Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


TUN MAHATHIR PERTAHAN @ZAHID_HAMIDI BIDAS @MALAYSIAKINI

Posted: 10 Oct 2013 09:06 PM PDT

Bos-bos pembangkang yang dok melalak kononnya perjuang hak asasi patut letak diri mereka dalam situasi 'diacukan pistol' oleh penjenayah, kemudian tengok sama ada nak 'tembak dulu' atau biar kena tembak baru balas.

Itu analogi mudah apa yang sepatutnya bukan isu tapi dipolitikkan sebab ada 'kepentingan' masing-masing.

Bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya "tembak dahulu" kerana

berpendapat beliau lebih suka membiarkan penjenayah menghadapi risiko ditembak daripada melihat polis dalam bahaya.

"Apabila seseorang mengacukan pistol untuk menembak awak, awak tembaklah dahulu," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahid yang membenarkan "tembak dahulu" merujuk kepada penjenayah dalam ucapannya di Melaka baru-

baru ini.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, prosedur yang betul mesti dipatuhi sebelum menggunakan senjata api.

"Jangan pergi menembak senjata anda merata tempat atau tembak mereka yang tidak bersalah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, program itu bagi mengagihkan kekayaan secara adil antara masyarakat.

"Ia bukan untuk menguntungkan Bumiputera semata-mata, tetapi mewujudkan masyarakat dengan pengagihan sama rata antara orang ramai," kata Dr Mahathir dalam ucapannya

ketika melawat stesen pembinaan bawah tanah MRT Cochrane Khamis.

Agenda Daily

Jika orang acu pistol nak tembak awak, awak tembaklah dulu..." Dr Mahathir | Muka Hadapan - http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/qjika-orang-acu-pistol-nak-tembak-awak-awak-tembaklah-duluq-dr-mahathir.html

Op Cantas Khas @PDRMsia 'buka mata' pelabur - Jenayah Turun 33%

Posted: 10 Oct 2013 05:35 PM PDT


Angota polis membuat pemeriksaan dalam operasi Op Cantas di kawasan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KALI terakhir kumpulan kongsi gelap digempur secara besar-besaran ialah enam tahun lalu di Sarawak.

Waktu itu, menerusi Op Cantas Kenyalang yang digerakkan pada April 2007. Sebanyak 1,310 orang yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan gengsterisme ditangkap sepanjang operasi khas berkenaan.

Sehingga Julai 2007, sebanyak 283 gengster ditahan. Sejumlah 145 gengster telah didakwa di mahkamah kerana memeras ugut, merusuh dan melakukan ugutan jenayah. Sembilan ketua kumpulan kongsi gelap dan orang kanan kumpulan mereka pula ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 termasuk ketua kumpulan Chieng Lee di Bintulu pada 30 Jun 2007.

Antaranya juga sebanyak 51 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan memeras ugut berhubung pembalakan haram khususnya di Bintulu, Sematan dan Lundu. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini berleluasa di Sarawak waktu itu sehingga berkuasa pula menentukan harga barangan di pasaran, campur tangan kegiatan pembalakan dan komoditi pertanian di Sarawak.

Dan hari ini, Op Cantas digerakkan semula dan pelaksanaannya dalam mengekang kegiatan jenayah terutama memerangi dan mengekang kegiatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap terbukti berjaya menurunkan indeks jenayah.

Penganalisis jenayah, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim menarik perhatian bagaimana pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA 2013) yang membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan telah memberi keyakinan tinggi kepada ahli-ahli perniagaan dan pelabur asing. Seperti kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
"Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 bagi mengukuhkan kuasa Polis akan menjadikannya satu undang-undang yang 'digeruni' dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah".

"Dalam dua tahun kebelakangan ini, pelaburan langsung asing (FDI) kita merosot disebabkan pelabur takut dengan kes-kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Hampir setiap hari keluar ada sahaja berita (laporan) suratkhabar termasuklah satu insiden seorang pengasas bank ditembak mati.

"Akibatnya, para pelabur yang telah menunjukkan minat yang kukuh untuk membuat pelaburan menjadi takut sehinggakan pelabur domestik menjadi panik dan beralih arah (melabur) ke luar. Tindakan pantas pihak berkuasa dalam tempoh beberapa bulan ini menerusi komitmen tinggi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Kementerian Dalam Negeri (diketuai Ahmad Zahid) yang segera menggerakkan Op Cantas.
"Ini sekali gus berjaya mengembalikan semula keyakinan pelabur kepada kita," kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui kelmarin.

Op Cantas bermula 17 Ogos lalu dan pada 30 Ogos, polis menyiarkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram.

Ahmad Faris yang juga seorang ahli perniagaan mengetuai sebuah firma pembekal peralatan pertahanan, sekuriti dan komunikasi berkata, beliau menerima banyak maklum balas daripada rakan-rakan perniagaannya dari Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan United Kingdom yang menyambut baik pendekatan agresif kerajaan membanteras kegiatan jenayah khususnya kongsi gelap.

