Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Another armed guard turns robber

Posted: 31 Oct 2013 03:58 AM PDT

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mengapa Mat Sabu perlu kekal Timbalan Presiden??

Posted: 31 Oct 2013 10:21 PM PDT

  • Mohamad SabuMohamad Sabu
 1 / 1 
Lawan Pas ialah Umno. Pas perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya.

Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat

Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.

Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.

Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

Antara lima calon Timbalan Presiden Pas yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.

Menjadi orang kedua Pas, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan Pas untuk bersama dengan Pas melawan batil dan kejahilan yang dibawa Umno.

Perlukah orang kedua Pas mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama? Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden Pas sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan NGO-NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.

Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan Pas sehinggalah ia menumbangkan Umno.

Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.

Jawatan Timbalan Presiden Pas bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja. Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.

Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.

Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psywar media. Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji. Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti  perangai seorang ulama yang biasa.

Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian. Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas.

Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian.

Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada 4 calon yang lain buat masa ini. Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya.

PRK N20 Sg Limau : BN tolak Islam - Aishah

Posted: 31 Oct 2013 08:20 PM PDT

Penyanyi Aishah Dakwa BN Tolak Islam
Aishah turut berkempen bagi membantu calon PAS di PRK Sungai Limau.
YAN: Penyanyi Aishah mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam apabila pemimpin parti berkenaan tidak menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dalam urusan pentadbiran negara.
Dakwa bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan itu lagi, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
"Atas dasar-dasar kemanusiaan pun kau sudah buat salah. Bila kau (kerajaan) menyeleweng duit rakyat, tidak menjalankan amanah, apa-apa agama pun tidak boleh terima.
"Apa sudah jadi kepada Malaysia? Kata (mengaku) orang Islam tapi perlakuan mereka (pemimpin kerajaan) tidak membayangkan keislaman itu," katanya pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil di sini pada Khamis malam.
Forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu turut membariskan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai ahli panel.
Aishah hadir di DUN Sungai Limau buat kali kedua sepanjang tempoh berkempen bagi membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.
Aishah ketika berucap pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil, Khamis malam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol.
Selain itu menerusi forum itu lagi Aishah sempat menyindir penyokong BN berhubung kenyataannya mengenai Islam.
"Nanti kalau saya cerita (lebih) orang kata saya dah jadi ustazah mee segera. (dalam masa) Dua minit sudah boleh cerita pasal agama," katanya sambil disambut gelak tawa penyokong pembangkang.
Sementara itu mengulas mengenai slogan 'jom kalih' yang digunakan penceramah BN agar masyarakat DUN Sungai Limau berubah daripada kempimpinan PAS, Aishah bagaimanapun menyeru supaya pengundi kekal memilih PAS berdasarkan rekod parti itu yang menegakkan Islam.
Katanya pengundi diingatkan supaya tidak termakan dengan janji kosong kerajaan BN yang menurutnya dibuat semata-mata mahu meraih undi.
"Kita nak kalih (tukar) buat apa? Kita mesti merapatkan saf dan berikan majoriti yang lebih tinggi kepada PAS kerana parti ini sudah tunjukkan teladan.
"Sebaliknya kerajaan hanya tunjukkan 'janji manismu'...saya nyanyi lagu ni sudah lebih 20 tahun, inilah sikap mereka," katanya.

PRK Sg Limau : BN punya 2 calon?

Posted: 31 Oct 2013 05:50 AM PDT



PAS dakwa BN langgar peraturan pilihan raya, guna poster Mukhriz untuk berkempen
 

PAS hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) melanggar peraturan pilihan raya dalam kempen mereka di Sungai Limau apabila menggunakan bahan poster selain calon yang bertanding. 
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) membidas jentera BN yang terdesak sehingga terpaksa memasang poster Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gambaran seorang calon pada pilihan raya kecil kali ini.

"Adakah BN menghantar dua orang calon sebab saya tengok ada dua poster calon N20, Dr Sohaimi dan Datuk Mukhriz.

