Followers

Nuffnang

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


TAMAK ATAU TAK YAKIN HANTUI CALON MUKTAMAR PAS

Posted: 20 Nov 2013 05:18 AM PST


Menepuk dulang yg berisi air... akhirnya tetpercik kat muka sendiri. Itulah keaudahannya. Sebelum nie bukan main lagi terutama calon pas yg bukan main lagi sibuk pertikaikan calon orang UMNO semasa mesyuarat pemilihan agung Umno yg baru jer selesai diadakan pemilihan buat pertama begitu berani ruang seluas-luasnya diperingkat akar umbi atau dicawangan bagi ahli memilih calon kesukaan mereka. Macam ayam berak kapur jer lakunya mereka nie yg riuh sekampung pasal telue sebijik. Habis segala umpat dan fitnah ditaburkan kononnya banyak yang akan menjatuhkan pemimpin yg sedia ada

bukan setakat itu saja pelbagai tomahan serta fitnah dilemparkan macam dia orang pulak yang jadi calon. Sepanjang teman ikuti pemilihan serta memilih tak sekupang pun teman dapat tak kira ler dari calon ketua bahagian, barisan  ajk serta lain-lain post atau jawatan yg dipertandingkan. Kalau diikutkan kalau lah nak menang seperti yg digitnahkan mereka mau calon kena keluar ratusan ribu untuk bertanding sekecil jawatan bermula dari ajk ataupun yg lebih besar oeringkat bahagian itu sendiri. Malah pemilihan terbuka dengan undi sulit dari setiap pemilih tidakndaoat menjanjikan kemenangan mutlak pada mana-mana calon. 

Sebaliknya PAS sebenarnya makin kecut seandainya kalau pemilihan mereka pula jika kaedah yg sama digunakan oleh mereka. Ini semua mula dirasai malah kalau diikutkan pada senarai calon mereka pun paling jelas tidak telus lansung. Kita boleh katakan bula melihat senarai calon membuktikan mereka nampak gayanya tidak dapat menyembunyikan keresahan mereka bila menolak soal demokrasi kepada pemilih yg bakal menentukan siapa yg mampu menang... 

Beberapa insiden sebelum ini nampak gayanya buat calon makin goyah... semacam tamak atau tidak yakin dengan pemilih yg bakal menentukan kemenangan mereka. Isu lebih 3000 ahli di Sg Limau memberi undi kepada calon BN, isu PAS pulau mutiara mula bangkit menentang sahabat serta ciom molot ketua menteri dan boss roket mereka amat membimbangkan mereka. Bagaimana mahu menolak kepala roket yg banyak berjasa kepada mereka. Kalai dinafikan boss roket nie alamat la PAS confirm bungkus disetiqp kerusi yg sipertandingkan samada si PRK ataupun PRU 13 yang lalu

Bila UMNO lebih berani membuka ruang kepada akar umbi mereka pulak makin bisu senyap menyorok. Apa tah lagi bila sebarang pencalonan hanya dibenarkan bertanding hanya satu jawatan sahaja bertambahbler berpeluh telor ler dema. Bukan setakat itu malah cadangan mengunakan ink atau calit dakwat kejari pengundi yg mereka sendiri cadangkan bila melalak macam betuk mat yeh diatas jalan pun mereka tak buat. Bukan PAS... roket dan parti mata lebam pun membisu macam cencorot lakunya... nak mampos kalau mereka sendiri buat... pakat lebuh ler harapan untuk haliba kuasa. 

Segala nya membuktikan bila calon tertinggi Hadi Awang menang tanpa bertanding. Dulu bukan main hemtam konon mempertikaikan jawatan DS Najib tidak dipertandingkan konon. Kenapabpulak presisen Hadi awang tidak dipertandingkan? Kenapa tak beri akar umbi yg buat keputusan? Begitu juga siperingkat naib dan yg lain-lain kenapa tak berani beri peringkat akar umbi tentukan?

