Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dalil Allah tunggal di dalam al-Quran!

Posted: 24 Oct 2013 11:25 PM PDT


Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membuat satu keputusan yang berkait rapat dengan kepentingan umat Islam di Malaysia apabila memutuskan majalah mingguan milik Gereja Roman Katolik, The Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Keputusan amat menggembirakan itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh tiga panel hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim serta Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mahkamah membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Isu itu mula tercetus apabila Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Berbalik kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang ketika ini berada di Mekah selepas menunaikan fardu Haji dalam satu mesejnya yang diberikan kepada Utusan Malaysia Khamis lalu (17 Oktober) mengajak semua umat Islam di negara ini bersyukur dengan keputusan tersebut.

Beliau membuat mesej tersebut pada Hari Raya Aidiladha iaitu selepas selesai menunaikan ibadat wukuf di Arafah.

''Namun dalam proses undang-undang ini kita faham masih ada satu lagi tempat atau medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan yang tidak terduga berlaku nanti.

''Mungkin juga Malaysia bukan medan untuk pertarungan kalimah Allah. Mungkin ada Mahkamah Antarabangsa di Geneva yang mungkin akan sampai ke sana (untuk dibicarakan),'' kata Haron dalam mesej tersebut.


Walau apa pun beliau berkata, sebagai umat yang faham bahawa Islam itu adalah agama tauhid iaitu agama yang mengesakan Allah, yang beriktikad Allah itu Tunggal, kalimah suci itu wajib dipertahankan.

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah, beliau yang juga bekas Profesor di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, semua pihak di negara ini wajib menerima bahawa kalimah suci itu hanya eksklusif untuk umat Islam sahaja.

Beliau berkata, perkataan Allah dalam Islam merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, Allah Yang Satu, Allah Yang Tunggal atau Allah Yang Ahad.

Selama-lamanya begitu, kata Haron sambil merujuk kepada pengertian Surah al-Iklhas yang mengandungi empat ayat.

Beliau berkata, di dalam surah tersebut Allah menyebut Qul, katakanlah (wahai Muhammad) kepada manusia, (Tuhanku) adalah Allah Yang Esa, Yang Tunggal. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Diperjelaskan kata Haron dengan sejelas-jelasnya di dalam surah itu, Allah yang tidak ada anak dan tidak ada bapa.

''Selepas pengertian Ahad (Esa) tadi itu dipermudahkan dengan kefahaman tidak ada anak dan tidak ada bapa diterangkan lagi bahawa tidak ada bagi Allah SWT sekutu dengan apa-apa pun,'' katanya lagi.

'Sekutu' ujar Haron bermakna penolong, pembantu atau apa sahaja yang dinamakan pelengkap kepada Allah.

Menurut tokoh agama tersebut, Allah itu maha sempurna dan perkara serupa juga ditekankan di dalam Surah al-Kafirun (mengandungi enam ayat).

''Surah ini amat popular. Boleh dikatakan kebanyakan imam kita sama ada di kampung atau di bandar terutama ketika solat maghrib biasanya surah ini amat popular. Rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun dan rakaat kedua Surah al-Ikhlas,'' katanya lagi.

Sebenarnya, kedua-dua surah tersebut amat berkait rapat tentang keesaan Allah, tentang Allah Yang Ahad dan Allah Yang Tunggal.

Oleh itu apabila ada pihak yang mahu mengambil kalimah suci itu dan kemudian diletakkan kepada Tuhan yang tidak Ahad, sudah tentu perkara tersebut sesuatu yang amat bertentangan dengan nas.

Sebab itu juga kata Haron, Surah al-Kafirun menerangkan sejelas-jelasnya kedudukan Allah kepada orang Islam.

Dalam surah tersebut dimulakan dengan kalimah Qul, katakanlah (Wahai Muhammad) kepada semua umat manusia, wahai orang kafir. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pun tidak sembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu, kamu ada Tuhan sendiri, itu hak kamu. Aku ada agamaku yakni agama yang menyebut Tuhan yang satu (Allah Yang Ahad).

