Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG DAN PENGUNDI VP01 DS @ZAHID_HAMIDI

Posted: 19 Oct 2013 08:29 PM PDT

Mesej ini dari penyokong kuat DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersyukur atas kemenangan beliau selepas usaha dan doa sehabis mungkin dilakukan.

Berterima kasih atas segala sokongan di semua arena dari segenap pelusuk masyarakat tanda penghargaan atas bantuan yang diberikan.

Meskipun hebat dan sengit namun suasana kekeluargaan telah menyelamatkan parti dari berpecah selepas pemilihan selesai dijalankan.

Marilah kita kembali bersatu atas perjuangan yang satu demi Alif ba ta DAN  BUKAN demi takhta wanita atau harta selepas selesai pemilihan ini.

Sejurus selepas menang DS Dr Ahmad Zahid Hamidi terus bersama penyokong beliau di sana sebelum pulang kira-kira jam 3 pagi.

Sempat juga dihubungi sahabat beliau di Mekah yang mendoakannya di Arafah untuk memberitahu kemenangan beliau semalam.

Kita bersyukur Allah makbulkan hasrat kita untuk menaikkan pemimpin terbaik kalangan yang baik-baik.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PADU TUAN PUAN SEMUA DAN SEMOGA IA BERKEKALAN ATAS NIAT DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA.

Senarai Pendahulu 25 AJK Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 19 Oct 2013 04:17 AM PDT

Berikut adalah 25 calon ahli Majlis Tertinggi (MT) yang mendahului 37 pencabar bagi mengisi penggal 2013-2016 setakat jam 5.45 petang:


1. Mustapa Mohamed (3) undi
2. Ismail Sabri Yaakob (3) undi
3. Ahmad Shabery Cheek (3) undi
4. Razali Ibrahim (3) undi
5. Shahidan Kassim (3) undi
6. Idris Haron (3) undi
7. Abdul Azeez Abdul Rahim (3) undi
8. Shamsul Anuar Nasarah (3)
9. Azalina Othman (3) undi
10. Mahdzir Khalid (3) undi
11. Abd Rahman Dahlan (3) undi
12. Tajuddin Abdul Rahman (3) undi
13. Ab Aziz Kaprawi (3) undi
14. Tawfiq Abu Bakar Titingan (3) undi
15. Hasan Malek (3) undi
16. Rizal Merican (3) undi
17. Jamil Khir Baharom (2) undi
18. Idris Jusoh (2) undi
19. Annuar Musa (2) undi
20. Jamaluddin Jarjis (2) undi
21. Mohamad Hasan (2) undi
22. Rosnah Abd Rashid Shirlin (2) undi
23. Sohaimi Shahadan (2) undi
24. Abd. Latiff Ahmad (2) undi
25. Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (1) undi


Setakat 6.22 PM - Ini Keputusan Naib Presiden UMNO 2013

Posted: 19 Oct 2013 03:48 AM PDT

menurut info tidak rasmi  :


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 100

Datuk Seri Shafie Apdal = 86

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien = 56

Datuk Mukhriz Mahathir = 45

Datuk Seri Ali Rustam = 5

Tan Sri Isa Samad = 5



info GAP klik sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/10/terkini-naib-presidenmakin-hot.html

KEPUTUSAN NAIB PRESIDEN UMNO SETAKAT 6 PETANG

Posted: 19 Oct 2013 03:33 AM PDT

Sumber tidak rasmi.

Keputusan Naib Presiden Setakat 5.30 pm : @Zahid_Hamidi terus mendahului dengan @MohdShafieapdal

Posted: 19 Oct 2013 03:05 AM PDT


menurut info tidak rasmi  :


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 78

Datuk Seri Shafie Apdal = 68

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien = 46

Datuk Mukhriz Mahathir = 32

Datuk Seri Ali Rustam = 4

Tan Sri Isa Samad = 4

Pengerusi Selangor @NohOmar Putus Pemilihan Semula Wanita PJS Bahagian Gombak Puteri Pemuda Sepang

Posted: 19 Oct 2013 02:52 AM PDT

TANJONG KARANG - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Bahagian Gombak serta Pergerakan Puteri dan Pemuda Bahagian Sepang diarah mengadakan semula mesyuarat pemilihan sayap masing-masing oleh Jawatankuasa Aduan Umno Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan menghantar laporan kepada Umno pusat berhubung aduan yang diterima berkaitan pemilihan kepimpinan sayap peringkat bahagian Sabtu lepas.

