Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


KISAH SEBENAR Lembu Mengamuk Selepas Disembelih Di Keramat AU Semalam (Gambar)

Posted: 16 Oct 2013 06:25 PM PDT

Kejadian berlaku semalam di Keramat AU.

Lembu pertama (untuk aqiqah) tidak putus sempurna uratnya da menyebabkan keadaan sedikit huru hara

Lembu berkenaan disembelih di dalam kawasan masjid.

Semasa menumbangkan lembu kedua dan disembelih, lembu pertama ini telah dilepaskan semua tali yang ada padanya untuk dibuat ikatan pada lembu-lembu yang lain.

Semasa hendak melapah tidak semena-mena ia bangkit dan terus mengamuk di dalam kawasan masjid dan nasib baik tidak mendatangkan kecederaan pada golongan muslimah yang sedang bersiap untuk memasak, kanak-kanak yang berada di dalam kawasan dan memasuki ruangan solat.

Ia telah kemudian berlari keluar dan pihak penduduk terpaksa mengepungnya dari keluar ke jalan utama

Kemudian ia cuba juga meloloskan diri malah melanggar sebuah motorsikal EX5 yang diletak oleh salah seorang penonton dan berlari ke arah jalan utama.

Kawalan trafik terpaksa dibuat dan kemudian beberapa penduduk terpaksa menangkapnya dengan beberapa utas tali dan berjaya menumbangkannya sebelum diletak di atas troli untuk dibawa semula ke masjid berkenaan.

Atas perbincangan beberapa jemaah, ianya dibiarkan untuk mati tanpa boleh disembelih sekali lagi memandangkan urat berkenaan memang sudah disembelih atan tetapi tidak berapa sempurna.

PANGLIMA : terima kasih atas info. Moralnya jangan sembelih jika tidak pandai.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tuntutan LGBT : Syor masjid, surau baca qunut nazilah?

Posted: 16 Oct 2013 06:07 PM PDT


Masjid dan surau seluruh negara disyor mengadakan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas solat Isyak, mendoakan kedudukan Islam dipelihara semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland, 24 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diarah melakukan perkara yang sama serta-merta sehingga UPR selesai.

Beliau yang menunaikan ibadat haji di Tanah Suci, berkata demikian dalam satu kenyataan semalam, bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang didakwa telah menyediakan satu laporan berkaitan hak asasi manusia di Malaysia untuk dibentang kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti


Tuntutan boleh dipersoal

Kandungan laporan itu antara lain menyentuh hak kebebasan beragama dan meminta Malaysia mengiktiraf hak berlandaskan 'SOGI-Sexual Orientation & Gender Identity' (Identiti Jantina dan Orientasi Seksual) iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender, Inter-sexed & Queer-persons).

Jamil Khir berkata, tuntutan yang dikemukakan pihak berkenaan adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Polimik gugat Islam

"Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati setiap warga negara di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa juga forum.


INFO: Semakan Berkala Sejagat (UPR)

* Proses semakan ke atas semua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) yang diluluskan pada 3 Mac 2006.

* Diadakan setiap empat setengah tahun bagi menilai rekod hak asasi manusia sesebuah negara anggota PBB secara berkala.

Suara Politik
Belantan

JATI Kesal PAS Tidak Bela Kalimah Allah?

Posted: 16 Oct 2013 05:35 AM PDT


Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali kesal apabila hanya segelintir pemimpin Pas tampil mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Katanya adalah pelik apabila melihat gelagat pimpinan Pas yang sibuk turun ke jalanan bagi menyertai demonstrasi anjuran BERSIH, Black505 dan sebagainya tetapi tidak pula secara ramai-ramai mempertahankan kalimah Allah.

"Saya melihat selagi Pas menjadi hamba kepada telunjuk PKR dan DAP, agenda perjuangan Pas akan bercelaru dan tokoh-tokoh ulama yang ada kewibawaan seperti Datuk Haron Din, Datuk Harun Taib, mereka akan tenggelam dalam kecelaruan ini bukan sebab mereka setuju dengan apa yang dibuat oleh Pas tetapi suara mereka ini tidak kuat.

"Tambah lagi bukan sekadar yang sekarang ini saya lihat ikut telunjuk PKR dan DAP tetapi Pas yang sekarang ini banyak memonopoli oleh parasit-parasit," katanya.



Justeru beliau meminta Ulama Muda Pas bangun melawan parasit yang wujud dalam Pas yang dakwanya bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah tetapi juga isu-isu lain.

"Lebih-lebih lagi di kalangan ulama pemuda yang masih lagi membawa semangat perjuangan Pas yang asal.

"Dan saya mendoakan semoga golongan ulama pemuda ini mampu untuk mengembalikan Pas semula ke landasan asal. Sekiranya tidak Pas akan dilihat hilang fokus hak mereka untuk berbicara tentang Islam tentang apa sekali pun," katanya.

Malah katanya jika parasit-parasit ini dibiarkan, Pas akan ketinggalan dan tersasar jauh dari perjuangan asal mereka selama ini.



"Parasit-parasit ini dia hidup atas semangat orang lain, ertinya dia bukan hendak menjiwai atas apa yang ada di atas landasan, tetapi dia hendak tukar Pas untuk jadi sesuatu yang mengikut agenda mereka yang sempit supaya Pas menjadi ala PKR, PAS menjadi ala DAP.

"Jadi itu sebab saya tidak hairan langsung, mereka yang di kalangan Pas tidak berada bersama-sama kita tetapi yang saya yakin sekarang ini sedang wujud satu gelombang baru dalam Pas," katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberitahu kalimah Allah boleh diguna pakai bukan Islam. Kenyataan itu bingkas disambut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulama Pas menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible walaupun ia boleh disebut oleh sesiapa sahaja.-Antarapos

Suara Politik
Belantan

Mahfuz dan Khalid Pertahan Bukan Islam Ada Hak Guna Nama Allah...!!! Apakah status ISLAM mereka?