Sehubungan itu kata beliau, mana mungkin Allah boleh dijadikan sebagai satu kesyirikan yang nyata sebagai contoh apabila dikaitkan kepada agama Kristian.

''Mereka berpegang kepada kepercayaan mereka. Tuhan mereka tidak satu, Tuhan mereka tidak tunggal,'' katanya lagi.

Beliau di dalam mesejnya itu turut mengemukakan sepotong ayat di dalam Surah al-Maidah ayat ke 73 yang bermaksud: "Sesungguhnya kufurlah orang yang mengatakan Allah itu adalah salah satu dari tiga tuhan, padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa.

''Yakni tidak ada Tuhan yang sebenar disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa, Allah Yang Tunggal. Inilah kalimah Allah yang patut diterima pakai dan dipertahankan,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, ajaran agama tauhid yang merujuk kepada agama yang mengesakan Allah bukan perkara baru.

Katanya, daripada Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW, para anbiya serta rasul yang diutuskan kepada manusia kesemuanya membawa agama menyembah tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah yang Tunggal, Allah Yang Esa.

''Daripada Adam, Idris, Nuh, Hud, Lut, Saleh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Zakaria sampai kepada Nabi Muhammad para rasul dan nabi yang mulia ini membawa agama tauhid.

"Jika Allah itu sudah tidak Ahad sudah tidak Esa maka rosaklah prinsip kefahaman paling asas dalam Islam. Ia juga boleh mengundang kemurkaan Allah,'' katanya lagi.

Sesungguhnya kata Haron, dalam dua kalimah syahadah (Rukun Islam pertama) setiap umat Islam wajib menyebut dengan jelas bahawa: "Saya bersaksi dengan seluruh hati nurani saya bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa."

Juga dilafazkan: "Saya bersaksi dengan jiwa raga saya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT Yang Maha Tunggal".

Suara Politik
Belantan

Bajet 2014 : Lakukan sesuatu untuk kurangkan cukai golongan pertengahan?

Posted: 24 Oct 2013 04:08 AM PDT


"Kenapa kena bayar cukai banyak sangat ni?", "Macam mana nak kurangkan cukai?", "Kalau macam ni, tahun depan tentu kena bayar lebih lagi." Itulah antara rungutan yang diluahkan oleh rakan-rakan kepada penulis selepas menyelesaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang menerima pendapatan penggajian pada 30 April lalu.

Rata-rata apabila kerajaan mengumumkan bajet tahunan, semua pihak tertunggu-tunggu akan goodies dan apa-apa perubahan yang boleh mengurangkan beban cukai masing-masing.

Secara umumnya, terdapat tiga golongan sasaran dalam bajet yang diumumkan iaitu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

Lazimnya penekanan akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dengan pemberian bantuan dan insentif untuk membantu mengurangkan beban dan meningkatkan taraf kehidupan mereka dari semasa ke semasa.

Malangnya golongan berpendapatan sederhana termasuk yang sederhana tinggi kurang atau tidak begitu mendapat penekanan wajar dalam pembentangan bajet. Mereka hanya mampu berputih mata dan merungut sesama sendiri.



Di Malaysia, golongan yang berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi kebanyakannya terdiri daripada golongan pengurusan dan profesional yang berpendapatan penggajian seperti eksekutif, pengurus, guru, ahli akademik, peguam, jurutera, doktor dan sebagainya. Mereka ini tersepit di celah-celah kemajuan negara disebabkan terpaksa menanggung kos sara hidup dan beban cukai yang semakin tinggi setiap tahun.

Golongan ini kebanyakannya mempunyai jumlah pendapatan yang dikenakan cukai di antara RM50,000 hingga RM100,000. Kadar cukai bagi kumpulan pendapatan ini adalah di antara 19% - 24%. Kadar cukai ini tidak pernah dikurangkan sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu sejak 2002. Sedangkan bagi kumpulan pendapatan bercukai lain, kadar cukai telah dikurangkan beberapa kali dalam tempoh tersebut.

