Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


(VIDEO) PAS Bantah Konsert @Metallica Tapi Benar Konsert Rock Pada Muktamar @khairykj

Posted: 23 Nov 2013 07:07 PM PST

Kemunafikan PAS terserlah dalam muktamar parti tersebut.

Dalam bulan Ogos tahun ini, PAS bantah konsert Metallica. Alasan yang diberikan oleh PAS adalah konsert tersebut tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.


Habis tu, konsert kat muktamar PAS kali ni cerminkan budaya masyarakat Malaysia ke?




Munafik tahap ABDULLAH BIN UBAY dah ni!

*Walharamu halalku.....slogan PAS dari dulu sampai sekarang. Metallica buat tak boleh, depa boleh plak?

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Polemik cukai taksiran cadangan DBKL!

Posted: 23 Nov 2013 09:42 PM PST


Media perdana mahupun alternatif, banyak membangkitkan isu mengenai cukai taksiran yang dicadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kebanyakan komen dan maklum balas, melihat kenaikan ini sebagai sesuatu yang bakal membebankan pengguna dan pemilik aset di dalam kawasan Kuala Lumpur.

Penulis juga terbabit sama. Pemberitahuan tentang kenaikan diterima baru-baru ini sahaja. Memang benar, sebagai pemilik kita dibenarkan membuat bantahan kepada DBKL. Kita juga diminta menghubungi talian yang disediakan, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kenaikan tersebut.

Sayangnya, panggilan penulis kepada talian yang dimaklumkan tidak pernah berjawab. Hampir separuh hari mencuba. Penulis membuat kesimpulan bahawa DBKL hanya bergurau dan tidak bersungguh-sungguh mendengar keluhan warga kota seperti penulis. Makna kata, pemberitahuan cukai taksiran DBKL sudah hampir pasti berlaku.

Kiriman khidmat pesanan ringkas penulis kepada seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional juga tidak dibalas. Mungkin nombor penulis tidak dimasukkan dalam daftar 'rakyat' yang layak dibantu dan diberikan perhatian, namun ia adalah satu hakikat yang mengecewakan.

Sebarang perubahan yang menambah beban pengguna, seharusnya diperkukuh dengan agenda komunikasi dan pemerolehan maklum balas yang jelas dan bersungguh. Bukan main hentam keromo. Bukannya sekadar membuat pengumuman dan menghantar makluman mengikut sedap dan jalur kuasa yang ada.

Apakah DBKL sudah berasa terlalu angkuh untuk mendengar rayuan dan harapan pemilik aset kalangan warga kota? Lebih malang lagi jika keangkuhan sama turut diangkat sebagai modal politik baru kepada jentera kerajaan.

Kenaikan yang dikenakan bukan sedikit. Jika merujuk kepada laporan sebuah akhbar, kadar tahunan sebelum kenaikan sekitar RM500. Jika cadangan kenaikan cukai taksiran ini diterima, pemilik aset sama perlu membayar hampir RM2,000!

Soalnya, rakyat perlu dimaklumkan tentang perencanaan komprehensif di sebalik kenaikan ini. Mesti ada komitmen khidmat yang jelas. Perlu ada kesungguhan dan iltizam kekuasaan untuk merubah tatakelola dan tadbir urus DBKL agar lebih telus dan responsif. Perlu ada penjelasan mengenai formula kenaikan yang dicadangkan.

Penulis cuba melihat ucapan belanjawan DBKL tahun lalu, yang mungkin ada menyelitkan frasa 'berkemungkinan menaikkan kadar cukai taksiran dalam masa yang terdekat ini'. Paling hampir pun, ucapan Datuk Bandar yang merintih kerana cukai taksiran tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1992.

Malah pada perenggan 10, ucapan belanjawan 2013, Datuk Bandar menegaskan bahawa walaupun tanpa kenaikan cukai taksiran, DBKL masih lagi mencatatkan peningkatan pendapatan kerana bertambahnya bilangan hartanah yang dikenakan cukai taksiran.

