Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Transparency in transformasi

Posted: 18 Nov 2013 03:16 AM PST

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Mengapa bunuh diri jadi pilihan.

Posted: 18 Nov 2013 07:31 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dalam kerangka persoalan ini, individu yang mengalami emosi hendak bunuh diri, penulis namakannya sebagai pengidap. Pada peringkat awal pengidap akan lebih kepada menyalahkan keadaan dan orang lain. Kurang sebenarnya pengidap menyalahkan diri sendiri.

Lebih diingat ialah apa yang orang lain buat dan lakukan terhadap dirinya dan kejadian yang menimpa diri orang yang dekat dengannya. Waktu inilah kadang masa pengidap menghadapi situasi mendengar bisikan atau suara-suara yang sebenarnya bisikan syaitan laknatullah, tanpa banyak kesederan atau langsung tidak disedarinya.

Pengidap lebih mencari situasi duka nestapa yang telah terjadi dari melihat wajah terang di hadapan dalam melayari kehidupan. Pengidap sebenarnya sedang berdikit-dikit mengalami pergolakkan untuk meneruskan kehidupan.

Tercari mana lebih baik sebagai pilihan. Antara dua di bawah ini sebagai penunjuk kepada apa yang dimaksudkan.
Pilihan pertama. 
Pilihan ke dua. 
Staying alive - (Bee Gees)

Hot tip:You can sing this song with a PC karaoke player! With Microke you can sing Bee Gees songs and much more See www.microke.com for details.

Lyric: 

Well, you can tell by the way I use my walk,
I'm a woman's man, no time to talk.
Music loud and women warm.
I've been kicked around since I was born.
And now it's all right, it's O.K.
And you may look the other way.
We can try to understand
The New York Times' effect on man.
Whether you're a brother
Or whether you're a mother,
You're stayin' alive, stayin' alive.
Feel the city breakin'
And ev'rybody shakin'
And we're stayin' alive, stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Well now, I get low and I get high
And if I can't get either I really try.
Got the wings of heaven on my shoes
I'm a dancin' man and I just can't lose.
You know it's all right, it's O.K.
I'll live to see another day.
We can try to understand
The New York Times' effect on man.
Whether you're a brother
Or whether you're a mother,
You're stayin' alive, stayin' alive.
Feel the city breakin'
And ev'rybody shakin'
And we're stayin' alive, stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Life goin' nowhere.
Somebody help me.
Somebody help me, yeah.
Life goin' nowhere.
Somebody help me, yeah.
Stayin' alive
Well, you can tell by the way I use my walk,
I'm a woman's man, no time to talk.
Music loud and women warm.
I've been kicked around since I was born.
And now it's all right, it's O.K.
And you may look the other way.
We can try to understand
The New York Times' effect on man.
Whether you're a brother
Or whether you're a mother,
You're stayin' alive, stayin' alive.
Feel the city breakin'
And ev'rybody shakin'
And we're stayin' alive, stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Stayin' alive.
Ah, ha, ha, ha,
Stayin' alive.
Life goin' nowhere.
Somebody help me.
Somebody help me, yeah.
Life goin' nowhere.
Somebody help me, yeah.
Stayin' alive
Life goin' nowhere.
Somebody help me.
Somebody help me, yeah.
Life goin' nowhere.
Somebody help me, yeah.
Stayin' alive
Bagaimana pun pilihan tidak hanya terikat kepada dua. Tambahan kepada pilihan akan menambah berat untuk memilih mana lebih baik. Di saat begitu pilihan yang banyak adalah satu bebanan kepada pengidap. Seperti biasa orang lain hanya mampu bercakap, mengingat, manasihati, mendiamkan diri terus (tidak mahu masuk campur) atau pelbagai aksi yang kebanyakkannya tidak menguntungkan langsung untuk membantu penegasan kepada pemilihan, bagi mengelakkan tragedi dari terjadi.

Berapa ramai kalangan terdekat yang boleh membimbing. Kalangan terdekat ialah ahli keluarga dan kenalan termasuk rakan atau sahabat. Waktu itu baik ahli keluarga atau kenalan "tidak masuk buku" dalam minda pengidap.

