Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kerajaan India Arah Roboh 1,219 Kuil Hindu Dan Jain Atas Arahan Mahkamah. @TengkuAdnanReal

Posted: 17 Nov 2013 09:05 PM PST

Negara India merupakan negara yang begitu menjunjung tinggi undang-undang negara tersebut.

Buktinya, Mahkamah Agung India telah memutuskan bahawa sebanyak 1,219 kuil yang melanggar undang-undang perlu dirobohkan.



Jika Kerajaan India sendiri merobohkan kuil kerana tidak mengikut syarat, mengapakah Waytha dan Surendran melatah bila DBKL hanya menurut arahan mahkamah merobohkan gerai haram di atas tanah pemaju?





Yang pastinya DBKL hanya merobohkan gerai haram, tempat pemujaan (bukan kuil) masih lagi kekal.


*DBKL terlalu bertoleransi tetapi geng Waytha dan Surendran tetap masih nak fitnah DBKL. Tolonglah hormat undang-undang negara. Setidak-tidaknya belajar dari pemimpin Kerajaan India.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Isu Kalimah Allah - Hadi kata sembelihan orang Kristian boleh dimakan oleh orang Islam?

Posted: 17 Nov 2013 07:28 PM PST



Lihat sampai habis video ini. Kemudian tanya pada diri sendiri apakah ini kenyataan terdesak dari seorang Presiden PAS? Apakah beliau takut akan Anwar dan Lim Kit Siang sehingga sanggup menjual agama kerana mahukan KUASA! Fikir dan renongkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Amaran buat Wee Ka Siong...!!! Jangan Nak Tunjuk Biadap Dengan Sultan?

Posted: 17 Nov 2013 05:04 AM PST


Pimpinan Perkasa Selangor tidak dapat menerima kenyataan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang memperlihatkan politik biadap dan sempit apabila memperlekehkan titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan kalimah Allah di laman web free malaysia today.

Beliau bukan sahaja biadap malah pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan menyindir apabila boleh memberikan penjelasan sebanyak dua muka surat untuk membolehkan kalimah ALLAH digunakan kafir.

Apakah politik biadap dan sempit ini semata-mata ingin mengalih perhatian umum terhadap kemelut yang dialami MCA atau sekadar menonjolkan 'kehebatan' mereka menjelang pemilihan MCA akan datang dan mungkin mereka juga bertindak sebagai 'suara' bagi DAP untuk menghina institusi Raja?.

Jika titah Sultan sebagai ketua bagi agama Islam dalam negeri di Malaysia boleh dibantah secara terbuka dan tidak menghormati beliau, Perkasa Selangor melihat beliau tidak layak menggunakan sebarang gelaran mahupun kurniaan dari institusi Diraja.

Beliau sewajarnya menyerahkan kembali gelaran datuk yang digunakannya sekarang.

Titah baginda Tuanku Sulatan Selangor sebelum ini , sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Shaheizy Sam Ditanam Hidup-Hidup

Posted: 17 Nov 2013 11:01 PM PST


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Kita semua akan mati. Cuma tak tahu bila giliran kita. Bagi pelakon Shaheizy Sam, pengalaman dikambus dalam lubang kubur adalah satu pengalaman yang cukup menginsafkan dirinya. Walaupun hanya beberapa minit, apa yang dilaluinya itu tak akan dilupa sampai bila-bila.
Dikambus dalam lubang kubur dalam keadaan hujan lebat. Dengan tanah merah berlumpur. Cabaran itu disahut Sam bagi menjayakan salah satu babak dalam filem terbarunya, Kisah Paling Gangster.
"Satu pengalaman baru bagi saya. Ia menguji mental dan sangat menguji kesabaran. Masa saya kena kambus tu macam-macam yang saya fikirkan. Rasa takut dan macam-macam lah yang ada dalam kepala ni. Dalam keadaan hujan pula tu, basah dan berlengas.
"Saya rasa masa tu seksi saya dah hilang. Saya macam nak balik rumah cepat nak mandi", kongsi Sam sambil sempat bergurau, ketika ditemui pada malam previu Kisah Paling Gangster bertempat di GSC One Utama, baru-baru ini.
Dalam filem arahan Brando Lee ini, Sam memegang watak sebagai Remy, seorang paramedik yang pendiam, pemalu dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.
Namun satu insiden berlaku lantas merubah hidup Remy apabila dia akhirnya terjebak dengan kumpulan gangster. Sejak menyertai kumpulan itu Remy bukan lagi lelaki yang lembik dan dia dikehendaki melakukan kerja kotor dunia gelap itu selepas dilatih oleh ketuanya, Megat.
Kisah Paling Gangster bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 November ini.