"Kain rentang dan poster yang diletak menunjukkan bahawa seolah-olah adalah Mukhriz," kata Naib Presiden PAS itu yang mempersoalkan corak berkempen sedemikian oleh pemimpin BN.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menuduh BN cuba mengelirukan pengundi Sungai Limau apabila meletakkan poster sedemikian.

"Saya tak tahu jika ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

"Jadi, mereka gunakan populariti Mukhriz," katanya.

Mahfuz kemudiaan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, sama ada ia melanggar Akta Peraturan Pilihan Raya ataupun tidak.

"Saya minta SPR berikan penjelasan.

"SPR harus tampil beri kenyataan, salah ataupun tidak," tegas beliau lagi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi. -TMI

Tembak Pegawai AmBank: Operasi Syarikat Keselamatan Kawalan Prima Sdn Bhd Diharamkan

Posted: 31 Oct 2013 01:38 AM PDT

Oleh LOSHANA K.SHAGAR
KUALA LUMPUR: Semua operasi syarikat penyedia pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu rompakan minggu lalu, diharamkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarikat kawalan keselamatan iaitu Kawalan Prima Sdn Bhd, boleh didakwa di mahkamah sekiranya mereka masih menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan berkenaan.
"Pagi tadi (Khamis), setiausaha jabatan keselamatan dan ketenteraman awam telah pergi ke ibu pejabat firma berkenaan dan cawangannya bagi memastikan tiada lagi operasi dijalankan oleh pihak mereka.
"Pihak kementerian mengklasifikasikan sebarang operasi yang dijalankan syarikat itu sebagai haram dan akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya mereka tidak mengendahkan arahan berkenaan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Ahnad Zahid turut mengesahkan senjata yang digunakan oleh pengawal keselamatan tersebut telah dirampas oleh pihak kementerian dan kenyataan bertulis serta pemberitahuan rasmi akan dimaklumkan kepada pelanggan firma berkenaan.
"Mereka akan dimaklumkan mengenai perkara ini, dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka meneruskan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan tersebut," katanya.
Beliau menambah, syarikat kawalan keselamatan berkenaan telah tiga kali melanggar undang-undang kerana mengambil pekerja warga asing sebagai pengawal keselamatan dengan beberapa orang daripadanya memiliki rekod jenayah.
Dalam kejadian 22 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai Ambank iaitu Norazita Abu Talib, 37, ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan tersebut bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Zain Saidin & Che Ta bernikah 11/12/13?

Posted: 30 Oct 2013 11:38 PM PDT

Zain dan Rozita akan mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada bulan hadapan.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.
Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.
"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.
"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.
Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.
"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.
"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.
Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.
Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.
"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My English.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Bagi Fakta Merapu, Layakkah Noh Omar Ketuai UMNO Selangor...???

Posted: 31 Oct 2013 06:30 AM PDT

Orang kata noh nie lawyer, tapi kalau benar dia lawyer takan lah fasal dalam perlembagaan umno pun dia boleh salah...

Sebelum ini noh omar yang pernah melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi umno selangor, mendahului pengumuman yang di buat oleh najib...

Ok apa yang aku maksudkan dengan noh omar salah fakta tu... korang tengok dokumen di bawah....

Nak lagi jelas korang klik sini atau sini cerita detail ada dalam web nie.


sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


BODO SANGAT KER PETANI SG LIMAU TABUR BENIH DI SAWAH PENUH AIR

Posted: 31 Oct 2013 07:12 PM PDT

Pasal nak tunjuk kononnya pemimpin PAS nie berjiwa rakyat sehingga sanggup meredah masuk kedalam sawah yg becak dan penuh berair di Sg Limau yg mereka paparkan di risalah dan akhbar Nerakah kononnya hebat dan betapa dekatnya mereka dengan rakyat yang rata-rata bekerja sebagai petani...

