Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Terima kasih buat Calon, Jentera, dan pengundi BN dalam #PRKSglimau

Posted: 04 Nov 2013 05:04 AM PST


Tahniah BN walaupun tewas tapi tewas bermaruah. PAS menang dalam duka kerana tewas banyak di lubuk mereka sendiri. Malah majoriti juga berkurang berbanding keputusan PRU 13. Walaupun banyak provokasi daripada pihak pembangkang, Calon, jentera BN dan pengundi BN tetap setiap menyokong. Terima kasih diucapkan atas usaha anda semua!

Pas :12069 | Bn : 10985 | Rosak : 123 Majoriti PAS 1,084 undi sahaja.


Update keputusan #PRKSglimau: LIVE dari Pusat Pengiraan Undi -7 PDM BN Menang setakat ini

Posted: 04 Nov 2013 03:11 AM PST


Dibawah merupakan keputusan tidak rasmi Barisan Nasional menang dengan majoriti. Langsung daripada pusat pengundian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam PRK Dun Sungai Limau:
  • PDM SG LIMAU -265
  • PDM SG KERING -154
  • PDM KABU 10 -106
  • PDM SIMPANG 3 -397 (BERNAMA)
  • PDM DULANG KECIK - 669
  • PDM DULANG BESAR-237
UPDATE:
  • PDM SUNGAI DAUN - 201 (BERNAMA)
*Berani Hijrah!

Update #PRKSglimau: Penyokong PAS arak patung berhala raih undi?

Posted: 04 Nov 2013 01:00 AM PST


Gempar apabila sebuah kereta penyokong PAS telah berarak dengan membawa sebuah patung yang berpakaian hijau. 

Masih ingatkah anda semasa hari berkempen disaat-saat akhir, patung tanpa kaki yang memperlekehkan Arwah Ust Azizan digantung di sekitar Dun Sungai Limau. Pembangkang tidak habis-habis menuduh kerja jentera BN. Akhirnya, puak-puak ini juga yang berarak bersama patung. Ironi bukan?

Semoga kemenangan milik Barisan Nasional!

Update #PRKSglimau: 83% (22,642) telah keluar mengundi setakat 4 Petang!

Posted: 04 Nov 2013 12:35 AM PST


PRK Sg Limau: Seramai 22,642 orang atau 83.2 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 4 petang - Jurucakap SPR

Peratusan menghampiri target iaitu sebanyak 89.3% pada PRU 13 baru-baru ini.

*Berani Hijrah

#PRKSglimau: Penyokong PAS biadap timbul provokasi tendang kereta Dr Sohaimi

Posted: 04 Nov 2013 12:10 AM PST


YAN 4 Nov - Tindakan segelintir penyokong PAS yang menendang kereta calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi pagi tadi adalah kelakuan biadap.

Sohaimi berkata tindakan penyokong PAS menendang kereta yang dinaikinya pada jam 11 pagi itu sebagai mencemari konsep politik damai yang dilaungkan pemimpin sebelum ini.

"Saya percaya tindakan itu tidak dilakukan oleh orang tempatan kerana pengundi di sini mengamalkan kempen secara berhemah.

"Ia adalah perbuatan yang tidak mencerminkan ajaran agama Islam, akhlak kena jaga," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang membuat laporan polis atas tindakan tersebut.

Update #PRKSglimau: 76.69 % (20,876) sudah menunaikan tanggungjawab (3 Petang)

Posted: 03 Nov 2013 11:52 PM PST


Sehingga pukul 3 petang tadi sejumlah 20,876 orang pemilih atau 76.69 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar DUN Sungai Limau telah keluar mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu sejumlah 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih keluar mengundi di DUN Sungai Limau.

SPR menjangkakan lebih 90 peratus pengundi yang layak akan keluar mengundi hari ini.

Semoga Jentera BN dapat meningkatkan lagi jumlah keluar mengundi sehingga melebihi peratus sebelumnya!

