Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


#PRKSgLimau : Mahfuz Enggan Ulas Isu Doa Bapa Jamil Khir

Posted: 29 Oct 2013 12:32 AM PDT

Nampaknya satu demi satu kesilapan dilakukan oleh jentera PAS. Dengan menggunakan gambar Bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa semasa ziarah beliau.

Namun ia dinafikan Bapa beliau yang memberi tamparan hebat kepada PAS akibat propaganda yang tidak benar dimainkan.

Baca artikel panglima sebelum ini tentang penafian Bapa Menteri di Jabatan Menteri tersebut.

Hari ini juga akhbar menyiarkan gambar super imposed melibatkan calon PAS dengan arwah Tan Sri Azizan.

Lihat video Mahfuz Omar di bawah tentang isu gambar super imposed yang digunakan.

Nampak jelas kegagalan beliau menjawab dengan menyakinkan tentang gambar yang digunakan demi memujuk penyokong Tan Sri Azizan yang menunggu masa meluahkan kemarahan mereka dalam kotak undi 4 hb Nov nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=VB-ODKTG_sA&feature=youtube_gdata_player

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Datuk Azeez Rahim Jawab Fitnah Mahposs Pasal Susu Tamat Tempoh...

Posted: 29 Oct 2013 07:00 PM PDT


Kenyataan Akhbar 
YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim 
Ketua Umno Bahagian Baling merangkap 
Ahli Parlimen kawasan Baling 

- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar 'superimposed' menggunakan teknik 'Photoshop' di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketikamembahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu 'Susu Tamat Tempoh' bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 

Lagi gambar Klik Sini

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKSgLimau : PANAS! Benarkah TPM @MuhyiddinYassin diserang oleh PEMUDA PAS semalam?!! #BeraniHijrah

Posted: 29 Oct 2013 11:00 PM PDT

 
Beberapa hari lepas, isu kenyataan TPM berkaitan harga gula dan arwah Us Azizan telah diputar belitkan oleh PAS dan dijadikan modal kempen mereka. Kami tidak pasti kenapa PAS perlu menggunakan pendekatan politik kotor seumpama ini di kubu kuat mereka sendiri.
 
 
 
Dan semalam, TPM telah diserbu oleh beberapa aktivis Pemuda PAS kononnya bagi mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan yang dikatakan menghina arwah Us Azizan dan memohon maaf. Jom sama-sama kita saksikan video di bawah ini bagaimana TS Muhyiddin dengan tenang menghadapi militan taksub PAS yang MENYERBU beliau secara tiba-tiba.
 

 
Dengar-dengarnya berikutan pertemuan spontan dan reaksi balas bersahaja TS Muhyiddin kepada mereka, kumpulan pemuda tersebut telah kembali ke markaz mereka dan membuat kecoh bagi menuntut penjelasan kenapa mereka boleh ditipu sedemikian rupa. Padanlah muka. Akibat tidak sudah-sudah menipu dan menabur fitnah, sekarang sampai kena serang balik dengan militan sendiri, siapa yang susah?!!

#PRKSgLimau : Petanda kukuh pengundi Sg. Limau sudah bersedia untuk #BERANIHIJRAH ?!!

Posted: 29 Oct 2013 08:32 PM PDT

Hari ini, genaplah seminggu kempen PRK DUN Sg Limau berlangsung. Mungkin ramai di kalangan kita yang tertanya-tanya, apakah perkembangan terkini dari kubu PAS tersebut. Apakah PAS sedang mendahului selesa atau BN sedang memberikan tentangan hebat?
 
Walaupun kami tidak mempunyai data dan fakta yang kukuh mengenai bacaan sebenar sokongan rakyat di Sg Limau ketika ini, tetapi kami mempunyai gambar-gambar berikut untuk dikongsikan bersama. Anda semua boleh nilaikan sendiri sama ada pengundi Sg Limau mahukan KEKAL atau sudah bersedia untuk BERANI HIJRAH.

