Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Mukhriz Tewas Sekali Lagi...

Posted: 18 Oct 2013 08:52 PM PDT

Maafkan saya jika pandangan ini tidak digemari ramai pihak - tetapi saya menunggu sehingga saat-saat akhir untuk memberikan "ramalan" yang mungkin tidak berapa "tepat" tapi saya mengesyakinya akan terjadi. Namun demikian - segalanya ditentukan oleh Allah - kita hanya mampu menjangka berdasarkan "sikap" dan senario ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang baru sahaja selesai mengundi bagi ketiga-tiga sayap utama UMNO sabtu lepas. Ternyata tidak terlalu banyak perubahan yang berlaku - seperti mana yang diharap-harapkan oleh sebahagian besar ahli UMNO tanpa jawatan dan para simpati UMNO di luar sana - Dan untuk sekali lagi, saya merasakan bahawa Mukhriz Mahathir akan tewas sekali lagi dalam cubaannya untuk mendaki hieraki kepimpinan tertinggi UMNO dalam pemilihan parti tersebut hari ini. Saya penyokong Mukhriz sejak dahulu lagi - walaupun beliau tewas menentang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO - namun, pada kali ini melihat senario ahli UMNO akhir umbi dan strategi beliau berkempen - saya percaya Mukhriz akan tewas sekali lagi - bukan masalah ketokohan - sebaliknya ahli UMNO akar umbi pada kali ini tidak lagi seperti dahulu - kelantangan dan semangat kental perjuangan tidak lagi menambat hati mereka - yang tinggal hanya peluang dan habuan. Jangan kecewa sahabat-sahabatku jika Mukhriz hari ini gagal sekali lagi - setidak-tidak kita sudah dapat menghidu terlebih awal. Wallahualam.

Aqidah Anwar, Biar Allah yang Tentukan!

Posted: 18 Oct 2013 12:11 AM PDT

Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sepakat kalimah Allah boleh digunakan semua pihak termasuk golongan bukan Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) bagaimanapun menolak perkara itu dan menegaskan perkataan Allah adalah eksklusif untuk Islam sahaja. Agama-agama lain jelasnya tidak berhak menggunakan kalimah Arab itu kerana Allah merujuk kepada Tuhan Yang Satu, bukannya berbilang Tuhan. ''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya dipetik dari Utusan Malaysia. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam menegaskan pendirian pembangkang itu konsisten dalam isu kalimah Allah, selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain. "Pakatan Rakyat (PR) kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu. "Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah berkenaan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. 

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar. Haron, bagaimanapun dalam kenyataannya, meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan. ''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah. 

''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh Isnin lalu memutuskan akhbar mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka sebagai rujukan kepada Tuhan. – 18 Oktober, 2013.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Posted: 18 Oct 2013 10:57 AM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  

KEROHANIANTiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT)
Untuk diri sendiri dan sesiapa yang berkenaan: Nasihat, Peringatan, Bimbingan, Amaran, Ulangkaji . 

"KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT"


Oleh: Ismail Abu Bakar.
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. 

Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mahfumnya:

Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah." (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya: 

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah.

Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam "emailgroup" tersebut.

Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada "emailgroup" tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke "emailgroup". Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam. 

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. 

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. 

Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman Nabi Adam as hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, In Syaa Allah dosa manusia terus dengan Allah SWT., seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah SWT ampunkan. 


Tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah SWT akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut?

Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.


Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan. 

Wallahhu'alam
In Syaa Allah Bermanfaat. 

Sumber: (Email Yahoo dulu-dulu: Nasihat, Peringatan, Bimbingan, Amaran, Ulangkaji) . 
Sumber Gambar Google: Click and Like Facebook. 


وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Video Gempak,Umno Kena Kejar Lembu Korban

Posted: 18 Oct 2013 08:26 AM PDT


Lembu tu suka kat Tshit putih tu kot,hehe..

Sebagai anak, cucu, cicit dan genarasi seterusnya.

Posted: 18 Oct 2013 05:55 AM PDT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Dalam mempertahankan akidah Natrah di Singapura dan mempertahankan keperwiraan Polis British (Peristiwa Bukit Kepong, Muar, Johor) serta Isu terkini penggunaan Kalimah Allah.

