Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Husam guna sidang DUN untuk 'bantai' kerajaan PAS Kelantan?

Posted: 09 Oct 2013 10:23 PM PDT


Buat pertama kali dalam sejarah sejak tahun 1990, kerajaan Pas Kelantan 'dikritik hebat' oleh penyokongnya sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berlangsung hari ini.

Datuk Husam Musa yang baru sebulan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, dilihat seolah-olah bertindak sebagai 'pembangkang' apabila mengkritik kerajaan negeri habis-habisan.

Beliau seperti cuba membuka 'pekung' kerajaan negeri yang pernah disertainya selama dua penggal sebelum tidak dilantik semula sebagai Exco selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, sehingga timbul pertikaman lidah dengan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Husam bangun mencelah beberapa kali ketika sesi penggulungan oleh kedua-dua wakil kerajaan itu biarpun pada mulanya tidak dibenarkan oleh Speaker, Abdullah Ya'kub.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Pas itu ialah urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pembinaan lebuh raya rakyat, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) dan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.


Malah ketika bertikam lidah dengan Mohd. Nassuruddin, Husam berkata, beliau tidak akan teragak-agak mendedahkan lebih banyak pekung kerajaan negeri jika 'dipaksa' berbuat demikian.

"Jenayah syariah saya bukan kata Kelantan guna pada pilihan raya tetapi tengok dalam surat khabar ketika pilihan raya dahulu.

"Rakyat hendak tengok apa yang kita sudah buat untuk melaksanakan hudud, dari segi infrastruktur, pelaksanaan, hakim dan kakitangan untuk melaksanakannya.

"Jangan paksa saya cakap benda yang tidak sepatutnya dalam Dewan, saya sudah cakap dalam parti sudah banyak kali tetapi tidak ada tindakan," katanya.

Terdahulu, Mohd. Nassuruddin membidas Husam kerana mendakwa kerajaan negeri tidak serius dalam melaksanakan hukum hudud.

"Kerajaan sentiasa serius untuk melaksanakan hudud malah, pada tahun depan kita memperuntukkan RM1 juta untuk kemudahan melaksanakan hukum tersebut.

"Apa yang kita putuskan dalam dewan ini akan dilaksanakan dan sekarang mesyuarat teknikal pelaksanaan hudud sudah bermula," katanya.

Dalam pada itu, Hanifa pula membidas Husam kerana tidak menyertai lawatan ke loji rawatan air yang dianjurkan oleh pihaknya untuk melihat sendiri keupayaan operasi loji tersebut.

"Yang Berhormat Salor tidak datang ketika kita membuat lawatan ke loji rawatan air, kita amat mengalu-alukan kedatangan YB untuk melihat sendiri dan memberikan pendapat agar ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau menjawab cabaran Husam supaya AKSB membawa ADUN melawat loji rawatan air esok bagi melihat sendiri keupayaan loji tersebut.-UMO

Suara Politik
Belantan

Pendatang Cina di Australia digesa mencari 'tanah baru' untuk berhijrah jika masih tak sedar diri?

Posted: 09 Oct 2013 09:39 AM PDT


Bekas PM Australia Bosan dengan orang Cina Australia…!!!

1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.

2. Bahasa:
Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.

3. Agama:
Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?


4. Pendidikan:
Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.

5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.

6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.

John Horward.
Ex-Prime Minister, Australia.

Credit to http://headbomb.blogspot.com/2013/10/bekas-perdana-menteri-australia-bosan.html

Suara Politik
Belantan

Karpal sesuai dan layak digelar 'Badut Jelutong'?

Posted: 09 Oct 2013 03:10 AM PDT


Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa untuk menukar gelaran beliau daripada 'Harimau Jelutong' kepada 'Badut Jelutong' kerana lebih bersesuaian dengan dirinya.

Ini berikutan sikapnya yang sentiasa menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilihat lebih berkuasa serta dominan dalam parti itu.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R.Ramanan berkata, Karpal sanggup membuat pusingan 'U' berhubung tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dari 10 minggu notis kepada empat minggu berikutan arahan Guan Eng.

Dakwa Ramanan, tindakan Karpal itu sebenarnya arahan yang terpaksa dipersetujui sebulat suara walaupun menyalahi perlembagaan parti itu.