#Berani Hijrah

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Analisa : BN kembali raih undi Cina ?

Posted: 04 Nov 2013 05:53 PM PST

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau benar-benar
mengejutkan semua pihak, lantaran perubahan mendadak sikap pengundi
Cina yang mula bertukar angin. Menurut perangkaan yang diperoleh dari
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), DUN Sungai Limau mempunyai seramai
1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi
keseluruhan.

Malah melalui pemerhatian awal, majoriti pengundi Cina memperlihatkan
reaksi tidak menyokong mana-mana pihak yang bertanding. Rata-rata
mereka memberi reaksi neutral tidak seperti pengundi dan penyokong
Melayu. Selain daripada itu juga, rata-rata pengundi Cina yang datang
mengundi dilihat hadir dengan tidak membawa bendera parti atau memakai
pakaian parti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata
PRK pada kali adalah merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap
perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN. Beliau turut mengatakan
keputusan pada kali ini boleh menjadi penanda aras mengenai kesediaan
masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.

Kerusi DUN Sungai Limau, disahkan kosong berikutan kematian Azizan
pada 26 September yang lalu. bekas pensyarah Universiti Pendidikan
Sultan Idris , Dr Ahmad Sohaimi dipilih untuk mewakili BN dalam
pertandingan satu lawan satu menentang calon Pas, Mohd Azam Abdul
Samat, 37, pengarah rangkaian pusat pendidikan awal kelolaan parti
itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah.

Menurut penganalisis politik, pengundi Cina jelas menunjukkan
perubahan sikap yang ketara apabila rata-rata di kalangan mula
menunjukkan sikap yang positif dengan peratusan kehadiran di
program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen. Tidak cukup dengan
itu, kehadiran jentera Wanita Umno yang berkunjung di premis
perniagaan dan kediaman mereka juga menunjukkan sambutan yang
menggalakkan.

Paling mengejutkan ialah, hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja
masyarakat Cina yang hadir ketika program Anwar Ibrahim di kawasan
penempatan masyarakat itu di pekan Sungai Limau. Sedangkan umum
mengetahui betapa mereka sebelum ini begitu taksub dengan Anwar yang
dirasakan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno dalam pilihan raya umum
yang lalu.

Malah sekiranya dilihat daripada keputusan undi yang diterima jelas
membuktikan penolakan kaum Cina yang mula sedar akan penipuan yang
dilakukan oleh Anwar. Sebagai contoh ketika PRU yang lalu dianggarkan
hampir 90 peratus pengundi Cina telah keluar mengundi dan memberikan
sokongan kepada calon pakatan pembangkang.

Berbanding 51.05 peratus sahaja yang keluar untuk mengundi dari jumlah
keseluruhan 1,850 pemilih. Dari jumlah tersebut seramai 771 pemilih
dari masyarakat Cina tidak hadir menunaikan tanggungjawab mereka.
Menurut bacaan sikap yang dijalankan hampir 300 responden yang ditemui
memilih untuk tidak mengundi pembangkang, manakala yang selebihnya
adalah merupakan pengundi luar yang tidak mahu pulang untuk mengundi.

Kesimpulannya, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan berhubung
pembohongan Anwar sebelum ini telah menyebabkan masyarakat Cina
mengambil keputusan untuk menolak calon dari pakatan pembangkang. Apa
yang di harapkan semoga momentum sokongan akan berjaya dikekalkan
sehingga PRU-14 kelak


Kiriman email

Sent from my iPhone

Ops Cantas Khas @PDRMSIA Berjaya Turunkan Indeks Jenayah Keseluruhan 6.6 % Hari ke-80 - Tahniah Menteri @Zahid_Hamidi

Posted: 04 Nov 2013 05:42 PM PST

Berita Harian halaman 12
SELASA 5 NOVEMBER 2013
1 MUHARAM 1435 hijrah

Tahniah kepada semua yang menjayakan ops cantas Khas ini sehingga ia berjaya mengembalikan keamanan dan ketenangan dalam diri rakyat negara ini.

