Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK Sg Limau - Mahfuz : Sumpah, bukan saya

Posted: 27 Oct 2013 07:24 PM PDT


  • Mahfuz OmarMahfuz (tengah) menunjukkan SMS yang diterimanya pada sidang media, semalam.
 1 / 1 
YAN - "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak," kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

"Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

"Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya," katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: "Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah".

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

"Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

"Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap,  dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

"Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

"Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini," katanya.

Gula dan GST ...Paling hot

Posted: 27 Oct 2013 10:35 AM PDT


OCTOBER 28 , 2013

Dua perkara dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat hangat menjadi perbualan ramai: pemansuhan subsidi gula 34 sen secara serta-merta dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pemansuhan subsidi gula sememangnya akan menjejaskan kehidupan rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu kerana penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan mereka.
Sudah pasti harga nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi akan naik dengan mendadak.
Semasa membentangkan Bajet 2014, Najib mengatakan pemansuhan subsidi gula adalah kerana penyakit kencing manis atau diabetes kini menjadi ancaman utama negara.
Hujah itu dijawab dengan serta-merta oleh doktor-doktor pada malam selepas Bajet 2014 dibentangkan bahawa gula bukan satu-satunya punca penyakit kencing manis, makanan berkarbohidrat yang sebenarnya banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya itu.
Ini menyebabkan Najib terpaksa menggunakan hujah lain untuk mempertahankan pemotongan subsidi gula apabila berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lelaki lemah tenaga batin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pergi lebih jauh lagi apabila berkata langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Azizan meninggal dunia baru-baru ini dan menyebabkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung sekarang.
Di mana hilangnya sensitiviti Muhyiddin selaku pemimpin negara?
Di kala keluarga dan pengikut Azizan masih lagi bersedih dan kubur bekas menteri besar Kedah itu masih lagi merah, mengapa kenyataan sebegitu yang dikeluarkan timbalan perdana menteri?
Sudah mansuhkan subsidi gula, pertahankan sahajalah tindakan itu dengan hujah yang lebih bernas, jangan koyakkan lagi hati yang sedang sedih.
Tidak hairanlah jika ada yang berkata di laman-laman sosial Muhyiddin sedang cuba untuk sabotaj Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir di DUN Sungai Limau.
Daripada Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk merampas DUN itu, terus hilang peluang kerana 'kebijaksanaan' Muhyiddin itu.
GST
GST turut menjadi bualan kerana ia akan melibatkan seluruh rakyat.
Walaupun sudah pasti ramai orang tidak begitu faham dengan sistem percukaian baru itu, apa yang mereka pasti tahu, mereka akan berhadapan dengan lebih banyak cukai bagi majoriti barangan dan perkhidmatan digunakan.
"Lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
"Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia menggunapakai sistem percukaian ini," kata Najib di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Hujah negara lain ada, negara kita belum ada sebenarnya hujah yang akan menjerat.
Orang akan bertanya, hanya Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja yang tidak membenarkan kemasukan pemantau pilihan raya antarabangsa di Asean, mengapa Malaysia tak nak ikut?
Bukankah ia terbukti meningkatkan integriti pilihan raya negara?
Tidak ada masalah jika kerajaan mahu rakyat membantu negara menambahkan pendapatan jika mereka berbelanja secara berhemah sebelum ini.

Realitinya tidak apabila Laporan Audit Negara 2012 menunjukkan sebaliknya. Antaranya:
a) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM 1.33 juta, termasuk 156 pasang gari, 44 pucuk senjata api, 29 buah kenderaan, 26 set walkie-talkie, dan 22 buat radio.
b) Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM 67.6 juta untuk Hari Belia 2012, peningkatan yang cukup tinggi dari peruntukan asal RM15 juta; di mana RM1.6 juta telah dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-pop.
c) Kasut buatan khas untuk pegawai Jabatan Kastam, yang lambat diagih mengakibatkan 7,659 pasang kasut dimusnahkan kerana tidak mengikut spesifikasi. Jumlah kehilangan dianggarkan bernilai RM 602,089.
Jadi apakah selepas GST dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti, apabila pendapatan negara semakin tinggi, lebih banyak pembaziran akan dilakukan?
Bukankah kerajaan seharusnya tunjukkan kepada rakyat terlebih dahulu bagaimana mereka bersungguh untuk memerangi rasuah dan ketirisan? 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Puaka MyMassa: Benarkah pertolongan GHAIB untuk PAS telah tiba?!! #PRKSGLIMAU #BeraniHijrah