Dari sudut akauntabiliti, mungkin Datuk Bandar mempunyai kelebihan kerana tidak perlu mempertahan belanjawan secara bersungguh dalam sidang yang terbuka. Belanjawan lebih kepada formaliti tatakelola yang tidak memerlukan Datuk Bandar memberikan jawapan kepada rakyat.

Pernah penulis nyatakan di dalam akhbar sebelum ini, Datuk Bandar dan pimpinan DBKL mestilah menjiwai semangat transparensi dan reaksi spontan media baru. Hanya dengan mewujudkan platform yang sesuai, pimpinan DBKL dapat benar-benar merasai denyut nadi dan keluhan rakyat.

Kalaupun kenaikan ini dirasakan perlu, ia perlu didahului dengan agenda komunikasi yang strategik. Kalangan wakil rakyat, persatuan penduduk, pemimpin masyarakat mestilah dibawa dalam diskusi dan perbincangan. Maklum balas mesti tepat.

Ia mesti didahului dengan komitmen jelas DBKL untuk mengurus bajet dengan berkesan dan bertanggungjawab. Rakyat berhak terlebih dahulu dimaklumkan pencapaian belanjawan 2013. Masih adakah projek yang sakit? Masih wujudkah projek gajah putih?

Apakah peruntukan pembangunan lebih RM700 juta dalam belanjawan 2013 dibelanjakan dengan efisien dan berkesan? Hanya 60 peratus (%) peruntukan pembangunan dibiayai sendiri oleh DBKL; sementara baki dibantu oleh kerajaan pusat.

Datuk Bandar perlu faham bahawa tidak ditegur oleh Ketua Audit Negara itu memang satu pencapaian yang baik; namun kepuasan hati dan penerimaan baik rakyat dan warga kota secara umumnya, juga perlu diberikan perhatian.

Ada sepuluh aspek asas perkhidmatan yang dinyatakan dalam belanjawan DBKL tahun 2013, antaranya; kebersihan bandar, penyelenggaraan infrastruktur, kesihatan awam, pengindahan taman, perumahan awam dan perumahan rakyat, penjaja dan peniaga kecil.

Pernahkah DBKL membuat kajian mengenai indeks kepuasan hati warga kota dalam aspek-aspek yang dijadikan keutamaan ini? Apakah ia pernah dikongsi dengan masyarakat umum?

Polemik dan politik cukai taksiran ini boleh dikendalikan dengan lebih baik sekiranya pimpinan DBKL lebih rela untuk berkomunikasi dengan warga kota dengan lebih kerap dan tuntas. 'Komunikasi' ini tidak hanya merujuk kepada rancangan berkala yang dijayakan di dalam radio.

Komunikasi yang bersifat 'sudah terhantuk baru nak tengadah' memang menjemput lebih banyak masalah. Kalau facebook Datuk Bandar hanya sekadar mempunyai '776' pengikut, apa harapan jutaan warga kota dapat dihargai dan dilayani dengan efektif dan berkesan.

Kepada mereka yang menunggu sahaja ruang dan peluang untuk 'menjaringkan gol' pengaruh politik - cukai taksiran ini satu hadiah paling bermakna. Mereka kelihatan bersungguh memihak kepada rakyat; dan kita terus bersungguh mempertahan dasar dan keputusan yang diambil di atas kerusi empuk. -UMO

Suara Politik
Belantan

Kes liwat : Anwar tak puas hati Shafee kekal ketuai pendakwaan?

Posted: 23 Nov 2013 02:56 AM PST


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan pelantikan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim, sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian selepas menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sehubungan itu, rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan didengar di Mahkamah Rayuan selama dua hari bermula pada 11 dan 12 Disember ini.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Mahkamah Rayuan pada 18 September lalu mengekalkan pelantikan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan peguam terkemuka itu.