Kerjasama semua membolehkan ia berjaya dilaksanakan dengan begitu cemerlang.

Gaji anggota polis patut dinaikkan selaras risiko yang mereka lalui demi ibu pertiwi.

Bangsa lain juga perlu bantu bukannya hanya sekadar mengkritik PDRM jika ada anggota melakukan kesilapan.

Mesti Baca - Dalil Kenapa BN dianggap tewas bermaruah -#PRKSgLimau

Posted: 04 Nov 2013 05:27 AM PST

Tahniah BN walaupun tewas tapi tewas bermaruah. PAS menang dalam duka kerana tewas dibanyak lubuk mereka sendiri.

Jumlah tak ramai PAS 12,068 BN 10,985.

BN menang di 10 PDM manakala PaS hanya 9 PdM.

4 PDM berjaya dirampas iaitu Kabu 10, Sedaka, Padg Lumat dan Sg Limau.

PDM majoriti Cina iaitu Kg Titi Batu, BN kalah tipis iaitu 30 undi berbanding PRU 13 sebanyak 276 undi..

PAS hanya menang 9 Peti undi berbanding PRU lepas 13 peti undi.

BN berjaya memenangi 10 Peti Undi berbanding PRU 13 yang hanya menang 6 peti undi.

Undi majoriti PAS pada PRU13 sebanyak 2774 namun kali ini PAS hanya berjaya menang 1084 undi sahaja.

Kesimpulannya BN berjaya di Prk Sg Limau ini berbanding PAS yang tewas di banyak PDM serta ahli PAS yang semakin ramai berhijrah kepada Barisan Nasional.

BN menang Moral

Pengundi luar BN yg tak balik mengundi 2200.

Perutusan Maal Hijrah Tahun 1435 H blog 1Malaysia PM @NAJIBRAZAK

Posted: 04 Nov 2013 04:29 AM PST

1. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

2. Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya cahaya syiar dan syariat Islam ke seluruh alam, merentasi benua dan zaman. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan.

3. Sebagai sebuah negara Islam, kita sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Rasulullah SAW bagi memberikan kita momentum berganda untuk terus melakukan transformasi dan islah buat negara Malaysia ini. Sasaran menjadi negara Islam maju, progresif dan berpendapatan tinggi ini adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntut kita untuk menjadi satu umat yang wasatiyyah, adil dan terbaik.

4. Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan agama hidup berharmoni, mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan bumi bertuah ini untuk kita kecapi bersama dengan sepenuh kesyukuran.

5. Sambutan Maal Hijrah yang kita sambut setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan. Dengan melakukan hijrah bersifat semasa, ianya mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Ianya akan melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "

6. Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta. Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah.

7. Selaras dengan semangat Hijrah, kita juga telah merangka Bajet Tahun 2014 untuk terus mengislah ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji-janji kepada rakyat. Hakikatnya, Malaysia kini terus berkembang melalui perlaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah kita lancarkan. Perkembangan ini diiktiraf oleh Bank Dunia apabila Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 meletakkan negara kita pada kedudukan ke tempat ke-6 berbanding tempat ke-12 tahun lalu.

8. Peningkatan ketara ini sekaligus membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan bagi mentransformasikan Negara kita. Ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang telah dilakukan di dalam negara. Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh apabila satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik.

9. Marilah kita berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini lebih baik dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat.

10. Di kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan agar Sambutan Maal Hijrah 1435H ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah", semoga ianya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara.

http://www.1malaysia.com.my/en/blog/perutusan-perdana-menteri-sempena-sambutan-maal-hijrah-1435h/

Keputusan Terkini #PRKSgLimau oleh @RTM_Malaysia @buletinTV3 - PAS mendahului

Posted: 04 Nov 2013 03:59 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ini Macam Punya Servis Lagi Mau Naik Harga Ka???