Bukan waktunya lagi untuk mencari manusia lain sebagai teman. Yang lebih ketara dalam fikiran pengidap ialah manusia semakin menjauh dan ada kalangan yang menempelak atau "mencebek."

Akhirnya pengidap akan menjadikan "jalan mengelak" sebagai satu proses kendiri dari yang sepatutnya. Dari memaut harapan kepada ahli keluarga atau kenalan yang belum tentu faham dan jelas keadaan dirinya dewasa itu. Tujuannya ialah mengelak dari jadi tambah sakit hati dan bahan ejek. Seboleh mungkin penidap akan mengelak diri dari mendekati semua orang.

Pengidap tidak menjadikan orang lain sebagai tempat menitip simpati atau menagih harapan. Dengan kata lain pada satu peringkat akan timbul pada diri pengidap, orang lain tiada kena mengena dengan dirinya. Orang lain tidak akan dipercayainya lagi. Syaitan laknatullah pun semakin mudah kerjanya. Nauzubillah.

Astagfirullah...

Hal ini terjadi setelah beberapa aduan,luahan emosi atau permasalahan kepada orang terdekat yang disangka boleh dipercayai pengidap, tidak mengambil peduli atau tidak mengambil perhatian yang sepatutnya dengan apa yang diluahkan. Peringkat ini dapat dinyatakan sebagai proses menyendiri 100%. Waktu inilah kemungkinan besar kematian adalah satu kemestian "amat menggelegak" dalam fikiran pengidap, lagi segera lagi baik. Jalan pintasnya ialah membunuh diri. Syaitan laknatullah semakin dekat dengan diri pengidap. Nauzubillah.

IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.
BERSAMBUNG.
Pautan: p3c3q
Antara nukilan dibawah mungkin boleh membantu.
042. Mengenang Yang Telah Sudah.

Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


5 syarikat paling tua di Bursa Saham Malaysia

Posted: 04 Sep 2013 11:12 AM PDT


Mungkin ramai yang tak sedar ada banyak syarikat yang cukup tua yang telah lama wujud di negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Syarikat yang dibicarakan di sini hanyalah yang besar dan tersenarai di Bursa Saham sahaja.

Sudah tentu yang tersenarai itu adalah syarikat yang besar dan telah melalui berbagai tranformasi yang berjaya mengekalkan mereka sehingga ke hari ini.

Memang ada banyak syarikat telah wujud di negara kita sejak sebelum merdeka, cumanya banyak yang kecundang dan mati separuh jalan sebelum sempat negara mengecapi kemerdekaan.

Mari kita lihat 5 syarikat paling tua yang wujud di senarai Bursa Saham kita sekarang:
  1. TAHPS Group – Nama asal syarikat paling tua di Bursa Saham ini adalah The Ayer Hitam Planting Syndicate Berhad. Ditubuhkan sejak tahun 1907 sebagai syarikat perladangan Pokok Getah. Kini dia telah mempelbagaikan perniagaannya kepada Kelapa Sawit dan juga Hartanah di samping masih mengekalkan perladangan Pokok Getah.
  2.  United Malacca – Syarikat ini ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock pada tahun 1910 sebagai syarikat perladangan getah bermula dengan keluasan pada ketika itu seluas 186 hektar. Ia merupakan syarikat nombor dua paling tua di Bursa Saham. Sekarang mereka mempunyai seluas 24,575 hektar ladang dengan nilai perdagangan sebanyak RM1.48 billion. Mereka masih kekal dalam industri perladangan getah dan dan juga Kelapa Sawit.
  3. Sime Darby – Tak perlu diperkenalkan lagi syarikat ini kerana kita semua dah tahu. Orang Inggeris yang menubuhkan syarikat perladangan ini pada tahun 1910. Orang yang menubuhkannya adalah William Middleton Sime, Henrry d'Esterre Darby dan juga Herbert Milford Darby. Asal penubuhannya adalah di Melaka dengan ladang seluas 12,437ekar. Kini Sime Darby berkembang dengan berbagai perniagaan termasuklah perladangan, hartanah dan juga automotive. Nilai pasarannya adalah RM56.31 billion.
  4. Asian Pac Holding – Starikat ini ditubuhkan pada tahun 20hb Jun 1913. Disenaraikan di Bursa pada tahun 1961. Sayarikat ini bermula sebagai sebuah syarikat insurans dan broker saham. Kini ia telah bertukar menjadi sebuah syarikat pelaburan dan pembinaan hartanah. Keuntungannya melonjak naik pada tahun 2012 sejak kejayaannya membina Kota Kinabalu Times Square. Pengerusi kepada syarikat ini ialan Tan Sri megat Najmuddin Megat Khas. Namun pemilik utamanya ialah Encik Mah Sau Cheong.
  5. Pinehill Pasific – Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai sebuah syarikat Kelapa Sawit dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Kini masih mengekalkan perniagaan kelapa sawitnya dan ditambah dengan perniagaan hartanah.
Terdapat sebanyak 26 syarikat yang ditubuhkan pada dan juga sebelum tahun 1957 di Bursa Saham.

