Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Nama-nama anak syaitan laknatullah.

Posted: 08 Nov 2013 06:08 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Nak tampilkan entry ini pun ada gangguan syaitan laknatullah. Begitulah syaitan laknatullah sering mengancam Iman Umat Islam. Sama-sama kita bermohon Perlindungan Allah S.W.T..
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

> > 1. Zalituun
> > Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
> > Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
> >
> > 2. Wathiin
> > Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T..
> >
> > 3. A'awan
> > Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
> > Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
> > dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
> >
> > 4. Haffaf
> > Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat 

> > maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
> >
> > 5. Murrah
> > Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah S.W.T.. 

> > Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
> >
> > 6. Masuud
> > Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja 

> > penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
> >
> > 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak 

> > memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan 
> > rumahtangga, suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang 
> > pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah 
> > tangga lagi.
> >
> > 8. Walahaan
> > Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan 
> > menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
> >
> > 9. Lakhuus
> > Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
> >
> > Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > 10. Isetan.
> > Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, 
> > Singapore, Beijing &.....
> >
> > Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
> > Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg 

> > lakinya dah tunggu kat kereta.
> >
> > Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah 

> > sebenarnya amalan Syaitan.
> >
> > 11. Hindusetan
> > Nie mereka2 yg menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, maseh 

> > menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!
> >
> > 12. Santan
> > Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Ha..tapi 

> > tak tau..banyak santan nieh naik arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi 
> > dan sakit jantung...hmmm

Perolehan dari email yahoo dulu-dulu dan Pesanan pengirim email

Simpanlah baik-baik email ini dan sebarkan pada rakan-rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan-syaitan laknatullah kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.

In Syaa Allah Bermanfaat.

Sumber: (Nama-nama anak syaitan laknatullah.) .


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Kehebatan Taksin Yang Tak Ada Pada Pemimpin Politik Malaysia

Posted: 08 Nov 2013 12:00 AM PST


Perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, menghantar anak perempuannya untuk bekerja di MacDonalds untuk mengajar anaknya tentang susah payah untuk mendapatkan duit. Thaksin juga kadang-kadang akan berhenti di restauran tersebut untuk membeli makanan dari anaknya sendiri.


Thaksin juga turut berkata bahawa jangan memberi layanan istimewa kepada anaknya itu dan hendaklah dilayan seperti pekerja-pekerja yang lain. Dan jika perlu, suruhlah dia mop lantai sama seperti pekerja yang lain juga

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tamparan buat Haji Hadi - Nik Amar akui PAS gagal ganti UMNO?

Posted: 08 Nov 2013 10:30 PM PST


PAS Patut Kaji Kerjasama Dengan DAP & PKR

Calon untuk jawatan timbalan presiden PAS Datuk Nik Amar Nik Abdullah menegaskan keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi melayu Islam. Sila baca di sini.

"Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu menyokong Umno bukan PAS.

Sungguhpun saya satu-satunya calon ulama 'untuk jawatan timbalan presiden' saya berharap untuk mewakili semua pihak dalam PAS," beliau dipetik berkata oleh The Star.


Nik Amar akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan dua penjuru untuk jawatan timbalan presiden pada muktamar parti 22-24 November ini, saingan itu dilihat sebagai kemuncak pertandingan antara golongan erdogan 'Mat Sabu' dan ulama yang diwakili oleh Nik Amar.

Calon lain yang layak untuk bertanding jawatan itu seperti Husam Musa, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man memilih untuk bertanding jawatan lain.

Sekiranya menang Nik Amar akan memastikan dua jawatan tertinggi dalam PAS diisi oleh golongan ulama ekoran desakan akar umbi yang mahu parti itu lebih lantang bersuara dalam isu-isu agama.

Datuk Seri Abdul Hadi awang menang bertanding jawatan presiden parti untuk penggal keenam berturut-turut.

Sebelum ini ketua dewan ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata parti itu harus mengkaji kerjasama berlandaskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR ekoran kemerosotan undi Melayu untuk parti itu.

Beberapa pihak menegur PAS kerana didakwa berlembut dalam isu-isu bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, ketegasan mendirikan agama Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

Hadi dan Mat Sabu menafikan perjuangan asasnya kerana tunduk kepada tunduk kepada PKR dan DAP dalam hasrat untuk meraih sokongan bukan Melayu pada PRU ke-13.