Malah, kerajaan juga telah meningkatkan jumlah pendapatan bercukai minimum daripada RM2,500 kepada RM5,000 dalam Bajet 2013 yang lalu yang menyebabkan segolongan pendapatan bercukai rendah terkecuali daripada membayar cukai.

Majoriti golongan berpendapatan sederhana ini jatuh dalam kategori umur lingkungan lewat 30-an dan 40-an. Pada tahap ini, bagi mereka yang mempunyai anak, kebanyakan anak-anak masih berumur bawah 18 tahun dan belum memasuki institusi pengajian tinggi.

Perbelanjaan persekolahan dan sara hidup anak pada hari ini adalah sangat tinggi sedangkan pelepasan cukai hanyalah RM1,000 sahaja bagi setiap anak.

Perbelanjaan berkaitan anak-anak termasuklah kos sara hidup, kos penjagaan anak oleh pengasuh, pakaian dan peralatan persekolahan, pakaian dan peralatan aktiviti ko-kurikulum, kos penjagaan selepas sekolah, yuran tadika/prasekolah, yuran tuisyen terutama yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta pelbagai belanja sampingan yang lain.


Peningkatan kos sara hidup, terutamanya kos petrol memberi kesan secara langsung kepada golongan sederhana dan sederhana tinggi kerana mereka adalah golongan yang rata-rata berkereta dan sentiasa berulang-alik ke tempat kerja. Ini belum mengambil kira harga rumah dan barangan keperluan harian yang turut mengalami kenaikan.

Akibatnya, golongan inilah merupakan golongan yang paling tinggi menanggung bebanan hutang - pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit.

Justeru itu, sangatlah wajar bagi pihak kerajaan untuk mengambil langkah untuk mengurangkan beban cukai golongan ini. Antaranya adalah melalui pengurangan kadar cukai, peningkatan pelepasan dan rebat cukai.

Memandangkan kadar cukai untuk kumpulan ini tidak pernah dikurangkan sejak lebih 10 tahun yang lalu berbanding kumpulan lain yang telah dikurangkan beberapa kali, tambahan pula mereka ini mengalami kenaikan gaji tahunan, adalah dicadangkan agar kadar cukai bagi kumpulan berpendapatan bercukai antara RM50,000-RM100,000 dikurangkan sebanyak 2 peratus.

Kalangan knowledge workers di Iskandar Malaysia hanya dikenakan cukai sebanyak 15 peratus, sedangkan jika mereka bekerja di luar kawasan tersebut cukai yang dikenakan adalah 19 peratus dan ke atas. Maka cadangan penurunan kadar cukai 2 peratus ini adalah dikira wajar.

Jika diteliti jenis-jenis pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh golongan berpendapatan sederhana ini sangatlah terhad. Pelepasan anak seperti yang dibincangkan amatlah wajar untuk dinaikkan terutama bagi anak yang masih bersekolah.


Mengambil contoh di Australia, perbelanjaan persekolahan seperti pembelian alat tulis, pakaian, komputer dan perisian komputer untuk anak-anak adalah diberi tolakan dari cukai perlu bayar. Malah, penjagaan ibu bapa, ibu bapa mertua, saudara yang tinggal serumah juga mendapat tolakan cukai.

Pelepasan untuk pembelian buku yang berjumlah RM1,000 maksimum pada masa ini dilihat boleh membantu ibu bapa jika amaunnya ditingkatkan selain pemberian baucer buku 1Malaysia dipanjangkan juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kakitangan Kerajaan dari kategori pendapatan ini kebanyakannya tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh menuntut penuh pelepasan KWSP dan insurans nyawa yang berjumlah RM6,000. Bagi pekerja swasta pula, caruman KWSP beserta bayaran premium insurans nyawa lazimnya melebihi RM6,000 had tuntutan.