 
 
Salahuddin Ayub, pemimpin kanan PAS yang juga merupakan calon MB Johor sebelum ini, kelihatan sedang bersemangat berucap di tengah pekan Sg Limau yang sepatutnya agak sibuk semenjak seminggu yang lalu.
 
 
Ceramah PAS di Dulang Kecil. Klik di sini untuk baca lanjut.
 
 
Ceramah PAS di Kabu Sepuluh, salah satu peti undi yang dikategorikan sebagai kubu kuat PAS di Sungai Limau. Klik di sini untuk baca lanjut.
 
Namun, dalam membuat perbandingan ini, kami perlu adil dan menitik beratkan beberapa kriteria seperti lokasi program dijalankan, pemimpin yang terlibat dan jenis program.
 
Semalam, BN telah mengadakan satu program malam kesenian budaya Islam di Simpang Tiga, satu lagi kubu kuat PAS yang terletak bersebelahan dengan PDM Kabu Sepuluh di atas. Antara yang turut hadir adalah TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Us Asyraf Wajdi dan Us Kazim Elias. Sila nilaikan sendiri sambutan yang diberikan oleh penduduk kawasan tersebut semalam.
 
Jalan raya sesak sepanjang 3 KM
 
Suasana yang meriah menuju tempat program. Ramai penduduk bersyukur kerana mendapat peluang untuk mencari rezeki tambahan

Suasana sesak sehingga menyebabkan ramai hadirin terpaksa berdiri



Antara pemimpin BN yang turut hadir dan diberikan sambutan



 
 
Setakat seminggu kami berada di Sg Limau, inilah program yang paling meriah dan diberikan sambutan yang paling hebat oleh penduduk. Kami pun agak pelik kenapa ini boleh berlaku, sedangkan program tersebut diadakan di kubu kuat PAS sendiri dan mendapat ancaman fizikal daripada militan mereka. Adakah kerana para pengundi Sg Limau menyedari akan hakikat di bawah ini?
 
 

 

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


BUKTI PAS HINA DAN AIBKAN ARWAH USTAZ AZIZAN

Posted: 29 Oct 2013 08:17 PM PDT

Nampaknya tak terhenti dengan siri pembohongan. Kali ini lebih jijik lagi bila kempen PAS sudah tidak mengira aib seseorang yg telah meninggal dunia. Modul operandi yg dikepalai oleh Mampuz nampaknya tidak diiiring dengan rasa kemanusiaan dan batas-batas simpati malah untuk menang hingga sanggup mengaibkan keluarga dan mantan yg telahpun kerahmatulah meninggal dunia.

Di Sg Limau PAS dibawah arahan pengencing utama dan tegar si Mampuz nampaknya selamba dog mengedarkan risalah yg kononnya calon mereka mampu melaksanakan tugas kalau terpilih menjadi YB. Tanpa mengira dan sedar ia juga sebenarnya memang mahu aibkan arwah mereka selamba edar risalah kepada pengundi yg kononnya dalam tempoh 3 hari didesak peruntukan membaiki jalan terus dilaksanakan dengan segera... ermmm hebat mamat nie belum menang pun dah salah guna kuasa... dia sedar tak siapa dia dan akibat sikap dia nampaknya telah membuatkan kaki tangan kerajaan menyeleweng dana dan tentunya ada kaitan siapa pulak yg melantik kontraktor tanpa diundi dan paling salah bila dia memaksa peruntukan disalah gunakan....

Apa pun salah guna kuasa nie tak boleh kita nafikan pada calon dan parti PAS. Berdasarkan Kuala besut dan kini di Sg Limau pun kita cukup sedar GILA KUASA dan BERPUAK tidak dapat di sorokan lagi... apa saja sanggup dilakukan bukan saja berbohong sebaliknya sanggup2 aibkan orang yg telah meninggal dunia sekalipun keluarga arwah

Risalah yg diedarkan kali ini nampaknya memang mahu mengaibkan arwah dan keluarga Ustaz Azizan. Mana kan tidak flyers diedar kononnya calon boleh mendesak dalam tempoh 3 hari sebaliknya Arwah yg begitu lama sebagai yg berhormat dan sebagai Menteri Besar pun tak boleh buat kerja sekecil itu? Kenapa 5 penggal kerja sekecik itu semasa dibawah pentabiran arwah dan juga sebagai MB tidak mampu dilakukan dibandingkan dengan calon pilihan Fakrol nie?