- mD

Culik di Pulau Pom Pom : Mangsa Culik Ada Hubungan Dengan Isteri Presiden Taiwan

Posted: 17 Nov 2013 06:09 PM PST


Berbincang...Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Gan Sau Wah (tengah) dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Kapitan Semporna, Ho Kim Chang (kiri) bertemu dengan Setiausaha Pertama Kerajaan Taiwan ke Malaysia, Charles Chou di Semporna.
KUALA LUMPUR: Pelancong warga Taiwan, Chang An Wei yang dilarikan dari sebuah pulau di Sabah, berkemungkinan menjadi sasaran utama kumpulan lelaki bersenjata yang menculiknya.
Kumpulan tersebut mungkin menganggap wanita berusia 58 tahun itu sebagai sasaran berprofil tinggi kerana kaitannya dengan Christine Chow Mei-ching, isteri kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
Mereka merupakan rakan sekolah.
Beliau dan suaminya mungkin menjadi sasaran utama kerana kekayaan yang dimiliki mereka.
Kedua-dua mangsa dikatakan telah bersara selepas menjual kilang pakaian mereka untuk melancong ke seluruh dunia.
Abang kepada Chang, Da Gong memberitahu sebuah stesen TV Taiwan pada Sabtu bahawa Chang dan Chow pernah bersama-sama menuntut di Sekolah Persendirian Tsai Hsing.
"Saya juga menuntut di sekolah yang sama," katanya dalam temubual itu.
Beberapa anggota polis menggunakan bot peronda untuk mengesan Chang di sekitar Pulau Pom Pom.
Kumpulan bersenjata itu melarikan Chang dan membunuh suaminya pada awal pagi Jumaat lalu.
Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dalang utama penculikan tersebut yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan.
Sekiranya mereka mengetahui spekulasi hubungan Chang dengan Chow, kumpulan tersebut mungkin akan meminta wang tebusan yang banyak untuk membebaskannya.
Kira-kira tiga minggu lalu, sumber perisikan kedua-dua pihak di perairan Malaysia-Filipina melaporkan khabar angin mengenai rancangan kumpulan Abu Sayyaf di Patikul, Jolo untuk memasuki perairan pantai timur Sabah.
Suami Chang, Hsu Lin Min, 57, dikatakan mati ditembak selepas menyedari kumpulan bersenjata itu cuba menculik isterinya.
Laman web The Liberty Times di Taiwan memetik abang kepada Hsu, Li Ren sebagai berkata, Li Min mungkin dibunuh kerana berbadan tegap.
Katanya, lelaki bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan daripadabergelut dengan Li Min yang berketinggian 180cm dan mempunyai berat badan 100kg.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.
Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.
Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.- mStar


