Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#PRK SG LIMAU : Mat Sabu sekarang, bukan yang dulu?

Posted: 23 Oct 2013 10:38 PM PDT


"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..." itu antara bait lirik lagu popular dendangan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar yang sering berkumandang di corong-corong radio pada masa ini.

Lagu itu menceritakan bagaimana seorang anak kecil berhijrah ke kota mencari kehidupan yang lebih baik. Walaupun tanpa pendidikan kerana kemiskinan tetapi akhirnya dia menjadi artis popular.

Bagaimanapun situasi berbeza menimpa pemimpin Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Satu ketika dahulu beliau memang cukup popular puluhan ribu orang akan hadir ceramah beliau, tetapi semalam hanya dihadiri tidak sampai 100 orang.

Slot awal buat Timbalan Presiden Pas itu juga menjadi sesuatu yang agak janggal, kerana sebelum ini beliau akan diberi slot terakhir kerana kehadiran beliau memang ditunggu-tunggu.

Ketika Mat Sabu berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau malam tadi, orang ramai kelihatan seolah-olah acuh tidak acuh dan sibuk berbual-bual di kedai kopi berdekatan. Mereka kelihatan rancak berbual sesama rakan sambil menghirup kopi pekat dan bihun sup yang cukup popular di Kedah.


Nampaknya menghirup kopi pekat dan bihun sup lebih enak daripada mendengar ceramah Mat Sabu yang sebelum ini mengesahkan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang pada Muktamar Pas bulan hadapan.

Dahulu bukan sahaja ceramah Mat Sabu menjadi kegilaan orang ramai, bahkan kaset-kaset rakaman ceramah beliau laris seperti goreng pisang panas.

Ceramah Mat Sabu biasanya cukup sinis dan berbisa serta sering diselitkan dengan jenaka yang menyebabkan para hadirin tidak kering gusi ketawa.

Mungkin Mat Sabu sudah kehilangan modal. Suatu ketika dahulu modal beliau ialah Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di dalam kerajaan. Pelbagai gelaran diberikan kepada pemimpin itu. Bagaimanapun kini mereka berada di dalam kem yang sama menyebabkan Mat Sabu ketandusan idea.

Hendak bercakap tentang pembangunan negara, apalah sangat pembangunan yang telah dilakukan oleh Pas ketika memerintah Kedah selama satu penggal. Kelantan yang diperintah berpenggal-penggal pun masih ketinggalan seperti Malaysia di tahun 70-an.


Hendak bercakap tentang ekonomi, itu bukan bidang beliau. Malam ini tinggallah golongan tua yang mendengar ceramah Mat Sabu kerana golongan muda tidak menunjukkan minat.

Hendak mengutuk berlebihan pemimpin UMNO, mungkin Mat Sabu sedar penduduk di Sungai Limau yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat memang tidak gemar dengan politik adu domba, memaki serta mencerca lawan.

Mat Sabu juga seorang pelupa kerana menuduh Kerajaan Negeri Kedah yang diperintah Barisan Nasional (BN) gagal menyediakan kemudahan asas yang baik di Sungai Limau, sedangkan BN baru beberapa bulan sahaja merampas kembali negeri Jelapang Padi itu daripada Pas yang memerintah selama satu penggal, bahkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak adalah wakil rakyat kawasan berkenaan dan pilihan raya kecil diadakan kerana kematian Azizan.

Jalan-jalan yang baru diturap dituduh sengaja diturap kerana pilihan raya kecil. Persoalannya mengapa Pas tidak pernah berbuat apa-apa setelah menguasai Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut dan memerintah Kedah?

Selama ini juga jalan-jalan yang dibina di Sungai Limau sehingga ke hadapan tangga rumah memang dilakukan oleh kerajaan BN, walaupun penduduk kawasan berkenaan tidak pernah menghargai atau berterima kasih.


Bayangkan jika mereka memilih BN kali ini. Tentunya pelbagai projek infrastruktur mencurah-curah datang kerana mereka diwakili oleh pemimpin yang datang daripada parti yang memerintah di negeri dan Persekutuan.

Tidak salah penduduk Sungai Limau melakukan eksperimen dengan memberi peluang kepada BN kali ini, apatah lagi penggal ini hanya tinggal kira-kira empat tahun lagi dan jika pilihan raya diadakan lebih awal penggal kali ini mungkin tinggal hanya tiga tahun.

Jika terbukti BN tidak menepati janji, penduduk Sungai Limau boleh memberi kembali kerusi berkenaan kepada Pas. Tempoh tiga tahun sangat singkat, pejam celik, pejam celik sudah tamat penggal.

Jika Penduduk Sungai Limau tidak berani melakukan perubahan mereka akan terus berada ditakuk lama. Orang-orang tua mungkin berasa selesa dengan keadaan sekarang.

Bagaimana pula dengan nasib orang muda yang terpaksa berhijrah ke bandar yang terdekat iaitu Alor Setar dan Sungai Petani, hingga ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan kerana kerja di sawah dan sebagai nelayan tidak menjanjikan kehidupan yang lebih baik memandang saiz sawah padi yang kecil dan tangkapan yang sedikit sebagai nelayan pesisiran pantai.