"Saya baru-baru ini menghadiri pameran pertahanan dan sekuriti di Paris Air Show di Perancis dan pameran serupa di London. Apa yang saya dimaklumkan, mereka (ahli-ahli perniagaan Eropah) mengikuti dengan penuh minat perkembangan politik, ekonomi dan persekitaran hidup di Malaysia.

"Selain mahu melihat pasukan transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk yang akan muncul hasil daripada pemilihan UMNO nanti sesuatu yang berdaya saing, mereka juga inginkan suasana kondusif di sini (Malaysia) terus berkekalan, bebas dari jenayah khususnya tembak dan kongsi gelap," katanya.

Ahmad Faris menarik perhatian bagaimana sebahagian daripada 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara yang dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan berjaya dikekang dalam Op Cantas.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Pelaksanaan Op Cantas yang diteruskan dalam mengekang kegiatan jenayah itu, kata beliau, berjaya menurunkan indeks jenayah terutama melibatkan kes bunuh iaitu daripada 104 kes kepada 69 kes.
Penurunan sebanyak 33 peratus itu dicatatkan dalam tempoh 52 hari operasi tersebut dijalankan iaitu sejak 17 Ogos.

"Operasi ini wajar diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi 'rasa takut menjadi mangsa jenayah' berkurangan," katanya.

Hasil daripada Op Cantas, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 15,877 orang hasil saringan daripada 418,922 orang yang disyaki. Sejumlah 469 senjata api dan senjata berbahaya serta 678 buah kenderaan pula dirampas.

Sebanyak 352 kertas siasatan pula telah dibuka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dan sebanyak 144 kertas siasatan dibuka di bawah kesalahan senjata api atau senjata berjadual. Daripada jumlah kesalahan berkaitan senjata api dan senjata berjadual itu, 120 kes telah dituduh di mahkamah.

Setakat September, daripada 8,898 orang yang ditangkap dalam operasi khas itu, seramai 3,842 berbangsa Melayu (3,645 lelaki, 197 perempuan), 2,485 bangsa India (2,449 lelaki, 36 perempuan), 1,088 bangsa Cina (1,021 lelaki, 67 perempuan) dan 1,483 bangsa lain (1,267 lelaki dan 256 perempuan).

Untuk pecahan mengikut negeri, Selangor mencatat jumlah paling tinggi dengan 3,889 tangkapan diikuti Johor (1,760), Kuala Lumpur (749), Kedah (505), Pulau Pinang (254), Perak dan Pahang (225), Kelantan (253), Sarawak dan Negeri Sembilan (165), Melaka (94), Terengganu (25) dan 12 di Perlis.

Ahmad Faris sekali lagi menarik perhatian bahawa beliau sekali-sekala ada 'berwhatsApp' dengan Ketua Polis Negara berhubung isu-isu keselamatan di kawasan kejiranannya di Keramat dan Ampang, Kuala Lumpur.

"IGP (Tan Sri) Khalid jelas keterbukaannya dalam mendengar input-input daripada publik (awam). Saya sendiri melontarkan pandangan kepada beliau mengenai isu-isu keselamatan di kawasan tempat tinggal saya di Taman Malawati.

"Antaranya banyak berlaku kejadian pecah rumah, justeru meminta lebih banyak kehadiran pihak polis. Tidak lama selepas itu, kelibat kereta peronda kelihatan di kawasan itu," katanya.

Op Cantas jelas menuntut komitmen dan ketegasan pihak berkuasa. Apa makna negara maju kalau tidak ada jaminan keselamatan.

Usaha memerangi jenayah mungkin memerlukan banyak masa. Namun, perlu dilakukan bersungguh-sungguh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op-Cantas-Khas-buka-mata-pelabur#ixzz2hMoGfpCJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Watch "Ribut di Padang Arafah 10/10/2013" on YouTube Dan Reaksi Menteri Jamil Khir #Haji2013

Posted: 10 Oct 2013 04:16 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=e4A-JPXSaHM&feature=youtube_gdata_player

Berita :

MAKKAH: Hujan ribut di Arafah petang semalam yang mengakibatkan beberapa khemah untuk jemaah Malaysia runtuh tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji (TH) untuk menguruskan jemaah menunaikan wukuf empat hari lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap dipasang dan belum diikat.

Katanya, cuaca hujan dan banjir kilat menjelang musim haji adalah kes biasa dan pengurusan TH bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Menjelang musim haji, kedua-dua masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi akan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon hujan dan hujan menjelang musim haji adalah perkara biasa berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu... Insya-Allah kita akan gunakan pengalaman lepas untuk meningkatkan persiapan kita," katanya di sini, hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci berikutan cuaca buruk dan banjir di Arafah.
Jamil Khir berkata, semua jemaah haji Malaysia sudah pun memasuki Makkah dan tiada seorang pun jemaah yang datang menerusi TH menghadapi sebarang masalah.