Pilihanraya lalu menyaksikan DAP memenangi 38 kerusi parlimen, PKR 30, manakala PAS walaupun menjadi parti terbesar dalam pakatan rakyat hanya meraih 21 kerusi disamping gagal mempertahankan Kedah. - Antarapos

Suara Politik
Belantan


Penghinaan yang tiada penghujung?

Posted: 08 Nov 2013 04:26 PM PST


Sejak dahulu memang wujud dalam kalangan warga Malaysia yang membenci bangsa atau agama lain tetapi bilangannya kecil dan mereka tidak berani meluahkan isi hati kepada umum kerana 'takut' kepada pihak berkuasa.

Namun, sejak kebelakangan ini situasi seolah-olah sudah di luar kawalan apabila semakin ramai berani meluah rasa di dalam media sosial menghina dan mengutuk bangsa mahupun agama orang lain tanpa sebab yang jelas.

Paling nyata menjadi mangsa penghinaan dalam media-media sosial kini adalah institusi Melayu dan agama Islam, terbaru melibatkan dua anak muda berbangsa Cina, seorang India serta seorang Melayu yang menghina agama Islam.

Sudah tentu perbuatan dangkal mereka ini tidak mewakili sentimen keseluruhan bangsa ataupun penganut agama mereka tetapi kesannya amat besar dan boleh membawa kepada tindak balas drastik daripada orang Melayu dan Islam khususnya golongan muda berdarah panas.


Persoalan utama di sini, apakah punca yang menyebabkan anak-anak muda ini begitu membenci bangsa Melayu mahupun agama Islam? Mungkin politik kebencian yang dipupuk sesetengah pihak telah melimpah ke dalam sistem sosioekonomi masyarakat setempat, umpama retak menanti belah sahaja.

Walaupun pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam gagal atau tidak mahu menegur anak bangsa atau penganut sendiri yang menghina Melayu dan Islam, sekurang-kurangnya tetap lantang demi maruah masyarakat sendiri. Kenapa pula suara pemimpin Melayu Islam begitu lemah bila agama dan bangsa sendiri dihina?

Pemantauan media sosial gagal kerana hanya menunggu laporan baru mahu menyiasat, polis pula hanya boleh bertindak jika ada yang membuat laporan, proses perundangan juga boleh dilengah-lengahkan, maka apa lagi pilihan yang ada bagi masyarakat Melayu dan Islam negara ini mempertahankan bangsa dan agama mereka?

Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seng bersetuju dengan pandangan masalah tersebut berpunca daripada kebencian dan permusuhan politik yang nyata selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


"Tak dapat disangkal permusuhan politik telah menyerap ke bidang-bidang lain (sosioekonomi) di samping perasaan tidak puas hati di kalangan bukan Melayu.

"Rasa tidak puas hati terutama orang Cina kepada kerajaan 'Melayu', mereka lihat ada diskriminasi dan wujud ketidakadilan sosial walaupun selepas gagasan 1Malaysia diperkenalkan, mereka tetap perlekeh sebab masih nampak pengagihan kekayaan tidak adil," katanya.

Menurut beliau, persepsi 'zero sum game' iaitu melihat kelebihan pada kelompok lain sebagai satu kerugian untuk kelompok sendiri turut menyumbang kepada kebencian terhadap orang Melayu dan Islam.

Jelasnya lagi, persepsi itu menyebabkan bukan Melayu khususnya orang Cina melihat agenda ekonomi bumiputera merugikan mereka malahan usaha menambah masa pendidikan bahasa Melayu di sekolah vernakular dilihat merugikan bahasa Mandarin dan dikhuatiri membawa kepada penutupan sekolah tersebut.

"Ini berkaitan dengan pemimpin bukan Melayu khususnya pemimpin Cina yang boleh dikatakan tidak pernah mahu jelaskan kepada ahli komuniti mereka perkara seperti agenda ekonomi bumiputera itu demi kebaikan semua. Mereka takut kerjaya politik hancur sebab 'bersekutu' dengan orang Melayu.


"Saya sendiri yang pertahan bahasa Melayu pun dikatakan pengkhianat. Pemimpin mereka hanya buat kenyataan umum atau samar-samar sahaja, termasuk dalam kes penghinaan Melayu dan Islam kerana takut 'membunuh' kerjaya politik sendiri," ujarnya.

Beliau juga berasa sedih melihat ada pemimpin dalam MCA menyelar agenda negara sedangkan DAP pun tidak melenting begitu, semata-mata mahu dilihat berani melawan orang Melayu demi nyawa politik dan sokongan bangsa sendiri.