Posted: 27 Oct 2013 11:30 PM PDT

 
Klik untuk paparan lebih jelas
Kalau ada di kalangan pembaca yang masih ingat lagi, pekan Sungai Limau ini agak terkenal dengan kisah gerai misteri tepi bendang tidak berapa lama dahulu. Sesiapa yang bernasib baik, dapatlah bertemu 'pelayan' cantik yang akan melambai-lambai dari tepi jalan untuk menarik pemandu kereta yang bertuah untuk berkunjung dan "menjamu selera" di gerai terbabit. Hanya mereka yang bertuah sahaja yang akan dapat peluang merasai pengalaman unik seumpama ini.
 
Namun, pengalaman itu bukanlah sesuatu yang mustahil lagi buat kita semua. Sempena musim pilihanraya yang melanda Sg. Limau, sesiapa sahaja kini mampu merasai sendiri pengalaman misteri yang sering menyelubungi pekan tersebut selama ini. Malah, kami sendiri bertuah kerana dapat menyaksikan dan merakamkan sendiri salah satu fenomena luar biasa terbabit.
 
Sebelum ini kami juga pernah mendedahkan beberapa fenomena misteri yang hampir serupa ketika kempen PRU lalu:
 
 
 
 
Gambar paling atas dirakamkan ketika kami melalui markas PKR di PDM Dulang Kecil kira-kira jam 10.30 malam semalam. Pada mulanya kami menyangkakan yang ceramah tersebut baru bermula dan hadirin masih belum tiba. Tetapi, setelah seketika apabila realiti mulai menggigit logik akal, barulah kami tersedar yang ceramah tersebut sebenarnya diadakan untuk penyokong dan pengundi GHAIB PAS. Ini adalah kerana ketika itu si penceramah sedang bersemangat berhujah selain kami sendiri amat yakin bahawa fenomena tersebut terjadi bukannya disebabkan kerana pengundi DUN Sg. Limau sudah BERANI HIJRAH.
 
 
 
 
Walaupun kami tidak berapa pasti mengapa kali ini PAS sampai memerlukan pertolongan alam GHAIB untuk memenangi PRK di kubu mereka sendiri, namun ada yang berbisik kepada kami, semuanya berpunca kerana berita di atas. Mungkin pengalaman di Manik Urai, Galas dan PRU-13 telah mengajar PAS sesuatu yang mungkin kita semua boleh lihat? Wallahua'lam.

#PRKSgLimau: PAS KANTOI 3-0 ...LAGI-LAGI MENIPU!

Posted: 27 Oct 2013 09:40 PM PDT


Kata pepatah kalau nak tahu kebaikan seseorang lihat pada kejujurannya. Jujur ketika berbicara dan jujur dari segi tindakannya. Kalau bercakap pun asyik bohong memanjang maknanya jelas orang tersebut tak boleh dipercayai apatah lagi diberikan sesuatu amanah.

Pepatah popular bagi orang-orang kat Kedah dituju pada PAS; "PAS cakap sepuluh tapi sebelas tak boleh pakai".

Itulah yang berlaku pada PAS sepanjang kempen PRK Sg Limau ni . Dalam keghairahannya PAS meraih undi, kaedah taqiyah syiah menjadi amalan wajib untuk mereka mempengaruhi penduduk-penduduk di Sg Limau melalui beberapa siri pembohongan yang mudah saja sahabat-sahabat kami para pejuang siber .

Siri Pembohongan 1.0; PAS mengaitkan calon PAS Mohd Azam sebagai anak didik Arwah Tan Sri Azizan serta mempunyai pertalian darah dengan arwah. Ini dicanangkan melalui poster-poster kempen PAS.

Hakikatnya, calon PAS adalah anak didik dan juga anak sepupu kepada Pahlolrazi yang merupakan musuh ketat dan musuh dalam selimut kepada arwah Tan Sri Azizan. Masih ingatkan kita perbuatan si Pahlolrazi menghina arwah ketika arwah sedang sakit dan nazak?