"Kita difahamkan Guan Eng sering memberi kelas 'tuisyen' kepada Karpal serta anak-anaknya, Gobind Singh dan Jagdeep berhubung undang-undang dan perlembagaan parti.


"Karpal serta anak-anak beliau hanya layak digelar sebagai badut berikutan sikap tidak profesional yang ditonjolkan oleh mereka kerana hanya mengangguk kepada semua arahan Guan Eng," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.

Kongres Kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis Kongres Khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari.

Jelas Ramanan, Karpal tidak layak memegang jawatan nombor satu DAP sekiranya hanya tertakluk dengan kehendak dinasti Lim semata-mata.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


JEPUN CIPTA KAEDAH KITAR SEMULA NAJIS UNTUK JADIKAN MAKANAN

Posted: 09 Oct 2013 09:49 AM PDT


Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.


Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan? Tetapi ia bukan lah seperti "daging" dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan "reaction enhancer" dan memasukkannya ke dalam "exploder." Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya - daging tahi.

http://youtu.be/u1N6QfuIh0g

Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu. 

Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar. Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

BILA BANGGANG BIN BONGGONG ANGGAP RAKYAT CACAI DAN LEMBU MACAM DIA ORANG

Posted: 09 Oct 2013 02:14 AM PDT

Bijak dema nie... Naik rega minyak dema longgokan kepada kerajaan, sampai sanggup dicacaikan duduk atas jalan pegang poster. Apa boleh buat dah dema nie ni berubah kerana holly roket water...kononnya semua kerajaan bebankan rakyat...

Bila gula naik dema jadi ungka marah bebenor..

Bila Rokok naik dema tak lak protes, pasai apa lak tu? Macam menyokong lak, bukan dema ni banggang tapi sebenornya BENUT bin BODO. 

Tak ker nak tahu ataupun memang jenis baghal bin bonggong yang pembunuh nom satu dari sebab gula! Naper nak protes pelbagai melainkan sebab status cai roket la tu.

Atau memang khalifah roket besar dema Senang cai kan dema... Tak semua pekara yang tak boleh diterima akal itu tak baik... Kita sorot bagaimana baginda nabi hidir a.s yang buat semua pekara pelik sebenarnya ada matlamat...
Dek kerana dah tertelan kencingan aljub maka makin kuat angguk nya dema nie...

Minyak kita menguntungkan semua orang berada, bukan dema heran pun, pendatang asing, jiran singapura dan thailand yg paling pasti isi minyak Full Tank siap boleh seludup lagi...

80 peratus yang guna petrol sebenarnya orang berada, pendatang asing dan lain-lain. Agak-agak la kalau kata kita orang dikategori sebagai pengguna nom satu? Macam la satu malaya ada atau dua kereta dirumah..

Kenapa lak tak nak sokong atau setuju bila BRIM dinaikan jumlah pendapatan sesebuah keluarga ke 5 ribu layak dapat dua kali dalam setahun, dari 500 ke seribu lagi tu...

Ater kalau dah komer katakan kerajaan kejam, teman cabor ler kat dema jangan ambik duit tu. Jangan pergi ambik lansung, itu kalau berEGG ler... Apa pasai buang karen jer... 

Toksah ler komer nak bagi alasan yang 

- DIA BAGI KITA AMBIK LA, BUKAN KITA MINTA TAPI DEMA YANG BAGI 
- NIE DUIT RAKYAT BUKAN DUIT UMNO PUN

Bukan semua rakyat bodo macam korang, korang boleh la dilembukan, ater komer ingat semua rakyat bodo macam lu..

Rentikan bukan sesaja kerajaan bagi BRIM KAT KOMER, komer ingat senang kencing merata? Kalau tak isi borang tak kan komer dapat, 

Rentikan bagi alasan DUIT RAKYAT, benggap benor komer nie... Bila masanya komer bayor cukai kat kerajaan sebab yang dapat nie semuanya pendapatan di bawah garis pendapatan serta bukan pembayar cukai. 