Beliau khuatir jika pemimpin komuniti bukan Melayu dan bukan Islam terus berdiam diri, kejadian menghina orang Melayu dan Islam di media sosial akan meletup seperti masa peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.

"Pemimpin bukan Melayu khususnya yang dalam politik perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih berani tegur perbuatan yang pastinya merugikan bangsa sendiri sahaja. Kalau berlaku rusuhan semua rugi tetapi yang paling parah pastinya bangsa mereka sendiri, bukan orang Melayu.

"Saya yakin mereka pun tahu kesannya jika berlaku rusuhan. Sekarang bukan lagi masa untuk cakap tentang hal kekayaan, untung, duit dan ekonomi sahaja, kena juga cakap tentang isu nasional, jati diri dan sayangkan negara sendiri," tegasnya.

Mungkin menyamar menggunakan nama orang Melayu dan akaun palsu FB?

Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz juga memahami kekecewaan orang Melayu dan Islam berikutan kelemahan penguatkuasaan dalam isu menghina bangsa dan agama dalam media sosial.

"Betul kalau kita katakan seolah-olah ada kekecewaan besar dan serius di kalangan masyarakat Melayu dan Islam berkaitan isu ini. Kita perlu beri pandangan baharu dalam keadaan begini, tidak boleh harapkan pendakwaraya sahaja.

"Mungkin jika boleh kita bangunkan perundangan yang berkembang luas di negara luar, Litigasi Kepentingan Awam yang memberi locus standi (hak) untuk individu atau kumpulan menuduh, contohnya terhadap pihak yang mencerca Melayu dan institusi Islam," jelasnya.

Beliau memaklumkan sistem tersebut tidak begitu berkembang di negara ini dengan kes difailkan individu tidak begitu diberi perhatian kerana kawalan pertuduhan di pihak Peguam Negara.

Tambahnya, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun boleh melantik orang luar atas kehendak sendiri atau atas permohonan seperti dalam pelantikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan pendakwa raya untuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian ahli Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menunjukkan laporan polis serta bukti yang diambil dari laman sosial Facebook berhubung isu penghinaan nama Allah dan Nabi Muhammad di laman sosial itu selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pemilik akaun itu didakwa memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal Jakim pada 3 September lepas.

"Untuk kes penghinaan orang Melayu dan Islam juga boleh lantik sesiapa yang layak untuk buat pertuduhan, atau satu cara lagi Litigasi Kepentingan Awam, membenarkan seseorang menjadi peguam menjaga kepentingan satu-satu kelompok contohnya benarkan orang Islam buat pertuduhan sendiri orang yang hina agamanya.

"Dengan itu, kumpulan atau NGO Islam tidak perlu tunggu Pejabat Peguam Negara atau polis lakukan siasatan. Mereka sendiri cari bukti dan bawa ke mahkamah," ujarnya.

Shamrahayu bagaimanapun memaklumkan belum ada kes pendakwaan sedemikian di Malaysia dan saranan perlu dibuat dahulu agar Pejabat Peguam Negara memberi kebenaran orang Melayu atau Islam mendakwa sendiri pihak terbabit.

Beliau melihat jika dapat dilaksanakan, ramai peguam yang berkemampuan dalam NGO Islam mampu melakukan pendakwaan di bawah seliaan Pejabat Peguam Negara.

"Undang-undang kita tiada kekurangan, penguatkuasaan sahaja. Pihak Pejabat Peguam Negara perlu lebih proaktif, sudah terlalu banyak kes penghinaan dan hasutan begini, perlu ada pendakwaan.

"Kita ambil mekanisme holistik. Toleransi, dialog dan pendidikan perlu untuk pencegahan masa hadapan tetapi untuk kes yang sudah berlaku, masalah berlaku sekarang ini, perlu ada pendakwaan. Semuanya perlu bergerak selari untuk mencegah dan menangani," tegasnya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Anwar Bukan Tuhan – Adun PKR Sabah?

Posted: 08 Nov 2013 01:40 AM PST



KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan dilihat semakin membina jarak dengan kepimpinan PKR, menguatkan jangkaan yang beliau akan meninggalkan parti.

Dalam 'posting' Facebook beliau sejak beberapa hari lepas, Jelani menuduh pemimpin-pemimpin PKR "mengamalkan undang-undang hutan" berhubung niat mereka untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada beliau berikutan rungutan terbukanya tentang kepimpinan PKR.