Ada anak muda yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memperbaiki taraf hidup keluarga. Sedangkan Sungai Limau yang terletak tidak jauh dari kaki Gunung Jerai dan berdekatan dengan pantai mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Pembangunan bermakna peluang pekerjaan diwujudkan bertambah. Pembangunan juga bermakna pendapatan yang lebih tinggi.

Dalam tempoh tujuh tahun lagi negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Inilah peluang penduduk Sungai Limau untuk bersama-sama dengan kerajaan yang mempunyai wawasan jelas untuk kesejahteraan rakyat.

Penceramah terakhir malam ini ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Orang ramai mulai berpusu-pusu sehingga petugas terpaksa menambah kerusi.

Suara Politik
Belantan

Kes Ahli majlis cabul orang gaji, MB Selangor enggan masuk campur?

Posted: 23 Oct 2013 05:33 PM PDT

Lebih baik aku tidor je..???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang memantau kes melibatkan seorang ahli majlis yang didakwa mencabul seorang pembantu rumah.

Bercakap kepada media petang ini, Khalid berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita mesti bersikap adil. Jika ia adalah satu laporan jenayah, maka polis, perlu bertindak mengenai dalam perkara itu kerana kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk menyatakan ia satu kesalahan.

"Kami sedang memantau situasi ini. Kami mahu mengenalpasti hak individu bagi mempertahankan kedudukan mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ni.

Katanya, beliau akan mengarahkan exco kerajaan tempatan Datuk Teng Chang Khim untuk mengambil tindakan yang bersesuaian sekiranya individu tersebut didapati bersalah atas tuduhan.

"Ini kerana kita perlu memberi hak yang adil kepada ahli majlis. Sekiranya (kejadian seperti didakwa benar-benar berlaku), maka kerajaan negeri akan mengarahkan beliau melepaskan jawatannya," katanya.

Kata Khalid lagi, buat masa ini, anggota majlis itu masih menghadiri apa-apa majlis rasmi kerana masih belum terbukti bersalah dan sekalipun kes itu masih dalam siasatan.

"Dalam siasatanlah yang kita boleh benarkan (hadi majlis rasmi). Kalau dah keputusan dibuat, baru tak boleh," katanya.

Suara Politik
Belantan

Anwar digesa letak jawatan Ketua Pembangkang?

Posted: 23 Oct 2013 10:43 AM PDT


Anwar Ibrahim digesa meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang memandangkan beliau kini perlu memberikan perhatian dalam kes liwat yang akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Bekas Setiausaha Sulit beliau, Rahimi Osman berkata, Anwar wajar meletakkan jawatan memandangkan beliau tidak menjalankan tugasnya walaupun telah diberi kepercayaan serta menikmati pelbagai kemudahan disediakan.

"Lebih baik Anwar meletakkan jawatan supaya beliau boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kes liwat itu yang bakal dibicarakan di Mahkamah Rayuan.

"Malah, Anwar juga dilihat lebih banyak berada di luar negara bagi memburukkan Malaysia daripada berada di dalam negara dan kawasan Parlimen Permatang Pauh," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember ini bagi mendengar rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan pada sesi pengurusan kes di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif pada 2 oktober lalu.

Mengulas lanjut Rahimi memberitahu, Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang memandangkan beliau bukan presiden atau pengerusi kepada mana-mana parti politik.

Tegasnya, jawatan Ketua Umum yang disandang dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanyalah lantikan oleh isteri beliau, bukannya dipilih oleh ahli parti.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh lebih layak menjadi Ketua Pembangkang jika bilangan kerusi pembangkang diambil kira," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Brunei laksana hukum Hudud!

Posted: 23 Oct 2013 12:56 AM PDT


BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Tian Chua Contoh Klasik Cina "BODOH" Tapi Berlagak Pandai...

Posted: 23 Oct 2013 06:00 AM PDT


Amat memalukan bagi seorang Ahli Parlimen yang tidak dapat membezakan di antara "Government Service Tax" yang digunapakai selama ini dengan "Goods & Services Tax" yang masih belum diluluskan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu membebel di Twitter seolah-olah Kerajaan telah melaksanakan cukai "Goods & Services Tax (GST)" yang belum diluluskan.

Beliau dengan bangga menunjukkan bukti resit parkir pasar borong DBKL. Hendak salahkan Kerajaan sebaliknya diri sendiri nampak kebodohannya. Buat malu sama Rakyat Batu memilih Tian Chua sebagai Ahli Parlimen!... Sumber: CTS

Sebab & Fakta Kenapa Cina Malaysia Nak Jadikan Negara Ini Seperti Singapura...