Rentikan komer kencing dan tipu kononnya bagi brim tapi kutip balik masa bayor income tax yang tinggi... Lagi tonggong ler komer... Masa bila pulak kena bayor tax tinggi? yang dapat BRIM tu kategori pendapatan bawah status yang tidak kena income tax


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Edisi Prihatin: Kerajaan PAS Kelantan naikkan tarif air tanpa beritahu rakyat

Posted: 09 Oct 2013 10:00 PM PDT

Klik untuk bacaan penuh
Kerajaan PAS Kelantan memang prihatin... Oleh kerana tidak mahu rakyat rasa terbeban, Kerajaan negeri menaikkan tarif air tanpa mengumumkan kepada rakyat. 

Ini kata penduduk yang terjejas:
Air yang diterima sekejap ada, sekejap tiada. Kalau kenaikan tarif setimpal dengan mutu perkhidmatan dan bekalan, saya boleh terima, nak naik sampai 50 peratus pun boleh. Namun kalau hampir setiap hari tiada air, terpaksa mandi di surau dan angkut air dari rumah jiran, memang kenaikan itu langsung tak patut: - Zahari Abu Bakar
Jangan selepas ini Kerajaan Pusat pula dipersalahkan. Ibarat "Kuman di Seberang Laut Nampak, Gajah di Depan Mata tak Nampak"


CINABENG DAH MULA RASA HANGAT BADAN, SO WHAT?

Posted: 09 Oct 2013 08:13 PM PDT

Keratan akhbar Berita Harian 10 Oktober 2013 

Bila kita hanya bercakap dan mempertahankan tentang hak asasi Melayu dan Islam, adalah pihak yang mula terasa hati dan menuduhnya rasis. Tetapi apabila puak chauvinist memperlekehkan hak Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu mereka mendakwa itu hak asasi mereka untuk bersuara. 

Kami ingin ingatkan Mukhriz dan juga pemimpin-pemimpin Melayu yang lain tak kira dari UMNO, PAS mahupun PKR di seluruh negara bahawa orang Melayu-Islam dan Bumiputera merangkumi 67.4% penduduk di negara ini. Menjelang tahun 2015 penduduk Melayu-Islam dan Bumiputera akan meningkat kepada 70%. Di Kedah saja Melayu-Islam dan Bumiputera melebihi 90% komposisi penduduk Negeri. Maka sewajarnya hak-hak Melayu-Bumiputera (dan juga masyarakat India dan Siam) dipertahankan dan pengagihan perlu mengikut merit majoriti. 

Betul kata Mukhriz, kalau usaha mengutamakan Melayu dilihat sebagai bersifat perkauman, maka cara pengundian dibuat oleh kaum-kaum tertentu pada PRU 13 lepas juga boleh dilihat sebagai perkauman. 

Dah banyak pengorbanan dilakukan oleh Kerajaan BN dan juga UMNO kepada kaum-kaum tertentu tetapi mereka jenis tak sedar diri, tikam dari belakang malah sentiasa angkuh mempersoalkan hak-hak orang lain. Macamlah banyak sangat cukai yang mereka bayar pada negara ini!

Pemerintahan PAS Kedah dahulupun cuba membantu Melayu tetapi sekutu mereka dari sebuah parti chauvinist  hebat membantah hinggakan arwah Menteri Besar terpaksa membatalkan beberapa peraturan dan dasar yang pro Melayu dan Islam hanya kerana sekor dua chauvinist yang menentang. 

Kini bila UMNO nak bantu Melayu dan kaum minoriti lain yang susah, puak-puak chauvinist bertopengkan hak asasi ini bersama-sama senada membantah usaha tersebut. Apakah selama ini puak-puak itu terpaksa hidup di dalam longkang dan di bawah kolong jembatan serta meminta sedekah sana sini kerana kerajaan Melayu (PAS atau UMNO) zalim?

Khabarnya Anwar meroyan nak bentangkan Bajet Pakatan Pembangkang pada 21 Oktober ini. Maka bolehlah 'puak-puak itu' meminta Anwar memberi apa saja yang mereka mahu  dengan menggunakan dana-dana Yahudi dan dana-dana hasil kegiatan kongsi gelap dan tipu menipu dalam bisnis yang mereka kumpulkan selama ini.

Maaf Mymassa bukan rasis tetapi kami  menjunjung prinsip keadilan dan kebebasan bersuara di sebuah negara demokrasi yang merdeka selaras dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa. 

Negara Kita Tanggungjawab Kita, Tak suka boleh blah di mana-mana saja pintu keluar di seluruh negara ini. 