Akhirnya mereka pakat senyap dan jadi bisu untuk selamatkan diri yg haloba untuk meneng jawatan tertinggi. Malah kita boleh melihat bagaimana terserlah kebimbangan mereka bila angkara takut bungkus atau kalah kelima-lima yg mencuba nasib bertanding timbalanbpresiden tak segan silu bertanding jawatan naib jugak dalam masa yg sama. Macam biasalah kalau bungkus pakat meletak harapan jawatan lain... takut, tamak atau tak yakin dengan undi dari akar umbi... itu resolusi yg kena tepat dengan pertandingan kali ini...

Huzam Musa, Mat Tabu, Tuan berahim, Mat Amar dan Siudin Ayub juga bertanding di peringkat naib dan timbalan presiden. Sekarang apa cerita... dulu bukan main kutuk pelbagai dan sikurap penyibuk sekarang nie apandah jasi? Komer ingat tak sebelum nie ada perumpamaan seperti si anak babi jalan tunduk... sindri mau ingat la... hehehe....

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ketua Dewan Ulama PAS Kata Pelaksanaan Hudud Tak Bertentangan Dengan Perlembagaan

Posted: 20 Nov 2013 09:00 PM PST


Ini petikan ucapan ketua dewan ulama PAS pusat di muktamar tadi.

PAS telah menjalankan kewajipannya yang diarahkan oleh Allah apabila telah menjadikan undang-undang jenayah Islam sebagai sebahagian daripada undang-undang negeri di Kelantan pada tahun 1993 menerusi Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Terengganu pada tahun 2003 menerusi Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003. 

Demikian ditegaskan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib dalam ucaptama pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.

"Sejak 1992 lagi saya menegaskan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan boleh dilaksanakan di Kelantan," ujarnya.

Jadi kenapa pas masih berdolak dalih lagi dalam melaksanakan hukum dudu, rupanya harun taib sudah confirmkan yang pelaksanaan hudud boleh di buat di negeri kelantan, tapi tak taulah pas tetap menyalahkan umno/bn dan perlembagaan persekutuan sebagai punca hudud tak boleh di buat di kelantan.

Adakah harakah daily tersalah lapor ucapan harun taib...???

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Isu Rosmah ke Qatar International Business Women Forum

Posted: 20 Nov 2013 11:15 AM PST

 Rosmah Ke Qotar Bukan Di Atas Urusan Rasmi Kerajaan...

Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina

Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.



"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen, berkata Rosmah bukan wakil rasmi kerajaan atau duta.

"Ini adalah langkah yang tidak baik di pihak kerajaan," katanya.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata keputusan Kabinet itu membuktikan ia merupakan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

"Dia bukannya wakil rakyat dan memberi kebenaran untuknya terbang menggunakan jet kerajaan merupakan penyalahgunaan kuasa," katanya.


(Antara petikan dari rakan Blogger)







Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Mungkin Inilah Puncanya Allah Datangkan Taufan Haiyan Di Filipina

Posted: 20 Nov 2013 04:00 PM PST

TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

Pelik Tapi Benar

Posted: 20 Nov 2013 03:28 PM PST

Gambar Pekerja UEM Sujud Syukur Selepas Selesainya Pembinaan Jabatan Kedua P.Pinang..Semoga Di Berkati Allah Mereka Yg Menjalankan Tugas Ini..Amin.

-ijoks2009-
Lihat juga gambar-gambar di bawah sebagai renungan kebesaran Allah di pagi ini 

Nak tahu kisah penuh sila klik gambar
Kemunculan pulau baru setelah gempa bumi
Satu gempa bumi besar telah melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pada pagi (24 Sept 2013) menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini telah muncul dari laut berhampiran luar pantai selatan negara itu.

Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar sehingga beratus-ratus kilometer ke timur.(Klik untuk selanjutnya)

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi : Rasuah Dalam Pengambilan Pekerja Asing Harus Didedahkan?

Posted: 20 Nov 2013 08:32 PM PST


Kita seharus berani membuat analisis yang boleh membuka minda rakyat dalam isu atau peristiwa yang berimpak besar dan mendalam terhadap pemikiran masyarakat dan membabitkan kepentingan awam.