Posting beliau pada 5 Februari berkata, pemimpin PKR Anwar Ibrahim "bukan Tuhan" dan beliau perlu bersedia untuk menghadapi kritikan.

"Anwar telah memanggil saya garang. Apabila saya menyuarakan pendapat saya, saya juga dijenamakan pengkhianat. Sejak bila kita dilarang daripada mengkritik Anwar. Dia bukan Tuhan," katanya.

Dan kepada ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin , yang meninggalkan Umno untuk PKR sebelum pilihan raya umum 5 Mei, Jelani berkata sinis: "Mr Perfect dan Bersih. Tidak boleh dikritik. Kaki saya," menutup ayat dengan emoticon 'senyum'.

Beliau berkata rungutan utama beliau kepada kepimpinan PKR adalah pelantikan Lajim sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Sabah dan sebagai Ketua PKR Sabah.

Beliau juga berkata terdapat "kekurangan " berkaitan wakil dari Kadazandusun Murut dan Rungus dalam jawatankuasa perhubungan negeri parti.

Jelani berkata beliau telah membawa isu-isu ini kepada kepimpinan PKR sebelum ini tetapi "keputusan adalah berbeza daripada pelaksanaan."


Mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau berhubung kritikan beliau terhadap kepimpinan parti, beliau berkata: " Apa yang mereka lakukan ini? Mereka mengamalkan undang-undang hutan atau mereka orang hutan?!!"

Dalam jawapan kepada rakan Facebook terhadap posting beliau, Jelani berkata, ia kelihatan seperti kepimpinan PKR cuba untuk memaksa beliau meletakkan jawatan dari parti atau menghadapi pemecatan dengan mengeluarkan kepadanya surat tunjuk sebab.

"Mereka cuba untuk memberi pilihan kepada saya. Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kiri mu," katanya.

Jangkaan Jelani akan keluar daripada parti itu semakin meningkat sejak rakan beliau, Adun Kadamaian Jeremy Malajad mengumumkan keluar dari PKR pada Isnin.

Jeremy bersama-sama Jelani telah dijangka keluar parti selepas ketiadaan mereka dari pertemuan dengan ketua parti Anwar Ibrahim di sini hujung minggu lalu.

Ketika dihubungi, Jelani memberitahu The Star: "Saya tidak sampai ke tahap itu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti."

Beliau berkata beliau tidak menghadiri mesyuarat perhubungan PKR Sabah dengan Anwar pada Sabtu kerana beliau dan Jeremy tidak melihat tiada gunanya menghadirinya.

"Kita tidak boleh bekerja dengan Lajim lagi," katanya – mstar

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Amaran langgar ulamak dari Siri Mariah Anwarinas?

Posted: 08 Nov 2013 08:00 PM PST

Pelik sangat ke ... komplek kediaman rasmi bil api besar?

Posted: 08 Nov 2013 05:06 PM PST

CEO Petronas ditegur ... Omar Ong yang atur berdiam menikus

Posted: 08 Nov 2013 04:30 AM PST

COMANGO cabar asas Perlembagaan dan keamanan

Posted: 08 Nov 2013 12:30 AM PST

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Semakin ramai 'Kitol' dalam Petronas punca Melayu/Bumiputera disisihkan?

Posted: 08 Nov 2013 10:36 PM PST


PUTRAJAYA – Syarikat minyak negara Petronas perlu menyokong dasar kerajaan, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera dan Melayu.

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, Petronas, seperti agensi kerajaan lain, mesti mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

"Dasar kerajaan setakat yang saya tahu, termasuk untuk melaksanakan DEB. Kerajaan belum tolak DEB.

"Ini bermakna Petronas juga terlibatlah (untuk laksanakan DEB)," kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Beliau, bagaimanapun menegaskan, walaupun syarikat Bumiputera perlu diberikan layanan istimewa oleh Petronas, ia perlu dilakukan mengikut merit.

"(Ingin) lindungi (syarikat Bumiputera) pun ikut merit juga. Orang tak ada merit tak boleh la nak lindung," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan aduan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat yang menjadi vendor Petronas dan pengusaha stesen minyak Petronas mengenai dasar Petronas yang didakwa mula mengetepikan syarikat milik Bumiputera.


Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri menerima aduan berhubung perkara yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dan menegaskan, beliau telah pun menyampaikan kebimbangan itu kepada pengurusan tertinggi Petronas.