Posted: 04 Nov 2013 09:36 AM PST

Info dari kkmm.sapa2 ingin buat bantahan atas kenaikkan harga astro...
Boleh emel bantahan astro to En. Rahim Bain
rahimbain@kkmm.gov.my
Tlg war-warkan
So lebih ramai bantah officially lagi...

PRK Sungai Limau. Keputusan Tak Rasmi BN Menang.

Posted: 04 Nov 2013 02:46 AM PST

KEPUTUSAN TAK RASMI MENGIKUT PUSAT MENGUNDI...

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat  
Jum pengundi  - 1149 org
BN - 522  / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org.
BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 194 undi.
                                 
8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.  
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 320 undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras,  Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 833 undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 472 undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 61 undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 293 undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK  Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398
BN menang 939 undi.

15)PDM Padang Lumat,  SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
BN menang 50 undi.

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
PAS menang 74 undi.

JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Rasmi: DUN Sungai Limau kekal milik Pas, majoriti merosot?

Posted: 04 Nov 2013 05:21 AM PST



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK Sungai Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme?

Posted: 04 Nov 2013 04:37 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
NOVEMBER 05, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 05, 2013 08:01 AM
Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Sungai Limau pada saat-saat terkahir untuk berkempen pada 3 November, seorang aktivis kanan PAS dari Alor Star menyifatkannya sebagai satu "kelegaan".
"Ramai penduduk di Sungai Limau berlatarkan pendidikan agama," kata aktivis itu merujuk kepada komuniti guru, pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan pendidikan Islam atau digelar "pondok" di kawasan itu.
"Mereka masih ingat bagaimana Mahathir merendah-rendahkan PAS dan konsep negara Islam kami," kata aktivis itu merujuk kepada "perang panjang" bekas Perdana Menteri itu dengan PAS sebelum meletakkan jawatan pada 2003.
PAS dan agenda negara Islam menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir terutama selepas parti Islam itu berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dan menang banyak kerusi di Kedah dalam pilihan raya umum 1999.
Jadi ia umpama "hari pembalasan" apabila Dr Mahathir turun untuk membantu memancing undi bagi Barisan Nasional (BN) daripada orang yang pernah beliau "perangi" satu ketika dahulu.
Tetapi penganalisis dan aktivis berkata, anak kelahiran Kedah itu mempunyai pengaruh untuk memenangi hati pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan pada hari mengundi.
"Saya tidak percaya pengaruhnya hari ini sehebat seperti media gembar-gemburkan," kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Shamdul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia merujuk kepada Dr Mahathir.
"Mungkin di peringkat antarabangsa, tempat seperti Somalia, beliau masih disanjung, tetapi tidak lagi di sini," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menulis di blognya mengenai pengaruh Dr Mahathir baru-baru ini.
Dalam satu tulisan di blognya pada 3 November, Ahli Parlimen Gelang Patah itu membuat spekulasi mengenai "Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu dalam pilihan raya kecil esok?"
Semalam, pentadbir sekolah agama Mohd Azam Abdul Samat, 37, dari PAS berjaya mendapat 12,069 undi untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau yang baru.
Mohd Azam menewaskan bekas pensyarah, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dari BN dengan majoriti 1,084 undi.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata, beliau percaya pengaruh Dr Mahathir hanya kuat di kalangan penyokong BN.
"Pengaruhnya mungkin berkesan kepada seseorang yang pernah mengundi BN pada masa lalu tetapi tidak berpuas hati dengan BN dan keliru siapa yang perlu diundi.
"Bagi orang seperti ini, aura Dr Mahathir masih lagi kuat," katanya yang pernah membuat tinjauan mengenai pengaruh politik Dr Mahathir.
Pemantauan Ibrahim selari dengan laporan aktivis Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa Dr Mahathir melawat rumah kebanyakan bekas pemimpin PAS tempatan.
 "Beliau melawat pemimpin PAS yang baru-baru ini dipecat daripada parti. Kami percaya niatnya untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong PAS," kata seorang lagi aktivis PAS Kedah.
Aktivis itu berkata, Dr Mahathir bertujuan mengelirukan sesetengah penyokong PAS untuk berfikir bahawa pemimpin tempatan ini sekarang menjadi penyokong BN.
"Kehadirannya mungkin mempunyai kesan. Kami tidak nafikan itu," kata aktivis itu.
Aktivis Umno turut mengakui pengaruh Dr Mahathir tidak sekuat semasa beliau menyerang penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu.
"Mungkin bagi ahli Umno berjawatan, beliau memberikan sokongan moral. Tetapi bagi golongan pertengahan Umno, mereka sudah penat melayan kritikannya kepada parti," kata seorang ahli Umno veteran Kedah.
Shamsul Amri berkata, walaupun pengaruh Dr Mahathir mungkin sudah berakhir, keadaan mungkin berbeza bagi Umno, terutama Umno Kedah di bawah pimpinan anaknya Mukhriz yang mengetuai kempen di Sungai Limau.
Ini berdasarkan fakta bahawa Umno berjaya mengurangkan majoriti diperolehi PAS di Sungai Limau pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS sejak 1995.
Shamsul Amri berkata, pada 5 Mei, Umno merampas kembali semua kerusi yang mereka hilang kepada PAS pada pilihan raya umum 2008. Mereka juga mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih besar berbanding kerajaan Pakatan Rakyat sebelum itu.
"Jadi apabila PAS dan Pakatan tidak dapat berbuat banyak semasa pentadbiran mereka BN Kedah sekarang boleh mendapatkan dana dari pusat untuk membangunkan negeri. Sekarang Umno membuat laluan di kubu kuat PAS," katanya.
Katanya, sebagaimana sokongan pengundi boleh berubah terhadap sesetengah personaliti, ia juga boleh berlaku kepada kesetiaan terhadap sesuatu parti. – 5 November, 2013.