Posted: 16 Oct 2013 01:10 AM PDT


Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Kristian The Herald namun Pas berpendapat ia tidak mengubah hakikat bahawa Islam membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Yang Dipertua Pas Selangor, Khalid Samad dihubungi FMT untuk mendapat reaksi Pas berhubung keputusan mahkamah hari ini.

"Saya menghormati keputusan mahkamah. Tetapi gereja Katolik mempunyai hak untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. Proses tersebut tidak boleh dinafikan," kata Mahfuz.

Khalid pula memberi kenyataan yang lebih keras lagi, di mana menurutnya pengharaman penggunaan nama Allah terhadap bukan Islam adalah seperti tindak balas ketakutan daripada 'orang bodoh.'



"Kerajaan perlu mendidik umat Islam mengenai semua ayat-ayat al-Quran yang menyebut bahawa bukan Islam telah berbincang tentang Allah dengan Nabi Muhammad dan menggunakan perkataan itu secara bebas tanpa apa-apa halangan.

"Sebaliknya, kerajaan seolah-olah sangat berbangga bahawa negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang mengamalkan larangan ini – melampaui daripada apa yang Nabi Muhammad telah lakukan.

"Adalah malang kerajaan telah mengambil kira orang-orang yang 'bodoh' berkeras dalam isu ini, membelakangkan pandangan Islam terhadap perkara ini," kata Khalid.


Khalid turut menolak garis panduan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang tidak membenarkan 'Allah' digunakan bukan Islam kerana bimbang akidah umat Islam terancam.

Menurutnya, "tidak ada kekeliruan di sana," sebaliknya Khalid menegaskan dengan membenarkan perkataan 'Allah' untuk agama-agama lain akan membina platform yang sama di kalangan orang yang berbeza keimanan di negara ini untuk menggalakkan perbincangan antara agama.

"Persoalan pluralisme juga tidak ada di sini kerana Al Quran telah menegaskan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah adalah Islam," katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa isu ini bukan isu agama, sebalik ia merupakan satu isu politik semata-mata.

Isu ini katanya telah diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan sayap kanan Melayu untuk menjadikan Islam sebagai eksklusif untuk orang Melayu dan membina halangan antara umat Islam dengan bukan Islam di negara ini.


"Mereka mahu mengekalkan kedudukan istimewa, hegemoni di negara ini … mereka mahu menjauhkan orang Melayu daripada orang bukan Melayu di negara ini, supaya isu-isu seperti tadbir urus baik, yang disokong oleh bukan Melayu, tidak menjadi perkara utama bagi masyarakat Melayu ," kata Khalid.

Sementara itu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) lapor FMT akan tetap menggunakan perkataan "Allah" dalam ibadah dan doa mereka, meskipun mahkamah melarangnya, tegas pengerusinya, Rev Eu Hong Seng.

Walaupun kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, namun ia tidak menjejaskan penggunaan perkataan "Allah' dalam Al Kitab berbahasa Melayu.

"Kami menjangkakan YAB Perdana Menteri kami (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Kabinet akan terus menghormati penyelesaian 10 perkara berkenaan dengan Alkitab dalam Bahasa Melayu.

"Kami akan terus menggunakan perkataan ' Allah' dalam ibadah kami dan bahan-bahan pendidikan di gereja, " kata Eu.


Di sini kita dapat lihat agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?

Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.


Sementara itu orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Roman Katolik dan majalah mingguan The Herald boleh menjadi kafir serta murtad.

Dalam nada tegas, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, tindakan mempertikaikan keputusan itu oleh umat Islam sendiri juga mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak.

Namun, katanya, kafir dan murtad seseorang itu jatuh sekiranya mereka mempertikaikan dalam keadaan sengaja dan waras.

''Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jadi dengan apa yang berlaku, apakah status Islam buat Mahfuz dan Khalid Samad sekarang? Fikir dan renongkanlah! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


A tight slap for idiots

Posted: 16 Oct 2013 11:05 PM PDT

The 'ALLAH' judgement

Posted: 16 Oct 2013 01:07 AM PDT

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Pelik Tapi Benar Seludup Sperma Dari Penjara Untuk Menghamilkan Isteri

Posted: 16 Oct 2013 11:24 PM PDT

SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga ke gelas plastik.


Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel yang dikawal ketat. "Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan," kata Dr Abu Khaizaran.
 
Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan

Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997.
Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti
 
Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari penjara Israel. "Muhammad adalah anugerah Tuhan," kata Dallal kepada BBC. "Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping saya," tambahnya. [sm/islampos/bbc]

-ijoks2009-
Semoga bayi ini menjadi penyambung kepada perjuangan suci bapa mereka,Allahuakbar
 

Rupanya Ada juga Sifat Syaitan Yang Boleh Ditiru

Posted: 16 Oct 2013 10:13 PM PDT

Sekadar hiasan


7 Sifat Syaitan Yang Harus Dicontohi


1. Pantang menyerah

Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif

Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).

3. Konsisten

Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama

Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.

5. Genius

Syaitan paling pintar dan genius otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.

6. Tanpa Merintih

Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.

7. Suka Berteman

Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.

p/s: Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama. 


-Sumber-

Sony SmartWatch 2,Gadget Terbaru Dari Sony

Posted: 16 Oct 2013 08:59 PM PDT

Sony Malaysia nampaknya telah pun mengemaskini halaman Sony Store mereka, dan menyenaraikan aksesori tambahan untuk telefon pintar mereka, dan salah satunya adalah Sony SmartWatch 2. Di Malaysia, jam tangan pintar ini disenaraikan pada harga bermula RM780.

