Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Tun Dr. Mahathir: Kehebatannya dulu hingga sekarang?

Posted: 19 Nov 2013 09:51 PM PST

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan sesuatu tentang Kedah sambil diperhatikan Zaini Hassan pada Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah di Alor Setar, baru-baru ini.

Khamis minggu lalu, saya berada di Alor Setar kerana diminta mengendalikan satu majlis forum bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah.

Saya menjadi moderator dan Tun sebagai ahli panel. Majlis itu dikenali sebagai Sembang Petang Bersama Tun. Kami membicarakan mengenai tajuk 'Transformasi Kedah' daripada kaca mata beliau.

Majlis itu berjalan lancar. Seperti biasa semua soalan dijawabnya dengan bijak, panjang lebar dan penuh bersemangat. Sebagai anak Kedah, beliau memberi buah fikirannya bagaimana untuk menukar Kedah menjadi negeri yang lebih hebat, sebagaimana beliau mengubah Malaysia hari ini.

Semasa mukadimah saya melontar satu hipotesis. Diandaikan Tun bukan menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, sebaliknya menjadi MB Kedah selama 22 tahun, apakah Kedah akan berjaya diubahnya menjadi seperti Malaysia ini?

Saya juga bertanya mengenai ciri-ciri yang sepatutnya ada kepada seorang Menteri Besar di Kedah. Saya katakan kepadanya ikut sejarah MB Kedah ini rata-ratanya ada "badi" - macam-macam perkara berlaku. Dia angguk dan tersenyum.

Bagi Tun, ciri-ciri itu ialah: MB itu haruslah seorang yang rajin bekerja, merendah diri, kerap berjumpa rakyat, sering bertanya khabar rakyat. Dan yang paling penting: Jangan menganggap diri sebagai Yang Amat Berhormat.

MB yang dimaksudkan itu ialah anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir. Dan pada pandangan saya ciri-ciri itu ada pada Mukhriz dan ia harus dipertahankan.

Sebagai moderator saya sedar Tun sedikit terbatuk-batuk semasa majlis itu. Beberapa kali percakapannya terhenti. Saya risau juga dengan keadaan beliau. Forum yang sepatutnya berjalan selama dua jam, saya pendekkan ke satu setengah jam.

Sebagai anak Kedah, saya juga cukup tertarik bertanyakan soalan-soalan merangkumi negeri itu.

Apakah Kedah akan terus menjadi negeri jelapang padi, kedudukan Pulau Langkawi, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani, sehinggalah kepada soal-soal makanan tradisi emping ringgi yang sekarang hanya dihasilkan di Kampung Pulau Timbul di Tunjang.

Tun cukup ceria di sepanjang forum itu. Dia juga kelihatan cergas. Di meja makan, beliau juga cukup ceria. Bercerita mengenai makanan yang dihidangkan.

Bercerita mengenai makanan tradisional Kedah yang menjadi kegemarannya, terutamanya kuih karaih, kuih seperti bihun goreng yang dilipat berbentuk bulan sabit seperti apom balik.

Makanan kegemarannya emping goreng turut dihidangkan. Beliau menjamah sedikit.

Di meja makan itu, kemudian beliau bercerita mengenai soal-soal lain, termasuklah mengenai soal Melayu.

Dalam satu cerita itu, beliau menggambarkan bagaimana orang Melayu itu lebih suka kepada bangsa lain lebih daripada bangsanya sendiri. Beliau mengimbau kembali semasa beliau menjadi doktor dulu.

Pada masa itu ada doktor orang putih (Inggeris) dan kakitangan orang putih, kita sebagai doktor pun orang kita tak peduli dah dengan kita, mereka memuja orang putih itu lebih daripada kita...

Mungkin itulah juga yang berlaku sekarang kepada orang Melayu. Mereka sanggup memberi apa sahaja kepada bangsa lain, waima kuasa sekali pun.

Tun dan isteri kesayangannya, Tun Siti Hasmah yang sentiasa mengiringi suaminya itu ke mana sahaja, juga kelihatan cukup ceria. Mereka adalah pasangan ideal dua sejoli, yang patut dicontohi oleh semua pasangan suami isteri.

Kelmarin, Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat.

Marilah kita doakan agar Allah SWT terus memelihara kesihatannya.

Dalam usianya 88 tahun, beliau terus menerima banyak undangan dari dalam dan luar negara dan rata-rata semuanya dipenuhi oleh beliau.

Semasa kami di Alor Setar, beliau berkata beliau juga sepatutnya berada di Surabaya kerana menerima jemputan berucap. Saya difahamkan Tun telah berlepas ke Surabaya kelmarin dan terbang semula ke tanah air kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Majlis itu kemudian dibatalkan.

Tun memang hebat. Allah SWT menganugerahkan kehebatan kepada Tun, dulu dan sekarang!

Semoga Allah SWT terus melindungi beliau. Amin.

Wasabi Oyabun..

Hudud tidak semudah dirancang?

Posted: 19 Nov 2013 08:16 AM PST


Pelaksanaan hudud di Kelantan tidak semudah dirancang memandangkan ada negara yang gagal untuk melaksanakannya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan syarat yang kondusif sebelum dilaksanakan.

"Saya tidak menentang hudud, tentu sekali tidak, malah saya bersetuju dengan hudud dan kita perlu melaksanakan hudud jika cukup syarat.

"Banyak perkara yang perlu dibincangkan melibatkan semua pihak dan apabila syarat kondusif kita buat, dalam jalan nak pergi ke hudud banyak perkara yang perlu diselesaikan," katanya pada forum 'Sembang Politik' di sini, semalam.

Menurutnya, sejarah pelaksanaan hudud dalam negara moden dapat dilihat apabila Pas berani mencuba tetapi cubaan itu bukan sesuatu yang mudah.