Bukan kerjaan BN pun yg mentadbir tetapi Parti PAS itu sendiri... malah sebagai Menteri Besar lagi... kenapa begitu jelas mereka mahu memalukan arwah dan menteri besar mereka sendiri hanya kerana nak menangkan calon fakrol dan Mampuz.

Apa pun alasan nyata sekali sifat tamak kan kuasa dan pembohong tidak dapat disorokan lagi oleh PAS  dan calonnya. Mungkin ada benarnya seperti yg mereka anggap pengundi Sg Limau nie bodo macam lembu dan mudah dikencingkan...

RAKYAT DAN PENGUNDI SUNGAI LIMAU TENTUNYA AKAN MENGHUKUM DAN INSYALLAH MEMILIH BN DEMI KEPENTINGAN PEMBANGUNAN DAN PEMBELAAN UNTUK RAKYAT YG DIANGGAP BODO MACAM LEMBU OLEH SI MAMPUZ, CALON DAN PAS SENDIRI...

Errrr KENAPA PAS YER? Parti Islam Semalaysia kan ker patut PIS... macam orang putih kata Kencing... dah elok la tu memang pun kuat kencingnya dema kali nie... hancing satu DUN N20 SG LIMWU BEB

MAMAK MAHFUZ THE BEAN KENCING LAGI?... KENCING LAGI...

Posted: 29 Oct 2013 05:58 AM PDT

HANCING LAGI BUMI SG LIMAU... MAHFUZ BEANs tetiba jadi meteri penguna pulak. Kali nie dia persoalkan pasal susu yg dah tamat tempoh dan tuduh pemimpin BN yg sengaja bagi susu yg dah tamat tempoh pada orang ramai. Paling hanjin perangai mampuz nie siap bagitau yg memang pemimpin tu memang sengaja cari susu yg dah tamat tempoh... ekeke macam dia ikut pemimpin tu cari (sengaja) merata kedai susu yg dah tamat tempoh...

Kalau mula dulu mungkin ramai yg akan terpengaruh dan percaya tetapi bila dah banyak kali si mampuz nie kencing kat semua tak kan lagi pengundi dan rakyat terutama di sg limau tak akan percaya lagi pada mamak nie...

Macamana yg dia boleh tau pun kita dah boleh agak betapa bangkai bau hati si mampuz nie... kita tertanya kenapa dia pulak sibuk pegi jumpa penerima bantuan BN semata-mata nak tengok tarikh luput susu tu. Yang paling kita paham jenis nie kan memang suka kencing merata... apakah eebab sampai dia pegi jumpa penerima bantuan dan semata-mata nak tengok tarikh luput kat susu tu...

Lebih Haram jadahnya dia siap longgokan salah tu kat pemimpin UMNO... logiknya kalau ikhlas tak payah lah nak salahkan orang lain yg menghulurkan bantuan. Tak payah ler sampai posting kat wartawan harakah yg memang kaki pitenah... kalau niat tu ikhlas pegi jer jumpa pemimpin yang di maksudkan. Cariler kedai yang membekal tu nasihat atau laporkan kepada badan berkuasa pasal dia jual barang yg dah luput tarikh pengunaannya

Jadi kalau logiknya macam mana si mampuz nie tau tamat tempoh kita tentunya boleh agak yang logik... mungkin ini penyebabnya sehingga si mampuz nie baca tarikh lupu...

