Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Video Facebook : Cina Malaysia Yang Biadap Terhadap Anggota @PDRMsia Ini Mesti Dikutuk

Posted: 14 Oct 2013 12:58 AM PDT




Sesiapa sahaja yang biadap dan enggan memberi kerjasama kepada anggota keselamatan Malaysia seperti polis ini yang tidak mengenal bulu di dalam menjalankan tanggungjawabnya ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia.

Jika dibiarkan maka ia akan diikuti oleh rakyat yang lain. Lebih-lebih lagi ia disiarkan di Facebook yang boleh menimbulkan reaksi tidak elok kalangan masyarakat khususnya anggota keselamatan yang gigih bekerja menjaga keselamatan seluruh rakyat tanpa mengira agama atau bangsa.

#KalimahAllah Untuk Sabah Sarawak : Penjelasan Nazri Aziz Di @UMOnline Tahun 2010 Ini Perlu Dibaca The Malaysian Insider @tm_insider

Posted: 14 Oct 2013 12:14 AM PDT


The Malaysian Insider cuba mengapikan antara penganut Islam dengan Kristian soal kalimah Allah yang diumum keputusannya pagi tadi.


Antara lain disentuh seolah-olah penganut Kristian di Sabah Sarawak tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Walhal isu kalimah Allah di sana sudah pun ditegaskan sebelum ini pada tahun 2010 oleh Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Justeru tidak berbangkit lagi apakah ada halangan terhadap penggunanannya di Sabah dan Sarawak seperti yang cuba dihangatkan oleh The Malaysian Insider di atas...

Baca penjelasan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di bawah ini...




Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah 

Tarikh 16 Jan 2010 


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka.

''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya baru-baru ini.

Tuntutan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Disember lalu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan yang unik.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu.

''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini.

''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya.

Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri di Malaysia.

Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.

''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada undang-undang menyatakan ia salah.

''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd

Video Datuk @ZulkifliNordin Mengumumkan Keputusan Mahkamah #KalimahAllah

Posted: 13 Oct 2013 11:47 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Isu Kalimah Allah : Keputusan Mahkamah Rayuan satu hadiah kepada umat Islam di Malaysia sempena menyambut Aidiladha!

Posted: 14 Oct 2013 08:28 PM PDT


Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald merupakan hadiah kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Ia menjadi lebih bermakna apabila ia diputuskan ketika umat Islam bersiap sedia menyambut Aidiladha.

Apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan juga menjadi suatu penghargaan kepada usaha banyak pihak yang bulat dalam mempertahankan kesucian nama Allah; yang tidak pernah berganjak daripada memastikan kalimah itu tidak digunakan oleh penganut agama lain.

Dalam konteks kehidupan beragama di Malaysia, ia mengarah kepada pengekalan keharmonian hubungan antara agama. Pada masa yang sama kes terbabit perlu menjadi iktibar kepada semua iaitu jangan ada usaha dalam apa juga bentuk untuk menjejaskan kedaulatan Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini kerana sebarang percubaan ke arah itu akan turut menjejaskan keharmonian kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Selaku warganegara Malaysia, setiap daripada kita tanpa mengira anutan agama perlu akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini. Langkah Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan awal yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai hal tersebut adalah usaha 'pembetulan' yang bertepatan dengan teras dan peruntukan Perlembagaan negara yang menggariskan secara jelas hak-hak Islam dan umatnya serta peranan institusi raja-raja Melayu selaku pelindung agama Islam.

Malah ia secara sedar atau tidak selari dengan fatwa berkaitan kalimah suci itu.

Kita semua tahu, Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan secara jelas melarang nama Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Allahuakbar..!!!

Suara Politik
Belantan

Pertelagahan dalam DAP, umpama retak menanti belah?

Posted: 14 Oct 2013 04:39 AM PDT


Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidaklah demokratik seperti yang sering dijaja oleh kepimpinan tertinggi. Ini berikutan pengakuan, kritikan dan kenyataan terbuka oleh pemimpin serta penyokong parti itu sejak akhir-akhir ini.

