Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


4 Video dijangka paling top mesti anda tengok #PRKSgLimau

Posted: 03 Nov 2013 08:46 AM PST

Mohon sebarkan

"Ustaz Kazim Elias Diugut Baling Telur" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=u0VWwkH4B20&feature=youtube_gdata_player  

Gambar Kaki Palsu - PAS Menabur Fitnah" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=Zc7gJdg0p5s&feature=youtube_gdata_player                                 

Warga Emas Bosan Dengan PAS" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=btvZ_e3Ym-k&feature=youtube_gdata_player

351 Ahli Pas Sertai UMNO" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=Tp-34lCj-0U&feature=youtube_gdata_player

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Update #PRKSglimau: hampir 70% (18,843) keluar mengundi setakat 2 Petang

Posted: 03 Nov 2013 10:50 PM PST


Sehingga pukul 2 petang seramai 18,843 pengundi (69.22%) telah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. 

Insyaallah, BN mampu memberikan kejutan dalam PRK kali ini!

*Berani Hijrah!

#PRKSglimau: Provokasi tidak patut berlaku pada hari mengundi - Mukhriz

Posted: 03 Nov 2013 09:59 PM PST



YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata provokasi tidak sepatutnya berlaku pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.

"Saya ada mendengar beberapa provokasi kecil dan itu tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dekat sini hari ini.

Beliau menyeru pengundi-pengundi agar keluar awal menunaikan tanggungjawab secepat mungkin.

Mukhriz tiba di tempat semakan pengundi berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini, jam 10.50 pagi.

Beliau kemudian singgah di gerai makan berhampiran Bukit Besar, yang dipenuhi penyokong PAS.

Kehadiran beliau disambut baik penyokong parti itu.

PRK DUN Sungai Limau hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS. - BERNAMA

Pembangkang memang terdesak. Ini antara provokasi pembangkang, cuba bayangkan yang tidak sempat dirakam:

Update #PRKSglimau: 63.5% iaitu seramai 27,222 sudah keluar mengundi setakat 1 Petang

Posted: 03 Nov 2013 09:38 PM PST



PRK Sg Limau: Seramai 17,281 orang atau 63.5 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 1 petang - Jurucakap SPR

Ayuh jentera BN, kentalkan semangat teruskan usaha anda menarik pengundi BN keluar mengundi di PDM masing-masing!

Update #PRKSgLimau : Lagi Gambar Kanak-kanak Dipergunakan Oleh PAS Untuk Raih Undi!

Posted: 03 Nov 2013 09:00 PM PST

Apa kejadahnya budak ini diseret sekali untuk kempen politik?



Mana pergi NGO pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia? Mana pergi SUARAM? Mana pergi SUHAKAM? Mana pergi MAJLIS PEGUAM?

Adakah kanak-kanak ini tiada hak untuk bermain seperti kanak-kanak lain tetapi di'paksa' berkempen dalam PRK Sungai Limau?

*PAS nampaknya semakin terdesak!

Update #PRKSglimau: 55% iaitu seramai 15,046 telah mengundi setakat 12 tengah hari

Posted: 03 Nov 2013 08:45 PM PST


PRK Sg Limau: Seramai 15,046 orang atau kira-kira 55% daripada 27,222 pengundi telah mengundi sehingga 12 tengah hari - Jurucakap SPR

Teruskan berusaha jentera BN untuk meningkatkan jumlah keluar mengundi bagi penyokong BN!

*Berani Hijrah!

Update #PRKSglimau : Video Provokasi pembangkang cuba burukkan calon BN

Posted: 03 Nov 2013 08:00 PM PST





Lelaki ini diminta keluar daripada pusat pengundian selepas cuba mencetuskan provokasi dengan mengesa pengundi memberi laluan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim untuk mengundi.

Perbuatan beliau itu dilihat sebagai cubaan untuk memburukan imej calon BN.