"Contohnya, Pakistan yang sebelum ini telah melaksanakan enakmen hudud tapi tidak berjaya, begitu juga Libya, termasuk Nigeria Utara yang hanya melaksanakannya buat seketika kemudian menghentikannya apabila seorang wanita direjam kerana berzina," katanya.

Mohd Asri berkata, setakat ini hanya Arab Saudi yang berjaya melaksanakan enakmen undang-undang Islam itu.

Beliau berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persediaan yang rapi supaya apa yang dilaksanakan nanti tidak dipertikai oleh mana-mana pihak.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mana yang lebih bahaya..!!! Intipan Amerika terhadap Malaysia atau jadi 'talibarut' Amerika dan Zionis?

Posted: 19 Nov 2013 08:00 PM PST


Agak aneh bunyinya bila orang yang menyimpan cita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri nasihatkan Datuk Seri Najib dalam isu intipan Amerika dan Australia berikutan tindakan yang diambil oleh pemerintah Indonesia juga Jerman. Yang peliknya tokoh ini juga pernah dianggap sebagai rakan baik kedua-dua negara berkenaan..! Adakah Anwar tengah kepanasan atau mengelabah takut-takut rahsianya terbongkar dek intipan tersebut?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar lagi, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.

"Semalam kerajaan Indonesia tarik semula Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia," katanya.


Bulan lalu Jerman memanggil Duta Amerika Syarikat ke Berlin kerana mengesyaki Washington mengintip telefon bimbit Canselor Angela Merkel.

"Maka presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu kerajaan Malaysia keluarkan kenyataan 'lembik," kata Anwar merujuk Presiden Jerman, Angela Merkel yang bertegas dalam soal ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut membidas Najib kerana sehingga sekarang belum berani untuk menjawab pendedahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan terdapat ejen CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara.


"(Sebelum ini) Tun Mahathir telah memanggil perjumpaan bangkitkan soal dua CIA operators.Cuma jawapan PM, tiada bukti, tidak ada apa-apa. Kena siasat, kalau tidak benar beritahu Tun Mahathir itu tidak benar.

"Tidak boleh ketepikan isu ini. Peguam Negara memang kontroversi kedudukannya. Yang takut sangat kenapa? Ini bukan perkara kecil," katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh perkara pengintipan pula, Anwar berharap kerajaan serius dan konsisten menegaskan pendirian Malaysia dalam isu tersebut.


"Kita perlu konsisten soal pengintipan terhadap pimpinan dan kerajaan Malaysia yang belum dibuat kenyataan tegas melainkan Menteri Luar nasihat 'lain kali jangan buat macam itu'. Boleh ke orang asing sabotaj negara kita hanya jawab ringan macam itu," tegas Anwar.
















Jadi yang mana sebenarnya yang lebih bahaya! Intipan Amerika dan Australia yang masih lagi dalam siasatan atau hubungan lama 'talibarut' ini bersama Amerika dan Zionis? Anwar tak perlu mengelabah kerana rakyat sudah tahu akan 'permainan politik bahaya' beliau sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada negara?
Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Kenyataan Karpal dibuat atas kapasiti peribadi, bukan kenyataan rasmi DAP...!!! Kenapa Pas kecoh-kecoh?

Posted: 19 Nov 2013 06:55 AM PST


Karpal sengaja cari pasal

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sengaja mencari pasal dalam pakatan pembangkang selepas beliau dianggap berbohong apabila menafikan telah meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sambil menggunakan istilah 'buat tahi' bagi merujuk tindakan Pengerusi DAP itu, Abu Bakar berkata, Pas akan berdepan dengan masalah yang dicetuskan Karpal tersebut.

"Memang Karpal buat tahi (cari pasal) dengan pakatan, tapi insya-Allah, Pas akan basuh tahi (tangani masalah) dia. Kita tidak mabuk (terpedaya) dengan tahi dia," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang memberi amaran kepada Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan selain menuduh Raja Ahmad Iskandar berbohong.

Kenyataan Karpal itu ekoran tindakan Raja Ahmad Iskandar meminta Karpal memohon maaf kepada Pas selepas beliau didapati berbohong ketika menafikan pernah meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sedangkan, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mempunyai rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu ketika Karpal membuat kenyataan tersebut.


Dalam pada itu, Abu Bakar turut mempertahan serta bersetuju dengan tindakan Raja Ahmad Iskandar dan beliau sendiri telah merujuk kepada transkrip sidang akhbar yang dibuat Karpal.

Malah, katanya, kenyataan Karpal itu juga bukan hanya bercanggah dengan Pas sebaliknya dengan partinya sendiri iaitu DAP.

Walau bagaimanapun, Abu Bakar tetap menyifatkan kenyataan Karpal itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan kenyataan rasmi DAP.

Ditanya sama ada Pas perlu meneruskan kerjasama dengan DAP ekoran pelbagai kenyataan kontroversi Karpal, Abu Bakar berkata, beliau melihat tindakan Karpal itu hanyalah kesilapan yang sering dilakukan banyak pihak.

"Orang lama macam Karpal lagilah cakap macam-macam, takkan kerana ada orang buat silap seperti itu kita mahu putuskan hubungan," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau turut menyifatkan Pengerusi DAP itu bukan lagi pemimpin yang sesuai dengan zaman sekarang ekoran pelbagai kenyataan kontroversi yang sering dibuat beliau.

"Untuk (minta) dia berundur itu, kita tidak mahu kata apa-apa, itu terpulang kepada parti, tapi itu pandangan saya," katanya.

Berhubungan desakan Raja Ahmad Iskandar supaya Karpal memohon maaf, Abu Bakar yang juga calon Naib Presiden Pas dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini berkata, perkara tersebut memang boleh dilakukan.

"Tetapi masalahnya sejauh manakah dia ikhlas untuk minta maaf, kita tidak tahu. Tidak mengapalah selepas muktamar nanti saya akan komen jika Karpal tidak tarik balik kenyataannya,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Aziz Kaprawi Pemikiran Mu Setaraf Sir Isaac Newton.