Rata-rata mereka ini tampil tidak berpuas hati dengan segelintir kepimpinan tertinggi dalam parti itu yang begitu 'tamak kuasa' sehingga sanggup berbuat apa sahaja walaupun melanggar perlembagaan parti mahupun prinsip dan pegangan DAP selama ini.

Pergolakan serius antara pemimpin negeri dan kepimpinan pusat berikutan campur tangan 'ghaib' dalam urusan negeri masing-masing yang hanya bermotifkan kuasa politik berbanding perjuangan sebenar demi rakyat dan negara tercinta.

Antara yang sedang bergolak dengan hebat ketika ini ialah, Melaka apabila Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron. Perletakan jawatan Goh diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.


Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.

Leong San ketika dihubungi penulis baru-baru ini melahirkan rasa kekesalan yang tidak terhingga dengan sikap segelintir pemimpin parti itu yang sudah mula menunjukkan minat untuk menerajui kepimpinan tertinggi negeri yang ketika ini diterajui beliau.

"Dua pemimpin DAP Melaka ini mempunyai sokongan kuat daripada kepimpinan tertinggi parti, kerana itulah mereka berani memberi 'tekanan' kepada saya untuk meletak jawatan. Mungkin saya tidak menyokong kumpulan tertentu dalam parti, menjadi punca perkara ini berlaku.

"Sebagai Pengerusi Negeri selama lapan tahun, saya telah bertolak ansur sedaya upaya supaya masyarakat umum mempunyai tanggapan bahawa kami bersatu hati walaupun pada hakikatnya itu bukanlah satu kebenaran," ujarnya.

Peletakan jawatan Leong San itu memberi tamparan hebat kepada DAP selepas ADUN Luyang, Sabah, Hiew King Cheu baru-baru ini turut mengumumkan keluar parti tersebut dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Beberapa minggu sebelum itu, King Cheu turut meletak jawatan sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Perhubungan DAP Sabah, difahamkan ekoran pertelagahan dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya menyokong ADUN Klias, Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing.

DAP Kedah juga turut bergolak dan semakin bercelaru apabila wujud dua kepemimpinan susulan pelantikan jawatankuasa interim yang dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. Sehingga kini, bekas Pengerusinya, Lee Guan Aik masih menganggap beliau mewakili organisasi kepimpinan DAP negeri yang sah menyebabkan terdapat dua Ibu Pejabat DAP negeri beroperasi di Kedah ketika ini.

Guan Aik mendakwa, pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara oleh parti itu pada Jun lalu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

"DAP Pusat melantik Zairil Khir sebagai Pengerusi DAP Kedah secara tidak sah kerana kami sebagai jawatankuasa asal tidak pernah diberitahu tentang tindakan ini, selain tiada diberi sebarang surat untuk menerangkan situasi yang berlaku," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya baru-baru ini.

Dalang

Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukan secara terburu-buru.


Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan Dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.

DAP Perak juga berantakan apabila sekumpulan ahlinya secara terbuka mengkritik pengerusi negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming.

Pengerusi DAP cawangan Kampung Acheh Baru, Loh Eng Soon berkata, kemelut dalaman berlaku berikutan ramai ahli tidak berpuas hati dengan dua bersaudara itu.

Loh memberitahu dalam akaun Facebook, penyertaan beliau sebagai ahli parti itu selama ini kerana mengagumi kepimpinan Nga.

"Tetapi sekarang, saya mempersoalkan sama ada idola saya sedang berjuang untuk rakyat atau untuk poket sendiri, " katanya dalam satu status yang dikemaskini di akaun Facebook.

"Mengimbas kembali, saya rasa bodoh kerana membantu beliau menjual tiket makan malam dan meletakkan iklan tahniah di akhbar. Daripada berhala, dia (Nga) telah menjadi hamba untuk wang. Adakah anda sedar keutamaan anda? Adakah hanya wang penting kepada anda?" soalnya.

Malah, Loh juga mendesak jika Pakatan mahu kembali berkuasa di Perak, Ngeh dan Nga mesti disingkirkan.


Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Syed Ibrahim memberitahu dalam akaun Facebooknya, Ngeh telah menikamnya dari belakang. Tanpa menerangkan lebih lanjut, Solaiman yang juga bekas ahli jawatankuasa negeri itu meminta Ngeh berjuang dengan cara yang betul.

"Ini adalah orang yang mendakwa untuk memperbaiki kedudukan parti di mata rakyat. Jika mahu berjuang, berjuang dengan cara yang betul. Jangan berjuang seperti pondan," katanya.

Pergolakan kuasa juga sedang berlaku di Johor di mana terdapat kumpulan tertentu mahu mencantas kedudukan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang sememangnya sejak dulu tidak pernah sebulu dengan Guan Eng dan Kit Siang. Berikutan itu, pada PRU lepas, sekumpulan calon dinasti Lim dihantar bertanding di sana. Ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Penyokong-penyokong Dr. Boo juga ramai telah beralih arah kepada kem lain.

Perkara yang sama juga terjadi Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri telah di gantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat, punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas. Antara yang digantung ialah Adun Tras, Choong Siew Onn.


Antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi negeri tampil membuat kenyataan terbuka mempunyai hubung kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng akan memastikan orangnya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Ini akan membantu mereka menguasai dan mencantas ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.

Penulis hanya mahu mengingatkan kepimpinan tertinggi DAP supaya berhenti mencanangkan slogan-slogan indah khabar dari rupa yang sebenarnya hanya bersifat retorik dan pembohongan. Rata-rata pemimpin dan ahli yang mengeluarkan kenyataan sebenarnya kecewa dengan kepimpinan tertinggi, cara parti itu ditadbir dengan penuh keangkuhan, kronisme, nepotisme.

Bak kata peribahasa Inggeris, charity begins from home yang membawa maksud kebajikan bermula dari rumah. Seperti itulah, sebelum DAP bangkit dengan slogan mengubah Malaysia, terlebih dahulu ubahlah kedudukan parti sendiri.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PAS mahu Dr Mahathir dedahkan siapa masuk Umno untuk kaya

Posted: 14 Oct 2013 04:48 PM PDT

PAS menuntut bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan secara spesifik individu yang dimaksudkannya "menyertai Umno nak kaya".
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan, perkara itu perlu bagi membolehkan perwakilan Umno untuk mengenalpasti calon yang akan dipilih mereka pada 19 Oktober depan.
"Saya kata macam ini bukan sebab saya sayang Umno. Tapi bila mereka itu dipilih dari kalangan perasuah, kerajaan tidak akan bebas," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
"Apabila perasuah menjadi pemimpin, ekonomi negara sudah pasti hancur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Dr Mahathir sebelum ini menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti kerana ramai yang menyertai parti itu dakwanya semata-mata mahu menjadi kaya.
Anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, merupakan salah seorang calon naib presiden yang akan dipilih oleh perwakilan Umno seluruh negara hujung minggu ini.
Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri paling lama berkidmat itu turut menggesa supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana langkah tersebut akan mampu membersihkan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya?

