Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Tanpa NEW ORDER dan TANPA CAMPUR TANGAN ASING Untuk Menghancurkan Malaysia.

Posted: 09 Nov 2013 02:32 PM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
                                                                              PETA MALAYSIA. 
HANYA LIMA SOALAN SAHAJA UNTUK HARI INI. 
15 MINIT MASA DIPERUNTUKKAN.

BACA SOALAN DENGAN TELITI. 
JAWAB DALAM BUKU JAWAPAN UJIAN MINGGUAN.

1. Perdana Menteri dari Parti Manakah Yang Telah Menyingkirkan 
    Singapura dari Wilayah Malaysia pada tahun 1965 dan seterusnya 
    Singapura menjadi sebuah negara republik?. 

=A= DAP.

=B= PAS.

=C= MCA.

=D= UMNO.

2. Pulau Batu Puteh asalnya sebahagian Wilayah Malaysia. 
    Namakan Perdana Menteri Malaysia semasa Pulau Batu 
    Puteh menjadi milik mutlak Republik Singapura?.

=A= Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

=B= Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

=C= Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

=D= Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.

3. Perdana Menteri Malaysia yang menyerahkan dua blok minyak 
    dalam Wilayah kedaulatan Malaysia kepada Brunai ialah ...

=A= Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

=B= Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

=C= Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn.

=D= Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

4. Perdana Menteri Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah ...

=A= Penjualan aset Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Republik Singapura
        secara bersyarat kepada Republik Singapura.

=B= Melaksanakan BR1M5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) kepada
        setiap keluarga Rakyat Malaysia.

=C= Melantik selain dari Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin sebagai Timbalan
        Perdana Menteri Malaysia.

=D= Mengarahkan pembinaan Menara Kembar Petronas.

5. Perdana Menteri yang mendorong adanya Peneroka dan Penerokawati 
    di Felda dan Perdana Menteri Yang Memperladangkan Felda (Tanpa 
    Peneroka dan Penerokawati). 

=A= Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak DAN Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

=B= Tun Abdullah bin Ahmad Badawi DAN Allahyarham Tun Hussein bin
        Dato' Onn.

=C= Tun Dr Mahathir bin Mohamad DAN Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

=D= Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein DAN Tun Dr Mahathir
         bin Mohamad.

UNTUK MENDAPATKAN JAWAPANNYA SILA SELECT TAIPAN 1, 2, 3, 4 DAN 5 DIBAWAH.
1. D   2. B   3. A   4. A   5. D
SOALAN DIKELUARKAN TANPA PRASANGKA DAN Tanpa NEW ORDER dan TANPA CAMPUR TANGAN ASING Untuk Menghancurkan Malaysia. 

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan? ...muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T... 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)." - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
crvt. 

Sebuah Negara Semakin Miskin.

Posted: 09 Nov 2013 02:07 PM PST


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
_._
Sebuah negara mundur yang sepatutnya dalam usia sudah melebihi setengah abad sudah menjadi kelompok negara maju. Ohh! mungkin usia 50 tahun singkat sangat bagi sebuah negara  seluas lebih 300 000 kilometer persegi. Eh! kena bandingkan  dengan sebuah negara lain yang jadi negara maju dalam masa singkat.

Sekadar Hiasan _._ Sumber gambar: (atsixty-zakriali) _._ 

Dengan hasil kekayaan yang pelbagai yang sebelumnya dirompak penjenayah bernama penjajah, negara itu jadi bebas. Bebas yang bukan sekadar bebas dalam erti kata sebenar, tetapi penjenayah meninggalkan bekas, meninggalkan tetopeng untuk terus merompak hasil bumi negara, bagi kepentingan peribadi.

Kononnya oleh kerana sudah terlalu lama terjajah, tetopeng pun mengorak langkah. Negara kita mesti jadi negara maju pada tarikh sekian tahun. Beban kerajaan mesti dikurangkan. Kita jual kepada individu atau syarikat yang mampu berdaya saing untuk mengambil alih. Inilah antara jenayah tetopeng yang masih tidak disedari sebahagian besar kasta penyokong dan pengikut atau bahasa lagunya "pak turut."