"Ada berita yang saya dengar ialah terdapat jemaah dari syarikat atau ejen swasta yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar dengan Tabung Haji kini menghadapi masalah visa haji dan mereka tersangkut di lapangan terbang di ibu negara," katanya.

Sementara itu, TH dalam kenyataan akhbarnya di sini berkata dakwaan kononnya Terminal Haji di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah ditutup ekoran cuaca buruk adalah tidak benar.

"Terminal Haji itu ditutup semalam adalah kerana tiada lagi penerbangan haji yang akan mendarat mengikut jadual dan visa haji yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi," menurut kenyataan itu.

Kesemua khemah yang mengalami kerosakan telah dibaiki hari ini dan cuaca dilaporkan kembali panas hari ini sekali gus akan mengeringkan khemah-khemah yang basah.
Jemaah haji akan memulakan ibadah haji dengan wukuf di Arafah pada 14 Oktober ini. - BERNAMA

GAMBAR : 2 cedera parah, pesawat ringan Maswings terbabas di Kudat

Posted: 10 Oct 2013 02:40 AM PDT

Link Berita :

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131010/je_14/2-cedera-parah-pesawat-ringan-Maswings-terbabas

Gambar :

Nur Jazlan akan ambil tindakan undang-undang terhadap portal pembangkang

Posted: 10 Oct 2013 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel dalam portal berita, The Malaysian Insider yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

Menurutnya, beliau sudah membaca artikel bertajuk "Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid?" tulisan Kim Quek yang disiarkan portal berita berkenaan semalam dan mendapati ada unsur fitnah dalam rencana itu.

Tambahnya, beliau sudah berbincang dengan peguam dan akan mendapatkan nasihat terperinci sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penulis artikel berkenaan.

"Dia (penulis rencana) tidak berada dalam majlis itu dan menulis artikel berkenaan semata-mata berdasarkan video yang dimuat naik dalam portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

"Saya berada di sana atas jemputan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan ucapan beliau tidak seperti ditulis dalam artikel berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Nur Jazlan, penulis artikel itu turut mengaitkan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah dengan kumpulan kongsi gelap tersebut. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131009/je_18/Fitnah:-Nur-Jazlan-akan-ambil-tindakan-undang-undang#ixzz2hIzNwaM4 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

KISAH SEBENAR DS @ZAHID_HAMIDI DI MELAKA YANG DIPUSING @MALAYSIAKINI

Posted: 10 Oct 2013 01:45 AM PDT

Harap penjelasan ini dapat menjelaskan isu sebenar kepada semua pihak...

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Pembangkang seperti biasa tetap membangkang walau perkara yang mendatangkan kebaikan.

Portal berita mereka juga memang tidak mengamalkan etika apabila melagakan semua pihak dan bermain isu perkauman.

Mudah sahaja, portal malaysiakini adalah proksi nyata kejahatan didanai puak Barat untuk jatuhkan kerajaan Malaysia !!!

Jika mereka tidak menerima dana asing seperti yang diakui mereka sendiri sebelum ini sudah tentu  mereka akan menyokong Ops cantas KDN laksanakan. Bukan sebaliknya.

Baca kiriman email di bawah :

KISAH SEBENAR DATUK ZAHID DI MITC, MELAKA
Pada Sabtu lalu – 5 Oktober 2013 saya dan rakan perwakilan UMNO yang lain bergegas ke MITC Melaka untuk bertemu Datuk Zahid Calon Naib Presiden UMNO(VP01) buat kali kedua dalam satu perjumpaan tertutup.
Jujurnya, sambutan dari sahabat rangkaian politiknya di Melaka sangat dahsyat. Sebagai calon Naib Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dansambil menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.
Saya dan rakan perwakilan khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. Bagi kami beliau adalah seorang pemimpin "Ultra Melayu" yang pasti mendapat sokongan akar umbi.
Dalam pada itu, salah seorang sahabat perwakilan kami ternampak kelibat kaum lain berada dalam "Majlis Melayu" ini. Pantas kami membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur kerana isu yang dibangkitkan olehDatuk Zahid ini agak berat dan sukar untuk dihadam oleh persepsi masyarakat majmuk.
Maka, pihak urusetia meminta kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun kumpulan wartawan tersebut berdegil dan tegar untuktidak keluar dari majlis atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.
Beberapa orang pegawai bertanggungjawab membujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama sehingga menyebabkan campur tangan daripada DatukZahid sendiri yang pada ketika itu sedang ghairah berucap di majlis tersebut.
Lantas, beliau telah mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta menghormati keputusannya.

Kami para perwakilan memberi tepukan dan sorakan padukepada Datuk Zahid atas ketegasan beliau. Sebenarnya, kami para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam majlis tertutup ini.Persoalan yang mengejutkan saya, bagaimanakah para wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik ini ?
Umpamanya, ibarat satu mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis.
Namun saya tidak nafikan, sebilangan kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.
Apa-pun saya puji usaha penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah danprofesional. Akhirnya, media menerima baik bujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan yang saya duga dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Zahid.
Jangkaan saya tepat apabila semalam, saya terbaca isu ini di Malaysiakini yang telah  memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar yang bersumberkan dari Oriental Daily.
Memang wartawan tersebut berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj DatukZahid walaupun telah diberi amaran oleh YB Menteri untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.
Bagi kami orang Melayu akan bergading bahu dan menambah sokongan kepada Datuk Zahid sebagai Calon VP01. Walau apa pun kaum lain dari Pembangkang cuba untuk menjatuhkan imejnya, kami tetap sokong Datuk Zahid. UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan vokal seperti YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



JANGAN LUPA : Program DS @Zahid_Hamidi Pukul 5 dan 7 Malam Ini

Posted: 10 Oct 2013 01:29 AM PDT

Sila saksikan temubual DAto Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama DatoDr Hasan Ali dalam web TV IMR (Islam Melayu Raja) melalui www.imrnetwork.my/tv hari ini jam 7mlm

Sila saksikan juga temubual Dato Dr Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di paparkan secara live dalam program Analisis Awani pada hari ini jam 5 ptg melalui Astro Awani

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tarik subsidi gula daripada terus jadi punca 'pembunuh senyap'?

Posted: 10 Oct 2013 09:12 PM PDT


Kenyataan Menteri Kesihatan Datuk S Subramaniam iaitu 'hampir 2.6 juta rakyat Malaysia telah menghidap penyakit kencing manis atau lebih manis dikenali dengan nama diabetes agak mengejutkan. Jika benar kenyataan tersebut, ia perkara yang amat membimbangkan dan harus ada tindakan segera dilakukan oleh kerajaan.

Jumlah yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan tersebut tidak termasuk jumlah pesakit yang tidak mendaftarkan diri untuk rawatan ke hospital. Pasti jumlahnya berlipat kali ganda jika ia dirangkumkan sekali.

Sudahlah Malaysia dikenali dengan tempat paling tinggi berlakunya kemalangan di dunia, kini ditambah pula dengan penyakit yang boleh mengakibatkan kerosakan anggota dalaman badan jika ia tidak dibendung dari awal.

Diabetes juga adalah pembunuh senyap yang dihadapi oleh manusia sejagat di alam ini. Ia boleh merosakkan urat-urat saraf utama serta boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang manusia.


Kita menjangkakan dengan pengurangan subsidi gula pada tahun lepas sehingga berlaku kenaikan pada harga gula di pasaran, menyebabkan permintaan gula berkurangan, namun di sebaliknya yang berlaku dan kenaikan tersebut kurang menakutkan rakyat Malaysia.

Malah, jumlah pesakit diabetes semakin meningkat setiap tahun.

Apakah harga gula masih murah di pasaran? Jika dahulu diabetes hanya dikatakan penyakit berketurunan, maka kini tanggapan tersebut adalah salah. Jika kita tidak menjaga pemakanan dengan baik, suka minum minuman berkarbonat serta gemar masakan manis, maka penyakit diabetes amat mudah dihidapi.

Oleh itu, amat dialu-alukan cadangan Menteri Kesihatan supaya kerajaan mengkaji semula jumlah subsidi yang diberikan kepada gula kerana ia langsung tidak menguntungkan kepada sesiapa pun di Malaysia. Memang benar badan manusia amat perlukan gula tetapi bukanlah dengan jumlah yang berlebihan. Jika ia diambil berlebihan, pasti pembunuh senyap akan hinggap ke badan manusia tersebut.


Penulis amat yakin, jika harga gula mahal di pasaran akibat penarikan subsidi oleh kerajaan, pasti jumlah gula pada makanan akan dikurangkan dengan serta-merta bagi mengekalkan harga jualan atau jika dinaikkan harga jualan, pasti pelanggan akan lari. Ini juga amat baik untuk kesihatan di masa akan datang.

Rakyat di Pantai Timur mungkin marah pada jika kerajaan menerima cadangan ini, tetapi masyarakat Malaysia 'akan datang' akan menghargai usaha murni kerajaan ini kerana masalah penyakit diabetes 'yang bukan keturunan' telah berkurangan dan dapat dibendung.

Kadang-kadang, cara dan tindakan kerajaan dalam menangani isu penarikan subsidi, tidak ditangani dengan betul. Apa jua tindakan kerajaan untuk membantu rakyat tidak diberi taklimat yang betul melalui media dan rakyat sehingga perkara baik selalu dinampak buruk di mata masyarakat terutama kepada pembangkang.

Cuba kita lihat ketika Perdana Menteri mengumumkan penarikan sedikit subsidi minyak, dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen. 'Walaupun ia akan membuatkan jumlah BRIM akan naik' tetapi isu itu tidak dimaklumkan oleh pegawai kerajaan secara lebih mendalam kepada media atau medium rakyat. Yang timbul hanyalah isu 'harga minyak naik' sahaja, sehingga kenaikan harga minyak tersebut telah membuatkan masyarakat keseluruhan marah kepada kerajaan.