Posted: 19 Nov 2013 06:00 PM PST


Aku memang tak kenal siapa aziz kaprawi nie, macam juga aku tak kenal siapa sir isaac newton, tapi bila aku baca buku sains yang mengatakan isaac newton lah orang menemui hukum graviti selepas dia melihat sebiji apple luruh dan jatuh gedebuk ke tanah...

Bergitu juga dengan aziz kaprawi, aku tak kenal siapa mamat nie dan dari mana dia datang, tapi selepas baca kenyataanya dia dalam utusan cara bagai mana untuk mengrade golongan pertengan yang di keluarkan oleh utusan berbunyi bergini "Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta." pada aku menarik...

Di tambah penemuannya yang terbaru beberapa hari lepas yang dilihat mampu menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia yang kerap mati di jalan raya bahawa kereta yang berusia 12 tahun ke atas perlu di tukar kerana sudah tidak selamat lagi berada di jalan raya, pada aku ianya cukup 'brilliant' 

Maka selayaknya lah aku kata, tahap pemikiran aziz kaprawi setaraf atau sama 'par' dengan sir isaac newton, tahniah najib kerana melantik seorang yang memiliki IQ yang cukup-cukup tinggi untuk duduk dalam kabinet malaysia dan menjawat jawatan timbalan menteri pengangkutan, aku harap lepas ini aziz menjadi menteri penuh.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


MESTI BACA : Utusan Malaysia - Wajib menangkan Mat Sabu! #PemilihanPas2013

Posted: 19 Nov 2013 07:54 PM PST

Menarik tajuk yang dipilih. 

Ditulis oleh penganalisa politik yang baru dikenali dengan ulasan yang berbeza dari yang lain.

Nak cerita lebih tak guna baik baca sendiri.

Kadangkala biar kita tidak popular atau pandai bermain bahasa namun tulisan kita hasilkan ada impak yang menusuk ke dalam jiwa menembusi dada pembaca.

RENCANA

Wajib menangkan Mat Sabu!

Oleh Ahmad Faris Abdul Halim

ANTARA penyandang Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, siapakah yang bakal dipilih oleh para perwakilan Pas dalam pemilihan Muktamar Ke-59 pada 22 November ini?

Banyak pemerhati dari dalam dan luar Pas melihat sejak awal lagi 'gerakan' sebelum gelanggang persaingan Timbalan Presiden Pas dibuka, telah menampakkan bibit-bibit yang diragui. Ini boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba menarik diri ke persaingan jawatan nombor dua itu.

Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Adakah bibit kekalahannya sudah dilihat oleh Tuan Ibrahim sendiri sebelum masuk ke gelanggang lagi?

Adakah juga mungkin Tuan Ibrahim gusar untuk 'bertemu buku dengan ruas' dengan Mat Sabu yang sudah bergelumang 30 tahun dalam Pas serta memiliki semangat waja.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ini, ramai melihat Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memiliki banyak kelebihan.

Kalau diperhatikan, dalam usaha Pas untuk mengukuhkan kedudukan parti dalam kalangan parti pembangkang, Mat Sabu dilihat mempunyai komitmen yang cukup tinggi kepada pakatan pembangkang. Ini sehinggakan beliau terbukti telah menunjukkan prestasi membanggakan sejak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Pulau Pinang beberapa tahun lepas dengan elaun lima digit sebulan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131120/re_02/Wajib-menangkan-Mat-Sabu#ixzz2l9blQQY1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PARAH! Bakal Naib Presiden Mengaku PAS Memang Cuci Tahi DAP?

Posted: 19 Nov 2013 07:47 PM PST


Berita dari Sinar Harian :
KUALA TERENGGANU – "Karpal memang buat tahi," demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin Pas.

Menurut Abu Bakar, Karpal telah melakukan perkara yang tidak betul apabila mencadangkan supaya  pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Malah, beliau turut bersetuju dengan pendedahan dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kerana sememangnya Karpal membuat kenyataan itu, bukan diputar belit mana-mana pihak.

"Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia," katanya dalam sidang media di pejabat Pas negeri, di sini semalam.

Baca seterusnya di sini : http://www.sinarharian.com.my/abu-bakar-karpal-memang-buat-tahi-1.222226

*Makin parah menjelang muktamar kali ini. Pemimpin PAS berlumba-lumba nak jadi jagoan untuk lawan DAP demi meraih undi. Kenapa sebelum ni tak berani nak cakap?


Isu Kereta 12 Tahun : Lagu LANGGAR PANTAT KERBAU Khas Untuk KP MIROS

Posted: 19 Nov 2013 05:00 PM PST

Hayati lirik lagu Langgar Pantat Kerbau yang dinyanyikan oleh Piton Gunsaga, seorang penyanyi dari etnik Dusun.



Mengikut lirik lagu ini, kereta baru pun kalau langgar pantat kerbau akan remuk seperti keropok.
Do do do do do do do Driver
Habis Kereta Baru,Hancur Macam Karupok
Kerna kau langgar pantat kerbau
Kerbau pun sudah mampus
Terbangkang di jalan raya
Umur Panjang kau tidak mati


Jadi kepada KP MIROS dan pembaca yang masih tak paham beza antara umur kereta dan ROADWORTHINESS, boleh baca artikel MyMassa di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/11/kereta-12-tahun-tak-selamat-ketua.html

Harus diingat bahawa cadangan KP MIROS ini telah ditolak secara prinsip oleh pemangku Menteri Pengangkutan selagi ianya akan menjejaskan rakyat.


Kalau tak cukup bukti twitter, MyMassa sertakan video sebagai bukti.



Jadi kepada pembaca yang menuduh DS Hishammuddin, harap tengok video ini. Jangan terpengaruh dengan fitnah portal media pro pembangkang seperti Malaysian Insider yang telah spin kenyataan DS Hishammuddin.