PROMO PROGRAM PENERANGAN BAHAYA SYIAH

Posted: 09 Oct 2013 05:45 PM PDT

Di USM, Pulau Pinang


Di Alor Setar, Kedah



Datanglah beramai-ramai untuk mendapat ilmu yang manfaat.

KENAPA ORANG CINA LARI? KETAKUTAN?

Posted: 09 Oct 2013 03:15 AM PDT

Orang Cina Lari Bertempiaran Ke Malaysia

Chinese-Invasion-of-Australia

Bekas PM Australia Bosan dengan orang Cina Australia…!!!

1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.

2. Bahasa:
Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.

3. Agama:
Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?

4. Pendidikan:
Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.

5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.
6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.

John Horward.
Ex-Prime Minister, Australia.

Credit to http://headbomb.blogspot.com/2013/10/bekas-perdana-menteri-australia-bosan.html and also https://www.facebook.com/photo.php?fbid=695372127158997&set=a.221417201221161.68187.117910068238542&type=1&theater etc.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


VIDEO PENJELASAN MAKAN PAGI RM6 RIBU UNTUK VIP

Posted: 09 Oct 2013 04:02 PM PDT

Ini laporan dari Akbar ...

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
"Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.
"Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan," katanya.
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
"Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
"Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi," katanya.
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.
"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.
"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian


Ini Penjelasan dari Pemilik kedai

Agaknya lebih kurang macam ini kut suasananya...
Ini gambar tak pasti dimana lokasinya  cuma agaknya ada persamaan kut...


gambar hiasan


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Sejak Bila CKMM Concern Pasal PRK Nie..???

Posted: 09 Oct 2013 08:00 PM PDT


Ada beberapa kawan tanya aku, untuk prk sungai limau nanti, siapa yang akan jadi pengarah pilihanraya, tan sri muhyiddin atau cakmm? aku jawab kalau mengikut kelaziman, biasanya timbalan presiden umno akan jadi pengarah pilihanraya dan menteri besar atau pengerusi perhubungan negeri akan jadi timbalan pengarah pilihanraya...

Tapi sejak kebelakangan ini mamber aku cakap, kenapa ckmm beria-ia sangat bercerita pasal pkr sungai limau, adakah tan sri muhyiddin menyerahkan tugas pengarah prk sungai limau kepada ckmm? aku yakin tidak, tapi kenapa ckmm beria-ia sangat bercerita pasal prk tu?

Sebelum ini pun ckmm di lihat mendahului menteri besar johor apa bila dia kononnya bagi pihak menteri besar mengumumkan umno johor akan menubuhkan jentera prk sungai limau, (klik sini) betul ke dia umum bagi pihak atau dia yang memandai-mandai ? atau mungkin menteri besar johor dah serahkan tugas itu pada ckmm...

Agak pelik sejak bila ckmm mula "concern" pasal prk nie? pada penggal lepas ada berbelas-belas prk yang berlaku, tapi aku tengok tak pulak ckmm bersuara macam sekarang nie, kalau dulu dia buat deek je, tapi kenapa sekarang dia beria-ia sangat?

Mungkin itulah sahaja peluang untuk ckmm menonjolkan dirinya di dalam media...

Jasa Kak Midah Kembalikan Kerajaan Perak Tahun 2009 Kepada UMNO Jangan Kita Lupa...

Posted: 09 Oct 2013 06:00 PM PDT

Kalau tak ada kak midah, aku yakin nizar lambai akan jadi menteri besar perak sampai sekarang ini, kita jangan lupa, tumbangnya kerajaan dan mb boneka dap kerana kak midah, dia lah antara mastermind yang menyebabkan nizar kempunan beruk nak jadi mb...

Inilah kriteria pemimpin parti yang WAJIB diangkat oleh para perwakilan UMNO yang akan membuat pemilihan pada tanggal 19 oktober nanti. kita kena ingat, bukan kerja senang untuk jatuhkan kerajaan boneka dap yang mana ngah dan ngeh dua sepupu rapat chin peng menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, walau pun menerima ugutan, kak midah terpaksa persetankan demi menjaga survival orang melayu di perak...