Sebagai contoh isu rasuah dan kes hukuman penjara yang dijatuhkan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baru-baru ini atas kesalahan menerima rasuah. Masyarakat tidak harus melihat kes ini hanya kepada apa yang tersurat (tuduhan, perbicaraan, hukuman dan sebagainya) bahkan lebih penting lagi melihat kepada apa yang tersirat yang mesti dibongkar dan dinilai.

Perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan siapa didapati melakukannya mesti dijatuhkan hukuman. Inilah yang tersurat. Yang tersirat pula adalah suasana persekitarannya yang menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah.

Dalam kes ini misalnya, apa yang mendorong kejadian ini berlaku dan pasti berlaku hendaklah dikaji dan dinilai secara objektif dan ilmiah dan ceritanya disiarkan untuk tatapan umum. Bahkan dengan mendalami kefahaman isu-isu dan keadaan persekitaran di sebalik kejadian rasuah ini, pihak berwajib boleh menjadi lebih celik, arif dan proaktif dan tidak reaktif dalam tindakannya membanteras gejala rasuah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program transformasi sosialnya mahu rasuah menjadi fenomena yang telah berlalu atau 'a thing of the past' di negara ini.

Sebagai usaha ke arah ini, pihak media mesti memainkan peranan yang cukup penting bagi memangkin fikiran rakyat atas dasar dan prinsip profesionalisme, ketelusan dan integriti mereka.

Sejak kita mula membawa masuk pekerja asing ke negara ini, kegiatan itu telah menjadi satu 'perniagaan'. Ada juga pihak yang menamakan kegiatan ini sebagai 'human trade' atau memperdagangkan manusia, walaupun istilah ini dikecam hebat oleh banyak pihak.

Pada mulanya ia berjalan pada skala yang kecil melibatkan segelintir bilangan ejen sahaja. Dengan bertambahnya bilangan pekerja dibawa masuk tahun demi tahun bagi memenuhi permintaan yang mendadak dan disertai pula dengan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) bilangan pekerja asing mencecah jutaan orang. Dalam masa singkat pengambilan pekerja asing menjadi 'multi million business' melibatkan ratusan juta ringgit, bahkan berbilion ringgit perolehan daripadanya.


Perniagaan ini cukup lumayan tanpa risiko yang tinggi. Siapa yang dapat menjadi ejen dan mempunyai hubungan baik dan akrab dengan pihak-pihak yang berwajib memang memiliki lombong emas dan ramai sudah menjadi kaya-raya daripada perniagaan ini. Sama seperti mereka yang mendapat permit import (AP). Ini semua orang tahu. Bahkan bukan semua orang yang berkebolehan dan berkeupayaan dalam perniagaan ini akan dapat memperolehi lesen.

Maka tidak hairanlah pada satu ketika dulu ejen-ejen pengambilan pekerja asing ini sebelum kerajaan bertindak menyekat bilangannya dan mengenakan syarat-syarat yang ketat, tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Namun tindakan untuk mengawal dan menyelaras fenomena ini agak terlewat diambil kerana sekian lama pengambilan pekerja asing ini berjalan secara bebas di mana berjuta-juta ringgit wang telah mengalir dan bertukar tangan di sana sini untuk 'melariskan' sistem yang sedia ada.

Beberapa 'vested interest' sudah berkuku kuat 'entrenched' dalam sistem pengambilan pekerja luar ini. Mereka yang terlibat dalam kalangan pihak swasta (ejen-ejen dan majikan-majikan) dan jabatan kerajaan seperti imigresen, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan sebagainya sudah cukup arif tentang selok-belok dan cara sistem tersebut dilaksanakan.


Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa perbuatan rasuah berlaku di tiap-tiap fasa dalam sistem ini sebagai satu perkara yang lumrah. Ini diakui oleh mereka yang terlibat dari yang tertinggi hingga yang terendah atau dari A hingga Z mendapat bahagian habuan masing-masing, maka semuanya berjalan lancar atas keadaan 'menang-menang'.