Untuk pengetahuan  semua, Sapura Resources ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, seorang jurutera elektrik didikan British. Ia bermula dengan nama Uniphone Telecommunication Berhad sebagai syarikat telekomunikasi dan masih wujud sehingga sekarang. Itulah satu-satunya syarikat yang ditubuhkan oleh Bumiputra yang masih wujud dan semakin kukuh sehingga sekarang. Yang lainnya semua dimulakan samada oleh Mat Saleh atau Orang Cina.

Apa agaknya masalah orang kita Melayu ni agaknya ya?


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kereta 12 Tahun Tak Selamat? Ketua Pengarah MIROS Patut DISEKOLAHKAN Mengenai ROADWORTHINESS. @najibrazak

Posted: 18 Nov 2013 02:27 AM PST

~Roadworthiness~
Roadworthiness or streetworthiness is a property or ability of a car, bus, truck or any kind of automobile to be in a suitable operating condition or meeting acceptable standards for safe driving and transport of people, baggage or cargo in roads or streets. - Wikipedia

Kata kunci untuk menentukan sama ada sebuah kenderaan itu selamat atau tidak. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah MIROS bahawa kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya.
Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat Di Jalan Raya - Miros

MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.
Baca seterusnya di sini : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=993752

Andaikan sebuah kereta sebagai manusia. Berusia tidak bermakna tidak sihat. Ada yang lebih muda menemui ajal lebih dahulu dari yang lebih berusia. Mengapa?

Kerana ada di antara yang muda tidak mengekalkan tahap kesihatannya mengikut umur yang sepatutnya. Makan tak jaga, tak pernah bersenam antara faktor-faktor penyebab.

Begitu juga dengan kereta. Tidak guna memakai kereta baru tetapi tak perasan brek dah haus atau tidak. Ada kereta baru tapi mentol lampu dah terbakar tanpa disedari oleh pemilik. Kadang-kadang sebab memandu dengan sebelah mentol boleh menyebabkan kenderaan di hadapan (atau di belakang) menyangka bahawa yang di hadapannya adalah motosikal. Penyelenggaraan kenderaan antara faktor roadworthiness kenderaan.

MyMassa setuju jika kenderaan berusia dihadkan penggunaan di jalan raya tetapi dengan syarat ia nya diuji menggunakan ROADWORTHINESS sesebuah kenderaan. Bukannya pukul rata semua kenderaan melebihi 12 tahun tidak dibenarkan digunakan dijalan raya. Kalau sesebuah kenderaan memang dah tak selamat, takkan masih nak benarkan ianya di atas jalan raya?

Contoh kenderaan yang diragui roadworthiness.
Kalau boleh, syarat ini dimulakan dengan KENDERAAN KOMERSIAL terlebih dahulu.

Lihatlah bagaimana nahas jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan komersial seperti lori dan bas. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lori atau bas tersebut tetapi turut melibatkan penumpang atau pemandu kenderaan yang lain dalam jumlah mangsa yang lebih besar.