'Kami Nikmati Percutian Menyeronokkan, Usah Bimbang' - SMS Terakhir Mangsa Sebelum Diculik
GEORGE TOWN: Tiga jam sebelum diculik, pelancong wanita warga Taiwan, Chang An Wei menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarganya bahawa dia berada dalam keadaan selamat.
"Kami sedang menikmati percutian yang menyeronokkan di pulau ini. Tolong beritahu ibu, kami akan berhati-hati dan jangan bimbang," katanya dalam mesej bahasa Mandarin.
Chang abang sulung, Da Gong berkata adiknya telah menghantar SMS berkenaan pada pukul 10.17 malam, Khamis lalu.
Chang, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata pada pukul 1 pagi Jumaat selepas mereka menembak mati suaminya, Hsu Li Min, 57, ketika mereka sedang bercuti di Pulau Pom Pom, berhampiran perairan Semporna, Sabah.
Da Gong memberitahu Apple Daily di Taiwan bahawa keluarga mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk menyediakan wang tebusan sekiranya diminta oleh kumpulan penculik berkenaan.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Da Gong dilaporkan berkata kepada akhbar berkenaan bahawa polis Taiwan telah memberitahu mereka supaya tidak menghubungi atau menghantar SMS sekiranya mereka menerima sebarang mesej atau panggilan telefon daripada kakaknya.
Dia dijangka menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, Selasa ini bersama-sama dengan keluarga Hsu untuk membawa pulang mayat mendiang.
Dalam insiden yang berlaku awal pagi Jumaat lalu, kumpulan bersenjata yang tidak dikenali menyerbu tiga daripada lima vila atas air sebelum mereka menembak mati Hsu dan menculik Chang.
Hsu dan Chang mendaftat masuk di resort berkenaan pada Selasa dan dijadual mendaftar keluar pada Rabu.
Abang Hsu, Li Ren berharap pihak berkuasa dapat melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Chang.
"Dia tidak mati lagi, tolong lakukan apa sahaja demi menyelamatkan dia," katanya kepada Liberty Times.
Li Ren berkata abangnya mungkin dibunuh kerana dia memiliki tubuh badan yang sasa.
Dia berkata kumpulan bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan kerana mereka bimbang tidak dapat menewaskan Li Min, yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter dengan berat kira-kira 100 kilogram.
Li Ren berkata dia akan membawa bersama anak saudara lelakinya yang telah dianggap seperti anak kepada si mati ke Malaysia sebelum membawa pulang abu mayat Hsu.
Mengenai laporan yang mendakwa pasangan tersebut belum berkahwin, Li Ren berkata pasangan berkenaan telah pun mendaftarkan perkahwinan mereka di China dan bukannya di Taiwan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Keadilan Taiwan, Chen Ming-Tang berkata beliau telah meminta jabatan berkaitan membantu keluarga mangsa yang terjejas dengan insiden berkenaan.
Beliau berkata setiap warga Taiwan yang meninggalkan negara itu dengan dokumen perjalanan yang sah namun menghadapi malapetaka boleh memohon bantuan kewangan sehingga, TWD200,000.

Faizul Juara AF 2013

Posted: 17 Nov 2013 08:24 AM PST


Hasrat Juara AF2013 - Faizul Bantu Keluarga Sakit Terlaksana
Faizul
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Faizul menyifatkan kejayaannya dalam program realiti itu dapat memenuhi hasratnya untuk membantu keluarga terutama sekali ibu dan bapanya yang sedang sakit.
Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 28, berkata, atas sebab itu selepas berpeluang menyertai AF2013, dia melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin untuk memberi kepercayaan kepada orang ramai.
"Saya tahu, peluang masuk AF 2013 bukanya mudah, jadi saya anggap ia sebagai kerja yang menjadi tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan sempurna.
"Memandangkan mak dan ayah saya sakit tetapi mereka masih lagi bekerja demi menampung kehidupan, maka misi saya adalah untuk menyenangkan mereka," katanya selepas pengumuman pemenang AF 2013 di Stadium Negara di sini pada malam Ahad.
Dalam AF2013 yang turut disiarkan secara langsung di Astro Ria itu, Faizul berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Faizul memegang trofi kemenangan sambgil diperhatikan Datuk Siti Nurhaliza.
Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).
Tambah Faizul, ibunya, Shallena Langkab, 56, mengalami penyakit jangkitan paru-paru dan bekerja di sebuah bank manakala ayahnya pula, Sany Saliun, 61, baharu sahaja selesai menjalani pembedahan jantung, namun masih bekerja di ladang kelapa sawit selain menjaga kambing di kampungnya di Tawau, Sabah.
"Saya bercadang untuk memberikan seluruh wang kemenangan ini kepada ibu serta ayah saya dan terpulanglah pada mereka mahu buat apa dengan wang tersebut.
"Saya faham, keluarga kami memerlukan wang terutamanya apabila mak dan ayah sakit. Jadi inilah hadiah saya buat mereka. Memang niat saya daripada awal lagi, jika menang, ia akan diberikan kepada mereka," ujarnya yang sebelum ini bekerja membantu keluarganya di kampung.
Sementara itu, Faizul juga berkata, dia sudah bersedia menempuh cabaran dan dugaan sebagai anak seni dan ingin menjadikan genre muzik pop rock sebagai imejnya.
"Walaupun pop rock, saya mahu lagu-lagu saya berada dalam kategori yang tersendiri dan ia memudahkan peminat mengenali bakat saya.
"Sebagai contoh seperti Faizal Tahir, dia memiliki keunikan tersendiri dalam membawakan sesebuah lagu," tuturnya.
  • Print this story