Posted: 23 Oct 2013 12:30 AM PDT


1.Penindasan dan penafian peluang kepada etnik Melayu Singapura dan warga India berleluasa terang-terangan dan memalukan. Ia amat jelas bahawa Kerajaan Singapura juga umumnya dikenali sebagai Pemerintah Keluarga Lee terdiri daripada bapa (Lee Kuan Yew) dan anaknya, yang telah memerintah Singapura sejak tahun 1959, selama mana Castro Brothers memerintah Cuba dan Lee Kuan Yew masih mahu meneruskan polisi yang memalukan ini.

2.Singapura adalah sebuah pulau kecil dimana hari ini mempunyai 5 juta orang tetapi jika anda kira betul betul berapa warga asli Singapura yang dilahirkan, ia akan menjadi tidak lebih daripada 2.5 juta atau kurang. Ia juga sama seperti ruang tanah yang paling sesak di dunia seperti Gaza wilayah yang diduduki Israel.

3.Pemerintah Keluarga Lee, bapa dan anaknya, tidak menghormati undang-undang. Walaupun Perlembagaan menuntut peluang sama rata kepada semua, mereka hanya mengabaikannya. Pulau ini tidak mempunyai undang-undang hubungan antara kaum dan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta adalah bebas untuk melibatkan diri dalam diskriminasi kaum sesuka hati.

4. 20 tahun yang lalu, pulau ini mempunyai hanya 50% daripada penduduk kaum Cina. Hari ini komponen etnik Cina adalah kira-kira 77% dan terus meningkat. 20 tahun yang lalu, orang Melayu dan India membentuk kira-kira 50% daripada penduduk pulau itu. Hari ini orang Melayu tidak lebih daripada 13% dan India hanya 8%, dan berkurangan.

5.Peningkatan yang besar dalam nombor Cina bukan kerana mereka melahirkan ramai anak Cina. Malah ia adalah sebaliknya. Jika dilihat kadar kelahiran cina adalah paling rendah di pulau itu dan merupakan kadar kelahiran paling rendah di dunia, hanya 1%. Jika polisi perkauman ini ditinggalkan, kaum Cina adalah kaum pertama akan hilang dari pulau ini. Polisi mengutamakan Warga Asing terutama cina dari tanah besar didalam Singapuralah salah satu penyebab punca etnik melayu dan india terus berkurangan.

6.Dan dengan ini mari kita bertanya apa lagi punca lain kaum Cina terus meningkat di Singapura? Jawapannya adalah kerana Lee Kuan Yew dan anaknya dari bangsa cina, telah membentuk satu sistem hanya Keluarga Lee layak memerintah dan mereka ini hanya suka kepada kaum mereka sendiri, dengan mengutamakan Cina.

7.Mereka paling benci orang Melayu kerana mereka anggap diri mereka lebih tinggi dari orang Melayu dan mereka tidak suka kaum India kerana mereka anggap India adalah sebagai bangsa pengacau yang suka buat huru hara didalam Singapura ini. Di Singapura hasil sistem dan polisi Lee Kuan Yew, kaum Cina Singapura mempunyai kecenderungan untuk mengikuti serta mentaati kepada pemimpin Cina mereka, seperti yang mereka lakukan di negara Komunis, China.

8.Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa, walaupun Perlembagaan menuntut layanan yang sama daripada semua kaum yang berbeza, Lee Kuan Yew menggunakan lebih sedekad yang lalu untuk tekad usaha meningkatkan penduduk Cina di pulau itu melalui rompakan kewarganegaraan percuma.

9.Ini yang mereka telah lakukan dan terus lakukan untuk hari ini dengan membawa masuk ramai orang Cina dari negara China untuk menetap di Singapura dan memberikan mereka kewarganegaraan percuma dan ini menjelaskan mengapa Singapura kini terdapat 77% kaum Cina di negara itu dan kesannya membuatkan Melayu sebagai penduduk asal telah dikurangkan kepada hanya 13% dan kaum India hanya 8%.

10.Sudah tentu apa yang Lee Kuan Yew lakukan adalah benar-benar menyalahi undang-undang dan melanggar Perlembagaan. Tetapi Melayu dan India tidak dapat berbuat apa-apa mahupun mengadu kepada Lee Kuan Yew sendiri kerana mereka tidak mempedulikan Perlembagaan yang telah mereka cipta. Mengapa ini terjadi? Ini kerana Lee Kuan Yew mempunyai Polis Singapura sebagai penguatkuasa undang-undang atau anjing khas polis untuk menangkap anda jika Melayu atau India membuat masalah dan badan kehakiman akan taat setia kepada Lee Kuan Yew, seterusnya mahkamah boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menekan sistem undang undang itu sendiri. Anda bayangkanlah, jika Melayu itu tidak bersalah, tetapi dengan hanya 1 arahan dari Lee Kuan Yew, mahkamah akan terus menukar keputusan  tidak bersalah kepada bersalah terhadap mana-mana Melayu.

11.Jadi tidak ada kedaulatan undang-undang seperti yang ada di  Malaysia yang makmur, adil dan saksama. Pada kadar ini pengimportan besar-besaran pendatang kaum Cina dari China dan penduduk Melayu dan India akan berkurangan dengan cepat, tidak lama lagi hanya akan ada kaum Cina di Singapura diiringi oleh beberapa orang putih yang akan menguruskan bank-bank Singapura bagi menjaga wang haram dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew.

12.Hari ini orang Melayu dan India dinafikan pekerjaan kerana majikan Cina enggan untuk mengambil mereka bekerja. Setiap kekosongan jawatan yang disenaraikan di pulau itu diletakan syarat "Hanya orang Cina perlu memohon" atau "Pengetahuan Mandarin diperlukan" ini sama sepertimana Melayu di Malaysia sedang alami. Kaum Melayu Singapura menyedari masalah ini dan mereka telah bersedia dengan belajar bahasa Mandarin tetapi selepas meminta pekerjaan itu, Melayu Singapura masih tidak mendapat kerja. Alasan diberikan bahawa pelanggan Cina tidak menghargai orang yang bukan datang dari kaum Cina didalam dunia korporat. Sudah tentu Melayu tidak mungkin untuk menukar warna kulit dari coklat ke kuning walaupun pembedahan plastik untuk membuat puntung hidungnya dan saiz matanya yang sepet seperti Fu Manchu adalah mustahil.

13.Kadang-kadang kerajaan akan memberikan beberapa peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit, jarang dan luar biasa. Melayu dan India itu perlu mempunyai 'cable' yang sangat kuat dengan orang penting dalam syarikat barulah mereka senang mendapat pekerjaan, itu pun pekerjaan sebagai kuli didalam syarikat.

14.Bagi kerja-kerja kasar, basuh pinggan mangkuk, anggota polis berpangkat rendah, pemandu dan tukang sapu jalan, terdapat pekerjaan yang mencukupi bagi orang Melayu dan India. Pelan Lee Kuan Yew adalah untuk membuang hakikat bahawa mereka telah kalah sebenarnya dalam populasi kaum di Singapura.

15.Walaupun ketidakadilan ini dan dasar diskriminasi kaum adalah haram, jika anda mengadu tentangnya juga tidak dapat berbuat apa apa. Di Singapura ia adalah undang-undang untuk mendiskriminasikan kaum kerana tidak ada undang-undang yang khas tentang hubungan antara kaum. Undang-undang gaji minimum telah betul betul dibiarkan dan tidak ada syarikat cina di Singapura mengamalkan undang undang gaji minimum itu. Undang-undang itu hanya sekadar ada untuk ditunjukkan kepada dunia dan jiran negara mereka Malaysia, tetapi tidak pernah dipraktikkan.

16.Tanpa membela hak orang Melayu dan India, ia menjadi semakin biasa bagi kaum Melayu dan India untuk melepaskan kekecewaan mereka melalui keganasan. Anda boleh melihat kaum Melayu yang tidak puas hati kerana telah ditolak untuk mendapat hak perumahan kerajaan tetapi kerajaan Lee Kuan Yew telah memberi satu pukulan yang sangat dasyat di jiwa orang Melayu. Anda juga boleh melihat kaum India yang baru sahaja didenda semaksimum harga kerana memandu laju dan apabila Cina dikehendaki untuk membayar hanya beberapa dolar.

17.Ini adalah jenis keganasan bermotifkan perkauman yang meningkat diluar jangkaan. Malaysia mempunyai undang-undang yang kuat di bawah pemerintahan orang Melayu untuk sesiapa yang merasakan tidak bersalah akan dibela, rata-rata rakyat Malaysia juga berpuas hati dalam pembelaan diri mereka kepada undang-undang yang mereka boleh bergantung pada amanah mahkahmah. Tetapi di mahkamah Singapura, kerana tidak ada undang-undang untuk melindungi terhadap ketidakadilan kaum dan di tempat di mana kerajaan itu sendiri terlibat dalam dasar rasmi diskriminasi kaum. Pengajaran dari ini dapatkah anda melihat apakah keinginan keseluruhan rakyat cina di Malaysia dimana 97% memihak kepada DAP?

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Kes saman Polis&Kerajaan Malaysia, Mazlan Aliman menang!

Posted: 23 Oct 2013 12:29 AM PDT

 
Syukur Alhamdulillah!

Hakim Dato' Akhtar Tahir memutuskan polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan Aliman dalam kes Felda Lembah Klau, Raub Pahang. Keputusan diumum jam 11.20 pagi ini.

Sehubungan dengan itu, Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia:-

1. Membayar gantirugi am Rm 300,000
2. Membayar gantirugi tauladan RM 50,000
3. Kos Mahkamah RM20,000
4. 8% Faedah penghakiman dari tarikh saman difailkan pada tarikh 18 ogos 2010.

Syukur Alhamdulillah. Terimakasih bebanyak kepada Lawyer Wan Rohimi Wan Daud dan rakan2 beliau, sahabat2 Ngo ANAK, pimpinan, keluarga dan seluruh sahabat handai yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR



Alhamdulillah! Mahkamah Tinggi Temerloh mengistiharkan bahawa penangkapan ke atas Mazlan Aliman pd 9/3/2010 dan Perintah Reman pd 10/3/2010 sebagai terbatal dan tidak sah serta diketepikan kerana mencabul hak asasi dan tidak mempunyai asas undang-undang. Mazlan Aliman diawardkan gantirugi keseluruhan berjumlah RM350k, faedah dan kos.
Sudah lama tidak merasai nikmat kemenangan dlm kes sebegini... Sibuk melayan saman sendiri! Mudah2an ia menjadi pengajaran kpd manusia yg sentiasa bertuhankan Tuan Politik dan menyalahgunakan instrumen undang-undang utk menzalimi sesama hamba!







Semua gambar diambil dari rakan-rakan FaceBook

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


433 Laporan Polis Dibuat Rakyat tolak Abu Chin Peng Dibawa Pulang - Ahmad @Zahid_Hamidi | Official website

Posted: 23 Oct 2013 10:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Tindakan kerajaan menghalang abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM) dibawa masuk ke negara ini adalah tepat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut berikutan sebanyak 433 laporan polis dibuat dalam lapan siri bantahan aman.

Beliau menegaskan, desakan beberapa pihak yang ingin membenarkan abu mayat mendiang dibawa masuk adalah atas motif politik semata-mata.

Kerajaan harus mengambil kira sentimen dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis dan ahli keluarga mereka yang masih menebal," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng dihalang memasuki Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut dengan menggunakan nama lain.

Katanya, Chin Peng dan beberapa anggota PKM telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan kepada mendiang dan juga pengikutnya.

Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui mahkamah.

Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai," kata beliau.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_04/Tindakan-tepat-halang-bawa-masuk-abu-mayat-Chin-Peng#ixzz2ibEwfqIs




Sent from my iPhone

Watch "TrueMove H: This Amazing Commercial From Thailand Will Make You Cry" on YouTube

Posted: 23 Oct 2013 09:18 PM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=WPsYFFi9HnI&feature=youtube_gdata_player

Suspek Bunuh Pegawai AMBANK Ditahan di LCCT - Tahniah @PDRMsia

Posted: 23 Oct 2013 04:46 PM PDT

Gambar mangsa

Wajah pegawai Bank ditembak (ditanda bulat ) bersama rakan sekerja.
Berita berkenaan sudah disiarkan di sini

Menurut info dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya)  suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah ini.

Gambar suspek

INILAH Wajah Suspek Bunuh Pegawai AmBank Petang Semalam DIBURU @PDRMSIA

Posted: 23 Oct 2013 09:36 AM PDT

Info kejadian :

rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya.

Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt Abu Talib u/37thn.

Beliau sudah pun bekerja selama 16 tahun dgn ambank.

Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal

Suspek nama Ardi bin Hamza unur 37 tahun beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah.

Beliau bersenjata jenis pumpgun, melepaskan sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti jebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui.

kenderaan suspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal.

Semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek.

Watch "PRK Sungai Limau : Sekitar Sesi Penamaan Calon BN Diiringi TPM @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @MukhrizMahathir " on YouTube

Posted: 23 Oct 2013 06:26 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=37yX2M9obM0&feature=youtube_gdata_player

Siri 006 : Watch "Tak Mau Lagi 'Hang PAS, Aku UMNO' - Calon BN N20 #SgLimau" on YouTube

Posted: 23 Oct 2013 02:35 AM PDT

Mohon sebarkan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Breaking News : 80 rumah hanyut, dua maut di Cameron Highlands akibat limpahan empangan!

Posted: 23 Oct 2013 02:37 AM PDT


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada jam 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 petang semalam. - Bernama,

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kejamkah Kerajaan Barisan Nasional?

Posted: 23 Oct 2013 09:24 PM PDT

Kenapa Pembangkang Sensitif Sangat Dengan Isu Liwat?

Posted: 23 Oct 2013 09:17 PM PDT


Salah satu insiden menarik di Parlimen semalam.



Persoalannya, kenapa pembangkang termasuk wakil rakyat PAS sensitif sangat dengan bab liwat?

*Sukar sangat ke soalan DS Noh Omar tu sampai nak jawab pun susah. Kalau sokong cakap je la sokong. Tahniah DS Noh.

#PRKSgLimau : JAMIL KHIR (UMNO) BUAT SKANDAL DI MEKAH - APA NI?

Posted: 23 Oct 2013 08:58 PM PDT




Sesuatu yang tak sedap nak didengar. Apalah nak jadi pada Menteri Agama UMNO seorang ni? Ketika Barisan Nasional (BN) giat berkempen memenangi hati pengundi di Sg Limau dia pulak buat hal. Perbuatannya yang terbongkar pasti menyakitkan hati penyokong-penyokong PAS dan juga rakyat di Sg Limau serta Parlimen Jerai yang akan terkesan dengan kelakuan Jamil Khir dan Tabung Haji (TH) terhadap jemaah kita sepanjang berada di Mekah .

Perbuatan Menteri Agama dan pihak UMNO ini pasti tak akan dilupai rakyat. Apa tidaknya cuba kita perhatikan apa yang diusahakan bersama oleh Jamil Khir dan TH terhadap jemaah kita setiap tahun.
  • TH memperuntukkan RM100 juta sebagai subsidi kepada jemaah haji.
  • TH mengenakan tambang RM 9,980.00 kepada setiap jemaah haji (kos sebenar RM15,150.00)
  • RM5,170.00 subsidi dan bonus setiap jemaah haji
  • RM11 juta tajaan ubat dan peralatan lain yang diberikan pada jemaah Malaysia
  • Peningkatan dividen + bonus simpanan TH setiap tahun. Iaitu 5.5% pada tahun 2010, 6% (2011) dan 8% (2012)
  • Menyediakan 1,000 petugas termasuk 120 sahabat TH di Tanah Suci untuk membantu para jemaah
  • Menyediakan 15 buah tempat penginapan yang selesa untuk jemaah
  • Menyediakan ribuan khemah dan persekitaran yang selamat untuk jemaah haji berwukuf di Arafah
  • Hasil hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi, syarikat Malaysia; Primier Composite Technologies mendapat kontrak membina ruang bertingkat untuk bertawaf (mahtab).
  • Projek pembinaan jam besar di Mekah mengadap Baitullah
  • TH menjadi model pengurusan ekonomi terhebat di dunia Islam
  • Di Kedah pula, TH  membina Kompleks Haji di Alor Setar bernilai RM86 juta bertaraf 4 bintang 
  • Merintis penerbangan terus dari lapangan terbang Alor Setar ke Tanah Suci
  • Melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seramai 200 orang jemaah mendapat tajaan mengerjakan ibadah haji. Jumlah tersebut meningkat kepada 400 orang (2012) dan 800 orang (2013)

Menara Jam di Mekah adalah sebahagian hasil kerja anak-anak Malaysia. Apakah mungkin hanya dengan slogan dan teriakan semata-mata Malaysia boleh mendapat kontrak pembinaan jam ini?

Jemaah haji kita juga mendapat layanan yang cukup baik dari Menteri Agama ini di Mekah sehinggakan beliau sanggup berkorban waktu ibadahnya hanya untuk melawat jenazah seorang jemaah yang meninggal dunia di tanah suci. Ini juga merupakan tugas jihad seorang Menteri terhadap rakyatnya di luar negara.

Pengerusi Tabung Haji; Datuk Abdul Azeez Rahim sedang menyantuni keluarga waris jemaah haji yang meninggal di Tanah Suci. Foto ihsan Perak Today

Di tanah air sahabatnya; Datuk Abdul Azeez - MP Baling pula bertungkus lumus melawat dan menyantuni keluarga-keluarga allahyarham jemaah haji kita yang meninggal syahid di Tanah Suci malah siap memberi pelbagai bantuan jariah bagi menjaga kebajikan si waris. Ini merupakan satu tanggungjawab korporat Tabung Haji dan sebagai tanda simpati beliau sebagai Pengerusi Tabung Haji. Ini membuktikan bahawa niat baik harus dibuktikan melalui perbuatan bukan sekadar menjual slogan dan mencanang janji semata-mata . 

Sebagai Menteri Agama Jamil Khir dan kerajaan UMNO juga tak lupakan kebajikan para jemaah haji kita di Tanah Suci. Melalui usaha jihad ekonomi bersama kumpulan Felda Global Venture (FGV), sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Safwah Royale Hotel bernilai RM200 juta berjaya dibina di Mekah. Manakala Restoran Felda D'Saji diberi kontrak menyediakan catering untuk para jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.


Hotel Safwah Royale Orchid -  lambang keteguhan perniagaan Felda di Tanah Suci - amat dicemburui oleh Lim Guan Eng dan para chauvinist-rasis yang sentiasa mempertikaikan kenapa Felda terlalu sibuk dengan urusan bina dan beli aset di luar negara tetapi tidak fokus kepada penanaman kelapa sawit semata-mata.

Inilah jihad fisabilillah yang dilaksanakan oleh kerajaan BN yang prihatin terhadap syiar dan kebajikan Islam. Bukan slogan nak jaga kebajikan semata-mata, tetapi sekali lagi ia dibuktikan dengan gerak kerja yang tersusun dan perlaksanaan yang berterusan.


Pada tahun 2010,  Nik Aziz begitu teruja dan berbangga menginap di Hotel Safwah Royale Orchid, Mekah milik Felda Global Venture (FGV) yang diterajui oleh pemimpin dan kerajaan UMNO / BN


Maka memang layaklah kepimpinan Datuk Seri Jamil Khir sebagai Ahli Parlimen Jerai terus diberi sokongan padu oleh penduduk di DUN Sg Limau supaya mereka akan turut merasai rahmat dan nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN dan UMNO di Kedah.