*MyMassa harap DS Hishammuddin saman Malaysian Insider seperti mana yang pernah dilakukan oleh MB Kedah sampai Malaysian Insider mohon maaf secara terbuka.

Krisis DAP - PAS : Karpal Kata Pemimpin Tak Faham Bahasa Inggeris?

Posted: 19 Nov 2013 05:30 AM PST

Berita dari NST


Baca seterusnya di sini : http://www.nst.com.my/nation/general/karpal-i-will-not-say-sorry-1.405095

Betul ke pemimpin PAS tak faham Bahasa Inggeris atau Karpal yang cuba nak spin? Mari kita tengok transkrip penuh kenyataan Karpal ....

Transkripsi penuh kenyataan Karpal Singh di dalam sidang media beliau di Pulau Pinang pada 5 Nov 2013
Ok, I think we can start.
(Ok, saya fikir kita boleh mula).
The Muslim Lawyers Association has threatened the Bar Council for its support given to The Herald in the Allah issue.
(Persatuan Peguam-Peguam Muslim telah mengugut Persatuan Peguam di atas sokongan yang diberikan olehnya kepada The Herald dalam isu Allah.)
The President of the Muslim Lawyers Association, Zainul Rijal Abu Bakar, says that the association will not hesitate to take further action.
(Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata bahawa persatuan itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.)
This is an idle threat, unwarranted, and one which should not have been uttered by the President of the Muslim Lawyers Association.
(Ini adalah satu ugutan senyap, tidak berasas, dan suatu yang tidak sepatutnya dituturkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim.)
The Muslim Lawyers Association is a very divisive board.
(Persatuan Peguam-Peguam Muslim adalah sebuah badan yang sangat memecah-belah.)
It is the Bar Council which represents lawyers in the country, and that includes all lawyers, Muslims, Hindus, Buddhists, Christians, everybody.
(Persatuan Peguam yang mewakili peguam-peguam dalam negara ini, dan ini merangkumi semua peguam, peguam-peguam Muslim, peguam-peguam Hindu, peguam-peguam Buddha, peguam-peguam Kristian, semua sekali.)
In fact, the registration of the Muslim Lawyers Association, if at all it has been registered, ought to be cancelled.
(Malah, pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim, itupun sekiranya ia telah didaftarkan, mestilah dibatalkan.)
The government cannot allow associations which operate on racial lines, which operate on religious lines, in this case it is religious line, Muslims.
(Kerajaan tidak boleh membenarkan pertubuhan-pertubuhan yang bergerak di atas garis perkauman, yang bergerak di atas garis keagamaan, di dalam kes ini ia adalah garis keagamaan, orang-orang Islam.)
It is a very serious matter, because Muslim lawyers can be allowed to form a separate association, with the Bar Council think they represent them, and we do not want the position where others may want to have Hindus Lawyers Association, Buddhist Lawyers Association, which of course will not happen, it is just somehow rather that the Muslim lawyers have decided to form their own association.
(Ini adalah satu perkara yang sangat serius, sebab peguam-peguam Muslim boleh dibenarkan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang berasingan, dengan Persatuan Peguam fikir ia mewakili mereka, dan kita tidak mahu kedudukan di mana orang-orang lain mungkin hendak mewujudkan Persatuan Peguam-Peguam Hindu, Persatuan Peguam-Peguam Buddha, yang memang tidak akan berlaku, hanya entah bagaimana peguam-peguam Muslim telah memutuskan untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri.)
In fact most Muslim lawyers do not support the Muslim Lawyers Association, it is just a handful, handful of troublemakers.
(Malah kebanyakan peguam Muslim tidak menyokong Persatuan Peguam-Peguam Muslim, hanya sebahagian kecil, sebahagian kecil pembuat kacau.)
And I hope that serious action will be taken against the threat by the President of the Muslim Lawyers Association to the Bar Council, what they did mean when they said they will not hesitate to take further action, I think it is criminal intimidation here.
(Dan saya berharap agar tindakan serius akan dikenakan ke atas ugutan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim kepada Persatuan Peguam, apa yang mereka maksudkan bila mereka berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut, saya fikir ia adalah ugutan jenayah di sini.)
I call upon the Bar Council to lodge a police report so that necessary action can be taken against this so-called president of this so-called association.
(Saya menggesa Persatuan Peguam membuat satu laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas presiden persatuan ini.)
Are there any question on this, because I think this is a deliberate attempt to divide lawyers in the country?
(Adakah terdapat apa-apa soalan mengenai perkara ini, kerana saya fikir ini adalah satu cubaan terancang untuk memecahbelahkan peguam-peguam dalam negara ini?)
Question: How many lawyers in the Bar Council?
(Soalan: Berapa ramai peguam dalam Persatuan Peguam)
Answer: In the Bar Council, I think they are reaching nearly 13,000.
(Jawapan: Dalam Persatuan Peguam, saya fikir mereka mencapai hampir 13,000.)
Question: When was this Muslim Lawyers Association formed?
(Soalan: Bila Persatuan Peguam-Peguam Muslim ini ditubuhkan?)
Answer: This was formed somewhere rather I think at the late 1980s, late 1980s.
(Jawapan: Ia ditubuhkan sekitar saya fikir penghujung 1980-an.)
Question: How many members are in their association?
(Soalan: Berapa ramai ahli dalam persatuan mereka)
Answer: I think you should ask them how many members they have.
(Jawapan: Saya fikir kamu perlu tanya mereka berapa ramai ahli mereka ada.)
Question: A handful only?
(Soalan: Sebahagian kecil sahaja?)
Answer: I think a handful of troublemakers. Very unbecoming of these lawyers to form such an association.
(Jawapan: Saya fikir sebahagian kecil pembuat kacau. Sangat tidak wajar bagi peguam-peguam ini untuk menubuhkan sebuah persatuan begini.)
Question: Is there a worry that this type of association can undermine the Bar Council, is there a worry there?
(Soalan: Adakah terdapat satu kebimbangan bahawa persatuan begini boleh menjejaskan Persatuan Peguam, adakah terdapat satu kebimbangan di sini?)
Answer: It could, of course, as I said earlier, you know. Operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and a multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS. We have to be practical, we have to be practical, if we want a united country then we must have parties which are multi-racial.
(Jawapan: Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi PAS juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu-padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum.)
Question: Were you once with the Bar Council?
(Soalan: Adakah kamu pernah bersama Persatuan Peguam?)