Selain daripada versi biasa, pihak Sony juga dilihat turut menyenaraikan versi dengan "Black Metal Strap" pada harga RM850


Sony Smartwatch 2 merupakan kemaskini kepada keluarga jam tangan pintar Smartwatch yang pernah ditawarkan sebelum ini, membolehkan pengguna mengikuti notifikasi dari beberapa aplikasi padanya. Smartwatch 2 juga turut dilengkapi dengan sokongan NFC dan kalis-air, serta menyokong pelbagai jenis telefon pintar Android.

Selain Smartwatch 2, Sony juga turut menyenaraikan Smart Bluetooth Handset SBH52 pada harga RM480.


Mana satu pilihan anda Samsung Galaxy gear atau Sony smart watch,tepuk poket tanya kemampuan ..
kalau aku,dua-duanya masih belum mampu hehe..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR SIOT... LELAKI BUNCIT CABUL WANITA YANG MASIH 'EDAH' !!!

Posted: 16 Oct 2013 09:59 PM PDT



Apalah nak jadi pada nasib seorang wanita di negara kita, kerana melanggar pantang larang dan belum habis edahnya lagi beliau terus menerus dibalun sebanyak 2 kali oleh seorang lelaki buncit yang juga merupakan bekas atasannya!

Anehnya lelaki boroi yang tergamak membalun wanita tersebut berbangga menayang perutnya yang agak 'hodoh'  itu kepada rakan-rakannya dan tidak rasa bersalah kerana dibela oleh rakan-rakannya tersebut.

Tan Kok Wai - Timbalan Setiausaha DAP

Itulah secara analoginya berkaitan tindakan si buncit Tan Kok Wai memecat Jenice Lee buat kali kedua  pada 7 Oktober lalu setelah sebelumnya memecat wanita berkenaan pada 20 April  tahun yang sama.

Cuba kita lihat pengakuan Jenice Lee ahli DAP yang telah dipecat;

" Saya berasa keliru bagaimana saya boleh dipecat pada 20 April lalu kemudian digantung 6 bulan pada 23 April lalu dan dijemput untuk mengundi di pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September...

Ini buktinya...

Keratan akhbar Utusan Malaysia, Khamis 17 Oktober 2013
Adakah DAP bermain silap mata lagi atau sengaja menipu ahli-ahlinya dan rakyat keseluruhannya dengan manipulasi angka-angka. Gamaknya dalam DAP mungkin tiada istilah wanita pantang selepas bersalin atau habis edah (tempoh berehat) sebab itu mereka boleh 'sondol' sesuka hati.

Sekiranya 6 bulan diperlukan oleh Jenice Lee untuk menghabiskan edahnya selepas dipecat dari DAP, mengapa cuma baru 5 bulan si Jenice sudah melanggar pantang larang pemecatannya dengan menghadiri pemilihan semula CEC 2.0?

Cuba tafsirkan tarikh dan matematik mudah ini; 

23 April 2013 - Jenice dipecat dari DAP
23 Mei 2013 - 1 bulan selepas dipecat
23 Jun 2013 -  bulan ke 2
23 Julai 2013 - bulan ke 3
23 Ogos 2013 - bulan ke 4
23 Sept 2013 - bulan ke 5

tapi...
29 Sept 2013 - Jenice menerima surat undangan untuk hadir dan telah mengundi dalam CEC DAP 2.0

23 Oktober - adalah bulan ke 6  yang sepatutnya si  Jenice habis edah setelah dipecat DAP. Beliau perlu semula mengisi borang dan membayar yuran keahlian DAP serta disahkan oleh parti DAP untuk diterima semula sebagai ahli baru DAP dan boleh mengundi dalam pemilihan. Itupun setelah dilakukan pertimbangan samada si pemohon tersebut bebas dari hukuman akibat masalah disiplin parti atau tidak terlibat dengan  sebarang kes mahkamah yang melibatkan diri terhadap partinya.

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh kami ialah Jenice Lee adalah pengundi tidak sah dalam CEC DAP 2.0 dan undinya juga tidak sah maka keseluruhan CEC DAP 2.0 adalah tidak sah, haram dan terbatal serta perlu diadakan semula.


Kami tak mahu salahkan Jenice semata-mata tapi kami salahkan Guan Eng yang mungkin terlepas pandang perbuatan segelintir sekretariat CEC DAP 2.0 yang mungkin sengaja mahu sabotaj Dinasti Lim agar CEC DAP 2.0 diharamkan sebab undi hantu ini. 

Sudahlah suara dan undi 845 ahli DAP hilang atau dinafikan haknya untuk mengundi, kini masalah baru CEC DAP 2.0 mungkin bakal diharamkan akibat kesilapan teknikal undi hantu. Tak heranlah jika Tony Pua dan Lim Guan Eng melalak dan menyalak garang seperti anjing-anjing ketagihan mengawan untuk menakut-nakutkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak menganggu DAP lagi.

Apakah penipuan secara matematik ini juga giat diaplikasikan oleh puak-puak DAP dalam bisnes seharian mereka yang mana kita sebagai pengguna dan pembeli sering ditipu dan tertipu oleh harga-harga yang dicajkan kepada kita seharian?

Kalau benar maka tak heran bila puak-puak chauvinist ini  menjadi semakin kaya raya  lalu dengan angkuh menghina orang lain sebagai pemalas dan perampas cukai-cukai yang dibayar oleh puak-puak mereka kepada negara ini. 

Lu fikirlah sendiri!

* BALUN adalah satu dialek daerah, bahasa pasar atau ayat simbolik yang bererti MEMUKUL atau melakukan hubungan seksual. Artikel ini bukan artikel lucah tetapi ia lebih kepada analogi penulisnya terhadap sesuatu isu agar lebih mudah difahami oleh mereka-mereka yang nak faham. 