Bermacam-macam perkataan buruk timbul seperti 'kerajaan zalim', 'kerajaan cekik darah' dan pelbagai ayat yang diluahkan oleh rakyat yang rasa dizalimi, sedangkan apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan adalah 'ingin berlaku adil' kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan secara terus.

Oleh itu, pendidikan dan pemberitahuan berterusan haruslah dibuat terlebih dahulu kepada rakyat agar mereka selesa dan bersedia dengan kenaikan yang akan diumumkan, barulah pengumuman boleh dibuat.

Jika diabetes telah berada di badan manusia (akibat masalah terlebih gula yang tidak dikawal dengan baik) maka penghidapnya pasti memerlukan wang yang banyak bagi merawat penyakit tersebut.

Ini belum termasuk harga ubat dan pengurusan dialisis yang memerlukan jumlah wang yang besar jika masalah diabetes semakin kronik. Adakah perkara ini tidak dilihat oleh rakyat sebagai 'langkah bijak' oleh kerajaan 'jika' menarik balik subsidi gula ?


Kepada kerajaan, rakyat ingin menang - menang dan bukan hidup mereka semakin tersiksa. Maka, jika kerajaan setuju mendengar cadangan Menteri Kesihatan dan daripada penulis, maka adalah adil jika kerajaan dengan serta-merta mengalihkan subsidi yang ditarik daripada gula atau apa jua penarikan subsidi, ia hendaklah ditukar segera kepada subsidi pembelajaran percuma dan juga menaik taraf infrastruktur di luar bandar.

Pada pandangan penulis, 'ilmu dan pembangunan' lebih baik diutamakan dalam pemberian subsidi daripada 'membela pembunuh senyap' yang akan merubah kehidupan seseorang manusia kepada kesiksaan 'jika telah menghadapinya.'

Pihak insurans amat susah hendak menerima keahlian pesakit diabetes dan pasti mereka dianaktirikan jika memohon pakej insurans. Yang pasti, penyakit ini 'tidak akan sembuh' daripada badan manusia setelah dihidap. Oleh itu mencegah lebih baik daripada menyembuhkan.

Kasihanlah kepada masyarakat akan datang yang menempuh kehidupan dunia yang semakin mencabar.

Suara Politik
Belantan

'Perdana Menteri' Anwar Ibrahim Tertarik Personaliti Pope?

Posted: 10 Oct 2013 08:57 AM PDT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata beliau amat tertarik dengan personaliti Pope Francis yang kononnya prihatin bukan sahaja terhadap penganut agama Kristian tetapi juga kepada umat Islam.

"Saya tertarik mengenai Pope Francis ini kerana dia mempunyai pendekatan yang agak lumayan bukan saja terhadap orang Kristian tetapi juga terhadap orang Islam.

"Kenyataan beliau mengenai Syria itu penting, dia bukan saja melahirkan kebimbangan kerana beberapa gereja diserang tetapi dia juga mengingatkan orang-orang Kristian terlalu ramai orang Islam dibunuh akibat kezaliman dan orang Kristian perlu bersama-sama bertanggungjawab," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Anwar baru-baru ini mendakwa beliau dijemput oleh Pope untuk menyertai dialog berkaitan agama di Rom. Persoalannya adalah atas kapasiti apa Anwar dijemput ke Rom untuk berdailog? Dialog itu turut melibatkan pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.



Ketika ditanya apakah hasil perbincangan itu, Anwar berkata rudingan itu berkisar kepada soal keselamatan dan kerjasama di antara Kristian dan Muslim bersabit beberapa kontroversi berbangkit sama ada di negara ini mahupun di luar.

"Saya mengalu-alukan pendapat yang cukup berlapang dada dan saya juga menyokong kerjasama antara Muslim dan Kristian dan juga kerjasama antara agama.

"Saya difahamkan, Pope dimaklumkan berhubung polemik yang berlaku di negara kita dan beliau mengucapkan terima kasih dan berharap marilah sama-sama supaya ada persefahaman di antara Muslim dan Kristian di Malaysia termasuk agama-agama lain," katanya kepada pemberita tadi.

Anwar sebelum ini meminta rakyat agar memahami tujuan sebenar pertemuannya dengan Pope.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan terpaksa meuar-uarkan pertemuan itu terlebih dahulu kononnya bimbang ia akan dijadikan kontroversi oleh seteru politik.

Demi meneutralkan pertemuan itu, Anwar juga dikatakan dengan sengaja memetik pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di luar Rom pada 18 Julai 2011.

Beliau turut merujuk lawatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad terhadap Pope John Paul pada Jun 2002. Jadi adakah Anwar juga perasan dan beranggapan yang beliau adalah 'Perdana Menteri Malaysia' yang patut juga bertemu dengan Pope? Susah betul bila sudah jadi sewel macam ini!

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Punca Sebenar Kenapa Pembangkang Mahukan Zahid Hamidi Tewas Pemilihan Kali Ini...