Untuk menghalal kan cerita jadi mereka reka cara atau sebab bagi membolehkan Pemimpin mereka boleh masuk kesawah... hehehe apa ke benggongnya... tabur benih sebenarnya dikawasan yg lembab dan kering atau berbecak bukan ketika sawah diairi bagi proses menjadikan tanah itu subur, lembab dan membolehkan benih di semai

Pesawah tak akan membuang atau membazir benih dengan menabur benih yg dikaungi air... ianya bakal tidak sekata dibawa air yg tentunya benih memang timbul. Kalau bertakung air ditabur juga benih maka membazir lah benih tersebut. Tidak teratur serta belum tentu dapat tumbuh baik. Apa pun kita tak terkejut sebab kali nie cukup banyak pendedahan bagaimana pembohongan serta tipu helah dilakukan demi meraih undi

Sebelum nie pernah satu ketika bila macai roket politikan serta kutuk guna gambar DS Najib yg meletak bata yang disimen diatas dinding separuh siap sebagai simbolik perasmian. Bukan main lagi beruk dan kera roket nie kutuk bagai nak rak hanya kerana bata tak disusun ikut susunan.. itu jer!!!

Tapi kali nie dapat kat depa balik la... time DS Najib tu dah tentulah dia nya PM bukan tukang Rumah mana lah nak tau. Tapi isu sekecik nie jadi besar bila barua roket main peranan di media maya... kali nie sampai 8 orang terselah benggong... hambik ko. Apa kejadahnya menabor benih kedalam kolam? Ataupun ada kaedah baru ker ternak ikan dengan guna benih padi? Ekeke... nyata depa nie anggap macam pengundi Sg Limau nie bodo macam lembu yg boleh ditipu nampak gayanya kali nie org Sg Limau pulak ketawakan depa yg tunjuk cerdik tapi terserlah benggong...

PAS CEMAS HILANG SOKONGAN, SAMPAI TERPAKSA BAWAK USTAZ AZHAR KE SG LIMAU.

Posted: 31 Oct 2013 12:35 AM PDT


Benarkah PAS di Sg Limau mula gabra semacam bila menyedari semakin hilang sokongan pengundi untuk memastikan Calon PAS TIN SUSU nie mampu menang. Rata-rata penduduk dinSg Limau nampaknya tidak lagi mahu memberi ruang kepada PAS apatah lagi bila mereka mengetahui bahawa kumpulan ini juga yang berseteru dengan Arwah Ustaz Azizan. Malah sebelum beliau meninggal dunia paparan mukadimah pegawai khasnya membongkar bagaimana rupanya mereka memang tidak sehaluan dan boikot kepada pentadbiran Arwah semasa hayat nya... 

Lebih menyedihkan bila dimaklumkan hilang entah kemana diantara mereka bila Arwah meninggal dunia malah semasa dalam sakit yang kritikal, nampaknya mereka lebih bersedia dan hanya minat soal kekosongan yg BAKAL dimiliki oleh siapa? Jadi tak hairan lah kalau kali ini fitnah dan mengaibkan arwah  bukan soal salah atau dosa lagi, yang penting menang... 
Cuba bayangkan mereka kehulu dan kehilir malah diceramah dan paling jijik siap dengan sidang akhbar untuk memberitahu bahawa calon mereka kali nie berpuluh kali baik dari arwah! Bukan mereka tak sedar bila riak mengatakan calon hanya perlu 3hari untuk desak atau ugut JKR buat kerja berbanding Arwah yang telah 5 penggal malah sebagai Menteri Besar sendiri seolah tidak mampu, adakah mereka mahu bandingkan calon yang jauh akan menang boleh buat kerja kerana pandai mengugut jabatan?

