Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


BRUNEI - UNDANG-UNDANG ISLAM

Posted: 25 Oct 2013 10:08 AM PDT









BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar'iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar'iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar'iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.

"Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.

"Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ," ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya.

"Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih," nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.
Yang membuat kita Kuat adalah Doa.
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian.
Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Artikal ambil dari FB Aszfia Haris

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bajet 2014 : Janji dicapati - Mana janji BRIM RM1000 dulu???

Posted: 25 Oct 2013 08:50 PM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000," kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
NONESaya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.-mkini

Bajet 2014 : Bajet mungkir janji - Ramai menyesal undi BN

Posted: 25 Oct 2013 07:08 PM PDT

TOBER 26, 2013
Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.
Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.
Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.
Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.
Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.
Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.
Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?
Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.
Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1200 yang dibuat dalam pilihan raya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.
Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.
Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.
Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihan raya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.
Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihan raya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.
Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihan raya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.
Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sehingga pilihan raya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. – shahbudindotcom, 26 Oktober, 2013.- TMI

Lagu dari Siti Nurhaliza untuk Tok Guru Nik Aziz

Posted: 25 Oct 2013 08:12 AM PDT

Baget 2014 - Bonus setengah bulan gaji/minimum RM500 bagi 1.4 juta kakitangan awam

Posted: 25 Oct 2013 05:18 AM PDT

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingg.a Gred 54. – Bernama, 25 Oktober, 201

BAGET 2014 : Macai2 UMNO/BN mesti suka ni ...

Posted: 25 Oct 2013 03:30 AM PDT

Subsidi Gula Dimansuhkan 34 Sen Berkuat Kuasa Esok - Najib
KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. -BERNAMA

MS;  walaupun BRIM dah naik jadi RM650  tahun depan, tapi apa gunanya kalau gula juga dah naik 34sen/kg

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Watch "Propaganda PAS Konon Bapa Jamil Khir doakan Ustaz Azam menang" on YouTube #PRKSgLimau

Posted: 25 Oct 2013 10:26 PM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=0AVJGHNEPQ8&feature=youtube_gdata_player

Perhatikanlah hanya sebelah tangan diangkat oleh Hj Baharom Ayah Datuk Seri Jamil Khir.

Perhatikanlah juga bukan hanya kali ini PAS menipu kita melalui lidah rasmi mereka Harakahdaily.

Perhatikan muka Mahfoz Omar yang jika anda berilmu tentu nampak adakah benar atau tidak kenyataan beliau mengaitkan Ayah Jamil Khir doa calon PAS.

Pilih BN rakyat senang negeri aman hati tenang.

Program 2 Hari @ Sg Limau Dirasmi @MukhrizMahathir bersama @ahmadmaslan 4 Petang Ini #PRKSgLimau

Posted: 25 Oct 2013 09:12 PM PDT

Mohon sebarkan dan bersama memeriahkannya.

Penyokong PAS Pro Azizan kena pastikan penentang arwah akan tersungkur kali ini.

INGAT KEMBALI BAGAIMANA SABOTAJ ANWARINAS MENGGONCANGKAN KERAJAAN KEDAH YANG BERANI MENOLAK BUKU JINGGA DAN PLURALISME PR.

BN menang rakyat senang negara aman!

##PRKSGLimau : AYAH JAMIL KHIR AHLI PAS DOA KEMENANGAN PAS?

Posted: 25 Oct 2013 05:02 AM PDT

Sebenarnya gambar doa menziarahi orang sakit dikatakan doa untuk PAS.

Inilah putar belit yang cuba dikenakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dan digunakan dalam kempen PRK Sg Limau.

Harap pengundi PAS jangan mudah percaya propaganda murahan sebegini.

Kekalkan kepercayaan anda bahawa hanya BN yang boleh membantu rakyat bukan parti lain nama PAS atau Pakatan Rakyat.

BN HAS A GOOD START WITH MUKHRIZ’S UNTARNISHED IMAGE

Posted: 25 Oct 2013 04:18 AM PDT



Its 'war' and it is going to be 'hell' for PAS in defending the Sungai Limau state seat from Barisan Nasional (BN), a seat which the Islamic party has held for the past five terms, since 1995.


It is not that BN is getting stronger or BN is going to attack PAS stronghold like the Allied Forces landed in Normandy beach that ended the Second World War but it is worse than that – the party internal conflict.




The Sungai Limau by-election saw a straight fight between PAS candidate Mohd Azam Abd Samat and BN's DrSohaimi Lazim, the former a 37-year old private religious school administrator and the latter a 52-year old educational academician.


Putting age aside, both are locals and both are known to the most of the 27,222 voters in the constituency where the landscape is flat with padi fields and the environment is quiet and serene.