Siri Pembohongan 2.0; PAS mengaitkan ayah Dato' Jamil Khir; Haji Baharom atau Pak Ngah kononnya menyokong calon PAS dan mendoakan agar calon PAS menang. Lawatan PAS ke rumah Hj Baharom telah dieksploitasi sepenuhnya dan diterbitkan dalam Harakahdaily.

Lawatan yang tidak ikhlas penuh muslihat akhirnya kantoi menipu buat kali ke 2


Hakikatnya, Hj Baharom begitu sedih dan kesal apabila calon PAS tidak ikhlas melawatnya dan mempergunakan kesakitannya sebagai modal kempen PAS yang tidak beretika. Sekali lagi amalan taqiyah Syiah diguna pakai untuk menghalalkan pembohongan demi undi. Ini dibuktikan melalui rakaman rela tanpa paksa yang dilafazkan oleh Haji Baharom.

Siri Pembohongan 3.0: Sekali lagi PAS kantoi menipu para penyokongnya dengan mengedarkan foto calon PAS Mohd Azam pernah bertemu dengan arwah Tan Sri Azizan semasa hayatnya bagi membuktikan betapa rapatnya si calon PAS dengan arwah. Ia juga membawa maksud kononnya akhbar Sinar menyokong penuh calon PAS tersebut kerana pernah menemukan si calon PAS dengan arwah Menteri Besar dahulu. Risalah kempen ini diedar secara percuma di Markaz Induk PAS Kawasan Jerai sejak semalam.

Foto superimpose kononnya calon PAS berkepiah ni memang disukai oleh arwah Tan Sri Azizan sebab itulah PAS pilih dia jadi calon...


Hakikatnya, foto di atas adalah superimpose yang dilakukan oleh puak-puak PAS untuk membohongi penduduk di Sg Limau dan juga rakyat Malaysia. Foto asal Sinar Harian Utara adalah seperti di bawah;

Foto asal bertarikh 25 Mei 2011. Pada ketika inilah puak-puak Pahlolrazi sedang giat menyusun strategi menjatuhkan Azizan yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pusat dan disebabkan arwah tidak memberikan projek serta jawatan penting GLC Kedah pada puak-puak PAS yang memang tak berkelayakkan. Sinar Harian mempunyai misi menyelamatkan imej kerajaan Negeri.


Foto ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Sinar Harian bertarikh 28 Oktober 2013 mendedahkan pembohongan PAS ke seluruh negara. PAS kantoi menipu lagi buat kali ketiga... 


Kini dah terbukti PAS kantoi sebanyak tiga kali menipu para penyokong dan pengundi mereka. Rakyat Malaysia, Kedah dan penduduk Sg Limau menjadi saksi kecurangan dan pembohongan demi pembohongan PAS.

Sukalah kami memperingatkan umat Islam danpara pembaca semua sebuah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al Hujurat ayat 6:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Kalau PAS fikir mereka bijak berbohong, sebenarnya mereka silap banyak kerana ada lagi manusia yang lebih bijak membongkar pembohongan mereka. Buat jahat selalunya tak kekal lama, lama-kelamaan akan kantoi jugak. Allah s.w.t tak pernah redho dengan sebarang penipuan oleh hambaNya walaupun si hamba tersebut kepiah tak pernah lekang di kepala dan dahi-dahi mereka bertompok-tompok hitam kononnya disebabkan solat yang tak pernah tinggal dan sujud terlalu lama.
Benarlah kata-kata bijak pandai....kalau tak berbohong bukan PAS namanya...


Elok benarlah penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih berhijrah sokong calon BN pulak. Hijrahlah diri dari terus-menerus menjadi mangsa penipuan berganda PAS ini. Insya Allah semoga Allah s.w.t merestui hijrah tersebut dan memberikan kemenangan buat calon UMNO/BN.

LIM GUAN ENG TUDUH MELAYU DAP BERHATI BN

Posted: 27 Oct 2013 06:00 PM PDT

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berkuat kuasa semalam.
Jawatan-jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism, lapor Utusan Online.

Namun, Zulkifli masih kekal sebagai ahli parti itu yang disertainya sejak 26 tahun lalu.

"Justeru itu tindakan yang saya ambil berkenaan adalah di dalam situasi suai munafaat berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin parti DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui Kerajaan Negeri.