PRK Sg Limau : PAS menang .... tahniah

Posted: 04 Nov 2013 05:19 AM PST


Calon PAS Mohd Azam Abd Samat (tengah) menang kerusi Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Calon PAS Mohd Azam Abd Samat (tengah) menang kerusi Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.
Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.
Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.
Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.
Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. – 4 November 2013.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Keputusan Rasmi #PRKSgLimau : PAS Menang Di Sungai Limau, Hilang 61% Undi Berbanding Majoriti PRU13

Posted: 04 Nov 2013 05:21 AM PST


KEPUTUSAN - KEDAH N20: SUNGAI LIMAU: KEDAH: 27,222


1. Ahmad Sohaimi Lazim (BN)................... 10,985 undi

2. MOHD AZAM ABDUL SAMAT (PAS)................ 12,069 undi



Jumlah pengundi.............. (23,249)

Peratus.......................... (85.5%)

Undi ditolak................... 145 undi

Majoriti......................... 1,084 undi


BN hanya tambah 465 undi, PAS hilang 1,690 undi berbanding keputusan lepas. Ini bermakna pengaruh PAS kian hilang di Sungai Limau. PAS berjaya menang di Sungai Limau kerana margin besar yang dimenangi PAS di Bukit Besar dan Bukit Choras. Kawasan yang memang PAS dapat sokongan kerana "penyokong tegar".







Penyandang: Tan Sri Azizan Abdul Razak: PAS

Undi diperoleh: 2013: 13,294

Majorit: 2,774

Keputusan Tidak Rasmi, BN Menang 951 Undi Dalam #PRKSgLimau

Posted: 04 Nov 2013 02:15 AM PST



0515 hrs, 041113
CULAAN IKUT PUSAT MENGUNDI DARI KDN (17)

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat
Jum pengundi - 1149 org
BN - 522 / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi - 1006 org. BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.

