hendak balik ke sini, baliklah dan kegiatannya itu dulu jadi saya rasa jikalau kita hendak tangakap pun buang masa sahaja," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL, di sini.
Beliau menambah polis juga akan menunggu laporan dari pihak berkuasa United Kingdom untuk mengetahui samada Siti Aishah masih lagi menjadi rakyat Malaysia atau rakyat Britain.
"Kita tidak tahu lagi, dia sudah lama tinggalkan negara kita dan mungkin dia sudah menyerahkan kerakyatannya namun kita perlu mendapatkan laporan dari pihak United Kingdom dulu," katanya lagi.
Siti Aishah, 69 merupakan salah seorang dari tiga wanita yang diselamatkan oleh polis Britain dari aktiviti perhambaan di sebuah rumah di Lambeth, London.
Beliau dan dua lagi wanita warga Britain dan Ireland yang masing-masing berusia 30 dan 57 telah dijadikan hamba selama 30 tahun oleh seorang pasangan yang juga merupakan penggerak kepada sebuah pertubuhan radikal Maoist yang berfahaman Marxist di Britain.
Siti Aishah juga merupakan ibu saudara kepada Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azli Zainal Abidin

A screengrab of a woman believed to be Malaysian Siti Aishah, taken from the 1997 ITV News video.
A screengrab of a woman believed to be Malaysian Siti Aishah, taken from the 1997 ITV News video.
  
PETALING JAYA: A 16-year-old documentary by ITV News showing an attempt by British media to speak to the leader of the alleged Maoist cult has surfaced, with a woman believed to be Malaysian Siti Aishah, 69, also pictured in the video.
The video, which can be seen on the ITV website, is an excerpt of a 1997 documentary about the death of Sian Davies, who died after falling from a window at the house they shared with Aravindan Balakrishnan, also known as Comrade Bala, and his partner Chanda Pattni.
Two of the three women kept as slaves are believed to be in the ITV News video.
In the video, a woman named Josephine, which ITV News believes to be the 57-year-old Irish woman who was enslaved, repeatedly accused cameramen of being "part of the fascist state".
When a reporter asked for Comrade Bala, an unknown woman of Chinese origin, speaking in what appears to be a Malaysian accent asked, "Are you higher than the Coronoer's Court, everything has to be sorted out there".
Another woman, which ITV News believes to Siti, said, "we don't want to talk to you" finally shutting the door.
Siti Aishah is one of three women believed to be have been held for more than three decades by a cult-like Maoist sect led by Indian national Aravindan Balakrishnan and his partner Chanda Pattni, a Tanzanian national of Indian descent.
The Malaysian woman, believed to be Siti, 69, was held alongside an Irish woman, 57 who has tentatively been identified as Josephine Herival by the British press, and a younger woman known as Rosie Davies, 30.

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Kerana masalah mental, Tim. Pengerusi SPR bersara awal ???

Posted: 27 Nov 2013 04:05 AM PST


SHAH ALAM – Berkhidmat selama 16 tahun bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu tempoh yang memang memenatkan mental, kata Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang bakal bersara esok.

Beliau bersara wajib selepas memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi sejak 17 Disember 2004.


"Selama 16 tahun itu, mental memang penat. Semangat itu tetap ada... kuat tapi daripada segi psikologi dan mental... penat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, hari ini.


Berkongsi mengenai pengalamannya, beliau akui pilihan raya umum pada tahun 2004 adalah yang paling aman jika dibandingkan pilihan raya selepas itu.


"Semasa zaman saya, PRU 2004 paling aman. Ketika itu Perdana Menteri bertukar daripada Tun Mahathir kepada Tun Abdullah. Negara berhadapan dengan perubahan pucuk pimpinan.


"Proses pilihan raya itu berjalan aman dan tidak timbul masalah besar. Saya rasa, rakyat ketika itu sudah melihat perubahan," katanya.


Menurut beliau, PRU13 merupakan cabaran terhebat buat SPR apabila pergolakan berlaku di semua peringkat.