"Jawatankuasa aduan ini menerima 12 aduan dan selepas diteliti, empat aduan ini mempunyai bukti yang kukuh dan perbincangan selama dua hari telah diadakan sebelum dimajukan kepada Umno pusat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Dato' Hormat di sini, hari ini.

Beliau berkata, aduan membabitkan sayap Wanita PJS adalah berkaitan pertukaran perwakilan sehingga menimbulkan pertikaian perbezaan dua undi untuk jawatan Ketua Wanita Umno bahagian itu.

Wanita bahagian Gombak pula membuat aduan berhubung perkiraan undi yang meragukan dengan beza satu undi sahaja selepas empat kali kiraan juga bagi jawatan Ketua Wanita, katanya.

Noh berkata, aduan sayap Puteri Sepang pula melibatkan 10 anggota jawatankuasa yang baharu dipilih manakala Naib Ketua Puterinya meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan proses pemilihan yang dijalankan walaupun memenangi jawatan masing-masing.

Beliau berkata, aduan Pemuda Sepang pula berkaitan perjalanan pemilihan di bahagian itu yang didapati tidak mengikut prosedur standard yang ditetapkan oleh Umno pusat.

Panel Jawatankuasa Aduan itu yang terdiri daripada Noh, Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz, Pengerusi Pemantau Jawatankuasa Pemilihan Umno Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausahanya Datuk Salamon Selamat akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini bagi memutuskan tarikh mesyuarat pemilihan semula untuk keempat-empat sayap bahagian itu. - Bernama

Sinar Harian - Keputusan Sehingga 5 Petang : @Zahid_Hamidi Mendahului dan @MukhrizMahathir Menghampiri @HishammuddinH20

Posted: 19 Oct 2013 02:24 AM PDT


KUALA LUMPUR  - [KEMASKINI] Sehingga jam 5 petang tadi, pengundian bagi jawatan naib presiden menyaksikan pungutan undi:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 63

Datuk Seri Shafie Apdal = 56

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien = 35

Datuk Mukhriz Mahathir = 30

Datuk Seri Ali Rustam = 4

Tan Sri Isa Samad = 4


sumber : http://www.sinarharian.com.my/penyandang-kekal-di-depan-zahid-dahului-1.212674

IMAM SYIAH MATI ATAS MIMBAR DIHEMPAP KIPAS KETIKA HINA RASULULLAH SAW

Posted: 19 Oct 2013 01:44 AM PDT



Keputusan Naib Presiden UMNO - DS @Zahid_Hamidi Mendahului Diikuti Shafie Apdal - @Bernamaradio24

Posted: 19 Oct 2013 01:31 AM PDT

@bernamaradio24:

Umno N/Pres - Tidak rasmi: Zahid Hamidi (30 bahagian), Shafie Apdal (24), Hishammuddin (18), Mukhriz (15), Ali Rustam (3), Isa Samad (3)

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


AZMAN BERTAMBAH POPULAR, RITA RUDANI PUN TAK LEPAS PELUANG BERGAMBARDENGAN NYA

Posted: 19 Oct 2013 09:12 PM PDT

Rupanya orang tidak lupakan lagi Pak Guard Azman kita ni.
Penghinaan yang diterima beliau itu nyata tidak dapat dimaafkan dengan mudah.
Simpati banyak pihak kepada beliau masih belum berakhir.


Rita Rudaini Sekeluarga Bergambar Dengan Pak Guard Azman Sindir


Ramai yang masih lagi mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau sebagai tanda sokongan dan simpati setelah dimalukan oleh 'seseorang'.
Terkini, Rita Rudaini yang berada di Terminal Skypark bersama keluarganya hari ini pun sempat bertemu dengan Pak Guard Azman.

Siap bawak anak-anak dia berjumpa dengan Pak Guard Azman… hah…ini barulah contoh perempuan cantik yang baik kan.
Lagipun…Rita tunjuk sokongan kepada Pak Guard Azman ni ada sindiran jauh ke kepada sesiapa tu yang duduk sepasukan dengan sorang lagi tu ke…


Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Tak Kenal Maka Tak Cinta,Dulu Penentang Sekarang Cinta rasul

Posted: 19 Oct 2013 06:26 PM PDT

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos3/Usamah/arnold.jpg&h=235&w=355&zc=1
Arnold Van Doorn
Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah.

Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).

Melalui kenyataan kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/988328_653898337977841_203634206_n.jpg

Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat.