Oleh itu, adalah wajar jika pelepasan KWSP dan insurans nyawa diasingkan dan jumlahnya di naikkan agar pendapatan bercukai dapat dikurangkan bagi kakitangan kerajaan dan juga swasta.

Golongan berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi adalah golongan yang juga perlu diberi perhatian wajar. Mereka menaruh harapan tinggi agar belanjawan 2014 yang akan dibentangkan nanti membawa berita gembira kepada mereka.-UMO

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


KELUARGA ARWAH TAN SRI AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG

Posted: 24 Oct 2013 07:53 AM PDT

CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Nurul Izzah Melenting Bila Noh Omar Sebut ‘Liwat’ Di Dewan Rakyat?

Posted: 24 Oct 2013 10:38 AM PDT


Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat melenting apabila Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar membangkitkan soal 'liwat' di Dewan Rakyat.

"Saya tidak pasti jika (dia ) menyokong liwat atau tidak," kata Noh ketika Nurul Izzah bangun mahu mencelah ketika Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mempertikaikan tindakan Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO) melakukan proses lobi ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mendapatkan pengiktirafan hak LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia.

"Awak tarik balik. Jangan jadi kurang ajar !" kata Nurul Izzah.

Noh menjawab beliau tidak akan menarik balik kata-katanya itu kerana beliau sekadar bertanya adakah anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyokong liwat atau sebaliknya.



Selaras dengan asasi manusia, kata Noh, Nurul Izzah mempunyai hak untuk menyokong ataupun tidak.

Sebelum insiden itu, Noh ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat Rabu dilaporkan Bernama berkata tindakan COMANGO itu sebagai 'bunga-bunga' yang menjurus kepada ancaman perpaduan agama di dalam negara yang disifatkannya sebagai ancaman keselamatan alaf baharu.

Menurutnya, COMANGO dilihat berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk membawa agenda yang boleh mengancam Islam dan mempromosi seks songsang.


"Ada beberapa perkara yang dibawa oleh COMANGO mencabar dan menggugat kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan.

"Ia juga dilihat cuba memperjuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), murtad… adakah ini menyentuh hak asasi manusia?" soalnya.

Pandangan beliau disokong Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang menyifatkan apa yang terkandung dalam laporan COMANGO ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) boleh merosak dan memudaratkan pegangan rakyat di negara ini.

"Perincian yang dituntut oleh COMANGO bukan menyentuh isu-isu hak asasi manusia sahaja tetapi turut merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender. Hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama," katanya.


Selain itu, katanya COMANGO juga mempersoal kes penggunaan kalimah Allah, mengenai Syiah dan hak seorang bapa untuk mengIslamkan anak bawah umur, menuntut undang-undang jenayah Syariah dihapuskan dan memberi persepsi negatif penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri yang berusaha berdakwah kepada orang Asli, serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku karya penulis kontroversi Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta'.

"Ini semua isu panas dan mengundang perasaan tak puas hati dalam kalangan rakyat, bercanggah Perlembagaan dan hak orang Islam. Sebab itu, saya minta kerajaan buka mata dan ambil perhatian seterusnya selaraskan tindakan yang perlu supaya hak-hak istimewa rakyat di Malaysia jangan dipertikai di peringkat antarabangsa," katanya lagi

COMANGO merupakan gabungan kira-kira 50 NGO Malaysia yang merangka kandungan laporan mengenai hak asasi manusia untuk dikemukakan kepada UPR esok di Geneva.

Wasabi Oyabun..

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


KELUARGA ARWAH AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG

Posted: 24 Oct 2013 07:13 PM PDT

Apa cita nie? Bior benor yop dengan apa yang teman dapat tau. Kot nak menang pun janganler sampai sanggjp macam aljub kencing merata. Apa pun teman rasa pengundi di sg limau bukan ler bongap dema yop. Inilah masanya untuk jaminan penduduk disini. Dengan Menteri Besar nya yang baru Datuk Mukhriz memang terbaik dan mampu mengembalikan Kedah sebagai Negeri yang perihatin dengan naeib Rakyat...

CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.

VIDEO WANITA PECAH MUKA DI BELASAH DALAM TAHANAN

Posted: 24 Oct 2013 02:06 AM PDT

Dahsyat, satu rakaman video CCTV di dalam balai polis telah bocor dan menunjukkan seorang wanita telah ditolak dan terhantuk di kerusi konkrit yang mencederakan mukanya.


Rakaman video seorang wanita di Chicago yang ditolak seorang anggota polis sehingga mukanya tersembam pada konkrit di lokap nyata mengejutkan ramai pihak. 

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar.Bagaimanapun, pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.


Feuerstein dilihat terbaring dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.


Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut. Menurut doktor, tulang mukanya tidak dapt diperbetulkan dan perlu diganti dengan plate titanium.

Saksikan VIDEO di bawah ini



sumber : Mynewshub

MAYAT PELUMBA HARAM DIBIARKAN SEBAGAI TAULADAN

Posted: 24 Oct 2013 12:00 AM PDT

TAOTAUAJER - Lain negara lain caranya bagi membendung gejala lumba haram di negaranya. Namun yang berlaku di China pelik sikit apabila pelumba haram kemalangan dan di biarkan atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.


MAYAT Lung dibiarkan di tepi jalan sebagai tanda peringatan

Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain. Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.

Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.


Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya. Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.




Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: "Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka. Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

"Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan," kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai. Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
SUMBER : BeritaHarian, Mynewshub,Mirror

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Naib Ketua Pemuda Umno - Gambar dengan wanita politik murahan..

Posted: 24 Oct 2013 08:31 PM PDT

Jawab mesti mau jawab, cuma mengaku atau tidak lu orang sendiri baca dan fikir... bagi aku no komen,,, kalau macam ni bakal pemimpin umno,, errmhhh.. nasib malanglah orang melayu...


Khairul Azwan kesal dengan politik murahan

Zabidi Saidi
 | October 24, 2013
Saya tidak akan melayan dan saya percaya ianya tidak akan berakhir di sini sahaja




PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairul Azwan Harun kesal dengan penyebaran gambar dalam Facebook yang menunjukkan beliau bersama dua orang perempuan.
Katanya, ini yang dinamakan politik murahan.
"Saya tidak akan melayan dan saya percaya ianya tidak akan berakhir di sini sahaja ," katanya kepada FMT mengulas penyebaran gambar tersebut dalam Facebook.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Negeri Perak disahkan menang sebagai Naib Ketua Pemuda Umno yang baru hari ini setelah mengalahkan Exco Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar setelah seri 73-73 pada 12 Oktober lalu.
Khairul Azwan mendapat dua undi tambahan semalam dari Pemuda Gelang Patah dan Sabak Bernam.
Apabila ditanya gambar itu bila diambil, beliau tidak menjawab pertanyaan itu.

Ha ha ha,,, apasal tak jawab?......

bagaimana pulak dengan dakwaan miliki syarikat dan harta dibawah ni..



Boleh rujuk di Klik Sini

umno oh umno .....

Batal syarikat - Yang mati boleh hidup semula ka..

Posted: 24 Oct 2013 05:46 PM PDT

Apa nak jadi, malang yang bertingkat-tingkat,, kepda manusia,, semuanya akibat kelalaian dari tangan-tangan manusia sendiri...