Seiring dengan tetopeng sebagai penjenyah berlesen terus tamak haloba berserta amanah dan kejujuran tiada dalam kamus hidup rohnya, berperanan keuntungan jadi bahan kautannya. Kerugian jadi bahan dan bebanan tanggungan rakyat banyak termasuklah disandarkan juga kepada penyokong dan pak turutnya.

Tetopeng bila berkata dia seringnya akan menyembunyikan fakta, mengaburi sejarah negara, membelakangi fakta akaun negara. Jika tidak berbuat begitu akan terdedah kedurjanaan tetopeng itu tadi dan tetopeng akan kehilangan sokongan pendokong, pak turut yang sangat mudah ditipu beratus-ratus kali. Paling malang tetopeng akan kehilangan kuasa yang semakin mendekat.

Menjadi tetopeng mesti bijak. Supaya tidak terdedah kejahatannya, tetopeng juga menguasai institusi undang-undang. Letakkan berserta gertakan kepada kepala-kepala yang sepatutnya amanah dan adil dalam institusi tersebut. Maka tonggang-langganglah keputusan pengadilannya. Yang salah bebas, yang benar terpenjara. Sebabnya takut tembelang tetopeng pecah. Maka kekallah nama tetopeng itu sebagai negarawan terulung walau pun telah mati.

Tetopeng juga mesti bijak memainkan isu bangsa. Tetopeng menggariskan ini tanah tumpah darah kita. Kita bangsa asal negara ini. Kita mesti jadi tuan. Bila berpolitik kita mesti dahulukan bangsa. Agama kita kemudiankan. Rupa-rupanya bila berprinsip sedemikian rupa, tetopeng bukan sahaja semakin jauh tersesat, tetapi bertanggung-jawab mengajak anak buahnya, penyokongnya dan pengikutnya dekat dengan sikap dan sifat syaitan laknatullah. Maka semakin ramai tidak sedar sudah tersesat dari landasan fitrah kehidupan.

Dalam keadaan sedemikian rupa bagaimana mungkin sebuah negara dengan hutang piutang semakin meningkat, keborosan tetopeng semakin menjadi-jadi sehingga boleh lelap tidur dalam upacara rasmi yang dihadirinya, untuk berubah menjadi negara maju. 1000 tahun tidakkan mungkin?.

Tetopeng juga bertanggung-jawab menjadikan sesebuah negara itu kaya dengan cerita fitnah, kaya dengan perkara dusta, mewah dengan sikap dendam kesumat dan jitu dengan perasaan hasad dengki. Andai tidak bersikap begitu, akan membuaklah segala kejahatannya di mata rakyat banyak.

Kerana konsep ketuanan itu jugalah yang pakar jadi tidak sudi kembali ke tanah tumpah darahnya. Negara tumpah darahnya jadi tanah penuh dengan rasuah. Apa perlunya menumpahkan penuh kesetiaan kepada negara yang memandang sinis kepadanya kerana dia bukan berdarah tuan bangsa.

Jadilah dia pakar negara asing atau menteri di negara barunya. Keadaan ini juga menjadikan individu yang sebangsa dengan tetopeng terus tegar dengan kepakarannya bekerja di negara asing. Malah lebih rela menjadi warga negara lain. Kembali sekadar menjengah keluarga di tanah asalnya atau sekadar melancong, itu pun kalau masih sudi.

Tetopeng ini ibarat melihat duit siling, nampak banyak di atas meja. Sepatutnya dia amanah. Cekut siling itu masukkan dalam tabung buluh. Tetapi tidak!, cekut siling itu masuk poket. Enjoy!!! selagi masih bernyawa atau tewas belum terpancar di wajah mukanya. Jadi tetopeng kena bijak bernafas, namun menanggung rugi tidak, jauh sekali dari emosi rasa bersalah.

"Sesekali keybord dipatuk"
Sekadar peta hiasan bersumberkan Google Maps.

In Syaa Allah Bermanfaat.