1. Kedai pembekal tu orang PAS... dia yg tau benda dah luput tarikh. Atau paling tidak dia bagi dan dia juga yang bagi tau si Mampuz ni susu tu dah luput tarikh. Mungkin jugak memng sengaja taruk susu tu supaya boleh bagini Mampuz nie buat isu yang juga kegemaran si Mamak mampuz ni kencing merata

2. Tin kemek punya hal nie bukan susah si mampuz nie pun boleh ketuk kat merata bucu tiang. Pelik jugak bukan setakat tarikh siap denga  kemek pun dia bagitau pada warawan NERAKAH nie. Teman tanya komer ler... kalau komer pegi kedai tak kan ler komer cari susu yang dah kemek...

3. Kenapa dia katakan bantuan dari BN... dan kenapa tin susu? Tak kan lah logiknya dia pergi kat rumah yg dapat bantuan tu sampai kedapur depa semata- mata nak tengok tarik luput susu tu. Hehehe apa alasan dia nak bagi macam mana dia boleh tengok susu tu sedangkan tak masuk akai la pulak penerima tu tak letak susu dan barang keperluan tu di dapur selepas menerima bantuan tersebut? Atau pun dia nak orang percaya kencing dia macam mana dia boleh jumpa tin susu tu... tak kan ler logiknya penerima tu tak letak barangan dapur tu kat rak kasut depan laman rumah... hehehe kuat benor lu kincing ler Mampuz.

4. Kalau dia ikhlas dan jujur patutnya terus ke kedai yg membekal barangan tu sebab ia membabitkan orang ramai dan bukan sahaja melibatkan penerima tersebut.

5. Kenapa si kaki kencing nie lapor kat harakah. Bodo ker bongap. Lapur la ka persatuan pengguna... hehehe macam tayar motor pancit takan lah kita pegi kedai kopi untuk tukar tiub...

6. Paling lawok bila dia siap mention pemimpin tu memang sengaja cari kedai yang membekal susu tamat tempoh. Macam ler rega susu tu RM 30 ribu ringgit kot dia boleh untung dengan susu tu dalam 10 ribu ringgit. Satu hal ler pulak nak cari susu tamat tempoh yang rea nya tak sampai 3 ringget jer.

7. Macamana dia boleh tahu dan sedar tentang tarikh tu yang tentunya dia mesti ada rancangan jahat untuk putaq alam dan kencing lagi. Mestilah dia siasat kerana nak tau apa yg rakyat dah dapat dan tentunya jugak dia akan bagi lagi lebih untuk memenangi hati penerima tersebut. Atau paling logik memang dah rancang nak kencing atau fitnah lagi demi mengaibkan BN. Hehehe aku pun boleh buat siap boleh tukar susu yg dah tamat tempoh tu...

8. Paling logik dan tak mustahil dia memang dia rancang dan buat serta anggap rakyat dan pengundi nie bodo macam lembu dan akan percaya. TAK MUSTAHIL kalau nak kencing... sebelum nie pun dengan Arwah nie pun dia boleh kencingkan rakyat dengan gambor pun diedit kononnya cukup rapat dengan arwah Azizan hanya untuk fitnah... ini pasal susu senang sangat ler nak buat cerita...

9. Logiknya senang ker nak cari kedai jual susu yg dah expired. Ingat orang kedai tu berani jual barang luput tarikh nie. Alamat tutup kedai ler kena saman atau disita...

10. Idea susu nie mungkin dah dirancang. Atau pun memang PAS yang supply susu expired ni kat kem PAS di Sg Limau. Ye ler... petugas PAS yang tukang buat minuman di markas dia orang sedar barang expired dan timbul idea fitnah yg baru... apa lagi mampiz nie yg kuat kencing... tentu ler lagi suka rancangan macam nie. Paling tidak lebih logik dia nie memang dah rancang dan memang ke sg limau dengan membawa siap-siap susu nie untuk buay fitnah...