Betulkah Allahyarham Lt. Adnan bin Saidi dinobatkan sebagai Singapore Heroes?. Alhamdulillah. Allahyarham bukan pejuang Tanah Melayu?. Allahyarham ialah Askar British?. Mana gelaran "Tun" untuk Allahyarham?. Mana suara pejuang Melayu terkini tentang Allahyarham?. Ziarahlah pusaranya di atas bukit sana!.

https://www.google.com/#q=lieutenant+adnan

Search instead for leftenant adnan

Betulkah Allahyarham Lt. Adnan bin Saidi dinobatkan sebagai Singapore Heroes?. Alhamdulillah. Allahyarham bukan pejuang Tanah Melayu?. Allahyarham ialah Askar British?. Mana gelaran "Tun" untuk Allahyarham?. Mana suara pejuang Melayu terkini tentang Allahyarham?. Ziarahlah pusaranya di atas bukit sana!.

https://www.google.com/#q=lieutenant+adnan

Search instead for leftenant adnan


Sumber: (Jambatan Ilmu) .

Bakar Buku Agama Sebagai Bukti Taubat

Posted: 18 Oct 2013 02:14 AM PDT

Sebagai membuktikan taubat 'nasuha' mereka kepada JAIS, JAKIM dan masyarakat maka semalam pemimpin-pemimin GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd) diketuai oleh Khadijah Am telah membakar buku-buku agama tulisan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad. 

Buku-buku AGAMA tersebut hasil tulisan al marhum Ustaz Ashaari Muhammad sejak zaman Arqam lagi.

Program bakar buku itu dijalankan di Bandar Country Homes, Rawang pada hari raya Haji kedua 16hb Oktober 2013 disaksikan oleh pegawai-pegawai polis, JAIS, bomba dan para wartawan.
Khadijah Am, bekas balu kepada al marhum Ustaz Ashaari Muhammad, mengaku telah mengamalkan ajaran sesat selama ini dan kini ingin kembali ke pangkal jalan dan mengikut fatwa yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 
 
Khadijah Am pernah ditahan di Mekah beberapa bulan yang lalu bersama-sama pengikutnya dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman pancung di atas kesalahan mereka yang berat iaitu menyebarkan ajaran sesat kepada jemaah haji serta masyarakat sana.
Antara ajaran-ajaran sesat yang dibawa beliau:
a. mengaku beliau sangat intim dengan Rasulullah SAW, selalu bercakap dengan baginda SAW dan menerima arahan-arahan baginda SAW dari masa ke semasa.
b. mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai 'wasilah' iaitu perantara antara manusia dengan Rasulullah SAW.
c. menyakini bekas suaminya yang telah meninggal belum mati tapi hanya ghaib dan akan muncul semula sebagai pemimpin besar di dunia ini. Bahkan beliau mengaku selalu 'berjimak' secara roh dengan bekas suaminya.
d. memisahkan suami dan isteri, anak dan ibu ayah, memberi kuasa kepada isteri untuk menceraikan suami atau lari dari suami jika suami enggan mengikut isteri bersama perjuangan Khadijah Am.
e. menggunakan wang kutipan anak-anak yatim dari 81 buah rumah amal untuk kebajikan Khadijah Am sekeluarga serta pemimpin-pemimpin jemaah mereka. Sedangkan kebajikan ahli-ahli biasa serta anak-anak yatim terabai sama sekali.
Tapi kini Khadijah dan pengikut-pengikutnya mengisytiharkan secara rasminya telah meninggalkan segala ajaran karut marut mereka dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan sebagai orang mukmin sebenar. Diharap masyarakat dapat memberi kerja sama untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan hanya lakonan semata-mata.
-gempak.org-
Kita mengharapkan kali ini mereka benar-benar bertaubat..

Saya Sayang Kerajaan Kelantan,Husyam Musa

Posted: 18 Oct 2013 12:07 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Bapa @AbbyAbadi Setia Bersama UMNO - @UMOnline

Posted: 18 Oct 2013 10:17 PM PDT


Bapa Abby Abadi setia bersama UMNO


Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.

Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu.

"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

"Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita.