Sumber asal: (Kisah Sebuah Negara Mundur Yang Semakin Blur) .^.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.
_._

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Ambank KILLER nabbed in JB

Posted: 09 Nov 2013 06:26 PM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Saman Fitnah Mazlan Aliman vs Anuar Manap Mazlan Aliman vs Wan Zawawi Wan Zain

Posted: 09 Nov 2013 03:43 AM PST






Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya tidak mahu bermusuh dengan Majlis Belia Felda dan Persatuan2 Belia. Sebagai anak peneroka, apa faedahnya bagi saya dan Ngo ANAK bertembung dengan Badan2 belia yang ada. Walhal, tuntutan kita adalah sama.

ANAK berjuang untuk mendapatkan rumah Generasi ke 2, tanah Felda Plantation dan projek sosio ekonomi di Tanah Rancangan Felda. Kita boleh berbeza idealogi politik, namun perjuangan untuk Generasi Baru Felda adalah tanggungjawab bersama.

Apa yang dikesalkan, terdapat sesetengah pemimpin belia lebih suka bertempur sesama sendiri. Mereka ini sepatutnya fokus kepada tuntutan anak muda di Felda. Apa hala tujunya, bukan sekadar berbangga dapat gelanggang futsal semata2.

Dengan tidak menafikan minat dan selera terhadap kegiatan sukan dan hiburan, bagi saya ia sekadar sampingan. Persoalan utama adalah kehidupan, jaminan pekerjaan dan pembangunan sosio ekonomi. Dasar belia Felda mesti dilaksanakan kearah pengambilalihan kepentingan strategik di Felda untuk hari ini dan masadepan.

Belia Felda bukan pak turut yang hanya menurut kehendak Isa Samad dan pemimpin politik, yang nilainya beberapa ringgit sahaja. Bila ada Kembara Oren atau majlis penerangan anjuran Pakatan Rakyat, belia ini diupah untuk buat kacau. Berasa seronok kerana berjaya sekat dan gagalkan program. Faedahnya apa?

Yang kenyang dan membolot kekayaan di Felda siapa?
Hidupnya hanya meminta2 pada pemimpin politik yang menabur benda hanya pada waktu yang diperlukan sahaja. Mana maruah dan harga diri kita?

Saya mengambil masa yang lama sebelum mengemukakan saman malu/fitnah keatas Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Manap dan Ketua Penerangannya, Wan Zawawi. Saya lebih mendiamkan diri atas tuduhan dan fitnah yang disebarkan. Saya sedia dikritik kerana sebagai manusia biasa, kita ada kelemahan dan cacat cela.

Rupa2nya, bila saya berdiam diri, mereka semakin melampau. Membuat tuduhan dan disebarkan secara meluas di laman sosial. Tujuannya untuk mengaib dan menjatuhkan nama baik saya. Ramai kawan termasuk peguam mendesak saya agar mengambil tindakan saman bagi membersihkan tuduhan tersebut. Jika berdiam diri, ada yang kata, tuduhan itu mungkin betul.

Semasa penyerahan memorandum di HQ Felda, 28 dis 2012, ucapan Anuar Manap dan Wan Zawawi yang mengetuai Majlis Belia Felda; yang kononnya nak pertahan Felda, terlalu biadap. Ucapan mereka disebar dengan begitu meluas melalui Youtube dll.

Mereka menuduh saya makan duit peneroka Kemahang 3 yang menang kes Kadar Perahan Gred. Bersekongkol dengan Lawyer Wan Rohimi sapu duit peneroka dan berbagai tuduhan lain. Oleh kerana tohmahan semakin menjadi2 diambang pru 13, lama kelamaan saya terasa amat hina berdiam diri begitu sahaja.

Saya melantik Lawyer Hj Haris Abdullah memfailkan saman keatas Anuar Manap dan Wan Zawawi. Kedua2nya mesti membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media utama dan membayar gantirugi. Mereka enggan.

Isnin ini perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya difahamkan kedua2nya gelabah. Bukti ucapan mereka pihak peguam ada. InsyaAllah, bahan bukti akan dikemukakan. Saya simpati terutamanya kepada Anuar Manap sebab beliau adalah Ahli Parlimen Sekijang. Silap haribulan boleh tergugat kedudukan beliau sebagai MP.