Lori seperti ini yang sepatutnya dikaji oleh MIROS.
MyMassa yakin ramai rakyat yang akan marah kalau Kerajaan terima kajian MIROS mengenai usia kenderaan tetapi mengenepikan aspek roadworthiness sebuah kenderaan kerana di Malaysia, ramai yang meminati kereta lama disebabkan nilai sentimental kenderaan tersebut.

*Cuba tengok pengasas IKEA, Ingvard Kamprad, rileks je masih menggunakan Volvo 240 tahun 1993.



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas baru sedar selepas 'terasa hanching di kencing' DAP?

Posted: 18 Nov 2013 09:09 PM PST


Karpal mesti minta maaf

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Karpal gagal berbuat demikian, Dewan Pemuda Pas akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menuntut kepemimpinan DAP meminta Karpal memohon maaf kepada Pas dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

"Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.


Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada petikan transkrip terjemahan bahasa Melayu yang dilampirkan bersama kenyataan Raja Ahmad Iskandar, Karpal berkata:

"Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi Pas juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum."

Raja Ahmad Iskandar menambah, kenyataan Karpal yang berdegar-degar itu tidak mampu mencalarkan pendiriannya walau sedikit pun.

"Hakikat yang tidak mampu diubah oleh sesiapa, malah tidak sama sekali dinafikan oleh Karpal sendiri dalam kenyataan terbaharunya ialah bahawa beliau dalam sidang akhbar pada 5 November memang memasukkan Pas ke dalam senarai parti perkauman dan keagamaan yang perlu dibatalkan pendaftarannya," ujarnya.

Sementara itu jurucakap 'Tin Kosong' Pas, Mahfuz the Mr.Bean berkata Pembohongan calar imej Pas, DAP?

Pengerusi DAP, Karpal Singh didesak bersikap jujur dalam mendepani isu berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran Pas dibatalkan berikutan pendedahan rakaman kenyataannya itu kelmarin.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar@The Mr.Bean berkata, selaku ahli politik berpengalaman, Karpal seharusnya berani mengakui kesilapannya jika benar mengatakan perkara tersebut.


"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej Pas tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," katanya seperti dilaporkan portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.

Karpal sebelum ini menafikan kenyataannya yang menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum dibatalkan kerana membahayakan negara.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut.

Walau bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas Pusat kelmarin tampil mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Mengulas lanjut, Mahfuz mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada Kit Siang dan DAP.

"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya.

Dah basah kuyup kena kencing, baru nak sedar...!!! HamPas..?

Suara Politik
Belantan

Gelagat memualkan ahli Parlimen pembangkang berterusan?

Posted: 18 Nov 2013 05:43 AM PST


Pakatan pembangkang ternyata tidak pernah mahu menghentikan tabiat mereka sejak pilihan raya umum 2008 untuk menjadikan Dewan Rakyat atau Bangunan Parlimen seolah-olah tempat untuk meneruskan agenda politik mereka.

Imbas kembali, pakatan pembangkang sejak awal lagi memang suka membuat kecoh apabila bersedia menghimpunkan penyokong mereka di Padang Merbok yang terletak tidak jauh dari Bangunan Parlimen tidak lama dulu bagi membantah majlis angkat sumpah ahli-ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sebelum ini , selepas pilihan raya umum 2008, kita juga sudah saksikan Bangunan Parlimen dan Dewan Rakyat menjadi seolah-olah gelanggang politik bagi mereka.

Di dalam dewan mereka terpekik terlolong dan di luar dewan pula ada ketikanya mereka membawa penyokong-penyokong untuk mengadakan demonstrasi dan sidang akhbar. Sama ada hendak diakui atau tidak, berikutan tindakan mereka itu taraf eksklusif Bangunan Parlimen yang sepatutnya dihadkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat (YB), sudah semakin terhakis.

Pemimpin-pemimpin pembangkang berbangga dengan tindakan itu kerana menganggap Parlimen adalah hak rakyat. Justeru bagi mereka, rakyat juga mempunyai hak untuk berkumpul di bangunan yang dianggap lambang demokrasi negara ini.