Faizul Sani juara AF 2013
KUALA LUMPUR: Bagai dijangka, peserta Faizul diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung di Stadium Negara, di sini pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyanyikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu, Sepasang Sayap.
Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).
Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila).
Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefni (pada akhir rancangan).
Selain juri tetap, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS.
Selain persembahan para peserta, Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan program tersebut dengan muncul membuat persembahan.
Selepas dua tahun program AF dihentikan sementara, AF2013 diperkenalkan dengan konsep baharu dengan menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.
Tiga pengilham tersebut menyalurkan pengalaman mereka kepada pelajar-pelajar AF2013.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) 24 Nov 2013 di Masjid Wilayah Persekutuan Dirasmi PM @NAJIBRAZAK

Posted: 17 Nov 2013 07:35 AM PST

Bersama kita meramaikan seminar ini.

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PERAK DITAHAN LCCT MINGGU LEPAS AKAN DIDAKWA ESOK ? Cc @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI @zambryabdkadir

Posted: 17 Nov 2013 07:16 AM PST

Sebelum ini berita penahanan Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Malim Perak Datuk Kamarul Rashadan sudah diulas di sini dengan maksud ingin mengetahui adakah benar atau tidak.

Beliau juga merupakan salah seorang teraju SPNB seperti gambar di sini.

Link artikel sebelum ini :

http://www.penembak-tepat.com/2013/11/benarkah-ada-timbalan-ketua-bahagian.html?m=1

Gambar beliau dengan Ketua Kampung yang dikatakan menerima duit ada dimasukkan di sini.

Selepas itu ada info datang memberitahu esok beliau akan didakwa SPRM.

Dan ada usaha cuba dilakukan untuk memastikan ia dihalang.

Harap SPRM tetap teguh memastikan yang bersalah akan didakwa di Mahkamah.

Kita tunggu apakah akan ada pendakwaan dilakukan esok atau tidak.

Tugas panglima sebagai blogger adalah untuk memastikan UMNO tidak dipimpin pemimpin yang rasuah dan tidak bermoral.

Kepada Allah kita berserah!

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


RUPANYA BETINA TAIK NIE DAH BELAKON SEBELUM NIE...

Posted: 17 Nov 2013 08:58 PM PST

Tu dia... budak yg mintak maaf pasal tak berhasrat nak aibkan sebuah restoran kononnya tak berniat hanya anggap sebagai gurauan bila kecoh hasil posting dia sendiri kononnya periuk yg digunakan untuk memasak ditampal dengan najis (tahi)

Rupanya bila makin ramai yg tahu makin terbongkar siapa pelakun tahi nie. Myka boleh tahan tapi hati macam gampang... apa lagi bila makin banyak yg tahu makin banyak yg terbongkar... rupanya dalam diam dia memang jenus busuk perut... mana tidaknya...

Korang tengok la saoa dalam gambar propaganda barua Roket bila melakunkan drama blackout semasa di PRU 13 yg lalu. Drama yg dilakunkan dahulu sebagai satu persediaa bahan untuk diprotes... bagaimana pun kegagalan menyakinkan rakyat supaya ditipu kononnya ada penyelewengan semasa dalam PRU 13 yg lalu...

Drama yg dirancang tidak menjadi bila mereka sendiri bertindak bodoh dengan persediaan untuk drama haram jadah nie. Semuanya kantoi bila terbongkar bila dikesan semasa di siang hari mereka sip sedia membawa beberapa barang keperluan seperti torchlight, saksi upahan 3dan beberapa pekara sebagai prop dalam babak blackout tersebut

Jadi tak hairan la minah nie macam haram bila kita tengok dia cuba menarik perhatian denga. Isu periuk ditampal tahi dan sama lah mulut dia sebusuk taik jugak... tengok sapa dalam ini gambar?... memang haram jadah

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Antara Brunei Dan Malaysia,Anda Bandingkan Sendiri

Posted: 17 Nov 2013 08:35 AM PST

Subahanallah,Saya rasa nak menangis menonton video ini.Alangkah indahnya jika situasi ini berlaku di malaysia..


Bagaimana pula situasi di malaysia??