8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.
Jum pengundi : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras, Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702
Mati - 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati - 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15)PDM Padang Lumat, SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
Mati - 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55
BN menang 50 undi

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
Mati - 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati - 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.
JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Faktor faktor yg mempengaruhi peratusan pengundi:-

1.Pengundi luar
2.Pengundi Cina
3.Sabotaj
4.Undi protes
5.Jentera pilihanraya, jalan sesak serta cuaca.

(Tidak rasmi)

Gambar Ketua Wanita UMNO Dipukul Oleh Orang PAS #PRKSgLimau

Posted: 04 Nov 2013 02:13 AM PST



#PRKSgLimau Gambar Penyokong PAS Ambil Duit Selepas Mengundi

Posted: 03 Nov 2013 10:10 PM PST



Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Jika Kau Miskin, Sila Isi Borang Permohonan dan Datang Ke Pejabat Kami Untuk Temuduga Kelayakan Bantuan, Lengkap Berpakaian Kemeja dan Seluar Slack

Posted: 03 Nov 2013 09:17 PM PST

Aku selalu merasakan, kerajaan menggunakan kadar pendapatan isi rumah sebagai tanda aras ekonomi sebagai sesuatu yang bullshit. Nak dapat BR1M? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM3000. Nak dapat bantuan memulakan perniagaan? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM1500. Kadar pendapatan isi rumah ni diperolehi menggunakan perkiraan "Gaji bapa + Gaji ibu + (gaji anak optionally) = Kadar Pendapatan Isi Rumah."

Jadi, kalaulah mak gaji RM1200, bapak RM1400...rumah tu bakal dapat BR1M RM650 untuk tanggung anak 3 orang. Masalahnya, kalaulah ada budak bujang umur 18 tahun ke atas gaji RM1500 duduk alamat sendiri, dia pun still layak dapat BR1M...

Padahal tanggungan dia tak sama.
Ni tak fair bai.

Sebagai sebuah negara yang kadang2 gunakan label "Malaysia Adalah Negara Islam", agak malulah kalau kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi. Ahaa! Macam mana pulak kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi ni?

Kadar Pendapatan Isi Rumah kita adalah gabungan pendapatan Ibu dan Ayah, padahal ikut agama, the only provider adalah ayah, sebab itu seorang ayah digelar sole provider dalam Islam! Kenapa pulak kita nak masukkan gaji mak sekali dalam tu padahal agama dah ajar, pendapatan mak tak sepatutnya dikira sebagai pendapatan keluarga. Benda itu optional tapi untuk pengiraan kadar kemiskinan dan isi rumah negara kita, pendapatan mak pun dikira sekali.

Sebab apa diorang terpaksa buat camtu?

Ini kerana, kalau pendapatan mak tak dikira, berjuta-juta keluarga jatuh miskin, betul? Kita ikut style orang putih, ambik value yang mak boleh provide dan kita masukkan sekali sebagai faktor perkiraan. Jadikan semua tu sebagai satu jumlah yang dilabelkan sebagai kadar pendapatan isi rumah. Tunjukkan yang kerajaan kita benar2 hebat governing dan rakyat Malaysia semuanya mampu.

Padahal, perempuan sepatutnya kerja rilek2. Tak payah la kau pening kepala nak provide untuk family kau sebab kau ada husband. Tolong sikit2 dah la. Kau gi kerja, dapat gaji, simpan duit kau. Duit kau tu buat la beli apa2 kau nak, kalau kau nak hulur, hulur, tak nak hulur, simpan la. Agama tak pernah pun wajibkan perempuan menyara keluarga (melainkan dia balu, itupun aku tak sure hukumnya apa) tapi sebab sistem kita dah terlalu kebaratan rasanya, kita assume semua tu betul sebab pada masyarakat, wanita juga patut menyumbang. "A strong woman is a hardworking woman who works outside the house!" jerit ahli2 pro feminist.