"Kerja saya (sebagai penasihat), saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tentang perkara-perkara ini (iaitu aduan mengenai dakwaan Petronas mengetepikan orang Melayu)," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju dasar Petronas yang didakwa mula berubah daripada membantu syarikat Bumiputera dan orang Melayu, Dr Mahathir berkata Petronas beranggapan syarikat itu telah memenuhi objektifnya untuk membantu kaum Bumiputera.

"Jumlah kontrak (Petronas yang diberikan kepada syarikat Bumiputera) cukup besar. Katanya dia (Petronas) dah tolong banyak kepada Bumiputera," kata beliau.

Dr Mahathir turut menjelaskan kapasitinya sebagai penasihat tidak berikannya kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Petronas, sebaliknya beliau hanya boleh memberi nasihat.

"Saya cuma dengar banyak orang tak puas hati (dengan Petronas). Jadi bila orang tak puas hati, saya beritahu kepada presiden (Petronas).

"Terpulang kepada dia lah apa tindakan (nak diambil) sebab dia (ada kuasa) eksekutif. Saya bukan (ada kuasa) eksekutif," jelas beliau.

Katanya, jika dilihat dari sudut keuntungan dicapai Petronas masa ini, pengurusan Petronas dianggap berada dalam keadaan baik.

Berhubung laporan Sinar Harian kelmarin mengenai peniaga-peniaga kecil yang didakwa tidak dibenarkan lagi membekalkan makanan seperti roti, nasi lemak dan kuih-muih ke stesen Petronas, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenai perkara ini.

"Yang itu saya tak tau la. Ni saya baru dengar kata nasi lemak tak boleh jual (di stesen Petronas)," katanya.

Mengenai keluhan banyak syarikat Malaysia yang menerima kontrak syarikat gergasi minyak antarabangsa, tetapi tidak mendapat peluang di negara sendiri, Mahathir berkata Petronas perlu mengambil tahu mengenai masalah itu.

Selanjutnya sila baca di sini dan sini!

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Anwar makin pening...pembangkang Sabah hilang kerusi lagi!

Posted: 08 Nov 2013 05:18 AM PST



Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa dakwaan dia akan keluar daripada PKR langsung tidak timbul kerana pada hakikatnya tidak pernah menjadi ahli parti berkenaan. Maknanya PKR Sabah memang tiada pemimpin yang berwibawalah. Mereka hanya ditangkap muat oleh Anwar dan Lajim Ukin semata-mata untuk bertanding PRU 13 lepas mewakili PKR walaupun hakikatnya mereka tidak sanggup mengkhianati rakyat Sabah apatah lagi ketika Sabah diceroboh pengganas Kiram upahan PKR.

Sebelum ini Jelani pernah mencabar Anwar agar memecat beliau, jika benar Anwar merasakan diri terlalu berkuasa dan tidak boleh dikritik. Jelani memenangi kerusi N4 Matunggong pada PRU 13 lalu dengan majoriti 320 undi dalam pertandingan 5 penjuru antara BN, PKR, STAR, SAPP dan Bebas.
ADUN Matunggong; Datuk Jelani Hamdan
Sehingga kini sudah 3 ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra BN. Sebelum ini seorang ADUN DAP dan seorang ADUN PKR keluar kerana hilang keyakinan pada parti masing-masing. Kini pembangkang hanya tinggal 9 kerusi di Sabah; 5 PKR, 3 DAP dan 1 STAR. Manakala 48 dari BN + 3 Bebas menjadikan 51 kerusi dikuasai kerajaan. Tahniah!



Sabah tak hilang tetapi pembangkang yang telah hilang kerusi. Itulah kesudahan perjuangan yang tak betul mana Allah nak berkat. Kepada ADUN-ADUN yang telah menjadi ADUN Bebas teruskan khidmat kepada masyarakat yang memilih anda semua. Berjuanglah bersama Barisan Nasional (BN).

Buat Anwar...cukup-cukuplah tu tinggalkan perjuangan kamu yang sia-sia selama ini. Bawak-bawaklah bertaubat! Ini kalilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah !

Rasanya ada lagi yang nak keluar parti kerana tak lagi percaya pada perjuangan menjadi pembangkang dan tak mampu nak tunaikan janji-janji kepada rakyat di DUN masing-masing yang kini mula menuntut janji-janji yang ditaburkan dulu. Apa pun kita tetap sabar menunggu mungkin ada lagi yang akan keluar Pakatan, Insya Allah....Sabah Tatap! 

