Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Surendran 'Pandi Sondol PKR' DiGantung?

Posted: 14 Nov 2013 06:09 PM PST


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Akibatnya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu kehilangan gaji dan elaun dianggarkan sebanyak RM157,303.68 sepanjang tempoh enam bulan tersebut ekoran keceluparan mulut beliau sendiri.

Keputusan penggantungan itu diluluskan dengan undi belah bahagian tanpa dibahaskan disebabkan kedegilan pemimpin pembangkang yang berterusan membuat kecoh dan menyaksikan 92 Ahli Parlimen mengundi usul tersebut.

Terdahulu, usul bagi menggantung Surendran dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Jelas Nancy, kenyataan complete and utter lies (fakta yang tidak benar) dan 'Speaker yang bias' yang dibuat Surendran semasa sidang akhbar di lobi Parlimen Selasa lalu dan kemudiannya disiarkan beberapa media merupakan penghinaan.

"Bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah satu penghinaan kepada Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan ini dan bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

"Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh keputusan usul diluluskan," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Pada Selasa lalu, Surendran diarahkan keluar Dewan selepas beliau berkeras enggan menerima penjelasan Pandikar Amin yang menolak usul tentang tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh kuil di Jalan P. Ramlee di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Sebaik keluar Dewan, Naib Presiden PKR itu kemudiannya mengadakan sidang akhbar dan menuduh Pandikar Amin tidak mengeluarkan fakta tepat, selain seorang Speaker yang bias selepas terdahulu menggelar Dewan Rakyat sebagai Parlimen Robert Mugabe.

Dalam pada itu, Nancy berkata, tindakan yang diambil Dewan Rakyat ke atas Surendran perlu menjadi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen agar lebih berhemah pada masa hadapan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Perlu juga dinyatakan bahawa Dewan ini pada 11 Disember 2001 pernah menggantung Yang Berhormat Batu Gajah ketika itu selama enam bulan kerana menghina Speaker demi memelihara keutuhan dan prestij Dewan yang mulia ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Sultan Selangor Arah Henti Guna Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald Versi Bahasa Melayu!

Posted: 14 Nov 2013 07:53 AM PST


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.

Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas," titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini.


Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.


Baginda juga bertitah menggesa umat Islam merapatkan barisan dan bersatu padu mempertahan kesucian kalimah Allah serta menghalang usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan menghina kalimah Allah.

"Isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini," titah baginda.

Baginda turut berdoa supaya perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur -BERNAMA

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


KANTOI: Giant Hypermarket Menipu Harga Barang...

Posted: 14 Nov 2013 06:00 PM PST


Nah.. lain harga pada rak dan lain pula harga dalam resit, tak taulah kalau ada yang bingai kata harga ini termasuk GST, kalau harga tu termasuk GST kenapa harga di rak barang berbeza?

Apa pun kita sebagai pengguna harus bijak dalam berbelanja...

Pendedahan lanjut pasal giant menipu pengguna korang klik sini

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


More DAP than DAP?

Posted: 14 Nov 2013 10:40 PM PST

Who is CORRUPT?

Posted: 14 Nov 2013 12:31 AM PST

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kebaikan Buah Kurma Dan khasiatnya

Posted: 14 Nov 2013 03:12 AM PST

Rincian kandungan gizi kurma (per 100 g)
(Sumber:USDANationalNutrientDatabase)
UnsurNilai giziPersen kecukupan gizi
Energi277 Kkal14%
Karbohidrat74,97 g58%
Protein1,81g3%
Total Lemak0,15 g<1%
Kolesterol0 mg0%
Serat makanan6,7 g18%
Asam Folat15 mcg4%
Niacin1,610 mg10%
Asam pantotenat0,805 mg16%
Piridoksin0,249 mg19%
Riboflavin0,060 mg4.5%
Thiamin0,050 mg4%
Vitamin A149 IU5%
Vitamin C0 mg0%
Vitamin K2,7 mcg2%
Sodium1 mg0%
Potasium696 mg16%
Kalsium64 mg6.5%
Tembaga0,362 mg40%
Besi0,90 mg11%
Magnesium54 mg13%
Mangan0,296 mg13%
Fosfor62 mg9%
Seng0,44 mg4%
Beta karoten89 mcg
Lutein-zeaxanthin23 mcg

Khasiat buah kurma
  1. Kaum Arab Badui, yang makan kurma secara teratur, menunjukkan tingkat kejadian yang sangat rendah dari kanser dan penyakit jantung.
  2. Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
  3. Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
  4. Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
  5. Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesehatan mata. Vitamin A juga diperlukan menjaga kulit tetap sehat. Konsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanker paru-paru dan rongga mulut.