Posted: 14 Oct 2013 04:45 PM PDT


Keputusan muktamad siapa pemenang yang sebenar bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno bakal ditentukan melalui undi popular. Ini berikutan dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar masing-masing memperolehi 73 undi daripada bahagian-bahagian yang membuat pilihan pada Sabtu lalu.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tajol Rosli memutuskan bahawa undi popular daripada 73 bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon itu akan dikira bagi memutuskan siapa pemenang bagi jawatan kedua tertinggi dalam Pergerakan Pemuda Umno itu.
Oleh kerana ia melibatkan pengiraan jumlah undi yang banyak, maka proses penjumlahan itu hanya akan dibuat selepas Hari Raya Haji.
Namun belum pun lama pengumuman itu dibuat, Khairy Jamaluddin (KJ) yang sudah pun ditabalkan sebagai Ketua Pemuda Umno bagi penggal kedua dengan memperolehi 189 undi seakan tidak bersetuju dengan penentuan melalui undi popular itu, sebaliknya mahu penentuannya dibuat melalui undi daripada Pemuda Umno Gelang Patah yang tidak bermesyuarat pada 12 Oktober lalu berikutan wujudnya pertikaian dalaman sehingga menyebabkan ianya ditangguhkan.
Tarikh mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Gelang Patah akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini, tetapi belum ditentukan tarikhnya.
Kenapa KJ menolak sistem undi popular dan mahukan penentuan dibuat melalui undi Gelang Patah?
Sejak keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah undi popular kepada Pakatan Rakyat, undi popular seperti hantu yang menakutkan bagi pemimpin-pemimpin Umno. Walaupun Umno melaksanakan sistem pemilihan daripada undi akar umbi tetapi sistem undi popular tidak digunakan, sebaliknya kaedah electoral college atau 1 bahagian 1 undi yang dipilih.
Tidak disangka pula KJ yang kelihatan gagah dan berani pun rupa-rupanya fobia juga dengan sistem undi popular ini. Seharusnya apabila Jawatankuasa Pemilihan sudah memutuskan mahu menentukan pemenang antara Khairul Azwan dan Jamawi melalui kaedah undi popular, KJ tidak perlu campurtangan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Oct 2013 04:32 PM PDT

Korban melampaui daging & darah

Posted: 14 Oct 2013 08:29 AM PDT



 
Insya-Allah esok kita akan menyambut Aidiladha Al-Mubarak. Apa yang signifikan dalam sambutan hari kebesaran ini, acara korban dilakukan semata-mata untuk mendapat pahala daripada Allah taala.

Umat Islam seluruh dunia akan melakukan aktiviti korban sebagai manifestasi pembuktian ikhlas kita dengan Allah melalui penyembelihan.

Seluruh dunia bakal menyaksikan tumbangnya ribuan haiwan yang bakal dikorban kerana Allah. Kita mulakan korban dengan kalimah Allahu akbar dan kasih sayang kerana Allah.

Semua kita mengetahui bahawa dalam majlis korban, bukanlah daging dan darah yang diinginkan Allah, tetapi keikhlasan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi hubungan hamba dan Pencipta.

Bagaimana ikhlas mampu menjadi asas pembinaan takwa? Pertama, korban ditandai dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Read More / Baca Lagi >>

Relevankah lagi Umno-BN tadbir negara?

Posted: 14 Oct 2013 07:55 AM PDT

Oleh RAYUSA
PARTI Umno tentu bermatimatian untuk memenangi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, 4 November depan demi menjaga "air muka" Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang baharu berkuasa.


Namun, meskipun sedang "berusaha," antaranya dengan tidak menaikkan sekali lagi harga petrol RON95 (meskipun telah bercadang begitu), diharap Laporan Ketua Audit Negara 2012, 1 Oktober lalu mampu membunuh impian tersebut. Walaupun laporan tersebut menyesakkan nafas, bagi Pakatan Rakyat dan penyokong, ia tambah memperkuat alasan dan kemunasabahan bahawa Umno-BN tidak layak terus mentadbir negara.
Empat hari kemudian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti dan mengkaji laporan berkenaan.
Meskipun baik, diharap penubuhan jawatankuasa itu yang Dr Ali sendiri menjadi pengerusinya, serta dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai SPRM, Kementerian Kewangan Malaysia dan PDRM bukan kerana tidak percaya atau menolak kenyataan.
Difahamkan jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan, termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku serta penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Diharap jawatankuasa tersebut tidak "memilih bulu." Dalam masa sama, rakyat juga perlu berfikir sedalam-dalamnya adakah Umno-BN masih relevan menjadi kerajaan!
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi, King Ghaz Jr?

Posted: 14 Oct 2013 07:54 AM PDT

Oleh ALI BUKHARI AMIR
"DEMI sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata." (maksud Surah An- Naml, ayat 21)
Tabiat marah-marah penguasa ke atas wartawan ini bukan tiada asasnya di dalam al-Quran.