Answer: Yes, I was in the Bar Council in the 1970s until I protested against the ESCAR, the Essential Security Cases Regulations.
(Jawapan: Ya, saya berada di dalam Persatuan Peguam pada 1970-an sehingga saya membuat protes kepada ESCAR, the Essential Security Cases Regulations.)
Question: Penang?
(Soalan: Pulau Pinang?)
Answer: No, I was a member from Kedah. Oh no, sorry, I was elected at that time from the floor. I was a member from Kedah earlier.
(Jawapan: Bukan, saya adalah seorang ahli dari Kedah. Oh tidak, maaf, saya telah dipilih pada waktu itu dari lantai, saya adalah seorang ahli dari Kedah sebelum itu.)
Question: Now?
(Soalan: Sekarang?)
Answer: And what had happened then was that Legal Profession Act was amended to exclude me from the Bar Council, deliberately done for the purpose, an amendment was brought to the Legal Profession Act to disallow the members of, rather elected representatives, which is Members of Parliament and State Assemblymen, I was State Assemblyman at that time, from holding office in the Bar Council, so I was legislated out of the Bar Council.
(Jawapan: Dan apa yang berlaku selepas itu ialah Akta Profesion Guaman telah dipinda bagi mengeluarkan saya dari Persatuan Peguam, dibuat khusus untuk tujuan itu, satu pindaan telah dibuat ke atas Akta Profesion Guaman bagi menghalang ahli-ahli, sebenarnya wakil-wakil rakyat yang dipilih, iaitu Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, saya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri pada waktu itu, dari memegang jawatan dalam Persatuan Peguam, jadi saya telah ditendang keluar dari Persatuan Peguam secara perundangan.)
Question: Until now?
(Soalan: Hingga sekarang?)
Answer: Yes, the amendment is still there.
(Jawapan: Ya, pindaan itu masih di situ.)
Question: You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the country, how about PAS?
(Soalan: Kamu menyatakan sebelum ini bahawa mana-mana pertubuhan yang bergerak di atas garis keagamaan adalah membahayakan kepada negara, bagaimana dengan PAS?)
Answer: That was what I said, unfortunately includes PAS.
(Jawapan: Itulah yang saya katakan pun, malangnya merangkumi PAS.)
Question: So are you suggesting that…
(Soalan: Adakah kamu bermaksud bahawa…)
Answer: I didn't say that, I called it like this, yes.
(Jawapan: Saya tidak berkata begitu, saya panggil ia seperti ini, ya.)
Question: So you were saying even PAS…
(Soalan: Jadi kamu berkata walaupun PAS…)
Answer: Even PAS I think should open its door to all races.
(Jawapan: Walaupun PAS saya fikir perlu membuka pintunya kepada semua kaum.)
Question: But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right?
(Soalan: Tetapi PAS tidak akan gembira dengan kenyataan kamu, mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat kamu, bukan?)
Answer: They may be part of the Pakatan Rakyat but it does not mean we cannot say things which are in the interest of the country.
(Jawapan: Mereka mungkin sebahagian daripada Pakatan Rakyat tetapi ini tidak bererti kita tidak boleh memperkatakan perkara-perkara yang berada di dalam kepentingan negara.)
Question: Is there any complaint to the…
(Soalan: Adakah terdapat apa-apa komplen terhadap…)
Answer: I think PAS already have some sort of non-Muslim, there are some arrangement, isn't it? If I am not mistaken, the supporters group or something, I think they do have, although a handful, but they are not members of PAS, not direct members. Ban all racial political parties, what's the problem?
(Jawapan: Saya fikir PAS telah mempunyai satu jenis bukan Islam, ada susunan, bukan begitu? Jika saya tidak silap, kumpulan penyokong-penyokong atau sesuatu, saya fikir mereka ada, walaupun sebahagian kecil, tetapi mereka bukan ahli-ahli PAS, bukan ahli-ahli terus. Haramkan semua parti politik perkauman, apa masalah?)
Question: But any conflict with this freedom of expression in the Constitution?
(Soalan: Tetapi apa-apa konflik dengan kebebasan bersuara dalam Perlembagaan?)
Answer: I don't think so, in fact, on the other hand, I think it enhances the concept of, you know, unity, on the people.
(Jawapan: Saya tidak fikir begitu, malah, sebaliknya, saya fikir ia meningkatkan lagi konsep, kamu tahu, kesatuan, pada rakyat.)
Question: Ban all racial political parties?
(Soalan: Haramkan semua parti politik perkauman?)
Answer: Yes, ban all racial political parties.
(Jawapan: Ya, haramkan semua parti politik perkauman.)
Question: Umno?
(Soalan: Umno?)
Answer: Ya, ya, I say Umno, MCA, of course Gerakan is spared, that does not make any difference.
(Jawapan: Ya, ya, saya kata Umno, MCA, Gerakan memang terkecuali, ia tidak membawa apa-apa perbezaan.)
Question: You were saying ban all racial political parties or ban all racial associations and groups?
(Soalan: Kamu menyatakan haramkan semua parti politik perkauman atau haramkan semua persatuan dan kumpulan perkauman?)
Answer: I am talking about political parties and of course associations like the Muslim Lawyers Association and so forth.
(Jawapan: Saya bercakap mengenai parti-parti politik dan juga persatuan-persatuan seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim dan sebagainya.)
Question: Professional groups?
(Soalan: Kumpulan-kumpulan profesional?)
Answer: Professionals are all, you know, ought to be multi-racial. There is no problem there, the medical, I think include all, otherwise we will have Muslim Doctors Association, and we might need to have, to allow precedents like this, it is a very serious matter the government has to look at, otherwise I think it is a serious setback, you know, to ultimate unity among the people in the country.
(Jawapan: Profesional-profesional semuanya, kamu tahu, mestilah berbilang kaum. Tiada masalah di sana, kumpulan perubatan, saya fikir termasuk semua, jika tidak kita akan ada Persatuan Doktor-Doktor Muslim, dan kita mungkin perlu ada, untuk benarkan duluan-duluan seperti ini, ia adalah satu perkara yang sangat serius kerajaan mesti lihat, jika tidak saya fikir ia adalah satu ancaman serius kepada, awak tahu, perpaduan di kalangan rakyat dalam negara ini.)
Question: You have no front in making such a statement?
(Soalan: Kamu tiada muslihat dalam membuat kenyataan ini?)
Answer: No front.
(Jawapan: Tiada muslihat.)
Question: Is that an unwarranted call?
(Soalan: Adakah itu satu seruan yang tidak berasas?)
Answer: I think a warranted call.
(Jawapan: Saya fikir satu seruan yang berasas.)
Question: You don't see any repercussion from your statement?
(Soalan: Kamu tidak lihat satu kesan negatif dari kenyataan kamu?)
Answer: What repercussion can there be?
(Jawapan: Apa kesan negatif yang boleh timbul?)
Question: What is the danger when you say that party or professional they are on the racial line or religious line…