Kita kena start perbetulkan benda ni sebab selagi kadar pendapatan isi rumah kita gunakan amaun yang mak-mak ni terpaksa provide, itu bermaksud sebenarnya ekonomi kita tak kukuh pun. Ekonomi kita weak gila sebab suami terpaksa bergantung dengan isteri untuk support dia sara keluarga. Selagi seorang suami tak mampu tanggung seluruh keluarga dia seorang diri, jangan claim ekonomi kita ok.

Selagi ibu perlu menyumbang kepada pendapatan isi rumah,kadar ekonomi kita adalah penipuan semata-mata. Once kita tak kira pendapatan ibu, automatiknya graf kemiskinan kita akan naik dan ilusi kejayaan yang dicanang kerajaan akan berkecai.

Barulah ramai antara kita yang tersedar, "hoh...family aku ni sebenarnya, miskin jugak la kan kalau ikut garis panduan Islam?"

................

Yang memelikkan aku, kerajaan cuba membantu banyak golongan tapi satu golongan yang agak kurang dibantu. Orang miskin. Ibu tunggal. Fakir miskin. Kalau kau tengok sistem kita, bila orang tu susah, dia lah yang kena pegi meminta. Dia kena naik turun tangga, isi borang, fotostat itu, fotostat ini, ke situ ke sini.

Kalaulah dia dah susah dan dia memang tak ada duit, macam mana la dia nak buat semua tu. Pihak berkuasa perlu ubah sikap dan pastikan bukan mereka yang susah carik anda tapi anda yang carik mereka. Dengan kerenah birokrasinya dan bermacam lagi benda yang menyusahkan, kadang2 sistem yang sedia ada ni seolah-olah nak pastikan orang yang dah susah, rasa lebih susah dahulu sebelum dapat bantuan. Tu tak masuk lagi politik punya cilaka. Nak kena gi jumpa Ketua Bahagian UMNO dululah dapatkan sokongan dia....apa kebangangnya sistem kita ni.

Curik duit tabung masjid kena penjara 2 tahun? Apa kejadahnya? Selidik la dulu kenapa dia curik. Kalau dia miskin dan tak mampu, yang patut kena penjara bukan dia, tapi orang yang kutip zakat sebab kau tak pegi carik dia! Lagipun, bila dia mencuri kat masjid tu, masyarakat kondem dia dengan lebih teruk lagi....kenapa?

Kau prefer dia mencuri dekat bank? Dekat Jabatan Perdana Menteri? Kalau ada orang terpaksa mencuri duit RM2 daripada tabung masjid, salahnya bukan orang tu. Salahnya dekat kita, masyarakat dia yang tak pedulikan dia. Tak kiralah dia mat dadah ke mat syabu ke mat rempit ke. Dia sanggup mencuri dalam Rumah Allah! Kau letakkan diri kau dalam kasut dia dan kau fikirlah sendiri betapa desperatenya kau kalau kau terpaksa buat camtu...

Kita kumpul berpuluh2 juta setahun melalui zakat tapi mana peginya duit tu? Apa perlunya pejabat zakat besar2 kalau orang susah nak ke pejabat zakat pun tak mampu? Tolonglah diorang ni. Pegi carik diorang. Bukannya tunggu diorang datang. Orang miskin, orang susah tak mampu la nak gi bandar nak mintak bantuan.

Ada seorang mak, kerja security guard. Anak 3 orang. Anak sulung terpaksa berhenti sekolah sebab mak dia kena gi kerja dan tak ada yang jaga adik-adik dia. Kalau mak dia dah susah dan anak dia terpaksa berhenti sekolah semata2 nak jaga adik, macam mana kau nak bagi peluang kepada family tu pecahkan pusingan kemiskinan dia. Kakak sulong dah tak ada bright future sebab tak dapat pendidikan macam mana satu family tu nak keluar dari belenggu kemiskinan?