Sekadar mengingatkan kepada mereka dan kuncu2nya, jaga budi bahasa. Jangan celupar sangat. Buruk padahnya. Pada waktu ini saya sedang bincang dengan lawyer untuk ambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Maslan, yang kini Timbalan Menteri Kewangan. Bukti dia fitnah saya sedang dikumpul.

Sesekali kena diajar puak2 ni....

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap?

Posted: 09 Nov 2013 09:14 PM PST


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis di Raja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Suara Politik
Belantan

Soksek-soksek akhbar Cina : Ahli baru bosan dengan sengketa dalaman DAP?

Posted: 09 Nov 2013 05:39 AM PST


Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 31 Oktober 2013 menyiarkan artikel mengenai masalah dalaman DAP yang sehingga kini belum menunjukkan kesudahannya.

Artikel bertajuk DAP dalam situasi bengang yang ditulis oleh Lim Ming Fah disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 39.

Tiba-tiba semangat rakan-rakan dan anak-anak muda yang begitu bercita-cita tinggi jatuh merudum. Jatuh sehingga mereka berada dalam keadaan bingung. Mereka juga agak gementar dan kini dalam situasi tidak tentu hala arah tujuan.

Keadaan itu mempunyai kaitan dengan semangat mereka yang begitu berkobar-kobar semasa musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selepas PRU-13 berakhir, semangat yang begitu membuak tinggi, bertukar menjadi keadaan yang amat berbeza kali ini. Sudah tentu ia ada kaitannya dengan situasi politik semasa.

Pihak pembangkang mendapat lebih banyak undi dalam PRU-13 berbanding dengan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, mereka bengang kerana musim untuk mereka berkuasa tidak kesampaian.

Akibatnya, ramai golongan muda yang menyokong pembangkang merasa marah dan mengadakan perhimpunan jalanan secara besar-besaran.


Pada masa itu, mereka ke hulu dan ke hilir, dari utara ke selatan mengadakan bantahan. Semua orang boleh lihat semangat mereka yang begitu berkobar-kobar.

Mereka juga bergiat di laman sesawang jalur lebar, menggunakan kata-kata dan bahasa yang penuh bersemangat, melepaskan geram untuk mencapai hasrat politik mereka. Ada kalanya mereka bersikap terlalu angkuh dan sombong.

Bagaimanapun, baru sahaja setengah tahun masa berlalu, keadaan seperti sudahpun berubah. Ada sesetengah orang, semangat mereka telahpun luntur.

Ada seorang peserta perhimpunan berumur dalam lingkungan 30-an berterus terang mengakui, kecewa dengan masalah dalaman yang berturutan berlaku dalam DAP terutama sekali di Kedah, Melaka dan Johor.

Dia adalah penyokong setia kepada Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang sering tidak sependapat dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Cheng Hau dan Guan Eng sebenarnya mempunyai penyakit dalam jiwa mereka dan saling tidak mengikut rentak. Ia bukan lagi rahsia kepada semua pihak, tetapi dia sangat percaya kedua-dua mereka boleh kekal untuk berjuang bersama-sama kerana mempunyai agenda politik yang sama.


Tetapi apabila Cheng Hau mengkritik kepimpinan pusat dan mengumumkan tidak akan bertanding mengekalkan jawatan dalam pemilihan pucuk kepimpinan DAP Johor sehingga jawatan ahli jawatankuasa pun beliau tidak mahu bertanding, orang ini yang menyokong beliau merasa begitu kecewa.

Dia tidak tahu nak buat apa lagi. Seperti seorang yang telah putus cinta, wajahnya menjadi muram. Semangatnya yang tinggi sebelum ini, dalam sekelip mata sahaja menjadi sejuk.

Saya tidak dapat membantu dia, tetapi saya boleh memahami dia. Diharapkan dia akan dapat keluar daripada gangguan hilang semangat dan wajah muram berkenaan. Diharap dia dapat kembali kepada sifat asalnya yang sentiasa bergembira.