With the quietness and stillness now broken into a hive of activities, not havoc though, the constituency is like a 'war zone' where one can see houses and huts covered with banners and flags of both rivals of the political divide.




The voters are also split into two – where the late DatukSeri Azizan Abdul Razak of PAS and Mentri Besar – won only 2,774 votes majority, considered as nothing great comparing the voters totaling 27,222, where in 2008 general election PAS gained a majority of 3,212 votes.


In reality, the political war is about winning the hearts and minds of the voters, who were of Islamic mindset and changes through times where the reality of life sets in – daily bread and butter issues in accordance to the rising cost of living.




PAS influence have dwindled although the party has held the constituency for the last five terms given the majority the late Azizan gained was not high and BN's concept of religion and economy goes hand-in-hand.

But that is not exactly what PAS fear most in SungaiLimau, it is the internal conflict between three groups that may dampened or probably bring down the party on polling day fixed on Nov 4.


Vengeance and backstabbing because of power had led the former PAS state government to fall and this time around the same thing will drag PAS down.


The power struggle is between PAS state commissionerDatuk Mahfuz Omar, Datuk Phahrori and the late Azizan'sfollowers, the latter who wanted Aziza's son to be the candidate but was pushed aside.


Despite the appearances of the whole party leadership headed by president Datuk Abdul Hadi Awang this morning at the nomination centre, the undercurrent friction still exist and will continue to undermind the party campaign.




For BN, today's show of force is considered as miraculous as all the leaders present seemed sincere and honest, especially when the party had just concluded its poll whereMentri Besar Mukhriz Dr Mahathir finished just a breath away to unseat incumbent vice-president Datuk DeriHishammuddin Hussein.


Wanita chief Datuk Shahrizat Abdul Jalil were here the last two days planning the wooing of voters strategy, the job she is famed with as proven by the success in KualaBesut by-election in Terengganu.


As usual, Wanita Umno's job is the most tedious and most important as Shahrizat will head the 'kepala 10' team where each team leader is responsible for every 10 voters – daily monitoring of where the voters' inclinations go.


It maybe a uphill task for BN given the voters' profile and background but with the new Mentri Besar datuk MukhrizDr Mahathir's leadership as director of operation, the work may get simpler and easier.


Mukhriz's untarnished image and credibility may be a good start for BN in the next 12 days campaign trail.


Sungai Limau is the second by-election since the conclusion of the May 5 general election where the first by-election was held in Kuala Besut, Terengganu after BN's Dr A Rahman Mokhtar died on June 26.


BN succeeded in retaining the seat in a hot battle.

 



Sent from my iPhone

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Send them to JAIL!

Posted: 25 Oct 2013 04:27 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


7 Nasihat Tun Mahathir kepada orang cina?

Posted: 25 Oct 2013 10:55 PM PDT


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan "control" oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-

Suara Politik
Belantan

Pertikai Kenyataan Tun Mahathir - Cina Lupa Daratan Nak Tegakkan Benang Yang Basah?

Posted: 25 Oct 2013 07:59 AM PDT


Akhbar China Press bertarikh 20 Oktober 2013 menyiarkan artikel bagi mengulas kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini bahawa kaum Cina tidak tahu berterima kasih.

Artikel yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Liang Yuan bertajuk 'Konsep model berterima kasih kepada UMNO adakah adil?' disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang mahu menarik sokongan puak konservatif kepada anaknya yang bertanding jawatan naib presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina telah lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih.

Bekas Perdana Menteri itu memberikan contoh bagi membuktikan kenyataannya itu dengan menyatakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Najib cuba berbuat baik terhadap orang Cina dengan memberikan mereka pelbagai insentif tetapi kaum itu tidak menyokong BN.

Adakah orang Cina lupa daratan? Diharap Dr. Mahathir janganlah lupa pada satu ketika dahulu pernah berlaku apabila orang Melayu sendiri tidak menyokongnya dan beliau hanya mengharapkan sokongan orang Cina sepenuhnya.

Ketika itu dengan sokongan kaum Cina, Dr. Mahathir dengan mudah dapat meneruskan pemerintahan dan kekal menjadi Perdana Menteri.

Jika beliau yakin apa yang disebutnya itu benar, diharap Dr. Mahathir dapat memperjelaskan satu persatu dengan terang mengenai bab mana yang dikatakannya orang Cina telah lupa daratan?

Jika dibandingkan dengan orang Melayu, sila sebutkan dengan jelas di mana yang dikatakan pemimpin Melayu telah berjasa kepada orang Cina?