Bahagian Gombak menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang, Abdul Rahim Kamarudin dan Datuk Said Anuar Said Ahmad untuk jawatan Ketua Bahagian.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan lima penjuru antara Datuk Dr. Rahman Ismail, Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Amiruddin Mohd. Radzi, Rajiani Ab. Ahimid @ Abdul Hamid dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dan manakala jawatan Naib Ketua melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Yusop Saidin, Dr. Othman Ab. Rahman dan Abd. Aziz Jenthan. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131019/um_30/Bapa-Abby-Abadi-setia-bersama-UMNO#ixzz2i8tiOtbI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pesanan Presiden UMNO @NajibRazak Kepada Pemenang dan Yang Kalah #PemilihanUMNO2013

Posted: 18 Oct 2013 10:03 PM PDT


Yang Menang Jangan Angkuh, Yang Kalah Terus Beri Sumbangan, Pesan Najib

PEKAN, 19 Okt – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan kepada mereka yang menang dalam pemilihan Umno supaya tidak terlalu ghairah dan angkuh, sebaliknya sedar akan tanggungjawab dan amanah besar yang digalas dalam perjuangan membela bangsa dan agama.
najib-ketua-umno-bahagian-pekan-pahang-hadir-mesyuarat-pemilihan-2013
Sambil meminta mereka "menghulurkan tangan persahabatan" kepada yang kalah, Perdana Menteri berkata calon yang menang perlulah tawadduk, bahawa perjuangan Umno memerlukan barisan kepimpinan yang bersatu bagi menghadapi cabaran mendatang.
"Yang tak berjaya, ini bukan penamat perjuangan mereka, ini satu proses dalam perjuangan, perlu terus berjuang dan beri sumbangan kepada parti," katanya ketika ditemu bual RTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia, sebelum menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Najib yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian itu berkata pemilihan kali ini adalah hasil proses transformasi yang dilakukan pada Perhimpunan Agung Umno 2009, dalam usaha ke arah menjadikan parti lebih telus dan demokratik.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung Umno.
"Saya berharap pemilihan ini akan berlangsung dengan begitu lancar dan teratur dan tidak mendatangkan banyak masalah, dengan harapan apa yang kita lakukan pada 2009, kita membuat keputusan amat bersejarah, pinda perlembagaan Umno secara menyeluruh, letak asas keterbukaan Umno kepada prinsip demokrasi, objektifnya, pemilihan kali ini memenuhi tujuan (pindaan) perlembagaan itu," katanya.
Najib berkata apa yang penting, anggota Umno perlu jalankan tanggungjawab mereka dengan memikirkan apa matlamat kesudahannya menerusi proses pindaan itu, seterusnya menjayakan proses transformasi dalam parti.
"Saya berharap para perwakilan yang menyeluruh (mewakili) suara akar umbi, dapat menunjukkan pendirian mereka terhadap barisan kepimpinan Umno yang memenuhi cita rasa akar umbi.
"Mereka harus melihat, dengan hati, secara rasional dan objektif, (dan) kita dapat barisan kepimpinan lebih mantap lagi," katanya.

#LahadDatu : Saya Hantar 3 Jet Pejuang F18 dan 5 Jet Hawk Untuk Nyahkan Pengganas Dari Bumi Malaysia - @Zahid_Hamidi

Posted: 18 Oct 2013 09:56 PM PDT




Himpunan Ulama Thurath Di Kedah Hari ini - Jom Datang

Posted: 18 Oct 2013 07:04 PM PDT

Mohon pertemuan seperti ini diperbanyakkan.

Mungkin masalah sosial akan selesai jika seluruh ulama thurath duduk semeja dan diangkat oleh kita sebagai pengamal media sosial untuk dikenali umat.

Biarkan mereka menjadi suara pemutus isu umat Islam agar tidak ada sebarang isu dilihat dipolitikkan walhal tidak ada niat tersebut.

Jemput datang dan harap sebarkan.

Janji Calon #VP01 @Zahid_Hamidi Jika Menang Hari ini " - YouTube

Posted: 18 Oct 2013 05:12 PM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=_kn-b2YoO7k&feature=youtube_gdata_player

Video : Ucapan DS @Zahid_Hamidi Kepada Perwakilan UMNO - Pilihlah Yang Terbaik Daripada Yang Baik-Baik

Posted: 18 Oct 2013 04:51 PM PDT



Wawancara : Luahan Hati Hasmah Bonda Mukhriz Mahathir Gelaran Anak Bapak Yang Tidak Tepat

Posted: 18 Oct 2013 07:01 AM PDT

  • Tun Siti HasmahTun Siti Hasmah
 1 / 1 
PERNAH  menentangnya di gelanggang badminton di usia saya awal dua puluhan dulu. Waktu itu bukan aksi hebatnya yang saya perhatikan. Tapi saya amat kagum dengan apa yang tersarung di tumbuh wanita ini.