Kepada 146,500 para perwakilan UMNO janganlah sia siakan peluang untuk memilih kak midah sebagai anggota majlis tertinggi UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Beliau memang layak berada dalam saf kepimpinan yang akan membimbing ahli akar umbi untuk berjuang mempertahankan kerajaan BN pada PRU ke 14 nanti…


Encik Khairy Jamaludin Saya Sekadar Nak Bertanya...

Posted: 09 Oct 2013 06:00 AM PDT


Encik khairy, saya sekadar nak bertanya

Kenapa warna font itu mirip warna pkr?

Tidak adakah warna lain dalam dunia ini kenapa warna mirip bendera pkr juga yang di pilih...?

Betul warna itu bukan hak mutlak pkr tapi susunan warna itu cukup mirip kepada warna bendera pkr...

Kenapa ya encik khairy pilih warna itu...???

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


#Pemilihan UMNO : Bantulah Annuar Musa Yang Terlepas Kempen MT Sebab Sakit!

Posted: 09 Oct 2013 09:49 AM PDT


Ketika calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO sibuk berkempen, nasib tidak menyebelahi ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana terpaksa terlantar di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur.

Beliau sendiri tidak menduga menerima rawatan kerana dipercayai dijangkiti demam denggi selepas menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Annuar bukan sahaja tidak dapat berkempen atau menyertai majlis memperkenalkan calon tetapi out of touch dengan 'dunia luar' kerana dirawat dalam CCU.

Hanya selepas tujuh hari di unit berkenaan, Anwar di tempatkan di wad biasa dan sudahpun keluar hospital hujung minggu lalu.

Namun Pengerusi MARA itu berkata, doktor menasihatkan beliau berehat dan melakukan tugas-tugas ringan sahaja sehingga pulih sepenuhnya.

Ketika dihubungi Agendadaily.com, Annuar yang tidak dapat berkempen seperti calon-calon lain berharap perwakilan menilai track rekod beliau selama dalam UMNO dan kerajaan ketima membuat penilaian bagi memilih calon yang seseuai.

"Nombor keahlian saya adalah 124. Saya juga antara penggerakan semula UMNO selepas parti itu diharamkan dulu. Sekaligus seniority saya dalam parti kekal begitu juga jawatan sebagai Ketua Bahagian selama lapan penggal," katanya.

Annuar berharap terpilih anggota MT UMNO bagi memudahkan beliau membawa agenda Melayu supaya lebih mantap dalam perjuangan parti.

Katanya, sebagai Pengerusi MARA, agensi itu berkaitan rapat dalam agenda memperkasakan Melayu.

Bagaimanapun beliau yang Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak sanggup bersaing dengan sesiapa apatah lagi dianggap ancaman kepada individu tertertentu dalam parti yang bersaing merebut jawatan sekarang. -Agendadaily

Wasabi Oyabun..

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Evergreen oldies for the night

Posted: 09 Oct 2013 06:59 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Akram punya kapasiti sendiri, KJ kelebihan penyandang dan menteri

Posted: 09 Oct 2013 08:30 PM PDT

PAS tak ada calun, recycle yang dua kali kalah

Posted: 09 Oct 2013 05:30 PM PDT

"Kalau mati, baru aku tengok (Azizan)," kata Phahrolrazi

Posted: 08 Oct 2013 11:25 PM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Watch "Kuasa diberikan sepenuhnya pada pihak berkuasa - @Zahid_Hamidi " on YouTube

Posted: 09 Oct 2013 10:14 PM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=UD8Ayopihv0&feature=youtube_gdata_player

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada.

Posted: 13 Sep 2013 09:45 AM PDT



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Aku Cikgu.

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. 

Salah seorang di antara beribu muridku.

Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. 

Diam itu sejahtera.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Menyiasat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. 

Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Cikgu!. Tidak semua kaya raya dan senang lenang, Cikgu. Yang penting tidak haram.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. 

Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. 

Emak mengajar erti ketabahan dan kekuatan Iman ketika berhadapan dengan orang yang zalim.

Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?." 

Mak pesan: "Jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Keinsafan yang terlewat tetapi wajib.

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

#SHARE kpd semua #
Sumber gambar:
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..™

Kadang waktunya kita terpaksa memadamkan harapan dan ketegasan?.

Posted: 13 Sep 2013 06:41 AM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Asal mulanya kisah.