Bukankah orang Cina hidup dalam suasana dan keadaan tidak adil? Bukankah orang Cina sentiasa meronta-ronta, mengharungi kepahitan dan bertungkus lumus untuk hidup? Segala hasil usaha sendiri telah dianugerahkan kepada kaum lain.

Begitu tebal muka Dr. Mahathir. Walaupun menyedari akan hakikat itu, beliau masih boleh bertahan lama sebagai Perdana Menteri dan mendakwa melayan semua kaum dengan adil.

Sebenarnya bukan Dr. Mahathir seorang sahaja yang bersikap sedemikian. Ramai pemimpin UMNO lain yang mempunyai sikap dan pemikiran seperti bekas Perdana Menteri itu.

Tidak semena-mena mereka memaksa dan mahu orang bukan Melayu mengucapkan terima kasih dan mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan hambat.

Anak Dr. Mahathir sendiri iaitu Mukhriz pernah menyatakan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kedah jangan mengharapkan akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Mohd. Ali yang pernah menerajui Melaka juga marahkan orang Cina kerana tidak tahu mengenang budi sehingga menyebabkan beliau tewas dalam PRU-13. Sebenarnya semua orang tahu di kawasan beliau bertanding itu, majoriti pengundi adalah orang Melayu.

Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga sering mengeluarkan kenyataan yang lantang dan bersifat menghasut.

Pengetua Melayu di sekolah menengah pula lantang menyuruh anak-anak Cina balik ke China dan anak orang India berambus balik ke India.

Yang paling menyedihkan adalah politikus yang memegang belantan ini tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan. Sebaliknya mereka ini mendapat jawatan tinggi.

Adakah orang bukan Melayu mahu berterima kasih kepada pemimpin seperti ini dan mengikut model konsep berterima kasih cara UMNO yang dikatakan adil?

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


PAS BOHONG LAGI...

Posted: 25 Oct 2013 04:34 AM PDT

Ini lagi satu flyers yg akan korang akan jumpa. Macam biasa idea Mahkuz the bean kali ini nampaknya tak kira salah atau dosa selain pentingnya nak menang. Mamak nie nampak gayanya sanggup buat apa saja untuk menangkan PIS Parti Islam Semalaysia.

Kita juga tau sebelum ini di Kuala Besut ternyata ribuan penyokong PIS ni beralih kepada Barisan Nasional bila pesuruhjaya Terengganu pakat balik sesaja jer... semua nya angkara Husam yg naknsangat si Che Long jadi Calon. Husam jugak yg menyibuk menjadi penyelaras Kem PIS di Kuala Besut. Akhirnya rasa tak puas hati pengikut PAS berhijrah dan memangkah BN menyebabkan Husam jadi Kusam...

Sebelum ini timbul kisah bagaimana PIS berbohong tentang kononnya calun mereka Mohd Azam Abd Samat merupakan sedara rapat kepada arwah mantan yb Sg Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak terhongkar. Rupanya bukan setakat itu sahaja perancangan mereka malah telah siap pelbagai majalah dan flyers yg sama maksud dan cerita... bohong dan bohong lagi...

Terkini Bapa Kepada Dato Seri Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi mangsa. Baharom Ramli yang kini kurang sihat dipergunakan untuk siri pembohongan si Makuz. Semuanya untuk meyakinkan orang PIS supaya percaya bulat dengan apa yg dipaparkan.

Dengan memaparkan gambar dalam risalah pembohongan mereka kononnya dia (Bapa Jamil Khir) kononnya mendoakan kemenangan kepada PIS dalam PRK pada hal difahamkan mereka ambik gambar ziarah dan kebetulan doa mohon agar Bapa Khir supaya segera sembuh. Sebaliknya mereka memutarkan fakta kononnya dia berdoa moga PIS menang di Prk Sg Limau

Nampak gayanya kali nie bohong sudah sinonim dengan kepala iradat dema si Jub... apa lagi selepas nie yg akan dema kencingkan lagi....

VIDEO MATI DIHEMPAP BALAK

Posted: 24 Oct 2013 11:30 PM PDT

TAOTAUAJER - Ada sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh. Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.


Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.

Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh 'layan corner' dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.

Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.

Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.

Saksikan video rakaman ini...



 Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya. Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini. - KOLEKSI DAHSYAT!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKSgLimau :Berani Hijrah Demi Kesejahteraan Ummah

Posted: 25 Oct 2013 01:36 AM PDT


Marilah kita Berani Hijrah dengan bersama-sama kalih sokong calon Barisan Nasional (BN) / UMNO dalam PRK N20 Sg Limau.

Semoga Allah s.w.t memberkati hijrah kita tersebut.

Tak mau banyak dalih, jom pakat kalih...