Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tolak pemimpin amal politik wang

Posted: 11 Oct 2013 07:21 PM PDT

Akramsyah anak DEB yang mahu teru perjuangkan "Hidup Melayu"

Posted: 11 Oct 2013 05:37 AM PDT

Suaraya lebih sesuai bantu Transformasi Wanita

Posted: 11 Oct 2013 01:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


DS @Zahid_Hamidi Cabar Portal berita pembangkang @Malaysiakini Keluarkan Kenyataan Penuh Beliau Mengenai 3 Line Pekida

Posted: 10 Oct 2013 11:21 PM PDT

Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Jika sesuatu portal berita boleh mengkritik organisasi kerajaan, ia juga hendaklah bersedia menerima kritikan.

Itu bagi menunjukkan sesebuah penerbitan tersebut bebas.

Menteri Dalam Negeri (KDN),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesuatu kenyataan hendaklah disiarkan sepenuhnya, bukan sebahagian sahaja sehingga ianya boleh menimbulkan salah faham terhadap sesuatu yang diperkatakan itu.       

Menurut Ahmad Zahid, antara kenyataan beliau yang sudah diputar belit  oleh sebuah portal berita adalah berkaitan dengan kenyataannya seolah-olah menyokong kumpulan gengster, dikenali 'tiga line'.

"Saya tidak pernah sebut tiga line orang kita'. Saya cakap ia merupakan serpihan dari kumpulan Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida) dan pecahan itu mewujudkan tiga line'.

"Saya mendapat laporan terperinci mengenai kumpulan ini, sejak sebelum jadi menteri KDN.

''Tapi jika dalam kalangan mereka jadi bouncer, penarik kereta dan terlibat dalam jenayah saya akan minta polis tangkap mereka. Kenapa ayat itu tidak keluar? "katanya.
Beliau mengulas kenyataannya yang mendakwa beliau menggelar kumpulan gengster tiga line sebagai 'orang kita'.

Mengulas mengenai Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan baru-baru ini, beliau berkata, masih banyak pindaan akta lain, termasuk Akta Pertubuhan 1966, akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang agar ia seiring.

"(Hukuman yang boleh diambil nanti) termasuk merampas premis membuat kerja-kerja maksiat, merampas akaun dan menahan untuk pencegahan; tunggulah sidang akan datang. Ada 10 lagi (akta) yang akan dipinda," katanya.



Ulasan Panglima :

Bila portal Malaysiakini dan pro pembangkang yang lain menyiarkan 'half truth' dalam penerbitan mereka maka mereka patut dikenakan tindakan keras atas perbuatan jijik yang mereka lakukan!

Mereka sepatutnya menyiarkan sepenuhnya berita bukan mengambil setakat mana mereka mahu.

Jika ia menimbulkan ketegangan dan membawa ancaman kepada keamanan sudah pasti kerugian kepada negara dan seluruh rakyatnya angkara perbuatan mereka tidak akan dapat ditebus dengan keuntungan yang mereka perolehi. 

Perbuatan melaga-lagakan antara puak dan bangsa juga satu perkara yang tidak bermoral di kala mereka menyeru agar keadilan ditegakkan dan kebenaran dipertahankan.

Semua itu tidak lain hanyalah dongengan yang tidak akan menjadi kenyataan kerana asas mereka bergerak juga hasil dibiayai dari dana asing.

Baca artikel Panglima sebelum ini berkenaan Malaysiakini yang disahkan mereka sendiri dibiayai dana asing!


Sent from my iPhone

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


GOPENG SUDAH ADA PEMIMPIN ORANG MUDA

Posted: 11 Oct 2013 04:04 AM PDT



Esok bakal menjadikan semua keraguan terhadap pimpinan terutama yang membabitkan orang muda dihakis dengan adanya pemilihan perwakilan penggal 2013. Tidak ada istilah kroni, orang kuat KB, istilah oder from the top dan banyak lagi cara yang selama ini sebenarnya menjadi penghalang terutama nya anak muda yang memang dahagakan sudut bagi mereka menjadi diantara yang berjuang dalam politik terutamanya dalam UMNO

Soal tidak ambil pada yang menentang sekali pun mereka yang mempunyai pelbagai k emahiram dan pengalam nampaknya terhapus dengan adanya Pemilihan yang kita tahu bermula dati akar umbi, siapa sahaja boleh bertanding dan pengundi juga boleh memilih siapa yang dia suka... Inilah UMNO parti keramat yang jauh bezanya dengan parti Cai Roket bila terbukti sebenarnya mereka lebih rasis, kroni malah tidak ada lansung demokrasi seperti apa yang UMNO transform seiring dengan kehendak akar umbi