Puaka MyMassa: Pemimpin DAP mana yang bela HANTU RAYA?!! @Huan333

Posted: 16 Oct 2013 08:00 PM PDT

Baru-baru ini kecoh di pemilihan CEC DAP apabila 'seekor pengundi hantu' kelihatan turut membuang undi bersama-sama perwakilan yang lain.

http://mymassa.blogspot.com/2013/09/cec-dap-tipu-lagi-ahli-dipecat-tapi.html

Belum sempat misteri di atas dirungkai, hari ini satu lagi fenomena SUPERNATURAL yang menyelubungi CEC DAP didedahkan. Lebih menyeramkan, ianya didedahkan sendiri oleh "hantu yang boleh mengundi" di atas! 




Bagaimana Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP ini boleh menandatangani surat pemecatan Janice Lee, sedangkan beliau berada di luar negara? Melalui faks? Jelas sekali surat tersebut dihantar kepada Janice Lee melalui mel biasa atau tangan. Adakah benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau ada membela HANTU RAYA?!! 

Sebenarnya kami dapat merasakan yang slogan CAT yang dilaungkan selama ini bukanlah hanya omongan kosong semata-mata, tetapi merupakan kata-kata pencetus sebelum sesuatu magis dilakukan. Sebagai contoh, apabila ramai pihak yang mempertikaikan chauvinis DAP apabila tiada Melayu yang menang jawatan dalam CEC, dengan menyebut kata keramat CAT! maka secara tiba-tiba, seorang anak cina yang menyalah guna nama Melayu boleh dapat tambahan 500++ undi dan menang.

Begitu juga apabila Tokong Lim Guan Eng sendiri kalah dan corot di tempat kelima dalam pemilihan CEC baru-baru ini, maka apabila disebut sahaja CAT! Tanpa disedari beliau masih lagi utuh menjadi TOKONG no 1 dalam DAP. Hebat bukan?!!

Begitulah juga hakikat yang perlu ditelan oleh Janice Lee. Semasa dalam DAP, beliaulah juga antara pemimpin yang sibuk mencanangkan CAT! di sana sini. Kini terima sahajalah nasib jika Tan Kok Wai sebut CAT! dan tiba-tiba surat pemecatan anda sudah sedia disain walaupun tuan punya badan sedang berseronok di luar negara. 

Sg Limau Berhijrah Bersama Barisan Nasional

Posted: 16 Oct 2013 02:00 PM PDT


Telah selesai sudah ibadah qurban kini tinggal beberapa hari lagi sebelum penamaan calon di DUN Sg Limau pada 23hb Oktober  nanti.  Pertandingan yang akan menentukan samada BN akan merampas DUN berkenaan atau PAS terus mengekalkan status quo mereka di DUN berkenaan. Segala-galanya akan ditentukan oleh siapakah calon yang akan mewakili parti masing-masing, corak kempen yang dijalankan serta perubahan sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Sebagai Menteri Besar Kedah;  Datuk Mukhriz dan BN telah menawarkan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat di DUN berkenaan jika BN diberi peluang memenangi DUN ini. Pelbagai program pembangunan yang selari dengan prinsip dan kaedah Islam akan diperkenal serta diperluaskan di DUN Sg Limau sesuai dengan prinsip BN iaitu Janji Ditepati.

BN diyakini akan terus berkhidmat dalam menjaga kebajikan rakyat seperti mana terbukti dalam rekod  perkhidmatannya. Sementara itu telah terbukti parti selain BN hanya tahu berjanji itu ini atau ceramah maki hamun sana sini mencari kesilapan orang lain semata-mata. Mereka tidak mampu menjaga kebajikan rakyat namun merekalah juara memungut derma sana sini. Ke mana wang derma itu dibelanjakan ...wallahualam!

Sudah tiba masanya penduduk Sg Limau berani berhijrah menukar dan beralih sokongan mereka kepada BN yang dilihat lebih berkemampuan dan istiqamah di dalam memperjuangkan syariat Allah dan memartabatkan ekonomi ummah seperti mana yang sekian lama didambakan oleh majoriti penduduk DUN Sg Limau ini. Telah begitu banyak bukti kejayaan Barisan Nasional melebihi dari pelbagai penghinaan dan fitnah yang dilemparkan ke atas BN selama ini oleh pihak-pihak yang mengaku kononnya mereka lebih hebat.

Tekadkan hati kita untuk bersama-sama berhijrah dan berubah dengan menyokong serta memilih wakil dari Barisan Nasional sebagai ADUN Sg Limau yang baru. Semoga Allah s.w.t memberkati jihad dan hijrah kita tersebut demi kebaikan penduduk Sg Limau dan Kedah keseluruhannya. Insya Allah...Amin

Hijrah! Hijrah! Hijrah! Pilih Barisan Nasional

#PemilihanUMNO : Benarkah gelombang anti @MukhrizMahathir mula menular?!! #MM4VP

Posted: 16 Oct 2013 02:00 AM PDT

 
 
 
Kami amat berharap agar tiada "kesilapan teknikal" akan berlaku tanggal 19 Oktober bagi mengelakkan orang muda mengambil alih tampuk perjuangan parti. Seperti yang telah kami nyatakan dengan jelas sebelum ini, kami amat komited dengan program transformasi meremajakan parti demi memastikan UMNO kekal relevan di kalangan orang muda dan rakyat.
 
Mohon dijauhkan juga agar tidak berlaku kesilapan kiraan kertas undi terutamanya apabila "calon pilihan" mulai jauh ketinggalan. Kejadian-kejadian luar biasa seperti paparan skrin keputusan semasa terpadam secara tiba-tiba haruslah dielakkan dengan seboleh-bolehnya, walau betapa pedih sekali pun kenyataan yang terpaksa diterima. Bukankah kalah dan menang itu adat satu pertandingan?
 