Beliau ketika ditanya oleh pihak polis tujuannya berada di pusat pengundian di SK Dulang itu hanya menjawab beliau sedang mencari tandas di situ.

Update #PRKSgLimau : Hampir 50% Keluar Mengundi Sehingga Jam 11 Pagi (12,166 Orang)

Posted: 03 Nov 2013 07:32 PM PST

Seramai 12,166 orang pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka (44.7%).


MyMassa harap agar jentera meningkatkan peratusan keluar mengundi penyokong BN agar peratusan keluar mengundi mencapai 90% sehingga pusat mengundi ditutup nanti.

*Berani Hijrah!



UPDATE #PRKSGLIMAU: PENYOKONG PAS DAYUS TUMBUK WANITA

Posted: 03 Nov 2013 07:23 PM PST


Berita yang baru kami terima. Kak Shieda, Ketua Wanita Sri Perak, Batu yang menjadi jentera di Sg Limau telah dibawa ke hospital Yan selepas ditumbuk oleh penyokong PAS. PDM Sedaka #PRKSgLimau

Beberapa insiden pergaduhan/ ketegangan berlaku di sedaka, selengkoh & titi batu. Mohon semua jentera BN berhati-hati dgn provokasi pembangkang

Semua jentera BN dinasihatkan merekod video sebarang provokasi pembangkang

Alert Jentera #PRKSgLimau : Peratus Keluar Mengundi Mengikut Kawasan Sehingga Pukul 10 Pagi

Posted: 03 Nov 2013 07:04 PM PST

Peratus keluar mengundi :

Matang Buluh : 24%
Sg Dedap : 37%
Gelam 3 : 29%
Bkt Choras : 23%
Bkt Besar : 16%
Spg 3 Luar : 27%
Spg 3 : 36%
Sungai Daun : 23%
Sungai Limau : 34%
Selengkoh : 29%
Sedaka : Belum terima maklumat
Ulu Sedaka : 31%
Kabu 10 : 30%
Sg Kering : 29%
Pdg Lumat : 29%
Batu 16 : 27%
Kg Titi Batu : 30%
Dulang Kecil : 35%
Dulang Besar : 32%

*Mohon sebarkan maklumat ini untuk tingkatkan peratusan pengundi penyokong BN.


Update #PRKSgLimau : 4,210 Orang Telah Keluar Mengundi Sehingga Jam 10 Pagi (30.4%)

Posted: 03 Nov 2013 06:43 PM PST

Jumlah keluar mengundi meningkat sekali ganda dari 14.43% (jam 9) kepada 30.4% (jam 10).

MyMassa difahamkan di kawasan kubu kuat PAS, hampir 50% pengundi mereka telah keluar mengundi.

*Berani Hijrah!



Update #PRKSglimau: PAS terdesak guna kanak-kanak raih undi dan kempen saat-saat akhir

Posted: 03 Nov 2013 06:21 PM PST

PAS terdesak di saat-saat akhir apabila cuba menggunakan kanak-kanak sebagai peraih undi dan berkempen ketika hari pengundian disini, Dun Sungai limau.


Kanak-kanak ini dikatakan bertindak sebagai peraih undi PAS di PDM Sek Keb Bukit Besar
 

Kanak-kanak ini turut dikerah penyokong2 PAS untuk berkempen ketika hari pengundian. Gambar-Rakyatnews

#PRKSglimau: Dr. Maza beri hint sokong kemenangan Barisan Nasional

Posted: 03 Nov 2013 06:00 PM PST


Dr. Maza dalam status terbarunya memuji peribadi MB Kedah, Datuk Mukhriz sehari sebelum hari pengundian. Dr. Maza seakan-akan memberi petunjuk mahukan pengundi Dun Sungai limau memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRK ini... Berani Hijrah!

CALON Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim selesai menunaikan tanggungjawabnya membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di saluran dua pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini , tepat jam 8.50 pagi tadi.