Apabila keadaan telah sampai ke tahap ini, maka amat sukar bagi yang berwajib untuk mengesan perbuatan rasuah kerana ia dijaga dengan begitu rapi oleh pihak-pihak yang terlibat. Melainkan ada pihak dalam rangkaian sistem ini yang belot atau berpaling tadah.

Bak kata peribahasa Inggeris 'until someone spills the beans'. Lagipun yang selalu tertangkap adalah yang menerima rasuah. Mereka yang memberi, kebanyakannya lepas begitu sahaja.

Kenapa sekarang baru penangkapan berprofil tinggi dibuat? Mungkin ini berlaku secara kebetulan. Jika benar, kita harus terima hakikat ini. Kita tidak boleh membuat sebarang andaian liar sebaliknya.

Tidak berlakunya penangkapan yang berprofil tinggi sebelum ini mungkin atas sebab-sebab berikut:


Pertama, mereka yang berkenaan memang mempunyai integriti dan ketelusan yang cukup tinggi yang tidak boleh dikompromi dan ditundukkan dengan apa jua bentuk rasuah. Mereka betul-betul menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur serta komitmen yang tinggi kepada negara.

Kedua, mereka mungkin pernah melakukannya tetapi bernasib baik kerana licik dan bijak menutup jejak-jejak mereka daripada dikesan oleh pihak yang berwajib.

Ketiga, walaupun mereka melakukannya, mereka mungkin mendapat perlindungan daripada pihak-pihak tertentu atas sebab yang hanya mereka ketahui sendiri.

Namun pada hakikatnya perbuatan rasuah tetap wujud dalam sistem pengambilan pekerja asing dulu dan sekarang. Ini mungkin tidak dapat dibuktikan di mahkamah duniawi kerana sebab-sebab tertentu seperti kekurangan bukti, saksi tidak mahu bekerjasama atau berpaling tadah dan sebagainya. Selain daripada tidak kesempurnaan manusia itu sendiri.

Namun di mahkamah akhirat nanti, semuanya akan terdedah dan tiada yang tersembunyi walaupun sebesar zarah. Siapa yang terlibat dalam kesalahan ini akan mendapat hukuman pada hari itu walaupun mereka terlepas di dunia ini.

Amaran ini hanya boleh difahami oleh orang yang beragama Islam sahaja. Itu pun jika mereka mahu percaya.

Adalah diharapkan bahawa pihak media selain menghidangkan berita-berita yang penting dan memuji-muji secara berlebihan hingga ke tahap mendewa-dewakan personaliti atau individu-individu dalam siarannya, ia patut berani memuatkan bahan analisis dan ilmiah walaupun 'controversial' yang berpaksikan perspektif seperti kes ini bagi kes-kes lain yang telah berlalu atau mungkin timbul di masa hadapan untuk menjadi pemangkin kepada fikiran rakyat.-UMO

Untuk rujukan kes sebelum ini, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Anwar nafi tuduh kerajaan 'import' warga Bangladesh undi PRU13?

Posted: 20 Nov 2013 08:32 AM PST


Anwar Ibrahim, kaki kaki putar belit hari ini menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40 ribu pengundi haram warga Bangladesh yang mengundi dalam Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) lalu.

Anwar berkata, pihaknya tidak pernah langsung menuduh kerajaan membawa 40,000 warga Bangladesh, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

"Saya hendak jelaskan sedikit sahaja bersabit Datuk Seri Najib Razak sebenarnya mengelirukan Dewan Rakyat, dalam ucapan belanjawan, beliau kata kerajaan Pakatan Rakyat menuduh SPR mendaftar 40,000 Bangladesh.