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Pau Pesona Kampung Sungai Haji Dorani

Posted: 14 Nov 2013 06:00 AM PST

10 Muharram 1435 (14.11.13):
Pau Pesona jalan masuk kampung Sungai Haji Dorani, Sg Besar. Pau Pesona the best in town. Dah lah besar, inti kelapa dan kaya nya 'homemade'. Sekali gigit dah jumpa inti dalam. Tak macam sesetengah pau, gigit 2,3 kali pun tak jumpa inti lagi. Mana nak cari, besar, sedap dan harga cuma RM1.00. Semoga Allah bagi keberkatan pada tukang jual nya.

Ahmad Tarmizi Md Nadzir's photo.
Ahmad Tarmizi Md Nadzir's photo.
 Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Kembalinya gerakan LGBT?

Posted: 17 Nov 2013 07:45 AM PST

Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

Pada 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan

Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip berhubung orientasi seksual dan identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat untuk memohon piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia golongan LGBT, dan isu-isu antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut telah dihasilkan pada satu mesyuarat antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan pakar-pakar hak asasi manusia dari seluruh dunia di Universiti Mada di Pulau Jawa pada 6 hingga 9 November 2006.


Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi antara kerajaan daerah, masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta, wilayah paling kecil Indonesia (tidak termasuk Jakarta) yang terletak di pulau Pulau Jawa. Prinsip-prinsip ini belum diterima oleh negara-negara dalam satu perjanjian, maka secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson, Manfred Nowak, Martin Scheinin, Elizabeth Evatt, Philip Alston, Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.


Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.


Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.


Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.-UMO

Wasabi Oyabun..

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Jom Pakat beli kereta baru,, harga dah turun.. phuii..

Posted: 17 Nov 2013 08:21 PM PST

Satu persatu, sikit demi sikit hak rakyat marhaein ditarik balik oleh umno tanpa ada perasaan belas kasihan... 

Sebelum ini motor cc rendah @ kapcai tak boleh guna laluan lebuh raya,,,..tak cukup motor, kereta pulak..





Kereta beli bayar ansur-ansur selama 9, selesai hutang selepas 3 tahun dah boleh guna lagi,,, apa ni... Dah turun ke harga kereta? .. tak juga,,, 

kemalangan diatas jalan raya, tak semestinya kereta berusia 12 tahun atau kereta lama,,, kereta baru pun belambak eksiden,,  salah satu sebabnya hilang kawalan,,,kenapa,,, kereta baru,, tekan minyak makin laju makin syok,, akhirnya... kiut,,,

Apa lagi yang ada pada rakyat marhaein,, kalau motor tak boleh guna,, kereta pula nak kereta baru.... jalan kaki ler...

Sepatutnya, undang-undang kenderaan berusia hanya sesuai untuk pengangkutan awam seperti teksi dan bas,,, itu yang banyak meragut nyawa,,,

Kereta persendirian, walaupun dah 30 tahun usinya,, namun kalau dijaga, jarang digunakan,,, prestasinya tetap boleh dipercayai..

Apakah negara kita Malaysia ini menuju ke arah muflis atau bankrupsi,,, sehingga rakyat ditekan sebegitu rupa untuk mendapatkan sumber kewangan akibat dari berbelanja borosnya Najib dan Rosmah... 



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pemuda PAS Mahu Keluar Daripada Pakatan Pembangkang

Posted: 17 Nov 2013 04:00 PM PST



Betulkah hendak keluar? 
Atau ini hanya agenda kempen untuk pemilihan muktamar PAS.

Masjid Diroboh, Punca Taufan Haiyan Di Filifina?

Posted: 17 Nov 2013 07:30 AM PST




Berikut adalah nukilan daripada blog tentang ribut Taufan Haiyan yang berlaku di Filipina. Apa pun yang berlaku, moga kita sebagai umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dan pengajaran. Malaysia turut sama menyalurkan bantuan kemanusian atas dasar persahabatan terhadap mangsa mangsa taufan. Berikut adan nukilan blog tersebut :

Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini. Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.

Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

Salah seorang yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid berkata:

They destroy the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be remembered.

Wa Allahu'alam..
sumber : waazin

http://philippinenewscentral.wordpress.com/2013/09/26/philippine-star-mosque-in-baclaran-demolished-a-mosque-in-baclaran-paranaque-city-was-demol/

Mujahid Yusof Rawa Wajar Tarik Balik Kenyataan Bisikan Syaitan

Posted: 17 Nov 2013 04:44 AM PST