Cai Roket nampaknya lebih bersifat kuku besi dan menindas, apa lagi lansung tidak demokrasi, cuba bayangkan untuk aljub sendiri bini nya sehingga meletak jawatan dan memberi ruang kepada aljub, malah semua anak beranak memegang jawatan tinggi tanpa sebarang perlantikan secara demokrasi
Roket pulak makin celaru sehinggakan dalam kongres pemilihan (CEC) yang terpaksa diadakan dua kali dan masih tiris bila keraguan undi memang membuatkan kita merasai semuanya diatur dalam kalender dynasty Lim si kuku besi. Mana kala PAS pulak kita lihat sudah tepat dengan gelaran cai... Manakan tidak kerjanya lebih untuk roket sehingga kejayaan roket menambah kerusi sebaliknya Pas makin merundum dengan bilangan kerusi, kesian jugak bila kita jelas tahu pas dilembukan terutama diatas jalan raya hanya untuk agenda yang tersembunyi untuk roket.
Malah Sibulan nie sanggup menganugerkan gelaran Khalifah serta mengangkat darjat mere lebih tinggi dan terhormat dari Umat islam itu sendiri...

Bagaimana pun teman nampak Gopeng kini nyata punya pemimpin baru bagi memastikan kebangkitan dan tempat anak muda terutamanya di Gopeng bakal dimertabatkan kembali selepas seperti mana yang kita tahu sebelum ini nyata kegoyahan dalam saf muda tidak dapat disembunyikan

Apa pun teman doakan terbaik dan yakin dua orang anak muda yang teman kenali nie sdr Adli dan Sdr Sham insyallah ada diruang hati anak-anak muda. Sememangnya inilah pemimpin muda yang diperlukan demi meneraju perjuangan dilandasan yang tepat. 

Esok teman hatap siapa sahaja yang bakal mengundi berilah pertimbangan dari sudut akal dan hati tanpa tertipu oleh yang lain sebenarnya hanya mahu tempat atau kemenangan dan sanggup buat apa sahaja demi tembolok dema sendiri... Jangan diberi ruang untuk pengkhianat...

Adli dan sham... Tahniah. Kehadiran kalian memang tepat pada titiknya... Semoga berjaya Insyallah

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Semoga keputusan kalimah Allah berpihak kepada umat Islam!

Posted: 11 Oct 2013 10:04 PM PDT


Dalam kerancakan ahli-ahli UMNO memilih barisan kepimpinan baharu untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, jangan dilupakan peristiwa penting yang akan dilakar pada Isnin ini.

Keputusan penting yang kita tunggu-tunggu tentang kes penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Katolik, The Herald akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini.

Keputusan kes ini diharap memihak kepada umat Islam supaya ia tidak dijadikan kes rujukan untuk tuntutan-tuntutan lain yang bersangkutan dengan agama Islam selepas ini. Malah diminta dijauhkan Allah juga daripada niat pihak tertentu untuk menggugat dan mencabar perkara berkaitan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan lain-lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Barangkali 'keberanian' untuk mencabar Perlembagaan ini bermula pada Disember 2009, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akhbar The Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" sebagai merujuk kepada "God" dalam akhbar itu versi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pusat bagaimanapun merayu keputusan tersebut. Sensitiviti umat Islam dan martabat Islam dalam Perlembagaan wajib diambil kira.


Dalam Perlembagaan, Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut tetapi nampaknya sekarang agama lain pula yang berlebih-lebih minta diberi hak yang sama.

Dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid Kuala Lumpur semalam, khatib menyatakan percubaan menggunakan kalimah Allah di dalam kitab selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan dalam akidah atau kepercayaan umat Islam. Islam menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).

Kedudukan agama dan umat Islam pada hari ini diancam dari segenap penjuru sama ada dari segi sosial, syariah dan akidah. Mereka melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga memberi pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan kalimah Allah. Lebih mendukacitakan mereka sanggup mempertikaikannya sehingga membawa isu ini ke mahkamah.

Jika kalimah Allah dibenarkan, ada segelintir penganut Kristian mungkin bertanya; kenapa umat Islam perlu keliru? Kenapa orang Islam hendak baca Bible? Kenapa pula umat Islam hendak pergi gereja ketika orang Kristian sembahyang?

Ada juga yang ekstrem, menyatakan penganut Kristian tidak perlu kebenaran sesiapa untuk menggunakan perkataan "Allah", apatah lagi daripada orang yang 'bukan pemilik' perkataan Allah.

Sememangnya umat Islam bantah dan marah terhadap kenyataan seumpama ini. Kerana, apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam akhbar tersebut atau Bible versi bahasa Melayu, tindakan itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.


Lebih membimbangkan ialah agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?

Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.

Semoga keputusan Mahkamah Rayuan Isnin ini menamatkan kebimbangan umat Islam Malaysia. InsyaAllah.

Suara Politik
Belantan

Hancur negara kalau ada pemimpin sengal macam ini...!!! Chegu Bard sanjung Chin Peng?

Posted: 11 Oct 2013 10:31 AM PDT


Chin Peng adalah 'pejuang kemerderkaan'? Dengarlah apa yang telah diperkatakan oleh Chegu Bard yang sengal ini..!!!



Hancur negara dibuatnya jika dapat pemimpin yang buta sejarah dan bebal macam Chegu ini..? Tak perlu ulasan panjang, tetapi fikir dan renongkan lah!