"Kita sudah jelaskan dan kita sudah buat 'pencarian di dalam internet' sama ada tak kenyataan sebegini? Dalam penelitian kita buat, kita tidak ada kenyataan sebegini, yang ada adalah bahawa pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar daripada Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina baru-baru ini, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Artikel di blog pro-pakatan

Susulan daripada kenyataan Najib, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata kenyataannya yang sebelum ini bersabit pengundi luar hanya menyentuh beberapa pengundi awal yang mempunyai rekod warganegara luar.

"Yang kedua kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz ada 62 ribu pengundi yang diragui yang masuk dalam daftar pemilih.

"Ketiga kenyataan saya ialah selepas undi awal dengan bukti, nama, kad pengenalan dan warganegara, warganegara itu termasuk India, Bangladesh, Indonesia dan Filipina, soalan saya ialah bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh masuk dalam sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis?," katanya.

Malah beliau dilihat tidak berpuas hati dengan penafian Perdana Menteri Bangladesh yang menafikan wujudnya rakyatnya menjadi pengundi haram di Malaysia, Anwar kemudiannya menyifatkan Sheikh Hasina tidak mengetahui lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

"Tetapi sekarang ini dia lemparkan dan dia (Najib) minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan pengundi Bangladesh, mana menteri Bangladesh tahu?

"Ini urusan dalam negara Malaysia, ini urusan patut dipantau oleh SPR dan SPR terbukti berat sebelah dan tidak wibawa, tidak boleh dipercayai lagi," katanya.

Ujarnya lagi, dakwaan wujudnya 40 ribu pengundi haram itu hanya dimainkan oleh 'bloggers' Umno dan bukannya dakwaan dari Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya menyerahkan kepada satu pasukan atau suruhanjaya bebas untuk tentukan dan jadi saya hendak jelaskan perkara ini saja diputarkan oleh bloggers Umno sampai 40 ribu orang. Sila lihat video ini.

"Siapa kata 40 ribu orang? yang menyatakan 40 ribu itu rupanya dibawa oleh bloggers Umno, sementara kenyataan kita pula ialah memang ada pengundi luar dan kita buktikan nama dengan kewarganegaraan dalam daftar pemilih dan kita rujuk kenyataan SPR dan disahkan oleh Suruhanjaya RCI," katanya.

Untuk rekod, pada PRU13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia.


Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang!

Persoalannya disini adalah, benarkah dakwaan wujudnya 40 ribu pengundi haram itu hanya dimainkan oleh 'bloggers' Umno dan bukannya dakwaan dari Pakatan Rakyat?

Anwar mungkin lupa atau buat-buat lupa apabila orang yang paling kuat melalak menyahut kempen bangang beliau adalah Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Dan sudah tentulah Rafizi Ramli bukannya orang atau blogger UMNO sebaliknya orang harapan Anwar Ibrahim yang sentiasa disuruh menyalak untuk kesemua isu yang dibangkitkan atau mencetuskan isu agar memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Rafizi Ramli telah dicabar untuk membuktikan tuduhannya tentang 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh di Parlimen. Rafizi Ramli telah bersetuju untuk berbuat demikian kerana kononnya dia mempunyai pelbagai bukti bergambar, video, statistik dan sebagainya. Namun apa yang berlaku selepas itu ialah, Rafizi Ramli langsung tidak bersuara. Sial baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Perlu waspada 'taktik' Surendran?

Posted: 20 Nov 2013 02:57 AM PST


Lama sudah kita tak lihat atau dengar kelibat anggota pembangkang yang tindak tanduknya agak pelik dan celupar, siap sekali dengan aksinya yang kali terakhir dilakukan oleh Tian Chua.

Sampai 'popularlah' dia dengan lagak hero berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Itu belum lagi isu memfitnah pemimpin negara melalui gambar bersama seorang wanita melalui teknik photoshop.

Tapi kini 'gaya' serupa Tian Chua seakan-akan muncul kembali. Kali ini dipaparkan pula oleh Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Minggu lalu, Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat. Ini ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias.