Minggu ini, sekali lagi, kita terpaksa menyaksikan adegan memualkan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang apabila mereka bukan sahaja membuat bising di dalam dewan tetapi juga membawa apa juga usul yang dilihat hanya bertujuan politik.

Walaupun memahami usul-usul yang mereka bawa akan ditolak oleh dewan kerana tidak memenuhi syarat dan sebagainya tetapi pemimpin pembangkang tetap berbuat demikian. Kesudahannya ia mencetuskan perbalahan dengan ahli-ahli Parlimen BN.

Akibatnya, wang dan masa yang seharusnya diperuntukkan untuk membahaskan masalah rakyat serta negara 'terbazir' begitu sahaja. Tetapi malangnya, pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang juga selama ini mendabik dada kononnya mereka pejuang sebenar rakyat dan menuduh serta melakukan pelbagai tohmahan terhadap perbelanjaan oleh kerajaan BN.

Namun mereka tidak pula mahu mengkaji bagaimana tindakan mereka di Dewan Rakyat secara terang-terangan membazir masa dan wang rakyat.

Namun semua itu tidak perlu kita hairan kerana pakatan pembangkang sememangnya sejak dulu, kini dan selamanya akan berperangai bak kata pepatah 'Gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tak nampak.'



Begitulah juga dengan sikap mereka di Dewan Rakyat sepatutnya kalau mereka selalu mendabik dada sebagai pejuang demokrasi, pembela nasib rakyat dan menentang segala pembaziran, maka pastikan sidang dewan itu berjalan dengan lancar.

Dari segi undang-undang dan hak, tidak salah untuk mana-mana ahli Parlimen mewakili mana-mana juga parti membawa apa-apa juga usul di Dewan Rakyat, tetapi apabila dewan memutuskan usul itu ditolak maka terimalah dengan hati terbuka. Janganlah membantah dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan lebih malang lagi terjerit-jerit seperti kanak-kanak tadika tidak mendapat sesuatu barang yang diminta.

Bayangkan, perasaan rakyat yang melihat adegan ahli-ahli Parlimen tersebut di kaca televisyen. Mungkin bagi penyokong tegar, mereka akan menganggap pemimpin yang mereka sokong itu hebat boleh memaki hamun dan bertekak dengan wakil kerajaan di Parlimen.

Tetapi bagaimana dengan rakyat atas pagar yang berasa bosan dan mual dengan sikap pemimpin pembangkang yang tidak sudah-sudah berperangai seperti 'kaduk naik junjung' itu?

Dewan Rakyat bukan gelanggang politik, Bangunan Parlimen bukan medan pilihan raya dan lobi Parlimen bukan pentas ceramah.

Kita tidak pasti sampai bilakah perangai buruk pembangkang yang mahu berpolitik tidak mengira tempat dan masa ini akan berterusan. Apa yang pasti perbuatan mereka menunjukkan ketidakmatangan pembangkang untuk mencari modal politik dan publisiti murahan.

Seperti mana ditegaskan, tidak salah untuk pembangkang membawa apa juga isu atau usul di Parlimen sebab itu hak mereka tetapi pastikan ia bukan dengan matlamat untuk mencari keuntungan politik semata-mata.

Apa pun yang dilakukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat mestilah berteraskan kepada usaha mengutamakan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun apa yang kita saksikan, hanya terdapat segelintir ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak matang di dewan itu, selebihnya lebih banyak melakukan tindakan atas matlamat untuk menarik perhatian rakyat terhadap perbuatan mereka.



Adalah sesuatu yang malang, jika setiap tahun kita terpaksa menyaksikan gelagat membosankan ahli-ahli Parlimen pembangkang. Kalau merasakan politik yang dibawa oleh mereka hebat sangat maka gunakanlah pentas-pentas ceramah dan gelanggang pilihan raya untuk meraih sokongan rakyat.