Suara Politik
Belantan

Empat geng Ah Fatt ditembak mati?

Posted: 11 Oct 2013 07:22 AM PDT


Empat lelaki asing yang dipercayai anggota ''Geng Ah Fatt'' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas.

"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.

Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaan untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

"Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini. Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol," katanya. Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu.

Suara Politik
Belantan

Tiada calon Melayu tulen menang CEC: Ahli Pas tempelak DAP bersifat rasis?

Posted: 11 Oct 2013 03:34 AM PDT


Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

l ) Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.

2)  Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.

Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.

3)  Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.

Kerana KUASA PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan bangsa sendiri!

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


WASTE-ing in incinerator

Posted: 11 Oct 2013 11:00 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


CKMM Dah 'KANTOI' Jawatankuasa Disiplin UMNO Wajib Siasat...

Posted: 11 Oct 2013 06:00 AM PDT

Pertama ini sms jemputan dari macai ckmm menjemput perwakilan untuk berjumpa dengan ckmm...

Assalammualaikum. Salam 1 Msia. YB Datuk Seri/YB/Dato/Datin/Tuan/Puan yang dihormati. Dipersilakan hadir bersama Ketua-Ketua Cawangan 4 pkt ke Perjumpaan bersama YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia pada 10/10/2013 (Khamis), jam 4.00 ptg di Grand Ballroom, Main Floor Putrajaya Marriott Hotel & Spa IOI Resort City, Sepang Utara. 

Kehadiran diucapkan terima kasih. Dpd: Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Bahagian terlibat:  Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, K,Jaya, PJS, Kuala Langat, Sepang.

Ok selangor ada 22 bahagian, kenapa hanya 11 bahagian sahaja yang di jemput? mana perginya 11 bahagian lagi...?

Adakah ini satu agenda tersembunyi ckmm...???

Lagi satu, buat apa kempen manager ckmm yang sibuk usung hang sana sini ada bagi pemberian gula-gula lagi.

Kalau tipu, ini apa dia? Amik sampul ke amik surat watikah? Keh keh keh....Sampul tu berisi RM 3ribu - RM 5ribu. Wahhh...duit mai tang mana tu... sumber berita dan gambar korang klik sini

So kepada 146,500 perwakilan yang akan mengundi pada 19 oktober ini, korang nak ke pemimpin yang guna politik wang menjadi pemimpin korang...???

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JATUHKAN HAJI HADI

Posted: 11 Oct 2013 08:37 PM PDT

Suara-suara mahu melanggar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas semakin lantang kedengaran.
Terbaru, FMT memetik kenyataan twitter daripada Yang DiPertua Pas Padang Serai, Fauzi Tahir yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Pas.
" Saya mahu uji ahli-ahli Pas memahami perlembagaan parti," katanya.
Perlembagaan Pas tidak menyatakan bahawa parti itu mesti dipimpin oleh ulama, namun kepimpinan ulama telah berakar melalui pembentukan majlis syura, lapor FMT.
Portal itu diberitahu bahawa niat Fauzi menawarkan diri bertanding berpunca daripada sikap Abdul Hadi yang tidak mendengar sentimen akar umbi di Kedah, yang membawa kepada kekalahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.
Bekas Menteri Besar Pas, Tan Sri Azizan Abdul Razak dipersalahkan di atas kekalahan tersebut.
Sepanjang tempoh 2008-2013, bekas ahli exco Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh telah membuat dua percubaan untuk menjatuhkan Azizan, namun Abdul Hadi tetap berkeras mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, walaupun beliau mempunyai masalah dan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti.
Fauzi dilaporkan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Azizan yang menyebabkan PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) itu.
Portal itu turut memetik pendapat Rahman Talib, blogger Pas Tulang Besi yang dikaitkan dengan kumpulan profesional yang mendakwa Fauzi tidak mungkin akan dapat menjatuhkan Abdul Hadi kerana Presiden Pas itu mendapat sokongan penuh daripada majlis syura dan kumpulan ulama dalam parti.
Pendapat sama turut dilontar oleh KP Padang Serai yang menyebut kenyataan Fauzi;
Kata YDP Padang Serai (Fauzi); "Saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas bukan untuk melawan atau mencabar TG Haji Hadi…tapi untuk menguji ahli-ahli Pas di seluruh Malaysia sama ada faham atau tidak perlembagaan parti.
"Saya tahu, saya tidak boleh menang…kerana belum tentu saya akan dapat cukup pencalonan. Ada pihak akan menghentam saya…dan menuduh saya macam-macam. Saya bersedia."
Blog pro Pas, alhusseyn51 menyokong hasrat Fauzi untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden itu.
"Setidak-tidaknya, para perwakilan akan cuba menyelidik dan mengkaji kad laporan Haji Hadi yang selama ini menjawat jawatan tersebut,"katanya.
Menurut blog itu, jika pada pemilihan 2013, Abdul Hadi masih tidak dicabar, maka beliau akan kekal di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut.
"Beliau merupakan tokoh tradisional PAS yang disokong penuh oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS. Kebetulan mereka senegeri iaitu dari Terengganu walaupun Ketua Pemuda membina karier politik di Pahang. Kedua-dua sayap itu telah berikar menyokong kepimpinan ulama dalam PAS.
"Konsep 'Kepimpinan Ulama' memang diterima pakai oleh kebanyakan ahli Pas ketika ini. Tiada ahli PAS yang bencikan ulama.
"Walau bagaimana pun mereka beranggapan 'Kepimpinan Ulama' bukan bererti kedudukan orang nombor satu dan dua hanya layak diisi oleh pemimpin berlatar belakang agama, tetapi ia merujuk kepada adanya Majlis Syura Ulama.
"Setiap ahli PAS adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan parti jika telah mendapat pencalonan. Malah untuk merebut jawatan Presiden sekalipun. Perlembagaan parti tidak menghalang untuk berbuat begitu,"katanya.
Menurutnya, Musyidul Am pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) sendiri tidak ada masalah jika jawatan Presiden dicabar.
"Baru-baru ini Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan sebagai menyatakan hasrat supaya TGHA dikekalkan sebagai Presiden. Namun jika ada yang nak mencabarnya, saya rasa TGNA sendiri pun tidak ada halangan.
"Ingat tak lagi ketika kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini, TGNA telah mencadangkan supaya tidak ada pertandingan jawatan pun semasa muktamar ke-57 (2011).
"Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti. Maka berlakulah juga pertandingan pada Muktamar ke-57,"katanya lagi.
Alhusseyn51 sebelum ini pernah mengkritik Abdul Hadi dalam artikelnya bertajuk "Rupa-rupanya PAS Menyesal Memilih Mat Sabu …."
Blog itu mencadangkan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bertanding jawatan Presiden Pas melawan Abdul Hadi dan bukannya bertanding Timbalan Presiden melawan Mohamad Sabu.
"Tuan Ibrahim dilihat boleh diterima oleh mana-mana pihak didalam Pas. Inilah kelebihan yang ada kepadanya. Malah beliau lebih layak menjadi Presiden Pas menggantikan Haji Hadi.
"Haji Hadi sepatutnya bersara dengan hormatnya selaku presiden kerana telah dilihat acap kali melakukan perkara yang kontraversi kebelakangan ini.
"Isu Kota Damansara adalah salah satu daripadanya. Menuduh orang secara melulu kononnya menjual filkuda dan kominis adalah tuduhan berat.Sebagai manusia yang faqeh, Haji Hadi tahu risiko dan hukumnya tetapi kenapa sehingga kini belum ada kenyataan 'maaf' daripadanya.
"Ramai yang masih menunggukan tindakannya itu sebagai tanda rendah diri bahawa Ulama bukan maksom; bahawa ulamak pun tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi segera beristighfar setelah menyedarinya. Kesalahan dengan Allah, minta ampun dengan Allah.Kesalahan dengan manusia, kenalah minta ampun dari manusia…Beliau harus melakukannya secara terbuka kerana tuduhan yang dibuatnya itu tersebar luas di media elektronik,"katanya.
Sementara itu, laman sosial Husamnewpresiden menggunakan medan internet berkempen Datuk Husam Musa bertanding jawatan Presiden Pas.
"Laman ini dibina oleh ahli-ahli Pas yang menyokong Husam Musa sebagai Presiden Pas masa depan.." sumber dari laman itu dipetik.
Laman sosial yang disukai oleh 1,143 pelawat itu menamakan Mursyidul Am adalah Nik Aziz, manakala Presiden Pas adalah Husam Musa.
"Reform.. kuatkan parti dan jadikan kekalahan Pas di Kedah dan Terengganu sebagai pengajaran," lapor info laman sosial itu.
Menurut suaragenerasibaru.com, poster-poster melobi Husam sebagai presiden baru Pas sudah dikesan sejak Jun lalu yang disebarkan perhimpunan 'Black505′ projek tajaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelobi utama Husam, Shake Omar Ali pernah menganjurkan forum "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" di KLSCAH (KL Selangor Chinese Assembly Hall) untuk menonjolkan idolanya itu.
Shake Omar Ali yang merupakan Pengarah Free Public Forum Malaysia (FPF) dan Exco Dewan Pemuda Pas Johor berpendapat Husam merupakan calon terbaik untuk menggantikan Anwar.
Husam dalam forum itu berkata polemik ulama dan profesional dalam parti itu perlu dihentikan kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan serta kepercayaan umum terhadap Pas.
"Bukankah al-Quran untuk semua? Adakah al-Quran itu untuk satu kumpulan sahaja? Adakah saya sebagai muslim dan hamba Allah yang kerdil tiada hak untuk memahami al-Quran, mengamalkannya dan menghayati kehebatan dan keindahan al-Quran?
"Jadi kalau saya komited sebahagian daripada ajaran al-Quran adakah dengan itu saya juga tidak layak untuk memberikan pandangan tentang isu-isu kepimpinan? Adakah pernah satu masa dalam Islam ada eksklusif kepada orang tertentu?" katanya.
Mengenai konsep kepimpinan, Husam mengambil contoh tokoh pemimpin terkenal Sultan Muhammad al-Fatih yang tidak dikategorikan sebagai ulama namun diangkat sebagai pemimpin terbaik mengikut hadis Rasulullah.
"Kita ambil Muhammad al-Fatih, dia bukan ulama dan bukan dikategorikan sebagai ulama tapi hadis Rasulullah mengatakan siapa yang bebaskan Constantinople dia adalah pemimpin yang terbaik…jadi 'the best leader' jatuh kepada Mohamad al-Fatih," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Ust Nassuruddin Daud | 9 Okt 2013

Posted: 11 Oct 2013 07:04 PM PDT

If Najib is really serious…

Posted: 11 Oct 2013 07:00 PM PDT

The prime minister ought to strike the whip at those leaders who are hellbent on derailing his 1Malaysia concept.

Racism and stupidity should be booted out of the Malaysian political scenario besides corruption and cronyism. Post GE13, we have been hearing statements such as 'If you don't like it here, you can leave' and also threats of shutting down a certain Chinese newspaper.
This has gone on for far too long.
Here we have Prime Minister Najib Tun Razak trying to build up the image of Malaysia as a fair, just and moderate nation but his very own ministers are trying to derail his plans.
PM Najib should immediately censure them for issuing statements that jeopardise racial harmony and destroy the very fabric of the nation. Enough is enough. He must act tough with his own people who are working hard to portray the nation as a Third World Nation when we the citizens are trying hard to shed that image.
Although the threat of shutting down a particular Chinese newspaper will not be carried out, this threat coming from a senior minister nonetheless shows the type of mentality that the minister has.
Stereotyping criminals as belonging to a certain race is also a big blunder. How would this minister like it if one were to say, "Such and such a group of people are always the gullible voters?".
Clearly the time has come for Najib to give a tongue-lashing to those in his cabinet who are hellbent on derailing his 1Malaysia concept. Or is this concept just a ploy to woo the non-Malay voters?
The BN government will definitely not be regarded in high esteem if the BN ministers continue to issue racist statements or harebrained statements that are illogical or factually incorrect or just plain stupid.
Read More / Baca Lagi >>

Dun Kelantan: Agenda belum selesai....

Posted: 11 Oct 2013 06:57 PM PDT

Sidang Dun: Agenda belum selesai - kel18 
KOTA BHARU - Persidangan Dun Belanjawan 2014 yang bermula Isnin dan berakhir Khamis lalu dihiasi dengan pelbagai cerita.

Sidang yang dikawal oleh bekas Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakub ini sememangnya ditunggu-tunggu di atas pelbagai faktor termasuk perubahan kepimpinan negeri khususnya jawatan Menteri Besar yang kini ditunjangi Datuk Ahmad Yakob.

Semasa pembentangan Belanjawan oleh Ahmad, tiada perubahan atau agenda besar yang dibuat, melainkan kejutan pengurangan hasil kerajaan negeri. Sudah tentu ia bukan berita yang baik kepada kerajaan negeri yang sebelum ini diketahui mempunyai kantung yang kecil.

Alasan pengurangan kutipan premium tanah disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar adalah berita baik, namun kerajaan negeri harus kreatif mencari hasil kewangan  dengan tidak bergantung kepada hasil tanah, hutan  dan galian semata-mata.

Dalam belanjawan 2014 yang berjumlah RM549.26 juta itu, beberapa sektor diberi penekanan. Peruntukkan RM72 juta  kepada Yayasan Islam Kelantan  (YIK) adalah menefistasi kerajaan negeri memberi penekanan kepada pendidikan sekali gus menutup ruang  dakwaan sekolah-sekolah di bawah YIK akan diserahkan kepada pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Flashback: Dr M is father of racism -Nazri

Posted: 11 Oct 2013 06:52 PM PDT

Mahahtir Mohamad and Mahathirism

Posted: 11 Oct 2013 06:48 PM PDT

His politicisation of the education system with its lack of meritocracy has crippled two generations of Malaysians and god forbid if he succeeds in pushing his son to continue his legacy.

mahathir-in-tearsThe haughty Dr Mahathir Mohamad, Malaysia's longest serving prime minister, will never express regret. Mahathir made a mess of Malaysia and now he acts the innocent. He played on the insecurities of the Malays to build his empire – political and financial – within a warped framework of "unity".
Whatever has gone wrong with Malaysia, the solution is not more Mahathirism. Look where it got us and look at what this nation will become if Mahathir succeeds in pushing his son, Mukhriz into pole position.
The closest Mahathir came to admit that his policies had failed Malaysians, was on Sept 12, at the 30th anniversary luncheon of the Japanese Chambers of Trade and Industry Malaysia (Jactim). He said that the use of English, especially in science and mathematics, would help improve the standing of Malaysian public universities on the world stage.
When asked for his views about the Malaysian Education Blueprint 2013-2025, his curt reply indicated his displeasure at the omission of English in schools.
"Melayu mudah lupa", for it was Mahathir in his role as the Minister of Education in the 70s, who effectively wiped English off the slate, in schools. Mahathir dismantled a century of British effort to provide education, and demolished the work of two centuries of dedicated mission school pioneers.
On October 7, Mahathir again expressed his concern at the lack of proficiency in English displayed by students, when he complained about the quality of graduates, who presented themselves for job interviews. In one case, he claimed that only seven out of the 333 potential job applicants in information technology, were suitable. The unsuccessful graduates did not know English and had asked for the interview to be conducted in Malay.
"Melayu mudah lupa" and it is disingenuous of Mahathir to feign ignorance, because he tinkered with the education system, as Minister for Education and later, as prime minister. Malaysian parents from the 70s onwards, have been on a roller-coaster ride with their children's education, which flopped between English and Malay, several times.
Read More / Baca Lagi >>

Korban: Harga lembu mahal..!!

Posted: 11 Oct 2013 06:47 PM PDT

Harga lembu mahal 
KUALA TERENGGANU – Harga lembu kebelakangan ini agak mahal sehingga mencecah RM3,800 seekor berbanding RM1,800 seekor lima tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, antara punca kenaikan harga lembu itu disebabkan masalah kekurangan lembu di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan lembu, bekalan mencukupi sempena musim perayaan tidak lama lagi.

"Walaupun kita mengalami masalah ini, untuk ibadah korban sempena Hari Raya Haji nanti, bekalan lembu di negeri ini mencukupi. Tambahan pula kita sendiri ada lembu tempatan.

"Mengenai bekalan lembu kita tiada masalah, sebab dua bulan lalu kita telah mengimport kira-kira 100 ekor lembu dari luar (Thailand). Cuma, harganya agak mahal. Bagi yang ingin membuat ibadah korban, ia sekitar RM450 hingga RM500 untuk sebahagian," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Diabai Ibubapa: 6 beradik diserah kepada JKM

Posted: 11 Oct 2013 06:45 PM PDT

6 beradik diserah kepada JKM  
Wakil Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rozaini Mohd Rosli (tengah) turut hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam.
KUALA SELANGOR - Enam beradik yang ditinggalkan ibu bapa sehingga kelaparan dan mendapat liputan meluas Sinar Harian minggu lalu akhirnya diperintah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur untuk jagaan sementara waktu.

Keputusan itu ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor sehingga mahkamah bagi kanak-kanak bersidang semula pada 18 November nanti.

Dalam pada itu, kedua ibu bapa enam beradik tersebut akan disoal siasat bagi kes pukul yang dilaporkan ibu mereka, Che Suwarti Che Pa, 31, terhadap suaminya.

Sebelum ini, mereka yang berusia tujuh bulan hingga sembilan tahun itu dijaga sementara ahli keluarga sebelah bapa, Mohd Roslan Ismail, 32, selepas dibenarkan JKM pada Rabu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Hishammuddin sudah terbayang kekalahannya..!!

Posted: 11 Oct 2013 06:43 PM PDT

Menjelang pemilihan sayap dalam Umno yang akan diadakan dalam tempoh beberapa jam dan seminggu lagi sebelum pemilihan peringkat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan lembik dan paling mungkin kecundang dalam mempertahankan jawatannya, dilihat cuba menagih simpati supaya penyingkirannya itu tidak menjadi kenyataan.

Dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan pemimpin yang teguh kesetiaannya, Menteri Pertahanan itu berkata, sama ada kalah atau menang pada 19 Oktober nanti, beliau akan terus kekal bersama Umno.

Walaupun seperti sudah dapat membayangkan kekalahannya, dalam tempoh kempen yang semakin suntuk dan arus penolakan kepadanya tidak banyak berubah, Hishammuddin ternyata masih mengharapkan ada rasa simpati daripada perwakilan.

Katanya, apa yang dimahukannya dalam pemilihan kali ini ialah perwakilan akar umbi Umno memberikan Presiden Umno saf kepimpinan Naib Presiden yang paling baik untuk memastikan negara terus melangkah mahu ke hadapan.

"Sekarang sudah suntuk, tak ada banyak masa untuk berkempen. Saya akan terus berjuang walau apa pun yang terjadi," tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

IGP pelawa Surendran ikut ops berdepan penjenayah

Posted: 11 Oct 2013 06:39 PM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.

Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.

Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.

Ketika dihubungi,  Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.

NONEBagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu
untuk menerima pelawan tersebut.

"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.

"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.

Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kritik MB Selangor secara terbuka, puji Lim Guang Eng

Posted: 11 Oct 2013 06:37 PM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di forum laporan Ketua Audit Negara, malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di forum laporan Ketua Audit Negara, malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2013.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di depan orang ramai malam tadi dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.
Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.
Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Khalid.
"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS lancar gerak kerja rasmi PRK Sungai Limau hari ini

Posted: 11 Oct 2013 06:35 PM PDT

PAS mula menggerakkan jenteranya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila jentera pemudanya dilancarkan dengan rasminya hari ini.

Ia akan dilancarkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang juga ahli Parlimen Temerloh di Markas Operasi Pemuda di hadapan sekolah kebangsaan Dulang, Yan, Kedah, malam ini.