Hakim Md. Raus dalam keputusannya menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengendalikan rayuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang.


Pelantikan Muhammad Shafee selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dibuat berdasarkan peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah (CPC) iaitu Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Kuorum itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 378 CPC yang menyatakan hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, tidak harus dipencilkan daripada Seksyen 376(3) dan Seksyen 379.

Seksyen-seksyen itu melengkapi antara satu sama lain kerana Seksyen 379 memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah.

Seksyen 376(3) menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya.

Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa persoalan pertama yang dibangkitkan oleh Anwar berhubung kesahihan pelantikan Muhammad Shafee berdasarkan peruntukan berkenaan, tiada merit.

Kuorum berkenaan turut mendengar penghujahan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar berhubung kedudukan Muhammad Shafee sebagai saksi yang berpotensi dalam kes itu kerana keterangannya pernah direkodkan oleh polis ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Karpal dalam hujahnya menyatakan, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Mohd. Saiful Bukhari datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).

Walau bagaimanapun, panel tersebut tidak bersetuju dengan hujah peguam bela kerana Muhammad Shafee tidak pernah dipanggil sebagai saksi sehingga perbicaraan selesai walaupun beliau pernah ditawarkan sebagai saksi pembelaan.

Oleh yang demikian, mahkamah berpuas hati tiada bukti bagi menyokong hujah pembelaan bahawa pelantikannya sebagai pendakwa raya dalam rayuan itu akan mewujudkan konflik kepentingan.

Pada 9 Januari tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-UMO

Suara Politik
Belantan

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Hudud boleh dilaksana di Kelantan – Nik Aziz

Posted: 23 Nov 2013 02:28 AM PST

po_03.1.jpgNIK ABDUL AZIZ

SHAH ALAM 22 Nov. – Meskipun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan masih tertangguh selama 23 tahun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap yakin undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan dengan sokongan semua pihak.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini memandangkan sudah ada puak-puak tertentu memberi sokongan terbuka walaupun sebelum ini hanya berdiam diri.

“Walaupun saya uzur, tetapi jiwa saya sedang mengecapi kebahagiaan hidup sekarang ini kerana masalah hudud telah disokong oleh orang-orang yang melawannya.

“Hudud dapat dilaksanakan dengan sokongan bersama. Sekarang ini timbul puak-puak tertentu yang memberi sokongan terbuka yang dulunya senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan parti itu Kali Ke-59, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau sebelum itu menyerahkan momento dinar dan dirham untuk dibida bermula pada harga RM10,000 sempena muktamar itu dan nilai yang diperoleh akan disumbangkan kepada parti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberikan alasan bahawa persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131123/po_03/Hudud-boleh-dilaksana-di-Kelantan—Nik-Aziz##ixzz2lSjhkI42
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ustaz : hudud bukan boleh dipolitikkan. Sesiapa yang mahu melaksanakannya perlu jujur dan ikhlas kerana Allah.


Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Dajal Menurut Hadis dan Kajian Ulamak

Posted: 23 Nov 2013 05:41 PM PST

Assalamualaikum dan salam bloger,apabila berbicara tentang Dajal,orang kita yang kurang ilmu selalunya menggambarkan dajal sebagai satu makhluk yang besar dan mermata satu,ini sebenarnya berlainan sekali dengan apa yang diceritakan dalam hadis nabi dan ulamak.Apakah benar dajal adalah satu makhluk gergasi dan pelik seperti apa yang digambarkan?
Dajal yang di momok-momokkan oleh orang melayu jauh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh rasulullah s.a.w
 

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin".

...Seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.


Ayah Dajjal seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahwa asal keturunan bapaknya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2. Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahwa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahwa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

[Kitab Akhir Zaman H.R Muslim]
-artikel penuh- 

-ijoks2009-
Orang kita yang kurang ilmu sering menakut-nakutkan anak-anak kepada dajal berdasarkan fizikal dajal sedangkan Rasulullah s.a.w mengingatkan kita tentang bahaya fitnah yang di bawa oleh dajal.