 
 
Kami menulis sebegini bukanlah untuk memperli mahu pun menghentam sesiapa, seperti mana yang pernah kami harungi ketika mempromosi KJ sebagai Ketua Pemuda baru-baru ini. Walaupun dicaci maki dengan palbagai kata nista, tetapi kami tetap yakin yang masih tiada sesiapa lagi yang layak menggantikan KJ sebagai Ketua Pemuda. Lebih-lebih lagi apabila selepas menang sahaja terus perlu mengetuai jentera Pemuda BN untuk memenangi PRK DUN Sg Limau di Kedah.
 
Sehinggakan ada yang bukan ahli, malah bukan Melayu pun sibuk mengarang artikel hendak menempelak kembali kami. Kalau betul mereka mempunyai calon yang lebih baik daripada KJ, maka tampilkanlah dengan rekod pencapaian yang boleh dibuktikan. Jangan hanya setakat menjerit slogan "Hidup Melayu" sedangkan ketika PRU lepas pun hilang entah ke mana.
 
Kami menulis tentang perkara ini kerana merasakan gelombang taktik kotor bagi menidakkan kemenangan Dato Paduka Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO semakin meningkat. Malah, sudah kedengaran bisik-bisik yang mempersoalkan pengalaman dan perlunya mengekalkan TIGA Naib Presiden yang ada. Dan bisik-bisik tersebut lebih berbaur ugutan yang diselindungkan di balik slogan kononnya demi perjuangan parti.
 
 
Inilah yang tidak bagusnya budaya yang diamalkan  UMNO kini. Pemimpin yang diangkat bukanlah yang benar-benar disayangi dan yang rakyat mahukan, tetapi yang 'diperlukan' oleh sesetengah kelompok. Itupun kerana ada kepentingan tersembunyi seperti mahu laluan mudah pada masa hadapan. Tidakkah tuan punya diri sedar bahawa beliau hanya diangkat kini demi untuk disembelih satu masa nanti ketika masanya sesuai?
 
Sepertimana yang pernah kami tanyakan sebelum ini; Apakah UMNO ini hidup hanya dengan pemilihan dalaman semata-mata? Apakah PRU tidak penting? Apakah pemimpin yang ditentukan menang dalam pemilihan kelak lebih berpengaruh di kalangan rakyat dan akan mudah memenangi pilihanraya? Bukankah lebih baik jika pemimpin parti yang menang kelak bersih dari segala isu dan persepsi serta sedia popular di kalangan rakyat biasa yang bukan ahli UMNO juga?
 
Tibalah masanya para perwakilan menggunakan akal yang dikurniakan Tuhan dan tidak semata-mata menurut arahan pihak yang berkepentingan semata-mata. Apakah dengan meremajakan UMNO itu kita akan dianggap sebagai pengkhianat? Mungkin juga sudah tiba masanya sesetengah pemimpin itu kita rehatkan dahulu agar beliau dapat bermuhasabah diri dengan masa yang terluang. Ini bukan bermaksud kita cantas terus. Mungkin tempoh tersebut boleh dijadikan sebagai waktu bertenang dan bekerja untuk mandapatkan kembali keyakinan rakyat dan orang Melayu.
 
Kadang-kadang kami berasa kelakar juga, apabila sesetengah pihak yang kononnya menolak pemikiran LIBERAL dan PROGRESIF ini kerana semangat Melayu yang membuak-buak, boleh pula mati-mati berkempen untuk pemimpin yang sarung semula keris apabila kaum minoriti menyinga.
 
 

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


VIDEO Gerakan Kristian Di Indonesia Murtadkan Umat Islam...

Posted: 16 Oct 2013 09:00 PM PDT

Satu masa dulu indonesia adalah antara negera terbesar umat islam di dunia, tapi dek kerana kebodohan pemerintah indonesia yang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible dan dalam setiap upacara keagamaan mereka, kini indonesia berdepan masaalah, masaalah yang tak boleh nak di selesaikan lagi, kalau dulu indonesia jadi negara Islam paling besar dalam rantau asia, kini semuanya sudah terbalik, indonesia kini menuju kearah menjadi negara kristian terbesar di rantau ini...

Bagai mana semua ini bermula? semuanya bermulula bila pihak kristian menukar perkataan god itu menjadi Allah, seperti yang sedang berlaku di negara kita sekarang, bermula daari zaman soekarno hinggalah gus dur, mereka langsung tidak kisah kristian  menggunakan kalimah Allah, mungkin pendapat mereka seperti pendapat beberapa pemimpin pembangkang di negara kita.

Video di bawah menceritakan segala-galanya bagai mana puak kristian cuba menjadikan sebuah negara terbesar umat Islam menjadi negara kristian terbesar di rantau asia...


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Chin Peng, Malayan sino hero and matyr

Posted: 16 Oct 2013 08:30 PM PDT

Giant, supermarket cina menipu pun macam cina DAP

Posted: 16 Oct 2013 05:30 PM PDT

Faktor Azizan dalam pemilihan calun Sg Limau

Posted: 16 Oct 2013 05:30 AM PDT

Kenapa Cina tak timbulkan isu subsidi diguna SIngapura?

Posted: 15 Oct 2013 11:23 PM PDT

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


INILAH AKIBATNYA KELAK JIKA KALIMAH ALLAH TIDAK DIPERTAHANKAN.

Posted: 16 Oct 2013 10:26 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Kalimah Allah : Kebiadapan Guan Eng Terserlah

Posted: 16 Oct 2013 08:57 PM PDT


Tetap dengan pendirian, itulah pandangan DAP tentang isu kalimah Allah SWT. Ini bermakna, DAP telah sama sekali mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh mahkmah.

Memang benarlah DAP ada agenda lain dalam isu kalimah Allah ini. Agenda mereka bukan hanya setakat untuk misi politik malah lebih jauh daripada itu, DAP punyai misi halus menerusi platform agama.

Apakah perkara ini masih lagi tidak disedari oleh puak puak PAS? 

Beranikah Guan Eng Jawab Persoalan Janice Lee Ini?