Sudah dua puluh satu kali dia menunaikan Fardhu Haji. Kepulangan Abu Hassan dari menunaikan Fardhu Haji di Mekah kali ini amat jauh berbeza dari perjalanan-perjalanan ke Mekah yang sebelumnya.

Abu Hassan banyak berubah. Lebih banyak berdiam dan seolah-olah ada perkara membeban yang sedang dihadapinya.

Atas desakan murid-muridnya, Abu Hassan seorang Ulama menceritakan pengalamannya menunaikan Haji yang terakhir kalinya, yang pada pendangannya amat jauh berbeza dengan pengalaman Hajinya sebelum ini.

Abu Hassan memulakan ceritanya, pada kebiasaannya kalau aku ke Mekah, ada sahaja orang lain atau sanak saudara yang turut serta.

Maklumlah pada pandangan mereka aku sudah sering ke sana dan pasti sudah mengetahui sedalam-dalamnya soal-soal Rukun Islam yang ke lima ini.

Mula perjalanan kerana Allah S.W.T.. 

Untuk yang kesekian kalinya aku bertekad untuk pergi ke Mekah menunaikan Haji secara bersendirian. Tidak seperti selalunya aku pergi secara berkumpulan atau beramai-ramai.

Kebiasaannya aku ke Mekah dengan berjalan kaki. Aku membawa bekalan dan keperluan untuk mengerjakan Haji.

Menjelang waktu Solat Zohor aku telah sampai di Fadisiyah. Aku singgah di Masjid dan menunaikan Solat Zohor  yang ketika itu tiada seorang pun yang datang berSolat. Setelah selesai aku pun bangkit dan bersiap-siap hendak keluar dari Masjid tersebut.

Peluang keemasan yang terabai.
Tiba-tiba aku dapati seorang lelaki duduk bersandar di Tiang Masjid berhadapan dengan Mimbar. Pakaiannya compang camping, kotor dan tidak terurus. Melihatkan aku hendak keluar dari Masjid, dia pun bangun mendapatkan aku.

"Tuan! Pada pandangan aku, engkau sedang dalam perjalanan hendak ke Mekah. Bolehkah aku mengikut tuan kerana telah lama berkeinginan untuk menunaikan Fardhu Haji di Mekah." Kata lelaki  itu. 

Aku memikir-mikirkan apa yang diperkatakannya itu. Kerana aku masih berdiam, dia pun meneruskan kata-katanya, "Mungkin aku boleh menolongmu tuan!."

"Tidak! Aku tidak memerlukan sesiapa pun untuk membantuku kerana aku sanggup membantu diriku sendiri." Jawap aku kasar dan tegas, memandangkan memang sejak mula aku sudah bertekad tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun.

"Aku tidak boleh bersama tuan, walau pun rakan untuk berjalan kaki?." "Tidak!" Jawab aku sedikit rasa kesal kerana menganggap lelaki itu telah mengganggu rancangan asal aku.

Akhirnya aku meninggalkan lelaki itu dan meneruskan perjalanan, sambil memikirkan siapa sangka, mungkin lelaki itu seorang pengemis atau penjahat yang sengaja hendak mengganggu perjalananku.

Dalam perjalanan tersebut wajah dah peristiwa dengan lelaki itu beransur-ansur luput dari ingatanku.

Sesuatu yang mengejutkan dan menjadi tanda tanya 

Aku sampai di Akabah beberapa hari kemudian. Aku pun ke Masjid untuk menunaikan Solat Zohor. Aku terkejut melihat lelaki di Fadisiyah sudah pun duduk bersandar di Tiang Masjid.

Aku tertanya-tanya "Kenapa lelaki itu mendahului aku sampai di Akabah. Usai Solat Zohor, hatiku tidak tertanggung untuk mengetahuinya. Aku dekati lelaki itu seraya berkata dan bertanya "Eh, engkau sudah ada di sini dan lebih dahulu dari aku?"

Bersangka baik seama manusia itu indah.

Lelaki itu tersenyum seraya menjawab "Hai Abu Hassan, tuan jangan takbur melihat manusia serba kekurangan seperti aku. Beberapa hari yang lepas tuan tidak sudi membawa aku, aku juga sanggup pergi sendiri tanpa pertolongan tuan atau orang lain. Allah SWT., akan melimpahkan kurniaanNya kepada orang yang kelihatan lemah."

