Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


PM selar penafian Anwar?

Posted: 25 Nov 2013 09:09 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.

''Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

''Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.

''Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,'' katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.


Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

''Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara 'candle light dinner', dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

''Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

''Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


JOURNALISM… Malaysiakini style

Posted: 25 Nov 2013 07:31 AM PST

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Masyarakat Melayu Lebih Takut Hantu Dari Tuhan

Posted: 25 Nov 2013 06:05 PM PST

  • Langsuir ganggu penduduk Tinjauan Sinar Harian menemukan sekumpulan anak muda yang berminat dengan aktiviti paranormal di Gong Lapang.
  • Langsuir ganggu penduduk  
  • Langsuir ganggu penduduk Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.
  • Langsuir ganggu penduduk  
    Penduduk menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan berhampiran Kampung Tasek.
PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

"Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

"Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya," katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya 'menangkap hantu' namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,' katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

"Saya 'memasungkannya' di satu tempat khusus dan akan 'menghantarnya balik ke tempat asal' selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

"Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai," katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.
 
Sejak kecik lagi masyarakat melayu sering di momokkan dengan hantu,jin,jembalang dan sebagainya.Jika anak kecil tak mendengar kata orang tua mereka akan dimomokkan dengan benda-benda ini.

Akhirnya mereka akan membesar dengan jiwa yang lemah,tak berani mencuba benda baru dan yang paling teruk mereka lebih takutkan hantu dari takutkan kemurkaan Allah.

Ada yang tak akan berani melalui jalan yang dikatakan berhantu dan sanggup melalui jalan lain untuk ketempat tujuan walaupun jauh tapi ramai di kalangan kita yang dengan selamba meninggalkan solat  dengan alasan Allah kan maha pengasih,nanti kita kadhalah balik.

Untuk orang yang macam ini satu ayat yang sesuai ialah:
Allah memang Maha pengasih tapi Allah bukannya bodoh ..
 

Keburukan Tidur Lewat yang patut Anda Tahu

Posted: 25 Nov 2013 08:59 AM PST




Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ….

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm – 11pm):
 
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Baca Al-quran atau berzikir.


Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.


Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 


Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
-sumber-

-ijoks2009-
Oleh itu juga tuan punya blog inipun dah nak tidur :)

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


PAS Pulak Ajak UMNO Muzakarah. Apa Pendapat Anda...

Posted: 25 Nov 2013 09:00 PM PST

Aku minta pendapat korang semua pasal tetiba pas ajak umno bermuzakarah.

Apa Game Yang Najib Tengah Main Nie...???

Posted: 25 Nov 2013 06:00 PM PST


Semua orang tahu, orang Islam di malaysia kebanyakannya memilih untuk membayar zakat dari membayar cukai pendapatan dan umum mengetahui orang cina adalah kaum yang terbesar penyumbang cukai kepada negara.

Jadi untuk apa najib keluarkan kenyataan "siapa dengan sengaja tak bayar cukai adalah pengkhianat negara" 

Bagi orang cina, sudah tentu mereka merasakan diri mereka lebih patriotik dari orang melayu, seperti yang di kupas oleh zaid ibrahim dalam artikelnya di bawah...


Jadi siapa yang tersenyum lebar sekarang dan perlu ke najib keluarkan kenyataan macam tu...???


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Respon Menteri KDN @Zahid_Hamidi Isu Hilang Lebih Setengah Juta IC @PDRMsia @KDNPutrajaya

Posted: 25 Nov 2013 05:13 PM PST


Berikut respon Menteri Dalam Negeri berkenaan isu kehilangan kad pengenalan sangat besar jumlahnya.

Dalam hal ini adalah wajar JPN membuat siasatan samada kehilangan disebabkan kecuaian atau untuk tujuan pemalsuan.



Sudah tentu tidak ada sesiapa mahu kehilangan IC namun jika berlaku buat kali pertama sepatutnya tidak ada bayaran perlu dikenakan.