Posted: 16 Oct 2013 06:35 PM PDT







Anwar Ibrahim Kutuk Khalid Ibrahim, Puji Guan Eng

Posted: 16 Oct 2013 01:19 AM PDT


Kenyataan Ini Menyerlahkan Apa Pendirian PKR Dalam Isu Kalimah Allah SWT

Posted: 15 Oct 2013 09:49 PM PDT


Yang patut malu adalah PKR kerana punyai seorang pemimpin yang sebegini. Tidak tahulah kalau ada pemimpin PAS masih lagi mahu mengikut dan mengiyakan sahaja apa yang Latheefa Koya ini cakap. Cukup memalukan kerana sanggup menyebelahi pihak Kristian dalam isu kalimah Allah. Malu!

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Guru kecewa SPPBS guna teknologi ketinggalan zaman

Posted: 16 Oct 2013 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengenalan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.

Bayangkan, dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih banyak masalah bakal timbul.

Oleh itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru yang terbabit.
Aduan penggunaan Internet Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh mengenalpasti perkara asas seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Ke arah wacana baru agama lebih harmoni - Dr Maszlee

Posted: 16 Oct 2013 08:58 PM PDT

Penulis bimbang terhadap masa depan keharmonian kaum dan kemajmukan agama di Malaysia ekoran respon radikal pelbagai pihak seusai keputusan mahkamah rayuan berhubung penggunaan nama Allah oleh akhbar Katolik The Herald.

Semua pihak digesa menghormati keputusan tersebut berdasarkan semangat salus populi suprema lex.

Namun dalam waktu sama, konsep tersebut juga digesa digunapakai ke atas semua pihak tanpa memilih bulu, hatta terhadap warga Islam yang didakwa menghina agama lain ataupun mencerca kaum lain.

Sehubungan dengan itu, penulis pelik mengapakah sesetengah pihak ekstrimis bangsa dan media yang masih bebas menimbulkan keresahan kaum dengan kenyataan mereka seperti menghina bangsa tertentu yang tidak menyokong kerajaan.

Perkara ini termasuk menggesa Bible dibakar, menyuruh penganut agama lain berpindah dari Malaysia, menggelar parti politik tertentu sebagai kafir harbi yang wajib diperangi ataupun menghina sesuatu agama dan bangsa dalam ceramah umum.

Bagaimanapun golongan ini tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam waktu yang sama, penulis kurang bersetuju dengan sikap sesetengah pihak Kristian yang agak agresif di dalam usaha memurtadkan umat Islam secara teratur dan penuh licik.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2014: Pemuda PAS tegas tolak GST

Posted: 16 Oct 2013 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka menjadi agenda utama pembentangan Bajet 2014.

"Inilah sifat sebenar transformasi pemerintah yang kononnya mendahulukan rakyat," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah bertahun lamanya berada di dalam penafian mengenai status kewangan negara yang semakin parah, kini pemerintah tanpa rasa malu mahu rakyat menebus beban ini dengan program cukai baru biarpun keadaan ini disebabkan kecuaian mereka mengurus fiskal negara.

Beliau berkata, banyak kajian telah merumuskan perlaksanaan GST berisiko mendorong kepada kenaikan kos sara hidup.

Begitupun, ujarnya sisi pandang ini tidak diendahkan kerajaan yang terdesak mengesan sumber baru pendapatan meskipun ianya bermakna rakyat terpaksa menanggung peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Malah, katanya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada asasnya menklasifikasikan GST sebagai cukai jenis regresif yang meletakkan kebajikan golongan berpendapatan rendah lebih berisiko terjejas memandangkan harga barangan penting telah meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad Dan Kafir: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja' - Dr Maszlee

Posted: 16 Oct 2013 08:54 PM PDT





 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

"Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut," kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak".
Read More / Baca Lagi >>

Tiga hari menjelang pengundian, Hishammuddin masih lagi ketinggalan

Posted: 16 Oct 2013 08:51 PM PDT


Pemilihan Umno bakal diadakan pada 19 Oktober ini, iaitu kira-kira tiga hari daripada sekarang. Kerusi paling panas diperkatakan ialah Naib Presiden. Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara.
Memandangkan kali ini jumlah perwakilan yang mengundi adalah seramai 146,500 orang dan tidak mungkin calon dapat bertemu dengan semua perwakilan itu, maka peluang muncul di televisyen tentunya kesempatan yang tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Selain itu, calon juga turut tidak melepaskan peluang menggunakan akhbar sebagai medium kempen sama ada melalui wawancara, kenyataan akhbar, ulasan isu semasa mahupun bercakap mengenai bidang tugas rasmi masing-masing.
Bagi yang aktif di laman sosial pula, mereka juga turut menggunakan kecanggihan dunia internet untuk berkempen dan mempromosi diri masing-masing.
Bagi calon Naib Presiden, hanya Isa Samad yang didapati tidak aktif dalam laman sosial dan didapati akaun Facebooknya sudah lama tidak dikemaskini, selain tidak mempunyai akaun Twitter mahupun Instagram  manakala calon lain iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan Ali Rustam, mereka didapati aktif dalam laman sosial dan sekurang-kurangnya mempunyai satu akaun sama ada Facebook, Twitter ataupun Instagram.
Dengan Perdana Menteri, Najib Razak menggalakkan semua pemimpin Umno dan kerajaan agar aktif dalam laman sosial bagi memudahkan berinteraksi dengan rakyat, Isa Samad nampaknya tidak menyahut seruan itu dan menjadi pemimpin yang tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
Ini menjadikan Isa agak terkebelakang dan hanya mengharapkan bantuan media tradisional atau komunikasi secara bersemuka dengan perwakilan untuk kempennya.
Jika calon yang bertanding Naib Presiden kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu penyandang dan penentang, sehingga ini Isa Samad berada di kedudukan paling bawah daripada segi keupayaan menggugat kedudukan tiga penyandang sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy: No need for ROS to dispute Umno Youth results

Posted: 16 Oct 2013 08:47 PM PDT

Yikes! Kuala Lumpur Is Infested By Illegals!