Politik boleh dilihat seperti sangat ringkas dan juga boleh dilihat seperti sangat kompleks. Politik juga membolehkan berlaku perlakuan saling cantas mencantas, berbalah dan berbeza pendapat.

Persaingan dalam politik berkait rapat dengan persaingan merebut kuasa. Umpama sawah yang gersang tiada orang menyapa. Sawah yang makmur, ramai orang yang akan merebutnya. Ini adalah kebiasaan dalam berpolitik.


Tetapi yang lebih hebat lagi ialah dalam politik tiada rakan yang kekal selama-lamanya dan tiada musuh yang kekal selama-lamanya. Dalam politik, kita hanya mampu mengharungi pahit maung bersama-sama, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan bersama-sama.

Apa yang berlaku ini, sama seperti yang terjadi di China pada zaman dahulu apabila hulubalang Yue telah bersubahat dengan ramai orang untuk merampas kembali negerinya. Selepas dapat merampas kembali negerinya, hulubalang Yue telah menghalau dan membunuh orang kuat yang membantunya iaitu Wen Chong.

Saya tidak mahu politik dalam parti kita menjadi buruk seperti itu. Selagi bara kecil dan cita-cita masih ada, kita tetap masih ada harapan terhadap parti kita.

Anda boleh merasa kecewa dan hilang keyakinan terhadap parti buat seketika, tetapi anda kena ingat, jangan kita selama-lamanya tidak yakin dan hilang harapan terhadap politik.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Video Pengawal keselamatan akui dimaki dan ditendang isteri Mat Yo on YouTube Cecah Lebih 400 Ribu View

Posted: 09 Nov 2013 10:07 PM PST

https://www.youtube.com/watch?v=Vs4_0qZWBQg&feature=youtube_gdata_player

Pembunuh Norazita Abu Talib AMBANK berjaya ditahan pagi ini - Syabas @PDRMSIA @Zahidi_Hamidi @KBAB51

Posted: 09 Nov 2013 08:19 PM PST

Jutaan tahniah kepada semua atas kejayaan ini.

Group whatsapp juga telah beredar berita gembira ini sejak pagi tadi.

RAKYAT MALAYSIA SENTIASA SOKONG PDRM DEMI MALAYSIA YANG AMAN.

Syabas sekali lagi.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR KATA SB JAHAT MACAM CIA & FBI