"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini adalah tidak menyebelahi rakyat. Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf "elit" sahaja. 

"Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator," kata Zulkifli dilaporkan Malaysiakini.
Dalam kenyataannya juga, beliau mendakwa ungkapan kepimpinan berteraskan "Saidina Umar Abdul Aziz" adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti kepada rakyat. 

"Justeru itu, saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Roketkini telah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota parti itu yang disifatkannya sebagai 'memakai lencana roket, tapi berhati BN.' 

"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.

"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum akan datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.

Sementara itu, ahli seumur hidup DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat semalam telah menghantar surat aduan kepada ROS (Pendaftar Pertubuhan) supaya menyiasat pemilihan Jawatankuasa Tertinggi (CEC) baharu DAP kerana dipercayai tidak mengikut perlembagaan parti.

Swee Huat berkata, aduan tersebut dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baharu kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas seperti yang dilaksanakan bulan lalu.

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu mengikut perlembagaan parti dan bukannya membuat perlembagaan sendiri, dia kena tahu apa maksud Kongres Kebangsaan, Kongres Khas dan juga Kongres Kebangsaan Khas seperti mana yang ditetapkan.

"Pemilihan CEC perlu dibuat melalui Kongres Kebangsaan dan bukannya melalui Kongres Khas seperti yang dilaksanakan pada 29 September lalu, jadi sudah terang-terangan pemilihan yang baharu tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti," katanya dilaporkan Utusan Malaysia.

Surat aduan Swee Huat itu diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat.

Difahamkan mengikut Fasal VIII, Perkara 8 Perlembagaan DAP, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu dan bukan untuk tujuan pemilihan.

Sehubungan itu, Swee Huat menggesa agar ROS bertindak tegas dan menyiasat perkara tersebut kerana ramai ahli DAP dan juga bekas ahli parti itu tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC yang baharu.

"Dalam hal ini, ROS tidak perlu takut, mereka adalah satu-satunya badan yang bertanggungjawab melakukan siasatan terhadap mana-mana pertubuhan di negara ini, siasatan yang telus perlu dilakukan demi untuk mencari kebenaran," katanya.

Katanya, aduan tersebut dibuat kerana tidak mahu melihat DAP dibatalkan pendaftarannya hanya kerana beberapa pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan membuat sebarang keputusan untuk kepentingan sendiri.

Sementara itu, Alias berkata, DAP sehingga kini masih belum menghantar sebarang dokumen berkaitan pemilihan CEC yang baharu kepada ROS.

"Sekarang sudah terdapat beberapa aduan diterima berhubung pemilihan CEC, ROS akan melakukan siasatan terperinci terhadap setiap laporan, namun bagi memastikan keadilan DAP perlu menghantar dokumen berkaitan CEC secepat mungkin.

"Jika siasatan dilakukan tanpa mengambil kira apa-apa penjelasan daripada DAP tentulah tidak adil, sehubungan itu siasatan ROS akan meliputi semua pihak termasuk meneliti setiap dokumen yang akan dilampirkan," katanya.

DAP MENAMPAKKAN LAGI MEMUSUHI KAKITANGAN AWAM

Posted: 27 Oct 2013 04:00 PM PDT


 
SINDIRNYA LAGI "Kakitangan awam tertinggi di dunia," kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai simbolik parti itu terus menerus memusuhi kakitangan kerajaan yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam.

Kit Siang berkata, pada 2009, nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, iaitu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus bagi Indonesia, 1.85 peratus bagi Korea Selatan dan 2.06 peratus bagi Thailand.

Kenyataan Kit Siang itu mengesahkan kebencian DAP terhadap kakitangan kerajaan sepertimana yang diakui oleh Tony Pua Kiam Wee dalam Sinchew Daily News, 1 November 2011.

Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP dilaporkan berkata jika Pakatan Rakyat (PR) dapat memerintah kerajaan pusat, akan dikemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
 
"Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing,"katanya.

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Menurutnya, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Malaysia.

Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, katanya bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

GOOD IDEA: BR1M TIDAK PERLU KEPADA CINABENG DAP

Posted: 27 Oct 2013 07:41 AM PDT

ULASAN TERUS-TERANG - Orang-Orang Cina Malaysia yang temberang, lupa diri dan ingat mereka raja sebenar di negara Malaysia ini kini bergetar-getar lutut mereka. Kenapa tak bergetar, DS Najib sedang senyum dalam menghukum orang Cina yang penipu. Bukan kita yang kata mereka temberang, tetapi penulis buku "The Chinese Dilema" orang Cina dari China kata orang Cina Malaysia Kiasu, Bodoh-sombong dan lupa diri.

Sebelum PRU13, berguni-guni janji taukeh-taukeh Cina, Pengerusi-Pengerusi Sekolah Cina, NGO-NGO Cina, Syarikat-Syarikat Cina meminta itu dan ini kepada Najib, dengan janji mereka akan menyokong BN. Maka Najib yang ikhlas suci pun berilah apa jua kehendak Cinabeng ini.

Akhirnya, keputusan PRU13 menunjukkan 90% Cinabeng tidak sokong Najib dan BN. Mereka tipu Najib. Kasihan Perdana Menteri yang baik hati ditipu bulat-bulat. Hari ini, mereka ini sudah malu mahu jumpa PM Najib, malu angkat muka, malu tunjuk muka gara-gara sikap sebahagian Cinabeng yang terpedaya dengan janji DAP ini.

Sekalang lu lasakan! 5 Tahun Bajet 2014, Bajet 2015, Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018 jangan kasi satu sen sama mereka. Biar mereka rasa apa erti berjanji dan apa erti menipu.

Subsidi Gula dihapuskan, baguslah kita beli Gula dan Beras daripada syarikat Melayu Bumiputera yang terjamin Halaln Tayyibahnya. Biar Taukeh Gula rasai apa erti memberi sokongan

Permulaan Bajet 2014, ingatlah dan sedarlah negara ini Melayu 18 Juta, Cina 6Juta, India 2 Juta . Kira-kira 67.9% rakyat Malaysia adalah orang Melayu dan Muslim. Masa Najib sebut angka-angka ini, Cinabeng Lim Guan Eng MERAH PADAM mukanya, bapaknya Lim Kit Siang hampir terbeliak tersembul biji matanya mendengar angka itu.
Baguslah, kita beri hadiah kepada masyarakat India yang memberi sokongan kepada Najib dan BN. Kerana itulah,ada kata-pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita berbahasa.

Jangan juga beri jawatan dalam Kabinet dan Kerajaan kepada mereka. Biar mereka rasa kesan-kesannya. Berikan kepada masyarakat India yang jelas menyokong. Perkukuhkan dan tambah bajet kepada masyarat Islam, Bumiputera, Melayu dan orang asli.
 
Asal di CinaKawKaw.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MASKAHWIN RM2.2 BILION UNTUK KPF DARI FGV.

Posted: 27 Oct 2013 09:04 AM PDT


 Maka bermulalah memasuki era baru dalam Felda apabila KPF telah menerima lamaran FGV dengan maskahwinya RM2.2 bilion....
Selamat memasuki Alam baru segalanya baru dan berubah .....

Keputusan dibuat Anggota, pada 27hb Okt. meluluskan cadangan ALP menjualkan 51% saham milik KPF dalam FH kepada FGV pada harga berjumlah RM2.2b.

Keputusan dibuat tanpa banyak bicara dan rundingan dan soalan dan penjelasan, dalam MAPK. Pengerusi yang mengemudikan mesyuarat yang menyatakan semuanya dibuat untuk kepentingan anggota dan peneroka. FGV lah yang akan menentukan masa depan peneroka. Dengan kebijaksanaan pengurusanlah, keuntungan akan mengalir kekantung peneroka.

Kita tunggu dan lihat masa depan peneroka. Masa depan KPF sudah pasti tidak lagi bergantung kepada syarikat2 Felda. Mulai sekarang. KPF perlu berusaha sendiri mencari pelaburan lain untuk memberi pulangan. Mungkin ada baiknya begini. Berdikari.

Semua anggota perwakilan dengan penoh kesedaran, memahami implikasi jualan pada harga RM2.2b sahaja, dan lain2 keputusan yang mereka telah buat pada 27hb Okt. Sebab mereka telah nekad membuat keputusan mengikut arahan ALP.

