Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sudah nampak isyarat mahu perubahan dalam UMNO!

Posted: 21 Oct 2013 10:42 PM PDT


Kehadiran Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir ternyata mengubah corak pengundian pemilihan UMNO kali ini apabila beliau memberi saingan yang cukup sengit bagi menduduki salah satu kerusi Naib Presiden.

Biar pun akhirnya tewas, namun beliau boleh dianggap mencapai kemenangan dari segi sokongan apabila beliau bukan sahaja berjaya mengubah kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dari tempat kedua sebelum ini kepada tempat ketiga tetapi juga undi popular beliau dikatakan turut meninggalkan Menteri Pertahanan itu.

Perolehan undi itu dianggap isyarat perwakilan bahawa mereka mahukan perubahan dan sekurang-kurangnya ia mahu dilihat pada kedudukan kerusi Naib Presiden. Bagaimanapun impian itu tidak tercapai kerana masih lagi ramai lagi perwakilan beranggapan Hishammuddin tidak harus dikorbankan hanya semata-mata kerana persepsi ketika beliau mengetuai Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin seolah-olah sudah menyedari bahawa persepsi di kementerian itu akan mengugat kedudukan beliau apabila ketika berucap di Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Sembrong, beliau menempelak pihak-pihak tertentu yang menganggap beliau lembik ketika mengetuai KDN.

Hishammuddin menyifatkan, tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau itu jelas tidak berasas dan berkemungkinan mempunyai sebab tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak adil terhadap dirinya.

"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti.

"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui pilihan raya umum ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini,'' katanya.

Namun penjelasan Hishammuddin itu dianggap sudah terlewat apabila persepsi terhadap beliau banyak mengganggu perolehan undinya.

Selain itu, ramai pemerhati politik melihat sokongan dua sayap parti khususnya Pemuda UMNO turut sedikit sebanyak mengganggu kelancaran undi kepada Hishammuddin.

Ia memandangkan ramai perwakilan memahami sentimen politik yang berlaku antara Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Mukhriz. Oleh itu mereka melontarkan undi kepada Mukhriz sebagai isyarat kepada Ahli Parlimen Rembau tersebut. Malah bahagian Rembau yang Khairy menjadi Timbalan Ketua Bahagian turun melontarkan undi kepada Mukhriz.


Dalam masa yang sama, Hishammuddin juga dipaksa berhadapan perubahan kecenderungan mengundi oleh perwakilan di sebahagian besar bahagian-bahagian. Biar pun sebelum ini, maklumat yang diterima banyak bahagian akan mengundi beliau tetapi mereka dikatakan mengubah pendirian di saat-saat akhir.

Apatah lagi, perwakilan dikatakan tidak berpuas hati apabila ada khabar angin yang menyatakan ada arahan supaya mereka mengekalkan ketiga-tiga naib presiden. Biar pun hakikatnya, langkah itu mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan ketiga-tiga penyandang tetapi Hishammuddin menerima tempias paling banyak.

Keadaan itu memungkinkan ketika dua lagi penyandang Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal terus selesa mengutip satu demi satu undi daripada 191 bahagian sehingga diisytihar menang lebih awal, Hishammuddin pula terpaksa 'bergilir-gilir' dengan Mukhriz mengutip undi.

Hishammuddin mendapat kesemua 14 undi bahagian di Pahang dan 25 undi bahagian di Johor manakala Mukhriz pula mendapat kesemua 15 undi bahagian di Kedah manakala tiada satu bahagian pun di negeri itu memberi undi kepada Hishammuddin.

Gelombang

Biarpun gagal menempatkan diri dalam barisan Naib Presiden namun Mukhriz telah memberi isyarat yang jelas bahawa beliau mempunyai sokongan cukup kuat dalam UMNO cuma jumlahnya sahaja belum mampu menggerakkan beliau untuk menduduki tempat sebagai naib presiden. Tetapi satu fakta yang tidak boleh diketepikan, Mukhriz telah berjaya membawa satu gelombang perubahan dalam penentuan kepimpinan melalui slogan 'Berani Berubah'.