Jika ia berulang lagi kali kedua maka barulah dikenakan denda sebagai satu pengajaran. Seperti yang dijelaskan oleh YB Menteri adalah tepat dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Justeru kenyataan Menteri ysangat kena dengan situasi rakyat hari ini dan bertimbang rasa terhadap kedudukan kewangan mereka.

Kenyataan beliau sepenuhnya seperti disiarkan oleh Berita Harian di bawah

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Ng gv"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang.

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman), tetapi ini adalah kes terpencil," katanya.

Beliau berkata situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan.

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya.

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Oktober lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/KDNakanpindaAktaFibagidendalebihtinggijikaMyKadhilang/Article/


Sent from my iPhone

Muktamar 2013 - Ahli Pas Luah Kemarahan Parti Dilayan Seperti 'Anjing' oleh DAP

Posted: 25 Nov 2013 12:09 AM PST



Ahli Pas mengaku Pas Hanya 'BARUA' DAP

 

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

 

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

 

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan 'mati kutu' dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan 'tahluf siaysi' parti itu dengan DAP.

 

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

 

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

 

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

 

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

 

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

 

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

 

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

 

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

 

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

 

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cubamempertahankan hubungan parti itu dengan DAP danPKR.

 

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sinibeliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.


"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. KalauPas berjuang secara sendiriansudah tentunya jajahankita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan)sehingga Kemaman (Terengganu).


"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehinggake Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johorkita dapat tawannadi Umno akan tamat di Malaysia,"katanya.

 

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yangsentiasa menurut perintah tuannyaini kerana itulahanalogy mudah yang boleh diberikan apabila kitamembicarakan hubungan haram dua parti pembangkangtersebut.

 

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang jugabekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turutmengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantuiPas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpinPR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk padakehendak DAP.

 

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Passekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP danpendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendakIslam kerana PAS sepatutnya memimpin dalammemperjuang Islam".

 

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbuktikebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan statusparti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP samasahaja macam anjing peliharaan layaknyaterpaksadipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahajaperintah si tuan.


Kiriman Email

Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apabila Sang Kaki Putar Kritik Sang Skru Longgar?

Posted: 25 Nov 2013 05:30 PM PST


Di sebalik ucapan Ketua Umum PKR yang juga Sang Kaki Putar Alam, Anwar Ibrahim yang meminta pemimpin membuat teguran secara tertutup, Anwar juga telah mengkritik Menteri Besar Selangor yang juga Sang Skru Longgar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar mengulangi teguran kepada Abdul Khalid terhadap pelaksanaan yang lambat untuk digerakkan walaupun mendengar teguran.

Beliau berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.


"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya pada ucapan pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu telah mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng.

Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Tokong Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi pentadbiran Abdul Khalid.

Suara Politik
Belantan

Dewan Ulama PAS disaran tubuh Parti Baru?

Posted: 25 Nov 2013 07:55 AM PST

Harun Taib berucap dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Shah Alam Khamis lalu.

Apabila kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd.Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang diumumkan, sebaliknya ramai yang tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.


Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri.

Daripada 'melukut ditepi gantang di dalam parti' alangkah baiknya jika Dewan Ulama terus mengambil pendirian untuk 'keluar dari Pas' dan bermula dengan sebuah Parti baru bagi menentukan hala tuju perjuangan yang terus memperjuangankan syiar ISLAM! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Pak Stoppa kata, Sabah dan Sarawak anak emas Pas...Betoi ka?

Posted: 25 Nov 2013 12:57 AM PST



Tapi yang ini Pak Stoppa, anak angkat siapa ya? Nampak macam sama, tapi tak serupa kot? Besaq spenda tu Pak Stoppa?


Betoi ka Pak Stopa sakit lutut?


Kadang-kadang dok tergelak jugalah mengenangkan betapa bodoh dan dunggunya para pengikut Pas yang tak boleh berfikir secara waras! Katanya ramai cerdik pandai dalam Pas, tapi semuanya hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan