Followers

Nuffnang

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


HASIL YG PAS BERI KEPADA RAKYAT SG LIMAU.

Posted: 01 Nov 2013 09:08 PM PDT

PAS lupa ker yang dia sebenarnya bertanggungjawab dg pembangunan serta nasib rakyat yang sepatutnya dibela bagi menikmati setara dengan rakyat yang lain di bumi 1 Malaysia nie. Apa hal lak salahkan BN soal pembangunan di N20 nie pulak... toksah ler nak aibkan Arwah DS Azizan Razak... hanya kerana korang berpuak sampai sanggup aibkan arwah...

Maleh nak panjang cakap... korang tengok sendiri bukti dalam gambo nie... err kalau setakat 1 hari rasanya dah boleh calon nie settle kot...

ORANG SG LIMAU TAK MAU PAS LAGI (GAMBAR)

Posted: 01 Nov 2013 05:33 AM PDT



GAMBAR INI MEMBUKTIKAN...Penduduk Sg Limau sudah Serik, termasuk ahli PAS sendiri mula menyatakan kekesalan dan akan menghukum mereka (PAS) di hari Mengundi @PRK yang tak berapa hari lagi. Daif memang DAIF penduduk Sg Limau... nasib mereka semakin daif sekali pun sudah 5 penggal memberi ruang kepada PAS melunaskan janji...


Sekali pun arwah Ustaz Azizan Razak juga merupakan bekas Menteri Besar, nampaknya tidak banyak janji tertunai. Apa lagi sebelum Arwah meninggal ketika nazak nyata ada pendedahan perihal kepincangan atau berpuak bila akhirnya memperlihatkan bagaimana yang sebenarnya hari ini dalam PAS sendiri berebut kuasa atau berpuak mencari dan berpuak untuk menjadi YB bagi mengantikan Arwah. Malah sudah berkira-kira mencari ruang peluang pengganti Arwah ketika kritikal lagi..

Perlumbaan mencari kuasa dengan segala bapak siri pembohongan demi meraih kuasa muka dilihat atau dikesan oleh rakyat. Bosan dengan perlumbaan mencari kepentingan kuasa lebih diutamakan sementara rakyat hidup dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa pembelaan... Rata-rata kita boleh melihat betapa jauh lebih mundur, ketinggalan, miskin, tiada kemudahan, keperluan dan banyak lagi janji kepada rakyat Sg Limau yg dibohongi tidak ditunaikan...

Kita tunggu pembalasan dari rakyat yg cukup-cukup bersabar... PAS TIPU KAMI, TAU LA HANGPA NANTI lagu mana  Langit tinggi rendah!!!

PAS SUNGAI LIMAU TAK MAU NUAR HADIR... APA LAGI DIPENTAS PAS

Posted: 01 Nov 2013 02:07 AM PDT

Tu dia depa dah mula kecoh bilantau nuar berahim dimaklumkan akan ke Sg Limau kononnya sebagai membantu jentera PAS di Sg Limau... sebaliknya ramai Ahli PAS disini kurang senang dan tidak sesekali menyokong kehadiran Nuar berahim. Mereka takperlu malah merasakan ia bakal menjadi sebab utama atau punca PAS akan kalah teruk...

Meraka telah belajar dari kejadian sebelum ini. Di Kuala Besut dan PRN Sarawak telah membuktikan bahawa kehadiran nuar memberi impak dan salah satu punca kenapa ahli PAS akhirnya memangkah BN kerana protes dan tidak senang dengan Idea pengarah pilihanraya jentera PAS si Mampoz yg lansung tidak peka dengan hati pengunsi dan rakyat si Sg Limau

Sebelum ini banyak kali PAS yg si kepalai oleh Mamak Mampuz terbongkar dalam siri pembohongan nya yang dikantoikan oleh beberapa bloggers malah wartawan sendiri. Bagaimana pun kita tentu tertanya-tanya kenapa si bang non nie tetap berdegil sedangkan telah ramai mohon supaya dia jangan hadir. Kehadiran nya bakal membawa bencana buat PAS terutama di Sg Limau... ini memang telah terbukti sebelum ini memang badi dan mala petaka mengiringi si MUDA BOTOX atau pun kekadang jugak digelar MAT BONTOX

Apa pun kita kena berpandangan baik... boleh lah kita simpulkan dia hadir mungkin mempromosi produk kecantikan kot. Jadi wajah yg bertambah hensap nie sebagai bukti keberkesanan nya... jadi wajarlah dia hadir nak tunjuk betapa hensemnya dia yg amat perihatin dan tegar soal CUCOK BONTOZ yg memberikan hasil yg cukup efektif

Lagi pun PAS YG MAKIN KRITIKAL di Sg Limau memang memerlukan orang ramai di majlis-majlis mereka supaya dan dalam apa cara sekali pun usaha keras mereka supaya di ceramah Perdana saat akhir ini boleh membawa crowd agar memudahkan mereka kencing lagi pengundi di Sg Limau yg mereka anggap taraf LEMBU DICUCOK HIDUNG mudah di kencingkan...

Betul la tindakan Nuar yg berdegil nak hadir jugak... semuanya berharap dapat tengok depan mata Manusia Istimewa atau Popular macam lebih kurang Artis ler... atau Mungkin.. saya ulang yer... MUNGKIN juga yg hadir nak tengok artis yg popular seperti yg ditonton dalam laman youtube bagaimana hebatnya artis nie yg dalam filem bertajuk ' SAYA BAGi SEDAP BUKAN SAKIT' sebagai mana dikatakan filem ini juga bertujuan menyatu dan iktan Saliturahim diantara dua Benua atas usaha sama China (yg diwakili menteri luar @ Miss Dolls) dan Perdana Menteri 16 september (tahun akan ditentukan 10 ke 30 tauun lagi)

Jadi betul la seperti PIS Sg Limau aturkan gimik atau acara sampingan yang boleh menarik kehadiran seramai mana yg boleh... berkesan dan memang cukup BAEK jugak idea nie... lagi pun masuk akai jugak bukan senang dan rasanya begitu sukar untuk kita melihat KING OF PER LEE WARD depan-depan mata...
Macamana pun sori ler teman tak boleh nak hadir sahabat semua... teman bukan boleh tengok muka-muka macam nie... teman ALAH @ Allergic beb... korang jer ler pegi...  dulu dah kena  ila tengok Bideo nie terus dekat setahun hilang selera berak beb...ekeke...

Kita ikuti pendedahan yg saya terbaca posting rakan yg membongkar...

Para penyokong PAS yang menyokong kepimpinan bekas MB Kedah, Ustaz Azizan sebelum ini telah menaikkan kain rentang yang menolak kehadiran Anwar Ibrahim ke Dun Sungai Limau. Menurut sumber, protes tersebut turut berpunca apabila Anwar merupakan antara pemimpin pembangkang tidak pernah melawat Arwah Ustaz Azizan ketika dimasukkan hospital untuk mendapatkan rawatan. Diambil dari blog Double YY:

Menurut blog KedahkeKL serta sumber dalaman PAS bantahan yang ditunjukkan oleh penyokong arwah Ustaz Azizan terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Sg. Limau adalah kerana Anwar dikatakan mahu menaikkan proksinya menggantikan arwah Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah jika PR berjaya mempertahankan negeri tersebut dalam PRU13 tempoh hari.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Amiruddin sanggup jual Azizan setelah dia tiada

Posted: 01 Nov 2013 10:30 PM PDT

Mahfuz keliru baca banner sendiri

Posted: 01 Nov 2013 08:27 PM PDT

Mr Bean bawa Mr Bean 2...

Posted: 01 Nov 2013 07:00 PM PDT

Hoi PAS Piss Pus ... beri apa tu????

Posted: 01 Nov 2013 05:30 PM PDT

Tiada lagi Agenda Islam dan Kepimpinan Ulamak dalam PAS?

Posted: 01 Nov 2013 07:00 AM PDT

Zam: Azizan tak senang dengan Anwar

Posted: 01 Nov 2013 05:25 AM PDT

PAS umum macam-macam, satu tak jadi

Posted: 01 Nov 2013 01:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Blog Anakbukitgantang Dedah Lee Kuan Yuew dan @LimKitSiang Adalah Sepupu Ada Kaitan illuminati #PRKSgLimau

Posted: 01 Nov 2013 09:04 PM PDT

Beliau menulis dalam satu entri sangat panjang tentang Illuminati yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang, gelaran nama keluarga dan peristiwa disebut oleh ulama yang akan berlaku di Pulau Pinang.

Di bawah Panglima salin kembali artikel beliau tentang perkara ini.

Ramai yang tak tahu Lee Kuan Yeu serta Lim Kit Siang adalah sepupu.  Rujuk kepada postings saya terdahulu berkenaan keluarga Illuminati :

"There are currently 13 families bloodlines of the Illuminati namely;
1. Astor,
2. Bundy,
3. Collins,
4. DuPont,
5. Freeman,
6. Kennedy,
7. Li,8. Onassis,
9. Reynolds,
10. Rockefeller,
11. Rothschild,
12. Russell, and finally
13. Van Duyn Bloodline"   rujukan penuh di Keluarga Illuminati di Penang

Selanjutnya baca di sini :

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/11/pesan-syeikh-zainul-asri-umat-islam.html?m=1

Watch " #PRKSGLIMAU : C.N AL-AFGHANI Dedah Dana RM160 Juta " on YouTube

Posted: 01 Nov 2013 11:01 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=stLCZ_4gk1U&feature=youtube_gdata_player

#PRKSgLimau : Program Santai Orang Muda Pancing Ikan Puyu

Posted: 01 Nov 2013 10:54 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=WJVQVmDSA6M&feature=youtube_gdata_player

Berita Harian | MyKad palsu: Dua pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara sebulan - Tahniah KDN @Zahid_Hamidi @imigresenmy

Posted: 01 Nov 2013 08:25 AM PDT


Panglima ucapkan tahniah atas tindakan tegas ini. Kita tahu sebelum ini sudah 50 orang yang ditahan dan didakwa atas kesalahan seperti ini.

Namun selepas kejadian pegawai bank Ambank ditembak baru-baru ini kita dapati penguatkuasaan semakin dipertingkatkan.

Semoga ia dapat dibersihkan sehingga hanya yang sah dokumen sahaja akan diambil bekerja.

Tindakan patut dikenakan terhadap majikan yang menggaji mereka ini kerana ia berpunca dari sikap tidak acuh mereka tentang soal keselamatan menjadi punca kejadian tembakan ini berlaku.

2013/11/01 - 18:26:22 PM
 
PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.

Mereka didakwa di dua mahkamah berlainan.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh Totoh Sabatal, 40, dan Yusri Sabiron, 41, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan mereka dihantar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Totoh selepas dia mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Abdulzan Ludjuman, 43, sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Totoh didakwa melakukan kesalahan itu di Bayan Villa, Guard House 2, Seri Kembangan, jam 1.15 pagi tadi dan didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret K.B.Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman terhadap Yusri selepas dia turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama dengan menggunakan MyKad atas nama Norazman Abdillah, 43, sebagai pengenalan dirinya di tempat dan waktu sama.

Kedua-dua kes itu dikendalikan pegawai pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zubaidah Zahol Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 28 Oktober lalu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPN akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.

Langkah itu diambil susulan kejadian seorang pengawal keselamatan, dipercayai warga asing, menembak mati seorang pegawai wanita dalam insiden rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya, 23 Oktober lepas.

Suspek berkenaan dipercayai menggunakan MyKad palsu untuk mendapatkan pekerjaan itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MyKadpalsu_DuapengawalkeselamatanwargaFilipinadipenjarasebulan/Article/?bh

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKSUNGAILIMAU: UNDI CINA SG. LIMAU TAMATKAN TSUNAMI CINA

Posted: 01 Nov 2013 05:30 PM PDT


Harapan Masyarakat Cina

Jumlah pengundi bagi PRK di Sg. Limau ialah sebanyak 27,222 orang. 93% (25,323 Melayu), Cina (1,842 orang/6.7%), India (15 orang/0.6%) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Rata-rata masyarakat Cina yang sederhana tidak berasa senang dengan kesan besar PRU13. Mereka tidak senang dengan "pemulauan" secara halus oleh masyarakat majoriti Melayu dan Islam ke atas masyarakat Cina. Mereka terasa dengan kempen Buy Cina Last (BCL). Mereka terasa dengan istilah "tsunami Cina" yang gagal itu.

Mereka terganggu dengan elemen perbandingan Cina Indonesia yang terikat dengan majoriti umat Islam di sana. Mereka terganggu dengan istilah "tidak tahu berbahasa Melayu". Mereka sakit telinga dengan kata-kata seorang penulis Cina dari negara China di dalam buku "The Chinese Dilemma".

Mereka faham kuasa beli di dalam negara ini majoritinya adalah orang Melayu dan umat Islam yang meliputi hampir 70% penduduk di negara ini.

Di dalam politik, mereka kembali sedar orang-orang Melayu kembali bersatu di dalam UMNO di mana UMNO berjaya menambah kerusi parlimen daripada 79(2008) kepada 88(2013). Parti PAS merosot dari 23(2008) kepada 21(2013).
Masyarakat Cina Mahu BerHijrah
BAJET SEKOLAH CINA
Dua hari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada tiga sekolah Cina di Sungai Limau.

Ini membabitkan RM1 juta bagi pembinaan 12 bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min, RM50 juta untuk baik pulih pagar di SJKC Pei Hwa dan RM750 juta untuk SJKC Yok Min di Sungai Limau Dalam.

Turut diumumkan peruntukan RM200,000 sebagai dana permulaan Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.

Persoalan menarik, apakah masyarakat Cina sejumlah 1,842 orang di Sg. Limau akan memberi undi kepada BN, sekaligus menjadi pembuktian bahawa masyarakat Cina di Malaysia sudah kembali semula kepada kerajaan BN?

Saya berpendapat, segala macam keluhan dan keresahan masyarakat Cina yang sederhana di Malaysia ini, perlu membuktikan kepada kita bahawa mereka tidak lagi mahu diperdaya oleh janji-janji manis DAP.

Akibat daripada terpedaya dengan DAP, kini mereka berasa rimas dan mahu kembali menjalinkan hubungan erat bersama kerajaan BN. Ianya akan bertambah mudah, sekiranya 1,842 pengundi Cina di Sg. Limau memilih BN.

Sama ada DS Najib ataupun BN, kedua-duanya tidak pernah menghukum masyarakat Cina di Malaysia. Apa yang berlaku, sebenarnya ialah masyarakat Cina yang diperdaya oleh mimpi DAP telah menghukum diri mereka sendiri.

Kepada pengundi Cina di Sg. Limau, mari cerahkan masa depan anda, tamatkan tsunami Cina, tamatkan mimpi ngeri bersama DAP. Bermula di Sg. Limau. -Jentayuabaka

#PRKSungaiLimau : PANAS! Bukti Ahli Parlimen Sanggup Bela SYIAH Di Mahkamah.

Posted: 01 Nov 2013 04:52 AM PDT


Ahli Parlimen Sepang dari PAS sanggup menjadi peguam kepada Pengikut Syiah untuk menyaman Jabatan Agama Islam Negeri.


Jangan lupa, pengikut Syiah juga pernah membuat laporan polis terhadap Mufti Kedah.


Dan penyokong Syiah dalam Pakatan Rakyat juga pernah menghina Arwah Ustaz Azizan.


Jika anda menolak Syiah, undilah Calon Barisan Nasional, Dr. Suhaimi Lazim. Jika anda menyokong Syiah, undilah PAS kerana PAS telah menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kedah.


*Macam mana PAS kata mereka pertahankan Islam dan akidah kalau enakmen Anti Syiah pun mereka tentang! Sebar-sebarkan.

#PRKSungaiLimau : BN Beri RM50 Juta Untuk Sekolah Pondok. Berani Tak PAS Bagi Tau Rakyat?

Posted: 01 Nov 2013 03:44 AM PDT

Semasa pembentangan BAJET 2014, YAB PM mengumumkan RM50juta untuk sekolah agama rakyat (sekolah pondok).


Adakah PAS berani untuk mewarwarkan perkara ini jika benar PAS mengamalkan POLITIK DAMAI seperti mana tema kempen mereka?

#PRKSUNGAILIMAU: PAS SUNGAI LIMAU TOLAK KEHADIRAN ANWAR

Posted: 01 Nov 2013 01:00 AM PDT

Para penyokong PAS yang menyokong kepimpinan bekas MB Kedah, Ustaz Azizan sebelum ini telah menaikkan kain rentang yang menolak kehadiran Anwar Ibrahim ke Dun Sungai Limau. Menurut sumber, protes tersebut turut berpunca apabila Anwar merupakan antara pemimpin pembangkang tidak pernah melawat Arwah Ustaz Azizan ketika dimasukkan hospital untuk mendapatkan rawatan. Diambil dari blog Double YY:

Menurut blog KedahkeKL serta sumber dalaman PAS bantahan yang ditunjukkan oleh penyokong arwah Ustaz Azizan terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Sg. Limau adalah kerana Anwar dikatakan mahu menaikkan proksinya menggantikan arwah Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah jika PR berjaya mempertahankan negeri tersebut dalam PRU13 tempoh hari.


#PRKSgLimau : PANAS! Cubaan PAS menipu pengundi didedahkan! #BeraniHijrah

Posted: 01 Nov 2013 12:00 AM PDT

 
 
Gambar di atas adalah rangkuman video yang kami sediakan di bawah ini bagi menunjukkan betapa mudahnya untuk mengadakan sesuatu yang tiada hanya dengan niat untuk menipu dan sedikit kemahiran penggunaan perisian reka bentuk.
 

 
 
 
Dalam hal tipu menipu ini, PAS sememangnya pakar. Lebih 22 tahun rakyat Kelantan dibuai dengan pelbagai slogan KeIslaman bagi menutup kelemahan pentadbiran dan penyelewengan wang rakyat. Kemunduran pembangunan Negeri pula ditutup dengan siri solat hajat raksasa dan ceramah politik yang tiada hentinya atas nama agama.
 
Ketika UMNO melakukan kerjasama dengan MCA dan MIC, PAS dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kafir kepada parti tersebut. Tetapi, apabila PAS sendiri mengadakan kerjasama dengan DAP, ia tiba-tiba menjadi HALAL atas nama tahaluf siyasi dan dakwah yang tidak tahu hujung pangkal.
 
Ketika 14 hari kempen ini sahaja pun, sudah lebih TIGA kali PAS melakukan pembohongan! Bermula dengan gambar PHOTOSHOP calon PAS bersama allahyarham Us Azizan selepas dicabar oleh blogger BN, kemudian disusuli pula dengan kes penipuan doa ayah kepada DS Jamil Khir Baharom. Dan beberapa hari lepas, isu lakonan dalam bendang yang tidak menjadi pula timbul.
 

 
 
Namun, seperti yang kami nyatakan di atas, PAS memang pakar dalam bab tipu menipu ini. Bahkan sebenarnya mereka lebih pandai menipu untuk menutup penipuan yang lain! Contohnya dalam isu gambar yang digubah suai tersebut, PAS dengan selamba sahaja menyalahkan "Pereka Grafik" yang diupah sebagai punca tanpa menamakan sesiapa. Kenapa tiada nama yang disebut apabila PAS mempertahankan diri? Takut orang yang dituduh membela diri kembalikah?
 
Di bawah ini kami bawakan satu contoh bagaimana perisian PHOTOSHOP dengan mudahnya dapat mengubah seorang gadis biasa menjadi SUPERMODEL. Sebab itulah PAS juga menggunakan teknik yang sama untuk cuba merubah SEJARAH dan FAKTA sebenar hubungan calon mereka dengan arwah Us Azizan!
 
 
Bagi puak pemakan dedak, apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin mereka, pasti akan ditelan bulat-bulat dan dipertahankan. Malah, tidak melampau jika dikatakan yang mereka akan sanggup masuk ke lubang najis sekali pun jika itu yang diarahkan oleh pemimpin mereka. Golongan pemakan dedak ini sudah lama menghentikan penggunaan logik dan akal fikiran mereka. Tidak percaya? Cuba baca sahaja apa komen puak pemakan dedak ini apabila pemimpin mereka mengeluarkan apa-apa kenyataan.
 
Apa yang merungsingkan pemikiran kami adalah, jika PAS boleh menggunakan penipuan untuk memenangi pilihanraya, maka tidak mustahil jugalah mereka akan gunakan penipuan untuk kekal berkuasa. Sebenarnya para pengundi Sg Limau seharusnya lebih objektif dalam hal ini. Adakah Islam itu hanya pada pakaian, slogan dan ceramah semata-mata? Bukankah lebih baik untuk orang Islam jika ekonomi dan taraf hidup dapat ditingkatkan dan sentiasa diperbaiki secara fizikal dan hakiki?
 
 
 
 
BN sudah pun menawarkan calon anak tempatan yang cukup terbaik bagi membela nasib penduduk di DUN Sg Limau. Maka terserahlah kepada anda semua untuk menentukan sendiri sama ada untuk memilih pemimpin dan masa depan yang terbaik atau si PENIPU yang bersekongkol dengan musuh allahyarham Us Azizan tanggal 4 haribulan nanti.
 


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ini Aku Senaraikan Dosa-Dosa PAS Selama Perintah Kedah...

Posted: 01 Nov 2013 07:00 PM PDT

Janji yang ditabur 5 tahun dulu satu pun tak tertunai, mai mahposs dia buat janji-janji baru pulak, pengundi sungai limau mau kena tipu hidup-hidup lagi kaa...














MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Banyak sungguh Najib perabih duit rakyat

Posted: 01 Nov 2013 05:11 AM PDT


ekonomi-pertumbuhan-121218b
UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun lalu memang melakukan banyak pembaziran, boros serta membiarkan rasuah berleluasa sehingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 juta.
Macam manalah rakyat masih boleh terima dan percayakan BN untuk terus memerintah negara dengan pemborosan, rasuah dan pembaziran sehingga Malaysia kini terkenal negara paling ramai pendatang asing, 'jenayah besar, tiada penjenayah', membela kroni daripada jatuh miskin dan papa kedana, sebaliknya membiarkan rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikan harga barang.
Walaupun Sungai Limau kubu kuat PAS, tidak mustahil BN akan menang lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini sekiranya pengundi 'memekakkan telinga dan membutakan mata' apabila mereka 'disajikan' dengan pelbagai sogokan dan janji projek pembangunan.
Inilah taktik BN yang memenangkan BN pada PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai lalu selepas menawarkan projek bernilai lebih RM500 juta. Tidak tahulah projek yang dijanjikan itu sudah dilaksanakan atau belum, hanya rakyat Kuala Besut yang lebih mengetahui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula hanya tahu meminta rakyat berjimat, sedangkan kerajaan yang diterajuinya boros berbelanja, membazir dan membiarkan rasuah rasuah berleluasa.
Subsidi gula untuk rakyat miskin dimansuhkan dengan kenaikan 34 sen adalah bukti kerajaan tidak membela rakyat dan membela kroni yang sudah jutawan apabila subsidi gas untuk Loji Janakuasa Bebas (IPP) tidak dihapuskan.
Selain itu, Malaysia terkenal sebagai negara paling ramai penjawat awam di dunia iaitu seramai 1.4 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
Pada 2009, nisbah kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, nisbah ketika itu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus (Indonesia), 1.85 peratus (Korea Selatan) dan 2.06 peratus (Thailand)
Berlebihan kakitangan awam juga kerana kerajaan melanjutkan tempoh persaraan daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun.
Parti pembangkang, termasuk DAP sudah membangkit perkara itu dan menggesa kerajaan mengambil langkah berjimat serta mengkritik penubuhan agensi baru yang membabitkan perbelanjaan besar.
Mereka juga menggesa Najib mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat 13% daripada RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.
Gaji yang dibayar kepada pengarah eksekutif agensi di bawah JPM juga mencecah ratusan ribu ringgit setahun contohnya gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, kira-kira RM69,000 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40, 000 sebulan), sedangkan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara hanya RM23,577 sebulan.
Beberapa bekas menteri yang tidak lagi berpengaruh seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Isa Samad (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kedua-duanya bekas Ketua Menteri Melaka) masih diberi jawatan penting dalam agensi kerajaan, termasuk Felda, Risda, SPAD dan PUNB.
Ini bermakna kerajaan UMNO/BN lebih bimbangkan mereka itu 'jatuh miskin dan papa kedana' sebab itu masih diberi peluang memegang jawatan penting di agensi berkenaan, sebaliknya rakyat dibiarkan menjadi bertambah miskin dan 'papa kedana' tanpa pembelaan kerana dibeban hutang dan kenaikan harga barangan.
Beberapa rakan yang menduduki jawatankuasa UMNO bahagian dan cawangan turut mengeluh dengan tindakan UMNO/BN yang masih 'menjaga dan membela' pemimpin UMNO yang sudah 'tidak laku' termasuk tewas dalam pemilihan UMNO baru-baru ini adalah semata-mata untuk memastikan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO tidak tergugat.
Sepatutnya mereka yang sudah lama 'mengaut kekayaan' tidak terus dilantik sebaliknya beri peluang kepada mereka yang 'belum kaya' tetapi berkemampuan memegang jawatan penting dalam GLC atau agensi kerajaan seperti Risda, Kesedar, Felda dan SPAD.
Perbelanjaan kerajaan meningkat begitu ketara sejak empat tahun lalu kerana agensi kerajaan terbabit pengambilan staf kontrak yang dibayar gaji amat tinggi walaupun fungsi agensi terbabit 'bertindih' dengan agensi sedia ada.
Contohnya penubuhan agensi baru seperti Yayasan Hijau dan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), SPAD adalah satu pembaziran kerana agensi seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang sedia sebelum ini menjalankan fungsi yang sama.
Ini tidak termasuk pembaziran sebanyak RM2.5 juta bayaran bil elektrik kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana dan kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM865,458 bagi tahun 2012.
Jadi tiada asasnya bagi Najib untuk bercakap mengenai penjimatan jika beliau sendiri dibenarkan melakukan pembaziran secara berleluasa dan bermewah melalui wang pembayar cukai atau wang rakyat.-Roketkini.com

Bekas pegawai polis saman Peguam Negara, bekas IGP, kerajaan Malaysia RM128.5 juta

Posted: 01 Nov 2013 02:29 AM PDT

NOVEMBER 01, 2013
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff (gambar) hari ini memfailkan saman berjumlah RM128.5 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dan sembilan yang lain atas dakwaan mendakwanya secara salah.
Ramli, 61, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Kuala Lumpur melalui Tetuan Vin Partnership.
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai-pegawai polis sebagai defendan.
Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.
Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian.
Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. – Bernama, 1 November, 2013.

PRK Sg Limau : ha ha ha hangpa takut apa? FRU dah sampai di Sg Limau ... mlm ni kan DSAI ada disana ...

Posted: 31 Oct 2013 11:57 PM PDT

Dok kata dah 'geng' topi merah kompom turun aih jika ANWAR turun.. takut apa tak tau..??


  

sumber -  KedahLanie

"Ketua Gangster" pun didapati turun di Sg Limau

 
http://4.bp.blogspot.com/-w73oR6NyeLo/UjLM3o-EXlI/AAAAAAAAF2c/biKEday3A0g/s640/06.JPGhttp://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/KLGangster2_Watakpalingjahat/pix_gal1

pasai tu FRU turun hehehe .......