Seorang raja teragung bertaraf nabi pada zaman nan silam, Raja Sulaiman a.s pernah mengugut akan menyembelih 'seekor wartawan'; burung Hud Hud jika burung itu gagal menyatakan alasan yang jelas berhubung ketidakhadirannya dalam sebuah perbarisan pada suatu pagi. Dalil tentang wujudnya darjat 'kepemberitaan' burung Hud Hud ini dirujuk pada ayat selepasnya, "Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: 'Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (Surah An- Naml, ayat 22)
Jelas, Hud Hud adalah 'wartawan' pembawa khabar berita yang benar, 'naba'in yaqiinin' (khabar berita yang diyakini kebenarannya) dan kebenaran berita itu yang menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban sembelihan oleh penguasa negara.
Read More / Baca Lagi >>

Orang muda, masa depan Pas

Posted: 14 Oct 2013 07:53 AM PDT

Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat antara yang dijangka akan mencuri tumpuan ramai pada Muktamar Pas ke-59, bulan hadapan. Ini kerana siapa yang mendudukinya, dianggap mampu menjadi bayangan akan kepimpinan parti itu pada masa akan datang. Dalam situasi semasa Pas, ada pihak meramalkan proses peralihan kepimpinan dalam parti itu. Banyak pihak mengintai peluang merebut jawatan itu.

Penyandang jawatan itu kelak akan menentukan sama ada kesinambungan corak kepimpinan Pas pada hari ini akan diteruskan atau menggunakan pendekatan berbeza. Sejarah lalu memperlihatkan, individu yang pernah menyandang jawatan ini bukan calang-calang orang antaranya Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Penyandangnya, Nasrudin Hassan pula menerajui Pemuda Pas sejak 2009 dan beliau antara individu yang disebut-sebut antara bakat yang dijangka mampu mewarisi kepimpinan Pas suatu hari nanti.

Wartawan SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NURULFATIHA MUAH mendapatkan pandangan Nasrudin mengenai kedudukannya dalam Pas dan hala tuju parti itu dalam agenda memperjuangkan Islam.


Pada muktamar nanti, adakah YB mahu mempertahankan jawatan atau bertanding di peringkat lebih tinggi?

Sehingga hari ini, saya belum buat keputusan. Saya tunggu semua mesyuarat agung Pemuda Pas kawasan dan negeri selesai kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi fokus Pemuda bermesyuarat yang akan berakhir pada 10 November ini. Selepas tarikh itu, baru saya nyatakan pendirian.
Peguam, Zulhazmi Shariff paling awal menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas. Apa pandangan YB?

Read More / Baca Lagi >>

Scores killed following carbomb explosion in town held by Syrian rebels near Turkish border

Posted: 14 Oct 2013 07:37 AM PDT

Firing Line: Syrian locals take up arms to fight extremists

Posted: 14 Oct 2013 07:35 AM PDT

LIVE BLAST: Twin Damascus explosions caught on Syrian TV

Posted: 14 Oct 2013 07:35 AM PDT

KAN DAH KENA: PERWAKILAN UMNO BERTARAF HANTU MENGUNDI SEMASA PEMILIHAN PEMUDA UMNO!!

Posted: 14 Oct 2013 07:22 AM PDT


Ingatkan hantu berkeliaran semasa PRU dan PRK ... rupa-rupanya hantu juga turut bangkit untuk menjadi perwakilan UMNO.

Dulu semasa Pakatan Rakyat bangkitkan isu pengundi UMNO .. bukan main lagi riuh rendah gegak gempita bising satu dunia kononnya para pemimpin Pakatan Rakyat mereka cipta isu .... Nah!!!! sekarang orang UMNO sendiri dedahkan kepada dunia betapa ada perwakilan hantu di UMNO Bahagian Gelang Patah, negeri tempat kelahiran UMNO.

JOHOR NEGERI KELAHIRAN UMNO MAKA MUNGKIN DISITU JUGA LAHIR MEMBIAKNYA HANTU-HANTU.

UMNO DENGAN HANTU TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. ... DARI PERANGAI HANTU SAMPAILAH MENJADI PERWAKILAN HANTU.

'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM'

Posted: 14 Oct 2013 07:19 AM PDT

'Spesis Pengampu'

Zionis Al-Sisi hadapi tekanan jiwa, ambil pil penenang

Posted: 14 Oct 2013 06:49 AM PDT


KUALA LUMPUR: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dilaporkan mengalami tekanan jiwa dan terpaksa mengambil penenang.

Memetik daripada facebook #prihatinmesir Al-Sisi dikatakan tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam.

Perkara itu ditulis oleh Kolenal Omar Afifi, bekas pegawai keselamatan Mesir yang tinggal di Amerika di dalam facebooknya, semalam.

Berikut petikan itu.

Kolenal Omar Afifi bekas pegawai keselamatan Mesir yg tinggal di Amerika menulis dlm facebooknya, menegaskan bhw Sisi menghadapi tekanan jiwa, hidup dlm ketakutan, mengambil pil penenang, tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam.

Penting:

Dua hari lepas Sisi menukar majoriti bodyguardnya dengan bodyguard baru dari kalangan ahli keluarganya dengan memberikan harta, keistimewaan, rumah, kereta dan pelbagai lagi.

Sisi juga menukarkan tempat tidurnya setiap hari di banglo khas pasukan keselamatan dan perisikan perang dan banglo rahsia di kawasan tentera.
Siapapun di kalangan bodyguardnya tidak mengetahui di mana tempat beliau akan tidur kecuali setelah sampai di tempat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Bagi UMNO, rasuah,salahguna kuasa bukanlah satu dosa tapi satu hak pemimpin depa...

Posted: 14 Oct 2013 06:46 AM PDT

Kemenangan pemimpin terpalit skandal petanda UMNO hidapi sindrom beku,jumud...

Kemenangan pemimpin terpalit skandal dana awam dan politik wang dalam Pemilihan Umno 2013 menunjukkan ahli parti itu tidak menganggap perbuatan salahguna kuasa dan rasuah sebagai satu dosa, sebaliknya menganggapnya sebagai hak pemimpin mereka.

Menurut pengananalis politik, Dr Maszlee Malik, kemenangan pemimpin dari golongan itu sekaligus membuktikan Umno bukan sahaja masih takut hendak berubah, malah turut dilanda sindrom beku dan jumud.

"Masalahnya mereka tak anggap rasuah itu sebagai rasuah tetapi anggap sebagai hak pemimpin Umno dan mana-mana Menteri dan ini menyebabkan pemimpin terus bertindak sewenang-wenangnya.

"Mereka sudah selesa dalam keadaan ini, jadi mengapa mereka perlu berubah?" Soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu ketika dihubungi TV Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Ezam akan ambil tindakan terhadap macai yang pukul macai..ha..ha..ha...dimanapun Sd Johari duduk tetap kena belasah...!!

Posted: 14 Oct 2013 06:45 AM PDT

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti.

"Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa.

"Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya.

"Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Perutusan Aidiladha Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim

Posted: 14 Oct 2013 06:42 AM PDT

khalid_ibrahimAssalamualikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh
Muslimin dan Muslimat yang Dikasihi Allah;
Saban tahun, bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijah, jutaan tetamu Allah sedang berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf dan melakukan amal-amal makruf sebagai pelengkap mengerjakan rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah.
Setiap tetamu Allah pada musim haji, tidak mengira bangsa atau keturunan, tidak mengira kedudukan, tidak mengira jantina; yang miskin, yang kaya, yang cacat anggota tubuh, yang cacat penglihatan, semuanya terikat dengan rukun, syarat dan tertib mengerjakan rukun Islam yang kelima itu agar mendapat haji mabrur.
Pada tahun 2013 ini, kita di Malaysia menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober. Umat Islam di seluruh dunia, dan kita di Malaysia dituntut supaya berkorban ternakan seperti lembu, kambing, bebiri atau unta, menurut kemampuan. Ibadah korban hendaklah dilakukan pada tarikh berwukuf di Padang Arafah, atau terakhir pada hari keempatnya. Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang memberi kita kesempatan untuk bersama meraikan hari mulia ini.
Kita maklum, ibadah korban mempunyai maksud yang mulia dan berkait secara langsung dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menjalankan perintah Allah dan kesabaran yang tinggi, Nabi Ismail Alaihissalam.
Read More / Baca Lagi >>

Silap Mata PAU: Sistem ‘electoral college’ menguntungkan penyandang?

Posted: 14 Oct 2013 06:39 AM PDT

Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara.

PETALING JAYA: Ketiga-tiga sayap Umno sudah pun bersidang pada 12 Oktober lalu. Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Sharizat Jalil berjaya mempertahankan kerusi sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita manakala pergerakan puteri memiliki ketuanya yang baru, Mas Ermieyati Samsuddin.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meraih 99 peratus undi (189 undi) apabila keputusan Pasir Gudang ditangguhkan manakala Pensiangan membuat keputusan tidak mahu mengundi sesiapa. Khairy mengalahkan lima pencabar Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak. Mereka berempat tidak mendapat sebarang undi.
Mengulas kekalahan ini, Syed Rosli mencadangkan supaya pada pemilihan tahun 2016, sistem "electoral college" tidak digunakan lagi. Katanya, sistem ini menguntungkan penyandang jawatan.
Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara. Untuk menang, setiap calon memerlukan 96 undi.Maknanya mereka perlu menemui 96 ketua pemuda bahagian.
Sebaliknya penyandang jawatan seperti Khairy bebeas menjelajah ke seluruh negara berselindung di sebalik program kementerian.
Pada mulanya jawatankuasa pemilih kata calon-calon tidak boleh berkempen menemui setiap perwakilan tetapi di saat-saat akhir calon-calon dibolehkan berkempen pula tetapi ia sudah terlambat bagi calon-calon untuk bergerak menemui perwakilan di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah : Bukan alasan wujudkan ketegangan agama

Posted: 14 Oct 2013 06:37 AM PDT

isu kalimah allah
SHAH ALAM 14 OKT : Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis dan ekstrem dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang.
Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama, politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini.
"Sebelum ini kurang berlaku pertemuan yang untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain.
"Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini dapat dikurangkan," kata Dr Manuty ketika dihubungi TVSelangor.
Kata Dr Manuty, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bertujuan untuk memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kaum ibu pula bantah Lynas

Posted: 14 Oct 2013 06:35 AM PDT


KUALA LUMPUR: Satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) muncul bagi menyatakan bantahan terhadap operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

NGO diberi nama Kaum Ibu Kuantan dan Balok itu menentang keras  tindakan kerajaan mengeluarkan lesen import kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Australia Barat yang dijadual tiba di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober ini.

"Kami, kaum ibu dari Kuantan dan Balok , ingin menyuarakan rasa sedih dan marah kami di atas kegagalan kerajaan Malaysia untuk menutup kilang Lynas daripada beroperasi dengan mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) pada bulan Januari 2012; dan sekarang mengeluarkan lesen mengimport kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Western Australia yang dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 16 Oktober 2013," kata jurucakap kumpulan terbabit,  Rahimah Abdul Majid  dan Nurhaniza Ali.

Dalam satu kenyataan media, mereka berkata, risiko dan bahaya dari hasil pemprosesan nadir bumi adalah terbukti serius terhadap kesihatan, alam sekitar, kesejahteraan dan industri tempatan terutamanya industri perikanan dan pelancongan.
Read More / Baca Lagi >>

Politik penaungan punca Umno terus berkuasa

Posted: 14 Oct 2013 06:34 AM PDT


KOTA BHARU: Amalan politik penaungan yang menjadi pegangan Umno membolehkan parti itu terus menguasai pentadbiran negara sejak merdeka sehingga sekarang.

Penganalisis politik dari UKM, Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof berkata, politik penaungan menggunakan sepenuhnya kuasa wang bagi menguasai rakyat.

"Kerana amalan penaungan menyebabkan Umno terus boleh berkuasa di negara ini," katanya pada program Sembang Politik anjuran sebuah NGO di sini malam tadi.

Turut bertindak sebagai penalis Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari UMK, manakala anggota parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak sebagai moderator.