Posted: 09 Nov 2013 07:47 PM PST

UCAPAN ANWAR DI DEPAN YAHUDIS :SB DI MALAYSIA JAHAT MACAM CIA DAN FBI
ISU KESELAMATAN NEGARA merupakan prioriti di mana-mana negara pun, apatah lagi sejak kejatuhan Soviet Union. Ianya kerana negara Amerika mula menonjolkan perwatakan sebenarnya dengan menjadi Polis Dunia di mana-mana kawasan.
Sebenarnya hubungan akrab Malaysia dengan Rusia (dulunya Soviet Union) memberi banyak keuntungan. Generasi muda tidak begitu mengetahi bahawa Projek Angkasawan Negara mula-mula disebut oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 1980an ketika Dasar Luar Negara memberi kerapatan kepda negara Rusia berbanding Amerika.
Akhirnya, Projek Angkasawan Negara menjadi kenyataan semasa zaman Pak Lah.
Di Asia Tenggara, tanpa menyebut negara Singapura sebenarnya Amerika lebih friendly dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina. Kenapa tidak Malaysia, kerana Malaysia mempunyai dasar luar yang sangat pragmatik. 
Bukan maksud saya Amerika friendly mereka berkawanan dengan bahagia, maksud saya ialah Amerika mudah membawa doktrin, komunikasi, atau mungkin tekanan yang membawa keuntungan kepada Amerika.
Seorang wartawan bernama Tony Cartalucci dalam tulisannya "CIA Coup Army Uncovered in Asia" mendedahkan perkawanan CIA dengan Anwar melalui simbol genggaman tangan merujuk kepada BERSIH.
CIA dan FBI di Amerika, mengetahui pelbagai perkara sulit berlaku di Virginia di mana pelbagai NGO atas nama Islam telah ditubuhkan dengan bantuan CIA melalui pihak kedua, ketiga mahupun pihak keempat. Anwar Ibrahim Associate (AIA) sendiri memiliki pejabat di Virginia. 
Anwar Ibrahim pernah berkata kata logo 'gengaman tangan' iaitu logo rasmi Parti Sosialis Malaysia (PSM) persis komunis, walhal aktivis-aktivis PSM lah yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan BERSIH dan membantu PKR di dalam Pilihanraya
NED dalam laman rasminya tidak lama dahulu menulis pemberian USD100,000 kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd adalah untuk "To strengthen independent media in Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd will support the development of an online media outlet providing professional and responsible coverage of issues and news often ignored or distorted by the mainstream media".
Sebagai orang media, saya tentu akan berkata beruntunglah Mkini DotCom Sdn. Bhd. menerima dana tersebut kerana ianya membolehkan pasukan tersebut bergerak dengan cekap. Semua kita sedar tanpa peruntukan, sesuatu program dan idea besar tidak mungkin boleh bergerak dengan pantas dan cekap.
Isunya bukan itu, isunya ialah siapa NED? Siapa di belakang NED? Dan apakah tujuan di sebalik sumbangan-sumbangan tersebut?
Anwar Berucap Di Majlis NED & Mengambil Kesempatan Menghentam Malaysia
Hari ini kita bercakap tentang ancaman keselamatan negara oleh agen-agen CIA dan FBI di seluruh dunia termasuk di negara kita. 

Kita lupa Anwar Ibrahim sendiri yang membawa agen-agen CIA dan FBI itu ke dalam negara Malaysia. Sama ada dia sedar, tidak sedar, sombong, kebodohan hanya kerana cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri!

KENAPA FBI MEMBUAT PANGGILAN DARI WASHINGTON, ANWAR DI VIRGINIA & INTIPAN CIA

Posted: 09 Nov 2013 06:50 AM PST

Salah Satu Buku Rahsia CIA
History: CIA Sabotage Manual
In the early 1980s, the right-wing Reagan U.S. Government was determined to undermine or overthrow the leftist government of Nicaragua.

As part of this campaign, the Central Intelligence Agency produced a small illustrated booklet in both Spanish and English designed to destabilise the Nicaraguan Government and economic system.
Ada Pemimpin Sebelah Sini Ditelefon Direct Dari Amerika & Diberi Tekanan
It instructed disaffected individuals on acts of sabotage they could carry out to this end. This is that manual.

This graphically illustrated CIA sabotage/terrorism manual was originally published for the Nicaraguan contras.

"A Practical Guide to liberating Nicaragua from oppression and misery by paralysing the military industrial complex of the traitorous Marxist state with
minimal risk for the combatant."
Cara Konservatif Yang Masih Diamalkan CIA di Negara Dunia Ke-3
Wacky cartoons show Nicaraguans how to goof off at work, build toilet bombs and Molotov Cocktails and attack police stations.

Before putting this on our website we checked out some of the suggestion and can confirm they work most effectively in most countries of the world.
Cara CIA Mendidik Orang Seperti Anwar Sejak Awal Tahun 1970!
Our thanks to the CIA for making this available. That they may live to regret it is not our problem.

It's like, well ... sometimes shit just happens, right?

Artikel kedua ini untuk membuka minda anda tentang gerakan CIA mengitip dan menjalankan modus operasi mereka di Nicaragua. Bagaimana pula di negara kita?

Anwar Ibrahim sudah sekian lama terikat dengan lingkaran American Jew Assocation di Amerika yang antara lainnya terikat dengan AlGore, William Cohen, Medeline Albrigt, NGO-NGO dana Yahudi seperti NED, NDI, IIIT dan sebagainya.