*Diterjemahkan dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


WANTED TERRORIST Jamalul Kiram III is dead

Posted: 19 Oct 2013 08:35 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tewas bergaya - Nampaknya Mukhriz Lebih Popular Dari Hisham?

Posted: 19 Oct 2013 05:54 PM PDT


Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi. Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Mukhriz telah membuktikan malam ini bahawa beliau adalah future leader dan kita kena terus beri sokongan supaya beliau menjadi Naib Presiden No 1 pada pemilihan akan datang datang iaitu 3 tahun dari sekarang.

Kepada penyokong-penyokong Mukhriz diluar sana, jangan putus asa, perjalanan masih jauh lagi dan perjuangan belum selesai. Maju ke hadapan dan Perjuangan diteruskan. Mukhriz ada satu lagi tugas yang perlu dia lakukan iaitu PRK Sg Limau.


Lebih 146,000 ahli akar umbi Umno membuat pemilihan barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) termasuk tiga jawatan Naib Presiden dalam mesyuarat perwakilan serentak di 191 bahagian di seluruh negara hari ini.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kedua-duanya telah dimenangi tanpa bertanding, masing-masing oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain memilih kepimpinan tertinggi Umno di peringkat pusat, perwakilan juga memilih barisan pimpinan di peringkat bahagian masing-masing.

Pada 12 Oktober lalu, pemilihan secara serentak juga diadakan bagi sayap-sayap meliputi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, juga di semua 191 bahagian.

Bagi jawatan pusat, pemilihan kali ini diadakan mengikut kaedah "electoral college", yang mana calon yang mendapat undi tertinggi di satu-satu bahagian dikira pemenang di bahagian terbabit dan mendapat satu undi.

Umno menganggap sistem baru ini sebagai usaha untuk mendemokrasikan parti dan membanteras politik wang. Sebelum ini, pemilihan Umno bagi peringkat pusat hanya membabitkan sekitar 2,500 orang dan diadakan bersempena perhimpunan agung parti di ibu negara.

Kepada mereka yang menang pada pemilihan parti hari ini, hendaklah menghulurkan tangan persahabatan dan bukannya bermegah atau angkuh dengan kuasa yang ada demi masa depan lebih gemilang. Ingat, kemenangan diraih perlu dianggap sebagai amanah besar yang perlu dipikul!

Yang kalah, tidak kalah dalam perjuangan. Perjuangan masih boleh diteruskan. Inilah semangat ahli UMNO yang sejati. Inilah yang dikatakan pertandingan persahabatan dalam keluarga.

Rapatkan barisan, teruskan perjuangan. Masih ada hari esok dan biarlah hari esok itu lebih hebat dan gemilang daripada hari ini!

Suara Politik
Belantan

Gempar...!!! Penerbit Filem Hina Rasulullah Tunai Haji Selepas Masuk Islam?

Posted: 19 Oct 2013 05:31 AM PDT


RIYADH, 18 Okt - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

"Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji," beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.


Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

"Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.


"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia," katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Mukhriz Cuba Di Sabotaj Dengan Akaun Palsu FB TPM?

Posted: 19 Oct 2013 01:33 AM PDT


Muhyiddin Nafi Keluar Kenyataan Dalam FB Mukhriz Disingkir Kerana Politik Wang

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun Facebook mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan akaun Facebook itu bukan milik beliau dan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook itu yang menggunakan nama Tansri Muhyiddin Yasin'.

"Saya menafikan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun FB (Facebook) mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz.


"Saya tidak mengeluarkan kenyataan itu dan akaun FB itu bukan milik saya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini Sabtu.

Akaun Facebook itu dikesan memuat naik kenyataan pada pukul 8.30 pagi ini yang menyebut Mukhriz telah disingkir daripada percalonan naib presiden Umno.

Kenyataan itu, antara lain berbunyi "Pihak Lembaga Disiplin Umno telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini.


"Saya berharap pihak Lembaga Disiplin Umno dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin," menurut status dalam Facebook itu.

Status yang dimuat naik itu telah mendapat 45 komen dan 32 like setakat 1.30 petang ini.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Muhyiddin turut mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook rasmi beliau, menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai Mukhriz itu.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Malaysian Students Defy Government Warnings To Attend A Talk By Anwar Ibrahim

Posted: 19 Oct 2013 08:15 PM PDT

Budaya UMNO: Bertumbuk di bilik kira undi

Posted: 19 Oct 2013 05:44 PM PDT

 Gambar Hiasan


DUNGUN – Ibarat menonton perlawanan tinju, persidangan perwakilan Umno Bahagian Dungun dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan perwakilan dan wakil urusetia pemilihan.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berlaku apabila Ketua Urusetia Umno Bahagian, Alias Mamat masuk ke tempat pengiraan undi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian untuk membuat pemantauan.

Bagaimanapun tindakan beliau tidak disenangi salah seorang perwakilan yang difahamkan dari kem salah seorang calon ketua bahagian yang dipercayai telah melemparkan kata-kata kesat kepada beliau menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.

Suasana lebih panas apabila kedua-duanya masih belum berpuas hati lalu masing-masing menghampiri antara satu sama lain menyebabkan berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun ketegangan itu berjaya direlaikan beberapa perwakilan yang berada di situ dan keadaan terkawal selepas dua individu berkenaan diarahkan beredar dari lokasi terbabit.

Kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan Najib Berjaya Tapi Transformasi UMNO Gagal

Posted: 19 Oct 2013 04:49 PM PDT

Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap lembik dan tidak tegas sebagai pemimpin. Keputusannya setakat ini memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal 174 undi, Hishammuddin 100 undi, Mukhriz 91 undi, Isa Samad 7 undi dan Ali Rustam juga 7 undi.

Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie Apdal dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.

Untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU 14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.

Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan UMNO berserta harapan wajah UMNO yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan.

Kegagalan Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden ini sekaligus mengecewakan ramai orang dalam UMNO sendiri kerana beliau dilihat antara pemimpin pelapis yang diharapkan untuk masa depan parti. Lebih mengecewekan lagi ialah kerana beliau hanya kekurangan beberapa undi saja dengan Hishammuddin yang ditakrif lembik dan tidak tegas itu.

Tetapi kejayaan mengekalkan status quo ini tidak lain adalah kerana kejayaan Najib yang mahukan keputusan sedemikian menjadi kenyataan. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib lebih menyenangi ketiga-tiga penyandang ini berbanding membenarkan Mukhriz memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden itu.

Najib mahu ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada kekal bukan saja demi survival politiknya tetapi juga kerana keinginannya mahu memastikan sepupunya, Hishammuddin akan mengambil alih tempatnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri suatu hari nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Winners and losers in Umno polls

Posted: 19 Oct 2013 04:34 PM PDT


Umno president Datuk Seri Najib Razak arriving at the PWTC, yesterday. - The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, October 20, 2013. 
Umno president Datuk Seri Najib Razak arriving at the PWTC, yesterday. - The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, October 20, 2013.The Umno elections are over, and here are the winners and losers.
Winners
  • Datuk Seri Najib Razak
He wanted the status quo and he got it. He may be the butt of jokes in urban Malaysia for staying silent on all important issues in the country and for believing that all problems can be solved by tossing money around but in Umno, the man is in a strong position.
All his men – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Hishammuddin Hussein – were elected as vice-presidents yesterday. Also protecting his flank are Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and Wanita Umno leader Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Even if Tun Dr Mahathir Mohamad goes on a rampage against Najib, it is going to be just noise because the former prime minister will not have a power broker in a senior position in Umno to shake Najib.
Najib is in a much stronger position in his party than he was just after the May 5 general election. But will he do anything with this mandate or will he remain Mr Anonymous?
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
If as expected Tan Sri Muhyiddin Yassin does not contest the next general election, guess who is in running to become the deputy prime minister of Malaysia.
Not bad for someone who was detained under the Internal Security Act in 1998; who until a couple of years ago was staring at political oblivion, the price for being a close associate of Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Not bad for someone without the gravitas or the intellectual heft of some of Malaysia's former DPMs, heavyweights such as Tun Dr Ismail Abdul Rahman and Tun Musa Hitam.
But who are we to say anything? Umno absolutely loves his fighting talk and right-wing rhetoric.
  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Remember that classmate of yours who did not do much throughout the year, crammed for the last month and somehow managed to pass the SPM? Remember him following the same path for STPM and scraping through?
Now think of Hishammuddin Hussein. He did not perform well as Education Minister and only snared a slot as the vice-president in the last party polls, thanks to the last-minute intervention of his cousin, Najib.
This time around, he needed the whole cavalry to take him over the finish line. Even Shahrizat mobilised Wanita Umno to help the man who put in a poor, poor shift as the home minister.
On his own, he would have been an also-ran.
Read More / Baca Lagi >>

Publisiti meluas faktor status quo Naib Presiden kekal, kata penganalisis‎

Posted: 19 Oct 2013 04:32 PM PDT


Bangunan PWTC dihiasi bendera Umno daripada lampu LED berkilauan dalam hujan ketika keputusan pemilihan naib presiden dan MT diumumkan malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Oktober, 2013.Bangunan PWTC dihiasi bendera Umno daripada lampu LED berkilauan dalam hujan ketika keputusan pemilihan naib presiden dan MT diumumkan malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Oktober, 2013.Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila status quo jawatan Naib Presiden Umno kekal menjadi milik penyandang asal berikutan publisiti meluas yang mereka terima di seluruh negara, kata penganalisis.
Perebutan enam penjuru jawatan berkenaan menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mendahului dengan jumlah selesa apabila masing-masing memperolehi 185 dan 174 undi.
Keputusan penuh yang diumumkan sekitar jam 1.40 pagi itu menyaksikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula tetap kekal dengan memperolehi 100 undi walaupun dicabar hebat oleh Datuk Mukhriz Mahathir yang sekadar berpuas hati dengan 91 undi.
Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad sekadar berpuas hati dengan masing-masing memperolehi tujuh undi.
"Bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan kelebihan pada calon penyandang Naib Presiden yang dilihat mendapat publisiti meluas daripada perwakilan termasuk media," kata Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum A Jawan kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

“Terima kasih portal pembangkang”, kata Zahid Hamidi

Posted: 19 Oct 2013 04:31 PM PDT


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di PWTC malam tadi untuk meraikan kemenangannya kekal Naib Presiden Umno. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Oktober, 2013.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di PWTC malam tadi untuk meraikan kemenangannya kekal Naib Presiden Umno. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Oktober, 2013.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal berita pembangkang kerana "mempromosikan" kempennya pada pemilihan Umno kali ini.
Ahmad Zahid ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi berkata, portal pembangkang berkenaan turut mempopularkan beliau dengan laporan mereka.
"Saya ucapkan terima kasih pada portal berita dan majalah dan bahan di bidang sosial pro pembangkang kerana mereka turut membantu mempopularkan saya.
"Saya harap mereka jangan menyesal beri liputan tidak baik pada saya," katanya, yang tidak menamakan portal berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Regu Naib tak pecah.......

Posted: 19 Oct 2013 04:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angin perubahan yang diramalkan berlaku pada pemilihan saf kepemimpinan tertinggi UMNO di seluruh negara, khususnya bagi jawatan Naib Presiden tidak menjadi kenyataan.
Ini berikutan ketiga-tiga penyandang - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan masing-masing bagi penggal kedua untuk tempoh tiga tahun sehingga 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan keputusan rasmi itu, kira-kira 2 pagi tadi.

Katanya, Ahmad Zahid mendahului dengan 185 undi, Mohd Shafie (174), Hishamuddin (100) dan diikuti rapat Datuk Mukhriz Mahathir (91).
Foto

Menurutnya, dua lagi calon, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad masing-masing dengan tujuh undi.

Sementara itu, Tajol berkata, bahagian Baling, Semporna dan Keningau tidak perlu melakukan pengiraan semula biarpun keputusan Hishamuddin dan Mukhriz seri.

Beliau berkata, ini memandangkan jumlah perbezaan undi di seluruh negara antara kedua calon itu adalah besar iaitu sembilan undi.

Pada pemilihan 2009, Mohd Shafie berada di tangga ketiga di belakang Hishammuddin.

Pemilihan sebenarnya menyaksikan saingan sengit diberikan oleh Menteri Besar Kedah itu yang pertama kali bertanding kerusi Naib Presiden untuk slot terakhir jawatan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Naib Presiden UMNO kekal status quo

Posted: 19 Oct 2013 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai Naib Presiden UMNO untuk penggal 2013-2016.
Tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO itu mendapat mandat baharu daripada kira-kira 146,000 perwakilan sebagai 'orang kanan' kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin parti tunjang Barisan Nasional itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkan keputusan itu kira-kira 1.40 pagi, berkata, Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi iaitu 185 undi, diikuti Mohd Shafie 174 undi dan Hishammuddin 100 undi. - Bernama

Keputusan anggota Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 19 Oct 2013 04:19 PM PDT

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO setakat 2 pagi ini, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed: 168 undi
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom: 168
3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 166
4. Datuk Seri Idris Jusoh: 166
5. Datuk Seri Idris Haron: 165
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: 164
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim: 164
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan: 163
9. Datuk Hasan Malek: 151
10. Datuk Seri Shahidan Kassim: 149
11. Datuk Seri Mohamad Hasan: 149
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis: 145
13. Datuk Razali Ibrahim: 141
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid: 138
15. Tan Sri Annuar Musa: 129
16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin: 129
17. Dr. Mohd Puad Zarkashi: 117
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman: 116
19. Datuk Seri Azalina Othman Said: 106
20. Datuk Abd Latiff Ahmad: 104
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah: 102
22. Datuk Ab Aziz Kaprawi: 93
23. Datuk Bung Moktar Radin: 91
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican: 88
25. Datuk Sohaimi Shahadan: 81
- Bernama

Pengundi wanita tentukan keputusan pilihan raya

Posted: 19 Oct 2013 04:11 PM PDT


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebahagian besar pengundi yang akan menentukan satu-satunya keputusan pilihan raya adalah wanita.

Oleh itu, katanya undi wanita adalah sama dengan nilai undi lelaki dan tidak ada perbezaan undi siapa yang bernilai.

"Jadi, wanita ini kita kena jaga mereka. Kita kalah di saluran satu dan dua tetapi kita menang di saluran tujuh dan lapan, bermakna kita dapat sokongan pengundi muda. Ameerah sangat penting untuk menangkan undi wanita," katanya ketika berdialog bersama anak muda Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Ameerah sangat penting malah setiap kegiatan mereka perlu dikawal supaya mereka tidak diganggu oleh Umno yang menggunakan politik tidak bermoral.

Beliau mengakui keadaan sudah berubah, jika tahun 1980 kurangnya calon wanita kerana rakyat kurang faham dan beranggapan calon akan buat apa sahaja termasuk mengangkat barang.

"Itu bukan tugas yang sesuai untuk wanita, sekarang kita lantik wanita jadi senator dan lebih ke depan lagi kita lantik mereka mereka jadi wakil rakyat seterusnya buat polisi di peringkat negeri dan negara," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli Fan Club Ameerah.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz: I still have a place in Umno

Posted: 19 Oct 2013 04:05 PM PDT

UMNO 2013: Mukhriz puas hati atas sokongan perwakilan

Posted: 19 Oct 2013 03:49 PM PDT

UMNO ELECTION 2013: Zahid, Shafie, Hishammuddin win V-P post

Posted: 19 Oct 2013 03:48 PM PDT

Mukhriz Tewas, Tiada Pengundian Semula

Posted: 19 Oct 2013 03:45 PM PDT

Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib Presiden Umno, Mukhriz gagal

Posted: 19 Oct 2013 08:52 AM PDT

Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013. 
Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 166, 152 dan 92 undi.
Sehingga jam 11.45 malam, 167 daripada 191 bahagian Umno seluruh negara sudahpun mengeluarkan keputusan pemilihan secara tidak rasmi.
Sementara Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat Hishammuddin hanya mendapat 77 undi setakat ini walaupun dilihat sebagai salah seorang calon popular.
Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam tujuh undi serta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mendapat lapan undi.
Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu.
Keputusan penuh bagaimanapun dijangka akan diumumkan tengah malam ini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudahpun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendengar sendiri pengumuman rasmi pemilihan parti Melayu terbesar itu.
Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie.-

Pemilihan UMNO: Saya kalah dan redha kerana tidak amal politik wang, kata Saifuddin

Posted: 19 Oct 2013 08:07 AM PDT

Post Pic
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang.
 
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno.
 
"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?
 
"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :).
 
"@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.
 
Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.
 
Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
 
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. 
 
"Saya akur keputusan perwakilan," katanya.

Penyandang Naib Presiden Umno kekal walau diasak hebat Mukhriz

Posted: 19 Oct 2013 08:04 AM PDT




 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian.
Sehingga jam 10.00 malam ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 153.
Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 142 dan 84 undi.
Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 153
2. Datuk Seri Shafie Apdal -142
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -84
4. Datuk Mukhriz Mahathir -69
5. Tan Sri Isa Samad -8
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

PRK Sg Limau: Dendam UMNO Kepada PAS

Posted: 19 Oct 2013 07:59 AM PDT


Kuin telah siap 100% utk pelajar2 duduki.tapi ini yg di katakan umno ni jadi pemimpin bodoh sombong dan dendam. Zaman Tan sri ust azizan jdi MB kedah tak ada seorang pun kakitanggan pelantikan politik di pecat atau tak di bayar gaji. semuanya berjalan lancar utk rakyat ,walau pun ada 2.3 orang yg buat kacau di kuin.ada talibarut umno dlm kcs yg buat kacau tahan gaji pegajar dan pekerja kuin tapi ust azizan tenang menyelesaikannya

Inilah bodoh sombongnya melayu umno.
Bangunan kuin yg indah gah bediri utk rakyat pun mereka nak jual inilah pemikiran sempit umno utk melayu. Kuin di pindahkan kembali ke a.setar yg boleh muat 3000 pelajar di isi dgn  7 ribu org pelajar berbanding kuin di kuala ketil yg boleh muat pelajar hampir belasan ribu pelajar.
Bengapnya pemimpin2 umno ..insaniah atau kuin utk anak2 melayu itu pun mereka nak jual...
subhanallah..pemikiran melayu umno yg tak mahu org melayu di beri kemudahan...
semoga allah melaknat mereka yg jadi pengkianat pd anak melayu kedah.

Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau

Posted: 19 Oct 2013 07:57 AM PDT

Oleh Zulkifli Yahya
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.


Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu.

Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar.

Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme'

Posted: 19 Oct 2013 06:54 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS), aktivisnya Zainah Anwar dan bekas pengarang Al Islam terbitan Utusan Astora Jabat sebagai pendokong fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme'.

Pengumuman itu dibuat Penolong Pengarah Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim Mohd Aizam Mas'od pada forum "Ancaman Liberalisme oleh kumpulan-kumpulan hak asasi di PBB" di Kuala Lumpur hari ini.

jag press conference 231205 zainah anwar weirdMenurutnya, Zainah (kiri) menerusi tulisannya dalam New Straits Times pada 2006 memperolok-olokkan fatwa pengharaman fahaman liberalisme dan pluralisme oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).

"Jadi dia buat ayat-ayat yang provokatif untuk menyatakan fatwa ini buat satu ayat yang tidak tepat dan tergopoh gapah," katanya.

Astora Jabat pula dakwa Aizam, mempertikaikan ijtihad dengan berkata, ia bukan hukum Allah kerana hukum Allah itu hanya dikira yang qatie atau muktamad sahaja.

Manakala SIS pula didakwa cuba mendapatkan hak menjatuhkan talak untuk perempuan dan menyamaratakan nisbah pembahagian harta pusaka di antara lelaki dan perempuan.

"Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari

Posted: 19 Oct 2013 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 OKT: Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya untuk menyekat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang  diluluskan oleh parlimen dan dewan negara, kata Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari.
Semalam, Pengerusi DAP,  Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang untuk meminda akta berkenaan.
"Tindakan Karpal itu betul sebab masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan
"Oleh kerana Rang Undang-undang (bill) PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini  kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara,"
"Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen," ujarnya kepada Keadilandaily.
Read More / Baca Lagi >>

'Akhirnya kita hidup dalam kerukunan palsu'

Posted: 19 Oct 2013 06:50 AM PDT

Pemerintah tiada keazaman politik yang kuat untuk menyemai kerukunan antara agama dan bangsa sehingga kes yang berpotensi mencetuskan pergaduhan sentiasa berulang, Ketua Pemuda PAS Johor.

NONE"Akhirnya, rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia hidup dalam 'kerukunan palsu'," kata Suhaizan Kaiat (kiri).

"Dibelakangnya tersimpan seribu satu sangkaan buruk, prejudis, kebencian dan permusuhan yang disembunyikan."

Beliau merujuk rakaman ketidakpuasan hati seorang pemanggil Hindu dengan guru besar di sebuah dekat ibu negara yang mempertikaikan tindakan sekolah melakukan melakukan upacara korban lembu di sekolah.

Rakaman itu kini tersebar meluas di Internet. Malaysiakini tidak mendedahkan nama sekolah itu buat masa ini sementara menunggu reaksinya terlebih dahulu.

Dalam kenyataanya semalam, Suhaizan berkata, isu itu bukan sahaja sering timbul, bahkan perbincangan sihat juga lazimnya dilihat sebagai 'ancaman' kepada agama dan bangsa lain.
Read More / Baca Lagi >>

'Islam tak terancam, tapi mahkamah gambarkan begitu'

Posted: 19 Oct 2013 06:49 AM PDT


Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan kerajaan mengharamkan kalimah Allah untuk orang Kristian demi keselamatan atas alasan Islam sedang terancam, ditolak mentah-mentah oleh pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Islam di Malaysia tidak terancam. Sebaliknya makin berkembang sehingga sekarang 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam, (dan) media serta kerajaan turut melindungi Islam.