Ishhh sapa yang nak percaya orang yg kuat kencing nie... bukan sekali berkali-kali-kali-kali dia dah kencing beb... ikuti apa yang dilapor oleh akhbar pasal kehebatan dia mengencingkan pengundi sg limau... hehehe elok jugak kita pergi rumah dia dan terus kedapur tengok tarikh tamat tempoh susu yang dia ada... hehehe busuk perut si MAMAK MAMPUZ NIE...Kerrrrrhhharrk Ptui

OLEH: MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Tarikh: October 29, 2013
YAN - Susu krimer manis yang dipercayai disumbangkan oleh pemimpin Umno didakwa sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

“Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

“Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno  Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

“Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

UtamaNasionalPolitikEdisiSemasaBisnes
GlobalHiburanSukanUltrasKaryaWawancara

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Najib lupa daratan atau kufur nikmat?

Posted: 29 Oct 2013 09:05 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seorang Perdana Menteri yang berlagak seperti anak nakal. Seorang anak nakal ini tidak akan faham masalah yang ada pada orang lain atau adik atau ibu bapa mereka. Anak nakal selalunya kuat berbelanja, maklum sajalah wang ringgit itu bukannya dia yang mencarinya. Dia hanya pandai berbelanja dan berbelanja tidak kira pada waktu baik atau buruk.
Pembentangan bajet baru-baru ini menunjukkan sikap berpura-pura Najib, yang dengan selamba beretorik dengan slogan wasatiyah, dan berbagai-bagai lain yang melambangkan kerajaan beliau berbelanja secara berhemah dengan wang rakyat yang ada. Tetapi di dalam berslogan hebat itu beliau memperuntukkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan peruntukan yang sangat besar dalam sejarah negara, iaitu sebanyak RM16.45 billion.
Bajet bagi Jabatan Perdana Menteri pada 2010 adalah  RM11.88 billion, bagi 2012 sebanyak 13.72 billion dan bajet 2014 adalah RM16.45  billion. Peruntukan Jabatan Perdana Menteri lebih besar daripada peruntukan belanjawan Kementerian Pertahanan dan ini keadaan yang amat susah untuk diterima oleh rakyat ramai.
Jabatan penting di bawah JPM tidak menelan belanja yang sebegitu besar. Jakim hanya diperuntukkan kurang RM800 juta, dan Jabatan Implimentasi dan Koordinasi (ICU) tidak melebihi RM400 juta. Agensi-agensi penguatkuasa di bawah JPM seperti Penguatkuasa Maritim tidak pun berbelanja sampai RM400 juta. Ini bermakna jumlah yang RM14 billion itu hanya untuk kegunaan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Elok pembahas di Parlimen meminta Perdana Menteri memberikan pecahan terperinci terhadap RM14 billion yang lain itu. Persoalannya kenapa begitu mahal untuk menyelenggarakan Perdana Menteri sekarang ini, sedang PM itu sendiri memotong banyak perkara yang selama ini dibelanjakan oleh rakyat sendiri.
Yang amat menyakitkan bagi rakyat sekarang ini, pemimpin kita khususnya Perdana Menteri sendiri menunjukkan sikap tidak mahu berkorban untuk rakyat seperti beliau sarankan rakyat untuk berkorban. Dalam pada kita semua dipotong segala subsidi seperti subsidi bahan petroleum dan sebagainya, Perdana Menteri masih memberikan peruntukan yang berlipat kali ganda jumlahnya daripada peruntukan pada beberapa tahun sebelumnya.
Perdana Menteri masih lagi mengelilingi dunia tanpa had dan berlegar di seluruh dunia hampir setiap minggu dengan jet peribadi yang menelan belanja hampir RM100 juta sejak tiga tahun lalu. Kenapa PM begitu boros sedangkan rakyat dimintanya berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat. Malahan bukan sahaja meminta rakyat berjimat, segala subsidi yang dirasai oleh rakyat ditarik satu persatu.
Kenapa bersikap seperti 'nangoi' dan tidak mempunyai 'finesse' walaupun sedikit? Kenapa tidak ada rasa malu dengan mengkufurkan nikmat pemberian Tuhan melalui rakyat yang sedang dalam kesusahan? Kenapa tidak langsung mempunyai 'conscience' dalam diri Perdana Menteri dan jemaah Menterinya? Kenapa?
Kepada Najib kami berseru, berbuat baiklah sedikit. Bentuklah sedikit jiwa rakyat di dalam diri saudara itu. Bersikaplah sebagai seorang yang mempunyai ibu bapa. Kenapa malukan nama baik keluarga? Kalaulah PM Najib masih bersikap begini tidak payah hapuskan subsidi gula, sikap beliau sendiri akan menambah pesakit diabetes kerana kehidupan yang stressful rakyat sekarang ini.
Apakah benar kata-kata seorang pemimpin kita yang lain, membawa keluar seseorang dari kampung itu adalah mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dalam diri seseorang itu adalah kerja yang sangat susah. Najib ini dikendongnya kampung itu ke mana-mana. Malah beliau berbangga pula menunjukkan kampungnya itu di khalayak ramai dengan selamba sahaja.
Dalam dunia ini bukan Najib seorang memegang jawatan Perdana Menteri ini, tetapi PM yang lain itu tidaklah bersikap seperti si kudung mendapat cincin seperti sikap PM kita ini. Siapa yang membuatkan Najib menjadi begini? Siapa yang tahu?
Kenapa tidak ada langsung sifat malunya? Kenapa? Hendak kita biarkan sahaja keadaan ini berterusan? Kenapa Umno dan Barisan Nasional tidak bertindak terhadap Najib yang sudah melupakan daratan ini?
Hentikanlah budaya 'vandalisme' yang di amalkan oleh PM ini. Cara beliau berbelanja amat menakutkan kita. Beliau sudah menjadi seorang maharaja dan tidak lagi pemimpin rakyat. – aspanaliasnet.blogspot.com,