Dua pucuk surat Anwar Ibrahim bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004. Anwar sendiri memiliki pejabat di Virginia (Anwar Ibrahim & Associate). Baca semula http://mymassa.blogspot.com/2013/11/rahsia-amerika-intip-individu-di.html

Kumpulan pelobi Yahudi dalam Dewan Senat dan Dewan Perwakilan di Amerika sangat berpengaruh. Anda bayangkan, sebuah panggilan telefon dari jauh di Washington, mendesak seorang pemimpin di sebelah sini. Panggilan itu berkait dengan Anwar.

Kerajaan Malaysia patut menyiasat mengapa CIA dan FBI mempunyai minat yang mendalam ke atas Anwar Ibrahim? Mengapa FBI membuat panggilan telefon itu?

Bersambung...

SAYA TANDING SEBAB SAYA MAHU HALAU LIBERALISME DALAM PAS

Posted: 09 Nov 2013 05:48 AM PST

Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar parti minggu depan menegaskan mahu mengembalikan PAS pada perjuangan asalnya dengan menolak fahaman liberalisasi.
Abu Bakar berkata PAS perlu diperkasakan semula memandangkan PAS dilihat terus mendapat perhatian pengundi baru yang mahu menyertai parti itu.
"PAS sebagai sebuah parti politik, PAS seharusnya dipimpin secara konsisten dan tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang boleh meliberalkan PAS.
"Hala tuju PAS tidak boleh diliberalisasikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media khasnya di Ibu Pejabat PAS Pusat ketika mengumumkan peranan yang mahu dibawanya jika berjaya menerajui parti itu sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.
Justeru katanya, beliau mahu PAS berhenti membawa satu persepsi kepada orang ramai yang parti itu bercelaru sehinggakan mendatangkan banyak kesan kepada ahli parti sendiri.
"PAS tidak boleh membawa elemen mengelirukan orang sehingga PAS ini dilihat hilang hala tujunya sehinggakan ada di dalam PAS berfikir begini…begini…begini…
"Jadi PAS itu harus diperkasakan kepimpinannya dan kebulatan fikrah dan pemikiran kepimpinan," katanya.
Selepas 15 tahun tidak bertanding, akhirnya beliau tampil semula bagi merebut jawatan itu dan mentransformasikan PAS supaya dapat menyekat fahaman liberal dari terus menular bukan sahaja dalam kalangan ahlinya sendiri tetapi pada rakyat juga.
"Saya melihat PAS sebagai sebuah pergerakan Islam dan parti politik yang makin hari makin mendapat sambutan, dan kerana itu PAS perlu melonjak sebenarnya untuk perlu diperkasakan dalam beberapa perkara sekiranya dilihat ada kekurangan dalamnya.
"Saya memikirkan ada wajarnya saya masuk semula ke dalam persaingan dan dalam Dewan Harian itu," katanya.
Beliau juga akur dengan pertandingan lima penjuru bagi merebut jawatan berkenanan.
Pencabar Abu Bakar adalah Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mempunyai kehebatannya yang tersendiri.
"Saya sudah memikirkan persaingan saya dan saya menyerahkan kepada ahli-ahli dengan apa yang saya mahu bawakan tadi di dalam PAS," katanya

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Ditangkap

Posted: 09 Nov 2013 06:14 PM PST


Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL

PETALING JAYA: Police have confirmed the arrest of the main suspect in the fatal shooting of AmBank officer Norazita Abu Talib.

In a press statement, Federal Criminal Investigation Department director Datuk Hadi Ho Abdullah said the man was arrested in Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, about 7am.
 
A special Ops Cantas  team managed to track down the suspect in Johor.
 
He said the hunt for the man, believed to be a foreigner, had come to an end after three weeks' of pursuit.
 
Hadi added that police were now probing whether the suspect was hiding in the village or was planning to leave the country for Indonesia.
 
"We are grateful for the cooperation of the public in supplying information to the police.
 
"The main suspect in the shooting and robbery has been detained," he said.
 
Police have since detained seven people, including friends and relatives of the guard.
 
Earlier, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had announced the capture via his Twitter account and praised Bukit Aman's Ops Cantas team.

Police are probing whether the Ambank shooting suspect planned to flee the country. Pix by Zulfadhli Zulkifli