(Soalan: Apa bahaya bila kamu berkata bahawa parti atau profesional mereka bergerak atas garis perkauman atau garis keagamaan…)
Answer: Even Mahathir is on record as stating that ultimately there should be no racial political parties in the country, ultimately, he had said that.
(Jawapan: Mahathir sendiri pernah direkodkan sebagai berkata bahawa pada akhirnya hendaklah tidak ada parti-parti politik perkauman dalam negara ini, pada akhirnya, dia berkata begitu.)
Question: When, about when he said that?
(Soalan: Bila, lebih kurang bila dia berkata begitu?)
Long ago, when he was a Prime Minister, it was quoted in the Asiaweek.
(Jawapan: Lama dahulu, bila dia seorang Perdana Menteri, ia telah dipetik dalam Asiaweek.)
Question: Where was the danger, I mean, having so long, all the while, where was the danger behind?
(Soalan: Di mana bahaya, maksud saya, setelah begitu lama, selama ini, di mana bahaya sebelum ini?)
Answer: But having been too long doesn't mean we can't do it. Something must be done. It should have been done long ago. It is not too late. Especially a call like this, that they will take further action, what is all these?
(Jawapan: Tetapi setelah begitu lama tidak bermakna kita tidak boleh buat ia. Sesuatu mesti dilakukan. Sepatutnya ia telah dibuat lama dahulu. Masih belum terlambat. Khasnya satu seruan seperti ini, bahawa mereka akan mengambil tindakan lanjut, apa semua ini?)
Question: You are ascribing this for political parties and professional associations like the Muslim Lawyers Association?
(Soalan: Kamu menyatakan ini untuk parti-parti politik dan persatuan-persatuan profesional?)
Answer: Yes, yes. I think it is all wrong.
(Jawapan: Ya, ya. Saya fikir semua itu salah.)
Question: How would you comment that this kind of statement and on going things happened just as Prime Minister Najib returned from the World Islamic Economic Forum in London where he espoused the moderation and defended himself by saying that Malaysia is all for moderation when he was asked by CNN about the Allah issue and other fundamentalists, is there an irony there?
(Soalan: Bagaimana kamu akan komen bahawa kenyataan begini dan perkara-perkara yang sedang terjadi berlaku sejurus Perdana Menteri Najib kembali dari Forum Ekonomi Islam Dunia di London di mana beliau mendukung kesederhanaan dan mempertahankan diri dengan menyatakan Malaysia mendukung kesederhanaan bila bila beliau ditanya oleh CNN mengenai isu Allah dan fundamentalis-fundamentalis lain, apakah ada ironi di situ?)
Answer: Of course, I mean internationally, you know, he speaks different from what he does when he is here, that's why the British Prime Minister praised him, "it's a moderate Islamic government and therefore, you know, something which should be admired".
(Jawapan: Memang, maksud saya di peringkat antarabangsa, awak tahu, beliau bercakap berbeza dari apa yang beliau buat bila beliau di sini. Sebab itu Perdana Menteri British memuji beliau, "ia adalah sebuah kerajaan Islam sederhana dan oleh kerana itu, awak tahu, sesuatu yang perlu disanjung".)
Question: Your call to ban all religious and racial political parties, will it go against the freedom of association?
(Soalan: Seruan kamu untuk mengharamkan semua parti politik keagamaan dan perkauman, tidakkah ia bertentangan dengan kebebasan berpersatuan?)
Answer: Freedom of association does not mean that you can have associations which are divisive, I think there must be some limit to, you know, what freedom of association can constitute.
(Jawapan: Kebebasan berpersatuan tidak bererti anda boleh mempunyai persatuan-persatuan yang membawa perpecahan, saya fikir di sana mesti terdapat beberapa batasan ke atas, awak tahu, apa kebebasan berpersatuan boleh buat.)
If there is no more question on this then the Sungai Limau by-election.
(Jika tiada soalan lagi untuk ini maka pilihan raya kecil Sungai Limau.)
It was a clear-cut victory for PAS.
(Ia adalah satu kemenangan nyata bagi PAS.)
Reduction in the majority does not mean that PAS has lost support.
(Penurunan dalam majoriti tidak bermakna yang PAS telah kehilangan sokongan.)
What has to be taken into account is that millions which were virtually spent by the Barisan there, the machinery the Barisan used in the by-election, unlike a general election, it is different, here everything is focused on one small constituency, certainly a slap in the face for Mukhriz and Mahathir Mohamad and I hope Dr Mahathir Mohamad, after the loss of the Vice-Presidency by his son and now the loss of Sungai Limau with his son as the Menteri Besar there, Dr Mahathir will stop from further interfering in the political affairs of the country.
(Apa yang perlu diambil kira ialah jutaan yang telah dibelanjakan oleh Barisan di sana, jentera Barisan gunakan dalam pilihan raya kecil, tidak seperti pilihan raya umum, ia adalah berbeza, di sini semuanya difokuskan kepada sebuah kawasan kecil, semestinya satu tamparan di muka Mukhriz dan Mahathir Mohamad dan saya harap Dr Mahathir Mohamad, selepas kekalahan jawatan Naib Presiden oleh anak beliau dan sekarang kehilangan Sungai Limau dengan anak beliau sebagai Menteri Besar di sana, Dr Mahathir akan berhenti dari terus campur-tangan dalam urusan-urusan politik negara ini.)
It is a very short one on that one, any question on that?
(Sangat ringkas mengenai hal ini, ada soalan mengenainya?)
Question: If you say that all political parties should be deregistered then PAS will be deregistered and there won't be Sungai Limau by-election?
(Soalan: Jika kamu menyatakan bahawa semua parti politik perlu dibatalkan pendaftarannya maka PAS akan dibatalkan pendaftarannya maka tidak akan ada pilihan raya kecil Sungai Limau?)
Answer: No, no, change your race, open your door to other races and that is the end of it, you can save yourself. See, we can't perpetuate racial political party, can't go on forever, we are a multi-religious, multi-racial country, which means you must have multi-racial, you know, political parties, you cannot have racial political parties in multi-racial society, should not be allowed, we are driving the different races further apart instead of trying to get them closer together to unite them.
(Jawapan: Bukan, bukan, tukar kaum kamu, buka pintu kamu kepada kaum-kaum lain dan tamatlah cerita, kamu boleh selamatkan diri kamu. Lihat, kita tidak boleh memanjangkan parti politik perkauman, tidak boleh begini selama-lamanya, kita adalah sebuah negara berbilang agama, berbilang kaum, yang bermakna kamu mesti ada parti-parti politik, kamu tahu, berbilang kaum, kamu tidak boleh ada parti-parti politik perkauman dalam masyarakat berbilang kaum, tidak boleh dibenarkan, kita semakin menjauhkan pelbagai kaum di sebalik cuba mendekatkan mereka untuk menyatukan mereka.)