Akhirnya Muhyiddin mohon maaf pada keluarga Ustaz Azizan ...

Posted: 29 Oct 2013 06:11 AM PDT

YAN: Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.
"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.
"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.
"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini," katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.
Muhyiddin mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya beliau sengaja mempersenda Azizan apabila mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula.
Mengulas lanjut mengenai kekeliruan mengenai ucapannya ketika hadir pada satu majlis di Bukit Besar Sabtu lalu, Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.
"Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.
"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya.
Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.
"Saya tak ada niat jahat, sekadar untuk ambil iktibar dan dijadikan ingatan. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan, kalau panjangkan juga mereka akan dilihat tidak memahami soal adab, tertib dan amalan Islam.
"Kita harap mereka tumpu beri penjelasan yang betul tentang apa-apa isu sekalipun kepada pengundi supaya mereka tidak dipesongkan," katanya.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Ustaz Penipu Cilok Duit Derma Bina Banglo

Posted: 28 Oct 2013 09:29 PM PDT

Phnom Penh: Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Namun rahsia lelaki yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila banglo dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa miliknya.
Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.
Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu
 -Lagi cerita menarik disini : http://mountdweller.blogspot.com

Perlaksanaan Hudud Di Kelantan,Semoga Menjadi Kenyataan

Posted: 28 Oct 2013 06:40 PM PDT


KOTA BHARU: Selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan persidangan Dun Kelantan pada 1993, kini kerajaan negeri mengambil langkah lebih serius memastikan perundangan tersebut dapat dilaksanakan.

Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.

Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma'ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud berkata, perundangan tersebut tetap akan dilaksanakan biar pun ditolak kerajaan pusat.


"Kita tetap akan laksanakan biar pun kerajaan pusat menolaknya," katanya ketika membentang kertas kerja Amar Makruf Nahi Mungkar Pengalaman Kerajaan Kelantan di Putik hari ini.

Turut membentang kertas kerja pada konvensyen tersebut anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, bekas anggota Exco kerajaan Teregganu, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengasas Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail.

Turut sama mengikuti konvensyen berkenaan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Peserta konvensyen dua hari itu terdiri dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri dan pusat serta wakil-wakil badan bukan kerajaan.   

Nasuruddin juga berkata, sekiranya pelaksanaan kanun jenayah syariah masih ditolak kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Dan sekiranya mahkamah juga menolaknya maka kita kembali kepada mahkamah rakyat," ujarnya.