Lebih mudah kiranya DUN Sg Limau diwakili oleh UMNO/Barisan Nasional sama seperti di Parlimen Jerai, DUN Guar Cempedak dan DUN Gurun. Senang juga untuk penduduk DUN Sg Limau nanti merasai nikmat pembangunan apabila kerajaan negeri diterajui oleh sebuah parti yang sama. Cukup-cukup dan sudah-sudahlah yang lepas-lepas. Sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk kita berhijrah kalih undi kat BN pulak


Mukhriz - Pemimpin yang sentiasa istiqamah dan baik dalam perjuangan yang wajib diberi mandat dan sokongan oleh rakyat Kedah termasuklah memilih wakilnya di DUN Sg Limau


Kepada jemaah haji Sg Limau diucapkan selamat pulang ke tanah air, semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada jemaah haji Sg Limau juga yang mungkin merupakan penyokong-penyokong PAS, marilah kita meneruskan jihad kita untuk melakukan perubahan dengan berhijrah jiwa raga kita untuk kalih memilih Barisan Nasional sebagai pemimpin dan ADUN baru Sg Limau. Semoga niat dan perbuatan hijrah kita diberkati Allah s.w.t. Insya Allah.

Kita mesti pilih BN kali ni...

#PRKSgLimau : HOT... MAHFUZ OMAR AKAN BAWA USUL HUDUD KE PARLIMEN!

Posted: 23 Oct 2013 02:15 AM PDT



Penamaan calon di PRK Sg Limau dah selesai. Satu lawan satu antara calon UMNO - BN dengan calon PAS. Kini tiba masanya pihak-pihak yang bertanding memulakan kempen-kempen mereka.

Pasti tak ketinggalan kempen PAS dari dulu sampai sekarang akan mencanangkan semula bahawa parti UMNO telah menolak Hudud jadi UMNO tak Islamik, UMNO kapir dan UMNO parti sesat kerana memilih kebangsaan dan menolak Isle.

Isu titah perintah Tuanku Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum hudud di negara tersebut pasti akan mencanakkan berahi  dan menginzalkan puak-puak PAS yang kononnya ingin menegakkan hudud di Malaysia.

"Lihatlah Brunei yang kecil, kaya dengan hasil petroleumnya tapi mampu melaksanakan hudud, tapi Malaysia majoritinya isle masih tak mampu melaksanakan hukum hudud, banyak pembaziran, banyak ketirisan bla...bla...bla. Ini semua salah UMNO yang memerintah ....takbir!" 

Gegak gempitalah ceramah-ceramah pembangkang menghentam kerajaan Barisan Nasional dan UMNO nanti. Habis saja ceramah dah pasti karung-karung derma beredaran memungut derma dari pendengar-pendengar ceramah. Itulah saja cara mudah dilakukan puak PAS dan pihak pembangkang memungut duit rakyat.

Artikel asal Berita Harian 23 Oktober 2013

Kalaulah PAS ingin benar membawa kembali isu hudud semasa kempen di PRK Sg Limau ada baiknya para pemimpin PAS merenung sejenak perkara berikut;

Setiap cadangan pembentukan atau pindaan undang-undang boleh diusulkan untuk dibentangkan di Parlimen. Kalau PAS berani silalah bawa usul mencadangkan agar hukum hudud dibacakan untuk kali pertama di Parlimen.

Kalau ikut sistem Monarki Mutlak dan Melayu Islam Beraja di Brunei, setiap titah Sultan adalah perintah yang mesti dilaksanakan. Ahli-ahli Parlimen mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan bantahan secara kurang ajar sepertimana puak-puak tertentu yang tak sedar diri di Malaysia ni. Kalau kurang ajar mereka akan dikenakan hukuman keras termasuk dihalau atau dibuang negara. Itulah betapa  hebatnya kerajaan Islam di Brunei.

Jadi PAS janganlah dok canang dan menipu kat penduduk-penduduk kampung kononnya UMNO dan BN tolak hudud. La ni zaman internet depa boleh dapat maklumat sebenar pasai hudud.

PAS la ni memiliki 21 ahli Parlimen yang sudah tentu semuanya beragama Islam. Ajak dan berpakatlah dengan ahli-ahli Parlimen dari UMNO seramai 88 orang tu. Pakat lagi dengan 11 dari 14 ahli Parlimen dari Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak yang beragama Islam. Campur lagi dengan 14 dari 30 ahli Parlimen PKR yang Islam dan 2 dari DAP yang Islam. Semuanya berjumlah 136 orang. Simple majoriti 112 orang...Insya Allah hudud dah boleh dilaksanakan jika semua 136 Ahli Parlimen Islam ni bersetuju!

Buat permulaan ajaklah UMNO dan ahli-ahli Parlimen Muslim ni membincangkan perlaksanaan hukum hudud dengan membawa usul tersebut ke Parlimen. Nanti baru kita akan tahu siapa yang sokong hudud dan siapa pula yang menentang?   

Tak perlu nak tuduh-tuduh kononnya UMNO yang tolak hudud dan tolak Islam. Sedangkan PAS sendiri tak pernah mencuba kaedah ini, mana nak tau hasilnya? Tapi kalau kena caranya Insya Allah akan terlaksananya juga hudud di Malaysia.