Question: If that is the case then may be there will be no Chinese school, no Indian school…

(Soalan: Jika ini keadaannya maka mungkin tidak akan ada sekolah Cina, sekolah India…)
Answer: I am talking about political parties.
(Jawapan: Saya bercakap tentang parti-parti politik)
Question: When you said there is no racial, meaning there is no Hakka, no Buddhist Association…
(Soalan: Bila kamu menyatakan tiada perkauman, maksudnya tiada Persatuan Hakka, Buddha…)
Answer: I am talking about political parties.
(Jawapan: Saya bercakap tentang parti-parti politik)
Question: So, it is just political party and professional association?
(Soalan: Jadi, hanya parti politik dan persatuan profesional?)
Answer: Please don't misunderstand me, I am talking about political parties.
(Jawapan: Tolong jangan salah faham saya, saya bercakap tentang parti-parti politik.)
Question: It is just political party and professional association?
(Soalan: Hanya parti politik dan persatuan profesional?)
Answer: Yes, and of course professional association, I think it is wrong.
(Jawapan: Ya, dan juga persatuan profesional, saya fikir salah.)
Question: But if you implement it, what PAS is going to do? What do you think PAS will do? I mean they are a political party, their registration and all that, I mean they are religious, right? And if they are going to be deregistered then what are they going to do?
(Soalan: Tetapi jika kamu melaksanakannya, apa PAS akan buat? Apa kamu fikir PAS akan buat? Maksud saya mereka adalah sebuah parti politik, pendaftaran mereka dan sebagainya, maksud saya mereka adalah keagamaan, bukan? Dan jika mereka akan dibatalkan pendaftaran mereka maka apa mereka akan buat?)
Answer: Don't get deregistered, I mean, get others, open your door to the other races, so what is the problem? You are already having, you know, PAS Supporters non-Muslims there, which in fact appears to be a step towards there.
(Jawapan: Jangan biar dibatalkan pendaftaran, maksud saya, dapatkan orang-orang lain, buka pintu kamu kepada kaum-kaum lain, jadi apa masalah? Kamu sudah ada, kamu tahu, Penyokong-Penyokong PAS bukan Muslim di sana, yang kelihatan sebagai satu langkah ke arah itu.)

*Penghinaan demi penghinaan PAS terima dari rakan se'PAKATAN' mereka. Itu pun masih lagi sanggup jadi PAK TURUT.


Kisah Sebenar : Kuil Muniswaran Dikritik Kaum India Kerana Menyeleweng?

Posted: 19 Nov 2013 12:32 AM PST

Artikel dari blog Badut Rakyat:

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI DI KUIL SRI MUNISWARAN JALAN P. RAMLEE DIDEDAHKAN !!!
cerita sebenar didedahkan oleh kaum hindu sendiri.saya harap lepas ni tolong tutup isu ini wahai puak pembangkang.penulis ini menceritakan kisah sebenar apa yang terjadi di kuil Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.cerita di bawah sebenarnya adalah dari bahasa inggeris.saya dah translate ke bahasa melayu.saya bukan nak melagakan kaum india dan saya bukan rasis tapi ambil ini sebagai iktibar wahai pembaca Badut Rakyat.sebenarnya yang melagakan kita adalah pembangkang.itu realiti !!!