Menurutnya juga pelbagai usaha sudah dilakukan bagi membolehkan perundangan berkenaan dapat dilaksanakan termasuk mengemukakan usul di parlimen.

Sementara itu Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor menggunakan pendekatan rohani dengan mendedahkan rakyat terhadap ilmu bagi membolehkan mereka mengurus emosi dengan baik.

Katanya, kefahaman mendalam melalui ilmu membolehkan rakyat bertindak selaras dengan tuntutan Islam dan mengelakkan perkara-perkara mungkar.

Pindah Surau Ke Tingkat Tiga Tidak Praktikal

Posted: 28 Oct 2013 05:52 PM PDT

ALOR SETAR - Pelan asal dan reka bentuk surau di Kompleks Beli Belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah yang diroboh, didakwa diubah dengan meletakkan kedudukan surau di tingkat tiga kompleks itu.

Ura-ura mengatakan selepas kerajaan Pas kecundang dalam PRU13 lalu, pihak tertentu telah mengubah pelan asal yang dipersetujui pada Januari 2012 itu.

Sumber berkata, mengikut pelan asal, surau yang boleh diakses dari luar kompleks itu diubah ke tingkat tiga bagi memberi laluan kepada premis komersil.


Sebelum ini, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menegaskan, pada mulanya kedudukan surau di tingkat tiga, namun selepas perbincangan dan atas permintaan Azizan, pemaju bersetuju membina di tingkat bawah untuk kemudahan jemaah.

Berdasarkan persetujuan itu, pemaju akan membina surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden menggunakan cermin separa lut sinar atas keluasan 4,800 kaki persegi.
Sebuah kubah dan menara turut dibina pada bahagian sisi hadapan bercirikan Timur Tengah pada bahagian luar, menjadikan surau ini seolah-olah sebuah bangunan berasingan.

Saiz surau baru lebih besar dan mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa.
Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) yang membantah perobohan madrasah itu juga akur dengan keputusan, berikutan dijanjikan tapak baru bagi pembinaan surau baru.
Ketika diajukan perkara itu kepada Exco Agama, Mohd Rawi Abd Hamid, katanya, ia di luar pengetahuan kerajaan negeri jika benar berlaku seperti didakwa.
"Saya tidak dimaklumkan jika ada pihak mengubah pelan asal seperti dipersetujui dengan kerajaan negeri terdahulu. Pemaju atau pihak tertentu tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar persetujuan asal, biarpun kerajaan bertukar tangan," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan segera.
Tambahnya, setakat ini, kerajaan negeri pimpinan BN tetap dengan persetujuan asal dan mengikut pelan terdahulu.
Sumber - kedahlanie

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar perlu henti manipulasi GST?

Posted: 29 Oct 2013 12:38 AM PDT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim digesa menghentikan politik murahan dengan memanipulasi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kononnya membebankan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, tindakan Anwar memanipulasi GST untuk kepentingan politik meskipun mengakui hakikat kelebihannya boleh menjejaskan masa depan ekonomi negara dan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan menambah, sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar pastinya mengetahui GST bukan sistem pencukaian yang merugikan rakyat sebaliknya telah memberi kebaikan kepada rakyat di keseluruhan negara yang melaksanakannya.

"Sebenarnya, pembangkang yang diketuai Anwar kekeringan modal berdasarkan prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN), sebab itu mereka cuba takutkan rakyat dengan isu GST.

''Tetapi apa yang penting, masyarakat perlu tahu kerajaan BN sentiasa menjuarai kepentingan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Perajurit dan bergotong-royong membersihkan pejabat baharu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sri Gading di Parit Raja, di sini hari ini.

Ab. Aziz mengulas tindakan pemimpin pembangkang yang menggunakan isu GST untuk menyerang Bajet 2014, kononnya pelaksanaan sistem pengutan cukai baharu itu akan menindas rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading, Lassim Borhan berkata, pembangkang memperlihat contoh berpolitik yang tidak baik selepas sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita mereka.