Kita, walaubagaimanapun, akan terus mengingatkan anggota KPF dan petugas Felda, akan masa depan KPF tanpa syarikat Felda....



Penjualan saham FHB oleh KPF kepada FGV.
Setelah membaca semua yang di lahirkan dalam FB dan perbincangan bolehlah kita cadangan berikut.

Usul 1: KPF menjual 112,199,999 unit saham ...FHB kepada FGV pada nilai balasan RM3.56B ataupun RM31.81 sesaham tunai (PE 23).

Usul 2: KPF (setelah jual saham FHB) membayar " special capital payment" sebanyak RM1.00 setiap saham KPF yang di miliki kepada pemegang saham KPF pada FYE 2012 dan masih kekal memegang saham tersebut.

Usul 3: Pembelian saham FGV oleh KPF hendaklah di buat selepas penilaian oleh "Jawatankuasa Pelaburan KPF".

a. Saham Felda Holding di nilai PE 19.22 (pada 17 okt. 2013). Jika di nilai pada PE 19.22 maka saham FHB bernilai RM2.97B. Harga yang di tawarkan oleh FGV - RM2.2B atau PE 14.22 Rm 19.61 sesaham.

b. KPF menerima sebanyak RM155 juta dari FHB setahun atau 75% dari dividen atau 12.0 sen setiap saham. Tahun akan datang dividen KPF akan berkurangan sebanyak itu.

c. United Pontian Plantation di beli RM1.2B, PE 30 dengan anggaran untung RM40 juta. Agak mahal. (Kalau guna PE 30; saham FHB bernilai RM41.37 tiap saham atau RM46.4B.)

d. Bayaran " special capital payment" adalah patut kerana ianya" Capital Appreciation" bukan keuntungan perniagaan dan ianya penabungan selama lebih 20 tahun.

Apa kata ALP KPF dan Perwakilan pada 27.10.13 meeting? Sama2 kita tunggu.

PENEROKA BAKAL DITIPU LAGI.... Undi sokong jual 51% saham KPF adalah pengkhianatan, kata Pengerusi Anak

Posted: 27 Oct 2013 01:03 AM PDT


Tindakan ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang mengundi menyokong usul cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad seumpama pengkhianat yang mahu membunuh koperasi terbaik di Malaysia itu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) dalam kenyataannya berkata, ini kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserak kepada FGVH.

"FGVH, syarikat yang hidup atas ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh," kata Mazlan dalam kenyataannya.
KPF akan mengadakan mesyuarat agung perwakilan khas Ahad, 27 Oktober ini, jam 10 pagi di Dewan Bankuet, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.

Agenda mesyuarat ialah cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
KPF adalah pemegang saham utama (ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:-

1. Felda Holdings 112,200(unit) 166,582(juta pelaburan) 51%(ekuiti)
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597

Sehingga tahun 2010, KPF mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81% keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Pelaburan dalam Syarikat Kumpulan FHB adalah asas kepada penubuhan KPF. Perolehan dividen daripada pelaburan tersebut adalah penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF, membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik semenjak lebih 30 tahun penubuhannya.

Usul yang akan dikemukakan ialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham.

EGM ini akan menentukan masa depan KPF di mana ia bergantung sepenuhnya kepada pendirian perwakilan.

"Saya telah mengulas hal ini beberapa kali. Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan tahunan daripada FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH," kata Mazlan dalam kenyataannya.

Menurut Mazlan, prestasi semasa FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula dan dicadang pula 10% daripada pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH.


"Ini suatu pertaruhan yang saya anggap hidup mati KPF. Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH.


"Apa-apa risiko yang melanda FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang Melayu!" kata Mazlan. – 26 Oktober, 2013.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Adakah Melayu Muslim Terlalu Bertoleransi?

Posted: 27 Oct 2013 07:53 AM PDT

    YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P. PANCHANATHAN

Timbalan Menteri Pendidikan,
Kementerian Pendidikan,
Aras 17, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA.

kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan memberikan kata putus bahawa amalan sembelihan korban tidak dibenarkan dilakukan dalam kawasan sekolah. 

Saya tertarik dengan tulisan Dato' Dr. Mohd Asri berkenaan isu ini, beliau mengaitkan juga dengan amalan agama lain yang melakukan upacara agama dengan berarak di jalan raya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain. 
Entah sampai bila sikap bertolak ansur ini akan berterusan. Lama kelamaan sedikit demi sedikit amalan Islam akan dipertikai. 