Turut serta di majlis itu adalah Datuk Amirudin Hamzah, Pengarah Operasi pilihan raya ini.

Esok,  ulama PAS pula melancarkan markasnya yang terletak di Batu 18, Yan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Himpunan penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan pada hari Khamis, 17 Oktober depan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Mursi supporters rally in Cairo

Posted: 11 Oct 2013 06:32 PM PDT

Scattered anti-coup protests held in Egypt

Posted: 11 Oct 2013 05:03 PM PDT

U.S. still dealing with its own chemical weapons

Posted: 11 Oct 2013 05:02 PM PDT

Video captures air raids, clashes near Syrian chemical weapons site

Posted: 11 Oct 2013 05:00 PM PDT

Soi Lek to Liow: You quit, I quit..ha.ha..ha...!!!

Posted: 11 Oct 2013 04:59 PM PDT

Audit: Mahathir juga tuju kepada Najib letak jawatan

Posted: 11 Oct 2013 07:39 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya menyuruh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan apabila meminta menteri-menteri yang dilihat gagal dalam laporan Ketua Audit Negara meletak jawatan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Apabila Dr Mahathir meminta menteri-menteri yang dilihat gagal dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan, beliau sebenarnya menujukan kenyataan itu kepada Najib," katanya.

Najib, kata Mahfuz, ialah orang yang bertanggungjawab melantik menteri-menteri berkenaan.

"Sebab itulah saya kata Dr Mahathir sebenarnya meminta Najib meletakkan jawatan kerana kesilapan melantik menteri-menteri yang tidak beramanah dan tidak cekap bekerja.

"Kesilapan mereka adalah kesilapan Najib sebagai Perdana Menteri yang melantik mereka," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak TPPA, fikir tindakan seterusnya - Husam

Posted: 11 Oct 2013 06:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang akan menjejaskan kedaulatan negara.

"PAs menyokong sepenuhnya usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS minta semua ahli turun ke himpunan esok

"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.

"Kita hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS desak kerajaan keluarkan Kertas Putih TPPA

Posted: 11 Oct 2013 05:53 AM PDT

Calon Umno yang bertanding dalam pemilihan parti membisu seribu bahasa tanpa membantah TPPA.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa ahli parlimen PAS akan mengusulkan agar kerajaan mengeluarkan Kertas Putih berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Calon Umno yang bertanding dalam pemilihan parti turut menerima tempias Salahuddin kerana membisu seribu bahasa tanpa membantah TPPA.
"Kita akan desak kerajaan keluarkan Kertas Putih berkaitan TPPA yang dirahsiakan. Kita kesal kerana calon Umno yang bertanding tidak bercakap mengenai isu ini," kata beliau.
Perarakan bantahan yang bermula di Masjid As-Syarikin, KLCC pada pukul 2.30 tengahari bertujuan untuk membantah usaha Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia menandatangani TPPA
Ia juga diadakan untuk membantah dominasi politik dan ekonomi AS.
Protes hari ini diadakan bersempena dengan lawatan dua hari Setiausaha Negara AS, John Kerry.
Beliau menggantikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk menghadiri Persidangan Keusahawanan Global ke 4 yang bermula di ibu negara hari ini.
Kerry turut menyatakan hasrat untuk melihat TPPA  termeterai di antara Malaysia dan AS.

WATCH OUT GUYS, TALK OF GST IS REAL! Brace yourself for hard times ...

Posted: 11 Oct 2013 05:51 AM PDT

With the economy spewing and sputtering, there is a widespread fear and belief in the country that the Barisan Nasional (BN) government is set to impose a Goods & Services Tax (GST) that is set to witness the disposable incomes of the majority of Malaysians drop further.
Since it was discovered that only 16 per cent of Malaysian workers pay taxes, the BN government has come up with this cunning of GST to ensure that everyone contributes to the financial coffers of the country.
With about 82 per cent of the workforce in the low income group, earning less than RM2, 000 a month, all this is really a smack in the face for those of us who harbor the Malaysian dream of becoming a high income nation.
When a boisterous and buoyant Najib Tun Razak became prime minister, he promised to make Malaysia a high income nation. What we have since been witness to is that the nation is not becoming a high income country but beset by heavy taxes on the people.
Besides this, of greater concern, despite contradictory views by the Malaysian Employers Federation (MEF), the wages and salaries of the workforce have not risen in harmony with the cost of living and inflationary trends.
Except perhaps for the government sector, where the BN government takes great pains to ensure civil servants are buffered and cushioned from the effects of an economy that has been witnessing a price spiral ever since Najib took over the reins of power.
This imbalance between the public and the private sector, where the private sector is responsible for producing the greater level of productivity is beginning to cause Malaysians as consumers to wonder how long they will be able to sustain their present standard of living.
It does not help that the Third Force or migrant workers are competing with the locals for a greater share of the economic pie. This unbridled, uncontrolled arrival of streams of migrant workers arriving on our shore has heated up the competition.
This means the Malaysian private sector workers is under great threat and stress from all sides and now with the expected imposition of GST they are most certainly going to become under a greater amount of hardship and suffering.
Brace yourself for hard times Malaysians
Having to butter their bread is now becoming a hard, harsh issue for Malaysians and more and more are declaring bankruptcy in the form of mounting household debts. While the latest household debt level is not available from Bank Negara Malaysia, Malaysians can be assured the figures are worrisome and have increased.
All people have to do is cross-check with neighbors, colleagues, family members and friends and relatives and discover the honest truth that most Malaysians are under dire stress from having to cope with credit card debt, housing and personal loans and business gone awry.
The reason for this, for the Malaysian consumer being put under great stress, is due to the haphazard and short-sighted financial policies and planning of the Malaysian finance ministry. The shifting policies of the ministry, acting according to their whims and fancies, have not helped ease the plight of Malaysians.
Read More / Baca Lagi >>