Bagaimanapun bentuk fizikal dajal itu tidak penting.yang penting kita mesti mempersiapkan diri agar tidak terpedaya oleh tipu muslihat dajal.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS

Posted: 23 Nov 2013 09:47 AM PST




    Mat Sabu
    SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.
    Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.
    Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
    Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.
    Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu
    Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
    SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
    Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.
    "Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.
    "Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.
    Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.
    Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.
    Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

    Panglima Perang Cyber

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

    sumber :-

    Panglima Perang Cyber


    Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang jawatan VP - @Malaysiakini

    Posted: 23 Nov 2013 07:43 PM PST

    • Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang jawatan VP
    • 10:55AM Nov 24 2013

    • Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini.

      Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.

      Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu.

      Keputusan jawatan naib presiden, yang sepatutnya diumumkan semalam, ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula kerana masing-masing mendapat jumlah undi yang sangat jumlah undi yang "sangat rapat".


      Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.



    Panglima : nampaknya undi Husam semakin menjunam turun. Beza 329 undi berbanding VP no 2. Ahli PAS semakin cerdik melihat siapa yang wajar diletakkan di hadapan dengan undian paling atas.

    Ahli PAS mahu suara menegakkan islam diperkuatkan. Mereka sudah lemas ditelan lautan hujjah pro kerajaan disokong golongan atas pagar yang nampak kecelaruan kepimpinan PAS hari ini di bawah haji Hadi.

    Husam dilihat pro Anwar dan Nik Aziz yang menjadi batu  penghalang kerajaan perpaduan. Kerana itu Husam sudah dihukum dengan keputusan paling rendah antara tiga naib Presiden.

    Mereka tidak mahu korupsi terus berleluasa dan 'al Juburi' disokong hingga menjejaskan nama baik PAS hingga dilihat begitu dayus dalam soal agama berkaitan Pakatan Rakyat.

    Sent from my iPhone

    MyMassa | Video Timbalan Presiden PAS Mat Sabu Memuji Ulama Syiah Hassan Nasrallah !

    Posted: 23 Nov 2013 04:02 PM PST


    Hizbullah di Lubnan adalah sebuah parti atau gerakan Syiah. Dipimpin oleh Hassan Nasrallah. 

    Dalam video di bawah Mat Sabu memuji dengan panjang lebar pemimpin Syiah yang turut dikagumi isteri beliau hingga mahu memeluknya.

    Sekali tengok teringat dalam ajaran Syiah ada perkara yang diajar untuk memberikan isteri dinikmati (disetubuhi) oleh pemimpin mereka dengan diberitahu ia satu perbuatan yang besar pahala di sisi Allah.

    Hingga ada memberitahu kes khalwat pemimpin PAS di Kelantan satu ketika dulu ada kaitan dengan ajaran ini di mana suaminya mengetahui dan membiarkan isteri bersama pemimpin tersebut! 

    Wallahu A'lam

    Memuji pemimpin Syiah sudah tentu akan membawa kepada mengakui fahaman yang dianutinya. Atau secara simbolik mahu mengangkat martabatnya secara halus

    Tulisan Ini sudah tentu akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mat Sabu namun ia adalah lanjutan kepada bukti demi bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman menyeleweng Syiah.


    Gambar : Hassan Nasrallah pemimpin Syiah di Beirut, Lubnan.

    Hebat kata Mat Sabu pemimpin ini hingga  mahu dipeluk oleh isteri beliau jika ia dibenar oleh Islam.

     

    Banyak pihak yang memberitahu mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah dan video ini salah satu bahan yang menguatkan dakwaan tersebut selain banyak tindakan beliau selama ini yang boleh dibaca kembali berkenaannya dengan melakukan sedikit carian di Google menerusi portal yang dipercayai.