Sedih bila mengikuti perkembangan isu ini, Di mana pemimpin-peminpin politik untuk membicara bersama tantang perkara ini? Paling kurang ada keputusan positif yang memuaskan semua pihak samada di pihak agama Islam atau agama lain. 
Upacara perarakan dan memecahkan kelapa di tempat yang sesuai patut dibendung juga, biarlah semua merasa aman dan selesa. Kenapa apabila sesuatu amalan yang dikaitkan dengan agama Islam begitu senang dipertikai? Jawapannya adalah kerana mereka tahu MELAYU ISLAM tak berani angkat suara tanda menetang. 
Saya tidak mengajak anda semua mempertahankan isu korban dalam kawasan sekolah, cuma saya ingin mengajak anda semua supaya bangkit dari diperkotak-katikkan oleh mereka yang biadap dan kurang ajar. 




sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


PAS ANGGAP PENGUNDI SG LIMAU LEMBU? BOHONG DAN TERUS BOHONG

Posted: 27 Oct 2013 07:12 PM PDT


PAS ingat pengundi Sg Limau ni macam lembu boleh tipu dengan pakaukan cermin mata hijau supaya lembu boleh nampak sampah tu macam rumput hijau yg segar.? Makin kuat kencingnya mereka disana. Untuk menang apa saja dihalalkan cara. Beginikah yg mahu diangkat sebagai pemimpin? Pakat kuyup la hangpa lenjun satu badan kena kencing depa kalau bulat-bulat percaya kat depa...

Siapa sahaja yg ke sungai limau pastinya terkejut kerana mendapati kebanyakan penduduk disana begitu daif sekalipun dibawah Yb nya yang juga satu ketika dahulu merupakan juga Menteri Besar. Nyatalah desas desus Arwah yg merunggut dengan sikap mereka ada kebenarannya

Hari ini cukup jelas kalau kita lihat gambar yg diipaparkan oleh akhbar harian Sinar bagaimana PAS yang menggunakan gambar dari mereka dengan sedikit pengubahsuaian atau diedit supaya calon mereka kononnya dalam gambar bersama Arwah Ustaz Azizan begitu mesra bagi mengukuhkan  pembohongan mereka kononnya Calon adalah saudara rapat dan cukup mesra dengan arwah yang kononnya membuktikan sebenarnya calon yang cukup menghormati Arwah.

Sebelum ini cukup jelas bila pengundi PAS sendiri kurang senang dengan calon yg dikatakan kehendak kumpulan yg menentang arwah bagi menutup atau menyekat generasi Arwah dari terus meneraju atau memimpin di Sg Limau. Mamak Mahfuz nie nampak gayanya menjadi the editor story line kali ini. Seperti sebelum ini nampaknya PAS sudah berpuak demi merebut kuasa nyata tidak boleh disembunyikan lagi di kuala besut.

Apa pun mereka lupa yg sebenarnya mereka tidak boleh melawan apa jua yg Allah swt mahukan... Sinar Harian nampaknya memaparkan bagaimana dua gambar yg asli dan yang telah diedit dengan ertika maksud yang Fakta dan Auta. Sebelum ini pun terbongkar beberapa penipuan terancang khusus untuk pengundi di Sg Limau supaya terperangkap dan mengundi calon mereka.

Isu yang panas dicanangkan terkini ialah GST (goverment sevice tax) yang kononnya bagaimana kerajaan seolah sedang menyiksa dan membunuh rakyat jer lakunya... Rakyat di Sg Limau yang rata-rata penduduk kampung dan kebanyakan nya berpendapatan rendah dan daif dibawah tabiran mereka sudah tentulah yg tiada kaitan dengan GST ataupun cukai yg perlu dibayar. Macam ler mereka akan dihukum oleh kerajaan sebaik lepas mengundi BN dengan kehadiran GST esok atau 0un lusa sedangkan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti.

Memang berhasat mengelirukan pengundi sedangkan menafaat yg lebih besar serta kelebihan penurunan cukai dari 16 peratus di dua pihak peniaga dan pembekal kini menjadi hanya 6 peratus sahaja. Paling teman mengelengkan kepala taukah mereka sebagai contoh di kampung mana pulak ada coffe house 5 bintang dimerata ceruk kampung dema pulak?