Nyata menyedari begitu drastik kehilangan sokongan pengundi yg cukup lama didaifkan PAS maka usaha terakhir ialah membawa Ustaz Azhar ke Sg Limau... Semua nya bagi menarik seramai mana yang boleh, seperti di Kuala Besut bila mereka bawa Artis Loya bagi tujuan sama dan dalam masa yang sama mereka khabarkan kononnya kejhadiran mencecah hingga 5 ribu hadiran (sebenar 1000) yang kononnya pengundi yang menyokong PAS serta mendakwa dengan riak PAS bakal menang besar di Kuala Besut yang akhirnya kita dapat melihat bagaimana Orang PAS sendiri yang mengundi kepada Barisan Nasional dengan cara protes senyap yang ditafsirkan diatas kertas undi... Mungkin orang ramai tengok kehadiran begitu ramai sebagai petanda, sebaliknya yang mereka tidak tahu bahawa begitu ramai penonton import dibawa dari luar dan paling teruk taktik pembohongan bagi memperngaruhi pandangan orang ramai ada pekara yang mereka sembunyikan... Mana mungkin hingga 5 ribu itu pengundi di PDM tersebut. Malah pengundi yang didaftarkan di lokalitai dan dalam satu daerah itu pun hanyalah berjumlah hampir 500 pengundi sahaja seperti yang didaftarkan...

Gambar sekadar hiasan iklan produk kecantikan...

Hehehe... Amacam hensem tak bang non... Sepekara lagi mereka juga patut dipuji betapa kreatif dalam menghancingkan Sg Limau... Bukan setakat Bakal YB boleh suruh buat jalan dalam masa 3 hari atau bukan pasal tukar tin susu expired atau bukan pasal super impose atau edit gambar kononnya calon bersaudara dan baik benor dengan Arwah ustaz... Sebenarnya kita mula menyedari mereka bijak menggunakan peluang yang sedia ada tanpa pikir sapa yang bakal AIB dan siapa yang bakal dihina...

Untuk mendaptakan sambutan ramai maka sudah tentulah apa saja yang boleh diguna sebagai gimik untuk menarik kehadiran ramai akan dilaksanakan tanpa membuang masa, apatah lagi keadaan kritikal mereka ketika ini. Mungkin ramai yang tak tau kenapa esok (jumaat) Bang Non akan turun ke Sg Limau?  Bukankah telah terbukti sebelum ini seperti di PRN Sarawak bila bang Non Turun maka nasib bertambah parah dikawasan tersebut bila bertambah hilang sokongan kepada parti, begitu juga di di Kuala Besut semuanya membuktikan ramai yang tidak senang dengan kehadiran Parasit yang tak diundang, teman kekadang tergelak besor bila di Kuala Besut tempoh hari bila pergi tengok bagaimana si Kaylead Gaygap memberi ucapan gaygap nya di hadapan begitu ramai hadiran di kawasan pesta PAS yang danggarkan mencecah hampir 50 orang (tak silap taip tu memang tak sampai 50 orang jer) dah ler berpeluh sampai ketiak nak berucap pun boleh kira bangku lagi banyak dari manusia...

40 ribu hadir.. Tak caya cer kira ler berapa ribu helai rumput dalam gambor nie

Terserlah mereka Bijak guna peluang yang ada, bila ditanya tak takut ker nanti jadi macam di Kuala Besut atau PRN Sarawak bila sebaliknya nanti akan hilang UNDI atau Kalah? Nyata kita salah duga rupanya dia orang jauh lebih bijak selain isu bawak susu expired ke Sg Limau ada jawapan dan perancangan yang lebih tersembunyi, mungkin kata kita orang atau pengundi akan getek (menyampah) tapi ada pekara yang kita tak terfikir bila seolah menempah BUNGKUS di Sg Limau  bila sanggup bawa raja BALUN nie... Bukan risiko tetapi bagi mereka advantagepada mereka... Dia orang kata sebenarnya dah kaji dan yakin bakal membuah kan hasil... Setelah ditetiliti sebabnya...

Kita nak tarik bagi nampak ramai tak kira ler orang luar ker, bangsa asing (boleh bagi kopiah) ker, yang lalu lalang kat jalan ker, yang kena tipu tengok flyers seronok giller ker... Apa saja kita akan buat, sapa kata bang non tak boleh tarik crowd? Orang BN otak sempit tak macam PaKARTUN Roket bab atau pasal kencing nie 'A' beb memang ada kelas... Tak kira ler apa cara pun yang penting bagi nampak ramai, jadi atas sebab itula kami bawak Bang Non...  Atas kajian kami sebenarnya...

JANGAN RISAU PASTI RAMAI YANG AKAN DATANG... TAK KIRA DIA SOKONG ATAU TAK, YANG PENTING NAK NAMPAK RAMAI, TAK KAN NAK BUAT SUPER IMPOSE LAGI NAK TUNJUK KONONNYA ORANG RAMAI EDIT GAMBOR MACAM HIMPUNAN BERSHIT, HIJAU DAN LELAIN.. KAN DAH KANTOI BILE TUKANG EDIT DAH TUA MATA TAK BERAPA NAMPAK SAMPAI ORANG MELIMPAH  PENUH ATAS BUMBUNG KAT STADIUM. KAN DAH KANTOI...

TAPI KALI NIE MESTI RAMAI SEKALI PUN DIA ORANG DATANG BUKAN SEBAGAI PENGUNDI ATAU PENDUDUK DI DUN N 20 SG LIMAU, TAPI KITA YAKIN TENTU BERIBU YANG DATANG ATAS SATU TUJUAN UTAMA... TENTU DIA ORANG DATANG NAK TENGOK MUKA ABANG NON SECARA LIFE BETAPA HENSEM ATAU NAMPAK 30 TAHUN LEBIH MUDA, APATAH LAGI KALI NIE TENTU KITA JUGA BOLEH TENGOK DAN BAYANGKAN SEBELUM INI BAGAIMANA BANG NON NAMPAK MUDA DAN BERGAYA.. APA LAGI KALAU DIA PAKAI MACAM ORANG MUDA BAJU JALUR-JALUR, SELUAR KETAT DAN CERMIN MATA CAKCIBO (patung-patung / dragon Fly)

Hehehe... Logik, logik,loooogggik perrr... Kalau dia boleh menari macam dalam you tube kat pentas dengan diringi gendang welwel orang india sebelum ini... Lagi ler pack, GEMPAK tu beb, apatah lagi sebagai hadiah sempena Depavali... perghhh lagi gempak kalau dia namakan tarian tu macam ala ROCK N ROLL, BLUES, RAGGEE, DOGGIEE, KAMASUTRA ishhh banyak lagi macam dalam BIDEO TU ler... Mau banjir dengan manusia di Sg Limau... Menangis kalu Michael jakson hidup.. Bungkus Moon Walking kalah dengan Bang Non Wallating Dolls... Kalah MADE IN THAILAND dengan Dolls Made In China... Ishhh suka ler depa... Mesti tak sabor tunggu gelap... TUNGGUUUUU...




TAHNIAH... LAGI KEJAYAAN KERA JAGAAN PAKARTUN ROKET DISELANGOR

Posted: 30 Oct 2013 11:50 PM PDT

TAHNIAH... SATU LAGI KEJAYAAN  KERA JAGAAN SELANGOR... GERAI ORANG MELAYU DIROBOH... PUSAT URUT BERTAMBAH PESAT...

Bertahun-tahun... sampai ada yg dah berpuluh. Akhirnya diroboh... Orang MELAYU di Selangor bodo tak mau masuk parti mata lebam.

Barulah BOSS Roket boleh bantu peniaga bagi berjaya betrniaga restoran besar. Pusat judi, rumah urut, pub, karoke dan berbagai lagi taukey nya sepet tak kan si gaygap berani angkat muka dgn roket..

Pencacai nie kalu psl susidi gula naik tiga kupang lima duit yg kayakan jutawan kwok tu abih satu malaya ikut perintah roket busukan kerajaan. Jangan lupa pesan roket kot lepas ceramah PAS tu kena suruh dia orang jerit takbir... baru ler ada nampak perjuangan PAS. Orang pun taK perasan tokeh besar ROKET

Nampaknya gerai orang melayu yg dirobohkan nie tak sebesar isu gula tiga kupang lima duit nie. Lantak lah tuan punya dengan keluarga dia susah dan kebulur... dia janji tolong kalu dia orang dapat putrajaya baru boleh tolong kalau tak pergi mampus la korang... apa roket peduli. Lu orang yg bodo @ lembu...

Mana PAS yg berani giller tu sampai ada yg hebat kebal tak lut sekali pun kereta Raja Muda pun tak lut... tu yg berani baring atas jalan dan pegang bendera. Kalau bendera roket lagi elok bukan setakat kebal malah PAS boleh kompom kan syurga kalau mampos.

Tok sah risau PAS boleh selesai masalah gerai yg kena roboh nie... jalab yg kos puluh ribu tu pun 3 hari selesai... ini benda kecik 24 jam pun boleh suruh bagi kedai tu balik. Janji undi PAS...

HEBAT TAK PAS... Mana dia orang perasan dah kena kencing...

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Pasca PRK Sg. Limau: Gambar mangsa lagi penting dari susupek- IGP Khalid

Posted: 31 Oct 2013 04:57 PM PDT



SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu.        
                                         
Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).


Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.


Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.


"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam SH

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKSgLimau : Orang CINA dapat RM 2 juta untuk tidak sokong BN?!! #BeraniHijrah

Posted: 31 Oct 2013 09:00 PM PDT

 
 
Maaf cakap, pada pendapat kami, ini adalah langkah ke arah satu lagi kesilapan BN. Tidakkah PRU yang lepas mengajar BN dan orang Melayu akan perangai dan sikap orang Cina?
 
Tidakkah pemimpin UMNO sedar lagi yang hampir 98% peratus orang Cina berpakat dan percaya dengan mengundi PR, orang Melayu tidak akan lagi berkuasa? Mengapa masih perlu diberikan kepada mereka yang menolak kita bulat-bulat? Hendak pujuk apa lagi ini?
 
Kami tidak kisah daripada mana puncanya sumber peruntukan tersebut, kerana sedari awal lagi SJKC tidak termaktub pun dalam tanggungjawab Kerajaan. SJKC juga bukan satu hak dan keistimewaaan kepada orang Cina. Lagi pun apa yang SJKC telah sumbangkan kepada Negara selain daripada polarisasi kaum yang semakin memburuk?!!
 
Buat yang PANDAI sangat menasihat itu, silat lihat gambar-gambar di bawah ini:
 
 
 
 
 
Sudahlah tidak membantu langsung kempen BN, malah dibuat pula sekatan haram bagi menghalang pergerakan jentera BN. Memanglah peningkatan jumlah kereta di kawasan tersebut menyebabkan keadaan sedikit sesak, tetapi apa hak tuan rumah mengepung jalanraya yang bukan hak miliknya?!!
 
Penulis ingat dahulu ketika PRU '99, penulis pernah terjatuhkan satu pasu milik rumah orang Cina ketika sedang memasang banner BN pada dinding pagar rumah beliau. Namun tuan rumah tersebut bukannya keluar dan memaki hamun penulis, sebaliknya membantu pula memperbetulkan banner yang sedang dipasang. Rasanya seperti sudah terlalu lama peristiwa tersebut berlaku.
 
Sekarang apa yang dipertikaikan adalah apa yang kuat menyokong dan membantu BN dapat selepas PRU-13 yang lalu?!! Memanglah sumber peruntukan tersebut tidak mengganggu hak orang Melayu, tetapi mengapa tidak sementara ada kuasa ini, ianya ditumpukan untuk memperkukuhkan lagi dana kempen di kawasan-kawasan tumpuan. Itu jauh lebih berfaedah daripada ditaburkan kepada orang yang tidak tahu bersyukur!
 
Kalau tidak percaya, tunggulah 4 November ini. Kita akan lihat orang Cina sebenarnya masih lagi belum mahu berubah. 
 

#PRKSgLimau : Eksklusif! MTV Nasyid "BERANI HIJRAH" daripada RABBANI?!! #BeraniHijrah

Posted: 31 Oct 2013 05:30 PM PDT

 
 
 
 
 
* Hits single terbaru daripada kumpulan Nasyid tersohor Negara, Rabbani. Dibawakan eksklusif kepada semua penduduk Sungai Limau. Klik pada video untuk kita hayati bersama. Jom Berani Hijrah!
 

#PRKSgLimau : PANAS! Selepas allahyarham Us Azizan, giliran Presiden PAS pula dimalukan oleh geng Phahrolrazi-ANWARINAS?!! #BeraniHijrah

Posted: 31 Oct 2013 06:00 AM PDT


 
 
MyMassa: Siapalah agaknya yang menjadi PUNAHSIHAT kepada Presiden PAS ini ya? Takkanlah tiada pemimpin PAS tempatan yang boleh menasihatkan beliau cara berpura-pura yang betul? Ini tidak, asal-asal hendak raih populariti dengan turun bendang pakai kain pelikat, akhirnya malu sendiri apabila perbuatan sendiri menunjukkan mereka singkat ilmu.
 
Atau ini semua agenda ANWARINAS dalam PAS untuk terus-menerus memperbodohkan Hadi Awang? Kami cukup pelik perkara seumpama ini boleh berlaku, sedangkan semua orang Kedah tahu yang Sg Limau ini kubu PAS. Takkanlah dari calon sehinggakan ketua-ketua jentera semuanya diimport dari luar? Habis, penyokong PAS tempatan buat apa? Setakat jentera chacai sahajakah?
 
Agaknya betullah seperti yang orang kampung bisik-bisikkan kepada kami beberapa hari lepas, mentang-mentanglah Us Azizan sudah tiada, habis dipunggahnya semua jentera ANWARINAS seMalaya yang diketuai Phahrolrazi, Mat Sabu dan Mahfuz untuk membolot Sg Limau!
 


#PRKSgLimau : PAS salah guna masjid untuk kempen politik. MAIK buat apa? #BeraniHijrah

Posted: 31 Oct 2013 03:00 AM PDT

 
 
Apa agaknya tujuan PAS memasang bendera parti memagari masjid di atas ini? Adakah ini satu mesej kepada UMNO yang semua masjid di Sg Limau berada dalam kawalan mereka? Adakah ini juga satu cubaan PAS untuk memastikan jentera BN tidak menembusi institusi-institusi agama yang bertunjang di DUN tersebut? Apakah sebenarnya yang PAS cuba capai dengan perbuatan seperti ini?!!
 
Bukankah rumah Allah SWT ini milik semua umat Islam? Bahkan masjid di atas juga berkemungkinan besar di bina oleh BN. Adakah PAS cuba menghalang kebenaran daripada sampai kepada penduduk setempat dengan tindakan menguasai masjid ini?!!

 
 
Di sesetengah tempat, bukan sahaja bendera dipasang, bahkan pondok-pondok kempen mereka juga didirikan di pintu-pintu masuk, seolah-olah sebagai pos kawalan mengelakkan orang UMNO masuk ke masjid tersebut. Tidakkah PAS malu menjadikan rumah Allah SWT sebagai tempat berkempen mereka? Hendak kata tidak mampu menyewa premis, derma 'JIHAD' di kutip setiap hari...
 
 


 
Dalam hal ini, di manakah peranan Majlis Agama Islam Kedah dalam memastikan institusi masjid tidak disalah gunakan PAS untuk kempen politik mereka?