Lebih mengecewakan kita, majoriti ahli Yang Berhormat daripada pembangkang memahami undang-undang dan peraturan. Namun apa yang kita saksikan golongan inilah paling banyak mencetuskan kekecohan seolah-olah mereka sahaja yang betul.

Sebab itulah, kita memuji ketegasan yang ditunjukkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam menangani sidang itu. Sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, Pandikar Amin dilihat berusaha untuk menjadi 'hakim' yang adil, siapa yang salah tetap dikenakan tindakan.

Bagaimanapun bagi pembangkang ia belum mencukupi, kalau keputusan yang dibuat menyebelahi mereka, maka ucapan 'Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua' dilafazkan, tetapi kalau keputusan sebaliknya, maka Yang Dipertua akan dianggap 'bias' (berat sebelah).

Apa yang diharapkan, rakyat akan menilai dengan sebaik-baiknya perbuatan mereka itu, biarlah penyokong tegar mereka menganggap mereka hebat, tetapi rakyat pasti memahami bahawa kehebatan seorang ahli politik bukan berdasarkan kemampuan mereka terpekik terlolong di Dewan Rakyat semata-mata.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


TERKINI - [11pg/19 Nov] : Budak Lelaki Hilang Di Villa Nabila Ditemui

Posted: 18 Nov 2013 07:00 PM PST


Usaha mencari budak lelaki berusia 16 tahun di Villa Nabila.
JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.
Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui di sekitar pukul 2 pagi Selasa.
"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.
Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.
"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.
Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.
Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.
Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin. Pic: blogspot.comMohamad Izzat Izzudin Hussin. Pic: blogspot.comJOHOR BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.
"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

TERKINI dari Villa Nabila JB - Remaja hilang mungkin disorok makhluk halus

Posted: 18 Nov 2013 05:36 PM PST

Laporan 23 Kanak-Kanak Hilang Di Banglo Berhantu, Villa Nabila Tidak Benar - Polis
Pintu masuk ke Villa Nabila.
JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
"Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.


JOHOR BARU - There is nothing spooky happening at an abandoned mansion along Jalan Skudai here in Danga Bay, despite rumours flooding social media site, alleging that 23 teenagers went missing.
"It is a rumour, nobody is missing after entering the mansion. It is standard operation procedure to investigate any place or places based on reports received," Johor Baru (South) deputy police chief Superintendent Abdul Samad Salleh said.
He confirmed that police received a report that a 16-year-old boy, who had left his family's house in Kampung Majidee here on Nov 16, was reported last seen entering the mansion, named Nabila Villa, by self-proclaimed paranormal-activity seekers.
Abdul Samad said a missing person report was lodged by the missing boy Mohammad Izzat Izuddin's mother Norhayati Mohammad 38, at 1.15am this morning.
The boy's mother, who had checked his whereabouts with his friends, was told that he had gone to the villa.
This information somehow leaked and everyone was posting in on their respective facebook pages, and blogs, causing a frenzy.
The situation snow-balled, when people saw shamans and bomohs to the location, one of them a self-proclaimed ghost-buster , who hoped to track the boy down, believing that some evil powers were hiding him.
Police also upon receiving the report, were despatched to the scene. Seeing the police patrol cars, and a rescue vehicle from the Fire and Rescue Department, prompted passer-by to snap pictures and post it online, claiming that a group of children were missing.
At noon, there were about 300 people gathering in front on the abandoned villa, with cars lined up by the road side.
Police were also at the scene, manning traffic.
16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di sini, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, hari ini.

Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.
Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.  
Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya. - Bernama

Rosmah Mansor mengganas kembali ... Anggota kabinet yang menyokongnya tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja

Posted: 18 Nov 2013 03:58 PM PST

NOVEMBER 19, 2013
Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif.
Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.
Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya.
Sebelum ini, terutama pada tahun-tahun pertama dan kedua Najib menjadi Perdana Menteri, isu berkaitan Rosmah begitu hangat menjadi perbualan dan kecaman rakyat. Beliau didapati sering berbelanja mewah, memakai pakaian mahal dan 'bling-bling', memiliki banyak koleksi beg tangan mewah dan kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan.
Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihan raya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini.
Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja.
Perubahan ini mungkin dilakukan kerana Najib dan para punah-sihatnya menyedari bahawa penonjolan Rosmah yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk dalam sokongan rakyat kepada Umno dan BN.
Kini dengan kembalinya Rosmah kepada watak dan tabiat asalnya iaitu mengadakan lawatan ke luar negara dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan, apakah ini merupakan petanda beliau bakal kembali mengganas lagi?
Dengan pilihan raya sudah berakhir dan kecaman di Parlimen serta suara bising rakyat tidak akan mengubah apa-apa sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Apakah juga selepas ini lebih banyak lagi cerita-cerita sensasi bakal keluar dan lebih banyak penggunaan jet eksekutif dibenarkan kepada isteri Perdana Menteri ini?
Melihat kecenderungan ini, rakyat nampaknya kena bersedia menyaksikan lebih banyak cerita-cerita sensasi mengenainya. Bermula dengan menggunakan jet eksekutif sebagai landasan memunculkan dirinya, mungkin lebih banyak cerita mewah dan boros akan muncul selepas ini.
Walau apa pun kebimbangan rakyat mengenai isu Rosmah ini, tindakan Najib dan kabinet meluluskan lawatan dan membenarkan isterinya mewakili kerajaan adalah petunjuk jelas bahawa ungkapan kata-kata "berubah sebelum rebah" yang sering dilaungkan sebelum ini hanyalah umpan untuk mengekalkan kuasa dan memperolehi undi semata-mata. Setelah kuasa diperoleh, bukan saja perkataan "berubah" tidak lagi disebut, bahkan janji "rakyat didahulukan", "kami mendengar" dan banyak lagi sebenarnya hanyalah ungkapan-ungkapan manis yang penuh dengan racun saja.
Jika sekiranya ketika hampir pilihan raya, kelibat Rosmah diperlahankan sebagai suatu tanda "berubah", seharusnya perkara itu terus dilakukan kerana masing-masing sudah pun menyedari ada yang tidak kena dengannnya, terutama dalam penggunaan jet eksekutif dan perbelanjaan wang rakyat.
Lebih-lebih lagi Parlimen juga diberitahu sebelum ini bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk petrol jet kerajaan manakala penyelenggaraannya pula menelan belanja lebih RM160 juta. Untuk setiap penerbangan pula, kos petrol saja sebanyak RM470 ribu.
Tidak seperti Mahathir, walaupun beliau cukup berkuasa selama 22 tahun pemerintahannya tetapi tidak pernah sekali pun isterinya, Siti Hasmah dibenarkan menggunakan jet eksekutif secara bersendirian. Anak-anaknya pula langsung tidak berpeluang menumpang untuk ke mana-mana.
Malangnya di era Najib ini, jet eksekutif tidak ubah seperti bas Tong Fong layaknya. Isterinya kerap kali dibenarkan menggunakannya untuk ke mana-mana, manakala anak-anak dan bakal menantu pun turut sama bermewah menaikinya. Dilaporkan juga kenalan rapat keluarga Perdana Menteri turut ramai yang sudah menumpang.
Dalam hal ini, Najib seharusnya insaf bahawa sokongan rakyat kepada Umno dan BN dalam pilihan raya lalu tidak sebesar mana. Sokongan itu pula sebenarnya sangat rapuh dan jika diambil kira beban derita rakyat dalam mengharungi kehidupan dengan kenaikan harga barang, penghapusan subsidi gula, pengenalan cukai GST dan kenaikan cukai pintu oleh DBKL, ditambah lagi dengan cadangan-cadangan pelik oleh kerajaan seperti mahu melarang motorsikal kecil berada di jalan raya dan melupuskan kereta berusia melebihi 12 tahun, sokongan itu bila-bila sahaja boleh berderai.
Oleh itu dalam mengurus kerajaan, haruslah ada kewajarannya. Kalau pun Najib tidak berasa malu dengan 51% pengundi yang tidak mengundi BN dalam pilihan raya lalu, sekurang-kurangnya malulah kepada Tuhan yang sentiasa melihat dan menyaksikan begitu banyak kontradiksi antara yang dicakap dan dibuatnya dalam memimpin negara ini. -– shahbudindotcom.blogspot.com, 19 November, 2013.