Beliau Wanita Pertama Malaysia ketika itu. Namun ia tidak sedikit pun membuatkan beliau bermegah dengan gelaran itu.

Ketika itu, beliau sekadar berkemeja-T dan seluar sukan jenama biasa. Dan apa yang paling membuatkan saya terpegun adalah kasut yang disarung.

Seperti tidak percaya, isteri seorang perdana menteri hanya memakai kasut sukan berjenama Bata di kakinya.



Penuh keibuan, 'low-profile' , kesederhanaan penampilannya itulah membuatkan beliau diingati. Beliau juga disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini. membuatkan beliau diingati, disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini.

Walaupun berpendidikan tinggi dan bekas seorang doktor perubatan, namun semua itu tidak menjadikan dia seorang yang mahu menonjol-nonjolkan dirinya.

Hanya mengikut suami dan bergerak di belakang tabir. Hanya memberi komen kepada wartawan apabila diminta berbuat demikian. Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menjadi 'ibu' kepada rakyat Malaysia di zamannya.

Bersama Editor, Mazlinda Mohd Nor, Mohd Fazli Zainul Abidin dan jurugambar, Rosli Talib bertemu Tun baru-baru ini, ibu ini juga tidak menolak untuk bercerita tentang Marina, Melinda, Mokhzan, Mukhriz, Maizura dan Mazhar, anak-anaknya sendiri.

Untuk kali ini, ikuti apa kata Tun tentang Mukhriz?

Kontroversi Marina dan penglibatannya dalam NGO yang berhaluan kiri.  Apa pandangan Tun terhadap Marina dalam hal ini?
Marina memang sesekali dilihat seperti berhaluan kiri. Saya tidak nafikan perkara itu.

Tapi, Marina bukan anak kecil. Dia sudah cukup dewasa untuk menilai apa yang dia lakukan. Saya tidak pernah menghalang atau menentang aktiviti Marina. Dia diberi penuh kebebasan untuk menentukan pendirian dan pandangan sendiri.

Cuma jika sikapnya berlebihan, bapanya akan memberi nasihat. Itu pun sekadar nasihat yang memerlukan dia sendiri buat keputusan dan fikirkan kembali tindakannya itu.

Rakyat melabelkan Mukhriz sebagai 'anak bapa'. Apa  yang mahu Tun lihat dalam legasi dan kejayaan politik Mukhriz sebelum Tun menutup mata?
Saya masih ingat, kali pertama Mukhriz melahirkan hasrat untuk terjun ke dunia politik, hati saya sungguh risau.

Saya kasihankan  dia. Saya kasihankan isteri dan anak-anaknya. Menceburi  politik bermakna isteri dan anak-anak Mukhriz perlu melalui apa yang pernah saya tempuh . Ia bukan satu perjalanan yang mudah.

Sekarang ini pun anak-anak Mukhriz hanya dapat bertemu beliau pada cuti hujung minggu. Anak-anak bersekolah di sini. Sedang sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz perlu berada di utara. Nak dipindahkan sekolah, di Kedah tiada sekolah antarabangsa.

Tapi  itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.

Tapi itu kehendak Mukhriz. Saya tidak ada hak untuk melarang. Jadi sebenarnya saya seperti 'rela dalam terpaksa'.

Sepanjang suami saya memegang tampuk pemerintahan negara, anak-anak hanya dibenarkan menjadi ahli dalam parti politik. Tetapi dilarang memegang apa-apa jawatan.

Dan kerana itu, semasa Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Mukhriz  tidak penah berbicara soal politik atau menunjukkan sebarang minat kepada kami berdua. Tetapi bila 'larangan' itu sudah tiada, barulah dia mula buka mulut tentang perkara ini. Jadi, sebelum itu, saya sendiri pun tidak nampak kecenderungannya dalam politik.