"Kemenangan itu (pembangkang), pertambahan kerusi di Parlimen, penglibatan generasi baru, kewujudan media baru dan penglibatan pihak luar negara yang mahu melihat perubahan negara kita.


"Ia membuatkan PRU13 menjadi begitu mencabar kepada SPR," katanya
.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Kenaikan Gaji Kerajaan Pakatan Selangor cecah 373% - Rakyat Atau Pemimpin Diutamakan Wahai @Khalid_Ibrahim ???

Posted: 27 Nov 2013 09:06 PM PST

Apa komen anda tentang kenaikan gaji terbaru Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ini?

Jika naik cukai sudah tentu ia akan diguna untuk rakyat demi kesejahteraan mereka. Namun jika gaji dinaikkan ia hanya untuk diri yang bekerja bukan untuk kebaikan negeri khususnya.

Naik sedikit tak mengapa tetapi jika lebih tiga ratus peratus ia tanda kehancuran negeri yang sedang dibina...

Apa kata anda?

Video Lama Siti Aishah 1970-an oleh The Daily Telegraph Bukti Kait Dengan Maoist Komunis???

Posted: 27 Nov 2013 06:46 PM PST

siti aishah1

Nasib bangsa Melayu yang terjerat dengan fahaman komunis yang akhirnya membawa  kepada  penderitaan yang  tidak berpenghujung  perlu dijadikan sempadan. Siti Aishah Abdul Wahab kononnya dijadikan  hamba 30 tahun di Lamberth, London  merupakan individu yang dikehendaki polis pada  tahun 1970-an kerana aktiviti komunis menurut  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Polis telah  gagal menjejaki beliau  selepas dipercayai melarikan diri ke London, England.

Walaubagaimanapun  kisah perhambaan Siti Aishah  seolah-olah drama  yang di olah bagi membolehkan beliau pulang kepangkuan keluarga.  Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain. 

Siti Aishah  mula terjerat   dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya di London. Beliau  berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Sebelum ini beberapa blog ada melaporkan bahawa Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan. Perkara ini telah mengundang kemarahan ramai pihak yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis.  Secara kasarnya  beliau telah dianggao terpengaruh dengan ideologi komunis.

Sebenarnya tindakan Mat Sabu ini juga dilihat sebagai sokongan terhadap pendirian  pembangkang yang secara langsung dan tidak langsung menganggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Kekejaman dan keganasan komunis telah mereka abaikan semata-mata mengangkat perjuangan Chin Peng yang merupakan ketua komunis Malaya sebagai wira. Dengan kata lain kononnya bangsa Cina merupakan wira. Namun kita faham sangat bahawa mereka sebenarnya wira kekejaman dan kesengsaraan.

Berbalik pada kisah Siti Aishah, setelah  berlaku  pendedahan itu maka  kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London  bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya. Kononnya sewaktu  dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.

Namun perkara sebenar terbongkar apabila Media Britain, The Daily Telegraph telah  menayangkan sebuah video yang dirakam pada tahun 1997 yang memaparkan salah seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab.

Video tersebut menunjukkan tiga wanita sedang 'memarahi' seorang lelaki yang mahu bertemu dengan aktivis Maoist terkenal sekitar 1970an, Aravindan Balakrishnan. Krew tersebut sedang merakam sebuah dokumentari bersempena kematian seorang wanita, Sian Davies, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap kamar mandi kediaman yang disewa oleh Aravindan yang turut dikenali sebagai Komrad Bala dan isterinya, Chanda.

Seorang wanita turut dipaparkan dalam video tersebut. Beliau dipercayai kelahiran Ireland, Josephine, 57, yang muncul di depan pintu rumah tersebut dan menuduh krew yang mahu bercakap dengan Komrad Bala itu sebagai ejen sebuah negara fasis. "Kamu semua adalah sebahagian dari negara fasis. Kami tidak mahu bercakap dengan kamu," katanya kepada mereka.

Selepas itu seorang wanita berkaca mata dipercayai Siti Aishah muncul dan memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa mereka tidak mahu bercakap dan bertemu dengan mereka sebelum menutup pintu rumah tersebut pada akhir video klip tersebut.