Menurutnya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sri Gading sebelum ini sering menjadikan pelan ekonomi Singapura yang menggunakan GST sebagai contoh dalam ceramah mereka.

Walau bagaimanapun, tambah beliau, ketika negara berhasrat melaksana sistem pencukaian yang sama malah lebih baik, mereka cuba bertindak sebagai jaguh dan menentang pelaksanaannya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


PRK N20 DUN Sungai Limau - Calon BN berbini dua ?.

Posted: 29 Oct 2013 05:53 PM PDT

Heboh dialam maya,, kononnya calon BN Dr Sohaimi berbini 2... La apalah yang ko orang kalut ni,, salah ka?...


Cun wooo,, Pak Juragan 69 pun kalau tengok sure meleleh terlior macam budak baru lahir yang ibunya mengidam tak dapat kedondong muda... 

Opssssilap,,, ini dari renungan dan jelinganmu.... adui....bisa beb,,, duk terbayang kalo aku menang ,,, jeng...jeng...



Pakatan Harapan Rakyat. Kantoii.. Calon Be End Dun Sg.Limau ada bini muda?? Cun lagi.. Tapi kenapa nikah diam2? Takkan takut bini tua kot? Lor Penakut rupanya? Tapi camana boleh jadi calon ni? Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer???? Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa..... Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2. Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak. Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja. Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap. Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit..... sumber : http://bit.ly/1g8EYZF

Sumber : Klik Sini

Komen aku... Teringat kata-kata dari hadis yang disampaikan oleh imam ikutan para artis melayu, Tan Sri P.Ramlee, "mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang........."

PRK N20 Sungai Limau - Muhyidin Yasin macam tak ikhlas memohon maaf? ..

Posted: 29 Oct 2013 06:39 AM PDT

Memang jenis dasar pemimpin umno yang tak nak mengaku kesilapan apabila mereka telah melakukannya... Inilah sikap pemimpin umno... hipokrt... merasakan apa yang mereka lakukan semuanya benar belaka,, phuii..


Siap dikeluarkan dalam berita TV sebentar tadi..



Muhyiddin: Maaf jika terguris perasaan






Bila aku tulis TPM ni jenis manusia yang pekak badak, atau bahasa lebih mudah bodoh sombong, nanti ada cai-cai umno terutama Wak Juragan 69 hamun seranah aku pula,, 

Secara mudah ko orang boleh baca pada tajuk dari berita akhbar,,, Maaf jika terguris,,,, Jika kepala bapa dia kut... memang dah terguris pun,,, kalau tak terguris kenapa dah 2-3 hari duk keluar suruh minta maaf,,

Woii, Muhyiddin,, sangat ka nat sebut,, Saya minta maaf diatas kelanjuran bahasa saya keatas waris ,,,,,,, susah ka,,, atau takut jatuh kemaluan..... 

Aku harap pengundi Dun Sungai Limau boleh nilai sendiri perangai dan sikap pemimpin umno.... kalo hangpa orang Sungai Limau duk pi pangkah calon BN pada 4 Nov nanti,, dengan hangpa sekali kurang ajaq macam Muhyiddin... Yassin..

PRK N20 Sungai Limau - Sah Calon BN Umno seorang ulama ?

Posted: 29 Oct 2013 01:35 AM PDT

Patut sangat la Muhyiddin Yassin dan kuncu-kuncunya duk mempertahankan kononnya PRK di Sungai Limau Umno atau Pas adalah sama....


Rupa-rupanya memang ada benarnya... 

Mula-mula calon BN menonjolkan sikit sahaja... 


Ia sanggup melakukan apa sahaja di dalam ,,,, 

Terkini... aku jumpa...
YAN, 29 Okt -- Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua, kanan) bersalaman dengan calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kanan) ketika berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Permatang Buluh di sini, malam tadi.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Tudia,,, Timbalan Menteri pi salam dulu ambik berkat syeikh.... Makcik-makcik kat depan tu semua pakat terdongak dengan seorang ulama dihadapan mereka... Hebat umno....