Posted: 10 Oct 2013 07:00 PM PDT

Tidak ada kompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam, bermakna selagi ada hayat zahid akan terus-terusan melawan penjenayah, ini yang merisaukan pemimpin pembangkang, bila jenayah semakin berkurangan, sekali gus negara aman, bila negara sudah aman, rakyat akan berterima kasih dengan kerajaan dan pemimpin pembangkan susah nak cari makan...

Jadi inilah pun utama kenapa pembangkang beria-ia sangat nak kan zahid tewas dalam pemilihan naib presiden akan datang, jangan terkejut kalau aku kata, ada juga pemimpin umno yang tidak senang dengan ketegasan zahid turut berkerja sama dengan pembangkang untuk menewaskan beliau...

Jadi kepada 146,500 perwakilan umno yang akan mengundi pada 19 hari bulan ini, korang nak ke pembangkang mencorak dan menentukan siapa pemimpin umno...






Nasib Orang Melayu Di Tangan Orang Melayu Sendiri, Pesanan Dato' Tajuddin Abd Rahman

Posted: 10 Oct 2013 06:30 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


PANDUAN ASAS MESYUARAT PEMILIHAN BAHAGIAN 2013

Posted: 10 Oct 2013 05:03 PM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PemilihanUMNO : Selamat MENGUNDI CALON MYMASSA! @KhairyKJ #KJ4KP @LokmanAdam #Lokman4NKP @MukhrizFuad #Mukhriz4Exco @NazirHussin79 @RockyKCD @Azrinizam

Posted: 10 Oct 2013 07:30 PM PDT

 
Ketua Pemuda UMNO Malaysia : Semestinya calon No 1, YB Khairy Jamaluddin
 


 

 
 
 
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia : Saudara Lokman Noor Bin Adam
 

 
 
 
 
 
Dan barisan EXCO PEMUDA UMNO Malaysia. Tempat selebihnya adalah terpulang kepada anda semua. Yang penting LAPAN calon berikut WAJIB MENANG.
 

 
Calon No 7, saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin

Calon No 75, saudara Nazari Ahmad

Calon No 57, saudara Azrinizam Ibrahim

Calon No 59, saudara Mohd Ikhmal Abu Bakar

Calon No 11, Dato' Ahmad Mukhriz Dato' Ahmad Fuad

Calon No 63, saudara Jefrizal Mohd Jaafar

Sahibus Samahah Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahaya

Saudara Rozaidi Jamil aka Zed Zaidi
 
Selamat bersidang dan memilih pemimpin masa depan PEMUDA buat para perwakilan semua. Ingat, jangan lupa misi penting kita, Memperkasakan UMNO melalui proses transformasi PEREMAJAAN SEMULA. Pilihlah mereka yang kita kenal dan tahu kerja keras selama ini, dan bukannya kerana disuruh atau dibayar upah untuk menyokong.
 
Insya Allah UMNO-kan PERKASA kembali di masa hadapan. Selamat Mengundi CALON MYMASSA esok!

MENGAPA PENDUDUK SG LIMAU WAJIB HIJRAH?

Posted: 10 Oct 2013 02:00 PM PDT



Mungkin ada pihak yang bertanya mengapa penduduk DUN Sg Limau perlu berhijrah dan berubah memilih Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai wakil baru kepada DUN ini?

Jawapan kami mudah, DUN Sg Limau terletak di dalam Parlimen Jerai. Dua DUN iaitu Guar Cempedak dan Gurun telah bersama-sama BN di dalam PRU ke 13 lalu. Semua kaum tak kira majoriti Melayu dan minoriti Cina, India dan Siam telah pun membuat perubahan dengan memilih sebuah parti yang  diyakini benar-benar sanggup berkhidmat untuk semua kaum dengan saksama dan adil.

BN telah terbukti berjaya membawa kemakmuran kepada negara dan negeri sejak merdeka. Namun apabila PAS mentadbir Kedah 2008-2013, janji perubahan yang dicanangkan pihak pembangkang hanya tinggal janji kosong. 

Wang perbendaharaan negeri semakin kering akibat salah urus oleh tangan-tangan yang selama ini pandai berceramah siang malam mengata dan mencanang fitnah merata-rata. Rakyat pada mulanya terpanar dan terpesona dengan imej Islamik telah bertukar menjadi semakin meluat dengan corak pentadbiran yang caca marba. 

Sampai nak kuatkuasakan undang-undang larang pengoperasian pusat hiburan di bulan Ramadhan pun gagal kerana tentangan para chauvinist rasis. Puak-puak itu juga secara gopoh dan gelojoh menceroboh tanah-tanah rezab Melayu di Sg Kob untuk membina jirat - jirat haram.  Puak-puak yang sama juga membuat rundingan sulit membeli tanah Madrasah Salihiah untuk dibina hypermarket di tengah-tengah bandar Alor Setar. Semuanya menunjukkan kerajaan PAS terdahulu gagal dalam pentadbiran dan gagal membendung sifat tamak dan rakus segelintir puak chauvinist. Persoalannya adakah Islam mengajar umatnya supaya takut tunduk pada harbirin?