Elok benarlah sesuai dengan pembukaan sidang Parlimen esok YB Mahfuz Omar selaku Ahli PAS Parlimen Pokok Sena merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah membentangkan usul perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Mungkin YB Johari Abdul; Ahli Parlimen PKR Sg Petani dan YB Zairil Lim ahli Parlimen DAP Bukit Bendera merangkap 'wakil melayu-Islam' dalam DAP yang juga Pengerusi Interim DAP Kedah menyokong usul perlaksanaan hukum hudud ini. Bukankah DAP kini sudah berubah dan lebih Islamik dari UMNO sendiri hasil tarbiyah dan tahaluf siyasi PAS? 

Di Kedah ni yang selalu kata UMNO tolak Islam tu adalah orang-orang yang mengaku dari sebuah parti Islam 'terpilih'. Tapi yang tolak Enakmen Jenayah Syariah Pindaan 2013 juga adalah dari sebuah parti Islam yang banyak dalih.

Kalau PAS takut nak kemukakan usul hudud ini, ditambah pula selama depa perintah Kedah dulu pun dah banyak sangat kalih, elok sajalah penduduk-penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih dan pilih undi BN pulak PRK kali ni. 

Insya Allah Sg Limau mampu berubah bila BN redah, PAS akan rebah.



#PRKSgLimau : DAP hantar gadis separuh BOGEL berkempen?!!

Posted: 23 Oct 2013 01:00 AM PDT


Anda boleh nilaikan sendiri tahap moral para penyokong calon PAS yang menggantikan arwah Us Azizan. Patutlah mereka berkempen kuat untuk menyingkirkan arwah selama ini dengan pelbagai fitnah dan adu domba, walaupun ketika arwah sedang tenat. Apakah kita mahu menghina arwah dengan pengganti yang mempunyai penyokong yang akhlaknya buruk seperti ini?

Di manakah sikap menghormati hak dan privasi wanita yang sepatutnya menjadi prinsip tertinggi dalam parti yang menggunakan nama Islam? Apakah Islam mengajar kita cara dan akhlak seperti ini? Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian intai dan cabul ketika penyokong lelaki tersebut memenuhi tandas tersebut?


Inilah puncanya kenapa kami kata seperti di atas. Dengan iklan ubat kuat yang menjadi punca pendapatan utama media pembangkang, memang tidak hairanlah potensi untuk berlakunya kejadian nafsu di luar kawalan ketika bersesak-sesak nanti sangat tinggi. Lebih teruk jika golongan yang sudah serakah ini boleh dengan bebas pula keluar masuk tandas wanita. Nauzubillahiminzalik.

Kami harap para pengundi DUN Sg Limau dapat mengambil perhatian akan perkembangan ini ketika memangkah kertas undi 4 November kelak. Takkanlah kita hendak gantikan tokoh pemimpin seperti arwah Us Azizan dengan calon yang didokong oleh golongan syiah, musuh Islam dan manusia yang tidak bertamadun?

Kadang kala kami selalu terfikir, apabila isteri atau keluarga pemimpin UMNO ada yang tidak menutup aurat, cepat-cepat puak-puak ini akan jatuhkan hukum neraka. Tetapi apabila penyokong DAP separuh bogel di kalangan mereka, ia boleh jadi HALAL pula. Pelik bukan?

Bukti Bergambar : Hanya Dengan Menjadi Ahli PAS, Anda Akan Mudah Dapat Tanah Di Selangor.

Posted: 22 Oct 2013 11:30 PM PDT

Satu penyelewengan yang perlu rakyat Selangor tahu.


Sumber : FB Cywar Putrajaya

Lihatlah bagaimana anak Selangor ditipu oleh PAS. Hanya dengan menjadi ahli PAS, anda akan dipermudahkan untuk mendapat tanah di Selangor walaupun anda bukan lahir di Selangor.

Tanah milik anak negeri dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih sokongan. Akhirnya, anak Selangor akan merempat di bumi sendiri.

MyMassa masih ingat, dahulu anak Selangorlah paling bertuah semasa BN memerintah. Dari segi pelajaran, mereka mendapat kemudahan Yayasan Selangor. Setiap insentif Kerajaan Negeri, anak kelahiran Selangorlah yang dapat dahulu.

Tapi pembangkang tahu mereka takkan dapat undi dari anak jati Selangor. Mereka tahu bahawa ramai anak Negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan menetap di Selangor mencari rezeki. Sebab itulah segala kemudahan anak Negeri Selangor telah dieksploitasi untuk meraih undi pemastautin dari negeri lain.

MyMassa berpandangan sudah tiba masanya DYMM Sultan Selangor masuk campur dalam hal tanah. Janganlah sampai semua tanah telah tergadai kepada anak Negeri lain sehingga tiada yang tinggal untuk anak jati negeri sendiri seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

*Mohon maklumat ini disebarkan kepada anak-anak jati Negeri Selangor.