Nampaknya kali ini dema makin kuat kencing yop... tak heran ler kalau jadinya macam tu dah kalau kepala dema pun kaki kencing paling besor. Mana tumpahnya kuah... kencing dan terus kencing...


Paling kelakor teman senak perut kenangkan ada juga yang nak kencing dengan memaparkan bagaiaman kononnya dalam tiga hari calon Bohong Pas nie mendesak JKR supaya buat jalan terus dema buat, kikiki... Sapa dia tu yang boleh suruh JKR buat jalan dalam tempoh tiga hari yang tentunya memerlukan kos puluahnribu ringgit niem dia ingat duit pak dia boleh suka apa saja dia mintak ekeke..


zahirnya yang sebenarnya membuka pekung sendiri bila lebih 5 penggal sebelum nie memang tak pernah PAS nak membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam disini, dan kalau benar lah dia memaksa JKR untuk gunakan duit rakyat nie mohon kita panjangkan kepada SPRM kenapa budget boleh tiris dengan mudah oleh seseorang yang tiada kaitan pun, baru calon yop belum menang lagi pun, hehehe dia tak sedor yg dia nak bungkus sebab kencing merata rata... Habis Sg Limau lembab beb... Ishhh hancing yop...

UNDI PAS DI SG LIMAU BERMAKNA SOKONG SYIAH?

Posted: 27 Oct 2013 12:29 AM PDT


Apa dah jadi bila sidang Dun di Kedah akhirnya membuktikan betapa PAS nyata tidak mampu berbuat apa-apa kerana disebalik sebelum jie diperintah oleh PAS sekalipun nyata ada kuasa lebih besar yg tentunya datang kuasa Roket yg cukup jelas kita akan tau sebenarnya yg lebih berkuasa...

Nauzublillahiminzalik... dalam usul sidang yg menjurus kepada anti Syiah nampaknya lansung tak mendapat sokongan dari Pas. Apa dah jadi? Siapa sebenarnya mereka. Pengundi Sg Limau akhirnya mengajukan kepada teman dengan rasa tak berpuas hati dengan pendirian PAS dalam soal ini. Seluruh umat Islam didunia mengecam bagaimana Syiah akhirnya menjadi pembunuh kepada umat Islam iini terutama di negara Asia Barat.

Ciptaan fahaman yang asalnya dari yahudi kini tidak dapat lagi di nafikan lagi. Sebaliknya kita dapat melihat bagaimana umat islam diakhir zaman yg terbunuh dan bertelagah dengan angkara fahaman syiah yg sebenarnya juga sudah menular ke Malaysia.



Sebelum ini Markas Syiah digombak telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27.9.2014 yang lalu. Nyata syiah sudah mula bertapak di Malaysia. Maka tak hairan lag kalau ada yg sebenarnya menyokong dan berlagak alim sebaliknya menyokong gerakan Syiah disini (CERITA PENUH)



Agak mengejutkan kenapa pula di Kedah kesemua Adun PR di Kedah tidak mahu menyokong dengan enekmen yg dicadangkan bagi memberi laluan pihak berkuasa membenteras kumpulan atau fahaman Syiah ini di Kedah? Malah PR bertindak seperti dijangka seperti ada yg lebuh berkuasa sebenarnya dari kerajaan Pas sebelum ini? Sidang dun pada 19 Ogos yang lalu membuktikan...
Adun dari BN seramai 21 menyokong dengan berani. Manakala di Pihak Lembu Roket 9 darinya tidak menyokong usul menjaminkan kepesongan Islam ini di Kedah. 2 dari mereka mengambil jalan selamat dengan berkecuali malah adan2bdari merekan yg lansung tidak mahu mengundi.

Jadi tidak hairan lah kalau di Sg Limau kali ini bermaksud kalau mengundi PAS juga bermakna menyokong Fahaman Syiah yg sebenarnya kita juga tahu diantara mereka juga sebenarnya berfahaman yg sama dan lebih dikhuatiri nampaknya mereka SAHIH tak berani angkat muka atau terpaksa angguk kerana takutkan si Roket.

Keratan akhbar Sinar...