    Kita tidak mahu PAS menjadi parti Wahabi atau Syiah dan doa kita agar UMNO PAS kekal dalam pakaian Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

    Moga Allah kabulkan.


    Sumber asal :



    Sent from my iPhone

    Tahaluf Siyasi : Kini Hiburan Konsert Heavy Metal Dianjurkan Sempena Muktamar PAS 2013

    Posted: 23 Nov 2013 07:21 AM PST

    1. PAS sekarang amal mazhab nama Tahaluf Siyasi. Sepatutnya Islam makin beruntung selepas mazhab ini dipakai namun nampaknya bukan islam makin kenyang dan ketawa selepas ia diamalkan.

    2. Selepas peluk DAP PKR, PAS kini makin liberal sehingga membenarkan konsert Heavy Metal (bukan mental) di muktamar mereka.

    3. Transformasi ini sangat hebat namun bukti jelas bagaimana semakin jauh perjuangan PAS selepas satu persatu diamkan diri bila isu agama dihina dilakukan rakan sepakatan sendiri.

    4. Sebelum kapal Pakatan tenggelam ayuh terjunlah menuju kapal lebih selamat dari ditelan ombak taufan yang bakal menenggelamkan semua yang degil mengikuti kebenaran !

    Keputusan Penuh Pemilihan PAS 2013 - Kemenangan Mat Sabu Bukti Nasihat Mursyidul Am PAS Sudah Tidak Laku!!!

    Posted: 23 Nov 2013 06:57 AM PST


    Sebentar tadi Panglima menerima keputusan penuh pemilihan PAS 2013 dari rakan melalui whatsapp.

    Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2011-2015

    PRESIDEN
    YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang

    TIMBALAN PRESIDEN
    Mohamad Sabu

    NAIB PRESIDEN
    -

    AHLI JAWATAN KUASA

    1. Idris Ahmad, Ustaz 
    2. Mazlan Aliman, Haji 
    3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir. 
    4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. 
    5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. 
    6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz 
    7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz 
    8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
    9. Dzulkefly Ahmad, Dr
    10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
    11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
    12. Khalid Abd samad, YB Hj
    13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
    14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
    15. Riduan Mohd Nor, Dr.
    16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
    17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
    18. Nuridah Salleh, Ustazah

    Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.

    Sebelum ini saya telah siarkan pandangan penganalisa politik Datuk Faris Halim yang disiarkan di sini:


    Beliau menulis tajuk : wajib menangkan Mat Sabu! Yang mengandungi sindiran sinis kepada demokrasi di dalam PAS!

    Sekaligus menjadikan penyokong PAS akan terbelit dengan pandangan sinis beliau yang mengetuk minda mereka yang tidak sedar bahawa ramai barisan calon yang bertanding pada pemilihan PAS kali ini datangnya dari kem Anwarinas yang menolak perpaduan Umno Pas.

    Kemenangan Mat Sabu juga membuktikan bahawa perkataan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS yang meminta golongan agama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS juga gagal dipatuhi.

    Benarlah orang berkata bahawa bila kita sudah tiada kuasa maka manusia tidak akan menghormati lagi apa jua kata kita bicara. Mereka akan mendengar tanpa sebarang kehendak di hati untuk melaksanakannya.

    Pemilihan yang menyaksikan Mat Sabu kekal sebagai timbalan juga menjadikan kita melihat bagaimana kuatnya cengkaman DAP di dalam PAS apabila Mat Sabu yang dibiaya Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan gaji sangat lumayan menang dengan bergaya kali ini.

    Maka apakah akan ada lagi harapan boleh disandarkan kepada PAS hari ini selepas sekian banyak pencabulan terhadap Islam didiamkan sahaja tanpa aksi kental para pemuda dan pemimpinnya?

    Cukuplah dan mari pertahan dan pertingkatkan Umno yang sudah dan akan terus pertahan islam mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Inilah yang kami lakukan dan kepada Allah kita mohon perlindungan dan bantuan.