Aku termangu dan tidak terkata apa-apa serta tertanya-tanya dari mana lelaki itu mengetahui namaku. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan lelaki itu lagi. Aku berusaha memadamkan ingatanku terhadap lelaki itu, namun sentiasa teringat dan ingin tahu siapakah sebenarnya lelaki itu.

Kota Suci Mekah di halaman rindu.

Kerinduanku terhadap Kota Suci Mekah seumpama rindunya seseorang kepada kekasihnya terubat, lima belas hari kemudiannya, setibanya aku di sana.

Aku menangis semahu-mahunya bila melihat Kota Suci Mekah telah pun berada di hadapanku, seraya membaca doa-doa memuji keAgongan Allah S.W.T..

Aku terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf dan Solat Sunat di Makam Nabi Ibrahim as.. Berderau darahku bila melihat lelaki di Fadisiyah, sekali lagi telah mendahului sampai dan duduk dengan membelakangkan Makam Nabi Ibrahim as dengan menghadap Kaabah.

Jawapan yang benar dari peristiwa pahit yang menginsafkan. 

Selayaknya lelaki itu seperti seorang Wali atau Keramat. Seperti dia sudah tahu di mana seharusnya dia boleh nampak aku dan telah terlebih dahulu sampai di Mekah.

Aku menangguhkan hajatku untuk berSolat Sunat dan aku terus mendapatkan lelaki itu, seraya berkata: "Wahai tuan yang mulia. Maafkanlah aku kerana sudah menayakiti hati tuan dan telah berkasar terhadap tuan. Selarang akulah yang meminta tuan supaya aku boleh ikut bersama-sama tuan."

Lelaki itu tersenyum dan menjawab: "Dahulu aku ingin mengikut tuan tetapi tuan tidak suka berkawan denganku yang seperti anjing kurap ini. Tuan terlalu berpandukan kepada manusia yang kelihatannya serba kekurangan, daif dan penuh kelemahan. Hakikatnya tuan lalai bahawa Allah S.W.T., sudah memberikan kelebihan kepada manusia yang serba kekurangan. Mungkin juga tuan menganggap aku penjahat dan ingin menipu tuan. Bukankah pernah terfikir di hati tuan perasaan sedemikian rupa itu?".

Aku terdiam dan tanpa terduga dia telah menyerlahkan segala apa yang pernah terlintas di hatiku terhadap dia beberapa hari yang lalu. Ternyata dia beroleh kelebihan dari Allah S.W.T., iaitu boleh membaca apa yang tersirat dan terlintas di hatiku. Aku rasa tewas dan terasa amat malu sekali terhadapnya. "Siapakah lelaki ini sebenarnya?" Getus hatiku lagi.

Kesombongan yang menjadi paparan kata-kata. 

"Bukankah tuan pernah memandang jijik kepadaku seorang yang hina, tidak punya dan daif ini? Sehingga tuan sanggup menolak permintaanku untuk mengikut tuan ke Mekah. Pelik betul, sekarang tuan pula meminta untuk mengikutku?". Ujar lelaki itu lagi.

Berdesing telingaku mendengar kata-katanya itu yang membuktikan dia telah membaca getus hatiku sebentar tadi. Kata-katanya itu mampu meleraikan dan meruntuhkan tanggapan dan keegoanku sebelum ini terhadapnya. Aku insaf dari kealfaan.

"Aku tidak mengharapkan seseorang pun untuk menjadi kawanku. Aku hanya suka berkawan dengan Yang Maha Berkuasa. Aku serahkan diriku ini dengan sepenuhnya kepadaNya. Dialah Allah S.W.T., yang menggerakkanku dan memberikanku kuasa ghaib yang tidak tuan miliki. Aku bukan bermegah tetapi berkata benar yang benar dan sebenar-benarnya kepada tuan hanya kerana Allah S.W.T., Tuhanku dan Tuhan tuan juga, jika tidak masakan kita sama-sama bertujuan ke Mekah mengerjakan Fardhu Haji. Tuan pun merasa hairan kerana acap kali pertemuan kita ini tuan rasakan begitu aneh sekali. Aku berkeputusan tidak akan mengikut tuan dan aku tidak dapat menerima tuan mengikutku. Berpisahlah kita setekat ini". Kata-kata lelaki itu membuat aku terus terkedu dan lidahku kelu untuk berkata apa-apa.