Kenyataan beliau yang sebelum ini mahu perwakilan mengundi mengikut suara hati ternyata berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi yang merasakan pemilihan kali ini perlu memberi isyarat kepada rakyat bahawa UMNO dalam landasan untuk berubah.

Kejayaan Ahmad Zahid sememangnya sudah diduga berikutan populariti beliau yang melonjak selepas mengetuai Kementerian Dalam Negeri dan sebelum ini memainkan peranan besar ketika Ops Daulat di Lahad Datu.

Ahmad Zahid secara tidak rasmi dikatakan menguasai hampir keseluruhan undi bahagian dan memperolehi undi popular yang mencecah lebih 50,000 undi.

Manakala imej 'menteri kampung' pula ternyata menyebelahi Shafie. Walaupun pada mulanya beliau dikatakan menghadapi laluan sukar untuk mendapat undi dari Sabah, namun Shafie berjaya melepasi rintangan itu, apabila setakat pukul 12 tengah malam tadi, beliau memperolehi 15 undi bahagian daripada 25 bahagian di Sabah.


Kemenangan itu membuktikan Shafie mempunyai kekuatan akar umbi yang luar biasa di seluruh negara dan ini bertepatan dengan keyakinan beliau sebelum ini bahawa sebarang taktik politik yang bertujuan menghalang perolehan undi beliau tidak akan berjaya kerana mempunyai sokongan di peringkat tersebut.

Bagi Pengerusi Felda Tan Sri Isa Sama dan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Datuk Seri Ali Rustam, era mereka boleh dianggap berada di penghujung untuk menempatkan diri dalam barisan kepimpinan UMNO di peringkat pusat.

Perolehan sebanyak enam undi oleh Isa dan tujuh undi oleh Ali, jelas menunjukkan bahawa perwakilan mempunyai perhitungan tersendiri dalam menentukan barisan kepimpinan UMNO kali ini.

Sementara itu bagi kerusi Majlis Tertinggi, perwakilan ternyata mengamalkan pengundian secara berpakej bagi menteri dan timbalan menteri.

Malah dalam memilih pakej tersebut, faktor umur ternyata tidak menjadi perhitungan perwakilan sebaliknya mereka melihat keupayaan melaksanakan tugas.

Ini terbukti apabila mereka memastikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek,67, berada dalam senarai 25 ahli MT yang terpilih.

Turut mendapat tempat setakat pukul 1 pagi ini melalui keputusan tidak rasmi ialah calon paling muda iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

Kini pemilihan UMNO sudah berakhir, janganlah ada lagi spekulasi yang bukan-bukan terhadap keputusan yang dibuat oleh perwakilan. Belajarlah untuk menghormati keputusan mereka.

Tidak kira berapa pun jumlah undi yang mereka perolehi, sekarang bukan masa untuk yang menang mendabik dada dan yang kalah membawa diri. Sebaliknya, mereka perlu kembali merapatkan barisan untuk membuat persiapan turun ke 'medan perang' iaitu pilihan raya yang akan didahului dengan pertempuran di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November ini.

UMNO telah berjaya menempah sejarah melalui pengundi melalui sistem elektoral, oleh itu biarlah sejarah ini akan diiringi dengan sikap berlapang dada semua peringkat dalam parti itu menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan.

Ingatlah sejauh mana pun perancangan dan usaha manusia akhirnya Allah juga penentu segala-galanya. Sama ada menang atau kalah, tewas atau tersingkir, terpilih atau terhumban, ia pasti ada hikmahnya.-UMO

Suara Politik
Belantan

DAP: Mengetuk dulang paku serpih?

Posted: 21 Oct 2013 05:38 PM PDT

Lim Guan Eng dan partinya sering menuduh BN dan komponennya sebagai tidak demokratik tetapi hakikatnya amalan nepotisme dan kronisme dalam DAP dilihat lebih keterlaluan.