Update #PRKSgLimau : PAS Kerah Pengundi Buang Undi Awal. 14.43% Telah Keluar Mengundi @najibrazak

Posted: 03 Nov 2013 05:41 PM PST

Seramai 3,927 orang pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan membuang undi sehingga pukul 9 pagi. Ianya mewakili 14.43%.

MyMassa difahamkan bahawa majoriti yang keluar mengundi awal adalah penyokong PAS.


*MyMassa harap jentera BN boleh tingkatkan usaha mereka. BERANI HIJRAH!


Update #PRKSgLimau : Calon BN dan PAS Sudah Membuang Mengundi.

Posted: 03 Nov 2013 05:16 PM PST

Calon BN, Dr Sohaimi Lazim dan isteri telah keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Dulang sebentar tadi.

Manakala calon PAS pula telah membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.


*Berani Berhijrah!

#PRKSgLimau : Penduduk Sungai Limau Sudah Mula Mengundi

Posted: 03 Nov 2013 04:34 PM PST

Selamat mengundi kepada semua penduduk DUN Sungai Limau.


Sempena Maal Hijrah esok, MyMassa harap ada penduduk yang BERANI UNTUK BERHIJRAH untuk memilih Barisan Nasional.

*BERANI BERHIJRAH!

#PRKSgLimau : Undi PAS, DAP Puas!

Posted: 03 Nov 2013 08:15 AM PST

Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun di tempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

*Undi PAS, DAP Puas!


#PRKSgLimau : Malaysiakini Dedahkan Gambar Wan Azizah Kipas Lelaki Tak Berbaju?

Posted: 03 Nov 2013 07:19 AM PST

MyMassa terkedu bila tengok gambar ni di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/245671).


Kalau anda tak percaya, anda boleh semaknya di sini : http://www.malaysiakini.com/news/245671

*Terdesak sangat ke nak raih undi sehingga sanggup kipas lelaki Cina tak pakai baju. Sanggup 'rasuah' pengundi dengan maruah seorang wanita.


#PRKSungaiLimau : MASYA'ALLAH ORANG BANGLADESH

Posted: 03 Nov 2013 06:20 AM PST


Sheikh Ahmad Bin Yusuf Al Azhari From Bangladesh

Kepada Para Pengundi N.20 Sg. Limau, Kedah,

Bertaqwalah kepada Allah SWT, mudah-mudahan esok para pengundi di Sg. Limau esok akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. 

Berilah peluang kepada Dr. Suhaimi berbakti kepada anda semua di Sg. Limau. Sesungguhnya kita merancang, Allah SWT jua mempunyai perancangannya sendiri. 

Salam Maal Hijrah, Berani Berhijrah.
Daripada umat Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional.

TIADA BANGLADESH MENGUNDI DI SG. LIMAU

#PRKSgLimau : Cybertrooper Pakatan Kantoi Di Portal, Pemuda PAS Kantoi Gantung 'Kaki Ustaz'

Posted: 03 Nov 2013 05:23 AM PST

Bukti keKANTOIan cybertrooper PAS di portal Tranungkite (http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9780).


Bila masa UMNO ada RANTING? Sepatutnya kalau nak menipu, buatlah research dulu. Hanya parti PKR yang menggunakan RANTING di Semenanjung manakala UMNO menggunakan CAWANGAN. Memang benar pemuda dari Pokok Sena ditangkap ketika cuba membuat sesuatu yang mencurigakan seperti yang dilaporkan oleh UNSPINNERS (http://theunspinners.blogspot.com/2013/11/kantoi-2-ahli-pas-pokok-sena-ditangkap.html).

KANTOI! 2 ahli PAS Pokok Sena ditangkap gantung "kaki ustaz"


Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.

Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.

Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.

Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.

Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.
Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2013/11/kantoi-2-ahli-pas-pokok-sena-ditangkap.html

Malangnya pemuda tersebut adalah dari PAS. Jika betul bukan PAS yang melakukan perkara ini, kenapa mereka tak berani buat laporan polis?

*PAS terlampau terdesak sehingga sanggup buat fitnah dan mempersendakan arwah Ustaz Azizan yang merupakan pemimpin parti mereka sendiri.

Santai #PRKSgLimau : DAP Payung PAS. Apa Maknanya?

Posted: 03 Nov 2013 04:00 AM PST


Gambar di atas sangat simbolik.

Ada gambar DAP sedang MEMAYUNG PAS. Dalam gambar tersebut, ada seorang pemimpin PAS yang sangat sinonim dengan aktiviti payung memayung iaitu Mat Sabu.

Kalau pembaca lupa, boleh baca kisah DAP payung rawatan perubatan Mat Sabu sampai beribu-ribu ringgit di sini : http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/08/panas-seleweng-duit-rakyatapa-jawapan.html


#PRKSgLimau : PAS Terus Pengguna Anak Kecil Untuk Politik

Posted: 03 Nov 2013 02:33 AM PST

Gambar yang dihantar oleh rakan kami di Sungai Limau kepada MyMassa.



*Terdesak sangat ke PAS sampai macam ni cara mereka berkempen?

#PRKSgLimau : Penjelasan Ustaz Kazim Mengenai Isu Hudud

Posted: 03 Nov 2013 01:00 AM PST

Satu penjelasan komprehensif dari Ustaz Kazim mengenai isu Hudud yang sering digunakan oleh PAS dalam kempen mereka.


MyMassa harap penjelasan ini akan membantu muslimin untuk memahami isu ini.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kemuncak penghinaan terhadap Pas papar wajah dua pemimpin?

Posted: 03 Nov 2013 09:48 PM PST


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan tindakan ahli DAP mengedarkan poster yang memaparkan wajah dua pemimpin utama mereka ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, semalam sebagai kemuncak penghinaan DAP terhadap Pas.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, poster itu yang turut mengandungi lambang DAP di dalam logo Pas jelas menunjukkan DAP adalah parti dominan dalam pakatan pembangkang.

"Saya ingin bertanya apakah ahli dan penyokong Pas boleh menerima penghinaan seumpama itu ke atas lambang parti tersebut. Jika mereka boleh terima, ia bermakna DAP telah berjaya menjatuhkan pegangan politik Islam Pas," katanya ketika ditemui di Sungai Limau, dekat sini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sekumpulan ahli DAP membantu calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat berkempen di Sungai Limau dengan mengedarkan poster yang memaparkan gambar Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Turut dipaparkan dalam poster itu ialah lambang DAP yang berada dalam logo Pas.

Ibrahim berkata, apa yang dilakukan oleh ahli-ahli DAP itu boleh dianggap satu penghinaan melampau dan ia jelas menunjukkan Pas sudah hilang 'kemuliaan' sebagai sebuah parti Islam.

"Sikap gelojoh dan rakus DAP ini harus disedari oleh umat Islam dan orang Melayu khususnya penyokong Pas," katanya.

Beliau mengulas tindakan DAP yang turun padang berkempen dari rumah ke rumah pengundi Cina dalam PRK DUN Sungai Limau semalam sambil membawa poster yang memaparkan gambar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng serta logo DAP dalam lambang Pas.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, jika mereka ikhlas membantu Pas, poster tersebut sepatutnya memaparkan gambar calon yang bertanding iaitu Mohd. Azam Abd. Samat, bukannya gambar pemimpin mereka.

"Saya rasa mereka (DAP) ini tidak faham siapa sebenarnya yang bertanding dalam PRK itu. Kalau betul ada kesepakatan (dalam pakatan pembangkang), DAP sepatutnya menjulang calon Pas," katanya ketika dihubungi.

Mohd. Riza berkata, pengundi Cina tidak sepatutnya termakan dengan helah DAP tersebut yang cuba menangguk di air keruh.

Suara Politik
Belantan

Patutlah 'bendang Mahfuz' boleh semai padi 10 kali setahun?

Posted: 03 Nov 2013 09:14 AM PST


Selepas dikritik hebat kerana membuat publisiti murahan, Pas hari ini cuba mempertahankan tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menabur benih padi dalam keadaan petak sawah bergelinangan air semasa berkempen di Kampung Pulau Tembun di sini kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar mendakwa, tindakan tersebut bukanlah sesuatu janggal sebaliknya ia adalah satu inovasi para petani yang memperkenalkan kaedah menabur benih padi dalam keadaan petak sawah dipenuhi air.

"Saya orang buat bendang saya tahulah. Kaedah tabur benih ini ada tiga iaitu tabur kering, tabur basah-basah dan tabur dengan air.


"Kaedah yang kami tabur tempoh hari adalah tabur dengan air. Menerusi cara ini, para petani akan menakungkan air dalam petak dan kemudian sembur racun siput gondang. Selepas dua hari baharulah tabur. Air ini akan ditakungkan sehingga padi menjadi.

"Ini inovasi orang kampung. Jangan perlekeh kami kata tak erti buat bendang pula. Orang duduk Kuala Lumpur mana tahu, depa (mereka) lintah pun tak pernah nampak," katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk Pas, Batu 14 di sini hari ini.

Kah..kah..kah..lantaklah labu..!!!

Suara Politik
Belantan

Sahut seruan 'Berani Berhijrah'!

Posted: 03 Nov 2013 01:47 AM PDT


Apabila Barisan Nasional (BN) Kedah di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyebarkan salam 'Berani Berhijrah' untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, ia diperlekehkan oleh Pas.

Mereka membuat pelbagai andaian dan tohmahan, termasuklah menuduh kononnya tindakan pengundi Sungai Limau menyahut seruan BN itu akan menyebabkan mereka bersekongkol dengan segala kemungkaran yang dilakukan oleh parti tersebut.

Sedangkan, apa yang BN lakukan ialah dengan niat suci dan ikhlas mengajak pengundi-pengundi Sungai Limau bersama-sama melakukan perubahan di kawasan tersebut demi masa depan mereka.

Pemimpin-pemimpin BN bukanlah buta agama sehingga sanggup hendak memperalatkan slogan 'hijrah' sesuka hati. Sebaliknya mereka ingin mengajak pengundi-pengundi Sungai Limau khususnya umat Islam untuk memilih kehidupan yang lebih baik dengan menyokong BN.

BN hadir ke Sungai Limau bukanlah untuk membawa sebarang kerosakan atau kemusnahan apatah lagi menabur janji-janji kosong bagi meraih undi, tetapi untuk merangkul penduduk-penduduk Sungai Limau bersama-sama menikmati kemajuan dalam pembangunan.

Tetapi malangnya, Pas mahu terus bertahan di Sungai Limau bukan kerana mahu mengubah nasib penduduk kawasan itu sebaliknya ingin mengekalkan legasi politik yang dipegang sejak 1995 apabila Allahyarham Tan Sri Azizan pertama kali terpilih sebagai wakil rakyat.

Berikutan itu, Pas cuba mempengaruhi pengundi-pengundi untuk terus 'kekal' (slogan Pas) berada dalam kepompong kejumudan politik mereka. Biarlah Sungai Limau tidak maju, biarlah penduduk tidak menikmati pembangunan, biarlah mereka terus hidup dalam kedaifan, apa yang penting kerusi DUN Sungai Limau milik Pas.

Sehubungan itu, mereka cuba memburuk-burukkan apa juga tawaran yang dikemukakan oleh BN kepada pengundi-pengundi Sungai Limau, projek pembangunan dianggap cubaan membeli sokongan, keperibadian Mukhriz diserang habis-habisan dan hasrat kerajaan negeri Kedah memajukan kawasan itu diperlekehkan.


Bagaimanapun dalam keghairahan Pas menghalang BN untuk menawan Sungai Limau, mereka tidak pula memberi apa-apa tawaran yang dilihat mampu mengubah corak kehidupan masyarakat Sungai Limau khususnya dalam bidang pembangunan. Malah hendak sumbang sekeping zink pun tidak mampu.

Apa yang Pas tahu ialah menjaja siang dan malam dalam kempen-kempen mereka menyeru pengundi-pengundi Sungai Limau memilih parti itu sebagai tanda protes kepada kerajaan BN yang kononnya menindas rakyat.

Malangnya sekali, Pas dilihat mahu menjadikan pengundi-pengundi Sungai Limau sebagai 'alat politik' mereka, ia memandangkan seruan supaya melakukan undi protes tidak akan menguntungkan penduduk Sungai Limau apatah lagi jika akibat daripada tindakan Pas dan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutar belitkan fakta berhubung sesuatu isu.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin-pemimpin Pas yang ada antara mereka pernah memainkan peranan mengganggu kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar cuba menggunakan sentimen Allahyarham bagi membangkitkan kebencian pengikut-pengikut arwah yang terdiri daripada pelbagai parti kepada BN. Mereka tahu Allahyarham mempunyai pengaruh cukup besar dalam politik di Sungai Limau.

Namun begitu usaha mereka gagal kerana pelbagai isu yang cuba mereka lakukan 'mati di tengah jalan'. Sebaliknya, mereka terperangkap dengan pendekatan politik berhemah dan damai yang dipelopori oleh Allahyarham dan kini diteruskan oleh Mukhriz.

Dalam keadaan terdesak dan melihat peluang untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau menempuh laluan sukar, Pas cuba pula mempengaruhi pengundi dengan isu remeh temeh termasuklah mempersoalkan kenapakah gambar Mukhriz lebih banyak daripada calon, memperlekehkan gambar Menteri Besar Kedah itu berkopiah dan berjubah serta gambar Mukhriz serta calon BN, Dr.Ahmad Sohaimi Lazim berdoa.

Terpengaruh

Tidak cukup dengan itu Dewan Muslimat Pas pula mempersoalkan kenapa ada jentera kempen Pergerakan Wanita UMNO berjubah dan bertudung labuh. Bagi Pas, hanya pemimpin dan ahli mereka sahaja yang layak berkopiah, berjubah, bertudung labuh dan berdoa, pemimpin UMNO dan BN tidak boleh.

Apa pun, pengundi-pengundi Sungai Limau diharapkan tidak akan terpengaruh dengan dakyah politik murahan Pas itu. Mereka perlu memikirkan semasak-masaknya tawaran perkhidmatan yang dibuat oleh BN dan Mukhriz.

Sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz sudah menyatakan komitmennya untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat kepada Sungai Limau jika Dr. Ahmad Sohaimi menang.


Langkah Mukhriz itu dengan jelas membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada penduduk-penduduk Sungai Limau. Tambahan pula, sebagai seorang yang baharu menjadi Menteri Besar dan menerajui kerajaan negeri, Mukhriz sudah pasti wajar diberi peluang untuk melaksanakan janji-janjinya.

Sebab itulah, pengundi-pengundi Sungai Limau tidak harus terpengaruh dengan dakyah pemimpin-pemimpin Pas yang ada antara mereka terlalu banyak sikap hipokritnya termasuklah dalam soal hubungan mereka dengan Allahyarham Azizan.

Apa yang perlu difahami, jika BN diberi peluang menguasai DUN Sungai Limau ia bukanlah bermakna akan kekal sampai ke kiamat. Sebaliknya, dalam tempoh sepenggal sahaja jika BN gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya kecil ini, pengundi Sungai Limau boleh menolak parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang.

Tetapi apa yang penting, mereka perlu memberi peluang kepada BN yang mengemukakan seorang calon muka baru berbakti di bawah sebuah kepimpinan negeri yang diterajui oleh pemimpin muda seperti Mukhriz.

Janganlah menolak mentah-mentah niat ikhlas Mukhriz dan BN, hanya kerana terpedaya dengan politik Pas yang cuba menggambarkan seolah-olah mereka yang terbaik di muka bumi Allah ini dan segala yang telah, sedang dan akan dilakukan BN buruk-buruk belaka.

Pilihan raya kecil adalah berkaitan soal untuk mensejahterakan hidup rakyat di sesuatu kawasan, ia tiada kaitan dengan mempertahankan legasi politik sesiapa atau mana-mana parti.

Memang benar apa pun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Limau ia tidak akan mengubah geografi politik negeri itu, BN tetap memerintah Kedah tetapi bukan soal itu yang menjadi percaturan BN tetapi penyertaan BN adalah untuk memastikan DUN Sungai Limau akan menikmati arus pembangunan yang selari dengan kawasan-kawasan lain yang ADUN dan kerajaan negeri daripada parti yang sama.

Jika Pas berhujah bahawa sebagai kerajaan negeri, BN perlu adil kepada semua kawasan bagaimana pula di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Apakah kawasan yang diwakili oleh ADUN BN mendapat layanan yang adil? Janganlah mengamalkan sikap apa sahaja yang dilakukan oleh pembangkang betul dan apa sahaja tindakan BN salah.

Oleh itu kepada 27,222 pengundi Sungai Limau khususnya pengundi atas pagar yang dikatakan bakal menjadi penentu dalam pilihan raya kecil kali ini, fikirlah dengan semasak-masaknya.

Mereka perlu menimbang siapakah benar-benar ikhlas membela nasib mereka apakah pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang hanya bijak memperlekehkan usaha BN atau Mukhriz yang secara tulus ikhlas menawarkan diri untuk bersama Dr. Ahmad Sohaimi berkhidmat kepada penduduk Sungai Limau.

Ingatlah, semua jentera parti yang bertanding akan pulang ke kawasan masing-masing esok, yang akan tinggal di situ ialah penduduk Sungai Limau, susah atau senang, bahagia atau derita, maju atau tidak, membangun atau ketinggalan mereka yang akan menempuhinya.

Oleh itu sahutlah seruan BN 'Berani Berhijrah' supaya mereka tidak 'Kekal' dalam kedudukan sekarang. Sesungguhnya berhijrah ke arah kebaikan pasti diberkati Allah SWT.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Antara yang halal dengan yang haram.

Posted: 03 Nov 2013 10:07 PM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Ceker [Linguistik - sebutannya: ''chey'' ''kear''] ialah kaki ayam. Ramai Melayu tidak suka makan benda ini. Adalah penyebabnya jadi sedemikian rupa. Yang pasti ceker halal dimakan sama ada dibuat sop atau masak kari.

Ada Melayu yang tidak makan ceker, tetapi meminum arak. Islam mengharamkan arak. Ada Melayu tidak makan ceker tetapi tidak menegur pun ahli keluarganya atau rakan taulan Melayunya yang meminum arak. Bahasanya ialah "Lantak dialah." atau tidak menegur kerana mungkin lebih mementingkan "menjaga hati ahli keluarga atau kenalan yang meminum arak."

Jadi begitu sebab yang ditegur biasanya payah mahu menerima teguran tersebut. In Syaa Allah yang payah menerima teguran itu di suatu hari nanti sebelum terlewat Allah SWT membukakan hatinya untuk menilai semula teguran keluarga, kenalan dan rakan taulan. Yang penting bersangka baik kerana-Nya.
 Ada Melayu geli tengok gambar ini,. tetapi bersekedudukan. 

Kebiasaannya bila seseorang memakan ceker ada yang menegurnya. "Eeeee engkau makan benda tuu." Paling tidak ada yang mencemek bibir geli. Orang yang menegur dan mencemek inilah antara yang tergolong membiar Melayu yang meminum arak. 
Ada Melayu muntah tengok gambar ini, tetapi bersubahat dengan khalwat dan perkara yang menyengutukan Allah SWT..

Ini antara kejanggalan Islam dalam hidup sebahagian orang Melayu. Yang halal dipandang jijik. Yang haram dibiarkan. Apa guna menyebarkan gambar-gambar aib orang Melayu yang sedang meminum atau berpesta arak. Tiada gunanya kita menyebar aib orang lain. Tambahan pula Allah SWT melarang membuka pekong dan menjadikan diri sebagai penyebar aib orang lain.

Manalah tahu Melayu itu bukan Islam. Umat Islam tahu arak ialah larangan Allah SWT. Seringan-ringan menegur ialah "Menegur didalam hati." 
 
Teribitan asal:  Antara ceker dan arak          .

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.
 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK SG.LIMAU, [Video] GEMPAR - PETUGAS TANGKAP 280 PENGUNDI HANTU.......?

Posted: 03 Nov 2013 08:41 PM PST



TERBAIK DARI BERSIH.......




Penipuan terbesar BN & SPR di Parlimen Jerai !!! Dalam pru14...hati-hati pengundi yang sama akan sampai....mungkin naik gerek,bot atau van....

KECOH...



TERKINI
PRK Sg Limau: Seramai 17,281 orang atau 63.5 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga 1 petang - Jurucakap SPR

EDISI KANTOI...FB Jamil Khir dah PADAM gambar ahli PAS sertai Umno

Posted: 03 Nov 2013 07:00 PM PST

KANTOI...FB Jamil Khir dah PADAM gambar ahli PAS sertai Umno?
Asalkan pemimpin UMNO pasti terlibat dalam penipuan tidak kiralah siapa termasuk berlatarkan belakangkan pendidikan Agama..
Inilah yang terjadi .. bila dah di londehkan betapa Jamil Khir Baharom, Menteri Jaga Agama Kerajaan UMNO 1M'sia turut menipu dalam insiden kononnya 351 ahli PAS melompat dalam UMNO adalah penipuan yang nyata, jijik dan tidak bermoral.. maka terus di akauan FB beliau dah padamkan rakaman gamabr-gambar tersebut.
Omak Kau belek-belek akaunnya namun tidak jumpa rakaman gambar yang dinyatakan itu.

UMNO KALAU TIDAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYARupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..

Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Drama ahli PAS masuk Umno di Sg Limau dibongkar
JERAI - Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.
Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.
Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.
"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.
"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.
Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.
"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.
"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily
Walaupun pihak UMNO dengan megah dan bangga mengatakan hasil culaannya dengan bantuan para wanita UMNO dengan squad sayang, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik di bendang, Pemuda UMNO aktiviti merempit dan UMNO induk tabur janji projek kata BN akan menang bergaya sekurang-kurangnya 600 undi majoriti tetapi masih sanggup ada Menteri taraf ":Ulama" konon yang sanggup buat kerja menipu!!!

http://omakkau.blogspot.com


TERKINI DARI SG LIMAU
YAN, 4 Nov - Sehingga 10 pagi ini, proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar dengan pengundi dan penyokong parti-parti bertanding memenuhi kawasan pusat-pusat pengundian.

Laluan berhampiran semua 17 pusat pengundian mengalami kesesakan, suatu yang amat mustahil untuk berlaku di DUN Sungai Limau pada hari-hari biasa.

Keadaan ini disebabkan arahan parti-parti bertanding agar semua penyokong mereka turun mengundi awal pagi ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa hujan lebat pada sebelah petang nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang ditemui pemberita di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, menyifatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 14.43 peratus untuk tempoh 8 hingga 9 pagi adalah sangat baik.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya memasang lima kamera litar tertutup (CCTV) di lima kawasan panas untuk tujuan pemantauan serta membolehkan polis bertindak pantas andai berlaku sesuatu yang tidak diingini.

PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS

PRK Sg Limau : 44.7% (12,166 org) tlh mengundi setakat jam 11am

PRK Sg Limau : Drama ahli PAS masuk UMNO tak menjadi

Posted: 03 Nov 2013 12:40 AM PDT

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.