RINGKASAN PERBANDINGAN ANTARA SST DAN GST

Posted: 08 Nov 2013 01:45 AM PST


Pihak pembangkang kini terlalu phobia dengan GST. Ntah apa yang ditakutkan pun kita tak tahu. Di ceruk-ceruk kampung habis segala pakcik, makcik, apek, nyonya, aci, aya dan minachi dikelentongnya. 

Tetapi lumrah jadi pembangkang kerjanya mesti membangkang walaupun sesuatu itu baik dan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

Anwar Berahim sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan dulu pernah mengusulkan GST. Kini beliau juga mengaku GST adalah mekanisme percukaian terbaik menghalang ketirisan dan penyelewengan. Bahkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat tetap akan melaksanakan GST jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 14 nanti. Itupun kalau Allah s.w.t izinkan pembangkang menang dan Anwar masih lagi sihat dan tak mati. 

Sebabnya melalui GST kerajaan Malaysia berupaya mengutip lebih banyak cukai daripada sektor perniagaan. Wang yang banyak tersebut amat penting bagi kerajaan PR jika mereka berjaya memerintah negara ini untuk menunaikan kebajikan rakyat. Tapi kini apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST, Anwar  rasa tercabar dengan kejayaan Najib mengutarakan GST yang dulu menjadi idamannya untuk dilaksanakan ke atas negara ini.

Maka pelbagai persepsi dicipta kononnya negara masih belum mampu melaksanakan GST kerana pendapatan rakyat masih rendah dan monopoli syarikat mesti dihapuskan. Maka bersorak sorailah pembangkang menuduh kerajaan BN cuba menindas rakyat dengan mengenakan GST. 


Puak DAP turut menyambut idea bahawa sesetengah jutawan Melayu-Islam memonopoli sektor tertentu kerana mereka adalah kroni kerajaan UMNO. Manakala puak-puak lebai PAS yang buta ekonomi dan kuat berteori hanya jadi pak turut yang termanggu tak tau apa-apa sekadar pandai mengutuk sana sini. Bab kedarah duit mereka pandailah...

Secara mudah marilah kita lihat perbezaan antara SST dengan GST. Part manakah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak-puak pembangkang ni yer?



SST

GST

1
Dilaksanakan sejak 1960an dengan pelbagai penambahbaikan

Akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014.

Diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani defisit fiskal negara.

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah negara yang melaksanakan GST

2
Kerajaan hanya dapat hasil cukai RM16 bilion - RM18 bilion setahun

Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil cukai sebanyak RM27 bilion setahun.

3
Semua barangan tidak dicukai kecuali  diisytiharkan dicukai

Setiap barangan akan dikenakan cukai kecuali diisyitiharkan tidak dicukai

40 item barangan pengguna tidak akan dikenakan sebarang cukai sekaligus ia dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan isi rumah.

4
Cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna.

Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit mengelat dari membayar cukai.

Terdapat segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisyitiharkan atau menipu sumber dan hasil pendapatan  mereka.

Pihak peniaga masih boleh memanipulasikan sumber dan hasil pendapatan kotor/haram mereka melalui kegiatan pencucian matawang (money laundering)

Cukai dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan dipelbagai peringkat ini akan direkod dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa.

Unsur-unsur karenah birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras.

5
Cukai SST yang dikenakan meliputi cukai jualan 10% + cukai perkhidmatan 6% = 16%

Cukai SST sebanyak 16% itu akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan sistem cukai baru GST pada kadar 6%. Justeru GST bukan cukai tambahan kepada cukai sedia ada.

6
34 buah negara di dunia masih lagi mengamalkan regim percukaian tersendiri dan beransur-ansur memilih GST sebagai regim percukaian baru negara mereka.

160 buah negara dari 194 buah negara seluruh dunia telah melaksanakan GST pada kadar melebihi 6%.

Di ASEAN hanya Brunei, Myanmar dan Malaysia masih belum melaksanakannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan  GST telah berjaya memajukan negara mereka dan tidak jatuh bankrap

7
Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai SST yang terhad menyebabkan pembangunan  pelbagai infrastruktur baru juga terhad dan segelintir kelompok rakyat masih terpinggir. 

Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai GST yang lebih tinggi ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai infrastruktur baru di mana rakyat pasti akan dapat nikmat dan manfaatnya secara langsung atau tidak langsung.