Walaupun DAP berpegang teguh kepada slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) namun sehingga hari ini ramai lagi ahli, tidak kira penyokong akar umbi atau sudah menjadi 'bekas', masih lagi tampil dengan pelbagai cerita. Dakwaan mereka ini mencacatkan moral serta kewibawaan parti 'demokratik' itu.

Ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baharu kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan DAP, bukannya melalui kongres khas seperti yang dilaksanakan bulan lalu. Kongres kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis kongres khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari sahaja.

Berdasarkan Fasal VIII Perkara 8 perlembagaan parti itu, kongres khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan untuk tujuan pemilihan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pada awalnya membayangkan tarikh pemilihan semula mungkin pada penghujung November atau awal Disember secara tiba-tiba membuat 'pusingan U' dan bersetuju dengan tarikh baharu pemilihan semula yang tidak kurang daripada sebulan.

Ramai mempersoalkan rasional pemilihan semula CEC pada 29 September lalu yang menyaksikan 'kejatuhan' Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dengan hanya sekadar memenangi undian kedua dan kelima tertinggi.

Kedudukan Guan Eng dalam undian tidak melayakkan beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung DAP kerana gagal mencapai undi paling popular. Ini kerana hanya mereka yang meraih undi popular layak menjadi Setiausaha Agung DAP sebagaimana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah uar-uarkan selepas PRU-13 kononnya undi popular layak menerajui negara.


Liew Chin Tong memperoleh 1,438 undi tetapi hanya layak memangku jawatan Pengarah Pendidikan Politik. Walhal, dia mendapat undi paling popular berbanding Kit Siang 1,436 undi. Bagaimana Guan Eng boleh menafikan hak serta kelayakan Chin Tong untuk memegang jawatan paling berkuasa dalam parti kerana beliau telah berjaya membuktikan dirinya lebih berpengaruh dengan 55 peratus undi berbanding Guan Eng yang hanya memperoleh 49.99 peratus.

Bukankah Chin Tong yang dipercayai oleh perwakilan boleh membawa perubahan dalam DAP kepada lebih baik? Adakah adil untuk berbuat demikian? Bukankah tindakan ini umpama tidak jujur dengan perwakilan yang mempercayai Chin Tong berbanding Guan Eng untuk menerajui parti?

Penulis juga keliru apabila pemilihan kali ini masih misteri dengan kejadian-kejadian pelik seperti penarikan diri 17 orang CEC secara mendadak? Adakah terdapat 'arahan khas' daripada pihak atasan untuk menarik diri supaya perwakilan 'terhad' untuk mengundi nama-nama tertentu? Rata-rata yang menarik diri juga adalah golongan yang mempunyai jawatan dalam peringkat negeri dan parti. Apakah muslihatnya?

Pernahkah kita terfikir bagaimana pula dengan perwakilan yang sudah dipecat daripada parti, tetapi hadir mengundi? Antaranya, bekas Adun Teratai, Jenice Lee yang telah dipecat sebelum digantung kemudian dibenarkan mengundi sebelum dipecat sekali lagi pada 7 Oktober lalu? Adakah undi Jenice itu sah? Ketika dihubungi Jenice berkata, beliau juga rasa terkejut.

Melayu celup

Begitu juga, dengan 'kehilangan' 845 perwakilan yang layak mengundi namun tidak hadir pada hari mengundi? Apakah sebenarnya yang berlaku? Jika sebelum ini, angka 753 perwakilan yang rata-ratanya pengundi India didakwa dinafikan hak untuk mengundi, kali ini timbul pula angka baru 845. Sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke pernah mendakwa wujud sebanyak 500 surat salinan asal yang dikatakan ditandatangani para perwakilan parti itu yang tidak dapat menghadiri pemilihan CEC lepas. Namun sehingga hari ini beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen.