NGO desak Najib gantung tugas Ahmad Shabery

Posted: 11 Oct 2013 05:45 AM PDT

Menteri itu telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsert yang dihidangkan kepada para belia dengan pakaian menjolok mata dibayar oleh penaja, dakwa Jingga 13.

PETALING JAYA: NGO propembangkang iaitu Jingga 13 mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggantung tugas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ekoran wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat seperti Laporan Ketua Audit Negara.
Sebagai menteri Belia dan Sukan ketika itu, Ahmad Shabery tidak perlu bersikap "menegakkan benang basah" tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang di buat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop.
Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
Jingga 13 mendakwa perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya sejumlah RM67.6 juta.
Read More / Baca Lagi >>

‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah?

Posted: 11 Oct 2013 05:43 AM PDT

Aspan Alias

"It's scary!" kata seorang rakan saya yang sememangnya seorang yang serius dalam hidup beliau apabila beliau bercakap mengenai keadaan negara pada hari ini. "What is frightening you bro?" tanya saya kepadanya  semasa beliau minum kopi di Bangsar Village dua hari lepas.

Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi.

Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua 'consequence of events' jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan di antara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpin politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal.

"The image of our political leaders is contemptible and inconceivable" katanya lagi dengan serius. "These deluded leaders have got to go if we still think that we deserve good administrators. Leaders like Zahid, Ali Rustam should be done with and everyone of their like shouldn't be anywhere within the government." Beliau terus merungut dengan penuh sesalan. "What we are having now is not a government," membentak.

Orang seperti saya dan ramai yang lain di bawah ini faham maksud rakan saya tadi. Maksud beliau ialah 'uncertainties' yang dirasai oleh rakyat kerana mereka tidak nampak apa-apa perubahan kepada kerajaan selepas diberi sambungan mandat dalam pilihanraya lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Dedah kandungan TPPA, biar rakyat nilai

Posted: 11 Oct 2013 04:54 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mengesa agar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar ia dapat diteliti oleh rakyat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap pada himpunan bantah TPPA di hadapan Masjid Al-Syakirin, KLCC hari ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius dengan desakan rakyat agar menolak TPPA.

"Kita berada di sini sebagai mewakili rakyat Malaysia untuk menentang perjanjian TPPA dan seterusnya menentang pelaksanaannya di negara ini.

"Kita gesa agar kerajaan di bawah kepimpinan Najib membuat pendedahan kesemua perjanjian dan ini penting untuk rakyat teliti serta mengetahui apa kandungan mahupun muslihat disebaliknya," ucap beliau.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila pimpinan Umno terus berdiam diri dalam soal TPPA walaupun ia secara langsung dilihat mengugat ekonomi negara.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Anwar kecam pemimpin Umno tunduk kepada arahan AS

Posted: 11 Oct 2013 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 OKT: Sikap pemimpin Umno BN yang taat dengan arahan Amerika Syarikat (AS apabila bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menyebabkan masa hadapan negara tergadai.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadi semakin bermasalah apabila Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama tahun lalu dan memberikan pengakuan menyokong TPPA.
"TPPA menunjukkan AS dan negara kaya tidak konsisten dalam rundingan, apabila dengan Eropah lebih telus dan terbuka dengan semua isi perjanjian dikemukakan, tetapi dengan Malaysia dilarang untuk umum," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pidatonya semasa Program Bantah TPPA di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: Bazir wang rakyat, dapat surat teguran sahaja?

Posted: 11 Oct 2013 04:51 AM PDT


Tony Pua 

SHAH ALAM – Prosedur yang lemah dan tidak dipatuhi menjadi antara faktor penyelewengan dan ketirisan berlaku dalam kerajaan, dakwa Tony Pua.

Itulah perbezaan paling ketara dalam sektor swasta dan kerajaan kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

"Saya rasa yang berbeza antara swasta dan pihak kerajaan adalah jika perkara sebegini berlaku, pegawai-pegawai dan kakitangan tersebut, sudah pun dipecat.

"Tak mungkin bekerja lagi dalam syarikat tersebut," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul 'Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang', semalam.
Read More / Baca Lagi >>