     
  6. Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya dukung oksigen darah.
  7. Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
  8. Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan dibutuhkan oleh tubuh untuk kontraksi otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
  9. Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksida dismutase.
  10. Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
  11. Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
  12. Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, yaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.
Kalau begitu, betul sekali anjuran Nabi Muhammad untuk mengawali berbuka puasa dengan tiga butir kurma!
- majalahkesehatan.com -

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Samun, Rogol Wanita Dalam Kereta

Posted: 14 Nov 2013 11:40 PM PST


SEKADAR gambar hiasanSEKADAR gambar hiasanALOR SETAR: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.
Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa.
Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.
Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan.
"Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu.
"Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit.
Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama.

Suami ditembak mati, isteri diculik di Pulau Pom Pom, Sabah

Posted: 14 Nov 2013 07:57 PM PST

Pelancong Warga Taiwan Mati Ditembak, Isteri Dipercayai Dilarikan Di Perairan Semporna
SEMPORNA: Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi Jumaat.
Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.
Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.
Pasangan suami-isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.
Penduduk-penduduk di Semporna berkata tiada aktiviti mencurigakan berlaku tetapi polis dan tentera telah mengambil langkah berjaga-jaga.
"Kami terdengar bunyi tembakan di sebuah pulau tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata seorang kakitangan di Majlis Daerah Semporna.

Peniaga Pasar Malam Maut Ditembak 

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaru kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di sini, malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam. 



"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Lai berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci. 

Sementara itu, isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan. 

"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya berada di sebelahnya dalam keadaan pucat. 
"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan. Anak pasangan itu kelihatan trauma kerana terkejut. 

Sementara itu, seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju. 

"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya. 

Pada 30 Oktober lalu, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu. - BERNAMA

FBI tinggal Hot FM kerana nak buka kedai motorsikal

Posted: 14 Nov 2013 07:15 PM PST

Faizal Ismail Tepis Tinggalkan Hot FM Kerana Krisis Dalaman
Faizal Ismail nafi ada konflik dalaman dengan pengurusan.
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.
Faizal atau nama sebenar Mohd Faizal Ismail, 37, berkata, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.
"Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.
"Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan yang mendakwa peletakan jawatannya berikutan krisis dalaman dengan pihak pengurusan stesen tersebut.
Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.
"Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis.
"Selain itu juga, buat masa ini saya dalam proses membuka kedai motosikal perbagai jenis yang mana saya melihat potensi terhadap bidang itu sangat bagus," katanya.
Sementara itu, Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada Jumaat (hari ini).
Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan.
"Saya takut kalau saya merindui kerja ini, jadi saya terima tawaran Hot FM yang memberikan saya untuk mengendalikan segmen pada hujung minggu sahaja," katanya.
Ditanya apa yang benar-benar membuatkannya mahu keluar daripada bidang tersebut, Faizal berkata, dia tidak mahu berada di tahap yang sama dalam tempoh yang panjang.
"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya.
"Ini semua bukan kerana duit dan pendapatan tetapi kepuasan terhadap pencapaian diri saya sendiri," katanya.

Najib PM paling boros?

Posted: 14 Nov 2013 07:01 AM PST

Najib, PM paling boros?
PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 bilion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM4juta sehari.
Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?
Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.
Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ia dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.
Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan " kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat.
Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi.
Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.
Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan.
Apakah kakitangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja?
Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik memberi khidmat perunding itu adalah dari luar negara atau sekurang-kurangnya dari Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan.
Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya?
Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya.
Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan pelbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara.
Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri. Bayangkanlah berapa puluh bilion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang?  – shahbudindotcom
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=103152:najib-pm-paling-boros?&Itemid=2#ixzz2kdGMSsdO
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


NRD: Firms have to verify MyKad

Posted: 14 Nov 2013 09:51 AM PST

MANJUNG: THE National Registration Department (NRD) is compiling details of all security companies before making it mandatory for them to confirm the authenticity of their employees' MyKad to deter abuse.

Director-general Datuk Jariah Mohd Said said the more than 600 security companies in the country would be required to bring their workers to the department to have their documents checked.

"The workers will have their thumbprints or biometric details verified at the department," she said after launching the Cetakan Teragih (Pantas) MyKad process at the NRD office here yesterday.

Jariah said a security firm had recently brought its guards to the NRD to have their particulars checked.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had instructed the department to confirm the authenticity of the MyKad of all personnel employed by security firms to ensure they did not use fake identities to gain employment.

The order came in light of the fatal shooting of AmBank officer Norazita Abu Talib, 37, on Oct 23 by a rogue guard, who was later found to have used a fake MyKad to gain employment.

The government also planned to introduce the Foreign Workers Centralised Management System to ensure that every foreign worker carried a biometric card for instant verification.

Barcodes embedded in the cards, expected to be issued by the end of this year, could even be read by enforcement officers using smart phones.

Jariah said the department had inspected 188 premises and checked 505 MyKad since the launch of Ops ID on Oct 29 to detect fakes.

The department, she said, had also tightened procedures on the issuance of replacement identity cards to check the problem of MyKad falling into the wrong hands.

On the Cetakan Teragih (Pantas) MyKad, Jariah said the NRD office here was the seventh branch to offer such a service.

With the new system, she said a MyKad would be ready in a day compared with the previous waiting period of 10 days.

In Petaling Jaya, 20 security guards from the Philippines were jailed six months yesterday after they pleaded guilty to committing identity card- related offences.

The accused, aged between 19 and 44, were charged at two magistrate's courts here yesterday afternoon.

The first group, comprising seven men and three women, were jointly charged before magistrate Mohd Nazri Omran for using fake Mykad.

The second group, also made up of seven men and three women, was charged for using Mykad belonging to others before magistrate K.B. Elena Hong Tze Lan.

The accused did not contest the charges for the offences committed at a flat in Jalan SS 3/39, Sungei Way here, around 2.30am yesterday.

NRD prosecuting officer Zubaidah Zahol Ahmad prosecuted while none of the accused were represented.



Read more: NRD: Firms have to verify MyKad - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/nrd-firms-have-to-verify-mykad-1.400300#ixzz2kcDuKZYR


Sent from my iPhone

DaulatTuanku !!! Sultan Selangor titah hentikan serta-merta penggunaan kalimah Allah dalam Bible, The Herald..

Posted: 14 Nov 2013 02:40 AM PST

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais, baginda menyeru rakyat untuk patuh terhadap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung isu tuntutan penganut agama Kristian terhadap kalimah Allah.

Titah ini menurut baginda terpakai untuk semua termasuk yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam di negeri ini.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 November 2013 telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat di negeri Selangor khasnya, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

"Ini sepertimana yang diperuntukkan di dalam jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1998 yang telah diwartakan pada 7 Julai 1998," menurut kenyataan media tersebut.

Baginda turut bertegas bahawa keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penganut agama lain serta mengelakkan pertelingkahan kaum yang boleh membawa kemudaratan kepada semua.

Baginda Sultan turut menasihatkan semua pihak untuk menghentikan penggunaan isu kalimah Allah ini sebagai agenda politik yang nyata mencemar kesucian kalimah tersebut.

"Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini," titah baginda lagi.

Titah kali ini adalah titah kedua baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Selangor dan menunjukkan ketegasan baginda dalam memelihara kesucian kalimah Allah sendiri.



Sent from my iPhone

Muktamar PAS: Pilih calon yang berwibawa dan berani 'tegur' komponen Pakatan - Haron Din

Posted: 14 Nov 2013 02:35 AM PST

Adakah ini bermaksud Mat Sabu dan geng Anwarinas jangan dipilih kali ini?

Sebagai 'otai' saranan beliau wajib diikuti semua.

Walau kita berlainan parti namun sebagai orang Islam saya mengharapkan agar PAS dipimpin yang berintegriti kecuali pemimpin dn ahli PAS sendiri merelakan politik wang menguasai hingga menjadikan pemimpin cacamarba yang mengisi hierarki kepimpinan parti.

PAS sangat berubah hari ini kerana pengaruh pro Anwar sehingga menjadikan mereka terlalu terbuka hingga menggadai prinsip asas perjuangan mereka!

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/UOOkKy_jwes


Sent from my iPhone

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


MIC dan Waytha beri pentas untuk Raja Drama baru PKR

Posted: 14 Nov 2013 08:16 PM PST

Hakim dah sedia, PAS minta izin DAP dulu ke?

Posted: 14 Nov 2013 04:30 PM PST

Mahfuz buktikan PAS boneka DAP

Posted: 14 Nov 2013 07:30 AM PST

Sebab Noh Omar, jangan mimpi nak dapat Selangor

Posted: 14 Nov 2013 04:30 AM PST

Pertahan KJ hingga senada DAP mahu bubar institusi raja?

Posted: 14 Nov 2013 12:30 AM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TANAMAN SEMULA FELDA TIDAK ADA PENGAJARAN YANG LALU

Posted: 14 Nov 2013 05:39 AM PST


Tanam semula yang diurus oleh felda atas kertas memang cantik 3 tahun pertama sedang peneroka tidak mempunyai hasil ladang di beri pinjaman sekitar RM1,200.00 .
Ladang di urus dengan kewangan peneroka dari simpanan tanam semula hanya untuk  3 tahun  sebab wang peneroka itu hanya cukup selama 3 tahun sahaja.
Cukup 3 tahun dan masuk tahun yang ke 4 segala kos ditangung oleh peneroka sendiri dan wang tabung tanam semula sudah habis .
Tidak ada lagi pinjaman sara hidup kerana pokok usia 3 tahun memang sudah mengeluarkan hasil dan cukup untuk menyara keluarga sebulan .
Tidak ada bukti atas kertas antara peneroka dengan Felda mengatakan selepas 3 tahun wang tanam semula yang berjumlah sekitar RM17,000.00 dibawa kehadapan walau pun dalam keadaan tertentu .. 


Apa yang berlaku Felda Chini 5 blok 1 peringkat 2
Tahun tebang bermula 2010 dibuat oleh felda sendiri  lalu tidak berjaya , Apabila lebih kurang 2 tahun Felda  gagal lalu diserahkan pada Technoplant dan mula penyerahan pada 1.6.2012.

Technoplant sekali lagi gagal apabila pada tarikh 12.1.2013  seorang peneroka mengambil gambar keadaan ladang  sesudah 6 bulan ditangan Technoplant.
Difahamkan semua masaalah ini sudah di suarakan diperingkat  rancangan,wilayah dan Ibu Pejabat tetapi tindakkan hanya melepas batuk ditangga atau buat tindakkan seperti  tidak ada pengalaman dalam perladangan.

Sekali lagi peneroka tersebut mengambil gambar pada 8.11.2013 sesudah hampir 1 ½ tahun technoplant ambil alih keadaanya tetap tidak sempurna.
Difahamkan apabila 8.11.13 seorang peneroka ambil gambar lalu pada 9.11.13 hari sabtu  kerahan pekerja telah dilakukan ..
Masaalahnya kerahan ini hanya menyelesaikan ladang semak sahaja tetapi peneroka hendakkan pokok sawit yang sehat apabila cukup 3 tahun ia boleh mengeluarkan hasil..
Walau pun kerahan itu buat kerja2 tanam sawit sekali pun tetapi tumbesaran pokok tetap terlewat dan merugikan peneroka  .
Peneroka akan mengalami 3 kerugian
  1. Bertambah kos sara hidup
  2. Bertambah kos pengurusan
  3. Masa .
Adakah dengan tidak berjayanya ini kos berkurangan atau jadual kerja dan kos seperti biasa ? .Kita bimbang kos kerja dan pembelian racun,anak sawit dan baja mengikut jadual sedangkan ditapak ladang semak dan tidak ada anak sawit. Kita tidak mahu ada penyelewengan dan diharap SPRM harus siasat perkara ini.
Saya berangapan kegagalan di Chini 4 blok C dan D yang sulamanya hampir 63%  menjadi pengajaran pada Technoplant.

Lagi gambar ada disini.
https://www.facebook.com/omarsahlan/media_set?set=a.637388322950760.1073741881.100000387948878&type=1
 https://www.facebook.com/omarsahlan/media_set?set=a.637405482949044.1073741882.100000387948878&type=3&uploaded=30
https://www.facebook.com/omarsahlan/media_set?set=a.637407049615554.1073741883.100000387948878&type=3&uploaded=12