    Wassalam.

    Sent from my iPhone

    Kenapa Blogger APA nak kena mintak maaf dengan @Khairykj ?

    Posted: 23 Nov 2013 02:37 AM PST


    Aku rasa aku kena minta maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana selama ini aku duk balun dia siang dan malam kerana aku ingat dia memang Ketua Pemuda Umno Malaysia.Rupa rupanya tidak...

    Rupa rupanya Khairy cuma PELAKONyang hanya melakonkan watak "Ketua Pemuda Umno" bukan real pun,sebab itulah Pemuda Umno dibawah "lakonan"Khairy terus lesu,kaku dan bisu tidak saperti yang diharapkan.Siyes aku cakap...aku betul betul terpedaya dengan "lakonan" Khairy  yang begitu menjiwai watak "Ketua Pemuda" sehinggakan aku mati mati ingat diaKETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA..

    KhairyJ

    Baca selebihnya : 



    Sent from my iPhone

    Gaya Peneroka

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

    sumber :-

    Gaya Peneroka


    KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS PETANG INI

    Posted: 23 Nov 2013 09:09 AM PST


    Presiden: Tuan Guru Hj Hadi Awang.

    Timb Presiden PAS - Mat Sabu
    Mohamad  mendapat 588 undi
    Datuk Mohd Amar  mendapat 490 undi.

    Naib Presiden (Akan diumumkan esok)

    AJK PAS Pusat:

    1. Idris Ahmad - 927 undi
    2. Mazlan Aliman - 840 undi
    3. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688
    4. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi
    5. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649
    6. Nasrudin Hassan - 645
    7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627
    8. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626
    9. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi
    10. Mohamed Hanipa Maidin - 604
    11. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi
    12. Khalid Abd Samad - 547 undi
    13. Nik Zawawi Nik Salleh - 518
    14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476
    15. Dr Riduan Mohd Nor - 469
    16. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi
    17. Dr Siti Mariah Mahmud - 437
    18. Nuridah Salleh - 424

    oyabun

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

    sumber :-

    oyabun


    Mengembalikan jati diri Pas?

    Posted: 23 Nov 2013 05:44 AM PST

    Timbalan Ketua Dewan Ulama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berucap pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (Pas) ke- 59 di Wisma MBSA, Shah Alam semalam.

    Dalam muktamar Pas pada tahun 2011, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengubah haluan perjuangan parti itu daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

    Alasan yang diberikan ialah Pas kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada dalam agenda negara kebajikan. Beliau berkata, Islam wujud dalam lingkungan dan merupakan sebahagian daripada kebajikan.

    Tetapi hakikat sebenarnya, Pas terpaksa mengubah haluan perjuangan daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana mengikut kehendak sekutu parti itu, PKR dan DAP.

    Tanpa menyedari bahawa jati diri parti itu semakin terhakis melalui tindakan tersebut, Pas tetap berbangga dan menaruh harapan agar 'perubahan' itu akan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi khususnya pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    Pas berkeyakinan dalam soal itu apatah lagi pemilihan barisan kepimpinan parti tersebut pada tahun berkenaan turut menyaksikan golongan ulama yang dianggap tegas memperjuangkan penegakkan Negara Islam dan hukum hudud dilihat gagal menduduki posisi-posisi kanan dalam parti.

    Bagaimanapun PRU-13 menyaksikan keputusan yang boleh dianggap mendukacitakan bagi Pas. Parti itu hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen sahaja berbanding 23 kerusi pada PRU-12 dan gagal mempertahankan Kedah.

    Sudah pasti pihak yang mengaut keuntungan berikutan pengorbanan yang dilakukan oleh Pas ialah PKR dan DAP. PKR tidak rugi apa-apa kerana terus kekal dengan 31 kerusi manakala DAP muncul parti dominan dalam pakatan pembangkang apabila menguasai 38 kerusi.