Kejadian banjir di Ringlet Cameron Highland, aku tak perlu nak komen, sebab semalam tv ada menyiarkan keluhan mangsa kejadian... Cuma isu tembak ni,,, bertingkat-tingkat kes tembak,, apa nak jadi dengan Malaysia ni,,, 


KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan


Pekerja bank mati ditembak
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.
"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 
Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya. 
Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.
"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.     Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.
Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.
"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.
Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta. - Bernama

Kenapa dalam berita dari Agensi Sahih, Bernama tak sebut sapa nama syarikat.. siapa empunya syarikat ?.. 
Apakah setelah syarikat ini dibatal, maka syarikat baru didaftarkan untuk penjamaan semula,,, tak hairan,, kerana mu umno malaysia serba boleh..

Mengikut maklumat yang sah, tapi tak diceritakan syarikat tu bernama 

Tuan empunya,, seorang ketua wanita umno,,, boleh baca Klik Sini 

Maklumat terkini Isteri adalah pemilik Securiforce Sdn Bhd, Suami pula adalah pengerusi persatuan syarikat kawalan keselamatan ... (PPKKM).... Terbaek..


Kelalaian dan kemudahan untuk pemimpin umno, nyawa rakyat jadi taruhan, suami menduda, anak-anak jadi yatim tanpa ibu...umno oh umno..

PRK N20 Dun Sungai Limau - Bapa menteri Umno pun turut sama mendoakan kemenangan calon Pas.

Posted: 24 Oct 2013 04:39 AM PDT

Memang benar kata-kata lirik lagu kumpulan Raihan kut, Iman tak dapat diwarisi dari ayah yang bertakwa... Nak buat macam mana... 


Kisah menteri ni memang aku dengar dah lama dah... waktu aku duk dalam servis lagi, dah tau dah kerenah dia ni... namun alhamdulillah, bapanya yang masih sehat,, tetap istiqamah dengan parti Pas....
Layan...

Moga-moga pengundi Dun Sungai Limau dapat petunjuk sama dengan bapa menteri ni,, Insya Allah.

Dimana wartawan dari akhbar Harakah...

Posted: 24 Oct 2013 02:23 AM PDT

Satu yang menghairankan,, dimana satu kes mahkamah yang melibatkan pimpinan Pas dan akhbar harakahdaily tetapi tiada seorang pun wartawan dari akhbar harakah,








Apakah semua wartawan pakat pi ke PRK Dun Sungai Limau,, atau pun kes ini berita nya tak menarik pembaca..... 

Tahniah buat Tuan Lawyer Zul Hazmey..  Calon Ketua Pemuda Pas Pusat.







Pemilihan Umno - Ada berlaku lampu padam juga ... kah kah kah .. dasar penipu..

Posted: 24 Oct 2013 12:51 AM PDT

Kalau dalam PRU13 yang lalu berlaku macam-macam penipuan, maka tidak sahlah kalau dalam pemilihan umno sendiri jika tak berlaku penipuan,,, 



Fenomena "kertas undi lesap" dalam pemilihan Umno

Luke Rintod
 | October 24, 2013
Kejadian "kertas undi lesap" itu telah menggagalkan mereka daripada terpilih sebagai ahli jawatankuasa bahagian.