Turut menjadi tanda soal adalah kemenangan Zairil Khir Johari yang dianggap 'Melayu celup' tetapi diangkat mewakili kaum Melayu dalam DAP. Sehingga hari ini masih ada lagi orang mempersoalkan ketulenan Zairil yang hanya namanya seperti Melayu tetapi rupa dan gaya lebih kepada Cina?

Dalam ucapan Guan Eng pada pemilihan khas CEC lepas: "Kita bukan mahu laungkan hidup Melayu atau hidup Cina tetapi kita mahu laungkan hidup Malaysian Malaysia".

Tetapi mana wakil orang Melayunya? Sedangkan selama ini nilai orang Melayu dalam DAP hanya sekadar 50 sen. Pengakuan itu dibuat oleh bekas Naib Pengerusi parti itu, Zulkifli Mohd. Noor yang mendakwa orang Melayu tidak mempunyai sebarang nilai dalam parti itu sebaliknya hanya untuk mengaburi pandangan umum supaya DAP boleh memperluaskan kuasa dalam kalangan orang Melayu. Jelaslah DAP bukan lagi parti sosialis yang beliau percaya ketika menyertai DAP pada 26 tahun lepas.

DAP sudah menjadi parti keluarga dan kroni-kroni tertentu sahaja. Kumpulan ini sahaja yang boleh dan menguasai keseluruhan parti. Masing-masing bukan sahaja memegang kuasa dalam parti malah diberikan ruang untuk bertanding pada pilihan raya umum dengan membelakangkan ramai calon yang lebih layak.

Akar umbi inilah yang menyebabkan DAP berada pada kedudukan yang sungguh selesa ketika ini. Namun apakan daya, suara-suara kerdil ini tidak langsung didengari.

Antara contoh popular budaya nepotisme yang diamalkan dalam DAP ialah keluarga Dinasti Lim yang ketika ini merangkumi Kit Siang, anaknya, Guan Eng dan adiknya yang sedang berjinak-jinak dengan dunia politik DAP, Lim Hui Ying. Selain itu keluarga Karpal Singh serta anak-anak beliau Gobind Singh dan Jagdeep
.

Pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Perak, anak beranak Leong Ngah Ngah dan anak perempuannya, Leong Yu Man di Pahang yang masing-masing menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Triang dan Tanah Rata selain jawatan dalam parti peringkat negeri.

Kita akan lihat lebih ramai calon dalam kalangan keluarga yang bakal diserap sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 14. Ini seolah-olah perniagaan keluarga yang diwarisi turun- temurun.

Bagaimana pula dengan kronisme yang juga tidak kurang hebatnya dalam parti itu. Antara contoh ketara seperti yang terjadi di Selangor. Rata-rata yang bertanding dan menang bagi kerusi Parlimen dan DUN adalah kenalan rapat Ahli Parlimen Cheras merangkap Pengerusi Disiplin DAP, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Antara kenalan Kok Wai ialah ADUN Teratai, Tiew Wey Keng yang pernah disabitkan dengan penyelewengan namun dibenarkan bertanding dan menang, ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang turut terpalit dengan skandal namun tiada tindakan.

Bagaimana pula dengan anak didik Tony Pua, Yeoh Bee Yin yang cuma menyertai DAP tidak kurang daripada setahun, sebelum terus dicalonkan bagi kerusi selamat, Damansara Utama dan menang? Begitu juga dengan bekas think tank Parti Gerakan, Ong Kian Meng yang sebenarnya dibayar sebagai pemikir dalam DAP selama dua tahun oleh Tony Pua sebelum menyertai DAP tidak kurang daripada enam bulan sebelum menjadi calon bagi kerusi Parlimen Serdang.

Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan menyifatkan parti itu kini tidak lagi demokratik kerana dipimpin oleh individu yang mempunyai kepentingan serta tidak boleh menerima kritikan ahli akar umbi.