Seorang maut, 7 cedera nahas dekat Terowong Menora, Ipoh

Posted: 18 Nov 2013 08:18 AM PST

ROSAK... Kelihatan salah sebuah kenderaan kelihatan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM 257 Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora arah utara yang melibatkan dua buah treler dan dua buah kereta di Ipoh pada Isnin. -Foto BERNAMA
IPOH: Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.
"Treler yang membawa muatan siling itu mengalami kerosakan brake dan cuba memperlahankan kenderaannya sebelum menghimpit treler yang membawa muatan bitumen itu dan menyebabkannya (treler bitumen) terbalik dan masuk gaung," katanya.
Katanya treler yang membawa muatan siling itu kemudiannya terbabas ke hadapan dan merempuh dua kereta itu.
Beliau berkata bapa kepada Ukesparen cedera pada bahagian kepala manakala pemandu treler yang membawa muatan bitumen tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kereta Avanza membawa seramai lima penumpang dan seorang daripada mereka Rokiah Awang mengalami patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan. Pemandu kereta Nissan turut mengalami cedera ringan," katanya.
Tiga mangsa dihantar ke HRPB manakala empat yang lain menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Abdul Ghaffar berkata ekoran kejadian itu, kenderaan dari arah selatan menghala utara bergerak perlahan sepanjang empat kilometer disebabkan pengguna jalan raya mahu melihat kejadian itu. -BERNAMA

Setelah gagal turunkan harga, kini BN nak hadkan pula jangka hayat kereta ...haramjadah betoi la...

Posted: 18 Nov 2013 06:48 AM PST

NOVEMBER 18, 2013
Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini  akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.
"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan.
Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat".
Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.
Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.
"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.
"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.
Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.
Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.
Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.
"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.
"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.
Akibatnya, dakwa beliau,  harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.
Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.
\Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.
Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.
"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.
"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. – 18 November, 2013.- TMI

23 kanak-kanak hilang di Banglo berhantu Villa Nabila JB

Posted: 18 Nov 2013 01:39 AM PST

Laporan 23 Kanak-Kanak Hilang Di Banglo Berhantu, Villa Nabila Tidak Benar - Polis
Pintu masuk ke Villa Nabila.
JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
"Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.


JOHOR BARU - There is nothing spooky happening at an abandoned mansion along Jalan Skudai here in Danga Bay, despite rumours flooding social media site, alleging that 23 teenagers went missing.
"It is a rumour, nobody is missing after entering the mansion. It is standard operation procedure to investigate any place or places based on reports received," Johor Baru (South) deputy police chief Superintendent Abdul Samad Salleh said.
He confirmed that police received a report that a 16-year-old boy, who had left his family's house in Kampung Majidee here on Nov 16, was reported last seen entering the mansion, named Nabila Villa, by self-proclaimed paranormal-activity seekers.
Abdul Samad said a missing person report was lodged by the missing boy Mohammad Izzat Izuddin's mother Norhayati Mohammad 38, at 1.15am this morning.
The boy's mother, who had checked his whereabouts with his friends, was told that he had gone to the villa.
This information somehow leaked and everyone was posting in on their respective facebook pages, and blogs, causing a frenzy.
The situation snow-balled, when people saw shamans and bomohs to the location, one of them a self-proclaimed ghost-buster , who hoped to track the boy down, believing that some evil powers were hiding him.
Police also upon receiving the report, were despatched to the scene. Seeing the police patrol cars, and a rescue vehicle from the Fire and Rescue Department, prompted passer-by to snap pictures and post it online, claiming that a group of children were missing.
At noon, there were about 300 people gathering in front on the abandoned villa, with cars lined up by the road side.
Police were also at the scene, manning traffic.
16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa. Pix by Mohamad Shahril Badri
16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa. Pix by Mohamad Shahril Badri
JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di sini, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, hari ini.

Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.
Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.  
Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya. - Bernama