Program itu merupakan penampilan pertama Dr Abu Hassan sejak bertugas sebagai dekan di UMK Kampus Bachok.

Sebelum itu seorang peserta memberitahu beliau bimbang budaya mengumpankan rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk BR1M bagi membolehkan parti terbabit kekal di tampuk kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia perlu laksana GST untuk kurangkan defisit bajet, kata pakar ekonomi

Posted: 14 Oct 2013 06:32 AM PDT

Malaysia perlu melaksanakan sekatan perbelanjaan dan meningkatkan perolehan cukai sebagai sebahagian daripada  usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

"Secara idealnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet secara berperingkat, bukan secara tiba-tiba untuk mengelakkan pertumbuhan ekonomi terjejas, tetapi mencukupi untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

"Ini patut dilaksanakan dengan satu campuran sekatan perbelanjaan dan peningkatan perolehan cukai," katanya kepada Bernama.

Mengenai sekatan perbelanjaan, Oliver berkata kerajaan patut menumpukan kepada perbelanjaan sebanyak mungkin kepada meningkatkan prasarana kerana ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Part 2 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Posted: 14 Oct 2013 06:26 AM PDT

Part 1 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Posted: 14 Oct 2013 06:26 AM PDT

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (tariff air dan AKSB) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013

Posted: 14 Oct 2013 06:22 AM PDT

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (lebuhraya rakyat) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013

Posted: 14 Oct 2013 06:21 AM PDT

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Bekas ATM - Masih ada lagi yang tertinggal dan terpinggir ?

Posted: 14 Oct 2013 04:01 PM PDT

Malaysia negara maju, negara Malaysia dapat basmi kemiskinan,, hakt phuii...


Bila aku lihat gambar dibawah,, sedikit sebanyak tersentuh perasaan ku..


Kisahnya,, aku copy paste balik...

10hb Oktober melalui mudah alih 

I saw Mr. Zainuddin at the LRT station just now after work. Remember him? He is an Army veteran. He had backbone operation last year October. I spoke to him this evening. He is apealing for donation to get treatment to grow the flesh on the wound on his left leg. I took a photo of him just now.

The treatment is not available at the hospitals here.

The treatment will be at Jurong Hospital, Singapore on 18th October 2013, if he gets enough funds. Total cost of treatment is equivalent to RM5,000. He has raised RM2,000 so far.

He hopes to get back into employment after he is healed. He still take medicine and chemo for the bone cancer.

If you require verification about Mr. Zainuddin's case, please pm me.

I hope we can help him raise enough money to seek the treatment. Thank you.


Link : Klik Sini

Mana hati tak tersentuh,, yang duk sibuk organised menolongnya,, bukan kaum sendiri,, tetapi kaum lain,,, dimana suara-suara yang selama ini duk sibuk memperjuangkan hak orang melayu... Mana pergi JHEV Perajurit, mana pergi PBTM,,, kejadian berlaku di Kuala Lumpur beb,, bukan dalam hutan di solok Gua Musang tu ka,, malu wei..







Terhebat - Kini terbukti sudah..

Posted: 14 Oct 2013 05:05 AM PDT

Sebelum ini setiap kali nak pilihan raya nak PRU, seringkali terdengar petugas parti pembangkang kena belasah dengan ahli-ahli samseng umno... malah ada sehingga kes ada kematian seperti di Lubuk Merbau, namun tiada apa-apa tindakan undang-undang sehingga hari ini..

Petugas Umno Bahagian Kota Raja dipukul





SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain.


Namun hari ini, apa yang berlaku pada parti pembangkang yang menjadi mangsa,, kini telah menular sesama mereka dalam umno,, moga-moga budaya ini terus merebak, terus membiak sehingga umno itu hancur.. 
Amin.... 



Mari kita kenal Barisan Panglima Pejuang Islam Malaysia.

Posted: 14 Oct 2013 12:19 AM PDT

Memang terhebatlah orang melayu malaysia sekarang ni... ha ha ha.. hangpa jangan duk gelak guling-guling pulak...



Siap keris wooo... luk berapa tak tau la keris tu...