Posted: 16 Oct 2013 08:46 PM PDT

Pengumuman GST dalam Bajet 2014

Posted: 16 Oct 2013 08:45 PM PDT

Default Deadline: US incompetence, can-kicking or clown show?

Posted: 16 Oct 2013 08:44 PM PDT

Heading to the fight in Syria

Posted: 16 Oct 2013 08:43 PM PDT

Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger Parody). #LNJparody

Posted: 16 Oct 2013 08:10 AM PDT

Pengkid, 'Bala' Gejala Sosial Baru, Bagaimana K'jaan Tangani?

Posted: 16 Oct 2013 07:59 AM PDT


 SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.

Ipoh: Seorang lelaki hampir 'hilang akal' apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.

Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.

Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai. Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.

"Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.(myMetro)
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan Membina Sebuah Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang

Posted: 16 Oct 2013 07:51 AM PDT

Iran: Breaking the nuclear deadlock?

Posted: 16 Oct 2013 07:50 AM PDT

Debt ceiling deadline expires at midnight

Posted: 16 Oct 2013 07:50 AM PDT

Berita baik buat ketua pembangkang dalam bajet?

Posted: 16 Oct 2013 07:48 AM PDT

Oleh Kajian Politik untuk Perubahan
Pada 9 Oktober lalu, negeri Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi menandakan peristiwa penting dalam usaha mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini dengan memberi elaun istimewa berjumlah RM8,620 kepada ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bayaran bulanan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980, sebagai pengiktirafan dan penghormatan terhadap peranan ketua pembangkang negeri.

Sesungguhnya, langkah ini merupakan perubahan yang 'pecah rekod' bagi memartabatkan dan menjunjung prinsip demokrasi dengan mempertahankan hak suara oposisi.

Justeru, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rendah dirinya meneladani kesungguhan Selangor untuk mengiktiraf ketua pembangkang.

Sesungguhnya, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi Westminster seperti negara-negara Komanwel lain, pengiktirafan terhadap kedudukan ketua pembangkang di Malaysia seharusnya dipertingkatkan dari segi saraan dan elaun pelbagai bentuk.

Kedudukan itu mustahak bagi merapatkan jurang saraan dan elaun antara ketua pembangkang dengan menteri kabinet atau yang dipertua Dewan Rakyat.

Ketua pembangkang sekurang-kurangnya berhak menikmati pengiktirafan yang setaraf dengan menteri kabinet atau yang dipertua, sekiranya bukan perdana menteri, tanpa dipinggirkan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.
Di samping itu, KPRU berpendapat, pejabat ketua pembangkang patut diberi peruntukan untuk menggaji kakitangan bagi menjalankan pelbagai tugas merangkumi pegawai penyelidik, pegawai media dan pembantu eksekutif seperti di negara-negara lain.

Peruntukan ini penting bagi membolehkannya memperoleh tenaga kerja yang mencukupi dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang pemimpin pembangkang dan juga wakil rakyat dengan lancar.
Pengiktirafan di Malaysia
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: Parti, pemimpin politik digesa libatkan rakyat dalam dialog produktif

Posted: 16 Oct 2013 07:19 AM PDT


Parti politik dan pemimpin harus melibatkan rakyat dalam dialog produktif bagi meredakan ketegangan susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa akhbar mingguan Katolik, Herald, tidak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bahasa Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (gambar) berkata mereka perlu mengelak daripada terlibat dalam pertandingan "holier-than-thou" atau siapa lebih hebat.
"Saya menggesa semua pihak demi perpaduan negara agar berhati-hati dengan kenyataan mereka, tidak provokatif dengan kenyataan tidak wajar dan berhenti mencipta ketakutan sehingga sesetengah masyarakat mula mempersoal kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kurup, yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, menggesa semua parti agar sentiasa mengingati bahawa Malaysia adalah sebuah negara aman dan penyayang serta amat menghargai perpaduan dalam kalangan rakyatnya.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyeru semua rakyat Malaysia bertenang dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, menggesa orang ramai untuk membenarkan proses undang-undang berjalan dan tidak membiarkan perkara itu mengganggu keamanan serta perpaduan antara kaum di negara ini.
"Saya harap setiap rakyat Malaysia akan terus mengekalkan semangat perpaduan dan kestabilan di negara ini, serta tidak membiarkan isu ini memecah-belahkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

ABIM tak setuju boleh murtad jika pertikai kes Allah

Posted: 16 Oct 2013 06:59 AM PDT

DAP akan ambil tindakan terhadap anggota parti ‘berhati BN’

Posted: 16 Oct 2013 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN' yang cuba mensabotaj DAP.
Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap media seliaan UMNO/BN yang berterusan memfitnah DAP dengan pembohongan dan penipuan.
"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.
Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.
"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya akan umum datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," katanya dalam kenyataan, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran dari Government Shutdown Amerika