KOTA KINABALU : Ada suatu perkara menarik dalam proses pengundian parti Umno Sabah yang baru selesai. Jika kebiasaaanya kita mendengar kejadian undi hantu atau penambahan kertas undi, dalam pemilihan Umno baru-baru ini dikatakan ada "kertas undi lesap".
Ini dilaporkan oleh beberapa bekas calon dari beberapa bahagian parti itu yang mendakwa kejadian "kertas undi lesap" itu telah menggagalkan mereka daripada terpilih sebagai ahli jawatankuasa bahagian.
Seorang bekas calon dalam pemilihan bahagian Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Amat memberitahu FMT, nampaknya memang ada pihak yang "pakar" membuat perkara tersebut bagi meminda keputusan para perwakilan.
"Buat masa ini hal ini belum ketara tetapi jika tidak dibendung dari sekarang, saya rasa ia akan berlarutan dan akan cuba dibuat orang lagi pada pemilihan Umno yang akan datang.
"Jangan kita hairan, kertas undi hilang akan berlaku dalam pilihanraya umum juga. Jadi daripada menambah kertas undi, apa yang berlaku ialah kertas undi hilang bagi calon tertentu," katanya sambil menambah ia boleh dilakukan ketika pengiraan undi dalam keadaan huru-hara.
Seorang bekas calon yang lain pula mendakwa tempatnya berlaku kejadian lampu ditutup sekejap dan selepas itu disyaki ada kertas undi calon tertentu telah "dihilangkan" dan gagal ditemui.
Seorang lagi perwakilan yang lain mendakwa lampu di tempat pengiraan undi bahagian Kota Belud terpadam selama 30 minit ketika pengiraan undi dijalankan.
Difahamkan maklumat ini telah disampaikan kepada pengetahuan jawatankuasa pemilihan Umno, bagaimanapun setakat ini hanya pemilihan wanita Kalabakan di Tawau yang diarahkan membuat pengundian semula pada hujung bulan ini.
Arahan itu berikutan komplen bekas ketua wanita bahagian berkenaan, Datuk Hamisa Samat, bahawa jumlah kertas undi jauh melebihi jumlah perwakilan yang berdaftar sedangkan sudah ramai perwakilan meninggalkan tempat persidangan baru-baru ini.
Hamisa gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu.

Wakaka,, kaedah lampu padam diguna pakai,,,,, dasar penipu umno ni,,, bila yang menang tu penipu,, apa akan jadi kepada rakyat,,, kena tipu jugalah...



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Azam Calon BN Dalam #PRKSgLimau

Posted: 24 Oct 2013 09:30 AM PDT

Budaya Ekstrems Dalam Pilihan Raya Kampus Menular Ke Kampus UUM Sintok

Posted: 24 Oct 2013 08:00 AM PDT



Begitulah tulisan yang terpapar di bangunan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UUM pada pagi 24 Oktober 2013, ketika hari penamaan calon diadakan untuk pilihan raya kampus UUM.

Tindakan yang dibuat ini adalah satu perbuatan yang biadap dan tidak bertamadun. Tidak wajar melemparkan kebencian secara ekstrems dan melampau terhadap Hal Ehwal Pelajar dengan membuat perkara sedemikian.

Tindakan yang sama pernah dibuat sebelum ini oleh pihak pihak yang tidak bersetuju dengan Hal Ehwal Pelajar, dalam pilihan raya kampus tahun 2009 di Universiti Malaya (baca sini). Jalankanlah pilihan raya mengikut budaya dan semangat idelisme pelajar yang sebenar.

Ketepikan sentimen kebencian yang melampau dan tindakan tindakan yang tidak bertamadun yang boleh menjejaskan nama baik universiti. Pelajar UUM bijak memilih. Mereka pasti akan mengekalkan pasukan PERUBAHAN untuk pilihan raya kampus kali ini. Selamat memilih.

Video : Calon BN Ziarahi Kawan Lamanya Dalam Perjuangan #PRKSgLimau

Posted: 24 Oct 2013 06:00 AM PDT

Ini Sebabnya Ramai Orang PAS Hendak Sokong BN Dalam #PRKSgLimau

Posted: 24 Oct 2013 04:00 AM PDT


Aura kepimpinan melalui tauladan Menteri Besar Kedah memberikan satu harapan baru bagi semua rakyat di Kedah termasuklah orang orang PAS di Sungai Limau. 

Mereka tahu bagaimana baiknya hubungan MB Kedah itu dengan arwah Ustaz Azizan Razak ketika beliau sedang sakit di hospital. Ramai khabarnya akan memberi undi secara diam diam kepada BN dalam PRK Sungai Limau ini.

Nurul Izzah Trauma Bila Ditanya Tentang Soal Liwat

Posted: 24 Oct 2013 02:15 AM PDT




Mengapa tidak jawab secara terus terang sahaja. Ya atau tidak? Mengapa perlu cakap pusing pusing dan kelihatan trauma bila disebut tentang liwat.