Johny Walker Muniswaran

Seksyen yang berasingan dari kuil kita digunakan untuk lepak.Ini adalah Pechayiamman.Sebuah patung sangat jarang berlaku.
Semasa umur saya sekitar 14 tahun,saya sering menyertai 'senior' saya yang aktif downloading (menurun) Tuhan ke dalam jasad mereka.Di dalam kawasan perkuburan Klang ada sebuah kuil Kali yang kerap kami kunjungi.Berbagai upacara pooja dilakukan di situ oleh sami 'terlatih' hanya melalui pengalaman sendiri,hampir sepanjang upacara mereka menjerit-jerit seperti disampuk hysteria mungkin kerana kerasukan semangat ruh.Kalau di ingatkan balik,memanglah ia pengalaman yang menakutkan berada dalam kuil dalam kawasan perkuburan dikelilingi beberapa macha yang lidah terjelir-jelir keluar seperti dewi Kali,merenung tajam ke mata dan meramal apakah nasib masa depan saya.Sebaik saja drama downloading Tuhan selesai,macha-macha tadi akan lepak sambil pekena dua tiga balut (ganja).

Mari kita lihat isu kuil Muniswaran yang dirobohkan baru-baru ini.

"Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata seorang sami yang berkunjung ke kuil tersebut sebelum Deepavali mendapati hanya ada 6 orang penganut Hindu di sana."

"Sami itu kemudian pergi ke tandas dan mendapati ada tersimpan minuman keras di sana.Sami berkata ini memalukan agama Hindu" beliau berkata hari ini"

Perkara pertama yang perlu diketahui disini ialah,teramat jelas yang bukan semua struktur kuil telah di roboh.Kedua,padan muka dengan kesemua India muttal pengikut Waythamoorty suttee yang mengundi BN,kerana terlalu yakin mereka akan berkuasa jika mereka menang.Memorandum Kesefahaman yang ditandatangani Waythamoorty itu hanyalah seperti tisu tandas saja dimata Najib.Ketiga,isu sebenar. Isu sebenar yang hendak saya bincangkan.Tengku Adnan ternyata telah menghina kaum Hindu di Malaysia,mencetus kemarahan dikalangan komuniti India.Beliau menuduh tandas kuil telah diguna bagi menyimpan minuman keras dan kuil telah disalahgunakan.Sebenarnya saya pun tidak teperanjat dengan kenyataan itu.Inilah punca kepada semua isu.Bila beliau berkata kuil telah disalahguna,ia adalah kenyataan yang benar.Saya melihatnya dengan mata saya sendiri.Sebenar nya,ketika kita berjuang bermati-matian mempertahankan hak kita beragama Hindu dalam negara.hakikatnya tanpa kita sedari,kita lah yang menghina agama kita sendiri.Kita memperbodohkan diri kita dengan perkara yang kita praktik.Fuck kita tidak ada pun satu garis panduan untuk apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu dihindari.Hindu Sangam Malaysia,lagi satu pertubuhan yang tak boleh diharap,tak mampu mewakili penganut agama Hindu atau perkara yang berkaitan.

Bila Tengku Adnan menyatakan yang kuil telah disalahguna untuk aktiviti haram,tak payah lah kita nak beremosi.Kita perlu berfikir secara rasional.Saya tidak suka Umno pun,tapi kita tak boleh menolak kebenaran.Cuba fikir apa yang dah benar-benar sedang berlaku dalam kuil kita sekarang ini.Ada satu isu yang berlaku sebulan yang lepas semasa perayaan Qurban,di mana penganut Hindu membantah penyembelihan Qurban dilakukan dalam kawasan sekolah yang sepatutnya dijalankan dirumah sembelihan.Kononnya itu akan memberi kesan kepada pelajar sekolah.Saya langsung tak ambil peduli.Di kuil kita sendiri pun banyak kambing yang dikurbankan tanpa belas kasihan dan ia berlaku ditontoni oleh kanak-kanak yang berada disitu.Mana perginya pahlawan Hindu? Bawa la kambing-kambing tu ke rumah sembelihan.Orang seperti Tengku Adnan sedang mentertawakan kita kerana mereka tahu mereka sedang bercakap perkara yang betul.Mereka tahu apa yang diperkatakan mereka itu benar-benar berlaku.

Saya yakin minuman keras yang dijumpai di dalam tandas kuil itu kemungkinan ialah barang sembahan untuk Tuhan Muniswaran.Muniswaran ungge kitta Johnnie Walker kettarada? Kuil sepatutnya digunakan sebagai tempat mendapat pengajaran bagi generasi muda.Ia sepatutnya menyuntik nilai-nilai moral dan rohani kepada kanak-kanak dan dewasa.Kasih sayang sepatutnya disebar secara saksama dan kebaikan perlu ditunjukkan kepada semua.Tetapi,kita ada kuil yang hari-hari menjalankan upacara sembelih kambing.Inilah upacara mandi darah yang macha warisi dan kelakuan mereka dipertontonkan kepada macha lain.Apa gunanya mempertahankan agama yang kita tak turuti nilai-nilai yang diajarkan? Ini termasuk kesemua yang berada di dalam PKR dan MIC.Chumma padem punde than overah.Nak menganjur protes besar-besaran konon Ningge pandre ulel mayireke yenthe samikude unggele kapathathe.Masih tak yakin macam mana agama Hindu diamalkan di Malaysia? Ni video klipnya.
Baca seterusnya di sini : http://badutrakyat.blogspot.com/2013/11/eksklusif-kisah-sebenar-apa-yang.html

*Kongsi-kongsikan...sumber asal adalah dalam Bahasa Inggeris di sini: http://ragedindian.com/2013/11/11/johnnie-walker-muniswaran/#more-3693