"Ia (keputusan mahkamah) karut jika kamu lihat kepada angka-angka.

"Apa yang kita bimbangkan? Apa ancamannya jika orang Islam terdedah kepada agama lain...? Ia (ancaman) tidak ada," tegas ahli akademik itu.

NONEAbdul Aziz berkata, tiga hakim yang mendengar perkara itu telah mengherotkan makna dan niat dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi penganut agama lain diberikan kebebasan beragama mengikut kepercayaan masing-masing dengan aman dan harmoni.

"Mahkamah Rayuan tidak menyelesaikan masalah itu, sebaliknya mencipta masalah baru. Ia akhirnya menyebabkan menteri kabinet dari Sabah dan Sarawak terpaksa menenangkan rakyatnya."

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, dan kini Universiti Selangor, berkata, keputusan mahkamah itu secara tidak sengaja mengehadkan hak-hak masyarakat minoriti dalam negara ini.

Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi

Posted: 19 Oct 2013 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR - Di sebalik kemelut isu kalimah ALLAH yang kembali meruncing mutakhir ini, Pas yakin ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November depan.

Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak isu kalimah ALLAH akan dijadikan modal kempen Umno menjelang PRK kedua selepas PRU13 itu.

"Kalau PRU lalu mereka telah guna, kita menang, Insya-ALLAH di PRK Sungai Limau kita akan menang," katanya pada Sinar Harian, di program Hi-Tea Ameerah Fan Club, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perikatan itu tetap dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Pendirian itu sekali gus bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Isu Allah gugat status Negara Islam berimej 'moderate' Malaysia

Posted: 19 Oct 2013 06:39 AM PDT

 KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa Malaysia boleh dilihat sebagai sebuah negara Islam yang agresif berikutan keputusan mahkamah yang kontroversi mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan.
Beliau menggesa kumpulan Melayu-Muslim yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Umno Datuk Seri Najib Razak untuk tidak melibatkan diri dalam "isu kebencian" yang boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang membawa imej kesederhanaan.
"Ramai telah menyuarakan kebimbangan,termasuk editorial di Timur Tengah, yang paling mengejutkan, Dubai dan akhbar di Qatar yang telah juga memberi amaran. Oleh itu, rakyat dinasihati untuk bertenang, membincangkan perkara itu dengan berilmiah dan bukan mengutuk mereka yang mempunyai pendapat berbeza dengan keputusan mahkamah sambil merujuk kepada kenyataan Mufti (ketua ulama) Johor," kata Anwar dalam satu sidang akhbar pada Khamis.
Mufti atau Ketua ulama Johor telah menggemparkan semua apabila dia mengisytiharkan bahawa sesiapa yang mempertikaikan larangan itu akan jatuh murtad. Jika ya, hukuman itu akan meliputi Sheikh Yusuf Qaradawi, salah seorang intelektual dalam Ikhwanul Muslim, kata Anwar.
"Bagaimana langkah seterusnya, apakah kedudukan Sheikh Qaradawi yang menjadi pengerusi Dunia Islam atau Majlis Ulama. Pendiriannya adalah Allah adalah Tuhan bagi orang Islam, Kristian, orang-orang Arab, Parsi dan dalam ayat pertama Al-Quran menyebut Allah adalah Tuhan alam semesta, Tuhan manusia, tuhan di dunia. Jadi itu amat sukar untuk dinafikan.. Itu adalah pandangan beliau, kita menghormati pandangan beliau dan mereka yang berbeza pendapat tidak seharusnya mencela. Saya fikir ini adalah konsensus kami (dalam Pakatan) – fikirkan dengan baik, jangan mengeksploitasikannya dengan debat penuh kebencian yang tidak memberi manfaat kepada kita sama sekali," katanya.
Reaksi dari negara-negara Islam nampaknya negatif
Mahkamah Rayuan Malaysia pada Isnin memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri pada majalah Katolik, Herald, adalah sah, mengharamkan majalah itu daripada menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayunya .
Penghakiman itu bagaimanapun mungkin bersifat menyeluruh dan ramai pakar undang-undang di negara ini termasuk peguam-peguam bagi Gereja telah memberi amaran bahawa larangan itu bukan hanya khusus kepada Herald tetapi untuk semua penerbitan Kristian dan bahan ibadah. Mereka berkata Mahkamah Rayuan telah menjadikan kalimah Allah eksklusif untuk Islam sahaja.
Read More / Baca Lagi >>