    Dalam kedudukan itu, ketika hendak menentukan ketua pembangkang di Dewan Rakyat, DAP dengan 'murah hati' mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pas hanya bersetuju sahaja.

    Di Pulau Pinang pula, walaupun Pas dikatakan 'cukup berjasa' kepada pakatan pembangkang memandangkan berjaya meyakinkan penyokong-penyokongnya untuk mengundi calon-calon PKR dan DAP, tetapi mereka dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' di negeri itu.

    Paling menyedihkan di Selangor, walaupun mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR, tetapi Pas 'berkorban' lagi kononnya atas semangat setiakawan dan kerjasama apabila membenarkan PKR terus menjadi Menteri Besar.

    Tetapi cuba kaji, apakah Pas mendapat layanan sewajarnya di Selangor. Adakah kerusi Exco Hal Ehwal Islam diberikan kepada parti itu? Adakah suara Pas benar-benar didengari dalam apa juga tindakan kerajaan negeri?

    Malah sepanjang 2011 hingga hari ini, perjalanan politik pakatan pembangkang menyenaraikan pelbagai rentetan peristiwa yang menunjukkan Pas tidak menerima layanan sepatutnya sebagai parti yang mempunyai banyak jasa kepada pakatan itu.

    Keterujaan untuk mengejar kuasa bersama PKR dan DAP dengan menawan Putrajaya telah menyebabkan Pas seolah-olah bersedia menghakiskan jati diri parti yang memperjuangkan Islam.

    Kesudahannya, apa yang kita saksikan Pas lebih banyak menanggung kerugian berbanding mengaut keuntungan dalam kerjasama itu. Kehebatan Pas sebagai sebuah parti yang paling awal memerintah sesebuah negeri berbanding PKR dan DAP hilang entah ke mana, ketokohan ulama-ulama Pas ditenggelamkan dengan keterujaan pemimpin dan ahli parti itu mengutamakan pemimpin sekutu mereka dan suara Pas yang sering dilihat mampu menggerunkan lawannya bagaikan 'tidak laku' apabila dilontarkan dalam pakatan pembangkang.

    Berikutan itu tanpa Pas sedari, sokongan orang Melayu kepada parti itu semakin merosot, tetapi Pas tidak mahu menerima hakikat ini, sebaliknya sehingga ke hari ini, mereka menyifatkan segala teguran yang dibuat adalah usaha untuk memecah belahkan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

    ''Sebenarnya, kita tidak minta pun Pas keluar daripada pakatan itu, yang kita mahu ialah Pas menjadi parti bermaruah dan tidak mudah tunduk dengan kehendak PKR dan DAP.

    ''Kepimpinan atas boleh berkata dan berhujah apa sahaja tetapi di peringkat akar umbi, sudah ada perasaan tidak puas hati kerana Pas seolah-olah penumpang dalam pakatan pembangkang," kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika kami minum pagi di Shah Alam semalam.

    Pemimpin itu bersama beberapa rakannya berada di Shah Alam kerana mahu memeriahkan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 yang akan berlangsung mulai hari ini.

    Muktamar itu menurut pemimpin tersebut amat penting bagi mengembalikan semula jati diri Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan meletakkan kepimpinan ulama di tempat sepatutnya.

    ''Dulu kami selalu diperingatkan oleh kepimpinan Pas supaya jadilah ibarat ikan di dalam laut, biar pun hidup dalam air masin tetapi daging tidak masin, maksudnya kekalkan jati diri biar pun di mana dan dengan siapa pun kita kawan.

    ''Tetapi sekarang ini, kami lihat Pas sendiri seolah-olah tenggelam punca apabila berkawan dengan PKR dan DAP. Segala-galanya mahu dikorbankan dan terlalu tunduk dengan apa juga kehendak kedua-dua parti itu," kata pemimpin muda tersebut.

    Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah sentimen ini akan dikongsi oleh perwakilan yang menghadiri muktamar kali ini. Tetapi mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Pas kembali kepada jati dirinya.