Menurutnya, keadaan ini dapat dilihat apabila ahli-ahli cawangan dan akar umbi yang mempersoalkan kepentingan kepemimpinan parti akan 'dihukum' dengan pelbagai cara termasuk dipecat selain ada yang tidak dibenarkan mengundi semasa kongres parti. Guan Eng sering mengkritik parti politik lain dengan pelbagai dakwaan tetapi beliau tidak mengotakan apa yang dikata. Yang jelas DAP kini lebih sudu dari kuah dan cengkaman Dinasti Lim semakin melebar tanpa sebarang halangan.-UMO

Suara Politik
Belantan

PENSYARAH UPSI DAN BEKAS GURU PONDOK DIUMUM CALON BN DI #PRK SG LIMAU!

Posted: 21 Oct 2013 07:48 AM PDT


Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Suhaimi Lazim, 52 dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Sungai Lentang, di sini sebentar tadi.

Dr Suhaimi juga adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagia Jerai. Beliau merupakan anak tempatan dan berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.



Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Malaysia / Tamadun Asia (Jepun)) , Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) (Pengajian Peradaban / Tamadun Islam dan Asia Timur) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Sains Politik) juga dari USM.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Suara Politik
Belantan

Surendran bukan saja pemimpin angkuh, penakut dan 'kecut teloq', tapi bodoh piang?

Posted: 21 Oct 2013 03:17 AM PDT


Kalau tidak berani, tidak perlu cakap besar, demikian sindiran yang diberikan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N Surendran untuk menandatangani borang yang melibatkan syarat indemniti.

Menurut beliau, syarat yang terkandung di dalam surat tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menyertai operasi pihak berkuasa termasuk tentera.

Kadir yang juga merupakan bekas wartawan tidak menafikan hakikat bahawa beliau sendiri pernah menandatangani borang tersebut bagi membolehkan untuk menyertai operasi mahupun lawatan yang melibatkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak berani menyabung nyawa, tak perlulah cakap besar.

"Wartawan pun dikenakan syarat yang sama, misalnya sebelum seorang wartawan menaiki pesawat TUDM atau pesawat milik kerajaan mereka perlu dulu menandatangani surat indemniti itu, jadi ini adalah perkara biasa.

"Sepanjang pengalaman saya, masa saya naik kapal terbang tentera dulu memang begitulah," katanya yang dihubungi Antarapos.


Peguam PKR, R Sivarasa menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan Surendran ketika mengikut operasi yang dijalankan polis.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir kesemua syarat yang diletakkan pihak polis namun meminta dua syarat yang melibatkan keselamatan itu dipertimbangkan semula.

Namun, keengganan Surendran dan halangan Sivarasa itu dilihat sebagai satu alasan yang dianggap dangkal oleh mereka yang selama ini mempertikaikan operasi polis demi mempertahankan negara daripada ancaman jenayah.

"Orang bodoh ini dia cakap banyak. Tak perlu bagi alasan banyak-banyak, kalau dia tak mahu tanda tangan tak usah ikutlah.

"Orang-orang macam ini jangan layan sangat, dia orang ini bangsa yang suka bercakap.

"Kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diuji, itu sahajalah," tegas Kadir sekali lagi sebagai meminta Surendran mengakui kegusarannya itu untuk menyertai operasi polis.

Terdahulu Surendran mahu menyertai operasi polis ekoran tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka yang menembak penjenayah secara melulu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diusulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan dasar "tembak dahulu" kepada penjenayah.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Bajet PR: Mudah nanti nak tuduh kerajaan ciplak idea...!!! Boloh punya olang?

Posted: 21 Oct 2013 08:00 PM PDT


Bajet bayangan 2014 Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.2 peratus dan kadar defisit GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 3.2 peratus untuk tahun 2014.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ramalan ini dibuat berdasarkan ekonomi global pada tahun 2014 yang dijangka akan meningkat.

"Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit kami adalah selalunya lebih rendah daripada Barisan Nasional.

"Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2 peratus (dianggarkan sebanyak 3.8 peratus hingga 4 peratus) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan," katanya ketika membentangkan rumusan bajet alternatif Pakatan Rakyat yang di Parlimen hari ini.

Anwar berkata bajet alternatif keseluruhan hanya akan dibentang sehari sebelum bajet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentang pada Jumaat, kerana bimbang Kerajaan Persekutuan akan 'mencuri' idea-idea dari bajet tersebut.

"Mereka (Kerajaan Persekutuan) ''ambil' idea dari bajet kami sebelum ini. Tetapi, jika mereka 'ambil' idea kami dan mengucapkan terima kasih kepada kami tidak apa. Kami tidak mahu perkara ini diulangi," katanya sambil menambah bahawa bajet itu dimuktamadkan petang semalam.

Anwar berkata salah satu fokus bajet ini adalah mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan dan oleh kerana itu, kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan akan ditangguhkan.

"Ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus," katanya.


Anwar berkata di bawah bajet 2014, Program Latihan Khidmat Negara akan ditangguhkan kerana ia gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih.

"Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam program.

"Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)," katanya.

Selain itu, Pakatan Rakyat bercadang untuk menambah 200,000 kerja baharu dalam tempoh tiga tahun, khususnya untuk mereka yang berumur 15 ke 24 tahun.

Bajet itu turut mencadangkan penangguhan implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga pendapatan minima isirumah ditingkatkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata di bawah bajet alternatif ini, satu skim insurans 24-jam PERKESO akan diperkenalkan.

"Pada waktu ini, skim insuran PERKESO hanya meliputi kemalangan yang berlaku apabila pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan sewaktu bekerja.

"Skim insurans 24-jam ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan, majikan, dan pekerja akan masing-masing menyumbang tambahan RM1 sebulan," katanya.

Turut diketengahkan di dalam bajet tersebut adalah cadangan untuk mewujudkan Skim Insuran Luar Bandar atau Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) yang lebih komprehensif.

"Pakatan Rakyat mencadangkan SIPNP ini diwujudkan berdasarkan 'pendekatan kawasan' bagi kerugian yang disebabkan oleh perubahan musim serta 'pendekatan individu' bagi kerugian yang disebabkan oleh bencana alam dan serangan wabak penyakit."

Persoalanya sekarang ialah kenapa pembangkang kemaruk sangat nak buat bajet sendiri? Bajet yang hanya untuk SYOK sendiri lebih baik tak payah. Walau bagaimana baik sekalipun bajet PR, boleh implement ke?
Hampas punya Pakatan Rakyat?

Wasabi Oyabun..

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


KOMER PERNAH TENGOK PENANGGAL KENA TANGKAP DI KUALA KANGSOR

Posted: 21 Oct 2013 02:01 AM PDT

Hantu penanggal ditangkap di Kuala Kangsar

Gambar hantu penanggal ini dikatakan ditangkap di Kuala Kangsar, Perak. Hantu Penanggal turut dikenali sebagai hantu botol kerana cara ia mengeluarkan kepala dari tubuh sama seperti membuka penutup botol. Penanggal dikatakan menggunakan jasad pemilik sebagai perantara dengan bantuan jin ataupun saka. Hantu ini sering dijumpai di kawasan sawah padi kerana gemar memakan katak, malah ianya adalah hantu yang paling ditakuti ketika seseorang hendak bersalin kerana turut menggemari darah ibu yang baru melahirkan anak. Ianya mengeluarkan cahaya terang benderang ketika terbang. Penanggal bukan sahaja berkeliaran di semenanjung tanah air, malah turut digeruni di Indonesia dan juga Thailand. Kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Read more: http://blog-ketegaq.blogspot.com/2012/09/hantu-penanggal-ditangkap.html#ixzz2iLHs8hzw

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Blog Setpol Arwah Ustaz Azizan Dedah Kepincangan Anwarinas PAS Kedah #PRKSgLimau

Posted: 21 Oct 2013 10:49 PM PDT

Berikut catatan Ustaz Sanusi yang mana merupakan Setpol Bekas MB Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Ab Razak tentang perjalanan PAS Kedah.