Dalam isu penggantungannya, sebenarnya Selasa lepas lagi, dia telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan struktur tambahan di kawasan luar kuil Sri Maneswarar Kaliyaman, di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Padahal, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang mewakili kaum India di negara ini pada Isnin lepas menjelaskan kerja perobohan hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu manakala bangunan rumah ibadat itu tidak diusik dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di kuil itu pada Ahad lepas.

Tapi seperti biasalah, Surendran tetap tidak puas hati, kemudiannya membuat sidang akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe.

Sebenarnya dalam beberapa bulan ini kalau rakyat perhatikan, Surendran memang gemar mencetuskan kontroversi.

Cuba kita renung-renungkan kelibatnya:

1. Isu pengawal keselamatan tembak mati pegawai operasi AmBank.

-Bulan lalu, Surendran dikatakan akan mempertahankan tindakan suspek berkenaan sekiranya ditangkap. Lantas, dibalas oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin:

"Dia boleh cakap apa saja, saya enggan ulas, tapi bagi saya itu adalah komen bodoh."

2. 'Gangster lakukan jenayah biasa?

-Pada 23 Oktober lalu, ketika dia membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013, Surendran mempertikaikan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang itu kerana kumpulan gangster yang melakukan kekacauan tersebut hanya melakukan jenayah biasa.

Selain itu, beliau turut mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 hanya menyekat dan mengetepikan hak asasi rakyat.

Bagaimanapun, ini dibidas oleh wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang menjelaskan, rang undang-undang yang dikemukakan itu bertujuan bagi kebaikan dan melindungi ketenteraman awam.

3. Hendak atau tak nak sertai operasi polis?

Dia mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.

Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober mempelawa Surendran untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.

Pelawaan itu bertujuan membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.

Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani surat perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surat perjanjian itu bertujuan membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu, penasihat undang-undangnya R. Sivarasa menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

4. Agenda bumiputera pun dijadikan isu

Sekali lagi dia dilihat sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera selepas mempertikai agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pertengahan September lalu.

Dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.

Kenyataan Surendran dibidas banyak pihak yang mengingatkan ia bukan bertujuan merampas kemewahan atau kesenangan dinikmati kaum lain sebaliknya kejayaan pelaksanaannya akan turut dirasai keseluruhan masyarakat di negara ini.

5. Dimarahi Zahid

Awal September lalu, Surendran dalam sebuah akhbar mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyelar sikap tidak bertanggungjawab ahli pembangkang ini yang terus mempolitikkan usaha kerajaan itu.

"Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh KDN hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan oleh saya, tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar." - UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Gaun selebriti ni terselak sampai nampak .xxxxx

Posted: 20 Nov 2013 10:11 PM PST




Acara MTV Europe Music Awards yang berlangsung Ahad (10 /11) malam menjadi acara pamer  gaun yang para selebriti gunakan.

Pakaian yang indah dan seksi membuat mereka tampil semakin percaya diri, namun ada juga yang dibuat malu dengan pakaian yang mereka kenakanan .

Seperti rapper asal Australia , Iggy Azalea yang malam itu mengenakan gaun hitam model strapless dan banyak mempunyai cut out di beberapa bahagian tubuhnya seperti di perut atau paha.

Seperti dilapor dailymail , Selasa ( 12/11/2013 ) , gaun Iggy mempunyai belahan paha yang sangat tinggi. Ketika membetulkan posisi pakaiannya bahagian intimnya terdedah dan mujur  dia memakai seluar dalam yang mempunyai warna senada dengan kulitnya   -   

Christine Palace atau Villa Nabila berhantu? Ceritanya ada disini ...

Posted: 20 Nov 2013 06:54 PM PST

  • Villa NabilaKediaman milik seorang doktor yang dipercayai keras dan berpenunggu.
 1 / 3 
JOHOR BAHRU - Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa 'hilang' selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai 'keras' atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai 'Villa Nabila' itu 'keras' dan berpenunggu.

"Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

"Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat," katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

"Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine," katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.

"Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

"Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

"Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar," katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

"Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

"Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak 'keras'," katanya.

Bekas rumah Datuk Onn
Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.

Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

"Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

"Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

"Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah," katanya.

Masih jadi tumpuan umum

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

"Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo 'tinggal' ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

"Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui," katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

"Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.

"Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri," katanya.

Amy [Search] mengaku muflis

Posted: 20 Nov 2013 09:44 AM PST


Amy
SHAH ALAM: Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.
"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.
Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu.
Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.
Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.
Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.
Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.
"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.
"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.
Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.
Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.
Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BERITA BAIK: CHRISTOPER HOWARD LIM SETUJU P. PINANG DIKEMBALIKAN KEPADA SULTAN KEDAH

Posted: 20 Nov 2013 07:18 PM PST

Kenyataan Christoper Howard Lim kelahiran Hawaii bahawa Perjanjian Pulau Pinang-Kedah  terbatal disebabkan Pulau Pinang menyertai Malaysia (The Sun). 

Jika begitulah pandangan Christopher Howard Lim bermaksud Perjanjian Inggeris-Siam juga terbatal kerana alasan sudah merdeka.

Kebodohan Christopher Howard Lim terserlah bilamana dia bercakap suatu perkara yang dia tidak ketahui prinsip perjanjian itu dan latarbelakang perjanjian itu. Mungkin kerana backround Christopher Howard Lim dilahirkan di Hawai dan orang tuanya berasal dari Singapura. 

Jika begitulah pandangan Christopher Howard Lim iaitu katanya terbatal perjanjian Pulau Pinang-Kedah, maka kedua-dua pihak kembali berada seperti sebelum perjanjian. Apakah kedudukan Pulau Pinang sebelum Perjanjian itu? Bagus...Bagus...Bagus... maknanya Pulau Pinang boleh diserahkan semula kepada pemilik asalnya iaitu Sultan Kedah.

Samalah juga dengan kontrak sosial, Jika orang Cina seperti Christopher Howard Lim  tidak patuh kepada syarat kontrak, kontrak itu boleh dibatalkan dan semua orang berada di dalam kondisi seperti sebelum kontrak dipersetujui. Kamu ditawarkan Warganegara dengan syarat kamu menerima hak keistimewaan  orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan termasuklah Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

----------------------
PERJANJIAN DENGAN SULTAN KEDAH PEMILIK PULAU PINANG 
Pada 16 hari bulan Sya'ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.


Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:


Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.


Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.


Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.


Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.


Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.


Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.


Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.


Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.


Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.


Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.


Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.


Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.


Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.


(Tandatangan)

F. LIGHT


Video Anwar Ibrahim Sebut 'PENGUNDI BANGLASIA'. Sebarkan @najibrazak @khairykj

Posted: 20 Nov 2013 06:08 AM PST

Mungkin Anwar Ibrahim terlupa bahawa dia pun pernah sebut pasal pengundi Bangla @ Banglasia seperti mana dalam berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan bahawa 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.

"Kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Tidak ada.

"Rupanya yang bawa (kenyataan) itu bloggers Umno.
http://www.malaysiakini.com/news/247068


BANGLASIA merujuk kepada laporan akhbar Suara Keadilan bahawa JPM ada bawa 40,000 pengundi luar dengan meletakkan gambar warga Bangladesh sedang beratur.


Terlupa ke Pak Sheikh? Kalau terlupa, kami boleh tolong ingatkan.


Video dari dari blog ini (http://khairulryezal.blogspot.com/2013/11/raja-spin-negara-anwaribrahim-buat-u.html).

MyMassa harap rakan-rakan boleh tolong sebarkan video ini supaya ramai yang tahu siapa sebenarnya yang menipu.

Harap-haraplah yang menipu ni tak buat sidang media sambil tunjuk perut kononnya yang sebut BANGLASIA tu bukan dirinya, tapi pelanduk dua serupa yang di'import' dari Thailand untuk fitnah dirinya.

*Kongsi-kongsikan. Jika tidak percaya BANGLASIA merujuk kepada pengundi Bangladesh, anda boleh baca artikel Raja Petra di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/60535-how-malaysia-became-banglasia-on-5th-may-2013