Bila habis kantong negeri, hutan balak digondolkan, banjir pula menimpa-nimpa. Para pelajar KUIN tak berbiasiswa dan kakitangannya pula tak dapat bergaji berbulan-bulan. Projek ikan keli, projek rambutan dan pencerobohan tanah rezab sana-sini atas nama  untuk membangunkan ladang rakyat hanya tinggal janji-janji kosong yang membawa banyak bencana buat rakyat Kedah. Yang boroi adalah tokey-tokey balak.

Ketika itu jugalah arwah Menteri Besar semakin uzur mungkin kerana tekanan tetapi ketika itulah juga segelintir gerombolan ahli parti sendiri ingin melakukan kudeta. Hingga si MB dipaksa menerima skuad Pemandu untuk memerhati gerak geri dan kerjanya. Tak ketinggalan juga puak-puak Syiah turut tumpang semangkuk mengancam dan mengeji bekas MB kerana menentang pertubuhan songsang mereka.




Oleh sebab demikian kami menyeru penduduk DUN Sg Limau agar merenung kembali segala kepahitan yang dirasai semasa pemerintahan PAS dahulu. Lakukan perubahan kepimpinan di DUN ini dengan bertekad untuk berhijrah dengan memilih Barisan Nasional dan UMNO sebagai ADUN baru bagi mewakili ummah dan rakyat di kawasan berkenaan. 

Cukup-cukuplah kita menderita akibat kelemahan dan kepincangan kerajaan lalu. Jangan sampai ia berulang lagi dengan kesilapan kita memilih parti yang sama. Berilah peluang kepada Datuk Mukhriz dan wakilnya dari BN pula untuk menabur khidmat bakti kepada penduduk DUN Sg Limau.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu bersama BN dan UMNO demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Insya Allah semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan dan pengorbanan hijrah kita tersebut. Semoga Maal Hijrah memberi sinar kemenangan buat BN-UMNO di Sg Limau.



 Tekadkan hati berani berhijrah...
 

 

KANTOI! Video @KhairyKJ bersama SKANDALnya pula tersebar! #PemilihanUMNO #KJ4KP

Posted: 10 Oct 2013 07:00 AM PDT


Bagi kami, apa yang jelas adalah, KJ bukan setakat mampu tenang berhadapan dengan debator pembangkang, bahkan beliau juga tidak goyang apabila cuba diganggu oleh "SKANDAL" lamanya!

Video di atas adalah rakaman ketika beliau dijemput memeriahkan lagi segmen pagi JOHARA di konti Radio Era.FM baru-baru ini. Ia merupakan satu kejutan kepada para peminat Era kerana tidak menyangkakan seorang Menteri boleh begitu santai dan tanpa protokol melayan pelbagai kerenah dan berlawak sepanjang sejam ke udara.




Sejak beberapa hari yang lepas, kami telah dihubungi oleh ramai anak muda yang menyatakan minat mereka untuk menyertai UMNO di bawah payung Pemuda yang diterajui oleh KJ. Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif kerana aspirasi kami untuk menjadikan Pemilihan UMNO ini sebagai daya penarik golongan muda mulai membuahkan hasil. Namun, apa yang lebih menarik adalah apabila kami dapati ramai yang mahu menyertai Pemuda bagi memastikan ikon mereka dapat dipertahankan, lebih-lebih lagi apabila mereka melihat pelbagai taktik kotor mulai digunakan secara bertubi-tubi sejak seminggu yang lalu.

Kami merasa terharu kerana anak muda yang bukan ahli pun tahu betapa berharganya pemimpin seperti KJ ini kepada UMNO dan mahu sama-sama mempertahankan beliau.

Malah tidak kurang juga yang mahukan kami menayangkan kembali satu video di mana KJ dengan begitu tegas mempertahankan kenyataan PM berkaitan isu "Apa lagi CINA mahu?" bagi menolak tohmahan bahawa KJ itu LIBERAL dan ANTI MELAYU.


 
Mereka juga minta kami bertanyakan soalan ini kepada para pembaca: "Apakah calon KP lain juga mampu untuk berdebat secara langsung dan melaksanakan program-program memperkasakan anak muda yang melibatkan 90% Melayu, lebih baik daripada apa yang KJ telah buat selama ini?!!"

Ini bukan kami yang tanya. Itu anak muda yang bertanya. 