Saya tidak setuju dengan gelaran 'anak bapak' itu.  Kalau 'anak bapak' tentu dari awal suami saya sudah libatkan Mukhriz. Tentu sejak awal dia sudah dibimbing dan diberi tunjuk ajar  yang mungkin seperti anda katakan  'untuk meneruskan legasi Mahathir'. Tapi tiada. Sampai sekarang pun hanya sesekali, boleh dikira dengan jari,  Mukhriz tampil untuk meminta pandangan dan nasihat daripada bapanya.

Tahun 2009 waktu Mukhriz ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, dia ada menelefon saya. Katanya, "Mummy depa lantik saya jadi timbalan menteri."

Tapi daripada nada suaranya macam dia tak bersungguh-sungguh saja. Tak ada nada gembira atau sebaliknya.

Bila saya bagi tau suami, barulah suami bagi Mukhriz nasihat.

Dan dalam isu Kedah pula, setahu saya Mukhriz belum pernah meminta nasihat atau pandangan daripada bapanya.

Kalau orang kata 'Mukhriz anak emak' itu saya setuju.
Apa-apa hal Mukhriz selalu merujuk saya dahulu sebelum bapanya. Malah sebelum pilihan raya pun,Mukhriz bawa saya untuk berkempen. Bukan bapanya.

Kebetulan dulu semasa masih menjadi doktor, saya bertugas di Jerlun. Masyarakat veteran di sana sangat mengenali saya. Jadi,demi anak...saya tawarkan diri kepada Mukhriz untuk membantunya berkempen di sana.

Kalau Mukhriz 'anak bapak' lebih baik dia diteman bapanya sewaktu berkempen. Malah bapanya jauh lebih terkenal daripada saya sendiri....

Tapi selalunya Mukhriz sukar untuk mulakan ucapan jika saya ada bersamanya. Tak tahu kenapa, dia seperti 'tergagap' dan malu-malu.

Itulah Mukhriz....

Doa saya, moga Mukhriz dapat memimpin dengan baik. Paling penting mesti amanah menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat yang dipimpin.

Menjadi pemimpin, tanggungjawab terlalu besar. Jadi lakukan sebaik mungkin kerana ALLAH.

Walau sebelum ini saya seperti 'terpaksa' merelakan Mukhriz terjun ke dunia politik, namun saya tetap mendoakan agar dia berjaya dengan apa yang  diimpikannya.

Sudah kehendak Mukhriz untuk menyambung warisan kepimpinan bapanya, jadi sebagai ibu saya akan terus mendoakan dia melakukannya dengan jujur dan ikhlas.

Jika hasratnya mahu cemerlang seperti bapanya, lakukan sebaik mungkin!

PIALA MALAYSIA KELANTAN vs ATM : TIKET HABIS DALAM MASA DUA JAM

Posted: 18 Oct 2013 02:51 AM PDT

Harap KELANTAN akan menang malam ni.

GOMO KELATE GOMO
http://www.youtube.com/watch?v=KaDaILZYEOY&sns=em

VIDEO : Daging Korban Bergerak-gerak Dengar Takbir #Aidiladha1434H

Posted: 18 Oct 2013 02:15 AM PDT

Allahu Akbar!

Kuasa Allah.

Moga kita selalu insaf.

#OPSCANTAS yakinkan masyarakat kata Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Posted: 18 Oct 2013 01:17 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/fctW4fcnP6w

Zainur Rijal bidas Latheefa Koya #kalimahAllah Dan PAS Sokong Keputusan Mahkamah Tanpa Sokongan DAP & PKR

Posted: 18 Oct 2013 01:08 AM PDT

Sebelum ini beliau biadap dengan kakitangan JPN

http://ipohmalay.blogspot.com/2013/04/kebiadaban-latheefa-koya-ke-atas.html?m=1

Terbaru beliau menolak kalimah Allah kepada umat Islam sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah pada hari Isnin lepas.





PAS patut keluar PR kerana berbeza pandangan isu kalimah Allah ini.





Atau PAS hanya bertaqiah sahaja demi politik?





Bukan sahaja DAP bahkan PKR juga tidak berganjak menolak sekeras-kerasnya kalimah Allah hanya untuk agama Islam.

Wajarkah PAS terus berpelukan bersama mereka??????

Tepuk dada ketuk kepala jika masih gagal fikirkan jawapannya!!!


Sent from my iPhone