Ini kisah benar yang aku tau dan kau boleh tengok merata2 tempat. Miskin ni dah macam jatuh bertimpa-timpa. Yang kena banjir selalu? Orang susah sebab rumah kawasannya takde infrastruktur elok macam longkang. Yang rumah selalu terbakar? Orang susah jugak sebab masih pakai pelita dan rumahnya diperbuat oleh kayu. Yang selalu sakit pun orang susah sebab guna bekalan air yang dibuat sendiri. Itu aje choice diorang ada....lagipun semua tu kosnya sangat rendah.

Once kau susah, kau nak keluar daripada cycle tu punyalah payah sebab chances kau makin sikit, hidup kau makin sempit. Tapi untuk orang kaya, nak jadi lagi kaya, kau cuba tengok berapa banyak opportunities diorang nak gandakan duit diorang. Letak 100 ribu dalam bank, setahun boleh dapat balik sepuluh ribu pertambahan hanya dengan goyang telur.

Yang family biasa2, mak bapak kena kerja supaya survive. Yang kaya, isteri tak buat apa pun dapat elaun hanya sebab dia isteri somebody. Kenapa? Kenapa isteri dia boleh goyang kaki duduk rumah dapat duit tak perlu kerja macam orang lain?

Ptuih! Macam mana kau boleh layak jadi pemerintah sedangkan elaun yang kau bagi dekat isteri2 orang berkepentingan ni jauh lebih besar berbanding kadar pendapatan isi rumah majoriti orang Malaysia? Bukan ke lagi elok duit tu kau bagi dekat orang yang susah takpun bagi dekat pencuri duit tabung masjid tu. Dia lebih memerlukan.

Sistem ini membentuk yang susah makin susah, yang senang makin senang. Satu2 nya cara untuk kau bergelar successful adalah dengan menjadi hamba duit. Jadikan duit objektif hidup kau. Bukannya membentuk keluarga bahagia. Padahal, ikut agama, benda paling bernilai dalam hidup selepas agama, adalah keluarga.

Macam mana ekonomi masyarakat Islam nak ok kalau acuan ekonomi kita ni basicnya menyimpang jauh berbanding Islam sendiri?

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Furgghh,,, Nasib baik,, kalau tidak mengamok lagi Menteri Agama Umno...

Posted: 04 Nov 2013 08:27 PM PST

Sengaja sahabat aku yang ambik gambar video ni tak publish semasa kempen tengah panas di Sungai LImau,, kalau tidak .....




Yang ini rasanya beradap,,,, tengok siapa yang pi ziarah...



Bukan semua orang pergi tu nak mengempen,, tetapi atas nak menziarahi ,, itu sahaja...

PRK N20 Sungai Limau - Terima Kasih Ustaz Azhar Idrus..

Posted: 04 Nov 2013 05:55 AM PST

Rasanya semua kita dah tahu keputusan siapa yang menang dalam PRK Dun Sungai Limau - Nak tunggu pengumuman TV3 atau RTM tak ada dah pun,, macam tak ada PRK pula....cuma Astro Awani 7.45 umum BN menang secara tak rasmi majoriti 500 lebih..


Rasanya tindakan Pengarah PRK Dun Sungai Limau dengan menjemput Uztas Azhar Idrus disaat-saat akhir ada faedah dan kesannya buat pengundi muda... Keupayaan UAI menarik minat golongan muda tak ada sesiapa pun boleh pertikaikan..


Mesra nampaknya UAI dengan Haji Mat Sabu,, siap nak bergambar bersama-sama dgn Mat Sabu,,,,, Habis la UAI lepas ni kena label apa pulak lepas ni oleh geng El Haraki dan Ulama Pemimpin Kami  ....



masam dan sedih aja pegawai SPR,,,, tak adalah habuan.... silap-silap claim tuntuan bertugas pun tak dapat....