Ia membuktikan bagaimana situasi yang berlaku dalam PAS semasa Allahyarham masih menjadi pesuruhjaya negeri. Yang berpunca dari penentangan pihak tertentu antaranya Mahfuz Omar dan Ir Pahrolrazi  yang kita boleh baca kisahnya sebelum ini.

Tekanan dan kesan penentangan tersebut telah membawa kepada hasrat Ustaz Azizan mahu meletakkan jawatan akibat pergolakan dalaman aantara mereka yang tidak sepatutnya berlaku dalam parti Islam tersebut.

Baca kisahnya lebih lanjut dan nilaikan sendiri adakah PAS akan menang PRK N20 Sg Limau kali ini.

Penyokong Azizan sudah pasti akan memilih untuk memberi undi kepada BN agar perbuatan kejam penentang beliau akan mendapat balasan yang setimpal !

Kenang bagaimana Hj Hadi sendiri tiba hari kedua beliau meninggal dan Anwar serta Lim Kit Siang juga tidak pergi menziarahi beliau seperti mana mereka melakukannya ketika Teoh Beng Hock mati.

Baca sepenuhnya di sini :

http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html?m=1

Himpunan Ulama’ Turath Dari Web Yayasan Sofa

Posted: 21 Oct 2013 06:17 PM PDT

Sabtu , 19 Oktober 2013 – "Himpunan Ulama' Turath siri 3" yang dihadiri oleh Ulama' dari seluruh Malaysia dan tidak tekecuali Penasihat Yayasan Sofa Negeri sembilan Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin. 

Majlis ini diadakan di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. 

Himpunan ini bertajuk "Pendirian Ulama Terhadap Ancaman Syiah".
http://yayasansofa.com/v3/2013/10/21/himpunan-ulama-turath-siri-iii-2/

Sent from my iPhone

Keputusan isu #KalimahAllah tidak libat Kristian di Sabah dan Sarawak - PM @NajibRazak

Posted: 21 Oct 2013 05:25 PM PDT

kalimah1sxx
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.
"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.
Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu Isnin.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Okt lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.
Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.
"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.
"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.
Bernama melaporkan beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.
Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.
"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.
"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai...ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.
Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.
Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya.-21/10/2013

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Lupakan Segala Sengketa, Ayuh Tumpukan Pada PRK Sungai Limau, Zahid Hamidi...

Posted: 21 Oct 2013 07:00 PM PDT


Naib presiden umno, zahid hamidi mengingatkan kepada seluruh jentera umno supaya menumpukan kepada prk sungai limau, target bn ialah untuk merampas kembali dun itu...

Zahid meminta seluruh jentera umno melupakan segala sengketa dalam pemilihan lepas dan menumpukan kekuatan pada prk sungai limau, satu nasihat yang amat bermakna dari seorang naib presiden.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Hadis Rasulullah s.a.w, Keadaan Menjelang Kematian

Posted: 21 Oct 2013 06:26 PM PDT

Petikan dari "Tanah kubur"Astro Oasis

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari?

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullahs.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"


Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: 

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia."
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Betulkan aku jika ada kesilapan dalam penulisan ini kerana aku bukanlah seorang manusia yang sempurna apatah lagi dalam ilmu agama ,hanya ingin ingat mengingat sesama kita.Wallahualam..

Subahanallah,Kajian Aura Manusia Dan Hadis Rasulullah s.a.w

Posted: 21 Oct 2013 03:42 AM PDT


Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan haba dan memanaskan tubuh badan manusia. 

Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.
Kajian terkini menggunakan " nano teknologi " telah mendapati bahawa dalam setiap sel itu pula mengandungi 10,000 sel hidup yang memiliki kebijaksanaan (intelligence) dan melaksanakan fungsi seperti mana yang telah diprogramkan. 
Program-program ini dikawal oleh otak melalui talian maklumat yang disampaikan menerusi sistem saraf (meredian lines). Talian saraf ini seumpama talian telefon yang memerlukan tenaga eletrik bagi membawa denyutan (pulse) maklumat daripada otak ke anggota tubuh menerusi saraf sebagai "arahan" dan sebaliknya maklumat daripada anggota tubuh dihantar sebagai " laporan " kepada otak supaya otak dapat memproses maklumat itu dan mengenalpasti keadaan anggota berkenaan.

Sekiranya anggota itu sakit, maka otak akan mencari penyelesaiannya seperti mengeluarkan enzim-enzim atau kimia tertentu bagi memulihkan anggota berkenaan. Kesemua proses biologi ini tersusun dalam satu rangkaian proses yang berhubung kait antara satu sama lain.

Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.
Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.

Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya "orgone" dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.

Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.
Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya.

 Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang.

Amat benarlah hadis yg diriwayatkan Bukhari dan Muslim :
" Sesungguhnya umatku akan dipanggil kelak dgn muka2 dan tangan2 yg bercahaya dari bekas wuduk,maka barangsiapa dari kamu dapat memperpanjangkan cahaya mukanya maka hendaklah dia melaksanakannya "
Sementara hadis riwayat ibnu Asaakir dan Dailammi pula berbunyi :
" Istighfar itu papan catatan amal, kemilau cahayanya "
Pernah juga kita terdengar Nur yg terpancar dari wajah org2 soleh dan Nur dari wajah RAsulullah SAW.

Dr. William Eidson dan Karen Gestla dari Universiti Drexel, Dr Hiroshi Motoyama dari Jepun, Dr Zheng Rongliang dari Universiti Lanzhou juga membuat kajian lanjut berkenaan medan tenaga ini. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Bioinformation Institute of A.S Popow mengumumkan penemuan kukuh bahawa organisma hidup mengeluarkan getaran tenaga berfrekuensi antara 300 hingga 2000 nanometers. Mereka memanggilnya sebagai 'Medan Tenaga Bio" atau "Bioplasma".

Penemuan ini disahkan oleh Akademi Perubatan Moscow dan disokong oleh penyelidikan di Great Britain, Netherlands, Germany, Amerika dan Poland.
Sel-sel tubuh memerlukan air sebagai sumber makanan utama dengan membentuk 70% daripada tubuh adalah air. Berlandaskan fakta ini dapatlah kita simpulkan bahawa makanan dan minuman yang baik akan membentuk sel-sel yang baik. Sel-sel yang baik ini pula akan bergetar mengeluarkan tenaga. 

Perubahan kekuatan bioplasma dan sinar cahaya oleh tenaga itu pula telah dibuktikan secara saintifik berkait rapat dengan kadar kesihatan, fizikal, emosi, malah psikologi dan kerohanian seseorang. Maka kini terbongkarlah secara saintifik rahsia rawatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu yang digelar sebagai sains kuno.

Dapatlah kita fahami kini bagaimana logik dan relevennya amalan masyarakat kita yang diwarisi dari petua dan kaedah ulama silam seperti amalan mingguan membaca Surah Yasin yang biasanya diisi sebagai program amal pada malam Jumaat dan ada antara kita yang mengambil kesempatan menadah air sempena keberkatan daripada bacaan Surah Yasin tersebut.
Subahanallah..
-sumber- 

Perempuan ingin cantik selama-lamanya.

Posted: 21 Oct 2013 12:26 AM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

KISAH MALAM PERTAMA SEPASANG SUAMI ISTERI


Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…
Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik….

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

"Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga." (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada…nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Subhanallah 
Sumber: (kisah-malam-pertama-sepasang-suami) . sini

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 

                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)." - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 


Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77