Posted: 16 Oct 2013 05:59 AM PDT

Kita hendak buat macam mana? Obama tak dapat datang. Sebab dia berdepan dengan kemungkinan shutdown kerajaan nya. tak bolehlah kita nak salahkan JJ. bukanlah kerana JJ yang dahulu nya duta ke USA yang berkerja keras mengatur Obama supaya singgah sebentar negara kita ini , tiba2 dibenci oleh Obama. Bukan Malaysia sahaja, tapi semua negara Asia dalam senarai lawatan , dikensel.
Terlepaslah peluang Najib untuk mendapat perakuan dari presiden Amerika. Impak Obama tentulah tidak sama dengan impak John Kerry yang singgah sebentar di negara kita. John Kerry umpama pengerusi JKKK merasmikan perhimpunan agung UMNO.
Apa binatang nya government shutdown ini? Shutdown itu maksudnya, jabatan kerajaan tutup sementara. Apa pasal tutup? Kerana tidak ada dana untuk membiayai urusan jabatan. Kena tutup sementara sehingga wang datang. No money no work.
Wah- takkan presiden Amerika yang gagah perkasa tidak boleh ISAkan ahli kongres? Menteri Homeland Security sepatutnya membentangkan rang undang2 tahan tanpa bicara dan lokap ahli kongres yang enggan meluluskan dana di Guantanamo Bay. Takkan Obama yang boleh bom Iraq, bom Afghanistan, Syria, Mesir tak boleh bom kongres?
Read More / Baca Lagi >>

KERAJAAN PR SELANGOR LULUSKAN SETIAP ADUN DI BERI PERUNTUKAN RM10,000 SETIAP BULAN

Posted: 16 Oct 2013 05:56 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan jumlah RM10,000 untuk diberikan kepada setiap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai wang perbelanjaan untuk berkhidmat kepada rakyat. 
 
"Perkara ini sudah diputuskan, dan Exco-exco sudah bersetuju untuk memperuntukkan RM10,000 untuk setiap ahli ADUN untuk mendapat dana sokongan untuk menggerakkan pusat khidmat masing-masing," katanya. 
 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Majlis Menandatangani MoU di antara i-City dan Best Western International di sini hari ini. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Mesej perjuangan Nabi Ibrahim kepada umat sejagat

Posted: 16 Oct 2013 05:52 AM PDT

Oleh DR SIDDIQ FADZIL
KITA mengingat nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari. Tetapi mengingatnya di tengah aura Aidiladha terasa ada kelainannya, lebih syahdu dan lebih mengharukan.
Ibrahim a.s. adalah nama besar, nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Quran.

Kisah Ibrahim a.s. memang bukan sebuah karya fiktif, tetapi qissah Qur'aniyyah yang ke-relevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam memaknai kisah tersebut bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan legasi agung seorang Rasul pejuang kebenaran, kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian. Ibrahim a.s. mewariskan sebuah model pendakwahan berasaskan dialog. Beliau tidak berkhutbah secara monolog, tetapi selalu mengajak khalayak untuk berdialog dan beradu argumentasi. Dialog adalah strategi bijak untuk menggugah akal dan merangsang orang agar berfikir.
  Justeru, hanya yang berakal dan yang berfikir yang dapat menghargai dan menilai kebenaran. Berhujah harus selamanya dengan akal sihat dan rasional, bukan dengan sentimen dan emosi.
Demikianlah, kebenaran bukan untuk dipaksakan, tetapi didakwahkan dengan hujah yang meyakinkan (iqna') akal rasional.
Memang teras kekuatan dakwah bukan biaya, dan bukan juga kuasa, tetapi esensinya: kebenaran yang berasaskan hujah dan bukti.
Kekuatan dana, kuasa dan lain-lainnya bukan tidak penting, tetapi bukan kekuatan esensi hakikinya. Memang tidak semua orang bersedia menerima hujah dan kebenaran. Penghalang utamanya adalah kepentingan. Suatu yang namanya "kepentingan" itu memang dahsyat.
Demi mempertahankannya hujah sekuat mana pun, dan kebenaran sejelas mana pun tidak akan diterimanya. Demikianlah sikap kaumnya, rajanya dan malah bapanya sendiri pun.
Hujah yang kuat dan lunak tidak dapat membangkitkan akal rasional seorang ayah yang berkepentingan sebagai seorang pe-ngusaha industri berhala.
Read More / Baca Lagi >>

‘Korban’ dekatkan diri dengan Allah

Posted: 16 Oct 2013 05:51 AM PDT

PERUTUSAN AIDILADHA AL-MURSYIDUL AM PAS
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
SEGALA puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus bernafas di bumi ini dan dapat menyambut kehadiran satu lagi hari raya di dalam Islam iaitu Aidiladha untuk tahun 1434H.

Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini me rupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal salih tanda ketundukan kita sebagai hamba kepadaNya. Aidiladha sinonim dengan ibadah korban. Korban merupakan istilah bahasa Arab "Qurbaan" yang bermaksud dekat. Ia bermaksud men dekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap ibadat korban hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika tidak berlaku demikian, ia bukan ibadat korban sekalipun dinamakan dengan korban.
Nabi Ibrahim a.s. memulakan sunnah korban ini apabila bermimpi menyembelih anaknya sendiri. Bagi orang awam, mimpi demikian barangkali akan diabaikan begitu sahaja dan akan mudah dianggap sebagai mainan tidur. Bahkan yang jelas merupakan perintah Allah SWT pun diperlekeh kan apatah lagi jika hanya mimpi yang belum tentu kesahihannya.
Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan seorang nabi. Ba ginda tahu mimpi tersebut me rupakan perintah daripada Allah SWT lantas dilaksanakan secepat mungkin sekalipun ia amat berat bagi seorang bapa untuk menyembelih anaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri

Posted: 16 Oct 2013 05:47 AM PDT


Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.
Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.
"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.
"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.
"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"
Read More / Baca Lagi >>

Bila Mahathir sokongan idea Zahid adalah muslihatnya

Posted: 16 Oct 2013 05:46 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi.

Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan 'terdesak' untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. Mahathir bagaikan penjenyah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini.

Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin mAbu Bakar enang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya.


Keempat orang lawan Khairy yang setengahnya seperti ditaja Mahathir kalah sehinggakan hilang wang perataruhan. Kemenangan besar Khairy itu menandakan suara kejauhan Mahathir agak Khairy disingkirkan atau diberi petunjuk kurang sokongan dengan ada undi tentangan tidak menjadi.
Read More / Baca Lagi >>