Oleh itu rakyat Malaysia harus jadikan ini sebagai iktibar. Jangan kita dengan mudah diperalatkan dan disesatkan dengan fahaman jahat. Sebelum kita melakukan perkara-perkara yang menyesatkan dan boleh membuatkan kita menyesal seumur hidup, fikir-fikirkanlah keluarga tersayang yang terpaksa  merana di atas perbuatan anda.

 




Sent from my iPhone

Berita Harian: KDN syor tukar MyKad baru - @Zahid_Hamidi

Posted: 27 Nov 2013 05:45 PM PST



Kajang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan.

MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MyKad baru itu dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia.

Saya mahu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini, katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Teliti kaedah lain

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengesan perbezaan MyKad tulen dengan MyKad palsu tanpa perlu ke ibu pejabatnya.

Katanya, KDN turut bercadang mengintegrasikan semua agensi di bawah seliaannya untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras sindiket pemalsuan MyKad.

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam menangani masalah MyKad palsu di seluruh negara dan ia akan dijalankan secara berterusan, katanya.

Semalam, BH melaporkan KDN akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan untuk kehilangan MyKad.

Arahan itu dibuat Ahmad Zahid berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini.

Zahid Hamidi menyifatkan jumlah kehilangan MyKad amat serius dan tidak boleh berkompromi.




Sent from my iPhone

Adakah Imam Syafei Tak Ikut Nabi Wahai Fathul Bari ???

Posted: 27 Nov 2013 08:07 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/tdXWSuB7vT8

Mempersenda sesiapa ikut ulama seperti Imam Syafei seolah olah tidak sama dengan apa yang dibawa Datuk kita Saidina Muhammad saw adalah seperti membezakan antara keduanya.

Sedangkan para ulama tidak memandai mandai di dalam belajar dan mengajar agama kepada umat.

Tanpa berselindung lagi FB yang dibawa pemimpin Umno tertentu ini memperlekeh dan menghina Imam Syafei serta yang mengikutnya.

Inilah simptom penyakit kecelaruan ilmu bernama Wahabi atau Salafi dan sebagainya.

Bagaimana kita mengata Yogurt tak sama dengan susu? Sedangkan Yogurt tidak akan wujud tanpa bahan asal seperti susu.

Maka bukan orang cerdik bila membandingkan antara Yogurt dengan Susu dan memperlekeh sesiapa yang meminum Yogurt yang dibuat dari susu.

Susu selamanya tidak akan diatasi oleh Yogurt sebagai bahan asalnya manakala ulama sehebat mana pun mereka tidak akan dapat mengatasi Rasulullah saw.

Tolong lah Fathul Bari baca banyak sikit buku dan peganglah tasbih setiap kali solat jika mahu selamat di hadapan Allah dari hisb yang boleh menyekat peluang masuk syurga lalu menjadi golongan yang dilaknat

Antaranya kerana hina ulama besar seperti Imam Syafei!!!

Saya risau nama Bari akan bertukar hurufnya kerana kemarahan para ulama dan pengikut yang tidak akan benar sesiapa menghina 'bintang' Islam seperti para Wali,Nabi. Syuhad dan Solehin.

Nabi pernah berpesan agar kita menurut jalan baginda dan JALAN KHULAFA RASYIDIN yakni bukan baginda sahaja.

Lihat kisah iktihihad Saidina Umar
para sahabat yang baik untuk orang soleh para Anbiya dan penakut bukan menyakiti mereka!


Sent from my iPhone

Berita Harian: Siti Aishah Abdul Wahab dikehendaki polis kerana aktiviti komunis: KPN @KBAB51

Posted: 27 Nov 2013 07:31 AM PST



KUALA LUMPUR: Siti Aishah Abdul Wahab yang dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London dikehendaki polis pada 1970-an kerana aktiviti komunis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, polis gagal menjejakinya selepas dipercayai melarikan diri ke London, England.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL, di sini, sebentar tadi.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.

Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.

Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.




Sent from my iPhone