Kesedaran yang terlewat tetapi perlu. 

Aku sungguh merasa kesal kerana dipertemuan yang pertama kami di Fadisiyah, aku tidak menghiraukannya. Jika tidak tentunya aku beroleh ilmu pengetahuan dari lelaki tersebut, sepanjang perjalanan ke Mekah bersamanya. Lebih dari tegurannya yang jujur tentang perbuatanku terhadapnya  itu semasa di Fadisiyah. Aku tewas dengan seseorang yang punya kelebihan ghaib dan boleh membaca isi hati serta fikiran orang lain, kurniaan Allah S.W.T..

Takbur dan riak membunuh ruang dan peluang teratas dalam kehidupan. 

Penyesalan ini semakin tidak tertanggung olehku bila aku mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu. Kebetulan semasa di Mekah aku dapat berjumpa dengan Syeikh Abu Yazid Al Bistami dan Abu Bakar Al SIbli dan beberapa orang lagi Ulama Besar lainnya. Kepada mereka aku ceritakan kisah pertemuanku dengan lelaki tersebut.

Syeikh Abu Yazid tersenyum lantas berkata: "Memang satu kerugian besar kerana tuan tidak menyambut huluran tangannya yang ingin bersahabat dengan tuan. Dia sebenarnya memang tidak mahu berkenalan atau bersahabat dengan sesiapa pun. Tuan kenal dengan orang itu?"

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Dia ialah Abu Jaafar Al Majzub. Seorang Keramat yang sangat disegani dan doanya sangat makbul." Sambung Syeikh Abu Yazid menjelaskannya lagi.

Benar-benar aku merasa sungguh kesal dan timbul keinginan aku untuk berjumpa dengannya kembali dan menunaikan apa-apa permintaannya.

Dengan beribu-ribu Umat Nabi Muhammad S.A.W., yang sedang Ukuf di Padang Arafah, tidak mungkin aku dapat menemui Lelaki Keramat Allah S.W.T., itu. Aku menoleh dan aku melihat Abu Jaafar berada disampingku sambil tersenyum. "Tuan masih ingin berjumpa denganku?" Aku merasa gembira dan ingin bersalaman denganya, tetapi hampa kerana tiba-tiba dia sudah ghaib.

Ruang dan peluang yang telah terkunci mati. 

Dari bahagian dalam jiwaku seperti ada sesuatu yang mendesakku, aku menoleh. Abu Jaafar sudah berada disisiku sambil tersenyum. Peristiwa dan kesempatan ini aku lalui semasa Melimpar Jumrah di Mina. "Apa yang tuan kehendaki dariku." Tanyanya. "Aku ingin meminta maaf dan seterusnya ingin bersahabat dengan tuan dan mengharapkan doa-doa yang makbul dari tuan. Bukankah tuan ini Abu Jaafar yang doa-doanya selalu makbul?" Kata dan pintaku kepadanya.

"Kalau tuan mahukan doa yang makbul, tuan pergilah ke Muhtazam dan berdoalah di sana. Setiap manusia mesti berusaha melepaskan dirinya dan berdoa untuk dirinya sendiri." Jawabnya sambal tersenyum.

Selepas berkata-kata Abu Jaafar pun menghilang entah ke mana dan sejak itu aku tidak lagi dapat berjumpa dan melihatnya lagi. Sesungguhnya aku menyesal dan sepenuh-penuhnya kerana Allah S.W.T.. Dari peristiwa tersebut aku beroleh pengajaran yang amat pahit tentang manusia dan kehidupan di dunia ini.

Kelalaian tidak mengenal siapa kamu. 

Sebagai manusia kita sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan yang buruk atau pun yang baik. Yang buruk atau yang baik itu ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Dalam yang buruk masih ada yang baik dan yang baik tentu ada yang buruknya. Renungkanlah kamu semua dan sama-samalah kita bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., dengan sepenuh jiwa dan raga kita.

Demikianlah Abu Hassan menyudahkan ceritanya kepada anak-anak muridnya.

Sedutan dari: (.) .

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..™