#PRKSgLimau : PAS tiada hasrat untuk laksana HUDUD dan Negara Islam. #BeraniHijrah

Posted: 31 Oct 2013 12:26 AM PDT

 
Seperti yang sudah dijangka, HUDUD sekali lagi dijadikan modal berkempen PAS dalam PRK ini. Tohmahan lama ini diguna pakai buat sekian kalinya bagi mengukuhkan fitnah mereka bahawa UMNO itu menolak Islam. Apabila ditanya mengapa tidak dibuat terlebih dahulu di Kelantan dan Selangor, mereka akan putar belit pula dengan menyalahkan kembali Kerajaan Pusat BN.
 
Realitinya, HUDUD masih lagi tidak mampu dilaksanakan di Negara ini jika Perlembagaan Negara tidak dipinda, dan akan selamanya tidak mampu dipinda jika ahli parlimen PAS terus menerus memilih untuk bersama DAP. Ini adalah satu fakta dan hakikat yang didukungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara.  
 
Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'.
 
Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1
 
Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidang kuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk. Baca lanjut --> http://tayibah.com/eIslam/Artikel/kedudukanudgIslam.htm
 
 

 
 
Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'bertentangan' di atas adalah bukannya hukum Hudud itu sendiri, tetapi bentuk hukuman yang dikenakan. Bukankah sudah wujud undang-undang sivil terhadap beberapa jenayah tertentu yang berkait dengan Hudud seperti merompak dan mencuri? Manakala bagi kes penzinaan dan maksiat, undang-undang Syariah di Negara ini juga sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu. Cumanya, PAS masih tidak menganggap Negara ini cukup Islam kerana hukumannya tidaklah seberat seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.
 
Namun, adilkah Kerajaan dituduh sebagai anti-Islam semata-mata kerana hukuman Jenayah Hudud tadi tidak seberat yang mereka mahukan? Setidak-tidaknya TIADA jenayah berkaitan Hudud di Negara ini yang Kerajaan HALALkan. 
 
Kami pernah merungkai ISU HUDUD ini secara KOMPREHENSIF dengan menjawab semua pertikaian yang ditimbulkan oleh PAS selama ini. Kalau PAS boleh kitar semula isu, kami pun mampu kitar semula artikel dan isu basi.
 
 
Seperti mana yang telah ditegaskan oleh  YAB PM sebelum ini, UMNO tidak pernah sesekali menolak Hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT, tetapi hanya menentang HUDUD versi PAS yang memberikan pengecualian peruntukan hukuman kepada pemimpin parti, menghalalkan perbuatan meliwat isteri dan mengecualikan orang kafir kerana mahu menjaga undi. Lagi pun, macam mana PAS hendak laksana HUDUD jika perjuangan Negara Islam pun boleh diganti dengan Negara Kebajikan? 
 
Lagi seperkara yang pengundi Sg Limau boleh sama-sama fikirkan adalah, buat apa beri undi kepada PAS, jikalau menang kerusi majoriti pun tidak mahu memerintah dan melaksanakan Islam? Selangor adalah contoh terbaik daripada Allah SWT.
 
 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


AMBANK tamatkan serta merta Kontrak Syarikat Kawalan Prima Akur Pembatalan KDN @Zahid_Hamidi

Posted: 31 Oct 2013 06:10 PM PDT

Harapan penjelasan ini menguatkan keyakinan bahawa Kerajaan sentiasa komited bertindak tegas demi rakyat.

Pembatalan lesen yang dilakukan juga membuktikan kepentingan rakyat didahulukan bukan sebaliknya.

Mari kita hadiah fatihah kepada mangsa rompakan bersenjata di AMBANK yang dikira mati syahid dunia.

Sumber
Utusan Malaysia muka 5
JUMAAT 1.11.2013

MUTIARA KATA IMAM SYAFIE TENTANG KEHIDUPAN

Posted: 31 Oct 2013 05:58 PM PDT

Gambar dan Video Trailer Terbalik Di Serdang Semalam

Posted: 31 Oct 2013 01:36 AM PDT

Sumber dari Whatsapp