DAP PERAK PULA BERPECAH, NGA KOR MING DIGELAR 'PONDAN"

Posted: 10 Oct 2013 05:00 AM PDT

DUA EKOR PONDAN?
IPOH: Selepas Kedah dan Melaka, DAP Perak pula bergolak apabila sekumpulan ahlinya secara terbuka mengkritik pengerusi negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming.
Pengerusi DAP cawangan Kampung Acheh Baru, Loh Eng Soon berkata, kemelut dalaman berlaku berikutan ramai ahli tidak berpuas hati dengan dua saudara itu.
Loh memberitahu dalam akaun Facebook, penyertaan beliau sebagai ahli parti itu selama ini kerana mengkagumi kepimpinan Nga.
"Tetapi sekarang, saya mempersoalkan sama ada idola saya sedang berjuang untuk rakyat atau untuk poket sendiri, " katanya dalam satu status yang dikemaskini di akaun Facebook.
Malah, Loh yang melampirkan sekeping gambar Nga pada majlis pembukaan sebuah restoran, memberitahu gambar itu diambil apabila Pakatan Rakyat Perak menguasai kerajaan negeri itu selepas pilihan raya tahun 2008.
"Mengimbas kembali, saya rasa bodoh kerana membantu beliau menjual tiket makan malam dan meletakkan iklan tahniah di akhbar.
"Daripada berhala, dia (Nga) telah menjadi hamba untuk wang. Adakah anda sedar keutamaan anda? Adakah hanya wang penting kepada anda?" soalnya.
Malah, Loh juga mendesak jika Pakatan mahu kembali berkuasa di Perak, Ngeh dan Nga mesti disingkirkan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Syed Ibrahim memberitahu dalam akaun Facebooknya, Ngeh telah menikamnya dari belakang.
Tanpa menerangkan lebih lanjut, Solaiman yang juga bekas ahli jawatankuasa negeri itu meminta Ngeh berjuang dengan cara yang betul.
"Ini adalah orang yang mendakwa untuk memperbaiki kedudukan parti di mata rakyat.
"Jika mahu berjuang, berjuang dengan cara yang betul. Jangan berjuang seperti pondan," katanya.
Dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu, populariti Nga telah menurun sementara Ngeh pula hampir tersingkir apabila hanya menduduki kedudukan ke-20.
Untuk rekod, pada pemilihan parti Disember lalu yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Ngeh mendapat tempat ke-18.
Keputusan itu sekaligus mencerminkan Ngeh semakin disisih daripada kalangan ahli DAP.
Sementara Nga pula mengalami penurunan tertinggi daripada kedudukan ke-11 pada tahun sebelumnya kepada 19 baru-baru ini.
Kemelut DAP bermula apabila ada ahli parti itu di Kedah dan Melaka menyatakan kemarahan terhadap kepimpinan yang didakwa campur tangan dalam hal-ehwal mereka.
Di Kedah, perebutan kepimpinan menyaksikan pengerusi yang dipilih, Lee Guan Aik berikrar untuk terus memegang jawatan itu walaupun ahli CEC merangkap Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik sebagai pengerusi sementara DAP Kedah.
Di Melaka pula, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.
Perletakan jawatan Goh diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip

Skandal calon Exco Pemuda? Apa yang @MukhrizFuad dah buat ini?!! #Mukhriz4Exco #PemilihanUMNO

Posted: 10 Oct 2013 03:00 AM PDT

 
 
Panas! Kami baru sahaja mendapat kiriman emel daripada seseorang yang mendakwa mengenali siapa sebenarnya Dato' Mukhriz Fuad ini. Individu tersebut mendakwa memiliki "bukti" eksklusif tentang beberapa kegiatan anak muda ini semenjak EMPAT tahun yang lalu, untuk disebarkan kepada umum tentang siapa sebenarnya calon EXCO Pemuda No 11 ini.
 
 
Berikut merupakan antara gambar-gambar "panas" yang kami terima:
 
1) Tahun 2009: Pemuda dari Pekan yang dikenali sebagai Mukhriz Fuad ini dikesan bekerja keras berkempen untuk BN di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
 
 

 
 
 
2) Sekitar Tahun 2011: Mukhriz Fuad dikesan aktif menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh Parlimen Pekan yang melibatkan golongan belia, selain menjayakan Sambutan Hari Belia dan Karnival Youthnity 2011.
 
 

 
 
 
 
3) Tahun 2012: Mukhriz Fuad dikesan terlibat dalam demonstrasi jalanan bagi membantah filem yang menghina Islam, The Innocence of Muslim yang didalangi NGO 'rasis' seperti PERKASA dan JATI. Beliau juga dikurniakan gelaran DATO' pada usia 33 tahun sekitar penghujung tahun ini. 
 

 
 
 
 
4) Tahun 2013: Dikesan bekerja keras berkempen bagi kemenangan BN di Parlimen Pekan dan Negeri Pahang.
 
 
 
 

Jelas sekali, tidak seperti apa yang disangkakan, calon EXCO Pemuda No 11 ini bukannya muncul secara 'tiba-tiba' ketika musim Pemilihan UMNO 2013 ini. Beliau tampak telah bekerja keras membina asas perjuangannya sebagai anak muda bermula dari tempat asal beliau sendiri, dan kini menawarkan khidmat baktinya di peringkat Pusat pula.
 
Bukankah testimoni di atas telah melayakkan beliau beyond reasonable doubt untuk diberikan peluang sebagai pemimpin pelapis kerana berupaya bekerja keras atas hasil usaha sendiri, tanpa perlu menumpang nama tokoh tertentu?