    Tiada gunanya, mereka berdegar-degar berbahas dan berhujah di Stadium Malawati, Shah Alam sepanjang muktamar berlangsung tetapi apabila kembali ke kawasan masing-masing, tugas mereka tidak lebih daripada 'pak turut' sahaja.

    Muktamar kali ini adalah medan penting kepada perwakilan untuk memberi isyarat dan tekanan kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak sanggup lagi tunduk dengan kerenah politik PKR dan DAP.

    Dalam apa juga segi, Pas sebenarnya jauh lebih hebat daripada kedua-dua parti itu. Pemimpin dan ahli Pas jauh lebih setia, komited dan teguh dalam perjuangan, malah jentera pilihan raya Pas lebih tersusun dan mantap.

    Tetapi apa yang kita saksikan, kelebihan ini bukannya mengukuhkan kedudukan Pas dalam pakatan, jauh sekali untuk menjadi dominan sebaliknya, Pas bagaikan 'pak turut' dan dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' dalam kerjasama yang kononnya bertujuan menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    Bagaimanapun, sama ada hasrat untuk melihat Pas dapat diperkasakan atau tidak dalam pakatan pembangkang hanya boleh direalisasikan berdasarkan kepada barisan kepimpinan yang akan dipilih kali ini.

    ''Kalau barisan kepimpinan sama sahaja seperti pemilihan lalu, Pas tidak akan ke mana-mana. Suara Pas akan terus tenggelam dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

    ''Keadaan itu berlaku kerana sudah ramai dalam kalangan pemimpin Pas yang begitu menyanjungi kerjasama dengan kedua-dua parti itu sehingga jati diri Pas terhakis sedikit demi sedikit," kata seorang lagi pemimpin Pas proulama kepada penulis ketika dihubungi.

    Apa pun segala-galanya terletak kepada ahli-ahli Pas khususnya mereka yang akan menjadi perwakilan dalam muktamar kali ini untuk melakukan desakan supaya jati diri Pas dapat dikembalikan.

    Jangan biarkan perjuangan Islam sekadar laungan dan slogan semata-mata dalam parti itu kerana ia dikekalkan sudah pasti tidak mustahil Pas akan terus menjadi 'lebai malang, menang sorak kampung tergadai' sedangkan PKR dan DAP bersorak girang. -UM

    Wasabi Oyabun..

    The Unspinners

    0

    Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

    sumber :-

    The Unspinners


    Bincang pun tak... camna pertahan Melayu?

    Posted: 23 Nov 2013 08:30 PM PST

    PAS mula retak, menunggu pecah

    Posted: 23 Nov 2013 05:00 PM PST

    Kemenangan Mat Sabu disyak main kotor!!!

    Posted: 23 Nov 2013 07:25 AM PST

    Pembangkang saja nak buat orang benci

    Posted: 23 Nov 2013 05:27 AM PST

    Gantung Anwar di Parlimen untuk bela Ketua Pembangkang S'ngor

    Posted: 23 Nov 2013 01:32 AM PST

    BULETIN RAKYAT

    0

    Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

    sumber :-

    BULETIN RAKYAT


    15 KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT

    Posted: 23 Nov 2013 09:29 PM PST

    Inilah 15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
    Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
    1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
    2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
    3. Melegakan sakit hernia.
    4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
    5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
    6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
    7. Meringankan bahagian pelvis.
    8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
    9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
    10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
    11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
    12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
    13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
    15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
    Subhanallah. Inilah kekuasaan Allah SWT
    - See more at: http://fuh.my/inilah-15-kelebihan-sujud-dalam-solat-yang-mungkin-kita-tidak-tahu/#sthash.vbGILBbf.dpuf

    Bengkel Masakan Nasi ayam Powr + Durean Crepe 7 Dis Sabtu Bkt Sentosa

    Posted: 23 Nov 2013 03:27 PM PST